Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 05-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kalau Hidup Tidak Boleh Menyenangkan Orang, Jangan Menyusahkan Orang

-- Meow (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 69
Ahli: 0
Jumlah: 69




  Yang Masuk Ke Sini
Martyr: 2 hari yang lalu
Muslim1987: 8 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: what must I do now ??


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» what must I do now ??

Please Mendaftar To Post


Oleh what must I do now ??

sakeenah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.03.2005
Ahli No: 15077
Posting: 308
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 02-11-06 22:02


assalamualaikum..

sakeenah bukan nak jaja kisah hidup tapi cuma nak minta pandangan bagi mengatasi masalah sakeenah..

macam ini, sakeenah merupakan seorang student di sekolah menengah di mana sekolah sakeenah mementingkan nilai agama yang teramat sangat dan juga kurikulum disamping anda-kurikulum..

tarbiyah kat sekolah sakeenah tak payah cakaplah..ada sebahagian silibus kami diambil dr universiti al-azhar..soal ikhtilat (pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan) juga telah dijelaskan every year... tapi semuanya macam tak ada apa-apa nilai pada pelajar kat sekolah sakeenah..

sekarang sakeenah memegang banyak jawatan kat sekolah..salah satunya ialah naqibah iaitu ketua dalam usrah.. jadi sakeenah nak minta sesangat pandangan daripada semua ahli usrah apa yang patut sakeenah buat sekarang..kalau tak pun bagilah sakeenah tahu apa yang sebenarnya pelajar-pelajar yang tak pegang apa-apa jwtn(berdasarkan pengalaman) daripada seorang pemimpin..

sebab sekarang ini ramai student kat sekolah sakeenah dah mula pandai chat antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram dan ada juga ramai rakan yang berlainan jantina dalam friendster..kalau nak tambah iman pun tak apalah..tapi tulis pun ayat yang gedik.. semuanya sama..dr ketua pelajar sampailah anak buahnya..what I must do now? sesiapa yang tahu sakeenah sekolah mana..rahsiakanlah..

tolong sakeenah ye...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakeenahProfil   Hantar PM kepada sakeenah   Quote dan BalasQuote

abusuffian
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 403
Posting: 134
Dari: Segamat

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-11-06 22:41


ni berforumkat sini pun laki perempuan juga kan... hehehe..
masalah ni susah sikit...
tmbah2 pasal hubungan laki perempuan dalam internet...
batasan dia bagaimana?

kalau kat luar senang....

ustaz? ustazah?

Bookmark and Share

    


  Member Information For abusuffianProfil   Hantar PM kepada abusuffian   Pergi ke abusuffian's Website   Quote dan BalasQuote

sakeenah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.03.2005
Ahli No: 15077
Posting: 308
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 02-11-06 23:31


kalau masalah sakeenah ini senang, takkan sakeenah hantarnya ke sini.. forum ini pun memang ada lalaki dengan perempuan tetapi ianya berlainan dengan chatting..kat sebelum ini ada ramai ahli ukhwah yang hantar artikel bahawa chatting antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram adalah tak boleh sebab itu dikira zina maya..


senang kata sekarang ini apa yang sebenarnya boleh kita lakukan dalam menarik bakal2 pemimpin Islam pada masa hadapan agar meninggalkan sesuatu perkara yang rasanya tak payah buat pun boleh hidup..macam tuelah lebih kurang ayatnya... ada sesiapa lagi yang tak faham??

p/s: yang bukan ustaz dan ustazah pun boleh jawab..ha, susah juga ye soalan sakeenah..
[ Telah diedit oleh: sakeenah pada 02-11-06 23:33 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakeenahProfil   Hantar PM kepada sakeenah   Quote dan BalasQuote

amira_aqilah
WARGA SETIA
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-11-06 08:44


memang susah pun soalan awak ni sakeenah...
lebih susah dr soalan spm untuk paper BM..hehe..gurau saja..:)
masalah ni ada kat mane2lah sakeenah..
paraahhh dah niiihhh...sebab melibatkan couple islamik kononnya..
ish..tak tahulah nak buat cemanerr...kalau sakeenah ada cara untuk solve, bolehlah dishare kat sini..
teruskan usaha dakwah awak...gudluck..kalau kita tolong agama Allah, Allah akan tolong kita..insyaAllah..
tak berjaya tak mengape..tapi teruskan usaha...berpesan2 dalam kebenaran & kebaikan...

may Allah bless us..
[ Telah diedit oleh: amira_aqilah pada 03-11-06 08:45 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For amira_aqilahProfil   Hantar PM kepada amira_aqilah   Quote dan BalasQuote

hanif
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.10.2003
Ahli No: 4144
Posting: 300
Dari: muar

Johor  


posticon Posting pada: 03-11-06 10:30


nak buat macam mana ek...
firsly kita kena tahu juga, jiwa remaja yang baru meningkat ni memerlukan kasih sayang yang pada anggapannya 'membahagiakan dirinya'
sakeenah harus tahu juga bagaimana pergaulan kawan-kawan sakeenah tu, sebab zaman sekarang perkara itu telah menjadi kebiasaan!!! tak kira lah anda berada di mana?. melainkan dalam hutan pun dikira sosial juga.. asalakan diorga ni tidak melanggar etika, akhlak, peradaban dan juga norma kehidupan...

Dikalangan penghuni2 asrama biasanya akan terpengaruh dengan hubungan sejenis dengan mereka, cuma itu kes2 yang terpencil saja... kalau kita sejenis orang yang tak ambil tahu, so tak tahu lah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanifProfil   Hantar PM kepada hanif   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 03-11-06 10:49


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah semoga anakanda sakeenah dan yang lain seperti anakanda tabah dalam menghadapi ujian sebegini.

Alam remaja adalah satu fasa kehidupan yang amat penting kerana dalam Islam remaja itulah yang mendapat perhatian dari Allah SWT kerana ibadah ikhlas dari remaja sama ada muslimin atau muslimat amatlah diredhai dan dipandang oleh Allah SWT. Sebab zaman remaja adalah di mana dari segi ruhani, fizikal dan juga mental sedang berkembang dan amat direbuti oleh syaiton untuk mempengaruhi.

Jadi apa yang sedang anakanda sakeenah hadapi ini memerlukan bukan sekedar penyampaian tetapi memastikan apa yang disampaikan dalam usrah juga diamalkan. Semua ini tidak akan tercapai tanpa petunjuk dan hidayah serta taufiq dari Allah SWT. Maka sebagai sebuah sekolah yang memang berasaskan Islam maka mudahlah untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik hati para pelajar.

1. Memastikan semua pelajar solat di dalam waktunya seeloknya di awal waktu (selesai azan) dan berjemaah. Usahakan yang ini dulu.

2. Menggalakkan puasa sunat isnin, khamis dan jumaat atau sekurang-kurangnya sekali seminggu (pilih antara isnin dan khamis).

3. Mendenda mereka yang diketahui mengeluarkan kata-kata tak soleh atau yang cuba mendekati bukan mahram. Denda yang bukan dalam bentuk wang tetapi di tarbiyyah oleh ustaz / ustazah yang dihormati (alim berilmu) serta ditugaskan membantu warden dalam membangunkan pelajar lain untuk solat subuh dsbnya (bukan bersih tandas atau yang agak kotor-kotor kerana nak bagi mereka tanggung-jawab yang positif sebenarnya).

4. Mengenal pasti yang berakhlak mulia dan jadikan golongan yang agak nakal dan tidak berdisipin untuk dijadikan 'ansor' dengan yang berakhlak mulia.

5. Mengenal pasti mereka yang sering solat dhuha, tahajjud dan juga melakukan sunat-sunat yang lain dan kumpulkan mereka untuk diletak sebilik dengan yang tidak berapa soleh tu.

6. Seringkali lakukan spot cek ke dalam almari dan juga beg sekolah serta jangan benarkan mereka yang dikenalpasti perangai tidak berapa soleh untuk keluar bersama dsbnya.

7. Disamping itu meminta bantuan PIBG sekolah untuk memantau ibu bapa pula di mana yang dikenal pasti ada masalah maka dapat dikenal pasti anak-anak mereka jika bermasalah dan mudah untuk diberi motivasi insyaAllah.

8. Sering adakan qiamulail seminggu sekali paling kurang ( tidak semestinya malam jumaat) dan didik semua sekali termasuk yang uzur (wanita) agar mereka diberi peranan untuk bahagian makanan dan juga kebersihan dsbnya.

InsyaAllah anakanda sekeenah rasanya faham maksud umi meletakkan satu persatu di atas itu kerana apa yang dipaparkan itu adalah memastikan agar Allah dapat memberkati dan taufiq dari Nya hanya akan tiba bila suasana itu diberi perhatian. Selamat Mencuba!

Sekedar cadangan saja dari seorang ibu ya.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - Ada 4 tanda orang yang berakal : Cinta kepada 'ilmu,tidak berubah muka ketika menerima umpatan atau pujian, bagus jawapannya dan banyak benarnya. -Hukamak-

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

hazi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.10.2006
Ahli No: 27127
Posting: 146
Dari: malaysia

bosnia_herzegovina  


posticon Posting pada: 04-11-06 01:47


kalau bab2 begini, memang susah nak tegur directly,agi2 budak sekarg bukan makan saman..
hwever, as a friend, u can give advise as far as u can..bukanlah bagi ceramah or tazkirah, susah sikit nak jalan..
tapi sekolah ente tu mesti sekolah baik kan, rasanya mereka boleh ikut kalau kawan yang tegur,tapi gunalah cara yang berhemah,mulakan dengan bestfriend dulu..
yang penting cuba kawan baik dengan mereka, tapi INGAT jangan sampe diri yang tertarik..
Nanti bila adik dah masuk zman "U": lagi banyak Perangai Dan ragam yang kita akan lihat..maksiat memang berlegar di depan mata..

Dalam berdakwah, kenakan gunakan cara yang paling lembut tapi TEGAS..tegahlah perkara yang mungkar dengan perbuatan, jika tak mampu tegahlah dengan kata-kata dan jika tak mampu tegahlah dengan doa, dan doa itu selemah2 iman..

Bookmark and Share

    


  Member Information For haziProfil   Hantar PM kepada hazi   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 05-11-06 00:17


Fenomena yang lain ialah apabila pelajar menekankan peperiksaan sebagai matlamat utama, pendidikan akhlak diketepikan, akhirnya lahirlah golongan cerdik pandai akan tetapi rosak dari segi moralnya. Sekiranya logik akan diaplikasikan berdasarkan ramai yang telah mendapat pendidikan sehingga ke tahap yang lebih tinggi iaitu universiti, maka semakin teratur, selamat dan aman sistem kehidupan masyarakat kita ini. Ini kerana masyarakat dipimpin oleh golongan cerdik pandai. Akan tetapi hakikatnya, cerdik pandai akal bukan ukuran memastikan kehidupan masyarakat dapat berjalan dengan baik, ianya perlu dengan sokongan teguh dan pemahaman agama yang benar.

Dalam sudut yang lain pula, pendidikan kemanusiaan seperti seni, jasmani, Islam, moral dan sastera tidak menjadi keutamaan dan dianggap sebagai subjek sekunder. Subjek lain yang kritikal seperti kedoktoran, sains, kejuruteraan dan lain- lain di’dewa’kan. Ketidakseimbangan ini akhinya juga melahirkan golongan manusia yang cekap dalam bidang profesional, akan tetapi miskin dalam nilai kemanusiaan dan kesasteraannnya.

Sememangnya pendidikan negara memerlukan reformasi segera dalam menangani pelbagai isu yang berkaitan dengan isu pelajar meliputi akhlak dan kecemerlangan mereka. Malah PKPIM ingin mencadangkan bahawa mata pelajaran agama Islam yang sememangnya menjadi teras kepada keutuhan jati diri dan kecemerlangan pelajar di dunia dan akhirat perlu diperkasakan.

Mohd Hilmi Ramli
Setiausaha Agung
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.091096 saat. Lajunya....