Storie From My Heart 3
Awak…suatu hari…
Saya rasa nak sangat…berjumpe dengan awak…
Lantas…saya nak ajak awak keluar…
Bolehlah saya…lepaskan rasa rindu ini…
Yang sekian lama membelenggu…jiwa ini…
Awak…sya pernah mempelawa untuk keluar dengan awak…
banyak kali sudah sya mengatakan kepada awak…
Tetapi awak diam seribu bahasa pada mulanya…
Membuatkan sya berfikir panjang memikirkannya
Dalam hati mengatakan dia “tak sudi ke…berjumpe dengan diri ini”…
awak kata bnyak masa lagi untuk itu…
Dan awak kata awak akan berjumpa dengan sya pada cuti sem akan datang…
Awak…saya menurut kemahuan awak…
Mungkin betul…awak masih tak sedia …
Untuk menerima…pelawaan saya waktu tu…
Lagipun…yang sebetulnya…
Saya pun still not ready…
Maklumlah…kita jarang dapat berjumpa…
Takut pula bila bersemuka nanti…
Masing-masing terkelu lidah…diam seribu bahasa…
Awak…awak pernah kata…
Awak rindu pada saya…
Saya pun rindu jugak…pada awak…
Rindu…serindu- rindunya…
Akhirnya…saya ajak awak keluar…
Buat kali kedua…moga awak sudilah kiranya…
Temankan saya…
Dan kalau awak nak tahu…saya dah bersedia…
untuk berhadapan dengan awak…
Wahai sang puteri…
Awak…pada mulanya…awak diam juga seribu bahasa…
Bila sya call awak…awak kata kita akan berjumpa juga…Cuma sabar…
Tetapi sya dah tak sabar2 nak berjumpa dengan awak…
Juga sya takut tak dapat nak jumpa dengan awak juga kali ini…
Setelah banyak kali ajakan dari sya..baruler awak bagi tarikh untuk kita berjumpa…
Awak kata ok…baiklah…
Saya setuju nak jumpa awak…tapi kat mana kita nak jumpa…
Pada waktu tu…sya tersangat gembira mendengarnya dari awak…
Kita akan berjumpa pada hari minggu pada tempat yang ditetapkan
Sya menjadi seorang penghitung hari…tak sabar2 menunggu tarikh tersebut..
Awak…saya rasa sungguh gembira…
Hanya Tuhan yang tahu…betapa hati ini…
Melonjak kegirangan…kerana restu bersamamu…
Awak…saya cakap pada awak…
Terpulanglah pada awak…nak jumpa saya katner nanti…
Saya tak kisah pun…yang penting…
Awak nak jumpa saya…
Dan saya…dapat jumpa awak…
Awak…awak kata…
Oklah, macam nii sajalah…awak saja yang tentukan…
Katner kita nak jumpa nanti…saya ikut saja…
Awak…saya pilih satu tempat…
Yang saya rasa sesuai…untuk menjadi destinasi persinggahan…
Yang sedang dilanda…ombak rindu…
Sya telah memilih sesuatu tempat…iaitu tempat 1st kita berjumpa dulu..
Walaupun awak menolak untuk berjumpa kat sana…tetapi sya da gembira sebab dapat berjumpa dengan awak…
Awak…dari semalam…
Saya menunggu…saat- saat indah…
Yang bakal menjelang tiba…tak dapat saya bayangkan…
Alangkah indahnya…pabila awak berada…
Di sisi nyai nanti…
Awak…tiba hari…yang dinanti-nanti…
Seperti dijanjikan…jam 11 pagi…
Saya tunggu awak kat sana…
Awak pesan kat saya…dah sampai nanti…
Bagitau saya ye…
Saya bilang…baiklah tuan puteri…
Awak…tepat jam 11 pagi…
Saya dah berada…kat situ…
Saya call awak…bagitau saya dah sampai…
Awak kata…ok, tunggu kejap ye…nanti saya turun…
Awak…hati ini berdebar-debar…
Inilah kali pertama…saya keluar …
Dengan seorang perempuan…
Awak…tak sampai 5 minit…awak muncul…
Awak pakai T-shirt hitam berlengan pendek……dan memakai tudung
Diperagakan pula…dengan jeans biru…
Walaupun tampak ringkas…tapi percayalah…
Di mata…bahkan hati ini…awaklah yang paling ayu …
Dan awaklah yang paling mengancam…dan awak bagaikan…
Seorang puteri…yang turun dari bulan…pada diri ini…
Dan hingga ke hari ini…
Saya tak lupa…dan mungkin takkan melupakannya…
Sampai bila-bila…
Penampilan pertama awak…
Buat diri ini…
Awak…awak says hi…saya says hi juga…
Awak tanya lama tunggu…saya jawab tak…baru saja sampai…
Awak…lepas tu kita terus berjalan…
Ke destinasi…yang dituju…
Tika berjalan…macam- macam yang kita sembangkan…
Sungguh syahdu…pagi itu…
Inilah detik paling romantis…pernah saya alami…sepanjang hidup ini…
Hanya kita berdua…seiring dan sejalan…
Meredah laluan jalan kaki…pusing satu complex
Terasa kedinginan waktu pagi ditambah dengan air con dalam complex beli belah
…yang sungguh menyegarkan…
Dan dihiasi dengan pelbagai jualan kat komplex…
Awak…saya tanya awak…awak nak makan apa…
kat sini ada…macam-macam menu…
Semuanya sedap-sedap belaka…
Awak order saja…saya belanja…
Awak…sambil makan…
Kita bersembang…hinggalah habis makan…
Dan lepas tu kita…sambung sembang lagi…
Tapi saya masih ingat…awak makan tak habis…
Saya dapat rasakan…yang awak tak suka…makan kat tempat macamtu…
Awak…maafkan saya…kalau saya tersalah pilih tempat…
Awak…walaupun begitu…
Awak tetap layan saya…macam biasa…
Awak…sya ucapan terima kasih tak terhingga…
Kerna awak sudi…temankan saya…
Walaupun pada pagi itu…awak mungkin ada banyak kerja…
Sungguh syahdu pagi itu…
Tak pernah sama sekali…saya rasa begitu indahnya…
Tanpa mempedulikan… apa yang belaku…
Di sekeliling kita…
Awak…sya tanya pada awak…
Boleh tak sya ambil gambar awak…
awak kata tak boleh…hmm tak tahu Kenapa?
gambar tu nanti Sebagai kenang-kenangan…
Tatkala ombak rindu…melanda hati ini…
Bila awak berjauhan…dari diri ini…
Bunyinya macam awak taknak bagi saja…
Awak tak percayakan saya ke…
Awak…kalau awak nak tahu…
Saya tak menipu diri awak…
Sya taknak diambil gambar pada waktu ni..
Sya akur pada waktu itu…
Kalau awak nak…saya boleh bagi tapi bukan sekarang…
Seberapa banyak yang awak nak…
Tapi kena tunggulah…
Awak…sedar tak sedar…
Kita asyik bersembang dan berjalan…
Hingga tak sedar jam menunjukkan pukul 1.30 ptg…
Saya rasa…sungguh cepat masa berlalu pergi…
Belum puas rasanya dihati ini…
Berdampingan dengan awak…
Awak…lepas tu…kita sama-sama keluar…
Untuk pulang…
Dalam perjalanan pulang…kita lalui jalan yang sama…
Sungguh bahagia…hati ini terasa…
Hanya kita berdua…melalui jalan itu…
Awak…perjalanan pulang…
Rasanya sungguh cepat…tup! tup!...da sampai..
Sya da sampai ke rumah.…
Awak…saya ucap terima kasih…
Kerna awak sudi…temankan saya…
Pada pagi itu…saya tak mungkin lupakan…
Kenangan itu…dan kenangan itu…
Masih mekar di ingatan ini…
Hinggalah ke hari ini…
Awak…lepas hantar awak …
Saya pulang seorang-seorang…
dan waktu tu awak sms sya mengucapkan terima kasih kerana belanja makan…
Masa perjalanan pulang…hati ini terasakan sesuatu…
Entah mengapa…hati ini berdetak…
Bagaikan terasa…sesuatu …
Akan berlaku…
Awak…walaupun begitu…
Saya tetap happy…pasal dapat jumpa…
Dengan awak…awak yang satu-satunya…
Yang sedang bertakhta…
Di hati ini…
Awak…sesampainya saya di rumah…
Saya sms awak…saya ucap terima kasih…
Kerana sudi keluar dengan saya…
Harap suatu masa nanti kita boleh jumpa lagi ya…
Mungkin bila ada kelapangan waktu nanti…
Dan awak mengiakannya…
Dan dalam hati kecil ini mengatakan dalam perjumpaan nanti
akan ku luahkan isi hati ku ini kepada
dia,yang ingin melamar nya sebagai isteri...
-----------------
IsWaRa miRaGe TuRbO cHaRGer 4g63.
[ Telah diedit oleh: KIKO pada 20-11-06 14:19 ]