Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Aku bersama sangkaan hambaKu padaKu, jika sangkaannya baik maka baiklah baginya, dan jika sangkaannya buruk maka buruklah baginya.
-- Hadis Qudsi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 133
Ahli: 0
Jumlah: 133




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 18 jam, 45 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Cerpen
Topik: Berjumpa Nur Asyikin Lagi


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Berjumpa Nur Asyikin Lagi

Please Mendaftar To Post


Oleh Berjumpa Nur Asyikin Lagi

kojez_sensei83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting

malaysia  


posticon Posting pada: 22-10-06 15:23


Sekitar tahun 2000,
12.34 tengahari,
Dewan Makan Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur.


"Azran,tu ha..gadis idaman kau lalu tu,"tangan Kuzer menyiku rusuk Azran.Azran tersedak sedikit.Dia memandang geram pada Kuzer.Dan perlahan-lahan api marahnya padam sebaik terlihat wajah bujur sirih yang sedang menatang dulang makanan ke tempat mengambil nasi.

"Peh..Tema hijau hari ni dia pakai.Cair jiwa raga.."Syahir menambah sambil mulutnya ternganga sedikit.Nazri sedari tadi hanya diam memerhatikan gelagat teman-temannya itu.Sebenarnya dia sendiri sedang memerhatikan Suriana yang duduk agak terkapuk di tingkap itu sedang makan.

"Manis betul buah hati kau ya Azran."Amri memuji namun tangannya tak putus menyuap dari tadi.

"Hoi,tengok Suriana macam tengok Miss Universe.Lupakan sajalah angan-angan kau tu.Dalam mimpi pun kau takkan dapat dia punya.."Syahir menepuk bahu Nazri yang tidak berkedip memerhatikan Suriana.

"Dah tu,takkan nak tengok dia macam tengok muka kau pakai tudung pulak.Ee..Mual perut aku.."Nazri meneruskan suapan.

"Apa nama budak yang kau minat tu Kuzer?Syikin ya?Tembam orangnya.Kau memang suka yang tembam-tembam ya?"Syahir mengalihkan tajuk perbualan kepada topik yang sama,namun orang yang berbeza.

"Agaknya lah Syahir."Kuzer tersengih.

"Kalau macam tu kau mesti suka pada makcik yang jaga lauk tu.Tembam jugak.Belum kawin lagi tu.Hehe.."Syahir menambah lagi.

"Ceh.."Kuzer mencebikkan bibir.Fikirannya menerawang sebentar.Wajah gadis bernama Syikin yang belajar di kelas 5 Abu Bakar itu melayang pada dada siling dewan makan.

Memang dia sendiri tidak pernah mengenali wajah itu.Sebetulnya dia sendiri tidak menyedari kewujudan Nur Asyikin.Malam dua tahun lepas,ketika kelas tambahan sains PMR berjalan di kelas tingkatan 3 Umar,dia terpandang gadis itu.Berjubah merah jambu dan bertudung labuh merah jambu juga.Manis sekali.Dan semenjak itu pula dia selalu mengagumi,sentiasa memuji keindahan yang tercipta pada gadis bernama Nur Asyikin itu.Semasa di tingkatan 4,gadis itu kebetulan sekelas dengannya pula sehinggalah sekarang di tingkatan 5 Abu Bakar.

"Orang dah habis makan,kau belum siap lagi?Nak tunggu ustaz Shaari datang baru nak lari ke?Jom lah oi..Nak dekat Khutbah dah ni.."Amri menyedarkan Kuzer dari lamunan mudanya itu.
Dan mereka berlima seiringan melangkah ke masjid yang tersergam bersebelahan dewan makan itu.

*******************************************************

Sekitar tahun 2000,
Dewan Seri Bestari,
Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur
Pengagihan slip keputusan SPM

"Haha..Rindu bangat!Haha..Dah merdeka kita.Tak payah pakai uniform sekolah lagi."Syahir menggenggam erat gulungan slip peperiksaan yang dipegangnya.

"Hari ni kita nak pergi mana?Jom celebrate kejayaan kita jom,"Nazri mengajak.

"Nanti.Hari ni juga hari last kita dapat jumpa kawan-kawan.Lepas ni tak tau bila pulak nak jumpa.."Amri mencelah.

"Yela..Sedih juga rasa..lepas itu kita kena pergi jumpa ustaz Kamarul,dengan semua warden yang kita buli dulu.minta halal dengan maaf kat mereka,"Kuzer mencadangkan.

"Wah,bernas idea tu.Tadi ustaz Kamarul tahan result aku dengan Kuzer pasal conteng dinding dorm guna kiwi kasut.Tapi kitorang dah padam tadi.Nasib baik dia tak tau tangki air tu pun kena conteng dengan kita berlima.Hehe..Selamat.."Syahir tersengih.

"Ah,result dah dalam tangan.Dah selamat pun.Aku nak pergi cari Zawiyah kejap.Nak declare kat dia aku suka dia.kena reject pun Tak apalah.Nak malu apa ye tak?Lepas ni bukan jumpa pun,"luah Azran.

"Kau tak nak declare kat Suriana ke Nazri?"Amri menyoal.

"Ceh,kena tembak dengan bapak dia nanti."Nazri menggeleng-gelengkan kepala.

"Aku,declare tu tak berani lah.Kasi surat boleh lah.Kejap aku nak tulis kejap,"Kuzer mengeluarkan pen dan kertas daripada beg yang disandangnya dan mencoret sesuatu padanya.Amri,Azran,Syahir dan Nazri mengepungnya untuk melihat apa yang ditulis olehnya.Selepas itu,Azran ditemani Syahir pergi berjumpa Zawiyah.Amri menemani Kuzer bertemu Nur Asyikin.Dan Nazri diam-diam mencari Suriana untuk mengucapkan selamat tinggal.

*******************************************************

Sekitar tahun 2006
Bandaraya Kuala Lumpur,
Bulan Ramadhan Al-Mubarak.


Kuzer berjalan sendiri.Tanpa ditemani teman-teman lama yang sibuk dengan urusan masing-masing.Usia dan masa mematangkan mereka.Dan terlalu banyak perubahan terjadi.Syahir kini masih menuntut di UiTM Pulau Pinang dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik.Amri sudah menamatkan pengajian dengan cemerlang dalam bidang perakaunan di UiTM.Nazri di tahun akhir jurusan Sains Politik di UIA.Azran juga telah tamat pengajian dalam bidang arkitek dan menjadi pensyarah sambilan di UiTM.Khusyairy memerhati dataran di kawasan Central Market itu.Sesak dan kadang kadang menyakitkan mata.Bazar-bazar Ramadhan yang beratur di kaki lima Central Market itu mempamerkan juadah berbuka yang pelbagai.

Terlalu banyak kenangan di sini.Di sini dia meniti masa dan usia.Daripada seorang pelajar belasan tahun yang mentah,kini menjadi seorang mahasiswa berusia 23 tahun.Masa sudah terlalu jauh melangkauinya.Dia bukan anak-anak lagi.Tak akan ada sesiapa lagi yang menyebatnya kalau dia ponteng solat,kalau dia tak hadir ke kelas.Sebentar tadi dia sudah menghantar SMS kepada Amri untuk berjumpa di perkarangan Central Market itu.Janjinya pada pukul 6.30 petang ini.Masih berbaki 30 minit lagi.

"Nur Asyikin?"getis hatinya.

Kepalanya disendengkan sedikit hingga hampir-hampir dagunya menyentuh bahu.Dia cuba mengintai gadis yang sedang memilih juadah di gerai bersebelahannya itu.

"Betulkah dia?"hatinya menggumam lagi.Dia ingin menyapa,tetapi khuatir tersalah orang.Dan tatkala gadis itu memandang ke arahnya,dia hanya tersenyum mengharapkan gadis itu memang Nur Asyikin.

"Ikin,mari ke bazar sebelah sana."
Seorang gadis menepuk pundak gadis tadi lantas menarik tangannya menuju ke gerai cendol yang agak ke hujung sedikit.Gadis itu masih memandangnya dan akhirnya lenyap ditelan lautan orang ramai.

Kuzer yakin.Itu Nurasyikin.Ya,itulah dia gadis yang pernah dipuja dan dikaguminya.Secara jujur,memang selama ini dia berharap dapat menemui Nur Asyikin lagi.Melihat Nur Asyikin dalam jubah merah jambunya bersama tudung labuhnya yang juga merah jambu.Dia merindui pemandangan indah itu.Letakkanlah lukisan terindah dihadapan matanya.Takkan pernah dapat melawan keindahan Nur Asyikin bersama pakaian merah jambunya.Itulah pemandangan yang terindah yang tak akan pernah dia lupakan.

Tadi dia melihat Nur Asyikin dalam lukisan yang lain.Baju-T berlengan pendek dan jeans ketat membalut tubuhnya yang sudah makin mekar itu.Namun warnanya masih merah jambu.Serta merta lukisan lama yang dirinduinya itu terpadam digantikan lukisan baru ini.

Kuzer melangkah perlahan.Sekelip mata dia kehilangan sebuah lukisan terindah yang telah dipujanya sejak lebih tujuh tahun lalu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kojez_sensei83Profil   Hantar PM kepada kojez_sensei83   Quote dan BalasQuote

lisa_solehah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 17.09.2006
Ahli No: 26413
Posting: 371
Dari: UPSI

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 23-10-06 22:48


setakat ini sajakah cerita ni...

nak komen sikit...dalam cinta sesama manusia, janganlah guna perkataan memuja sebab perkataan tu hanya boleh digunakan untuk Yang Maha Mencipta...Allah s.w.t...

setiap orang tak lari dari kesilapan...sebagai saudara, perlu tegur-menegur...harap jangan terasa...


-----------------
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For lisa_solehahProfil   Hantar PM kepada lisa_solehah   Quote dan BalasQuote

miss_farhana
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25002
Posting: 325
Dari: berpijak pada bumi Tuhan,berbumbungkan langit Tuhan

Terengganu  


posticon Posting pada: 24-10-06 17:04


0o...syikin tu dah berubah...
sayang...dari berjubah dan tudung labuh,jeans dan t shirt pulak yang dipakainya...
kalau lah kuzer tu dapat berkawan dengan asyikin..dia kena lah ubah balik syikin tu..jangan biar dia terus begitu...
hm..lagi satu..Kenapa warna pink..??kasihan warna pink...=(

Bookmark and Share

    


  Member Information For miss_farhanaProfil   Hantar PM kepada miss_farhana   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 25-10-06 07:41


Syikin ni pinky lah tu :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

nurcinta
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.08.2006
Ahli No: 25829
Posting: 84
Dari: australia

Johor   avatar


posticon Posting pada: 25-10-06 16:42


eii sama lah nama saya dengan nama watak perempuan tu...tapi saya pula terbalik ..hehe dlu2 pakai jeans dan tshirt ketat lah sekarang lain...iA nak terus istiqamah berubah...doakan ye,,,

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurcintaProfil   Hantar PM kepada nurcinta   Quote dan BalasQuote

kojez_sensei83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting

malaysia  


posticon Posting pada: 30-11-06 12:03


Syikin tu saya tengah ngorat lah ini..heheh

Bookmark and Share

    


  Member Information For kojez_sensei83Profil   Hantar PM kepada kojez_sensei83   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 30-11-06 13:12


erm...boleh nak sambung lagi ek?macam makin best saja...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 04-12-06 18:38


erm...

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

kojez_sensei83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting

malaysia  


posticon Posting pada: 15-12-06 15:40


jiwang sangat tak cerita ini?

Bookmark and Share

    


  Member Information For kojez_sensei83Profil   Hantar PM kepada kojez_sensei83   Quote dan BalasQuote

nur_ashikin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.11.2006
Ahli No: 27359
Posting: 256
Dari: shah alam

malaysia  


posticon Posting pada: 15-12-06 16:41


heheh..nur ashikin ye?macam name ana saja.heheh..terlebih perasan..astaghfirullah.i.ana pun pakai tudung labuh dulu...tapi sekarang jadi biasa-biasa saja..tapi xlah sampai sendat sana sini..selempang sana sini.insyaAllah.mmm..tapi memang ramai sahabat2 ana yang dulu pakai tudung labuh..sekarg dah pelik-pelik

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_ashikinProfil   Hantar PM kepada nur_ashikin   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-12-06 16:59


hukhuk.. syahdunyer.. :(

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

kojez_sensei83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting

malaysia  


posticon Posting pada: 12-05-07 02:23


syikin..mana lah awak sekarang ek..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kojez_sensei83Profil   Hantar PM kepada kojez_sensei83   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 12-05-07 02:55


emmm....kisah benar ye.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

kojez_sensei83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting

malaysia  


posticon Posting pada: 12-05-07 03:08


ada lah sikit..:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For kojez_sensei83Profil   Hantar PM kepada kojez_sensei83   Quote dan BalasQuote

pasrah
Warga Rasmi
Menyertai: 02.05.2007
Ahli No: 29829
Posting: 17
Dari: My PC

belgium  


posticon Posting pada: 12-05-07 04:50


kojez...janganlah sedih..banyak lagi syikin dalam dunia ni

Bookmark and Share

    


  Member Information For pasrahProfil   Hantar PM kepada pasrah   Quote dan BalasQuote

kojez_sensei83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting

malaysia  


posticon Posting pada: 29-06-07 12:56


hish..cerita saja ni..ros itam mana tak nampak?heheh

Bookmark and Share

    


  Member Information For kojez_sensei83Profil   Hantar PM kepada kojez_sensei83   Quote dan BalasQuote

rose_itam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 19.05.2007
Ahli No: 29976
Posting: 371
Dari: Temerloh

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 29-06-07 14:43


hehe ni rose itam muncul..em..cerita yang ini ye? em lebih kepada cerita remaja..yela flash back kan..em..nampaknya tidak ada jodoh dengan Nur Asyikin lah agaknya..siapa suruh xtegur...huhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For rose_itamProfil   Hantar PM kepada rose_itam   Quote dan BalasQuote

kojez_sensei83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting

malaysia  


posticon Posting pada: 29-06-07 17:56


cerita saja ini...aii..jangan lah terpengaruh sangat ros itam..suka baca komik tak


-----------------
"Semoga sedikit kataku ini,ada menyembah sekuntum bakti.."


Bookmark and Share

    


  Member Information For kojez_sensei83Profil   Hantar PM kepada kojez_sensei83   Quote dan BalasQuote

rose_itam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 19.05.2007
Ahli No: 29976
Posting: 371
Dari: Temerloh

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 29-06-07 20:07


Pada 29-06-07 17:56 , kojez_sensei83 posting:

!!! QUOTE !!!

cerita saja ini...aii..jangan lah terpengaruh sangat ros itam..suka baca komik tak



komik?? dulu-dulu suka juga baca komik doraemon..best..tapi sekarang..
kurang sketla bab2 membaca ni..sibuk memanjang..ujang kalau yang dulu-dulu pun best juga..kenapa? ada komik yang best ke? rekemenkanla

Bookmark and Share

    


  Member Information For rose_itamProfil   Hantar PM kepada rose_itam   Quote dan BalasQuote

humyra_mz
Warga 1 Bintang
Menyertai: 02.02.2007
Ahli No: 28525
Posting: 36
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 07-01-08 23:26


Pada 24-10-06 17:04 , miss_farhana posting:

!!! QUOTE !!!

0o...syikin tu dah berubah...
sayang...dari berjubah dan tudung labuh,jeans dan t shirt pulak yang dipakainya...
kalau lah kuzer tu dapat berkawan dengan asyikin..dia kena lah ubah balik syikin tu..jangan biar dia terus begitu...
hm..lagi satu..Kenapa warna pink..??kasihan warna pink...=(


salam..saya setuju dengan miss_farhana..mungkin shikin akan malu sendiri dan tdetik untuk brubah jika kazer mnyapanya..
wallahualam..
permata dunia itu hanay smentara dan gemerlapannya hanya bererti jika dapat bersinar kekal di akhirat..
amin Ya Rabb..


-----------------
ibtisam

maAsSaLamaH...{^.^}


Bookmark and Share

    


  Member Information For humyra_mzProfil   Hantar PM kepada humyra_mz   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 07-01-08 23:29


ada nama syahir... hehe :P

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.21137 saat. Lajunya....