Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 15-05-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Wang bukan segala-galanya tetapi hampir segalanya memerlukan wang!
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 62
Ahli: 0
Jumlah: 62




  Yang Masuk Ke Sini
muslimiman: 5 hari yang lalu
ucu_nuriman: 9 hari yang lalu


Jejak Ukhwah
Topik: siapa tak balik raya ...kongsi lah pengalaman beraya jauh dari family...


Carian Forum

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Ukhwah
    »» siapa tak balik raya ...kongsi lah pengalaman beraya jauh dari family...

Please Mendaftar To Post


Oleh siapa tak balik raya ...kongsi lah pengalaman beraya jauh dari family...

nurcinta
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.08.2006
Ahli No: 25829
Posting: 84
Dari: australia

Johor   avatar


posticon Posting pada: 21-10-06 10:38


assalamualaikum buat semua...sebenarnya ni lah 1st time saya nak beraya di perantauan...sedih lah rasa sebab tengok ada kawan-kawan yang balik malaysia...

kami sekarang tengah summer holiday tapi saya tidak cukup duit untuk balik...mula-mula semangat nak merasa beraya di tanah orang tapi tak sangka pulak rasa sayu dan sedih bila tengok kawan-kawan balik.

sekarang ni dengar lagu raya pun dah tak tahan sedih...

nak buat kuih raya tak reti *ni lah nasib tak belajar masak dulu*...elaun pun tak masuk-masuk lagi assingments pun masih berlambak walau dah cuti...sabar saja lah banyak-banyak...semoga semua ni mendewasakan saya...

semalam saya menelifon rumah, makin sayu jadinya...

bagaimana ek anda beraya jauh dari family...share lah dengan saya...

sekian salam aidilfitri dan minta maaf salah silap....sebelum itu rebut lah peluang beberapa hari ramadhan yang masih tgl ini...penuhi dengan amal...dan teruskan amal di syawal nanti...

wasalam


-----------------
::bukan balasan nikmat yang dicari, tetapi redha Allah yang kudambakan dalam hidup ku kini dan selamanya.Insyaallah::


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurcintaProfil   Hantar PM kepada nurcinta   Quote dan BalasQuote

wafa_mawaddah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2003
Ahli No: 4175
Posting: 845
Dari: mardhatillah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 21-10-06 11:30


salam...

jangan sedih payah....
salam lebaran buat nurcinta....
pengalaman ini lah yang awak takkan lupakan dalam hidup awak kelak...hadapinya dengan tenang dan sabar...pasti ada hikmah disebalik semua itu...dan pastinya...ahli keluarga awak juga pasti merindui awak...
salam lebaran dari saya....walaupon saya pulang ke rumah...tapi raya kelima dah balik IPT...final exam semakin tiba...doakan saya berjaya yeah....
selamat Hari Raya Maaf Zahir batin...semoga bergembira...jangan sedih2 ye...gunakan masa perayaan ini sebaik-baiknya...
wassalam....

Bookmark and Share

    


  Member Information For wafa_mawaddahProfil   Hantar PM kepada wafa_mawaddah   Pergi ke wafa_mawaddah's Website   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 21-10-06 12:00


anis pun tak raya dengan kat kg tahun ni, sebab turn rumah hubby...sedih juga dengar lagu raya, tapi tak mengapa, mak mentua pun kira mak juga.. tapi yang penting, raya ke2 anis balik terang rumah mak :-P
tak sabarnye....

Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 21-10-06 15:15


Ana tak sempat fikir lagi nak raya macam mana.Cuti tak ada, ada exam pada 23,25 dan 26 okt.
Kalau raya 24hb, Alhamdulillah, boleh rileks sikit...
sembahyang raya?
Wallahua'lam. Kalau dapat ponteng kelas, dapatlah sembahyang berjemaah...
Kalau tak dapat, sembahyang seorang diri.
Tahun lepas, ada exam, sembahyang raya seorangĀ² sebelum ke dewan peperiksaan, tanpa kuih raya, duit raya, ataupun bunga raya...

Tiada sebab untuk ana bersedih. Walau ana tiada kesempatan untuk beraya pada tahun ini, ana beraya berseorangan hanya untuk beberapa ketika. Habis belajar kelak, jika bekerja di Malaysia, insya ALLAH ana akan punya masa untuk beraya di kampung.

Bayangkan mereka yang yatim piatu, yang dibuang di rumah kenangan, yang di bawah jambatan dan di kaki lima, serta Muslim di Lubnan, Palestin, dan negara-negara ke ketiga yang lain; apalah sangat ujian beraya di perantauan berbanding mereka yang berpuasa 360 hari setahun?

Tidak perlu bersedih, masih ada yang lebih malang daripada kita. Carilah sentiasa idea untuk melengkapkan ayat keramat,

"Kita beruntung kerana..." (Tidak melebihi 20 patah perkataan).

Akhir sekali, untuk semua yang tidak pulang beraya, "Smile, and the world smiles with you!"

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

fauzy_fx86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.07.2006
Ahli No: 25359
Posting: 327
Dari: Di pinggiran Batu Caves

malaysia  


posticon Posting pada: 21-10-06 18:10


tempat ana belajar hampir dengan kg ana.
jadi keluarga ana akan kesini.
ana pun tunggu lah.
ana tak pergi mana-mana un.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fauzy_fx86Profil   Hantar PM kepada fauzy_fx86   Pergi ke fauzy_fx86's Website   Quote dan BalasQuote

uncle_paklang
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.04.2006
Ahli No: 24275
Posting: 134
Dari: bumi barakah

lebanon   avatar


posticon Posting pada: 23-10-06 21:31


ooo, ana kat sini ok saja, siap bakar sate dadn buat bihun sup lagi, kalau senang-senang datang lah kerumah.

biasa lah raya kat tempat org, walau apapun raya kat kampung adalah paling best.

selamat hari raya maaf zahir batin.

salam kemaafan
di.A.T.A.r.a.dan S.yang.A.M

Bookmark and Share

    


  Member Information For uncle_paklangProfil   Hantar PM kepada uncle_paklang   Quote dan BalasQuote

lisa_solehah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 17.09.2006
Ahli No: 26413
Posting: 371
Dari: UPSI

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 23-10-06 21:37


walaupun tak dapat balik...beraya di tempat orang ni mengajar lisa makna aidilfitri...mengajar erti rindu, persaudaraan, kesunyian, rasa sayang, pengorbanan, tangisan dan macam-macam perasaan bercampur menjadi satu...

orang kata, kita belajar dari pengalaman, selagi kita tidak melaluinya, kita takkan tahu dan kita takkan rasa walaupun kita boleh jangka tapi jangkaan tak sama dengan apa yang dirasa...


-----------------
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For lisa_solehahProfil   Hantar PM kepada lisa_solehah   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 24-10-06 00:16


boringnye malam raya tak balik kg, biasa malam raya mesti mak bising suruh goreng kacang nak buat kuah sate...bosannye dok seorang-seorang...

Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 24-10-06 05:58


Raya tahun ni sangat menarik.
Mengikut taqwim, raya sepatutnya hari Selasa.
Jika hari Selasa, insya ALLAH ana akan dapat bersembahyang raya kerana tiada exam.
Tiba-tiba, raya diisytiharkan pada hari Isnin.
Ramai yang terkejut, sekurang-kurangnya pada pengetahuan ana semua komuniti Malaysia di Toulouse, terutama golongan suri rumah...

Ana?
Ana berjanji mengajak kawan-kawan senasib beraya di rumah ana pada malam raya.
Walaupun keesokannya (isnin) ana ada exam, raya tetap raya.
Sambutan di rumah ana tamat pada pukul 0130 pagi (mula pun pukul 2200); dan ana hanya dapat melelapkan mata pukul 0200.
Pukul 5 lebih ana bangun untuk ulangkaji.
Exam?
Ana tertinggal 2 soalan terakhir kerana tidak cukup masa. Kerana badan terlalu letih, ana tidak cukup cepat untuk menjawab semua soalan.
Tambahan prof tersebut memang suka bagi soalan panjang-panjang.

Padan muka ana, tapi raya punya pasal...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

lisa_solehah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 17.09.2006
Ahli No: 26413
Posting: 371
Dari: UPSI

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 24-10-06 18:46


Pada 24-10-06 05:58 , mohdnurhakimin posting:

!!! QUOTE !!!

Raya tahun ni sangat menarik.
Mengikut taqwim, raya sepatutnya hari Selasa.
Jika hari Selasa, insya ALLAH ana akan dapat bersembahyang raya kerana tiada exam.
Tiba-tiba, raya diisytiharkan pada hari Isnin.
Ramai yang terkejut, sekurang-kurangnya pada pengetahuan ana semua komuniti Malaysia di Toulouse, terutama golongan suri rumah...

Ana?
Ana berjanji mengajak kawan-kawan senasib beraya di rumah ana pada malam raya.
Walaupun keesokannya (isnin) ana ada exam, raya tetap raya.
Sambutan di rumah ana tamat pada pukul 0130 pagi (mula pun pukul 2200); dan ana hanya dapat melelapkan mata pukul 0200.
Pukul 5 lebih ana bangun untuk ulangkaji.
Exam?
Ana tertinggal 2 soalan terakhir kerana tidak cukup masa. Kerana badan terlalu letih, ana tidak cukup cepat untuk menjawab semua soalan.
Tambahan prof tersebut memang suka bagi soalan panjang-panjang.

Padan muka ana, tapi raya punya pasal...



selamat berjuang dalam exam...
moga Allah s.w.t permudahkan akhi dalam menjawab soalan...
inilah dugaan hidup di rantau orang...
bersabarlah menghadapinya...
walauapapun, lisa doakan akhi berjaya dengan cemerlang...amin ya Rabbal Alamin... :-)


-----------------
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For lisa_solehahProfil   Hantar PM kepada lisa_solehah   Quote dan BalasQuote

nurcinta
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.08.2006
Ahli No: 25829
Posting: 84
Dari: australia

Johor   avatar


posticon Posting pada: 25-10-06 16:34


assalamualaikum..dan thanks to all yang share with me...esp. mohdnurhakimin

semoga saudara juga bergembira walau berexam...

saya beraya pada hri selasa...

mlm raya saya dan kawan-kawan semua sibuk masak rendang lah dan buat kuih ala kadar...hehe tapi bersengkang mata juga nak menunggu rendang kering...

lepas itu balik bilik dalam pukul 2pg call rumah gayut dengan mak sampai sejam hehe...rindu suasana raya di rumah...

then pagi2 saya pergi sembahyang hari raya di universiti sebelah dan i had a great day of raya...lepas itu sibu attend open house sana sini...seronok...after all raya kat sini tak lah as bad as i thought...open house yang melambak2 sampai tak terlarat nak datang...walaupun disini tiada malaysian hall tapi rumah2 students dan local muslim yang buat open house dah cukup buat saya tak larat nak beraya...hehe

lepas itu sebabkan tak larat ptg i balik bilik dan stayed inside my room saja ... sambil call kampung...2jam gayut dengan ramai sedara mara dan adik beradik...huhu...saya suka sangat raya disini...ni sekarang (raya ke2)...saya terpaksa bertungkus lumus menyiapkan assingments yang ada lagi 2 1 due pada 27hb dan satu lagi due 30hb...

mlm ni ada open house juga tapi xsempat nak pergi...hurmm anyway...selamat hari raya untuk semua dan happy2 alwiz walau beraya di rantau!!


-----------------
::bukan balasan nikmat yang dicari, tetapi redha Allah yang kudambakan dalam hidup ku kini dan selamanya.Insyaallah::


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurcintaProfil   Hantar PM kepada nurcinta   Quote dan BalasQuote

lamka
Warga 2 Bintang
Menyertai: 28.10.2006
Ahli No: 27100
Posting: 43
Dari: kelate

australia   avatar


posticon Posting pada: 30-10-06 13:50


Best apa raya kat oberc. sama saja macam raya kat malaysia.Cuma tak ada mak ayah saja. tu saja yang menyebabkan kesedihan agaknya... :-(



Bookmark and Share

    


  Member Information For lamkaProfil   Hantar PM kepada lamka   Quote dan BalasQuote

ibnuriz_faridz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.11.2005
Ahli No: 20211
Posting: 273
Dari: Egypt

Johor   avatar


posticon Posting pada: 30-10-06 16:03


assalamualaikum....

Selamat Hari Raya Aidilfiti Maaf Zahir Dan Batin dari perantau di bumi anbiya'.

pengalaman beraya kat sini dah tersiar pu kat ruangan artikel...tak sangka pulak keluar bukan nak bangga tapi rasa segan yelah rasa macam artikel itu biasa saja orang boleh buat.

suasana hari raya kat perantauan ini biasa sajalah..tapi perasaan sayu tak beraya dengan ibu ayah dan family di kampung tipulah kalau tak merasanyakan...

sambutan lebaran kat sini lebih kurang saja...ada open house dan majlis hari raya yang dibuat oleh organisasi kat sini...beraya bersama rerakan tak lah terasa sangat.Dah 2 tahun beraya kat sini tak derlah terasa sangat ... tak macam dulu-dulu mula2 beraya kat perantauan...teriak juga..hehehe

klah see you again...maa salamah

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnuriz_faridzProfil   Hantar PM kepada ibnuriz_faridz   Pergi ke ibnuriz_faridz's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.096261 saat. Lajunya....