Oleh |
Bingkisan Buatmu Duhai Muslimah... |
SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: • Tämäń Mėläwätī, Küälä Lumpur
|
Posting pada: 18-05-03 13:08
Siapalah diriku ini untuk membuatkan dirimu menangis sebak, dan apakah layak bagiku untuk menasihati dirimu. Namun, inilah yang mampuku lafazkan, yang mampuku laungkan setelah kian lama terbuku di jiwa yang lara. Ku harap segalanya diterima dengan berlapang dada, kerana inilah taklifan buat diriku yang bergelar Adam, untuk meluruskan tulang rusuk yang ditakdirkan bengkokā€¦.
Bukankah diciptakan wanita untuk dilindungi sepenuh hati ?
Melihat senario kaum Hawa dewasa ini, diriku tertanya-tanya penuh kemusykilan. Mengapa dirimu kian jauh daripada-Nya ? Apakah dirimu telah lupa akan hukum-hakam yang disusun-Nya ? Ke manakah menghilangnya generasi mujahidah harapan agama ? Ingatlah duhai muslimah. Dirimu itu diciptakan sebaik-baik kejadian. Jangan sekali-kali ciptaan Yang Maha Tinggi dipersiakan. Hanyalah redha-Nya yang kita impikan, bukannya undangan kemurkaan-Nya yang kita harapkanā€¦
"Takutlah kamu kepada wanita, kerana fitnah yang paling besar menimpa Bani Israel adalah kaum wanita..." (Mutafaq 'alaih)
Jelas bersuluh di dalam sabda Baginda yang dirindui, sesungguhnya kaum hawa mampu menggoncang dunia. Jauh sekali tafsirannya bahawa wanita diciptakan sebagai perosak, sebaliknya wanita diciptakan untuk dinobatkan sebagai sayap kiri bagi para mujahid. Dalam berjuang demi menegakkan Deen di dalam diri, keluarga juga ummah.
Wanita itu bisa menjadi madu, kenikmatan dan kemanisannya menjadi pemangkin pada kebangkitan Islamiah. Inilah yang diharapkan dari insan yang bergelar muslimah solehah. Dan wanita juga mampu untuk menjadi racun, bisanya terus memudaratkan seraya menghancurkan agama yang dicintai. Nauzubillahi min zalik ! Jauhkan dirimu dari palitan noda maksiat, membutakan hati dan meruntuhkan peganganmu...
"Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah..." (Mutafaq 'alaih)
Jadilah perhiasan dunia, yang dihiasi dengan bunga ketaqwaan. Sirami jiwamu dengan titis haruman iman, maka terpeliharalah dirimu dari fitnah dunia semata. Semaikan akhlaqmu dengan benih mahmudah, menjadikan dirimu disenangi segala makhluq dan juga Al-Khaliq. Perkayakan dirimu dengan coretan ilmu yang bermanfaat, sebagai petunjuk jalan dalam berbahtera melayar kehidupan duniawi, destinasinya menuju ke akhirat sana...
Inilah titipan dari hamba-Nya yang tidak mengerti apa-apa. Moga mengalirlah air mata keinsafan. Sesungguhnya apa yang baik itulah ketentuan dari-Nya. Segala kekurangan pula lahir dari diriku sendiri, natijah dari kealpaan dalam menghadap diri-Nya Yang Maha Esa. Semoga bibitan kata ini akan diabadikan buat selamanyaā€¦
Nukilan penuh kelemahan,
:: SaLaFiaN :: 18 April 2003 ::
Allahu Ta'ala a'lam... ----------------- Biarkanlah pena menari, lalu sejarah yang menghakimi. Bertintakan hikmah, tertamsil jiwa hamba yang bersujud di hadapan Ilahi.
|
qaulah_atrah
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 79
Posting: 646
Dari: gombak
|
Posting pada: 19-05-03 00:09
Quote:
| Siapalah diriku ini untuk membuatkan dirimu menangis sebak, dan apakah layak bagiku untuk menasihati dirimu. Namun, inilah yang mampuku lafazkan, yang mampuku laungkan setelah kian lama terbuku di jiwa yang lara. Ku harap segalanya diterima dengan berlapang dada, kerana inilah taklifan buat diriku yang bergelar Adam, untuk meluruskan tulang rusuk yang ditakdirkan bengkok…. |
|
Bg qaulah, yg memang sewajarnya kaum Hawa dinasihati.. kalau tidak, macam mana nak mmebentuk muslimah yg dikatakan sejati.. muslimah yg solehah spt srikandi Islam yg agung pd zaman Rasulullah.. InsyaAllah, segala nasihat dan teguran moga-moga menjadi pemangkin ke arah pembentukan jati diri yg mapan dlm menuju mardhatillah.. Sama-samalah doakan ya..
Terima kasih atas nasihat nie... Tahniah krn menukilkan bicara yg mantap dan disusuli dengan nasihat berguna..
Wassalam ----------------- "kutemui diriku, apabila mencariMu."
|
SyAhEeDa
WARGA SETIA Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 207
Posting: 571
Dari: Kelate
|
Posting pada: 07-06-03 00:08
betul ckp qaulah... muslimah ni insan biasa... n kengkadang silap langkah n terlupa... so.. muslimah perlukan org utk menegurnya...insafF~~! ----------------- ++ 'Aish 'Azeezan au Mut Syaheedan ++ Live a glory life, or die a noble death ++
|
darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 26-06-03 09:27
as'kum...tahniah akhie salafian di atas nukilan yg sungguh bermakna ini. tersentuh hati seorang wanita membacanya.
wassalam ----------------- Kehidupan adalah satu ujian...
|
inspirasihearty85
Warga 3 Bintang Menyertai: 20.04.2004 Ahli No: 8525
Posting: 85
Dari: selangor
|
Posting pada: 25-04-04 16:06
saya ahli baru dan baru baca artikel ni...
tahniah kerana dapat membuat artikel yang berguna untuk kaum hawa...
saya nak minta sikit pandangan boleh tak??...
kadang2 seseorang tu nampak baik tapi tak semestinya baik kan??
kita sebagai manusia tak lepas dari perasaan nak berkawan ngan mereka yang berlainan jantina kan?
saya seboleh2 nak elakkan diri dari semua ni..
tapi saya tak tau ape yang akan jadi masa hadapan kan...
jadi, saya nak tanya awak sebagai seorang lelaki, boleh tak awak bagi tau macam maner nak beza kan lelaki yang betul2 baik dan tidak sebab orang lain dan saya sendiri selalu terpedaya dengan luaran lelaki yang nampak alim dan baik...
|
azizah_smai
Warga 2 Bintang Menyertai: 20.07.2004 Ahli No: 10176
Posting: 63
Dari: Bangi
|
Posting pada: 31-03-05 23:42
TAHNIAH SY UCAPKAN UTK SALAFIAN
sy dlm proses nak insaf and when sy read coretan awk, semangat sy makin menggunung utk berubah... So, thanx very much.
Semoga awk sentiasa dicucuri rahmat Allah.... ----------------- If you want to live in a creative life, don't be afraid of being wrong.
|
srikandisolehah
Warga 1 Bintang Menyertai: 29.06.2005 Ahli No: 16961
Posting: 35
|
Posting pada: 24-09-05 21:56
.. ...Tahniah akhie salafian di atas nukilan yang sungguh bermakna ini. tersentuh hati seorang wanita membacanya. Wassalam .............................Islam Itu Indah.....................
|
czarcam
Warga 4 Bintang Menyertai: 08.10.2004 Ahli No: 11715
Posting: 207
Dari: padang Rengas, Kuala Kangsar.
|
Posting pada: 25-09-05 04:59
|
atie82
WARGA SETIA Menyertai: 15.12.2004 Ahli No: 13074
Posting: 1080
Dari: Papar,Sabah@Seremban
|
Posting pada: 25-09-05 10:05
wwt... Allah menjadikan setiap makhlukNYA dengan pelbagai kelebihan dan kekurangan..setiap makhlukNYA akan diuji dengan pelbagai dugaan..bagi menilai tahap keimanan hambaYA dimuka bumi ini.. Hamba yang patuh kepada perintah ALLAH SWT,tidak mudah tunduk dengan pujukan dan rayuan syaitan dan terhindar dari sifat mazmumah yang mencacatkan keperibadian... wallahu'alam *********************** The Light of ALLAH Surrounds Me, The Love of ALLAH Enfolds Me, The Power of ALLAH Protects Me, The Presence of ALLAH Watches Over Me, Wherever I am, ALLAH SWT Is..
|
sakeenah
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.03.2005 Ahli No: 15077
Posting: 308
Dari: johor
|
Posting pada: 25-09-05 13:19
terima kasih kepada salafian atas nasihat yang diberikan...InsyaAllah sakeenah akan sebarkan pada rakan2 sakeenah.
|
nurlynn
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2005 Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku
|
Posting pada: 25-09-05 15:27
terima kasih salafian....
|
edlin
WARGA SETIA Menyertai: 03.08.2004 Ahli No: 10459
Posting: 411
Dari: sg
|
Posting pada: 25-09-05 16:19
saya nak copy boleh? nak letak kat friendster dan email kat kawan-kawan.... anyway... bagus bila ada muslimin yang take care pada zaman ini... thanks....
|
lubaina
WARGA SETIA Menyertai: 15.02.2005 Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....
|
Posting pada: 25-09-05 18:26
teguran membina... jazakallahu kkairan kathir..
|
chibi_maruko
WARGA SETIA Menyertai: 28.06.2005 Ahli No: 16933
Posting: 474
Dari: terawang-awangan
|
Posting pada: 25-09-05 22:02
assalamualaikum "wanita yang baik adalah wanita yang mengikut perintah Allah"(an-nisa) _________________ praise to you just for you....Allah
|
fizah_862000
WARGA SETIA Menyertai: 07.08.2004 Ahli No: 10528
Posting: 844
Dari: seremban
|
Posting pada: 25-09-05 22:14
|
Iman_Solehah
Warga Rasmi Menyertai: 16.05.2005 Ahli No: 16565
Posting: 14
|
Posting pada: 26-09-05 10:43
terharu nya...........................
|
raudhahIzzah
Warga 4 Bintang Menyertai: 18.02.2005 Ahli No: 14516
Posting: 216
Dari: Jazirah Lukluk
|
Posting pada: 26-09-05 11:43
salam ukhwah.... subahanallah...walhamdulillah... betapa besarnya tanggungjawab wanita di sisi lelaki...sesungguhnya wanita itulah racun dan juga penawar bagi kaum adam mahupun dunia.... syukran jazilan dengan bingkisan coretan saudara SALAFIAN.... moga2 ianya menyuntik semangat baru dan natijah membina bagi para wanita untuk mendokong amanah sebagai 'sayap kiri' di sisi suami dan agamanya, Islam...DEEN NUL ISLAM... Jadilah sebaik-baik wanita/muslimah di sisi Allah, RasulNya dan agama Islam.... insyaAllah berdoalah kita semua (muslimat) moga2 menjadi azimat atau permata yang bergemerlapan dalam perjuangan jihad fi sabilillah... sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik Pencipta dan Perancang.... wallahua'alm... wassalam....
|
ismi_safiza
WARGA SETIA Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya
|
Posting pada: 29-10-05 22:34
Menyelak buku yang dihadiahkan oleh seseorang yang telah Allah janjikan, ā€¯Wanita Solehah ā€“ Kedudukan dan Personaliti Serta Ciri-cirinyaā€¯ hati tersenyum namun gusar di hati sukar untuk ditafsir. Mampukah diri ini bergelar wanita solehah? Mampukah diri ini menajdi wasilah kepada sebuah pembentukan usrah muslim untuk mentarbiyyahkan anak-anak dan keluarga dengan berpandukan AlQuran dan assunnah? Benar, tanggungjawab itu terlalu berat, maharnya terlalu mahal untuk meraih syurga di sana. Dengan arus kehidupan globalisasi, mehnah seringkali menggoyah kekuatan diri. Andai tiada sandaran yang ampuh, sudah pasti diri ini akan rebah akur dengan kehendak duniawi. Hati seringkali menangis melihat muslimah sekarang. Sekalipun kemajuan dan kemewahan terhampar namun ia membuatkan kita semakin jauh daripada keberkatan dan rahmat kasih sayangNya. Kita dilalaikan dengan ehwal duniawi, sedangkan janjiNya adalah pasti! Dunia sudah tua benar! Ia hanya menanti masa tunggu dipulihkan dengan tiupan sangkakala. Tika dan saat itu, adakah kita dijanjikan untuk taubat yang akan diterima? JanjiNya itu pasti! Mati juga pasti! Sesungguhnya kita tidak pernah dijanjikan umur yang beratus tahun. Jadi, di manakah titik persetujuan bahawa kita perlu menunggu usia emas untuk bertaubat dan beribadah menutup lompang kejahilan di usia muda? Tiada perjanjian itu! Ana, dan saudari semua takkan tahu bila ajal kita akan datang. Tahukah kita, malaikat maut sentiasa menziarahi kita. Kunjungan hormat, walaupun tiada terzahir oleh mata zahir namun hati mampu merasainya. Jika hari ini adalah hari terakhir kita di dunia ini, sudah bersediakah kita untuk mengadapNya? Berapa banyak amal yang telah tersedia sebagai bekalan selamat di sana? Sudahkah kita tunaikan hak diri kita sepanjang usia kita? Aurat, akhlak, amalan ibadah... bagaimanakah timbangan semuanya itu? Cukupkah untuk kita berlalu pantas pada titian sirat? Ataupun kita perlu merangkak, lantaran bekalan kita terlalu naif. Saudariku tersayang, atas dasar kasih sayang ini, ana memohon muhasabahlah diri. Tiada manusia yang akan sempurna, namun bukan satu perkara yang salah untuk kita sentiasa berubah ke arah kesempurnaan. Renung-renungkanlah. Adakah aurat kita terjaga? Pakaian kita adakah seperti yang islam anjurkan? Akhlak kita adakah mengikut lunas syariat? Siapakah turutan keutamaan dalam amalan kehidupan kita? Ketahuilah, Islam adalah agama yang syumul dan ia takkan menyusahkan pengikutnya! Ayuh, lapangkan hatimu. Lihatkan keindahan Islam yang tersedia buatmu muslimah. Setiap perkara yang islam bahaskan adalah demi kebaikanmu. Jadilah muslimah yang menjadikan Deen sebagai pakaiannya, jadikan malu itu sebagai kehormatanmu. Janganlah cemarkannya. Ketahuilah jua, dirimu dan diriku adalah wanita istimewa, nilaian wanita muslimah terlalu mahal. Sanggupkah kita merendahkan mahar yang semahalnya itu dengan akhlak yang buruk, dengan pakaian kita yang tidak menutup aurat, dengan tindakan kita yang kurang sopan. Islam ditegakkan atas darah syuhada, jangan cemarkan darah itu dengan ketaksuban kita kepada kemajuan yang tiada keseimbangan rohaniyyah. Seandainya di suatu malam, air mata kita menitis kerana kita insaf, bergembiralah wahai temanku. Itulah khabaran gembira, Dia sudi memberikan hidayahNya yang tidak pernah siapa menjangka. Berubahlah ke arah kebaikan, sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka buatmu. Seandainya ada dosa-dosa lalu, Dia menjanjikan keampunan pada mereka yang sentiasa bertaubat. Biarkan kemungkaran lalu menjadi mimpi buruk buat kita, hiduplah dalam alam nyata, bahawa dirimu muslimah terlalu indah untuk dipertontonkan di khalayak. Diri ini akan menjadi insan paling gembira jika titipan mesra ini dibaca oleh muslimah, lalu ia muhasabahkan dirinya. Berubahlah demi kebaikan, kerana dirimu dan diriku jua berhak meraih syurga firdaus yang dijanjikanNya!
|
Shahida09
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.06.2005 Ahli No: 16869
Posting: 343
Dari: Atas Bumi, Bawah Langit
|
Posting pada: 31-10-05 18:01
Ya Allah...bagusnya ada orang yang tegur...
|
alexander
WARGA SETIA Menyertai: 24.12.2004 Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH
|
Posting pada: 20-12-05 18:51
.... Syukran kathiran....moga2 kita semua dapat manfaat darinya... ----------------- Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......
|
NuR_HiKMaH
WARGA SETIA Menyertai: 16.07.2003 Ahli No: 2374
Posting: 563
Dari: Batu Pahat, Johor
|
Posting pada: 20-12-05 22:28
syukran
|
taisir
Warga 4 Bintang Menyertai: 01.05.2005 Ahli No: 16233
Posting: 264
Dari: planet bumi...
|
Posting pada: 30-12-05 21:23
syukran atas peringatan... kelemahan wanita bukan diskriminasi tuhan tapi inilah kasih sayang Allah agar antara kita adam dan hawa saling ingat megingatkan... hidup itu indah andai segalanya kerana Allah... wa Allah hu a'lam...
|
qudwah
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2005 Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU
|
Posting pada: 30-12-05 22:44
|
SITIHAMIZAH
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.12.2004 Ahli No: 13091
Posting: 192
Dari: the garden of knowledge and virtue
|
Posting pada: 02-01-06 13:53
|
alqibtiaz
WARGA SETIA Menyertai: 31.07.2004 Ahli No: 10409
Posting: 542
Dari: kuala terengganu
|
Posting pada: 06-01-06 16:08
|
fizah_862000
WARGA SETIA Menyertai: 07.08.2004 Ahli No: 10528
Posting: 844
Dari: seremban
|
Posting pada: 06-01-06 16:19
Pada 30-12-05 22:44 , qudwah posting:!!! QUOTE !!! syukran..... afwan... best....akhiru kalam shukran jazilan! ----------------- "Jika Allah menolong kamu, tiada sesiapa pun yang dapat mhalang kamu..."surah Ali Imran:129
|
anis_najihah
WARGA SETIA Menyertai: 12.05.2005 Ahli No: 16459
Posting: 439
Dari: kelate
|
Posting pada: 06-01-06 16:24
kelalaian itu kegelapan.. kejahilan itu kesesatan.. kesabaran itu ketenangan.. kemaafan itu kekuatan.. kepandaian itu kekayaan.. istiqamah itu bukti kehambaan.. ----------------- 'love for all_hatred for none' ..SUBHANALLAH,ALHAMDULILLAH,ALLAHUAKBAR..
|
Nadiahsolehah
Warga 4 Bintang Menyertai: 05.05.2005 Ahli No: 16314
Posting: 283
Dari: terengganu
|
Posting pada: 06-01-06 16:31
Cinta pada bunga,bunga akan layu.. cinta pada manusia,manusia akan mati.. cinta pada Allah,itulah yang kekal abadi.. [ Telah diedit oleh: Nadiahsolehah pada 06-01-06 16:32 ]
|
hikmah_kembara
Warga Rasmi Menyertai: 27.02.2006 Ahli No: 23043
Posting: 2
Dari: Malaysia
|
Posting pada: 01-03-06 17:12
assalamualaikum.. thanks atas nasihat yang diberikan. jarang sekali jumpa muslimin yang sudi nak tegur bab2 begini.. sedih juga bila ramai mujahid-mujahid hari ni gugur disebabkan wanita...
|