Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 25-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Betapa banyak lukisan tiruan Mona Lisa, tetapi orang ramai masih lagi berusaha nak melihat lukisan Mona Lisa yang asli.
-- Louis Amstrong

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 63
Ahli: 0
Jumlah: 63




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 5 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: bicara soal gemuk


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» bicara soal gemuk

Please Mendaftar To Post


Oleh bicara soal gemuk

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 17-10-06 22:16


om baca Artikel pasal GEMUKSSS.....


Sindrom penyakit hidup mewah

SELEPAS hampir sebulan berpuasa, adakah anda melihat sebarang perubahan pada diri sendiri? Adakah berat badan berkurang satu dua kilogram atau semakin bertambah?

Jika bertambah, bermakna sesuatu perlu dilakukan supaya anda tidak terjerumus ke dalam kategori obesiti.

Jika anda sememangnya tergolong dalam kumpulan obes, sekarang ambil pita dan lihat ukur lilit pinggang. Adakah ia melebihi 102 sentimeter atau 40 inci bagi lelaki dan 80 sentimeter (35 inci) bagi perempuan?

Jika jawapannya ya, anda sepatutnya berasa risau kerana anda berisiko tinggi mendapat penyakit kencing manis dan serangan jantung.

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Kedua pada 1996 mendapati, hampir 21 peratus golongan dewasa di negara ini mengalami masalah berat badan berlebihan (gemuk) dan 4.4 peratus pula termasuk dalam kategori obesiti atau sangat gemuk.

Itu kajian yang dijalankan sembilan tahun lalu dan jumlahnya kini pasti jauh lebih tinggi. Mengalami masalah obesiti secara tidak langsung memasukkan kita dalam senarai orang yang menghadapi sindrom metabolik, iaitu gabungan faktor untuk mendapat serangan jantung.

Dianggarkan 25 hingga 30 peratus rakyat Malaysia mengalami sindrom metabolik atau sindrom penyakit yang disebabkan gaya hidup mewah dan kurang bersenam.

Sebenarnya, pengamal perubatan masih bercanggah pendapat mengenai definisi sindrom metabolik, tetapi intipatinya tetap sama; sindrom ini mendekatkan seseorang dengan maut akibat serangan jantung.

Perunding Perubatan Metabolik, Dr Leslie Lai, berkata hampir 90 peratus pesakit kencing manis (diabetes jenis II) termasuk dalam golongan sindrom metabolik.

Malah, peluang bagi individu obes untuk tersenarai dalam golongan ini juga sangat tinggi jika tiada langkah pencegahan diambil.

Untuk tersenarai dalam kumpulan ini, anda mesti mempunyai ciri utama, iaitu kegemukan pada pinggang (ukuran pinggang seperti disebut di atas) dan sekurang-kurangnya dua daripada empat ciri sampingan iaitu tekanan darah melebihi 130/85 mmHg, paras trigliserol melebihi 1.7 mmol/liter, paras kolesterol baik (HDL) kurang daripada 1.0 mmol/liter (lelaki) dan kurang 1.3 mmol/liter (perempuan) dan tahap glukos darah melebihi 5.6 mmol/liter.

“Semua ciri ini meninggikan risiko seseorang untuk mengalami masalah tekanan darah tinggi dan serangan jantung. Beberapa penyakit sering dikaitkan dengan sindrom ini, iaitu obesiti, tekanan darah tinggi, kencing manis dan dislipidemia (tahap kolesterol tinggi dalam darah).

“Sindrom ini berpunca daripada gaya hidup tidak sihat, makan makanan berlemak dan kurang bersenam. Setiap penyakit dalam sindrom ini, termasuk masalah obesiti, mesti ditangani secara agresif dan serius,” katanya.

Ini kerana kajian sama mendapati, penyakit jantung koronari menjadi pembunuh nombor satu di negara ini yang menyebabkan lebih 22.5 peratus kematian bagi setiap 100,000 penduduk pada 1996 berbanding hanya 7.5 peratus kematian pada 1982.

Peningkatan mendadak ini menjadi kebimbangan berikutan ada laporan mengatakan umur pesakit yang mendapat serangan jantung kini semakin muda.

Insiden kencing manis juga meningkat 13 kali ganda (8.4 peratus) pada 1997 berbanding hanya 0.65 peratus (1960) yang menandakan keprihatinan dan kesedaran masyarakat untuk menjaga kesihatan diri masih di tahap rendah, walaupun pelbagai kempen dijalankan.

Dr Lai berkata, cara paling mudah untuk mengelak semua masalah ini adalah melalui perubahan gaya hidup. Ini termasuk menjalankan perubahan pemakanan dan memulakan aktiviti bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari.

Bagaimanapun, sebelum memulakan program kesihatan, beliau menyarankan setiap orang mendapatkan nasihat doktor terlebih dulu bagi mengelak masalah tidak diingini, selain dapat merancang jenis senaman yang bersesuaian dengan tahap kesihatan masing-masing.

Ini bermakna, proses pengurangan berat badan misalnya mesti dilakukan secara selamat.

Selain itu, setiap individu terb a b i t mesti serius melakukan program yang dirancang untuk mereka supaya sasaran rawatan dapat dicapai dalam masa ditetapkan.

Cara paling mudah dan murah ialah bersenam setiap hari, selain mengawal nafsu makan.

Menyebutnya memang mudah, tetapi ramai mengakui ia payah dilakukan tanpa semangat kuat.

Namun, bagaimana berat pun, demi kesihatan diri, ia mesti dilakukan segera kerana senaman bukan saja boleh mengurangkan berat badan, tetapi pada masa sama menurunkan tekanan darah, rintangan insulin, hiperglisemia, glisemia dan memperbaiki kandungan lemak dalam darah.

Beberapa sasaran ukuran perlu dicapai untuk memastikan seseorang itu dalam zon selamat, iaitu tekanan darah mesti kurang daripada 130/80 mm harga. Individu yang mengalami masalah buah pinggang perlu mencapai tekanan kurang daripada 125/75 mm harga bagi memastikan buah pinggang dapat terus berfungsi dengan baik.

Jika mahu diukur daripada Indeks Jisim Badan (BMI), nilainya mesti kurang daripada 23 bagi orang Asia, tetapi kata Dr Lai, nilai ini tidak begitu penting selagi semua lima ciri dalam sindrom metabolik dapat dihindarkan.

APA ITU BMI (BODY MASS INDEX)?

BMI merupakan satu standard pengukuran bagi menentukan berat badan yang ideal atau unggul bagi seseorang. Formula bagi pengukuran ini adalah :-

BMI = Berat (kg)
___________

Tinggi tak Tinggi (meter)


Apabila pengiraan diperolehi, maka perlu dirujuk di bawah sebagai panduan...

Kurang 20.0 ~ kurang berat badan
20.0 - 25.0 ~ Berat Ideal
25.0 - 30.0 ~ Berlebihan berat badan
Lebih 30. ~ Obesiti..



Contoh = 58 kg
___________

1.64 tak 1.64 meter

= 21.5 ~ berat badan Ideal...
[ Telah diedit oleh: Administrator pada 07-08-07 14:19 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 17-10-06 23:35


masih lagi di tahap yang selamat... :-di


-----------------
-biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -


Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

vanadium_oksida
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.01.2005
Ahli No: 13944
Posting: 279
Dari: manjung ,perak

Perak  


posticon Posting pada: 17-10-06 23:48


apa-apa pun kita patut bersyukur dengan apa yang ada pada kita...bagi yang bersaiz besar untuk mengelakkan masalah berat badan yan melampau kita hendak lah berseman...biar pun tak lama kira-kira 5 hingga 7 minit...tapi mesti lah kena bersterusan...dan jaga permakanan kita supaya berat badan kita dapat diturunkan...insya-Allah...lain lah dah memang tak boleh nak turun kan berat badan tu...tak boleh nak buat apa..

Bookmark and Share

    


  Member Information For vanadium_oksidaProfil   Hantar PM kepada vanadium_oksida   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 18-10-06 00:11


Sekarang ada timbul fenomena baru- Anorexia.
Semakin ramai remaja di eroprah yang jadi jerangkung hidup.

Sehinggakan, semasa pertunjukan fesyen di Madrid baru-baru ini ramai model yang di'ban' kerana terlalu kurus.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

affenry
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.08.2006
Ahli No: 25617
Posting: 130
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-10-06 02:00


salam........
hehehehehe badan saya makan kecik ada lah
hu3x

Bookmark and Share

    


  Member Information For affenryProfil   Hantar PM kepada affenry   Quote dan BalasQuote

fauzy_fx86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.07.2006
Ahli No: 25359
Posting: 327
Dari: Di pinggiran Batu Caves

malaysia  


posticon Posting pada: 18-10-06 05:38


jerangkung tu apa?
berat badan saya ni makin susut lah.
makan macam biasa saja.
mungkin rindu masakan mak.
xbesnye duduk jauh dr family.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fauzy_fx86Profil   Hantar PM kepada fauzy_fx86   Pergi ke fauzy_fx86's Website   Quote dan BalasQuote

kembara_girl
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2006
Ahli No: 25715
Posting: 408
Dari: jengka,Pahang

malaysia  


posticon Posting pada: 18-10-06 09:07


ala BMI saya kurang dari 20 ar...
18.3 saja tapi saya rasa saya pnyer tinggi dan berat dah ok....
huhuhuhuhu :lol: :lol:
yang penting sihat..... :-P
[ Telah diedit oleh: kembara_girl pada 18-10-06 09:43 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For kembara_girlProfil   Hantar PM kepada kembara_girl   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-10-06 09:19


gemuk ke, kurus ke...semua tu anugerah Allah.
yang penting jaga kesihatan.
Kenapa seseorang tu gemuk?
banyak faktor antaranya keturunan, kadar metabolisma rendah, suka makanan berlemak, makan banyak, faktor persekitaran, tabiat pemakanan dan macam-macam lagi....
insya Allah, jika ikut cara rasulullah makan iaitu makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, pasti anda tidak akan mengalami obesiti.
entahlah, kekadang kasihan jugak kat sahabat2 yang berbadan besar ni, mereka pun selalu berfikir, macam mana nak kurus...
kalaulah berada di tempat mereka, macam mana ya?

Bookmark and Share

    


  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

Ustadz
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-10-06 13:53


semuanya hanya dengan zat Allah...asbab manfaat dan mudarat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For UstadzProfil   Hantar PM kepada Ustadz   Pergi ke Ustadz's Website   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 18-10-06 14:36


kalau ikut apa yang rasul sarankan insyaALLAH sihatkan?
makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang...
tapi.....???

Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

una_durrani
Warga Rasmi
Menyertai: 11.09.2006
Ahli No: 26302
Posting: 15

malaysia  


posticon Posting pada: 18-10-06 15:12


BMI saya cuma 16.9.
tapi saya rasa o.k lagi....:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For una_durraniProfil   Hantar PM kepada una_durrani   Quote dan BalasQuote

wafa_mawaddah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2003
Ahli No: 4175
Posting: 845
Dari: mardhatillah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-10-06 16:30


takut gemuk....
alhamdulillah masih ideal...
saya sangat menjaga berat badan kerana mudah naik dan mudah turun...
apapun...jaga kesihatan masing-masing...
al-'aqlussalim fil jismissalim...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wafa_mawaddahProfil   Hantar PM kepada wafa_mawaddah   Pergi ke wafa_mawaddah's Website   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 18-10-06 18:38


alhamdulillah berat badan masih lagi ideal

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

houri
WARGA SETIA
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-10-06 17:51


Pada 18-10-06 00:11 , mohdnurhakimin posting:

!!! QUOTE !!!

Sekarang ada timbul fenomena baru- Anorexia.
Semakin ramai remaja di eroprah yang jadi jerangkung hidup.

Sehinggakan, semasa pertunjukan fesyen di Madrid baru-baru ini ramai model yang di'ban' kerana terlalu kurus.



tambah lagi satu, Bulimia.
jerangkung maknanya rangka manusia.


-----------------
Jangan pandang remeh terhadap benda-benda yang remeh.
[ Telah diedit oleh: houri pada 20-10-06 11:59 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For houriProfil   Hantar PM kepada houri   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 20-10-06 13:12


siapa yang berisi ???? anis pernah baca ramai orang cakap biodex berkesan... harge pun not bad lah, ada tak sesiapa pernah gunakan?

Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-03-07 12:56


Ditujukan kepada Fauzy_fx86 -

Jerangkung tu hantu berupa tulang rangka manusia yang berjalan mundar mandir dengan berbunyi yang menakutkan.

Umi bersyukur walaupun gemuk tapi sihat alhamdulillah :).

Tapi masa umi muda dan baru kawin memang umi kurus tetapi disebabkan makan pil kesuburan tu yang subur badan hingga sekarang ni :).

Allah tidak melihat rupa dan bentuk kamu tapi Allah lihat hati kamu (mafhum Hadis)

Tapi jangan jadikan hadis tersebut alasan ya kerana sekiranya gemuk sebab kuat makan maka itu adalah kesilapan diri sendiri. Jadi usaha ke arah menjaga berat badan terutama di usia muda. Orang yang sihat lebih Allah sayangi dari orang yang sakit.

Wallahuta'ala a'lam bissawab

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 10-03-07 13:00


salam...

alhamdulillah....
buat masa ni, masih sihat lagi dengan kehendakNYA.
sederhana sahaja.
tapi, orang kata ana kurus. :-)
entahlah. :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

imtiyaz_lail86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.08.2006
Ahli No: 25728
Posting: 229
Dari: JeRaNTuT~NiLai

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 10-03-07 13:06


assalamualaikum...
xslh jika gmuk...tapi biar gmuk yang shat dan xbrpenyakit...Apa pun kena juga kshatan badan...jangan sampai trlbih @ trkurg...
macam ana ni trglong dalam glgn yang trlbih kurus...berat badan jtuh mndadak sebab gastrik...lani ngah cba maintain kan balik berat badan...
ALHAMDULILLAH,lani naik sikit agaknya...:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For imtiyaz_lail86Profil   Hantar PM kepada imtiyaz_lail86   Quote dan BalasQuote

houri
WARGA SETIA
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 10-03-07 13:06


Ana percaya pada pemakanan seimbang dan bersenam.
Tidak perlu diet melampau yang ternyata menghukum badan.
Jaga pemakanan seimbang, bersenam dan berhenti makan sebelum kenyang.

'you are what you eat and how you eat'


-----------------
Jangan pandang remeh terhadap benda-benda yang remeh.
[ Telah diedit oleh: houri pada 10-03-07 13:09 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For houriProfil   Hantar PM kepada houri   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-03-07 16:04


setuju dengan anakanda houri .....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ShahrulZaman
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2007
Ahli No: 28499
Posting: 1138
Dari: Walidain

Selangor  


posticon Posting pada: 12-03-07 04:08


tak ada kecik hati ke sesiapa bincang tajuk ni?

Bookmark and Share

    


  Member Information For ShahrulZamanProfil   Hantar PM kepada ShahrulZaman   Quote dan BalasQuote

syira_qistina
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2003
Ahli No: 4102
Posting: 777
Dari: tempat yang paling jem

Selangor  


posticon Posting pada: 07-08-07 13:38


Assalamualaikum

tak kira org yang kurus atau gemuk...kena maintainkan bersenam.seminggu at least bersenam 3-4 kali.setiap kali bersenam at least setengah jam.insyaALLAH kalau antum semua maintainkan bersenam & jaga pemakanan...soal gemuk tidak akan timbul.cubalah.. insyaALLAH mesti boleh.. :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For syira_qistinaProfil   Hantar PM kepada syira_qistina   Quote dan BalasQuote

ilhammusafir
Warga 5 Bintang
Menyertai: 05.11.2005
Ahli No: 20222
Posting: 361
Dari: SeGaMat_JoHoR

Johor  


posticon Posting pada: 07-08-07 19:39


anda dikalangan 3G???.................:D

Bookmark and Share

    


  Member Information For ilhammusafirProfil   Hantar PM kepada ilhammusafir   Quote dan BalasQuote

Asward_hafiz
WARGA SETIA
Menyertai: 02.05.2004
Ahli No: 8743
Posting: 597
Dari: Kuantan pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 07-08-07 22:51


hehe..rupanya ana dalam golongan orang-orang yang kurus dan kurang berat badan...hehehe...ada cangan untuk ana menaikkan berat badan ana supaya ideal... :-) :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Asward_hafizProfil   Hantar PM kepada Asward_hafiz   Pergi ke Asward_hafiz's Website   Quote dan BalasQuote

nieha
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.11.2004
Ahli No: 12531
Posting: 61
Dari: kuantan

Pahang  


posticon Posting pada: 07-08-07 23:42


dah jaga pemakanan,tapi tak kurusdan cantik jugak.

Bookmark and Share

    


  Member Information For niehaProfil   Hantar PM kepada nieha   Pergi ke nieha's Website   Quote dan BalasQuote

nieha
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.11.2004
Ahli No: 12531
Posting: 61
Dari: kuantan

Pahang  


posticon Posting pada: 07-08-07 23:43


dah jaga pemakanan,tapi tak kurusdan cantik jugak.

Bookmark and Share

    


  Member Information For niehaProfil   Hantar PM kepada nieha   Pergi ke nieha's Website   Quote dan BalasQuote

Kakngah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 06.01.2005
Ahli No: 13574
Posting: 394
Dari: Rawang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-08-07 09:50


gemuk tak semestinya tak sihat..
kurus tak semestinya sihat..

Bookmark and Share

    


  Member Information For KakngahProfil   Hantar PM kepada Kakngah   Quote dan BalasQuote

humairak
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.12.2004
Ahli No: 13040
Posting: 57
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 08-08-07 11:47


lelaki gemuk ada juga perempuan yang suka dan jadikan pasangan hidup tapi kalau perempuan gemuk tak budak lelaki yang nak kawan atau jadikan pasangan hidup.

Bookmark and Share

    


  Member Information For humairakProfil   Hantar PM kepada humairak   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 08-08-07 12:17


Pada 08-08-07 11:47 , humairak posting:

!!! QUOTE !!!

lelaki gemuk ada juga perempuan yang suka dan jadikan pasangan hidup tapi kalau perempuan gemuk tak budak lelaki yang nak kawan atau jadikan pasangan hidup.


Sebab perempuan tak berapa kisah sangat pasal fizikal lelaki...Perempuan lebih tertarik dengan sifat dalaman seorang lelaki seperti gentelmen, caring, bertanggungjawab, macho dan sebagainya...Perempuan juga lebih suka lelaki yang mempunyai berharta...

Yang lelaki pulak lebih mementingkan kecantikan fizikal seorang perempuan...Dia tak kisah sangat kalau perempuan tu tak berharta...


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

qinairaaa
Warga 2 Bintang
Menyertai: 30.05.2007
Ahli No: 30115
Posting: 68
Dari: pantai remis, manjung, perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 24-08-07 21:00


[email protected] yang terlebih gemuk masalah yang terlebih kurus pun masalah so....................... sentiasalah bersederhana dalam apa jua sekalipun.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For qinairaaaProfil   Hantar PM kepada qinairaaa   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 27-08-07 14:46


Pada 08-08-07 09:50 , Kakngah posting:

!!! QUOTE !!!

gemuk tak semestinya tak sihat..
kurus tak semestinya sihat..



gemuk atau berat badan berlebihan mempunyai risiko tinggi menghidap penyakit seperti diabetes dan sakit jantung...

terlalu kurus pun tak baik...kalau perempuan terlalu kurus, akan mempunyai masalah kitaran haid...

yang baik ialah yang sederhana...menepati ajaran Islam "bersederhanalah" :-)


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 27-08-07 15:08


Pada 20-10-06 13:12 , anis_zulaikha posting:

!!! QUOTE !!!

siapa yang berisi ???? anis pernah baca ramai orang cakap biodex berkesan... harge pun not bad lah, ada tak sesiapa pernah gunakan?



ni ubat untuk kurangkan berat badan ke?

sebenarnya yang paling berkesan untuk mengurangkan berat badan ialah dengan melakukan senaman yang kerap dan berterusan di samping mengamalkan cara hidup sihat yang lain...bukan sahaja untuk kurang berat tapi untuk kesihatan yang menyeluruh...insyaAllah

dengan bersenam berat badan maintain, jantung sihat, kurang tekanan dan banyak lagi...dan senaman juga adalah untuk awet muda sebab banyak kajian membuktikan senaman memperlahanlan proses penuaan...insyaAllah

jangan percaya sangat dengan ubat-ubat kurangkan berat sebab kalau betul tak adalah orang-orang "lebih berat" di dunia...kalau betul Kenapa ada orang yang berharta mampu beli ubat yang mahal tapi "lebih berat"....fikirkanlah

senaman tak semestinya di luar rumah atau pergi gym...dalam rumah boleh buat..jalan-jalan dalam rumah atau buat regangan beberapa minit setiap hari..solat pun satu cara senaman yang sangat baik... :-)


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

diella
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.12.2006
Ahli No: 27880
Posting: 219
Dari: alor star

Kedah  


posticon Posting pada: 27-08-07 16:31


alhamdulillah berat badan masih lagi ideal

Bookmark and Share

    


  Member Information For diellaProfil   Hantar PM kepada diella   Pergi ke diella's Website   Quote dan BalasQuote

Nurana12
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.08.2007
Ahli No: 30817
Posting: 77
Dari: malaysia

Perak  


posticon Posting pada: 27-08-07 18:39


rana punya berat pun masih ok lagi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Nurana12Profil   Hantar PM kepada Nurana12   Pergi ke Nurana12's Website   Quote dan BalasQuote

azaha85
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.07.2007
Ahli No: 30484
Posting: 92
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-08-07 21:07


asslamualaikum.
saya pun masih lagi dalam zon berat badan yang selamat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For azaha85Profil   Hantar PM kepada azaha85   Quote dan BalasQuote

anaksolehah07
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.03.2006
Ahli No: 23171
Posting: 85
Dari: bumi Allah..

uk  


posticon Posting pada: 27-08-07 21:14


nak betulkan sikit data tu....ni criteria using in klinik kesihatan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For anaksolehah07Profil   Hantar PM kepada anaksolehah07   Quote dan BalasQuote

carrot_syaima
Warga 1 Bintang
Menyertai: 04.04.2007
Ahli No: 29449
Posting: 23
Dari: selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 03-09-07 20:06


salam~~
untung kita jadi umat Islam yang tak mementingkan paras rupa sebagai ukuran tetapi iman yang membezakan. bersederhanala dalam apa jua...

Bookmark and Share

    


  Member Information For carrot_syaimaProfil   Hantar PM kepada carrot_syaima   Quote dan BalasQuote

sahlon
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.03.2005
Ahli No: 15287
Posting: 281
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-08-08 16:08


salam...BMI saya berada dalam lingkungan obes...hiks

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahlonProfil   Hantar PM kepada sahlon   Quote dan BalasQuote

nurzatul
WARGA SETIA
Menyertai: 03.09.2006
Ahli No: 26160
Posting: 733
Dari: yogyakarta...

Perak   avatar


posticon Posting pada: 17-08-08 22:48


salamun alaik..
dulu masa sekolah BMI ana underweight..sekarang BMI da nrmal..berat pun da semakin bertambh..huhu..rasa da gemuk pula..tapi semua dok kita ana kurus..pelik betul. hmm..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurzatulProfil   Hantar PM kepada nurzatul   Pergi ke nurzatul's Website   Quote dan BalasQuote

islamic_gil
WARGA SETIA
Menyertai: 24.02.2005
Ahli No: 14692
Posting: 427
Dari: SATU KAWASAN DI SATU MASA

Selangor  


posticon Posting pada: 13-10-08 14:42


Pada 08-08-07 12:17 , sailormoon posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 08-08-07 11:47 , humairak posting:

!!! QUOTE !!!

lelaki gemuk ada juga perempuan yang suka dan jadikan pasangan hidup tapi kalau perempuan gemuk tak budak lelaki yang nak kawan atau jadikan pasangan hidup.


Sebab perempuan tak berapa kisah sangat pasal fizikal lelaki...Perempuan lebih tertarik dengan sifat dalaman seorang lelaki seperti gentelmen, caring, bertanggungjawab, macho dan sebagainya...Perempuan juga lebih suka lelaki yang mempunyai berharta...

Yang lelaki pulak lebih mementingkan kecantikan fizikal seorang perempuan...Dia tak kisah sangat kalau perempuan tu tak berharta...



betullll222.gemuk ke kurus yang penting hati dan tahu jaga kesihatan.nak kecik hati pun dah itu fizikal kita...pandai22 jaga kesihatan :oops:

satu lagi jangan pandang rendah pada orang gemuk :jangan: :jangan:


-----------------
don't forget to say THANK YOU ALLAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For islamic_gilProfil   Hantar PM kepada islamic_gil   Quote dan BalasQuote

panglima_azam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.09.2008
Ahli No: 35073
Posting: 139
Dari: pertemuan antara 3 benua lautan

Kedah  


posticon Posting pada: 13-10-08 15:19


salam...

setiap makhluk yang dicipta oleh Allah ada kelebihan tersendiri... tak mustahil yang kategori gemuk ini lebih hebat dr kategori kurus...

jangan pandang hina kerana kita tak ada hak untuk berbuat begitu.. tak mustahil satu hari nanti org yang gemuk tu yang akan membantu org yang kurus tu kelak.. kita tak tahu kan..

sntiasala menjaga ukhwah antara satu sama lain kerana ianya akan membawa kebaikan & ganjaran yang pasti dr Allah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For panglima_azamProfil   Hantar PM kepada panglima_azam   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 13-10-08 17:07


Tip kuruskan badan tanpa ubat     itu May 22, 2007
Ada tips sikit:


" Cara Untuk Kurus Tanpa ubat-ubatan

1. JANGAN BERLAPAR

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.


4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.


10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.


11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.


12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.


13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.


14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet


15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.


16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.


17. SIMPAN SATU DIARI

Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS

Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.


19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.


20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!


21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat

ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif

iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam

iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah

v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha."

Diambil dari : http://www.mymesra.com.my/index.php?ch=blog&pagi=blog_main&ac=4127&blogid=sofie759


-----------------

Koleksi Busana



    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 13-10-08 17:11


حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ حَدَّثَنَا شَيْبَانُ عَنْ يَحْيَى عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي قَتَادَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا شَرِبَ أَحَدُكُمْ فَلَا يَتَنَفَّسْ فِي الْإِنَاءِ

Maksudnya:
Daripada Abdullah bin Abu Qatadah, daripada bapanya berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda apabila salah seorang kamu minum maka jangan bernafas dalam bekas minuman.

Hadith di atas dikeluarkan oleh Imam Bukhari dalam kitabnya Sahih Bukhari dalam kitab minuman bab larangan meniup ke dalam bekas. Nombor hadith 5199.


-----------------

Koleksi Busana



    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

islamic_gil
WARGA SETIA
Menyertai: 24.02.2005
Ahli No: 14692
Posting: 427
Dari: SATU KAWASAN DI SATU MASA

Selangor  


posticon Posting pada: 14-10-08 13:11


JADI ETIQA TAKAFUL BAIK LAH....TAPI SAYA MEMANG DAH AMBUL INSURANS DARI ETIQA..

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamic_gilProfil   Hantar PM kepada islamic_gil   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 14-10-08 13:23


Bagus sangat topik ni .. :-)Well done anis_zulaikha :-) Mcm2info Wawa dapat .. Erm, tapi lah kan.. adakalanya gemuk ni dah keturunan .. macam Wawa, antara tabiat buruk Wawa ialah, Wawa suka makan. Makan macam-macam.. yang pastinya Wawa suka sangat makanan berminyak (Kolestrol) tapi ALHAMDULILLAH, dengan ketinggian 160cm dan berat badan 47Kgs .. Segalanya trkawal :-) Maybe juga sebab Wawa suka mengunyah sesuatu mkanan sampai lumat baru telan agaknya sebab arwah Ayah dulu pernah suruh Wawa kira 44X kunayahan sebelum telan.. Hhaha .. Jenuh kan?? :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 14-10-08 18:17


Pada 14-10-08 13:11 , islamic_gil posting:

!!! QUOTE !!!

JADI ETIQA TAKAFUL BAIK LAH....TAPI SAYA MEMANG DAH AMBUL INSURANS DARI ETIQA..


Kalau ada kawan-kawan nak ambil.. boleh lah bagi dia punya phone no..:)


-----------------

Koleksi Busana



    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.136111 saat. Lajunya....