Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kami disuruh oleh Rasulullah agar menaburkan debu tanah ke muka orang yang memuji-muji dan mengampu-ngampu.
-- -- Hadis riwayat Imam Ibnu Majah

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 65
Ahli: 0
Jumlah: 65




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 21 jam, 18 minit yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Himpunan Wasiat Tokoh Islam


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Himpunan Wasiat Tokoh Islam

Please Mendaftar To Post


Oleh Himpunan Wasiat Tokoh Islam

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 10-10-06 13:21


10 Wasiat Imam Syafie

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat makan hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

sasuke-kun
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2004
Ahli No: 11297
Posting: 525
Dari: klate-jepun

Kelantan  


posticon Posting pada: 10-10-06 15:36


Allahuakbar!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For sasuke-kunProfil   Hantar PM kepada sasuke-kun   Quote dan BalasQuote

zinniratunnajua
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.12.2004
Ahli No: 12834
Posting: 271
Dari: bumi Allah

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 10-10-06 17:09


besar tanggungjawab kita sebagai manusia ni sebenarnya...
tunaikanlah hak ini...
semoga berbahagia di dunia dan akhirat...
InsyaALlah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zinniratunnajuaProfil   Hantar PM kepada zinniratunnajua   Pergi ke zinniratunnajua's Website   Quote dan BalasQuote

azzahrawi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 33
Posting: 307
Dari: pulau mutiara

PulauPinang  


posticon Posting pada: 10-10-06 17:16


masyaallah....

banyaknya wasiat..... adakah kita telah melaksanakan wasiat tersebut? sama-samalah kita bermuhasabah diri kita semula

Bookmark and Share

    


  Member Information For azzahrawiProfil   Hantar PM kepada azzahrawi   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 10-10-06 17:35


Kalau sahabat ada simpan wasiat2 tokoh2 islam lain, sertakanlah...... boleh kita sama-sama share....thanks

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-10-06 15:43


12 SIFAT SAHABAT

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

bintubahariyah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.08.2006
Ahli No: 25924
Posting: 242
Dari: usm

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 11-10-06 16:23


syukran..

Bookmark and Share

    


  Member Information For bintubahariyahProfil   Hantar PM kepada bintubahariyah   Pergi ke bintubahariyah's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-10-06 16:52


10 Wasiat Hassan Al-Banna

1) Wahai kawanku, segeralah tunaikan solat di awal waktu di kala mendengar azan. Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan. Di situ ada sumber pertolongan. Di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat? Juga di medan perang. Walaupun di saat genting dan cemas.

2) Wahai kawanku, bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya. Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu. Sumber hidayah kepada anda dan saya. Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman. Di sini ada kedamaian. Di sini ada kesalaman. Jadilah hamba yang sejahtera.

3) Wahai kawanku,Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan. Sebenarnya anda telah lama bermula iaitu sejak anda solat setiap hari. Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4) Wahai kawanku, usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan. Awasilah pertengkaran kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!

5) Wahai kawanku, senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s.a.w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan.

6) Wahai kawanku, seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan. Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu yang sibuk dengan berfikir, ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau mestilah dalam batas seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7) Wahai kawanku, kawallah nada suaramu setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu. Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita? Jangan keraskan suaramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya. Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8) Wahai kawanku, usahlah umpat mengumpat. Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain. Bercakaplah jika ada unsur kebajikan. Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat. Boleh mengumpat apabila ada tujuan syarie. -untuk menuntut keadilan apabila dizalimi -untuk menghapuskan kemungkaran -kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan -kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9) Wahai kawanku, luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan?! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci tidak mengenali tapi tak sepi.

10) Wahai kawanku, maksimumkanlah faedah waktu anda dan tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana Sabda Nabi s.a.w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal?" (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret? Tanpa haluan dan noktahnya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-10-06 16:56


Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan: yang no.10
atu hmmm....baca saja....
1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab mlm & tempat yang ada minuman keras). 5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

starfish
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.01.2005
Ahli No: 14030
Posting: 76
Dari: Seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 12-10-06 20:11


syukran..kena ambil iktibar ini!

Bookmark and Share

    


  Member Information For starfishProfil   Hantar PM kepada starfish   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-10-06 10:44


kata-kata khalifah


"KATA-KATA HIKMAH SAYIDINA ABU BAKAR :

1. Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub kerana suatu perhiasan dunia, niscaya Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu.

2. Semoga aku menjadi pohon yang ditebang kemudian digunakan.

3. Dia berkata kepada para sahabat,"Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah org yang paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!"

SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB :

1. Jika tidak karena takut dihisab, sesungguhnya aku akan perintahkan membawa seekor kambing, kemudian dipanggang untuk kami di depan pembakar roti.

2. Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya. Dan barangsiapa takut pada Allah, tidak sia-sia apa yang dia kehendaki.

3. Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan (matikan. Aku untukMu bukan untuk manusia.

SAYIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH :

1. Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik
sebagaimana yang Engkau cintai.

2. Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima?

3. Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya.

4. Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya.

UMAR BIN AZIZ :

1. Orang yang bertakwa itu dikekang.

2. Sesungguhnya syubhat itu pada yang halal.

3. Kemaafan yang utama itu adalah ketika berkuasa.

SUFFIAN AS THAURI :

1. Tidak ada ketaatan bagi kedua ibu-bapa pada perkara syubhat.

2. Sesungguhnya seorang lelaki itu berharta bila dia zuhud di dunia, dan sesungguhnya seorang itu adalah fakir bila dia gemar pada dunia.

3. Menuntut ilmu lebih utama daripada solat sunat."

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

nurhaida
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2004
Ahli No: 8493
Posting: 173
Dari: Sungai Petani,KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 13-10-06 13:28


ALLAHUAKBAR!


-----------------
Tidak ada yang bermakna dalam hidup... selain kita berbuat baik sesama insan.(",)


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurhaidaProfil   Hantar PM kepada nurhaida   Quote dan BalasQuote

imtiyaz_lail86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.08.2006
Ahli No: 25728
Posting: 229
Dari: JeRaNTuT~NiLai

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 13-10-06 13:43


JAZAKALLAH.........
sama-sama lah kita renungkn...
mari lah kita sama-sama mlaksanakn hak sebagai hmba kepada KHALIK.......


-----------------
UKHWAH FILLAH LESTARI SELAMANYA


Bookmark and Share

    


  Member Information For imtiyaz_lail86Profil   Hantar PM kepada imtiyaz_lail86   Quote dan BalasQuote

mas2ra
WARGA SETIA
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 12017
Posting: 668
Dari: bumi ALLAH Jalla Jalaluh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 13-10-06 13:43


syukran jazilan... :-)

-------------------------------------------------------------------------------------------------

*Allahuma solli 'ala saidina Muhammad wa 'ala alihi wasoh bihi wa baarik wa sallim*

Dari Abu Bakar as-Shiddiq Radiallahuanhu :
Khalifah Pertama, Teman Setia Yang Banyak Berkorban.

Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas
daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:
Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya,
lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Dari Umar bin al-Khattab Radiallahuanhu :
Khalifah Kedua, Pintar Membezakan Antara Haq dan Batil.

1. Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.

2. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.

3. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.

4. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Dari Uthman bin Affan Radiallahuanhu :
Khalifah Ketiga, Malaikat Berasa Malu Kepadanya.

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
- Hatinya selalu berniat suci.
- Lidahnya selalu basah dengan zikrullah.
- Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa).
- Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah.
- Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Dari Ali bin Abu Thalib Radiallahuanhu :
Khalifah Keempat, Singa ALLAH Yang Dimuliakan Wajahnya Oleh ALLAH.

1. Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.

2. Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.

3. Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.

4. Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara'.

5. Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

6. Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.

7. Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.

8. Barangsiapa yang banyak bicara,
maka banyak pula salahnya,
siapa yang banyak salahnya,
maka hilanglah harga dirinya,
siapa yang hilang harga dirinya,
bererti dia tidak wara',
sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Dari Umar Bin Abdul Aziz :
Khalifah Ke 6 Bani Umaiyyah; Khalifah Yang Agung.

1. Orang yang bertakwa itu dikekang.

2. Sesungguhnya syubhat itu pada yang halal.

3. Kemaafan yang utama itu adalah ketika berkuasa.

4. Setiap orang yang musafir mesti memperlengkapi bekalannya.
Siapkanlah taqwa dalam perjalanan kamu dari dunia menuju akhirat.
Pastikan dirimu sama ada mendapat pahala atau siksa, senang atau susah.

5. Jangan biarkan masa berlalu sehingga hatimu menjadi keras dan musuh sempat mengoda.
Sebaik-baiknya saudara menganggap bahawa hidup pada petang hari tidak akan sampai ke pagi hari
dan hidup pada pagi hari tidak akan sampai ke petang hari.
Memang tidak jarang terjadi kematian ditengah-tengahnya.

6. Saudara-saudara dapat menyaksikan sendiri bahawa ramai orang yang tertipu dengan dunia,
padahal orang yang layak bergembira tidak lain kecuali orang yang selamat
daripada siksaan ALLAH Subhana wa Ta'ala dan orang yang lepas dari tragedi hari qiamat.

7. Sementara orang yang tidak mahu mengubati yang sudah luka,
kemudian datang lagi penyakit lain, bagaimana mungkin mahu bergembira ?
Saya berlindung kepada ALLAH Subhana wa Ta'ala daripada perbuatan
yang tidak aku pegangi dan amalkan sendiri.
Seandainya begitu, alangkah rugi dan tercelanya aku.
Dan jelaslah tempatku nanti pada hari yang jelas kelihatan siapa yang kaya dan siapa yang miskin.

8. Di sana nanti akan diadakan timbangan amal serta manusia akan diserahi tanggungjawab yang berat.
Seandainya tugas itu dipikul oleh binatang-binatang nescaya ia akan hancur,
jika dipikul oleh gunung nescaya ia akan runtuh, kalau dipikul oleh bumi nescaya bumi akan retak.
Saudara-saudara belum tahu bahawa tiada tempat di antara Syurga dan Neraka ?
Kamu akan memasuki salah satu daripadanya.

9. Ada seorang lelaki yang mengirim surat kepada rakannya yang isinya :
"Sesungguhnya dunia ini adalah tempat bermimpi dan akhirat barulah terjaga.
Jarak pemisah antara keduanya adalah mati.
Jadi, kita sekarang sedang bermimpi yang panjang".

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Dari Suffian Bin Unaiyah :

1. Dua perkara yang paling susah sekali mengubatinya iaitu meninggalkan loba (tamak)
untuk manusia dan mengikhlas amal untuk ALLAH.

2. Siapa yang ditambah akalnya kuranglah rezekinya.

3. Zuhud didunia ialah sabar dan menunggu - nunggu kedatangan mati.

4. Ilmu itu jika tidak memberi munafaat padamu maka dia akan memberi mudharat padamu.

5. Tidak dianggap orang yang menuntut ilmu sebagai orang yang berakal
hingga ia melihat dirinya hina dari sekelian manusia.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Dari Amru Bin Ash Radiallahuanhu :

Lelaki adalah terdiri dari tiga kategori:


Lelaki yang sempurna

Lelaki yang bersifat separuh lelaki

Lelaki yang tidak bersifat lelaki


Lelaki yang sempurna adalah lelaki yang
disempurnakan oleh ALLAH agama dan akalnya,
apabila dia ingin membuat sesuatu keputusan,
dia sentiasa meminta pandangan daripada orang-orang
yang mempunyai pandangan menyebabkan dia sentiasa
membuat keputusan yang tepat.


Manakala lelaki yang bersifat separuh lelaki pula
adalah lelaki yang tidak disempurnakan oleh ALLAH
agama dan akalnya,
apabila dia ingin membuat sesuatu keputusan,
dia tidak meminta pandangan daripada
sesiapapun sebaliknya dia berkata:
"Sesiapa sahaja aku boleh mengikuti dan menggunakan
pandangannya mengikut kesesuaian",
menyebabkan kadangkala dia membuat keputusan yang tepat dan
kadangkala dia membuat keputusan yang salah.


Adapun lelaki yang tidak bersifat lelaki pula
ialah lelaki yang tidak mempunyai agama dan akal
fikiran sedikitpun menyebabkan dia sentiasa
membuat tindakan yang silap.


Kemudian Amru berkata:
"Demi ALLAH!
Sesungguhnya aku akan meminta pandangan daripada sesiapa
sahaja mengenai sesuatu perkara walaupun daripada pembantu aku."

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Dari Imam As Syafie:

1. Barangsiapa mengkehendaki akhirat wajib baginya ikhlas pada ilmu.

2. Tidak ada sesuatu yang lebih indah pada ulama' melainkan kefakiran
dan memadai apa yang ada dan redha dengan keduanya.

3. Hendaklah kamu berilmu pengetahuan sebelum kamu menjadi ketua sebab sesudah menjadi ketua,
tiada jalan lagi buat kamu mencari pengetahuan.

4. Orang yang berakal ialah orang yang akalnya dapat mengawal segala sifat mazmumah (keji).

5. Barangsiapa menyukai ALLAH menutupi baginya dengan kebaikan
maka ia hendaklah bersangka baik dengan manusia.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Dari Imam Malik :

1. Bukanlah ilmu itu dengan membanyakkan riwayat tetapi ilmu itu
adalah cahaya yang ALLAH letakkan didalam hati.

2. Apabila seseorang itu memuji dirinya maka hilanglah cahayanya.

3. Wajiblah di atas orang yang menuntut ilmu bahwa dia memiliki kebesaran, ketenangan dan ketakutan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Dari Imam Abu Hanifah :

1. Tidak sekalipun aku shalat kecuali aku doakan untuk guruku Hammad
dan juga mereka yang pernah mengajarku serta mereka yang pernah aku ajar. (murid-muridnya).

2. Aku telah 50 tahun bergaul dengan manusia.
Tidak ku dapati seorangpun yang mengampunkan kesalahanku.
Tidak ada yang menghubungi aku ketika aku memutuskan hubungan dengannya.
Tidak ada yang menutup keaibanku dan aku tidak akan merasa aman darinya bila dia murka kepadaku.
Maka yang lebih mereka bimbangkan adalah perkara yang besar-besar.

3. Telah sampai berita kepadaku, bahwa tidak ada yang lebih mulia daripada seorang alim yang warak.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Dari Imam Ahmad :

Jangan kamu mengambil ilmu dari orang yang mengambil mata benda dunia di atas ilmunya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Dari Hasan Al Banna :

Saudaraku...
Janganlah engkau putus asa,
kerna putus asa bukan akhlak seorang Muslim.
Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah impian kelmarin,
dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok.
Waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian
masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita,
meski fenomena-fenomena kerusakan dan kemaksiatan menghantui mereka.
Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya
dan yang kuat tidak akan selamanya kuat.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Dari ‘Aisyah Binti Abu Bakar Radiallahuanhuma :

Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

ALLAHualam bisawab... :-)


-----------------
wahai orang-orang yang berIMAN, ucapkanlah...
[ Telah diedit oleh: mas2ra pada 13-10-06 16:01 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas2raProfil   Hantar PM kepada mas2ra   Pergi ke mas2ra's Website   Quote dan BalasQuote

nzawaty
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.02.2006
Ahli No: 22474
Posting: 124
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-10-06 14:28


thanks..dah lama saya cari ni

Bookmark and Share

    


  Member Information For nzawatyProfil   Hantar PM kepada nzawaty   Quote dan BalasQuote

nzawaty
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.02.2006
Ahli No: 22474
Posting: 124
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-10-06 14:30


kalau boleh..tambahlah lagi..boleh bagi kat kawan-kawan

Bookmark and Share

    


  Member Information For nzawatyProfil   Hantar PM kepada nzawaty   Quote dan BalasQuote

mas2ra
WARGA SETIA
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 12017
Posting: 668
Dari: bumi ALLAH Jalla Jalaluh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 13-10-06 16:04


afuan,
alhamdulillah... :-)


Imam Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya.


Lalu Imam Al Ghazali bertanya, pertama,
"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya.
Imam Ghazali menjelaskan semua jawaban itu benar.
Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "Mati".
Sebab itu sudah janji ALLAH Subhana wa Ta'ala bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati.


Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua.
"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang.
Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahwa semua jawaban yang mereka berikan adalah benar.
Tapi yang paling benar adalah "Masa Lalu".
Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu.
Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang
dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga.
"Apa yang paling besar di dunia ini?".
Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari.
Semua jawaban itu benar kata Imam Ghazali.
Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "Nafsu".
Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.


Pertanyaan keempat adalah,
"Apa yang paling berat di dunia ini?".
Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah.
Semua jawaban semua benar, kata Imam Ghazali.
Tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" ( Al Ahzab 72 ).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika ALLAH Subhana wa Ta'ala
meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini.
Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan ALLAH Subhana wa Ta'ala,
sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak bisa memegang amanahnya.


Pertanyaan yang kelima adalah,
"Apa yang paling ringan di dunia ini?"
Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan.
Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah "meninggalkan Sholat".
Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan sholat, gara-gara meeting kita tinggalkan sholat.


Lantas pertanyaan ke enam adalah,
"Apakah yang paling tajam di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang...
Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "Lidah manusia".
Karena melalui lidah, manusia dengan gampangnya menyakiti hati dan melukaiperasaan saudaranya sendiri.


Wahai insan oleh itu beringatlah...
MATI pasti akan datang maka bersiaplah...
MASA yang berlalu tidak dapat ditukar ganti maka menafaatkanlah...
NAFSU dan harta dunia pasti akan dihisab...
maka bersederhanalah,
Penghidupan kita ini adalah amanah maka bertanggung jawablah...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Munajat Ali bin Abu Thalib Radiallahuanhu :

Tuhan,
Jika Engkau tidak menunjukkan Islam pada hamba,
tidak mungkin hamba sampai padaNya...
Ya ALLAH, andai Engkau tidak melepaskan lidah hamba untuk berdoa pada MU,
tidak mungkin hamba mampu berdoa...
Kiranya tidak Engkau kenalkan lazatnya nikmat MU,
tidak mungkin pula hamba dapat mengecapinya...
Kalau tidak Engkau terangkan kerasnya siksaan MU,
tidak mungkin hamba memohon perlindungan dari MU...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Munajat Rabi'ah binti Ismail al-Adawiyah :

Ya ALLAH, ya Tuhanku.
Aku berlindung diri kepada Engkau daripada sgala apa
yang boleh memesongkan diri daripada MU, daripada sgala pendinding
yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau.


Tuhanku!
Bintang2 telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak,
semua pemilik telah menutup pintunyer & inilah dudukku dihadapan MU.


Tuhanku!
Tiada ku dengar suara binatang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser,
tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi,
tiada nikmatnyer teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman,
tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu
menjadi bukti keesaan MU & menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai MU.


Skalian manusia telah tidur & semua org telah lalai dengan asyiknyer.
yang tinggal hanya Rabi'ah yang banyak kesalahan dihadapan MU.
Maka Engkau berikan suatu pandangan kpdnyer yang akan menahannyer
daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada MU.


Tuhanku!
Engkau akan mendekatkan org yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan MU.
semua ikan dilaut bertasbih di dalam lautan yang dalam
& kerana kebesaran kesucian MU, ombak dilaut bertepukan.


Engkaulah Tuhan yang sujud kepada NYA mlm yang gelap, siang yang terang,
falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan
& setiap sesuatu di sisi MU dengan takdir kerana Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.


Wahai Tuhanku!
Mlm akan pergi & siang pula akan mengganti.
Wahai malangnyer diri!
Apakah Engkau akan menerima mlmku ini
supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknyer maka aku diberikan takziah?


Demi kemuliaan MU,
jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku & bantulah aku diatasnyer.
Demi kemuliaan MU,
jika Engkau menghalauku daripada pintu MU itu,
nescaya aku akan tetap tidak bergerak dari situ kerana hatiku sangat cinta kepada MU.


Ya Tuhanku!
Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan MU supaya
tiada suatupun yang dapat memalingkan aku dari MU.


Kekasihku tidak menyamai kekasih lain.
Tiada slain DIA di dalam hatiku mempunyai tempat manapun.
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku & peribadiku sekalipun.
Akan tetapi DIA tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.


Wahai Tuhanku!
Apakah Engkau akan membakar dengan api, hati yang
mencintai MU & lisan yang menyebut MU & hamba yang takut kepada MU?


Jika aku menyembah MU kerana takut api nerakaMu maka bakarlah aku didlmnyer!
Dan jika aku menyembah MU kerana tamak kepada syurga MU, maka haramkanlah aku drpdnyer!
Tetapi jika aku menyembah MU kerana kecintaanku kepada MU, maka berikanlah aku balasan yang besar,
berilah aku melihat wajah MU yang Maha Besar & Maha Mulia itu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

ALLAHualam bisawab... :-)


-----------------
wahai orang-orang yang berIMAN, ucapkanlah...
[ Telah diedit oleh: mas2ra pada 15-10-06 13:38 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas2raProfil   Hantar PM kepada mas2ra   Pergi ke mas2ra's Website   Quote dan BalasQuote

cheekmate
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.05.2005
Ahli No: 16664
Posting: 287
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 13-10-06 16:48


may Allah be pleased with him...............amin..........

Bookmark and Share

    


  Member Information For cheekmateProfil   Hantar PM kepada cheekmate   Pergi ke cheekmate's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-10-06 11:16


Thanks ukhti mas2ra, syukran

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

mas2ra
WARGA SETIA
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 12017
Posting: 668
Dari: bumi ALLAH Jalla Jalaluh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 15-10-06 13:37


afuan,
alhamdulillah... :-)

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Dari Abu Bakar as-Shiddiq Radiallahuanhu :

1. Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia.
Di dunia orang yang tak berharta susah hati,
di akhirat orang yang tidak beragama lebih sengsara.

2. Hidup seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan.
Dilempar orang dengan batu, tetapi dibalas dengan buah.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Dari Umar bin al-Khattab Radiallahuanhu :

1. Kalau engkau merasa berkuasa untuk bembuat aniaya kepada hamba ALLAH,
ingat pula bahawa ALLAH lebih kuasa membalasnya.

2. Apabila engkau susah, halangan itu mesti datang, dan engkau berdosa,
tetapi jika engkau sabar, halangan itu mesti berhujung dan engkau mendapat pahala.

3. Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima
dan meminta nasihat.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Dari Ali bin Abu Thalib Radiallahuanhu :

1. Kata-kata dari seorang sahabat yang setia dan jujur,
Lebih berharga daripada harta benda yang diwarisi daripada nenek moyang.

2. Sesiapa yang tidak sabar dengan satu perkataan,
nescaya dia akan mendengar beberapa perkataan lagi.

3. IImu yang paling rendah mutunya ialah ilmu yang berlegar dihujung lidah
dan ilmu yang paling tinggi ialah yang melahirkan kesan kepada tingkahlaku dan anggotanya.

4. Sabar terbahagi kepada dua iaitu,
sabar dalam menjauhkan apa yang engkau tidak suka
dan sabar dalam mengejar apa yang engkau suka.

5. Hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong.
Namun pandangan mata, ayunan kedua-dua belah tangan,
langkah kedua-dua kaki dan sikap tubuh atau seluruh anggota badan
akan membohongkan apa yang diucapkan oleh lidah.

6. Apabila sempurna akal, kuranglah perkataan.

7. Kepapaan membawa seseorang yang petah bercakap menjadi pendiam
dan menjadikan seorang yang bijak itu bodoh.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Dari Suffian As-Thauri :

Ambillah dari dunia untuk tubuh badanmu dan ambillah dari akhirat untuk hatimu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Dari Lukmanul Hakim :

1. Carilah seribu sahabat dalam pergaulan
kerana seribu sahabat belumlah banyak.
Jauhi seorang musuh
kerana musuh yang seorang itu sudah lebih daripada banyak.

2. Orang akan tetap menjadi ahli ilmu sejati selama masih menuntut.
Tetapi pada suatu ketika apabila ia berkata,
"Aku sudah pintar, " maka tetapkanlah bahawa ia sudah
menjadi bodoh dengan sendirinya.

3. Permulaan marah itu adalah gila, kesudahannya adalah menyesal.

4. Kalau kamu berada di rumah orang, hendaklah kamu jaga matamu,
jika kamu berada ditengah orang ramai, jaga lidahmu
dan jika kamu berada dalam majlis jamuan, jagalah perangaimu.

5. Tidaklah dapat kita mengenali peribadi seseorang melainkan pada tiga waktu iaitu;
tidak dapat diketahui bahawa dia seorang pemaaf kecuali ketika dia marah,
tidak dapat dikenal sahabat melainkan dalam waktu susah
dan tidak dikenal orang yang berani melainkan pada waktu berjuang.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Dari Sufyan Uyaynah :

Pangkal ilmu ialah mendengar sebaik-baiknya,
kemudian memahamkannya dan sesudah itu mengingatkannya.
Akhir sekali diamal dan disebarkan ilmu itu untuk dimanfaatkan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Dari Khalifah Abdul Malik Marwan :

Semulia-mulia manusia ialah yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi,
memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Dari Khalifah Al-Ma’mun :

Saudara itu ada tiga lapisan.
Pertama; saudara seperti makanan yang tidak dapat
diketepikan sama sekali untuk selama-lamanya;
saudara seperti ubat yang diperlukan dalam tempoh yang tertentu
dan saudara seperti penyakit yang tidak diperlukan sama sekali.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Dari Imam As Syafie :

1. Peti ilmu di dada, peti perkataan di lidah,
peti fikiran di akal, peti bodoh itu jahil.

2. Diantara kemuliaan ilmu ialah setiap orang dikatakan berilmu,
meskipun dalam soal yang remeh, dia gembira.
Sebaliknya, apabila dikatakan tidak, dia bersedih.

3. Tiap-tiap bertambah ilmuku,
akan bertambahlah pula keinsafan bahawa terlalu banyak yang aku tidak tahu.

4. Yang sangat berguna ialah seorang lelaki yang mengetahui darjat dirinya sendiri,
tahu batas akalnya kemudian ia bekerja menurut darjat dan batasnya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Dari Imam Ghazali :

1. Sesungguhnya, orang yang bertengkar dengan orang lain
atau berbantah-bantahan atau bermusuh-musuhan,
ia telah membodoh dan mendustakan orang tersebut.
Lalu dia lenyap bersama-sama perkataan yang baik.

2. Kemarahan manusia berbagai-bagai,
ada yang lekas marah, lekas tenang dan lekas hilang.
Sesetengahnya lambat marahnya dan lambat pula akan redanya.
Sesetengahnya lambat akan marah tetapi lekas habisnya.
Yang ketiga itulah yang terpuji.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Dari Ibnu Sina :

Orang yang arif itu dermawan.
Bagaimana dia tidak dermawan kerana harta benda baginya bukan kekayaan.
Kekayaan yang sejati ialah cintanya kepada kebenaran.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

ALLAHualam bisawab... :-)


-----------------
wahai orang-orang yang berIMAN, ucapkanlah...


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas2raProfil   Hantar PM kepada mas2ra   Pergi ke mas2ra's Website   Quote dan BalasQuote

mas2ra
WARGA SETIA
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 12017
Posting: 668
Dari: bumi ALLAH Jalla Jalaluh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 15-10-06 13:45


Dari Haji Abdul Malik Karim Amrullah aka HAMKA

1. Orang yang bercita-cita dan berazam besar,
selalu bertemu halangandan rintangan yang besar.
Kebesaran halangan dan rintangan itu
adalah ukuran kecil besar sesuatu cita-cita.


2. Senyuman adalah ibarat perhiasan batin,
yang membantu mengindahkan perhiasan lahir yang kurang cantik.
Dengan senyuman kemana pun kita pergi,
bersinarlah disana cahaya kegembiraan.
Dengan senyum tiada urusan yang berat dalam dunia ini,
semuanya dapat diatasi.


3. Pergaulan mempengaruhi didikan otak.
Pergaulan membentuk kepercayaan dan keyakinan.
Oleh itu, untuk kebersihan jiwa,
hendaklah bergaul dengan orang-orang yang berbudi,
orang yang dapat kita kutip manfaat daripadanya.


4. Tidak ada satu pun sifat yang diberikan Tuhan
kepada kita yang tidak berguna.


5. Perbezaan antara orang yang berjaya
dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya.
Apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang dicapai.


6. Sesungguhnya setiap kegagalan mengandungi
benih-benih kenikmatan yang akan datang.
Sebenarnya setiap kegagalan itu hanya berlaku untuk
sementara saja.


7. Sebesar-besar atau seberat-berat urusan,
jangan dihadapi dengan muka berkerut,
kerut muka itu dengan sendirinya menambahkan lagi kerut pekerjaan itu.


8. Ada dua hal utama yang ingin dicapai dalam hidup
- satu mendapat apa yang diinginkan dan kedua, menikmatinya.
Bagaimanapun hanya orang yang bijak yang berjaya mencapai tujuan kedua.


9. Empat perkara yang menimbulkan kasih sayang:
Muka jernih, ringan tulang, mencari penyesuaian masa
dan sama yang dimulut dengan dihati.


10. Alam rumahtangga dan lingkungan keluarga merupakan
tempat pertama manusia mempelajari pokok
dan dasar pergaulan hidup dan masyarakat.


11. Jangan putus asa jika otak tumpul dan akal kurang cerdas.
Kadang-kadang seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak putus asa
lebih maju daripada seseorang yang cerdas tetapi malas.


12. Jangan malas mengulangkaji, sebab lancarnya kajian kerana diulang.
Pelupa adalah penyakit yang berbahaya bagi ilmu pengetahuan.


13. Empat hilang kerana empat:
hilang nikmat kerana tidak bersyukur,
hilang kekuatan kerana mencari musuh,
hilang kekuasaan kerana kelalaian dan
hilang kesempatan kerana memandang enteng.


14. Orang yang bertujuan hidup baik,
akan segera jelas kelihatan baiknya
dan orang yang berpura-pura akan segera pula kelihatan kepura-puraannya.
Memang sangatlah nisbi wajah hidup yang dihadapi di dunia ini.
Kehidupan ini seluruhnya diikat dengan janji.
Mengakui sebagai hamba ALLAH, ertinya akan menepati janji dengan ALLAH.
Mungkir janji dengan manusia pun bererti memungkiri janji dengan Allah.


15. Orang yang berfikir dan merenungkan diri dan menilai hidup,
mudah memperbaiki tujuan hidupnya sendiri.


16. Kehidupan adalah pergantian di antara susah dan senang,
naik dan turun.
Mana yang tertentu buat kita,
tidaklah dapat dipindahkan kepada orang lain
dan yang tertentu bagi orang lain tidaklah berpindah kepada kita.


17. Ilmu pengetahuan makhluk dan ilmu pengetahuan manusia
tidak timbul daripada diri manusia itu sendiri
melainkan dilimpahkan oleh ALLAH dengan kuatkuasa NYA.


18. Di medan hidup,
ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan.
Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh,
dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi.


19. Manusia yang berakal budi sentiasa berusaha mempertinggi martabat jiwanya,
sehingga mempunyai yang lebih baik sempurna.


20. Orang yang berjiwa merdeka, tidak gentar menghadapi tanggungjawab.
Dan kemerdekaan jiwa yang disertai dengan kemerdekaan budi,
tidak dapat dibeli dengan harta-benda dan kedudukan yang tinggi.


21. Ada beberapa pengalaman dalam hidup kita ini,
mulanya kita sangka buruk, tetapi setelah sampai kepada hujungnya
barulah kita mengerti bahawa amal yang buruk itu adalah berakhir yang baik.


22. Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya.
Apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai.


23. Rezeki yang baik daripada pelbagai anugerah dan pemberian.
Akal yang cerdas adalah termasuk rezeki yang baik.
Budi pekerti yang terdapat pada perikemanusian
adalah termasuk rezeki yang baik.


24. Jangan tertawa melihat orang jatuh,
tetapi sebaliknya insaf bahawa kita sedang berjalan
menempuh liku-lekuk jalan yang sulit.
Kalau kita selamat, bersyukurlah.
Dari kejatuhan orang dapat tegak kembali.
Yang amat sayang ialah jatuh yang tidak dapat bangun semula.


25. Susah dan senang adalah dua perhiasan dunia
yang silih berganti menghiasi hidup manusia.
Kesenangan dan kesusahan itu masing-masing ada ajalnya,
ajal yang tidak dapat ditentukan benar kejadiannya,
disangkakan panas hingga ke petang, kiranya hujan di tengah hari.


26. Penambahan ilmu akan menambah kuatnya iman
dan iman yang kuat akan menambah baik dan tinggi mutu amalan.


27. Kebodohan sama dengan kegelapan, ilmu sama dengan terang cahaya.
Bertambah luas dan dalam ilmu,
bertambah luas dan dalam yang dapat diterangi oleh mata hati kita.


28. Jangan terlalu boros mengeluarkan pendapat,
sederhana memulai atau menjawab.
Susun baik-baik alasan yang diberikan kerana yang demikian
amat besar muslihatnya di dalam menghadapi pekerjaan dan mengatasi kesulitan.


29. Membalas sikap buruk lawan dengan budi yang baik
adalah budi yang paling tinggi.


30. Kehidupan di dunia ini adalah laksana lautan yang jarang tenang.
Airnya beriak terus, bergelombang dan berombak.
Kesusahan terletak dalam kemudahan dan kemudahan pun terletak dalam kesusahan.


31. Membaca buku di petang hari,
tilawatil Quran diantara maghrib dan isyak
dan tahajud serta munajat selepas tengah malam
adalah ubat yang paling mujarab bagi penyakit muram dan kesepian.


32. Kehidupan adalah suatu giliran di antara senyum dan ratap.
Air mata pula adalah masin, kerana ia adalah garam penghidupan.


33. Kebodohan sama dengan kegelapan,
ilmu sama dengan terang cahaya.
Bertambah luas dan dalam ilmu,
bertambah luas dan dalam yang dapat diterangi oleh mata hati kita.


34. Kalau anak dikatakan buah,
tentu yang menjadi batangnya ialah ayah dan ibu.
Sekiranya Tuhan yang menjadikan manusia berkembang biak di atas dunia ini,
maka ayah dan ibu menjadi perantaraan bagi kejadian itu.


35. Bahawa harta itu jangan diletakkan di dalam hati tetapi letakkan dalam kantung.
Kerana kalau diletakkan di hati, lukalah hati jika hati keluar.
Tetapi kalau diletakkan dalam kantung,
apabila kantung kosong akan datanglah gantinya.


36. Pengaruh mulia sangat besar di dalam mengatur pergaulan hidup.
Malu membuatkan orang berakal enggan mengerjakan perbuatan jahat.
Agama diperintahkan kepada orang yang berakal dan orang yang baligh,
sebab dia tahu malu.


37. Ilmu mencari jawapan daripada pertanyaan 'apa atau bagaimana'.
Ilmu tidak dapat menjawab 'dari mana ke mana'.


38. Manusia tidak dapat merobah bentuk mukanya,
tetapi kalau dia berusaha dia mampu mempercantikkan budu pekertinya.


39. Ketenteraman hati adalah pokok kesihatan rohani dan jasmani.
Ragu dan gelisah adalah pangkal segala penyakit.
Orang lain jarang dapat menolong orang yang meracun hatinya sendiri dengan kegelisahan.


40. Jangan bersikap melebihi daripada ukuran diri,
baik waktu duduk dalam majlis atau dalam cara berpakaian
dan hendaklah tubuh sepanjang bayang-bayang - yakni kesederhanaan.


41. Segala dosa yang kita lakukan,
baik mengenai orang lain atau hanya mengenai diri sendiri,
hakikatnya ialah berlaku zalim terhadap diri sendiri.


42. Hidup jangan murung, jangan berdukacita
dan jangan cemas menghadapi kesulitan.
Ketakutan, dukacita, cemas dan murung, kalau tidak dijaga oleh takwa,
adalah penyakit yang akan menghambat kemajuan langkah.


43. Bergaul dengan orang jahat, kejahatannya akan memindah.
Bergaul dengan orang baik-baik akan membawa kita kepada perbuatan yang baik.


44. Bagaimanapun pintarnya seseorang,
fikirannya tidak akan mencakup semua persoalan.
Bertambah tinggi kedudukannya bertambah jelaslah kelemahannya.


45. Apabila satu kedustaan telah dimulai,
padahal ini merupakan satu dosa,
dia mesti dipertahankan oleh kebolehan lain,
sehingga seluruh kehidupannya adalah dusta semata-mata.


46. Satu daripada sifat budi ialah jujur.
Seseorang yang mengaku dirinya jujur,
sentiasa menjaga perkataannya agar tidak bercampur bohong.


47. Di medan hidup, ada beberapa undang-undang
yang harus dijaga dan diperhatikan.
Ada yang berhubungan dengan kekuatan tubuh, dengan keberesan akal
dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi.


48. Pergaulan mempengaruhi didikan otak.
Oleh itu, untuk kebersihan jiwa, hendaklah bergaul dengan orang-orang
yang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya.


49. Makna yang asli adalah daripada satu bahasa,
terlalu sukar untuk diertikan dalam bahasa yang lain.


50. Dua puluh enam huruf Rumi (Latin) tidak cukup
untuk menggantikan 26 huruf Jawi (Arab).


51. Saudara yang besar menjadi pemimpin bagi adik-adiknya.
Saudara yang lelaki menjadi pembela bagi yang perempuan.
Maka yang memikul kewajiban lebih berat ialah saudara-saudara
yang tertua.


52. Cita-cita hidup bukanlah jalan yang selalu mendatar dan ditaburi bunga,
melainkan adakalanya disirami dengan air mata dan juga darah.


53. Kesabaran bukan berertinya tiada perasaan.
Kesabaran ialah kesanggupan mengendalikan perasaan ketika sedih menimpa.


54. Banyak bekerja badan sakit.
Banyak berfikir otak penat.
Banyak berjalan kaki penat.
Sebab itu, disamping bekerja wajib istirehat.
Hidup ini sendiri adalah suatu kepenatan.


55. Ilmu pengetahuan bukan ciptaan manusia,
tetapi rahsia takdir Tuhan yang dipinjamkan kepada manusia.
Oleh itu, manusia tidak harus berlaku sombong
dengan ilmu pengetahuanyang dimiliki, malah sepatutnya bersyukur.


56. Orang yang zalim pasti menerima akibat buruk daripada kezalimannya,
mereka akan binasa menurut cara-cara sendiri yang telah ditentukan oleh Tuhan.


57. Sewaktu kecil, anak-anak lelaki menjadi perhiasan mata
kerana lucunya kerana tumpuan
dan harapan maka setelah dia besar,
dia menjadi kebanggaan kerana kejayaan hidupnya.


58. Jangan terpedaya oleh seorang ahli pidato lantaran pidatonya;
sebelum kelihatan bukti pada perbuatannya.
Kerana perkataan itu sumbernya dari hati;
lidah hanya dijadikan alat oleh hati.

ALLAHualam bisawab... :-)


-----------------
wahai orang-orang yang berIMAN, ucapkanlah...


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas2raProfil   Hantar PM kepada mas2ra   Pergi ke mas2ra's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-12-06 20:15


Syukran.... semoga kita semua mdapat manfaat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

ana_muslimah89
Warga 2 Bintang
Menyertai: 07.09.2006
Ahli No: 26242
Posting: 49
Dari: depan pc

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 19-12-06 23:07


em..alhamdulillah
terima kasih semua..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ana_muslimah89Profil   Hantar PM kepada ana_muslimah89   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 20-12-06 18:50


Andai dunia ini masih dianggap berharga,bukankah akhirat itu jauh lebih berharga dan mulia.Andai jasad ini memang diciptakan untuk mati,maka bukankah mati di jalan Allah lebih mulia.-Husin Ali

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.121391 saat. Lajunya....