Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Setiap tindakan menghasilkan tindakbalas
-- Hukum Newton

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 184
Ahli: 0
Jumlah: 184




Yang Masuk Ke Sini
Kang: 12 hari yang lalu
lidah-penghunus: 14 hari yang lalu
muslimin23: 23 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Lintas Langsung Semasa
Topik: Ramadhan di Kelantan


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafiz_along_83
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Lintas Langsung Semasa
    »» Ramadhan di Kelantan

Please Mendaftar To Post


Oleh Ramadhan di Kelantan

are_peace82
WARGA SETIA
Menyertai: 06.10.2006
Ahli No: 26802
Posting: 412
Dari: Kelantan & Kajang

Kelantan  


posticon Posting pada: 09-10-06 15:03


Suasana Ramadan di Kelantan berlainan berbanding tempat-tempat lain, benarkah demikian. Malah, Ramadan juga dijadikan bulan melancong ke negeri ini sejak lebih 10 tahun lalu.

Ia dapat dibuktikan apabila khemah untuk bersolat Tarawih didirikan di tengah-tengah bandar bagi membolehkan orang ramai menunaikan solat sunat tersebut.

Pada awalnya pada 1991 khemah sementara itu didirikan berhampiran stesen bas SKMK, kemudian dipindah ke Dataran Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB - BRI) pada 1997. Sejak diwujudkan ia mendapat sambutan menggalakkan.

Bagaimanapun mulai tahun lalu dipindah pula ke perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV, ekoran pembinaan Kota Bharu Trade Centre di Dataran MPKB BRI. Selain itu, masjid-masjid dan madrasah di seluruh Kelantan seperti hari Jumaat kerana sentiasa penuh dengan kehadiran orang ramai.

Malah, setiap pentang bandar Kota Bharu menjadi begitu sendat apabila orang ramai bersesak-sesak membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan yang diwujudkan termasuk di perkarangan stadium, Wakaf Che Yeh, Lorong Merican, Kubang Kerian dan banyak lagi.

Setiap petang bermula jam 3 Pasar Besar Siti Khadijah dan pasar-pasar utama lain juga penuh sesak dengan orang ramai. Suasana itu semakin terasa selepas kakitangan kerajaan negeri, persekutuan atau swasta pulang dari tempat kerja.
Antara jenis-jenis makanan yang sentiasa mendapat perhatian iaitu cendol, bubur, puteri mandi, akok, ayam percik, ikan bakar, kari ayam dan gulai daging kawah.
Kesesakan jalan raya juga turut berlaku di pinggir bandar termasuk di Kampung Sireh, Paloh, Kubang Kerian, Pengkalan Chepa, Kota Jembal dan Pintu Geng apabila orang ramai menyerbu gerai-gerai sementara yang diwujudkan di tepi-tepi jalan.
Misalnya ayam percik Kak payah Mat Yaman juga menjadi tarikan utama di Jalan Pintu Geng.

Seorang kakitangan kerajaan Rohani Awang, 35 ketika ditemui di Pasar Cabang Tiga Pengkalan Chepa berkata, beliau tidak sempat memasak sendiri hidangan untuk keluarga.

"Walaupun keluar pejabat jam 3.45 petang kami tidak bererti terus keluar waktu itu, kalau nak masak sendiri, kena pergi pasar dulu, cari bahan-bahan lepas tu balik masak, kemudian anak-anak lagi.

"Tengok jam dah hampir jam 6 petang, bila nak masak, akhirnya saya ambil kesempatan untuk membeli yang sudah siap, kecuali hari minggu Jumaat dan Sabtu, baru saya masak sendiri," ujarnya.

Kesesatan jalan raya yang berlaku juga menyebabkan anggota penguatkuasa MPKB-BRI dan anggota polis terpaksa ditempatkan di tempat-tempat berkenaan.
Bagaimanapun sikap orang ramai yang suka meletakkan kenderaan sesuka hati menambahkan lagi kesesakan.

Sementara itu, sambutan orang ramai untuk menunaikan solat sunat Tarawih di khemah terbuka MPKB BRI lebih menggalakkan tahun ini berbanding tahun lalu.
Pengarah Pembangunan Islam MPKB-BRI, Ustaz Ropein Hassan berkata, ia dapat dibuktikan apabila tempat solat berkenaan hampir penuh sejak malam pertama, kedua dan ketiga.

"Berbanding pada tahun lepas hanya tiga saf sahaja, mungkin perkara itu berlaku disebabkan tahun lepas merupakan kali pertama kita berpindah tempat, jadi belum ada keserasian, namun Alhamdulillah tahun ini menggalakkan, " ujarnya.
Beliau berkata, tarikan orang ramai kerana imam yang mengimamkan solat sunat Tarawih ialah pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Ustaz Loqman Ibrahim Al-Hafiz.

Tambahnya, selain itu juga beberapa lagi imam hafiz turut dijemput mengimami solat sunat Tarawih. Tazkirah juga diadakan setiap malam.
"Saya harap orang ramai khususnya warga bandar MPKB-BRI menunaikan solat sunat Tarawih beramai-ramai bagi memuliakan bulan yang penuh keberkatan ini," katanya.

Solat sunat Tarawih mula diperkenalkan pada Ramadan tahun 1991 yang dipelopori bekas ahli Majlis, Ustaz Wan Hassan Wan Othman. Ketika itu ia diadakan di Jalan Pendek Kota Bharu sebelum dipindah ke Dataran MPKB pada 1997.
Ropein juga berkata, MPKB BRI juga membekalkan teks tazkirah kepada juruhebah di semua pasar raya untuk dibaca dari semasa ke semasa sebagai peringatan bersama.

"Bukan itu sahaja, mereka juga tidak dibenarkan menyiarkan lagu-lagu irama pop atau sebagainya yang boleh melalaikan selain lagu-lagu nasyid dan ayat-ayat suci al-Quran," ujarnya.

Kakitangan MPKB-BRI turut berpeluang mendengar tazkirah di Bilik Mesyuarat Bunga Raya setiap hari bermula jam 12.30 tangahari hingga 1.30 petang.

Selain itu warga bandar yang datang ke bandar Kota Bharu berpeluang menikmati juadah berbuka puasa dengan bekalan nasi, kuih muih dan minuman di khemah terbuka MPKB BRI dan Masjid Muhammadi.

Di khemah MPKB BRI setiap malam juga diadakan sumbangan kepada fakir miskin yang diadakan selepas selesai solat Tarawih. Kuiz minda juga diadakan pada setiap malam Jumaat.

Qiamulai diadakan pada 10 hari terakhir Ramadan, program Belia Jejak Lailatul Qadar diadakan Pada 27 Ramadan ini bermula jam 3 pagi hingga Subuh. Dan di tempat yang sama diadakan solat sunat Hari Raya Aidilfitri dan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak.

Bookmark and Share

    


  Member Information For are_peace82Profil   Hantar PM kepada are_peace82   Quote dan BalasQuote

amirez
Warga 2 Bintang
Menyertai: 01.01.2006
Ahli No: 21578
Posting: 54
Dari: Universiti Selatan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 09-10-06 18:00


a'a. saya pun rasa agak berbeza suasana ramadan kat kelate dengan tempat saya belajar

Bookmark and Share

    


  Member Information For amirezProfil   Hantar PM kepada amirez   Pergi ke amirez's Website   Quote dan BalasQuote

Al-Aniesah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24052
Posting: 264
Dari: Bumi Allah

ukraine   avatar


posticon Posting pada: 09-10-06 18:02


wahhhh...rindunyaaa pada suasana poso di kelate........!!! :-(



Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-AniesahProfil   Hantar PM kepada Al-Aniesah   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 09-10-06 18:56


:-di Yup....saya pun,bukan nak angkat bakul....tapi saya lihat memang begitu berlainan dengan tempat2 lain......


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

ibn_wanza
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.10.2005
Ahli No: 20172
Posting: 295
Dari: kelantan + terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 09-10-06 19:19


nok balik poso kelate..uwaaa!!.rindu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibn_wanzaProfil   Hantar PM kepada ibn_wanza   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-10-06 00:24


yang paling best.. time terawikh, Kalau kat sini.. makin ujung2 makin kurang orang.. tapi kat kelantan.. makin ujung2.. makin penuh masjid.. :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

binafsya
Warga 1 Bintang
Menyertai: 06.02.2005
Ahli No: 14160
Posting: 24
Dari: pasir puteh

Kelantan  


posticon Posting pada: 10-10-06 00:44


maka berbangga lah anda yang berasal dr kelate.hehehe
suasana di perkarangan stadium sesak tiap tiap hari..
ni lah baru di katakan bazar ramadhan

Bookmark and Share

    


  Member Information For binafsyaProfil   Hantar PM kepada binafsya   Pergi ke binafsya's Website   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-10-06 00:47


actually, waktu solat jumaat pun, boleh nampak jalan kat KB ditutup.. ramai-ramai jalan kaki.. pakai serban.. bagusnya dok kelate..

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 10-10-06 02:42


best dengar cerita sahabt2 kelate..doakan SABAH jadi seperti kalian..
istiqamah imarahkan negeri anda..salam dari SABAH.

Bookmark and Share

    


  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

aremalzz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.12.2005
Ahli No: 21290
Posting: 181
Dari: GolDeN SanD

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 10-10-06 06:52


biar seluruh malaysia jadi macam tu... insyaallah

Bookmark and Share

    


  Member Information For aremalzzProfil   Hantar PM kepada aremalzz   Pergi ke aremalzz's Website   Quote dan BalasQuote

nzawaty
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.02.2006
Ahli No: 22474
Posting: 124
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 10-10-06 18:34


RINDUUUUUUUUUUUUU
nak balik puasa kat kg

Bookmark and Share

    


  Member Information For nzawatyProfil   Hantar PM kepada nzawaty   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 11-10-06 01:19


tempat lain pun sama jugak...bukan kat kelantan saja...

Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

sasuke-kun
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2004
Ahli No: 11297
Posting: 525
Dari: klate-jepun

Kelantan  


posticon Posting pada: 11-10-06 09:05


betul ke tempat lain sama jugak.....buktikan...
unless lah saudara pernah berpuasa dan mengalaminye sendiri kat qlate...huhuhhuhu
rindu pada negeriku...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sasuke-kunProfil   Hantar PM kepada sasuke-kun   Quote dan BalasQuote

guelderose
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.05.2006
Ahli No: 24616
Posting: 336
Dari: Ayer Keroh

Kelantan  


posticon Posting pada: 11-10-06 09:06


iye ke kat tempat lain begitu?KL?

Bookmark and Share

    


  Member Information For guelderoseProfil   Hantar PM kepada guelderose   Quote dan BalasQuote

qardhawi_jr
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.07.2005
Ahli No: 17517
Posting: 365

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-10-06 09:39


pengalaman saya ,ramadhan di kelantan memang berbeza dari negeri2 lain di malaysia..........dapat dirasai perbezaan ramadhan dengan 11 bulan yang lain...kalau di kl,yang menghidupkan suasana ramadhan ialah bazar ramadhan!pesta makanan!!!.....di kelantan,dengan sekolah2 agama yang banyak,pondok2,ustaz2 hebat,imam2 hafiz quran,majoriti melayu islam..memang lain daripada yang lain...saya sendiri bercadang nak pergi kelantan walaupun sehari untuk mrasai suasana ramdhan kali ini

Bookmark and Share

    


  Member Information For qardhawi_jrProfil   Hantar PM kepada qardhawi_jr   Quote dan BalasQuote

faried
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26185
Posting: 150
Dari: kedah

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 11-10-06 11:19


itulah perbezaan antara negeri yang di perintah oleh ulama' dengan orang jahil........

tengok,budaya islam subur di sana.........

Bookmark and Share

    


  Member Information For fariedProfil   Hantar PM kepada faried   Quote dan BalasQuote

guelderose
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.05.2006
Ahli No: 24616
Posting: 336
Dari: Ayer Keroh

Kelantan  


posticon Posting pada: 11-10-06 12:38


ye..jemput2 lah datang ke kelantan ini...hihi

Bookmark and Share

    


  Member Information For guelderoseProfil   Hantar PM kepada guelderose   Quote dan BalasQuote

ashabul_mukminin
Warga 2 Bintang
Menyertai: 17.07.2003
Ahli No: 2403
Posting: 43
Dari: Pahang

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 11-10-06 14:01


assalamualaikum wbt.. ana forward2kan url forum ini pada kawan-kawan dalam YM. dan salah seorang sahabat ana membalas:-

H: hehe..ni 1st time aku ramadan kat kl..
H: ya Allah..jauh sangat bezanya..
H: ramadan kat kl ni macam tak ada roh..
H: macam sama saja...
H: compare lah dengan klate..
H: anda rasa macam sbulan tu..ramadan yang indah..
H: anda dapat rasa maksiat tak ada kat bndr2 sne..
H: ok tu saja lah..nanti baik anda try pergi sne..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ashabul_mukmininProfil   Hantar PM kepada ashabul_mukminin   Pergi ke ashabul_mukminin's Website   Quote dan BalasQuote

SHAMR
WARGA SETIA
Menyertai: 05.10.2004
Ahli No: 11639
Posting: 777
Dari: Dari ALLAH kita datang, kepadaNya kita kembali...

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-10-06 14:27


Assalamualaikum. Ramadhan di Kelantan benar-benar ihya'. Moga terus berkekalan ke bulan-bulan yang lain.

p/s: bangga dan bersyukur jadi rakyat kelate!


-----------------
"Jangan gugur sebelum syahid!"


Bookmark and Share

    


  Member Information For SHAMRProfil   Hantar PM kepada SHAMR   Quote dan BalasQuote

qibtiyah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.07.2005
Ahli No: 17187
Posting: 721
Dari: qaryah_qish

seychelles   avatar


posticon Posting pada: 11-10-06 14:52


:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For qibtiyahProfil   Hantar PM kepada qibtiyah   Quote dan BalasQuote

laili
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2003
Ahli No: 3366
Posting: 154
Dari: kota bahru

Kelantan  


posticon Posting pada: 11-10-06 16:03


rindunya nak puasa kat rumah..dengan adek beradek,ma, abah..bestnya...terasa nak balik sna...kalau jumaat kat sna saya paling suka sebab,baru terasa hari jumaat sebagai penghulu hari...bukan seperti tempat lain.

Bookmark and Share

    


  Member Information For lailiProfil   Hantar PM kepada laili   Pergi ke laili's Website   Quote dan BalasQuote

laili
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2003
Ahli No: 3366
Posting: 154
Dari: kota bahru

Kelantan  


posticon Posting pada: 11-10-06 16:05


Wahai semua warga kelantan,marilah kita sama-sama mengekalkan ISLAM di Kelantan,jangan biarkan ia dikotori dengan budaya barat yang melalaikan....MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Bookmark and Share

    


  Member Information For lailiProfil   Hantar PM kepada laili   Pergi ke laili's Website   Quote dan BalasQuote

wan_andmawaddah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22771
Posting: 361
Dari: tanah permaisuri

Kelantan  


posticon Posting pada: 11-10-06 16:41


Pada 09-10-06 18:00 , amirez posting:

!!! QUOTE !!!

a'a. saya pun rasa agak berbeza suasana ramadan kat kelate dengan tempat saya belajar


a'a setuju :-)
memang sangat berbeza...rindu sangat nak berpuasa di kelate..insyAllah sempat lagi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wan_andmawaddahProfil   Hantar PM kepada wan_andmawaddah   Quote dan BalasQuote

are_peace82
WARGA SETIA
Menyertai: 06.10.2006
Ahli No: 26802
Posting: 412
Dari: Kelantan & Kajang

Kelantan  


posticon Posting pada: 11-10-06 16:48


Puasa kat Kelantan memang best. Tak percaya jom datang Kelantan. tengok berapa kali ganda best daripada KL.

Bookmark and Share

    


  Member Information For are_peace82Profil   Hantar PM kepada are_peace82   Quote dan BalasQuote

ayra
Warga Rasmi
Menyertai: 15.09.2006
Ahli No: 26376
Posting: 13
Dari: ulu selangor

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 11-10-06 19:25


walaupn klate tak lah maju sangat bnding dengan kl tapi hidup mereka sentiasa ceria & bekerja sama....
susah nak pupuk smgt macam itu sekarang ni!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayraProfil   Hantar PM kepada ayra   Quote dan BalasQuote

are_peace82
WARGA SETIA
Menyertai: 06.10.2006
Ahli No: 26802
Posting: 412
Dari: Kelantan & Kajang

Kelantan  


posticon Posting pada: 12-10-06 09:34


Pada 11-10-06 19:25 , ayra posting:

!!! QUOTE !!!

walaupn klate tak lah maju sangat bnding dengan kl tapi hidup mereka sentiasa ceria & bekerja sama....
susah nak pupuk smgt macam itu sekarang ni!!!


Kelantan maybe tak maju pada pandangan orang yang tak pernah datang kelantan agaknya setelah diputar belit oleh berita hairan dan utusan meloya dan paper2 lain. Hakikatnya cuba datang kelantan dan bandingkan dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Nah baru boleh nak kata kelantan maju or not.

Statistik terkini kelantan menduduki rangking pertama sebagai negeri yang mempunyai hutang paling sedikit dengan kerajaan pusat berbanding negeri2 lain seperti selangor, johor dll.

Boleh chek dengan statistik kementerian kewangan dan Perbendaharaan Malaysia.

"Kaya" pun kalau hutang keliling pinggang buat apa.

Bookmark and Share

    


  Member Information For are_peace82Profil   Hantar PM kepada are_peace82   Quote dan BalasQuote

samudra
WARGA SETIA
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu

stkitts_nevis   avatar


posticon Posting pada: 12-10-06 09:57


berbangga jadi rakyat kelantan..ekonomi politik masih lagi dikuasai orang islam..bangunan dan wisma masih lagi tertera nama melayu..nak cari kedai makan halal senang..warganya masih utuh dengan nilai ketimuran..cakna keluarga dan masyarakat..jenayah berat berkurangan..dipimpin ulama yang serba sederhana..(seperti mahathama gandhi gayanya...kata seorang sahabat india)..

Bookmark and Share

    


  Member Information For samudraProfil   Hantar PM kepada samudra   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-10-06 10:32


:-di betul-betul....kalau negeri maju tetapi hutang keliling pinggang buat apa.......contoh macam jiran kita.....gas dan petroleum banyak....tapi........ke manakah hasil jualan nya pergi......

;-) BANGGA ANOK KELATE....


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

tuyup
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 6548
Posting: 211
Dari: kota bharu & BTHO, Cheras~

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-10-06 11:20


saya bangga jadi anak kelantan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For tuyupProfil   Hantar PM kepada tuyup   Pergi ke tuyup's Website   Quote dan BalasQuote

Shuhada_nha155
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.04.2005
Ahli No: 16080
Posting: 121
Dari: Bumi Allah

malaysia  


posticon Posting pada: 12-10-06 14:33


Salam.

Saya anak Sabah. Ramadhan kat sabah jauh berbeza dengan kelantan. 10 malam akhir, ruang solat untuk wanita dah berkunci! (merujuk daearah saya). Sebelum berkahwin, saya dapat tawaran kerja kat semenanjung. Tahun pertama kat semenanjung, ramadhan dan raya sambut kat Johor - Hambar! Tahun kedua, kat dan. Sembilan - Ramadhan, bolehlah! Meriah 1 syawal saja. Tahun ketiga ramadhan kat Selangor - OK sikit sebab solat kat Masjid UKM bersama students. Time raya, lebih kurang Sabah saja. Tahun Keempat (kahwin tahun ni) - Syoknyer Ramadhan kat Kelantan. Suami ajak Solat terawih kat Stadium. Imam ustaz Loqman. Meriahnyaaa.. benar-benar terasa kelainannya ramadhan kat Kelantan. Bak kawan ashabul_mukminin kata "ada roh"! InsyaAllah..bakal beraya kat Kelantan tahun ni bersama suami. ;-)

Tak sabar nak balik Kelantan (negeri suami)....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Shuhada_nha155Profil   Hantar PM kepada Shuhada_nha155   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-10-06 18:20


Adui.... menitis air mata ana...............tringat maso kecek dulu..........merioh betul......
ana juga anak jati qlate.....
tapi doh 6 tahun tok poso drumoh.... balik pun time nok rayo doh.............
bezo poso KL/selangor dengan qlate.....
I love qlate...............
ni lah rahmat Allah atas kberkatan siasah yang bteraskan islam... walaupun tak sempurna...tapi ia adalah semampu pasti pas akibat kenkangan dr krajaan psekutuan...

semoga Allah beri kemenangan kepada perjuang2 agamanya........Takbir !!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 16-10-06 01:34


:) semoga kelantan terus gemilang dengan kepimpinan ulama' walaupon dikata negeri kita kotor dan sbgnya.. walau didedah kelantan dengan kegiatan maksiat malam jumaat di kota bharu.. tapi, percayalah.. kelantan masih utuh berbanding negeri-negeri lain.. :)

siapa tak pernah rasa berpuasa di kelantan.. maila rasa... insyaAllah.. terasa betapa sayunyer hati nak meninggalkan ramadhan.. terutamanya di saat-saat akhir ni... kemeriahan ramadhan, membangkitkan rasa syahdu di pagi syawal.. suasana hening di pagi syawal.. berbeza dengan suasana meriah di pagi syawal di tempat lain...

:) hukhuk.. rindunyer nak balik kelantan.. tapi... uuuwwwaaa... tiket raya ketiga...

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

wihdatul_asrar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 24.02.2006
Ahli No: 22976
Posting: 121
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-10-06 01:52


rindunye kat rumah.... tak sabar nak balik 17hb ini....

Bookmark and Share

    


  Member Information For wihdatul_asrarProfil   Hantar PM kepada wihdatul_asrar   Quote dan BalasQuote

sasuke-kun
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2004
Ahli No: 11297
Posting: 525
Dari: klate-jepun

Kelantan  


posticon Posting pada: 16-10-06 10:00


aaaa tiket tak ada nak balik awal pergi qlate...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sasuke-kunProfil   Hantar PM kepada sasuke-kun   Quote dan BalasQuote

ukhti_sarah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 20.10.2005
Ahli No: 19992
Posting: 22
Dari: kelate

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-10-06 10:13


moga-moga keberkatan dibulan ramadhan kan dapat diraih oleh umat islam amnya...........terutama apabila tibanya mlm lailatulqadar..
ni nak promosi negeri klate ni hee.kawe suka sangatlah bila tibanya bulan ramadhan juga


-----------------
ukhwah yang terjalin ini terlalu indah jika dimulai dengan kalimahNYA dan diakhiri kalimahNYA jua(",)
[ Telah diedit oleh: ukhti_sarah pada 16-10-06 10:14 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ukhti_sarahProfil   Hantar PM kepada ukhti_sarah   Quote dan BalasQuote

maya_sakura
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.06.2006
Ahli No: 24795
Posting: 214
Dari: gombak

Kelantan  


posticon Posting pada: 16-10-06 12:02


meme lain sangat-sangat..nok cari kuih qlate pun payoh nok jupo..Kalau ado pun tok samo...

Bookmark and Share

    


  Member Information For maya_sakuraProfil   Hantar PM kepada maya_sakura   Quote dan BalasQuote

are_peace82
WARGA SETIA
Menyertai: 06.10.2006
Ahli No: 26802
Posting: 412
Dari: Kelantan & Kajang

Kelantan  


posticon Posting pada: 16-10-06 14:50


kelate best

Bookmark and Share

    


  Member Information For are_peace82Profil   Hantar PM kepada are_peace82   Quote dan BalasQuote

suntikan_srikandi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.05.2005
Ahli No: 16483
Posting: 95
Dari: Selangor

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-10-06 11:49


tahun ni pertama kali ana sambut 1st ramadhan kat KL. ml tu ana kerja balik kol 10. apa yang ana dapat? masa atas tren nak balik tu ana nampak budak-budak remaja berkelompok2...muda2 lagi...mungkin ada yang masih sekolah menengah...

"baru balik enjoy lah tu" bisik kawan ana. pakainan depa hitam putih lah. macam-macam pesen...bak kata mastika ada yang macam kuda belang. lelaki perempuan toksah kata lah...bergaul mesra saja. terdetik dalam hati ni, 'macam ni ke org bandar sambut kedatangan ramadhan?' puasa yang paling rasa kosong adalah puasa tahun ni...

semoga tahun akan datang jika diizin Allah, biarla dalam suasana puasa yang ber'roh'.


-----------------
Anjing Menyalak, Khalifah Tetap Lalu....>> Menunggu Putih Gagak Hitam, Buntar-buntar Daun Lalang, Luas-luas Daun Merunggai, Sampai Tumbuh Daun Cindapung...>


Bookmark and Share

    


  Member Information For suntikan_srikandiProfil   Hantar PM kepada suntikan_srikandi   Pergi ke suntikan_srikandi's Website   Quote dan BalasQuote

salimna
Warga 2 Bintang
Menyertai: 31.07.2007
Ahli No: 30531
Posting: 45
Dari: kuala krai

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-09-07 14:18


benar poso kat qlate best..besar gila perbezaan nan negeri lain..ana sekarang dok nilai memang terasa sayu sangat sebab kat sini macam tak ada beza lasum dengan bulan bse

Bookmark and Share

    


  Member Information For salimnaProfil   Hantar PM kepada salimna   Quote dan BalasQuote

Wuddah
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2007
Ahli No: 29021
Posting: 508
Dari: Chenderong Balai

Perak  


posticon Posting pada: 20-09-07 14:24


Asslamualaikum...tahun ni kali pertama berpuasa di kelantan...ana baru dapat kerja kat sini...kekok sikit dengan makanan kat sini...tapi suasana memang bagus seperti berada di Tanah suci...

Bookmark and Share

    


  Member Information For WuddahProfil   Hantar PM kepada Wuddah   Quote dan BalasQuote

sitishairah
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2007
Ahli No: 29948
Posting: 513
Dari: Gombak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-09-07 14:41


Assalamualaikum wr wbt

Wah..bagusnya dengar cerita...bilela gamaknya dapat merasa berpuasa di Kelantan ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sitishairahProfil   Hantar PM kepada sitishairah   Quote dan BalasQuote

are_peace82
WARGA SETIA
Menyertai: 06.10.2006
Ahli No: 26802
Posting: 412
Dari: Kelantan & Kajang

Kelantan  


posticon Posting pada: 20-09-07 15:17


nak balikkkkkkkkkkkkkkk.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For are_peace82Profil   Hantar PM kepada are_peace82   Quote dan BalasQuote

dr_nik
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.09.2007
Ahli No: 31081
Posting: 206
Dari: KL

blank   avatar


posticon Posting pada: 20-09-07 22:58


rindu terawikh dengan hafiz...huhuhuhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For dr_nikProfil   Hantar PM kepada dr_nik   Quote dan BalasQuote

raihan2004
Warga 5 Bintang
Menyertai: 11.01.2004
Ahli No: 6388
Posting: 375
Dari: kedah

egypt   avatar


posticon Posting pada: 21-09-07 01:58


memang best ramadhan di kelantan...meriah sangat-sangat...dah nak masuk 5 tahun meraikan ramadhan di kelantan sebab study kat kelate...memang rasa lain sangat dengan negeri lain...meriah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For raihan2004Profil   Hantar PM kepada raihan2004   Quote dan BalasQuote

ifmiza
Warga 2 Bintang
Menyertai: 01.05.2004
Ahli No: 8734
Posting: 63
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 21-09-07 03:57


salam...........
ni tahun pertama saya berpuasa di negeri kelantan..........
saya study kat sini
alhamdulillah saya berpeluang rasa hidup dengan suasana yang amat indah di kelantan......
:-)


-----------------
kasih dan sayang itu unik,
sukar difahami,
susah dihayati,
namun senang dimiliki,
dan mudah dikhianati,
em HARGAILAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For ifmizaProfil   Hantar PM kepada ifmiza   Quote dan BalasQuote

mie05
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.11.2005
Ahli No: 20348
Posting: 318
Dari: melaka

Johor   avatar


posticon Posting pada: 21-09-07 08:15


tak pernah pula ana pergi sana...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mie05Profil   Hantar PM kepada mie05   Quote dan BalasQuote

Iman_Hayati
WARGA SETIA
Menyertai: 24.10.2003
Ahli No: 4642
Posting: 940
Dari: Bumi ALLAH

Kelantan  


posticon Posting pada: 21-09-07 09:08


tak sabarnye nak balik kelantan..biasanya kat surau tepi rumah mesti ada majlis berbuka puasa dengan org kg..semua berkumpul dan masaka beramai2..tak kira nasi kerabu ke, nasi dagang..bergantung pada menu yang telah dipersetujui ramai. sebelah mlm pulak, lepas terawih mesti ada moreh..setiap wakil rumah mesti masak apa-apa..tak kira kuih @ apa-apa mknn yang mereka rasa nak bawa. biasanya ahli jemaah akan tetapkn awal-awal masa pertama puasa giliran2 tersebut. Bestkn puasa kat kg..rindu family kat kg, selalu tanya ma kat kg tiap kali nak berbuka masak apa..bestnya kalau dapat berbuka sama-sama dengan family kat kg. Kalau kat rumah sewa kita boring asyik makan mskn sendiri..rindu masakan ma kat kg. InsyaAllah 10/10 lepas berbuka, anakanda balik dengan abe long, abe ngah naik kereta..InsyaAllah sempat sahur kat rumah kalau sampai awal.


-----------------
Sesejuk Mata Memandang, Seindah Akhlak terpampang
[ Telah diedit oleh: Iman_Hayati pada 21-09-07 09:18 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Iman_HayatiProfil   Hantar PM kepada Iman_Hayati   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.219549 saat. Lajunya....