Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 25-06-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Seekor ikan di tangan lebih berharga dari dua ekor ikan di kolam
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 164
Ahli: 0
Jumlah: 164




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 1 hari, 18 jam, 14 minit yang lalu
khalifah: 7 hari yang lalu
hajime_kindaichi: 25 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Untuk para pencinta...baca ni.amat berguna


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Untuk para pencinta...baca ni.amat berguna

Please Mendaftar To Post


Oleh Untuk para pencinta...baca ni.amat berguna

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 09-10-06 13:36


OVERVIEW TAJUK:

1. kata aluan penyusun
2. kAsIh yang dicari-cari … YA untuk cinta.
3. hmm … cinta ni ikhlas ka tidak
4. takkan nak bercinta selepas kahwin agaknya …
     rahmah-mawaddah-litaskunuilaiha
5. “jodoh pertemuan di tangan tuhan”
6. semantik fitnah
7. alamak … dah jatuh hati kat dia (tertarik?)
     8. cinta monyet ...
     9. sapa soleh dapat solehah … confirm?
    10. Aku belum mampu …
    11. flow pertama ~ ISTIKHARAH
    12. ‘al-afwun’ - HERO & BRUTAL / cantik. Khadijah
         (25: 74) & (2: 201)
    13. aduhai : fitnah hati
    14. mata mengendali hati - ‘zina mata’
    15. Mere Mohabbat He! vs 88 al-habb
    16. Kekasih vs Emak
    17. hati-hati dengan NALURI si dia { usah diluahkan }
    18. Kemuliaan WANITA ~ (Qashash: 25)
    19. berjumpa dan berhubung mesti sempoi
    20. nak berSMS & nak chatting, nak simpan gambar
         + pemantau & sifat MALU    
    21. Fiqh : analisa SMS
    22. boleh kan berCOUPLE ? - zina minda –
    23. sebelum nak merisik dan meminang
    24. sebab & keperluan merisik
    25. MATCHMAKER & pergi merisik
    26. timbang-timbang nak meminang
    27. melihat bakal TUNANG & meninjau sikap
    28. berapa lama pulak ni? mesti dihebahkan ?
    29. NiKaH
    30. EPILOG
    31. Rujukan


Kata Aluan Penyusun



         Alhamdulillah, setelah berhempas-pulas dan menempuh berbagai cabaran dan kekangan, dapat juga artikel ini disiapkan.

Sebenarnya, cinta adalah perkara yang dibincangkan sejak zaman-berzaman. Cuma pendedahan tentangnya kepada kita barangkali masih belum memadai.

Pada asalnya, artikel ini disusun bagi memenuhi hajat permintaan seorang sahabat (senior) supaya ditulis tentang permasalahan cinta. Meliputi beberapa guideline dan batasan perhubungan secara ringkas, cara nak approach pasangan, cara untuk berhubung setelah berkenalan, tempoh bertunang dan lain-lain. Sebelum ini, saya tidak pernah terlintas langsung untuk menyusun satu artikel seperti ini.

dengan rujukan dan masa yang terhad, saya bertungkus-lumus sekadar terdaya. Jika sekadar membaca, tetapi tidak sanggup menulis, maka kita tidak akan dapat meluahkan pandangan baru yang digarap hasil daripada pembacaan dan pemikiran. Dengan adanya rekod penulisan, diharapkan dapatlah kita sama-sama sebar-sebarkan. Seterusnya cuba mengamalkan tuntutan agama yang kita faham.

Saya meringkaskan isi daripada beberapa sumber (dengan beberapa terjemahan idea baru) disertai sandaran berautoriti yang boleh dilihat pada bahagian rujukan. Penulisan ini sedikit, sekadar beberapa ringkasan untuk tatapan pelajar di luar bidang agama.

Matlamat saya, artikel ini khusus kepada mereka yang sedang mengharungi fitrah cinta atau tercari-cari cara menguruskan cinta. Amnya kepada komuniti pelajar sebagai suatu input, panduan dan suluhan ilmu dalam pada kita disumbatkan dengan berbagai gambaran dan cerita tentang erti cinta.

Cukuplah selama ini kita dimomokkan dengan bahan bacaan berbentuk hiburan, tahyul, gosip, picisan dan lain-lain yang mendumbing down minda.

Biarlah rujukan kita untuk menghukum permasalahan cinta pada isi kandungannya secara adil dan saksama. Bukan pada andaian, adat, tafsiran, persepsi atau sangkaan org ramai. Harapnya kita sama-sama memahami CINTA.

Semoga Allah merahmati al-Imam as-Syafi’e dengan kata-katanya: “Demi Allah. Aku tidak peduli apakah kebenaran itu nampak melalui lidahku atau melalui lidah org lain.” Benarlah kata-kata beliau apabila mensifati surah al-‘asr (surah yang terpendek di dalam al-Quran): “Jika manusia merenungkan surah al-‘asr, nescaya cukupilah hal itu bagi mereka”


Ilmu adalah milik Allah, kita sekadar menyusunnya. Hormat daripada saya: [email protected]


STRATEGI MENGURUS & PENYELESAIAN CINTA : BEBERAPA PENELITIAN CARA & DISKUSI HUKUM


“Ya Allah, bantulah aku untuk mengingatiMu dan mensyukuri (nikmatMu) dan memperbaiki ibadatku kepadaMu” … wasiat Rasulullah kepada Mu’az bin Jabal supaya dia jangan sekali-kali meninggalkan doa ini setiap kali selepas solat fardhu (hadith riwayat Imam Ahmad)




kAsIh yang dicari-cari … YA untuk cinta

        
Allah yang bersifat Maha Penyayang amatlah Mengetahui segala naluri dan fitrah hambaNya. Sememangnya, tidak ada manusia yang boleh mendakwa dirinya lari daripada fitrah perasaan kecuali orang yang hilang akal. Cinta adalah fitrah yang akan dirasai oleh semua orang. Sesiapa pun tidak akan terkecuali.

Lantaran, Islam menghargai, meraikan dan memupuk kehendak naluri manusia yang salah satunya adalah cinta. Maksudnya cinta yang berputik antara lelaki dan wanita. rasa ingin memiliki, rasa suka kalau dimiliki dan mencari pasangan (cinta itu sendiri luas perbahasannya, bukan satu capahan sahaja).

Telah difitrahkan lelaki akan menyintai wanita, begitulah sebaliknya. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti badan perlukan makanan. rasa dan jatuh cinta tidaklah mengaibkan, asal saja diurus dengan betul, jauh untuk berkiblatkan nafsu. Kata org, nak lebih-lebih boleh, tapi kenalah kahwin.

Marilah memanjatkan kesyukuran apabila dianugerahi nikmat yang tidak ternilai iaitu rasa cinta dan keinginan … alhamdulillah! dalam pada itu, hendaklah disematkan dalam benak fikiran bahawa halal-haram serta dosa-pahala hanya tiada dalam kamus hidup haiwan.

Insan yang siuman akan merasai bahawa lampu isyarat, tanda had laju, tanda peringatan selekoh dan lain-lain sebagai kawalan, bukanlah sebagai sekatan untuk tiba di destinasi. Doktor selalu berpesan, gula yang manis itupun jangan diambil berlebihan.

Cara untuk melayani dan menyalurkan rasa kasih sayang itu ada pagar-pagar dan jalan-jalannya yang telah pun ditentukan. Sekaligus menjamin kedamaian dan ketenangan hakiki.

         Bezanya, Islam meletakkan cinta sebagai suatu tanggungjawab, kemuliaan, nikmat dan ‘ibadat, bukan suatu permainan atau keseronokan semata-mata. Demikianlah Allah melayani keinginan dan kemahuan manusia.

         Jika benar-benar mencintai seorang wanita, lelaki hendaklah menunaikan tanggungjawabnya. Andai bersedia, jadikanlah dia sebagai teman hidup dalam meredah musafir hidup yang masih panjang menuju negeri akhirat. Ikatlah dengan ikatan yang sah.

         Memang, berumahtangga lebih didominasi tanggungjawab dan tugas. Seronok-seronok sudah berkurang sedikit. Tetapi ini adalah proses biasa.

Situasi yang sepatutnya ialah lelaki yang menuju taqwa akan marah dan sakit hati apabila ternampak wanita yang baik dipermainkan dan diganggu. Inilah cara lelaki yang matang menghargai keayuan wanita.

Budaya dan gambaran cinta sebenar ialah setelah berlaku pernikahan, masing-masing cuba menunjukkan pelaksanaan tanggungjawab yang total sebagai suami atau isteri. Manakala anak adalah pengikat kasih sayang dan karenahnya menyenangkan pasangan.

Lantas, cinta dijadikan sebagai tapak untuk melahirkan anak-anak yang soleh atau solehah sebagai pejuang Islam, bukannya seperti trend Barat. Kemesraan, keutuhan, keintiman, cinta sejati dan kesetiaan pasangan suami isteri hanya terukur apabila keluarga ditimpa mehnah ... benarkah cinta, tetapi belum teruji?

                                                    


~ hmm … cinta ni ikhlas ka tidak ~

        
         Niat atau tujuan dan kehendak hati adalah sebab pertama untuk mewujudkan atau melahirkan amal. Hendaklah hati dibersihkan untuk mencari keredhaan Allah dengan menyatakan perasaan tunduk kepada perintahNya. Inilah yang dikatakan ikhlas.

         Cintailah sesiapapun asalkan cinta ini dapat memudahkan kita mencintai Allah, yang tak menjauhkan diri daripadanya. Cuma, bersandar pada manusia hanyalah satu sebab yang kecil untuk mencintai Allah. Sentiasalah berdoa padaNya agar memelihara perasaan cinta ini sebagaimana yang Dia kehendaki.

         Kata ‘alim ulama, ibadah adalah rasa cinta, tunduk dan merendahkan diri di hadapan Allah. Cinta kepada Allah adalah cinta yang berdiri sendiri, lantas menjadi sumber utama daripada keseluruhan cinta kepada selainNya. Benar, cinta kepada Allah lah yang memberi kebahagiaan, bukan kelalaian dan angan-angan.

         Imam al-Ghazali r.a berkata: “Apabila seseorang itu menyintai seseorang lain kerana Allah, maka hendaklah apabila membencinya kerana Allah jua. Punca yang menyebabkan anda menyintai seseorang manusia itu mestilah kerana dia amat taat kepada Allah, ataupun kerana dia dicintai di sisi Allah disebabkan amalan-amalannya yang baik. Tetapi apabila orang itu bermaksiat kepada Allah, tentulah anda akan membencinya kerana dia menderhakai Allah dan terkutuk di sisiNya.”

         Berkata Imam an-Nawawi r.a : "Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"

         Pokok pangkalnya, Allah adalah asas dan teras percintaan. Semua pertalian kembali pada akar iaitu Habluminallah. Hubungan dengan Allah hendaklah beres terlebih dahulu, maka insyaAllah habluminannas (hubungan sesama manusia) akan menyusul.

Keutamaan dalam meletakkan rasa cinta adalah berasaskan (at-taubah: 24). Ini memberi erti tidak sekali-kali mengizinkan diri untuk mengagungkan makhlukNya lebih daripada Pencipta makhluk itu sendiri. Tidak sekali-kali menyanjung dan memuja kekasih, tetapi cinta Allah hanya menjadi tempelan dan sebutan di hujung kata. Tidak juga cinta kerana Allah dijadikan nama hiasan untuk menafikan kelalaian bercinta.

         Apa maksud cinta kerana Allah? Maksudnya, cinta itu mestilah didorong atas keinginan untuk sama-sama melaksanakan tujuan hidup yang telah Allah tentukan. Hakikatnya, hubungan dua insan yang bercinta (suami isteri) adalah untuk melaksanakan tujuan itu.

         Seterusnya, cinta kepada Allah bererti sanggup meninggalkan maksiat. Sebab itu, golongan yang mempunyai cinta tertinggi tidak akan memilih jalan yang tidak disukaiNya kerana Allah berfirman: “Dan tidaklah wajar bagi mukmin lelaki dan wanita apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara, mereka memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka …” (al-ahzaab: 36).

         “Sami’na wa ato’na” atau “kami dengar dan kami taat” -- inilah bukti cinta. Sebarang suruhan daripada Allah akan segera dilaksanakan. Malas, letih, susah, sakit, miskin dan lain-lain tidak menjadi halangan.

         Dalam konteks makhluk, yang paling layak dan utama untuk kita menyatakan rasa cinta adalah Rasulullah. Menyintai baginda memberi maksud mengambil Islam secara syumul, menjadikan keluarga baginda sebagai contoh dan mengamalkan sunnah baginda, cinta kepada alim ulama dan fakir miskin dan sebagainya.

         Cinta hakiki adalah kepada Allah kerana setiap manusia pasti mati. Dalam surah ar-rahman ayat 26: “semua yang ada di bumi akan binasa”. Yang mampu menyatukan hati-hati manusia bukan syaitan dan hawa nafsu, tetapi Allah, seperti mana yang termaktub dalam surah al-anfal ayat 63.

            Bagaimanakah pula kita ingin memastikan bahawa cinta kita benar-benar diasaskan kepada cinta Allah? Jawapannya ringkas. Cubalah nilai, apakah cinta kita kepada manusia itu melalaikan kita daripada perintah Allah? Kalau ya, itu menunjukkan cinta kita jelas tersasar.

            Bagaimana pula bercinta kerana Allah? Jawabnya, iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau wanita menyempurnakan agamanya.

Cinta kerana Allah biasanya diiringi wawasan untuk hidup bersama dan berhasrat melahirkan zuriat yang soleh yang dididik dengan cara hidup Islam. Lelaki bersedia untuk menerima wanita sebagai amanah daripada Allah bagi menyerikan lagi mahligai yang bakal terbina. Pada hari ‘air pasang’, cinta memainkan peranan. Pada hari ‘air surut’, tanggungjawab dan kematangan pula mengambil tugas.

Sabda Rasulullah: “Apabila seseorang berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal separuh lagi untuk disempurnakannya.”

         Apabila cinta bertitik-tolak kerana Allah, maka alam rumahtangga kelak dipenuhi suasana beribadat, berlaku tegur-menegur dengan cara yang baik serta saling mengambil berat dan memahami. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai.






takkan nak bercinta selepas kahwin agaknya … rahmah-mawaddah-litaskunuilaiha

        
Yang sebenarnya, cinta yang ditegah sebelum berkahwin ialah bercinta yang berlebih-lebihan yang boleh mengakibatkan:

a) maksiat dan menyanggahi syarak
b) kemungkinan penyakit angau, panjang angan-angan dan banyak termenung
c) kemungkinan dikecewakan. Lebih parah membawa patah hati, kecewa, membawa mudharat dll


         Ini bermaksud, cinta mestilah disalurkan kepada perkara yang lebih berfaedah seperti cinta kepada Allah dan masjid, cinta kepada ibubapa, cinta kepada ulama ‘amilin dan bahasa ‘arab, cinta kepada majlis ilmu dan perjuangan Islam, cinta dan taat kepada nasihat siddiqin yang melaluinya kita mendapat syafaat nabi, cinta untuk beribadat, cinta kepada saudara muslim dan sebagainya.

         Kedua, Allah jadikan Adam dan Hawa agar cenderung antara satu sama lain. Itulah fitrah cinta. apabila bersedia dan jumpa pasangan, terus lahirkan cinta tadi dalam bentuk pinangan.

Nabi bersabda: “Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali NIKAH” (riwayat Ibn Majah). Al-Allamah Al-Munawi mengulas bahawa ubat yang terbaik bagi pasangan yang sedang bercinta adalah nikah.

Tapi, kalau rasa masih tak bersedia, baik jangan berani untuk bercinta lagi. Perlu diingat, perkahwinan adalah kontrak seumur hidup dan ia merupakan proses transformasi yang terbesar dalam kehidupan insan. Allah membicarakan hal ini di dalam Quran dengan menyatakan perkahwinan itu adalah “mitsaqan ghaliza” (ikatan paling kukuh).

         Bersedia bermaksud sanggup memikul t/jawab, memenuhi syarat fizikal dan batin, persediaan mental, kefahaman ‘aqidah dan ibadah, kewangan yang mantap untuk berumahtangga, berkenderaan, mempertimbangkan cita-cita akademik dll. Luahkanlah rasa cinta apabila kita dah betul-betul bersedia untuk walimah. Barulah banyak pintu syaitan tertutup.

Erti hadith: “Apabila berkahwin seseorang hamba, maka telah sempurnalah sebahagian dari agamanya, maka hendaklah dia bertaqwa kepada Allah dalam sebahagian yang lain” (shahih menurut Al-Hakim dan Ibn Hajar, Dhoif menurut As-Suyuti).

Wujudnya perasaan cinta sebelum berkahwin tidak dinafikan kerana ia adalah fitrah dan naluri yang dikurniakan Allah, bahkan ia sukar ditolak. Khadijah telah pun menyintai nabi sebelum berkahwin, cuma ia tidak dinovel dan didramakan berjilid-jilid seperti sekarang.

         Kenalah berhati-hati. Tak kira lah cinta kepada wanita atau kepada dunia dan sebagainya, semua ini perlu dikawal. Jika tidak, rasa ghairah, rakus dan terpesona dengan dunia akan menyemarakkan lagi barah cintakan dunia takut mati (wahan), hilang kemanisan beribadat dan akhirnya yang tinggal adalah ummah berkualiti buih.

         Chatting berjam-jam boleh, tapi solat sepuluh minit pun dah mengeluh panjang. Ke mana perginya solat yang menjadi kayu ukur utama untuk menilai seseorang?

Eloklah direnungi bagaimana sikap kita dengan janji temu (solat) dengan Allah? Apakah kita datang seawal waktu atau sering menunggu-nunggu masuknya waktu solat? Jika dengan Allah (bersolat) pun malas, asyik melambat-lambatkan dan tidak jujur, bagaimana pula akan jujur dengan pasangan? Apapun, jika kesempatan dating dengan kekasih ditunggu-tunggu saat dan ketikanya, maka seharusnya lebih-lebih lagi dengan Allah yang kita mengaku menyintaiNya.

Seterusnya, cinta yang ditolak adalah trend dalam bentuk perbuatan cinta mudi-mudi sekarang yang majoritinya tunduk kepada kegolojohan nafsu dan sarat dengan mungkar.

         Berdasarkan surah (ar-Rum:21), litaskunu-ilaiha (perasaan tenteram kepadanya) dan mawaddah (rasa cinta atau cinta dalam bentuk gerakan jiwa untuk berjimak, terhasil daripada suatu tarikan antara kedua-duanya) serta rahmah (rasa kasih sayang atau perasaan yang muncul dari hati setelah menyaksikan ketidakupayaan sehingga mendorongnya membantu) adalah setelah berkahwin.

         Sekurang-kurangnya, cinta sesudah perkahwinan adalah cinta yang dijamin oleh Allah sebagaimana tercantum dalam surah ini. Cinta pula boleh jadi akan hilang apabila usia semakin meningkat, akan tetapi rahmah akan tetap kekal meskipun usia sudah lanjut. Rahmah dan mawaddah ini hadir secara semulajadi. Ia datang dengan rahmat Allah. Adanya timbalbalik antara mawaddah dan rahmah menghasilkan as-sa’adah (kebahagiaan dan keindahan) dalam rumah tangga.

         Tentunya cinta selepas berkahwin lebih indah kerana ia lebih mudah dibina atas dasar cinta kepada Allah. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga yakni tempat pertama yang melahirkan cinta. Syurga yang tiada bahasa untuk melukiskan keindahannya. Ketika inilah fitrah akan menjadi anugerah. Amiin.









~ “jodoh pertemuan di tangan tuhan” ~


Beriman kepada Qadha' dan Qadar adalah wajib dan menjadi dasar kepercayaan. Namun, persoalan Qadha' dan Qadar merupakan suatu perkara yang amat kompleks.

Tiada siapa pun yang tahu apa yang telah ditakdirkan Allah sebelum ia berlaku, dan manusia pula tidak pula disuruh menyelidik takdir itu. Qadha’ dan Qadar merupakan salah satu daripada rahsia Allah.

Mana mungkin seseorang boleh berkata, “Aku telah ditakdirkan begini dan begitu”, sedangkan dia tahu bahawa Allah tidak pernah menzalimi hambaNya.

Apa yang perlu jelas bagi kita ialah, (menurut Sheikh Ibn ‘Uthaimin), takdir sesuai dengan kesempurnaan sifat-sifat Allah dan keadilanNya. Takdir yang Allah tetapkan SEMUANYA BAIK. Sebagai hambaNya, wajib bersangka baik kepada Allah.

         Menurut Dr Yusof al-Qaradhawi, manusia tetap mempunyai keinginan yang hendak dilakukan dan memiliki kemampuan yang dapat mempengaruhi dan memberi kesan kepada takdirnya dengan izin dan kekuasaan Allah, tanpa menafikan Allah yang menjadikan segala aspek mengenai manusia.

            Beliau mensifatkan bahawa seseorang yang membuat pemilihan yang baik di antara 2 pilihan masih tidak lari dari takdir. Jelas beliau, “mencari sebab (atau memilih) tidak lah menafikan al-Qadar, bahkan ia termasuk al-Qadar juga".

Contohnya, keputusan Umar r.a. untuk tidak masuk ke Syam kerana terdapat wabak Taun di sana , lantas seorang sahabat bertanya: “Apakah engkau hendak lari dari Qadar Allah Ya Amiruul Mukminin?" Berkata Umar "Ya, lari dari Qadar Allah ke arah Qadar Allah (juga)”

         Begitulah juga, memanglah seseorang yang maut akibat kemalangan dikatakan menemui takdirnya, tetapi manusia boleh berusaha berbagai cara untuk mengelak takdir dan musibah itu. Dan apabila mengelak takdir itu, sebenarnya kita menuju takdir yang lain.

         Allah sememangnya telah mengetahui dari awal bahawa sesuatu perkara itu akan berlaku, tetapi kegagalan manusia untuk menggunakan akal secara bijak, maka malapetakalah yang menimpa.

Ini harus difahami supaya kita berhati-hati agar tidak sampai membodoh-bodohkan dan mempersalahkan qadha Allah (na’uzubillah) dengan tidak mahu bertanggungjawab atas peristiwa yang berlaku. Juga supaya tiada lagi krisis keyakinan kepada Allah.

         Demikian juga, siapa yang akan menjadi kaya atau miskin adalah takdir yang berbentuk pilihan. Tetapi dalam sistem yang luas, golongan kaya dan miskin mesti ada. Di sini kita boleh lihat keadilan Allah. Allah menjadikan org miskin untuk org kaya membantunya. Musibah seperti penyakit menyebabkan adanya doktor dalam berbagai bidang.

         Menurut K.H Sirajudin Abbas dalam bukunya 40 Masalah Agama, takdir boleh berubah dari semasa ke semasa. sebagai contoh, apabila seseorang ditakdirkan hidup hingga ke usia 60 tahun dan beliau sering menghubungkan tali persaudaraan dengan manusia, Allah mungkin menambah umurnya melebihi 60 tahun. Atau jika sseorang telah ditulis akan memasuki neraka, kemudian pada hujung hidupnya beliau bertaubat dan melakukan amal salih dengan penuh keikhlasan, berkemungkinan beliau akhirnya akan dimasukkan ke dalam syurga.

         Firman Allah dalam surah ar-ra’di ayat 39: “Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki), dan di sisiNya lah terdapat Ummul-Kitab (Lauh Mahfudz)”

Pada zaman Rasulullah, pernah dibangkitkan persoalan apakah faedah beramal dan mengapakah bersusah-payah berusaha. Maka dijawab baginda: “ber’amallah kamu, maka semuanya akan dipermudahkan kepada apa yang telah dijadikan baginya.”

Seraya baginda membaca surah al-lail ayat 5-10 yang bermaksud: “maka adapun org yang memberi dan berbakti dan mengakui kebaikan, maka Kami akan permudahkan dia ke jalan yang mudah. Dan adapun org yang bakhil dan merasa terkaya dan mendustakan kebaikan, maka Kami akan permudahkan ia ke jalan yang payah.”

         Ini memberi makna, ‘amal akan mendorong jalan kemudahan. Kerananya pula akan terbuka arah tujuan dan padanya terdapat sebab-sebab yang menimbulkan kebahagiaan atau kecelakaan. Urusan sebagai manusia ialah berfikir, berusaha dan beramal menurut kehendak peraturan dan sebab.

         Apa yang seharusnya dilakukan ialah mengusahakan supaya ‘amal kita terus-menerus sepanjang hayat serta memperelokkannya serta memelihara perjalanan hati daripada perubahan yang mendatangkan akibat yang celaka.

         Ulas Imam al-Ghazali r.a, Allah mengetahui dari awal sesuatu akan berlaku kerana ilmuNya sangat luas, tetapi Allah tak memaksa sesuatu bala berlaku.

         Atas dasar itu, dengan berusaha dan berdoa, ketentuan jodoh sejak azali dapat bertukar dengan kudrat Allah. Tapi, kalau pilihan tidak seperti yang kita kehendaki, maka itu mungkin ujian dan dugaan yang Allah beri ataupun kita sendiri sebagai hamba yang lemah tak tahu apa yang terbaik untuk diri kita.

         Dengan penerangan ini, nyatalah bahawa sikap (attitude) dan usaha (effort) memainkan peranan penting untuk memperoleh pertolongan Allah: “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (surah ar-ra’di: 11)




Semantik fitnah


         Sebagai permulaan, kategori fitnah dalam penulisan ini ialah godaan, tarikan atau terpedaya, bukannya fitnah dalam konteks berita atau khabar angin yang tiada asasnya. Atau lebih dikenali sebagai Al-Ifk atau al-fitan.

         Di dalam kitab Lisaanul-'Arab, Ibn Mansur telah memetik kata-kata Ibn al-'Arabi mengenai pembahagian fitnah. Fitnah ialah :
1) Fitnah bermaksud ujian    
2) Fitnah bermaksud harta kekayaan    
3) Fitnah bermaksud anak-anak    
4) Fitnah bermaksud kufur
5) Fitnah bermaksud perbezaan pandangan antara manusia    

         Berhubung hukum haramnya menimbulkan dan menyebarkan fitnah, ia merujuk kepada menyebarkan berita-berita yang tidak ada asal usulnya, tiada asas dan berita yang tidak benar.







alamak … dah jatuh hati kat dia (tertarik?)


         Cinta ialah fitrah hati. Ia lahir tanpa diminta, tanpa dijangka dan tanpa dipaksa. Maka, tentulah tidak salah untuk merasainya. Namun, Allah sentiasa menguji … apakah cinta itu suci atau sebaliknya.

Pengarang kitab Mafahim Hadhariah menyebut: Cinta ialah gejolak jiwa dan emosi yang terpancar daripada batin manusia yang menampilkan rasa bahagia dan damai. Naluri ini memadukan seseorang dengan kekasihnya dalam perasaan suka, serasi dan sesuai hingga bertaut.

Antara tanda dan bukti habb (cinta sesama manusia):
menimbulkan suatu bentuk iltizam khusus, dan membawa makna lebih daripada sekadar redha atau puas
memanahkan dan menghalakan pandangan mata kepadanya
malu-malu dan segan jika orang yang dicintai memandangnya
sentiasa mengenangnya
bersabar menghadapi gangguannya
memperhatikan ucapannya dan mendengar penuh teliti
menyintai tempat dan rumahnya
segera menghampirinya
terkejut, gementar dan jantung berdegup hebat tatkala disebut namanya atau berhadapan dan terserempak dengannya. Bernafas lebih panjang dan kerap.
jalan yang ditempuh terasa pendek walaupun panjang pada saat hendak mengunjunginya
jauh di sudut hati ada perasaan membara
perasaan manis yang sukar diterjemah dengan kata-kata



         Tidak kira lah bagaimana rasa cinta ditafsirkan, hanya org yang pernah mengalaminya sahaja dapat merasakannya.

         Cuma, cinta tidak sama seperti naluri berasa tertarik dan tergoda ataupun cinta kepada syahawah, seperti mana dalam surah ali-’imran ayat 14. rasa tertarik belum lagi cinta.

rasa ini baru berada di ‘permukaan’ hati, bukan di dalam hati. rasa ini belum bersifat kekal dan boleh berubah-ubah kalau ada cabaran mendatang. Terlebih penting, bukan rangsangan nafsu yang mendominasi rasa ini.

         Dalam situasi rasa ini, kita boleh jadi mengecewakan atau dikecewakan. Atas dasari itu, hati yang beriman dan akal yang berilmu lebih utama.

Sebagaimana yang berlaku kepada Ibnu Abbas ketika dia tergoda melihat seorang wanita, maka spontan Rasulullah menegur dan memalingkan pandangannya daripada wanita tersebut. Lalu bersabda: “Jangan kau ikuti pandangan itu dengan pandangan yang lain.”

         Perasaan adalah sesuatu yang memang tidak dapat dicegah namun dapat dikendalikan oleh kita tergantung bagaimana kita menyikapinya. Jika tidak menghendaki rasa tertarik tersebut semakin besar, maka hindarilah hal-hal yang membuka kesempatan untuk sentiasa bersamanya. Cukupkan pertemuan sebatas pekerjaan dan tidak membuka peluang lain yang memperdalam keakraban dengannya.






cinta monyet ...

         Memalukan betul apabila manusia bercinta seperti monyet. Lebih memalukan lagi apabila monyet pun terperanjat memerhati manusia bercinta sebab nak merasa keseronokan, bergayut-gayut dan ke hulu-hilir ... seburuk namanya: cinta monyet.

         Realiti yang terpaksa ditelan (maafkan saya wahai adik-adik yang dikasihi), cinta ketika alam persekolahan hampir semuanya tipuan dan cubaan. Jarang sekali yang berakhir dengan pernikahan. Belajar pun mak ayah masih tanggung. Percayalah, inilah ujian Allah yang diuji kepada setiap jiwa remaja. Setiap naluri remaja tak terkecuali menghadapi antara dugaan terbesar ini. Tiada hamba yang dapat lari daripada ujianNya. Alahai, terlalu awal cinta ini hadir dalam hidup …

         Setiap ketaatan belum teruji, ibarat emas belum dikenal keasliaannya sebelum dilebur dan dibakar dengan api. Semakin sayang Allah pada kita, semakin diuji iman kita kepadanya. Sejauh mana dapat menghadapi ujian ini, itulah ganjaran pahala yang akan diperoleh. Namun dirawatNya dengan sebaik-baik penawar iaitulah ketenangan pada hati.

Walaupun cinta itu soal hati dan perasaan, bukan mainan ... namun memilih jodoh dan nikah bukanlah perkara yang remeh dan boleh dimain-mainkan. Jika tidak tergadai agama dan masa depan sendiri.

Bahkan, perkahwinan adalah suatu keputusan yang besar. Hendak berkahwin, keluarga melarang, hendak dibiarkan lama-lama, nanti diambil orang. Ironinya, jika tiada niat untuk berkahwin, cinta itu sudah pasti bukan kerana Allah.

”Ya Allah! bantulah diri ini ... andai dia bukan milikku, bawalah dia jauh daripada pandanganku, luputkanlah dia daripada ingatanku, peliharalah dan tabahkan aku daripada kekecewaan.”    

         Siapa yang pernah merasai frust bercinta ketika alam persekolahan, tahulah betapa peritnya. Kecewa adalah natijah daripada cinta yang kecundang. Air mata lelaki yang mahal itu pun akhirnya menitis dengan murahnya ... Ya Allah, Yang Maha Mengerti, berikanlah aku kekuatan, menolak bayangannya jauh daripada hidupku.

Pengalaman serta ujian berpisah dengan orang yang dikasihi cukup menyedihkan, dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam, menyesakkan batin, terganggu khusyu’ solat, tidur tak lena dan ... Oh Tuhan !

         Rupa-rupanya hidup ini suatu perjalanan panjang, semalam yang telah pergi dan berlalu ada catatan dari kisah yang pilu. Namun, itu lah kehidupan dan suratan. Pengalaman banyak mengajar bahawa apabila bermudah dengan cinta, nanti terbakar diri. Begitulah, kita dapat menyerap sesuatu iktibar dengan cepat apabila kita merasai dan mengalaminya.

         memang aneh, org yang paling boleh menyakitkan hati ialah dia yang pernah paling kita cintai. Dia yang sering menghadiahi sekuntum senyuman. Ketika ini, lupa segala sumpah setia, habis akujanji dan melayang terbang lafaz sehidup semati yang dimeterai. Dulu kata rindu sekarang kata benci. Hinggakan kita yang dikecewakan seolah-olah dia tidak pernah kita kenali. Getus hati, sanggup dia (monyet?) berpaling tadah.

         Sudah menjadi lumrah, apabila jatuh hati kepada seseorang, belum tentu diri memilikinya. Maka, di sinilah pentingnya doa, barangkali ini suatu ujian. Namun, putus cinta dengan si dia, tersambung cinta dengan Allah. Subhanallah. Seringkali kita alpa … siapa yang paling menyintai kita? siapakah yang kita terlupa atau sia-siakan selama ini?

         Benarlah seperti kata Ibn ‘Atoilah as-Askandari r.a (pengarang kitab al-Hikam), bahawa setiap yang berlaku dalam hidup ialah mehnah yakni didikan terus daripada Allah dalam bentuk ujian demi ujian. Ujian hidup datang dengan pelajaran. Pelajaran itu pula datang bersama tuntutan perubahan.

*Sapa Soleh dapat Solehah … confirm?
Firman Allah: “(Lazimnya) Wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk wanita-wanita yang jahat, dan (sebaliknya) wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk wanita-wanita yang baik. (surah an-Nur: 26)
Mengikut disiplin asbabun-nuzul atau ilmu sebab turun ayat, ayat 26 surah an-nur ini diturunkan kepada A'isyah r.anha apabila berlaku fitnah ke atasnya.
Ayat ini menjelaskan, seseorang yang bersuamikan orang yang baik, dia juga sebenarnya adalah orang yang baik. Oleh sebab A'isyah bersuamikan Rasulullah, maka A'isyah adalah solehah. Memberi makna, tuduhan ke atas A’syah hanyalah fitnah.
Biarpun begitu, ayat ini lebih bersifat pengkhabaran, bukannya penetapan bahawa yang soleh conform dapat solehah. Ia juga bukanlah janji yang termaktub. kerana itu, ayat yang bersifat perintah, penegasan dan penetapan hendaklah diungguli di atas ayat yang bersifat pengkhabaran dan anjuran.
Hakikatnya, keumuman ayat ini menjadi bimbingan bagi seluruh umat agar mencari pasangan yang baik sebagai teman hidupnya. Pada masa yang sama, mencari pasangan yang terbaik dari sudut agama merupakan perintah dan suruhan agama, berdasarkan arahan nabi dalam hadith shahih riwayat Muslim. Jadilah soleh, kemudian carilah yang solehah.
Justeru, ayat 26 surah an-Nur ini bukanlah alasan untuk mengenepikan usaha mencari pasangan yang baik.
Manakala, bagi kes Nabi Nuh a.s dengan isterinya, Nabi Lut a.s dengan isterinya, kes Asiah r.anha dengan suaminya Fir`aun dan seumpamanya adalah pengecualian daripada keumuman ayat ini.
Dari sudut yang lain, Fir`aun adalah seseorang yang ‘baik’, kerana dengan kejahatannya, Asiah telah mendapat darjat yang mulia. Manusia pula, dengan membaca kisah Fir`aun dalam al-Quran, dapat menjadikan dia sebagai teladan untuk membaikkan diri mereka.




















aku belum mampu …


         Sememangnya ramai yang belum berkemampuan atau masih ragu-ragu untuk berkahwin (an-nur: 33), tetapi mempunyai ketahanan dan kawalan diri. Syukurlah, Rasulullah telah memberi penyelesaian terbaik untuk masalah ini.

Baginda bersabda: “Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan (zahir dan batin) untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan. Maka, sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal (membentengi nafsu).” (hari Bukhari no. 1772, Muslim no. 2485)

Tidak dinafikan, berpuasa berbeza daripada ibadah yang lain. Boleh jadi org yang berpuasa ataupun org yang tidak berpuasa tidak nampak bezanya dari segi zahir. org yang tidak berpuasa boleh makan dan minum tanpa diketahui oleh org lain. Kemudian, dia terjun dalam masyarakat dalam keadaan seolah-olah dia sedang berpuasa.

Namun, seorang muslim yang beramanah ketika berseorangan sentiasa menyedari bahawa dirinya memiliki hubungan dengan Allah, lantas bersikap komited dan jujur dalam puasanya. Mereka yang jujur dan serius dalam puasanya akan sentiasa merasai hubungan dengan Allah dalam urusan lain, seterusnya mampu bersabar menghadapi nafsu dan maksiat.

Latihan berpuasa akan menjaga kesucian (iffah) diri seseorang kerana biasanya kelalaian dan kelekaan muncul daripada orang yang sentiasa kenyang dan puas.

Ilmuwan turut menyarankan beberapa jalan keluar bagi permasalahan ini seperti berdamping dengan rakan yang soleh atau solehah, hadiri majlis ilmu untuk menyucikan hati yang kotor, rapatkan diri dengan masjid serta ingat keutamaan lelaki yang terikat hatinya dengan masjid bagi memujuk hati yang sering ingin berjumpa dengannya selalu, berzikir dan menenggelamkan diri dalam ibadat supaya tidak lagi asyik ingat namanya sahaja, dapatkan sokongan keluarga agar tidak hari-hari saling call dengannya, keluar 3 hari (atau lebih) seperti gerakkerja pergerakan tabligh, mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah, bersukan, elakkan sentiasa berseorangan dan sebagainya.

Mempertimbangkan suasana, budaya, mentaliti dan realiti hidup di IPT, usaha untuk praktiskan nikah khitbah sebenarnya masih terlalu baru. Entah berapa ramai pula wanita dan ibu bapa sudi menerimanyai.

Penyelesaian kepada kemelut dan krisis ini secara berakar umbi ialah masing-masing wajib mengawal mu’amalat, menutup aurat, merendahkan pandangan, tidak bergaul bebas, mendengar dan menonton siaran Islamik (yang

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 09-10-06 23:22


to b continew

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

starfish
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.01.2005
Ahli No: 14030
Posting: 76
Dari: Seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 10-10-06 02:31


alhamdulillah..syukran di atas info ini..'kisah' lalu yang benar-benar terjadi pada diri saya cukup memberi pengajaran pada diri ini..dan hari ini saya semakin jelas untuk meletakkan cinta pada tempat yang selayaknya..Cinta padaNya

Bookmark and Share

    


  Member Information For starfishProfil   Hantar PM kepada starfish   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 10-10-06 06:03


alhamdulillah...moga menjadi pengajaran kepada kita semua

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-10-06 06:31


bagus penulisnya... =)

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

nurhaziqah
WARGA SETIA
Menyertai: 09.04.2005
Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-10-06 09:48


syukran

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurhaziqahProfil   Hantar PM kepada nurhaziqah   Quote dan BalasQuote

sahihnor
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.07.2005
Ahli No: 17515
Posting: 182
Dari: Ranau,Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 10-10-06 10:28


Assalamualaikum

syukran..sesungguhnya cinta hakiki hanya padaNya

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahihnorProfil   Hantar PM kepada sahihnor   Quote dan BalasQuote

mukminah_06
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25699
Posting: 72
Dari: malaysia

malaysia  


posticon Posting pada: 10-10-06 10:32


sesungguhnya hati adalah musuh kita yang utama sekiranya kita tak tahu menjaganya..
walau seseorang itu sering menyakitkan kan kita tetapi kenpa hati masih setia mengenangkannya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukminah_06Profil   Hantar PM kepada mukminah_06   Quote dan BalasQuote

adekapc
Warga Rasmi
Menyertai: 16.04.2006
Ahli No: 24223
Posting: 2

blank   avatar


posticon Posting pada: 10-10-06 12:00


jika ada sambungan nya nanti boleh tak saudari sentkan ke e-mail saya, [email protected]? sebab saya xberkesempatan untuk online selalu. artikel ini menarik perhatian saya. tahniah dan terima kasih
kerana menghasilkan artikel ini.
:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For adekapcProfil   Hantar PM kepada adekapc   Quote dan BalasQuote

hangkas
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.08.2006
Ahli No: 26058
Posting: 103
Dari: dalam perjalanan ke arah hari akhirat

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 11-10-06 17:56


satu penulisan yang baik...
terima kasih diucapkan....
moga ia menjadi renungan pada para pencinta.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For hangkasProfil   Hantar PM kepada hangkas   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-10-06 21:49


syukran....

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 13-10-06 05:55


salam..maaf ana cbuk sikit.nak exam...doakan ana.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 13-10-06 06:05


ini dapat mengelakkan perempuan simpanan, pelacuran dan kehidupan bebas tanpa nikah.

Syaratnya, mesti dipastikan terlebih dahulu lelaki tidak ingin mengambil kesempatan untuk menganiaya wanita, ibu bapa sudi bersikap terbuka, wanita itu sendiri tidak keberatan dan ia tidak didorong kecenderungan seksual semata-mata. Bagi yang belum kronik, nikah khitbah adalah alternatif dan suatu penyelesaian ikhtiar.






flow pertama ~ ISTIKHARAH


Solat adalah suatu perkara yang datang bukan daripada diri dan kehendak mana-mana manusia. Bahkan ia adalah perintah, keinginan dan kesukaan Zat Yang Maha Agung. Segala permohonan dapat didengar dan difahami Allah ... pasti dan pasti.

Selagi belum ada ikatan yang sah, tiada jaminan bahawa dia yang disayangi dan selalu diimpikan itu akan menjadi teman hidup. Sebaik-baiknya, sebelum nak bercinta atau nak berjanji, nak mengajukan risikan, nak meminang, nak ‘menempah’ tanpa pinangan ataupun nak memberi harapan dan sebagainya, tunaikan solat istikharah.

         Pertimbangan akal manusia sangat terbatas. Kita terlalu kerdil untuk mengukur dan menjamin sejauh mana pasangan benar-benar menerima kita. Kita tidak pasti pilihan mana paling secocok dan bila pula detik yang benar-benar sesuai untuk men’approach’, melainkan dengan petunjuk Allah. Begitulah jua untuk contoh-contoh yang lain. Pada Allah lah hakikat manfaat dan mudarat.

Namun, tidak ada satu pun masalah yang terjadi kecuali dengan izin Allah. Dalam keadaan demikian, alangkah mudahnya bagi Allah membuka jalan kemudahan bagi sesiapa yang ditimpa masalah. Maka, amatlah mustahak untuk kita memohon petunjuk yang jelas daripada Allah supaya tidak ragu-ragu lagi, adakah si dia penyeri hidup yang sesuai, terbaik dan tepat. Dialah pemilik segala khazanah dan pemegang hati hambaNya.

Istikharah adalah suatu doa. Bermakna, ia boleh dibuat dengan berdoa sahaja atau bersolat sunat, kemudian diikuti doa. Harus dan bebas bagi Allah untuk menjadikan sesuatu berdasarkan sebab-akibat.
         Tanda istikharah boleh diperolehi dengan pelbagai cara. Antaranya selepas berdoa atau solat, berbincang dengan orang yang boleh dipercayai dan berpengalaman. Juga melihat kepada tanda-tanda sekeliling termasuk bakal pasangan (dalam hal nikah kahwin). Tidaklah menjadi kemestian di dalam istikharah, seseorang mendapat tanda melalui mimpi.
         Ibn Hajar al-‘Asqolani (wafat 852H) dalam kitabnya, Fathul Bari (syarah kepada Shahih Bukhari) memberi pandangan agar jangan mempunyai kecenderungan tertentu kepada salah satu antara dua (atau lebih pilihannya) sebelum membuat istikharah.
            Adapun sejauh mana kita perlu berpegang dengan jawapan istikharah, sebenarnya tiada sebarang paksaan. Malah jika gerak hati kita tiba-tiba berat untuk menolak walaupun tanda-tanda menunjukkan ‘terima’, sebenarnya berat hati menolak itu juga tanda hasil istikharah. Petunjuk dan isyarat yang kuat daripada Allah ialah apabila kita mempunyai keyakinan, kecenderungan, kemantapan dan rasa hati yang kuat untuk mengambil keputusan.
         Galakan menuruti tanda istikharah datang daripada riwayat hadith. Ertinya : “Salah satu sumber kebahagian anak Adam adalah beristikharah kepada Allah dan redha dengan apa yang ditentukan kepadanya, dan daripada keburukan anak Adam adalah meninggalkan istikharah kepada Allah dan membenci apa yang telah ditentukan kepadanya”     (Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi. Hadith ini hasan menurut Ibn Hajar di dalam Fathul Bari)
         Imam Ibn Qayyim (wafat 751H) dalam kitab beliau, Zaadul Ma’ad mengulas, pentingnya tawakkal kepada Allah dengan keputusan yang di dapati daripada istikharah, lalu perlu menurutinya. Persoalan keputusan itu mendatangkan mudarat kepada orang lain, maka sepatutnya istikharah dibuat sebelum apa-apa langkah pertemuan dengan pihak keluarga dibuat.
         Allah jua tempat kita mengadu. Disebabkan itu, masalah terbesar dalam hidup adalah ketika mana kita tidak mahu meminta atau tersekat daripada bantuan Allah.

‘al-afwun’ - HERO & BRUTAL / cantik. Khadijah
(25: 74) & (2: 201)


Sebagai hamba Allah, kita hendaklah melihat kecantikan org lain selaras dengan penilaian Allah, atas keyakinan apa yang dinilaiNya adalah lebih TEPAT dan BENAR. Apa yang baik di sisi Allah, baiklah padanya. Apa yang keji di sisi Allah, kejilah terhadap dirinya. Lawa dan ‘cun’ diukur daripada pandangan Allah.
Penilaian kita mungkin tersalah, tapi penilaian Allah pasti tepat. Islam mewajibkan agar kita tidak buta di dalam memilih jodoh kerana yang membutakan cinta adalah hawa nafsu dan syaitan. Asalkan hati bersih, InsyaAllah ia akan menilai kehidupan berasaskan pandangan Allah yang menjadi world view. Siapa diri kita akan menentukan bagaimana kita menilai sesuatu.
Seterusnya, cara memilih calon (jodoh) termasuk dalam daerah 'al-afwun' yakni perkara-perkara yang di diamkan syara' untuk memberi kebebasan kepada manusia mencari pasangan masing-masing.
Jadi, method untuk mencari calon diserahkan kepada diri empunya untuk menentukan sama ada hendak menggunakan ibubapa atau mencari sendiri dengan bantuan perantaraan atau melalui agensi jodoh dan matchmaking yang dianjurkan badan-badan tertentu secara siber e.q MyJodoh. Adapun ibu bapa memilih pasangan untuk anak gadisnya pada zaman dahulu adalah kerana wanita tidak banyak keluar ke pentas masyarakat seperti sekarang.
Syara’ hanya memberi garis panduan umum mengenai ciri-ciri calon. contohnya, hadith riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah: "... pilihlah yang beragama nescaya kamu akan selamat". Juga, hadith riwayat Ahmad dan Ibn Hibban dan disahihkan oleh al-Hakim: "kahwinilah dengan wanita yang penyayang dan subur …."    
Dengan mengkaji dan menelusuri sirah, perkahwinan nabi dengan Khadijah (menurut satu pendapat, Khadijah berstatus janda 40 tahun) memberi petunjuk bahawa baginda tidaklah memberatkan soal kepuasan hawa nafsu dan sebagainya seperti mana kebanyakan pemuda yang sebaya dengan baginda. Jika tidak, tentulah nabi akan memilih wanita yang lebih muda daripada baginda. Nyatalah, perkahwinan baginda adalah semata-mata kerana kejujuran dan kemuliaan budi Khadijah yang digelar sebagai wanita suci.
Jadi, setiap org hendaklah memilih pasangan yang baik serta diyakini dia akan menjadi pasangan hidup yang soleh atau solehah. Celikkan mata hati untuk nampak sesuatu yang lebih hakiki. Nilai manusia di sisi Allah ialah pada taqwanya. Nilai manusia sesama manusia adalah pada akhlaknya.
“Dan juga mereka (yang diredhai Allah SWT itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa.” (surah Al-Furqan: 74)
         Ayat ini mempunyai erti yang amat besar. Selain dapat dijadikan doa harian untuk memperoleh kebahagiaan kelak dalam berumahtangga, ayat ini mengajar kita supaya membentuk diri sendiri terlebih dahulu agar menjadi insan yang bertaqwa kerana yang bertaqwa sahaja yang layak menjadi imam bagi makmum yang bertaqwa. Lantas, daripada situlah Allah akan melapangkan dada isteri dan anak-anak untuk menyusuri jalan taqwa yang sama.

         daripada ayat ini, kita haruslah benar-benar sedar bahawa penyenang hati adalah petanda sebenar kepada isteri yang solehah walaupun dia tidak memiliki rupa paras yang menawan dan memikat. Inilah penaakulan yang benar bagi menilai erti kecantikan kerana ayat ini tidak langsung menyebut cantik sebaliknya penyenang hati.

         Apabila sudah memiliki anak yang ramai, tentulah raut wajah dan badan tidak lagi seperti zaman muda. Tarikan biologi semakin pudar. Ertinya, awet muda hanya ilusi, body tetap akan berubah. Tua adalah suatu realiti yang tidak akan dapat diatasi, hanya boleh diperlambat (Yaasin: 68). Jadi, apabila usia meningkat, cinta masih diperlukan tetapi bukan dalam bentuk cinta berahi atau sekadar seks, tetapi cinta dipertingkatkan dalam bentuk kemanusiaan yang lebih tinggi.

         Indikator bagi isteri yang solehah bukanlah juga ratu cantik berpinggang ramping atau para biduanita yang romantik. Tidak hairanlah, ramai suami terjebak dengan hiburan yang melalaikan, ‘berlepak-lepak’ di disko, silau mata memerhati gadis muda berdahi licin, selalu berbual kosong di kedai kopi, sering berlawak dan bergurau tanpa asas, asyik menghabiskan masa di luar rumah walaupun tidak mempunyai urusan penting dan sebagainya lantaran isteri tidak bersifat penyenang hati kepada suaminya. Dengan ‘sifir’ yang sama, handsome, hero, macho, brutal, tubuh tegap serta berketul-ketul dan seumpamanya bukanlah segala-galanya.

         Akan tetapi, hakikat sebenar insan terletak pada akal dan kalbunya. Buktinya, Allah telah menggambarkan orang-orang munafiq menerusi firmanNya: “Dan apabila engkau melihat mereka, tubuh mereka mengagumkanmu” (surah al-Munafiqun: 4). Juga, kekuatan tubuh badan kaum ‘Aad telah menjadikan mereka megah dan bongkak (Fushshilat: 15).

         Malik bin Dinar pernah berkata: “Bagaimana seseorang daripada kalangan kamu tidak mahu mengahwini seorang wanita yatim (atau hidup sederhana) yang sentiasa mendatangkan pahala bagi dia di samping amat ringan keperluannya. Adapun pakaian dan makanan yang diberikan kepadanya, akan diterimanya dengan hati yang puas dan senang. Sebaliknya, jika mengahwini seorang wanita dari keluarga yang kaya-raya (mewah dan berada), pasti amat banyak keinginannya dan mahal pula pilihannya”

         Dalam surah al-Baqarah ayat 201: “Wahai Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.”
        
         Mengikut satu penafsiran, ‘Ali r.a berkata: kebaikan dunia ialah seorang isteri yang solehah. Hasan Basri r.a berkata kebaikan dunia adalah ilmu dan ibadat. ‘Abdullah bin ‘Umar berkata bahawa kebaikan dunia ialah anak-anak yang soleh dan pujian orang kepadanya. Qatadah r.a berkata kebaikan dunia ialah keselamatan dan rezeki yang memadai.

         Perhatikanlah pula, betapa baginda Rasulullah menghimpunkan antara isteri solehah dengan zikir dan syukur melalui hadith: “Hendaklah kamu memiliki hati yang selalu bersyukur, lidah yang selalu berzikir dan isteri solehah yang membantumu menyelesaikan urusan akhiratmu” (hadith riwayat Tarmizi dengan sanad Hasan)

         Cuma, jangan pula terlalu menunggu kesempurnaan. Jangan jadi perfectionist sehingga tak praktikal, ditakuti segala-galanya terlambat. Harus diingat bahawa piawaian soleh atau solehah tidak ada titik tamatnya. Pilihlah baik-baik kerana bimbang membekaskan sengsara di negeri kekal.














#aduhai : fitnah hati


         Seluruh kerajaan diri manusia itu, rajanya adalah hati. Kebersihan dan kemantapan hati amat penting untuk mencapai ketaqwaan memandangkan hati adalah penggerak utama sahsiah dan keperibadian individu.

Kemusykilan dan persoalan hendak berinteraksi atau bergerakkerja supaya tak timbul ‘fitnah hati’ atau susah untuk beribadah kerap menjadi tanda tanya. Benar, hati menjadi leader untuk menentukan mana yang betul (yang tidak melibatkan dalil yang putus atau qat’ie). Kerana itu, dalam jiwa yang kotor, terdapat cinta yang kotor.

Maka segala perlakuan manusia itu sebenarnya adalah natijah kepada kerja hati, bukannya kerja akal. Dengan demikian itu, amat wajarlah untuk hati menjadi fokus. Ia tempat jatuh pandangan Allah. Ia tempat terbit perilaku patuh kepada Allah.
        
         Firman Allah : “Hari (Akhirat adalah hari) yang tidak bermanfaat lagi harta mahu pun anak pinak. Kecuali seseorang yang datang kepada Allah dengan membawa hati yang sejahtera” (surah ash-Shu’araa’: 88-89)

Atas dasar itu, amalan menyucikan hati dan kawalannya menjadi keutamaan dan rutin kerana hati bani Adam tidak mungkin suci daripada noda maksiat sepanjang masa. Kalau yang zahir pun dituntut agama supaya bersih (suci), maka tidak munasabah agama tidak memberi perhatian kepada kebersihan yang batin, lalu rohaniah dibiarkan kotor dan tercemar.

         seperti mana badan yang sakit tidak dapat menikmati lazatnya makanan, begitulah juga hati yang sakit, ia tidak mampu menikmati keindahan cinta Allah.        Hatilah yang akan merasa bahagia apabila dekat dengan Allah.

         Dalam surah thahaa ayat 124: “Dan barangsiapa yang berpaling daripada peringatanKU, maka sesungguhnya baginya adalah kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.”

         Jika yang mengubati jasmani yang sakit adalah ubat, maka yang mengubati rohani yang sakit adalah al-Quran.
Sebagaimana yang disebut dalam ayat: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran daripada Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Yunus: 57)

Jadi, al-Quran lah penawar paling mujarab kerana ia adalah warkah daripada Pencipta. Allah lah Kekasih yang paling memahami. Dialah raja segala cinta,

        
         Ibnu Qayyim memberikan 15 cara untuk mengubati penyakit dalam hati : (At-Thib An-Nabawi karangan Ibn Qayyim, halaman 263-264) :

1) Menguatkan keyakinan tentang tauhid rububiyyah yakni meyakini bahawa Allah SWT adalah pencipta alam, pengatur, pentadbir, penentu dan pemberi rezeki. Segala-galanya di bawah pengetahuanNya serta kehendak dan kebijaksanaanNya tidak terhingga. Meyakini sepenuhnya bahawa Allah adalah Rabb akan menyedarkan seseorang itu bahawa yang mengatur kehidupan adalah Allah serta membuat manusia sentiasa bertawakkal kepadaNya.

Allah berfirman dalam surah An-Nas ayat 1: “Katakanlah. Aku berlindung dengan Rabb bagi manusia”

2) Menguatkan keyakinan tentang tauhid uluhiyyah yakni meyakini bahawa hanya Allah sahaja yang berhak disembah, dicintai, dipatuhi dan ditumpui untuk meminta.

Allah berfirman dalam surah An-Nas ayat 3: “Ilah bagi manusia.”

3) Menguatkan tauhid dalam bentuk mengukuhkan kefahaman ilmu-ilmu yang berhubungan dengan i’tiqad.

Allah berfirman dalam surah Muhammad ayat 19:
“Ketahuilah bahawa sesungguhnya tidak ada tuhan melainkan Allah, maka mintalah ampun di atas dosa-dosa kamu...”

Ayat ini menunjukkan kepentingan ilmu dan kefahaman. Ilmu yang paling penting di sini ialah ilmu tentang ‘aqidah Islam. Apabila memahami ‘aqidah, ilmu yang ada mampu menangkis segala godaan dan hasutan daripada iblis.

4) Menyucikan Allah daripada sangkaan bahawa Dia menzalimi hamba-hambaNya ataupun Dia menghukum hambaNya tanpa sebab.

Allah berfirman dalam surah Yunus ayat 44:
“Sesungguhnya Allah tidak menzalimi manusia sedikitpun, akan tetapi manusia itulah yang menzalimi diri mereka sendiri”

5) Mengiktiraf bahawa kita (si hamba) sebenarnya yang zalim.

Allah berfirman dalam surah Ali-‘Imran ayat 117:
“Perumpamaan harta yang mereka nafkahkan di dalam kehidupan dunia ini adalah seperti perumpamaan angin yang mengandungi hawa yang sangat dingin, yang menimpa tanaman kaum yang menganiayai diri sendiri lalu angin itu merosakkannya. Allah tidak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri”

6) Bertawassul kepada Allah dengan menggunakan nama-namaNya dan sifat-sifatNya.

Firman Allah dalam surah Al-Isra’ ayat 110:
“Katakanlah: Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman, dan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai nama-nama yang baik dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan janganlah kamu merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu”

7) Meminta pertolongan denganNya semata-mata.

FirmanNya dalam surah An-Nas ayat 1-6:
“Katakanlah aku berlindung kepada Rabb (yang memelihara dan menguasai) manusia, Raja manusia, Sembahan manusia, dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari golongan jin dan manusia”

8) Meletakkan harapan kepadaNya semata-mata.

FirmanNya dalam surah Yunus ayat 3:
“Sesungguhnya Tuhan kamu adalah Allah, yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arasy untuk mengatur segala urusan. Tiada seorang pun yang akan memberi pertolongan melainkan dengan izinNya. Dzat yang demikian itulah Allah, Tuhan kamu, maka sembahlah Dia. Maka apakah kamu tidak mengambil pelajaran?”

9) Bertawakkal sepenuhnya kepada Allah dan penyerahan sepenuhnya kepadaNya. Mengiktiraf bahawa Allah melakukan apa yang Dia sukai dan menghukum mengikut apa yang Dia sukai, dan Dia adil dengan ketetapanNya.

Firman Allah dalam surah At-Talaq ayat 3:
“…Barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

10) Sentiasa membaca dan mentadabbur makna Al-Quran untuk menggilapkan dan menggentarkan hati. Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Sesungguhnya hati-hati ini berkarat seperti berkaratnya besi yang terkena air.”
Maka ditanya kepada baginda, “Ya Rasulullah, bagaimana hendak membersihkannya?” Jawab baginda: “Banyakkan mengingati mati dan membaca Al-Quran” (hari Al-Baihaqi)

Justeru, sekiranya berlaku suatu kematian di kalangan kaum keluarga atau sahabat terdekat, nescaya suasana muram akan menyelebungi keluarga itu. Kematian boleh merubah suasana hati serta org mengingatinya dan menyimpannya di dalam fikiran, lantas membibitkan kesedaran yang berpanjangan.

11) Beristighfar

12) Bertaubat

13) Berjihad.

Jihad di sini merangkumi jihad nyawa, hawa nafsu, harta benda dan bersungguh-sungguh beribadah untuk membersihkan hati. Ibnu Taimiyyah menjelaskan: “Jihad itu hakikatnya ialah berusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu yang diredhai Allah dari keimanan, amal salih dan menolak sesuatu yang dimurkai Allah dari kekufuran, kefasikan dan kedurhakaan.”

Dalam surah Al-Ankabut ayat 69:
“Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah beserta dengan orang-orang yang melakukan kebaikan”

Untuk membuang nama si dia dalam solat dan sebagainya, kita perlu bermujahadah. Buatlah secara perlahan–lahan dan penuh kerelaan kerana takut dan cintakan Allah. Bukan secara mendadak.

14)                     Bersolat.

Allah berfirman dalam surah Al-‘Ankabut ayat 45:
“Sesungguhnya solat itu mencegah (dari) perbuatan-perbuatan keji dan mungkar”

15) Meletakkan kekuatan dan keupayaan hanyalah kepada Allah SWT.

Rasulullah SAW pernah bersabda: “Wahai Abdullah Ibnu Qais, tidak mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu khazanah daripada khazanah-khazanah syurga?” Jawab Abdullah Ibnu Qais, “Ya (aku mahu) wahai Rasulullah! Rasulullah SAW bersabda, “katakanlah lah hau lawalaquwwata illah billah hi’aliyul’azhim” (hari Bukhari dan Muslim).


Begitu juga, al-Imam Abul Laith as-Samarqandi rahimahullah mengutarakan 5 penawar yang dapat membersihkan hati di dalam kitabnya, Tanbihul Ghafilin iaitulah:

o     Bergaul dengan orang-orang yang soleh
o     Sentiasa membaca al-Quran lalu mentadabburnya
o     Memelihara perut daripada makanan haram
o     Melakukan solat malam
o     Berzikir dan berdoa kepada Allah terutamanya ketika sahur (sebelum Subuh)


         Jelas kepada kita, hati adalah soal rohani. Maka penawarnya bukan herba, Panadol, Shaklee, Tongkat Ali dll. Sebaliknya, penawar yang mujarab ialah kembali kepada fitrah hamba iaitulah pulang mencari dan mendekati Allah (seperti cara-cara di atas), menundukkan pandangan, segera beristighfar, memohon bantuanNya melalui jalan sabar sabar dan solat, berdamping dengan sahabat yang soleh atau solehah, menghayati sirah, berpuasa, hadiri majlis ta’lim, mentadabbur ayat-ayatNya, berinteraksi secara formal serta tegas dan sebagainya.

         Pantang-larangnya pula ialah menjauhi perkara-perkara yang boleh menyuburkan nafsu, elakkan sebarang unsur yang menaikkan syahwah, kawal SMS dan chat, jauhi bahan bacaan & lagu & drama cinta dan seumpamanya.

Selain itu, kebersihan hati benar-benar berkait rapat dengan pemakanan. Kebersihan luaran menjadi langkah pertama ke arah pembersihan jiwa kerana kedua-duanya bergerak serentak. Hati ditempa dengan apa yang kita suap. Diri kita ialah apa yang kita makan.

Imam al-Ghazali pernah menyebut: “Jika ingin anak menjadi soleh, bijaksana dan berguna, berikanlah ia makanan daripada rezeki yang halal sejak lahir. Makanan yang halal selain menjadikan anak berguna, boleh menjadikan mental mereka pintar dan cergas. Sebaliknya, anak akan menjadi derhaka jika ia diberi makanan yang haram dan kotor.”

         Di dalam Quran, setiap kali perkataan “halal” disebut dengan makanan, “thoyyiban” (atau baik) juga akan turut disebut, seperti dalam (al-baqarah: 168) dan (an-nahl: 114). Maka, sebelum memutuskan samaada sesuatu makanan itu layak dimakan atau tidak, kita perlu menimbangkan lebih daripada sekadar ianya halal atau haram. Menghindari makanan dan minuman yang syubhat itu lebih sukar daripada menghindari makanan dan minuman yang haram.

Cukup menakjubkan, peringatan terhadap penyakit pemikiran dan ‘aqidah dalam al-Quran lebih banyak dibandingkan peringatan terhadap penyakit jasmani.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 10: “Di dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya, dan bagi mereka seksa yang pedih, disebabkan mereka telah berdusta”. ‘Penyakit’ dalam ayat ini ialah keraguan terhadap Allah. Contohnya, ragu terhadap kesesuaian hukum-hakam dan undang-undang Allah seperti mana yang banyak berlaku pada hari ini.

Dalam surah as-saff ayat 5: “maka tatkala mereka berpaling daripada kebenaran, maka Allah memalingkan hati mereka”

         Apapun, persoalan kerohanian dan penyucian jiwa adalah persoalan pokok. Maka usaha untuk membersihkan diri dengan panduan al-Quran dan as-Sunnah melalui ilmuwan yang soleh (berguru) adalah perkara yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya .

apabila berpegang dengan ajaran Nabi, kita akan menemui semua penawar untuk jiwa. Nas-nas al-Quran dan as-Sunnah begitu banyak berhubung dengan tazkiyatun-nafs. Ahlul Sunnah berpegang bahawa jalan untuk membersih telah pun ditunjuk dengan jelas oleh baginda.







:: mata mengendali hati :: ‘zina mata’ ::


         Sememangnya cinta pandang pertama yang tidak diundang dan tidak juga dipinta berpotensi besar mengganggu minda dan imaginasi. Tidak hairanlah, ulama' salaf menyifatkan pandangan mata sebagai panah yang amat berbisa. Sebagaimana pepatah menyebut ‘dari mata turun ke hati’.

         Justeru, orang beriman dididik supaya menjaga pandangan kerana natijah dari pertembungan pandangan akan mendatangkan gangguan perasaan emosi. Seterusnya mengajak untuk terus mengenali seseorang dan menyusurinya lebih lanjut.        

Ulas ulama ahli tazkiyatun-nafs, menjaga pandangan akan mendatangkan cahaya, mendatangkan kemuliaan, ketetapan, keberanian dan kekuatan hati, membebaskan hati daripada syahwah yang memabukkan, mencegah sampainya panah beracun yang boleh membawa kebinasaan, mendatangkan kesihatan kepada firasah yang benar, membuka pintu iman dan ma’rifat kepada Allah, mengelakkan kelalaian yang melenakan, memberi keceriaan pada hati dan seumpamanya. Pendek kata, faedah dan hikmah menundukkan pandangan banyak yang tersembunyi daripada pengetahuan kita dan tidak terhitung. Jadi, apabila meliarkan pandangan, banyak mudharatnya pada hati.

         Suruhan agar merendahkan pandangan bertujuan supaya jiwa dan hati setiap mukmin sentiasa terjaga daripada gangguan dan noda yang boleh merosakkan hubungan kejiwaan dengan Allah. Semua bencana asalnya daripada pandangan yang salah. Nyalanya api itu biasanya daripada percikan yang kecil.

         Maka, mekanisme mengendalikan hati yang sangat berkesan adalah memelihara pandangan lantaran gesaan menjaga pandangan telah dilanjutkan dengan arahan supaya menjaga kehormatan kerana kedua-duanya mempunyai hubungan rapat ; (surah an-nur: 30-31).

daripada kedua-dua ayat surah an-nur ini, Allah telah menjelaskan garis panduan dan tatacara pergaulan antara orang beriman lelaki dan wanita. Secara rumusannya, Allah menggesa kedua-dua golongan ini agar masing-masing menjaga pandangan, samaada dengan menundukkan pandangan mahupun memalingkan ke arah lain daripada melihat perkara-perkara yang tidak halal untuk dipandang. Tapi, bukan pula menundukkan pandangan hingga terlanggar tong pemadam api yang tergantung di koridor.

Tidaklah layak bagi jiwa yang beriman apabila membaca atau mendengar ayat ini tetapi menepis sebahagian daripada ayatnya dengan berkata: “ahh! ayat ni tiada kaitan dengan aku…”.

         Manakala bagi seorang mukmin yang memiliki hati yang sejahtera, hatinya akur, tunduk dan patuh kepada segala ketetapan Allah. Dirinya rasa terpanggil dengan ayat ini. Panggilan atas nama iman itu merangkumi lebih daripada panggilan atas nama perkauman dan kumpulan tertentu. Keputusan al-Quran dan sunnah nabiNya diterima dengan hati yang tunduk pasrah dan tidak lagi berbantah-bantah dan mempersoalkan “Kenapa mesti aku?”, “Kenapa mesti begitu” dan sebagainya.

apabila menyedari bahawa al-Quran datangnya daripada Allah, hendaklah menganggap seolah-olah al-Quran sedang berinteraksi dengan diri, ditujukan kepada diri secara khusus iaitulah berbicara kepada diri, memberi amaran, menegur, menasihati, menyuruh, melarang dan seterusnya. Cinta dan hormat kepada al-Quran adalah mempraktiskannya.

Maka, merendahkan pandangan adalah lambang kesungguhan iltizam terhadap apa yang diyakini sebagai kewajipan. Lazimnya, berbuat taat dan menurut segala yang disuruh itu adalah lebih mudah berbanding dengan meninggalkan perkara yang dilarang.

Kerana itu, al-Imam Ghazali r.a. berkata bahawasa agama itu terbahagi kepada dua. Pertamanya meninggalkan maksiat yang ditegah dan satu bahagian lagi adalah mengerjakan segala yang disuruh.

Melihat seorang wanita dari jauh dengan syahwah dan bermain mata akan menghasilkan desakan kejiwaan yang tidak baik dan inilah ‘zina mata’. Jika dah terlanjur, mudah-mudahan Allah perbetulkan.

         Sahabat Rasulullah, Jarir bin Abdullah pernah berkata: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah mengenai melihat wanita dengan tidak disengaja, maka sabda baginda: "Palingkanlah pandanganmu." (hadith riwayat Muslim).

         Sabda baginda kepada sayyidina ‘Ali: "wahai Ali, janganlah engkau susuli satu pandangan (kepada wanita) dengan pandangan kedua, kerana pandangan pertama untukmu (dimaafkan) sementara pandangan kedua pula atasmu (berdosa)." (hadith riwayat Abu Daud).

Atas dasar inilah Islam melarang lelaki dan wanita yang bukan mahram berpandangan antara satu sama lain tanpa sebab munasabah. Jika ada hal pun, masing-masing tidak mengangkat pandangannya terlalu lama. Dibimbangi mendatangkan fitnah yang boleh mendorong kepada gejala kerosakan akhlak yang lebih besar seperti penzinaan dan seumpamanya.

Hal ini mesti difahami sebenar-benarnya, menyedari pada zaman ini, wanita yang tidak menutup tubuh serta separuh bogel berada di depan mata, dalam televisyen dan akhbar, litar perlumbaan formula one, pada paparan komputer dan papan iklan di tepi jalan dll.

Begitu jugalah Filem Bollywood, cerita Hindustan, tarian-tarian, freeshow dan 1001 macam lagi yang sepatutnya membuatkan jiwa yang meyakini Allah sangat meluat dan mengetuk nurani iman untuk menghindari mata (yang merupakan kunci bagi hati) daripada terus terpaku melihatnya.

            daripada hadith riwayat al-Bukhari, baginda Rasulullah bersabda: “Sepeninggalanku, tidak ada fitnah yang paling besar bagi kaum lelaki selain daripada wanita."

Ertinya, nabi menekankan bahawa wanita mempunyai pengaruh yang besar bagi manusia. Dikhuatiri kaum lelaki lalai pada agama dan kewajipannya serta lupa kepada Allah. Bukanlah menumpukan wanita itu serba-serbi bersifat jahat. Disuruh lelaki untuk berwaspada demi mencegah timbulnya fitnah yang dapat melalaikan kewajipan-kewajipan yang telah diperintahkan oleh Allah.

         Selain wanita, Al-Quran juga mengingatkan manusia mengenai fitnah yang disebabkan dari harta dan anak-anak; (at-taghaabun: 15) & (al-munaafiquun: 9).

Benar, daripada mainan pandangan mata akan menghasilkan desakan kejiwaan yang tidak baik. Dalam erti kata, apabila satu-satu masyarakat menjaga pandangan daripada melihat perkara mungkar, maka masyarakat tersebut InsyaAllah terpelihara daripada terjerumus ke dalam jurang kemusnahan dan hilangnya kehormatan diri.

Inilah manifestasi dan praktikal apabila betul-betul meyakini bahawa pancaindera mata akan menjadi saksi di depan Allah atas segala gerak-geri di dunia. Mata yang baginya sebesar-besar nikmat iaitulah memandang Pencipta keindahan (Allah) di dalam syurga yang penghuninya sihat sepanjang masa dan gembira terus menerus, maka perlulah ia dipelihara dengan sebaik-baik pelihara.

Dalam tidak sedar, banyaknya yang dilihat adalah tipuan belaka, sekadar tempelan dan make up yang memperdaya, perhiasan dan fesyen yang sengaja dipertontonkan dan lakonan penampilan yang dibuat-buat.
        
Segala-galanya bertitik-tolak daripada sikap yang suka agar org lain melihat dan menilainya dengan pandangan hawa nafsu semata-mata. ‘Baju’ sendiri diukur mengikut ‘badan’ orang lain. Sedangkan hawa nafsu manusia, kehendaknya seperti air laut, yang makin diteguk makin haus. Keinginan tidak pernah puas.

         Ibnu Qayyim pernah berkata: “Petanda seorang yang sakit jiwa ialah apabila dia lebih mementingkan kata orang lain tentang dirinya berbanding penilaian dirinya terhadap dirinya sendiri.”

         Justeru, asuhlah org lain agar melihat dan menilai diri kita sama seperti Allah menilai kita. Lantas segala penampilan adalah mesej kita kepada manusia, bahawa maksud hidup ini adalah patuh kepada Pencipta. apabila org melihat cara berpakaian, mereka dibawa untuk ingat kepada Allah, justeru timbul perasaan segan.

         Berbeza dengan kita yang seringkali nakal ‘mencuci mata’, al-Imam as-Syafi’e r.a menyebut: “Lihatlah daut Tut (mulberry leaves) ini, apabila dimakan ulat, ia mengeluarkan sutera. apabila dimakan lebah, ia mengeluarkan madu. apabila dimakan binatang ternakan, ia mengeluarkan najis. apabila dimakan rusa, ia mengeluarkan kasturi. Bagaimana semua ini boleh berlaku sedangkan daun yang dimakan adalah sama jenisnya?” ... Subhanallah ! Allah mencipta sesuatu dari tiada kepada ada. adalah sesuatu yang mustahil bagi manusia, walaupun sekadar mencipta sebelah kepak nyamuk!




                        

Mere Mohabbat he! vs 88 al-habb
                        
        

Cinta adalah suatu yang bersifat teras dalam Islam. Malah iman itu tidak lain daripada sayang, membenci, memberi dan sebagainya kerana Allah. Islam adalah berteraskan kepada perasaan cinta dan kasih kerana Allah. Sebab itu, cinta amat dititikberatkan dan diberi perhatian dalam Islam.    

Cinta di dalam Islam sebenarnya lebih ke arah rasa hormat, malu dengan kewarakan responden. Kerana itu lah, cinta hakiki tidak boleh di jual beli. Malah malu untuk berkata-kata di sebalik kata-kata yang tidak sepatutnya. Keaiban–keaiban cinta seperti hari–hari bergayut di telefon dikikis lantaran mereka saling mengutus doa.

Tetapi, zaman sekarang, cinta dan kasih sayang yang luas erti dikecilkan skopnya. Lihat saja filem Hindustan. Kadang-kadang, cinta seolah-olah dianggap sebagai ‘Tuhan’ … segala-galanya kerana cinta (Mere Mohabbat he!). Kerana kekasih, Tuhan tersisih.

Amat pedih dirasakan, cinta disempitkan kepada asmara yang indah dan menghalalkan segala-galanya, perhubungan intim dua insan berlainan jantina sebelum berkahwin sebebas-bebasnya, aksi berahi, mencurahkan rasa hati kepada lawan sejenis, Valentine's Day, adegan berpeluk-pelukan, love bite, candle light, surat cinta, saling menenung, bercumbuan dan berbagai lagi adegan berani yang memalukan, aspek fizikal tubuh dan menjurus nafsu serakah semata-mata. Astaghfirullah ...

Di manakah ALLAH dalam cinta ini? Cuba lihat semarak cinta dalam filem Bollywood – aduh, cinta dimartabatkan sebagai nombor wahid, hingga terlupa pada TAUHID.
        
         Namun begitu, sebagai muslim, pengalas yang paling kukuh dalam memperihalkan cinta ialah Al-Quran dan sunnah itu sendiri. Ini keyakinan kita.

Justeru, apabila melihat perkataan al-habb (kasih atau cinta) di dalam Al-Quran, ia disebut sebanyak 88 kali. Tetapi, hanya sekali yang merujuk kepada cinta berahi antara lelaki dan wanita iaitu dalam surah Yusof ayat 30.

Manakala kebanyakan ayat-ayat lain merujuk kepada golongan yang disukai dan dimurkai oleh Allah. Contohnya surah (al-Baqarah: 195 - Allah suka orang-orang yang berbuat baik), (ali-’Imran: 46 - Allah suka orang yang sabar), (ali-’Imran: 159 - Allah suka orang yang bertawakkal), (at-Taubah: 108 - Allah suka orang yang mengamalkan budaya bersih), (as-Saff: 4 - Allah suka orang yang berjuang di jalan-Nya), (al-Baqarah: 205 - Allah tidak suka perbuatan orang yang melakukan kerosakan dalam masyarakat), (an-Nisaa: 107 - Allah tidak suka para pengkhianat yang banyak berbuat dosa), (al-Mumtahanah: 8 - Allah suka orang-orang yang adil), (ali-’Imran: 31 - Jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu) dan lain-lain.    

Maha suci Allah daripada memasukkan sesuatu yang remeh dalam kitabNya. Perkataan yang diulang banyak kali membayangkan cinta sememangnya suatu yang sangat penting. kerana itu, sejak dulu hingga kini, manusia terus-menerus memburu cinta. Tidak kurang pula, ujian didatangi naluri cinta silih berganti.

         Ada ulama berpendapat, agama tidak lain adalah cinta atau kasih sayang. Kerana, jika tidak ada kasih sayang, seolah-olah tiadalah ada penghayatan agama. Hakikatnya, cinta tidak sama dengan kehendak seksual dan cinta pula bukanlah semata-mata naluri berpasangan. Bahkan, keinginan seksual hanyalah serpihan daripada cinta.
        
         Semantik atau makna ukhwah fillah (persaudaraan kerana Allah) ialah cinta yang didasarkan kepada roh keagamaan (semangat keIslaman) dan tanggungjawab persaudaraan, bukan cinta kerana tabiat kemanusiaan semata-mata. Apatah pula menjustifikasikan hubungan ‘silaturrahim’ dan bersatu hati dengan bukan mahram melalui tema suci ini.

         ukhwah yang Islamiyyah yang dimasyhurkan dalam sirah terpancar semasa peristiwa hijrah. Kerana eratnya simpulan dan nur ukhwah

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 13-10-06 06:07


Kemuliaan WANITA ~ (Qashash: 25)


         Selanjutnya, antara sifat wanita yang mulia dan terhormat adalah berasa malu-malu (shyness) apabila datang menghampiri lelaki ajnabi. Ini diserlahkan dalam kisah tersohor Nabi Musa a.s, ketika mana baginda didatangi puteri Nabi Syu’aib a.s.

         Dua org anak gadis nabi Syu’aib a.s ini terpegun dengan Nabi Musa a.s yang gagah dan berakhlak semasa menolong mereka mengangkat air untuk memberi minum kambing-kambing peliharaan sewaktu ramai orang sedang berebut-rebut mengerumuni telaga.

Menurut pendapat yang paling masyhur daripada Hasan al-Basri r.a dan Malik bin Anas r.a, gadis itu ialah puteri kepada nabi Syu’aib a.s. Kisah ini dirakamkan dalam surah (al-Qashash: 25).

         Menurut Ibn Kathir (tokoh tafsir - wafat 774H), sikap ini termasuk dalam salah satu kesempurnaan rasa malu yang dimiliki anak gadis dalam menjaga dirinya. Inilah sifat wanita, sifat yang diwarisi oleh wanita ribuan tahun dahulu, mencontohi anak gadis nabi Syu’aib a.s yang berjalan dalam keadaan malu di hadapan nabi Musa yang tidak dikenali mereka.

Maka, bagi seorang wanita, bukan prinsipnya menggatal nak mendampingi dan berduet dengan seseorang lelaki. Bukan prinsip hidupnya untuk bermudah-mudahan mengenali, mendekati seterusnya mengajak lelaki keluar tanpa sebarang alasan dan urusan yang munasabah.

Sememangnya dirinya tegas untuk menerima lelaki. Jiwanya beristighfar panjang kerana tidak selesa didampingi dan diganggu lelaki ajnabi tanpa sebarang urusan. Tabir aurat yang menghijab dirinya menimbulkan rasa hormat buat mana-mana lelaki.

         Cuma yang sering berlaku, adanya wanita yang bertudung kemas tetapi tanpa malu dan segan berborak panjang, makan bersama-sama dan ‘mengulangkaji’ semeja dengan ajnabi. Apakan pula selamba dating sana-sini, bercouple merata-rata, bebas keluar malam dengan teman lelaki, bertabarruj dan seumpamanya.

Penampilan begini meruntuhkan dan mencabut sifat kewanitaan, nalurinya, wataknya, dan kemampuannya. Tanpa malu, tiada segan. Wanita yang peka dan unggul mana mungkin memandang enteng akan intipati surah ini.

         Ringkasnya, ketaqwaan muslimah akan menyebabkan jasmaninya terpancar dengan pakaian dan akhlak yang ciri-cirinya menepati perintah-larangan Allah dan Rasul. Benar, tudung menutup diri, malu pelindung hati.














berjumpa dan berhubung mesti sempoi

        
         Satu perkara asas yang mesti diketahui ialah bagi setiap insan, Allah telah fitrahkan di dalam dirinya kepercayaan terhadap wujudnya Allah dan perasaan bergantung kepada zat Yang Maha Berkuasa.

Manusia diminta mengulangi ikrar keimanan ini melalui solat, semasa doa iftitah daripada surah al-an’aam ayat 162: “sesungguhnya solatku, ibadatku, kegiatan hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Rabb sekalian alam.”

Kepercayaan yang difitrahkan Allah inilah yang menjadikan kebanyakan insan di atas muka bumi ini beragama dan berusaha mendekatkan diri kepada Allah. Jauh sekali untuk sombong, ego, dan angkuh di hadapan undang-undang, peraturan dan keagunganNya.


Contohnya, apabila menjelang final exam, pada saat-saat genting itu, ramailah warga kampus sibuk mencari Allah dalam doa, solat hajat, bacaan Yaasin dan sebagainya.

Maka, asas yang sangat penting ialah penyerahan dan ketundukan yang mutlak kepada peraturan Allah. Terutamanya berkaitan bahagian agama yang wajib diketahui oleh setiap individu muslim tanpa pengecualian iaitulah ‘almaklum minad deen bid darurah’.

Tunduk dan patuh dituntut dalam setiap perkara dalam bidang agama. Tiada istilah 50-50. Islam didatangkan oleh Allah. Lantaran, segala dasar dan prinsipnya ditentukan oleh Allah, bukan majlis perwakilan, senat, parlimen, kongres dan lain-lain. Meninggalkan petunjuk Al-Quran bermakna memilih kesesatan.

Sabda nabi: “Bertaqwalah kepada Allah di mana saja kamu berada” (hadith Hassan riwayat Imam Tirmizi)

apabila hati menyerah kepada Allah, tunduk kepada kehendak dan kemahuanNya, maka dengan sendirinya ia terpelihara daripada segala yang mencemari pengabdiannya kepada Allah. Andai cuba menipu Allah, yang sebenar-benarnya ditipu itu adalah diri sendiri.

Pertamanya dalam persoalan berhubung dengan ajnabi, akal berputar mengatasi nafsu kerana menyedari bahawa selagi belum bersedia berumah tangga, selagi itulah langkah untuk mencintai (dan seumpamanya) dengan wanita atau lelaki adalah sia-sia. Bahkan, dipenuhi kelalaian dan warna-warni syaitan.

            Tidak perlulah berjinak-jinak memulakan hubungan jika dalam jangka masa terdekat yang sesuai, tiada kemungkinan untuk perhubungan itu dinaik taraf menjadi perkahwinan.

Kedua, setiap individu wajib memelihara akhlak dan menutup aurat. Jika tidak, tentu malaikat Roqib yang saban hari mencatatkan amal kebajikan bersedih duka, kesal kerana markah rendah dari sudut menutup aurat.

         Jika ada perkara yang hendak dibicarakan secara face to face, jemputlah mahram atau sahabat yang dipercayai (thiqah) sebagai peringatan dan pengiring. Kelak, mahram boleh menegur apa-apa kelakuan diri yang mungkin boleh menimbulkan hubungan sumbang.

Dengan syarat mahram itu telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam, kerana ramai juga mahram yang merapu dan terlalu cetek ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita. Contohnya, seorang lelaki bertemu dengan kekasihnya dengan hanya ditemani oleh adik kecil yang masih tidak tahu apa-apa dan boleh dirasuah dengan aiskrim atau pun mahram yang menemani wanita boleh disogok - seperti cerita P. Ramlee. Dapat 20 sen, dikira selesai.

Hendaklah bertemu di rumah atau di tempat terbuka yang sesuai bersama-sama mahram (secara berkumpulan). Tiada alasan terlalu rahsia, terlalu peribadi atau terlalu special.

         Diizinkan untuk menjemput si pemudi/a ke rumah saudara/i bagi memperkenalkannya kepada kedua ibu bapa. Dengan adanya ibu bapa atau wali lain dalam majlis ini, bolehlah kita turut berada bersama di ruang tamu.

         Elakkan bertemu secara individual di kafetaria, berdating di tasik dan shopping complex, berdua-duaan di TESCO, bersentuhan tangan, jeling-menjeling, tergedik-gedik, berkepit-kepit dan sebagainya. org yang cintanya kerana Allah tidak payah berbalas kerlingan kerana mereka sudah pun berbalas-balas doa ... cukuplah Allah sebagai sebaik-baik penjaga kepada dia.

Adalah terlalu silap untuk mengandaikan semua pertemuan smooth belaka tanpa cabaran. Jadi, untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini, minimakan komunikasi yang tidak penting semampu mungkin dengan ajnabi sekalipun kita berhajat untuk meminang atau mengahwininya.

Berdasarkan surah (al-mukminun: 3) & (al-furqan: 72), bertutur pula hanya untuk urusan yang perlu dan jika ada tugasan penting. Berusahalah membataskan komunikasi dengan urusan-urusan yang penting, jangan sekali-kali sengaja mencari alasan dan agenda untuk bertemu. Usah suka-suka membuat agenda baru agar dapat berinteraksi kembali.

Juga, bertutur dengan intonasi dan penampilan yang formal atau yang sepatutnya. Kawal gerak geri dan body language agar sepadan dengan tujuan.

Maka, bukanlah wajib bergurau bergalak. Tidak mesti berdating. Tidak mesti dengar suara selalu. Tidak mesti SMS selalu. Tidak mesti tengok kelibatnya selalu ... dan tak perlulah merenung atap bloknya agar mengubat rindu. Tidak boleh tidak, kita terpaksa akur bermujahadah melawan kemahuan yang meronta-ronta ini.

         Bukannya apa, org muda sekarang ramai yang tak segan langsung merempit anak dara orang, namun perintah bersolat sikit pun tak nak pandang. Jika Allah sudah diingkari, siapa lagikah yang boleh dijadikan tempat meletakkan kepercayaan? Jika dengan kekasih berani berzina, apa yang boleh menghalangnya daripada berzina dengan orang lain?

Akibat asyik dengan hadiah cinta yang dianugerahiNya, sampai lupa pada Pencipta cinta. Semacam cinta dan Pencipta cinta sudah tidak ada hubungan. Ish ... Allah tarik nikmat cinta baru tau. Kekasih yang ikhlas tak akan meminta untuk dicintai melebihi Penciptanya.

Mengambil intipati daripada surah (al-mukminun: 2), orang beriman akan cuba memberi fokus yang baik apabila melakukan sesuatu perkara hatta di luar solat, berselarilah dengan roh khusyu’ semasa solat dalam ayat ini. Individu yang memberi fokus akan sentiasa menyedarkan diri tentang banyaknya tanggungjawab.
Justeru, mereka tidak akan menghabiskan masa untuk menonton filem berjam-jam, chatting pada perkara yang tiada kepentingan dan sebagainya kerana mempunyai matlamat yang difokuskan. Dia tak mungkin melafazkan “tak jawab salam ni berdosa tau” dll. Sebabnya, ini hanya bertujuan mengurat, mengacau, memikat ataupun mungkin sahaja menyindir. Bahkan jika tidak dijawab, tiada apa-apa kesalahan.
Wanita yang khusyu’ akan memberi perhatian pada perkara yang perlu dijaga seperti menutup ‘aurat dan mengawal mu’amalah. Dia tak akan bertanya kepada lelaki seperti “boleh kita berkenalan?” atau “abang dah solat? sayang dah” dan sebagainya.    
Dengan demikian, roh solat melatih kita bahawa berhubungan bukannya untuk melepas rindu dan meluahkan apa yang bersarang serta segala yang terpendam di dalam hati. Bukan juga ingin ‘dibelai’ dan ingin diambil berat.

Control kandungan perbincangan supaya tidak menuruti syahwah. contohnya, tidak berbual demi melayan naluri cinta supaya semakin membakar e.q “bila nak balik kolej?”, “banyak ke buat kuih hari ni?”, “study ok ke?” dan lain-lain.

Apa entah lagi ketawa berlebihan semasa berbual, tergedik-gedik, terhegeh-hegeh, menggatal tak tentu hala dan macam-macam lagi yang menghakis sensiviti beragama.

         Elakkan perkenalan (ta’aruf) yang detail dan ‘kata-kata mutiara’ antara berlainan jenis dalam friendster.com. Tiada manfaatnya memforward ikon-ikon smiles dan seumpamanya kepada org yang tidak dikenali.

Hindarkan ayat sia-sia yang seringkali ditemui di dalam ruangan chit-chat blog. Adalah menjadi kesalahan apabila memaparkan gambar-gambar wanita (sekalipun bertudung) dan lelaki berpossing-possing serta bercampur dalam sebuah gambar tanpa keperluan yang mustahak dan darurat.

Tiada gunanya seorang yang beriman kepada Allah memaparkan gambar rakan-rakan kenalan wanitanya dalam webblog, desktop PC dan lain-lain. dalam dialek mudah, kalau tak buat perkara-perkara begini, lemah iman ka wanita tu?

         yang jelas, berbicara perlu dihandle supaya tidak diselebungi syahwah. Posisi selamat ialah buang sejauh-jauhnya lagu dan nasyid berbau cinta asmara , melainkan wujud kes tertentu.

Awasi fitnah dalam diri sendiri dan pasangan seperti angan-angan, mengelamun jauh dan ‘bisikan-bisikan indah’ dengan cepat-cepat beristighfar. sebagai manusia yang sentiasa ditimpa dosa, taubat hendaklah dijadikan program hidup dan medan perjuangan.

Tanda orang yang beristighfar ialah bertambah sifat taqwanya dan timbul rasa cinta kepadaNya. Sememangnya Allah dengan sifat Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang pasti membantu dan menyelamatkan hambaNya yang ingin berbuat baik (az-zumar: 53), (at-taubah: 104) dan (an-nisaa’: 110).

         Awasi daripada bertukar gambar diri melalui apa jua medium tanpa sebarang urusan rasmi. Logiknya, adakah mungkin dengan bertukar gambar akan menjadikan kita lebih beriman? Atau lebih sihat dan bebas daripada penyakit? Atau menjadi seorang yang lebih cerdik IQ? Atau menjadi lebih kaya dan bertambah-tambah rezeki? Atau gambar yang ditukar disimpan sebagai azimat untuk mengelakkan bahaya?

Sudah tentu jawapannya tidak. Kadang-kadang pula gambar digunakan untuk tujuan jahat. Demi untuk mengelakkan perkara-perkara ini, elakkan daripada menukar-nukar gambar.

         Tegasnya, lelaki dan wanita yang bukan mahram hanya berbicara dalam perkara yang diperlukan sahaja dan memberi manfaat. Tidak menjadikan kebiasaan untuk berbicara kosong kerana ia sia-sia dan menimbulkan fitnah sesamanya. apabila berbual melalui telefon sekadar melepas perasaan, ia terdedah kepada bisikan halus syaitan.

Jadinya, pergaulan mesti diulit dengan rasa hidup berTuhan dan ilmu berkenaan halal-haram (yang tidak mungkin diperolehi secara instant-instant ataupun bersantai-santai relax) supaya diri tidak terlanjur. Tidak mungkin akan takut kepada Allah melainkan melalui ilmu yang memberi faedah untuk akhirat.

Kesimpulannya, tiap-tiap urusan yang melibatkan hubungan lelaki dan wanita, Islam cukup teliti dan sering pula dituduh sebagai kaku, militan, ekstremis, beku, konservatif, rigid dan tak up-to-date dari kacamata Barat dan ideologi sekular. Hakikatnya, Allah Maha Bijaksana amat mengetahui baik dan buruk untuk hambaNya di dunia dan akhirat.


nak berSMS & nak chatting, nak simpan gambar
+ pemantau & sifat MALU


         Seperti yang kita sedar, syaitan tidak pernah leka untuk kerja menyesatkan. Makhluk sial dan jahat ini amat kreatif, penuh pengalaman dan tidak kenal rehat. Oleh sebab hidup hanya sekali, redha dan berkat daripada Allah adalah lebih besar daripada segala yang lain termasuklah kekasih.

         Disebabkan itu, suasana formal dan ‘strict’ dijadikan tatacara berhubung secara fleksibel mengikut keadaan supaya ruanglingkup memikirkan syahwah dikecil-kecilkan.

         Neraca bagi memastikan SMS mengikut syara' atau tidak ialah mana-mana individu yang sesuai serta memahami agama boleh membacanya tanpa rasa segan silu berdasarkan definisi Islam. Begitu juga, untuk chatting dan berbual-bual, ukurannya ialah tidak malu atau berhenti apabila org lain hadir melihat, kecualilah melibatkan urusan tertentu.

         Jauhi SMS meleret-leret dan berbunga-bunga serta tak usahlah memberi hadiah seperti sekuntum bunga ros, pen souvenier, sejambak puisi cinta, novel remaja atau frame gambr kepada kekasih. Pasti lebih seronok dan tenang apabila simpan elok-elok gambar emak sendiri. Tak usahlah simpan gambar si dia.

         Pokok pangkalnya, atas dasar apakah disimpan gambar si dia? Semata-mata untuk kenangan dan melepaskan rindu? Ya ... semakin ditatap, semakin rindu. Semakin ditatap, semakin khayal dan jauh dilayarkan ke alam angan-angan. Tapi, jika hubungan terputus, gambar itu akan dibuang, dilempar, dibakar, dikoyak, dihina dan lain-lain. Cinta jadi derita.

         Selanjutnya, menyelidik bakal pasangan dengan teliti supaya memenuhi hajat yang diimpikan ataupun cuba mendalami hatibudi, akhlak dan amalan, ketaatan dalam agama dan mengetahui maklumat-maklumat lain yang sesuai mengenai pasangan (tanpa meluahkan perasaan) secara verbal adalah lebih selamat dan berjaga-jaga daripada menggunakan emel, surat, SMS dan lain-lain dalam kebanyakan kes.

         Berbalik kepada realiti sekarang, adalah hampir-hampir mustahil untuk berSMS dengan insan yang dihajati melalui emak sendiri / rakan atau senior yang thiqah / kakak atau abang dan lain-lain kerana hal ini menyukarkan, terlalu banyak mekanisme dan amat lambat.

         Jadi, tiada kesalahan berSMS dengan si dia yang dihajati. Tetapi, perlu dicermati, perhubungan dengan medium ini umpama perjalanan yang penuh berliku-liku dan tak terlepas daripada helah syaitan.

Maka, dibimbangi ia menjadi ketagihan dan keterlaluan, menggalakkan imej berpura-pura, lakonan watak yang terbaik, keperibadian yang hipokrit, terlalu kerap berhubungan, dihantui khayalan dan angan-angan, terawang-awangan, bertukar menjadi pergaulan bebas, melanggar syarak dan berakhir dengan sesuatu yang tidak diingini.

         Dikhuatiri natijah keburukan melebihi kebaikan kerana hidup dalam alam siber dan global zaman sekarang menyebabkan mudah sahaja kita terseret dan tergelincir jatuh ke lembah haram. contohnya, pantang ada masa terluang, handphone terus melekap di telinga. Sepatah ditanya, serangkap perenggan dibalas.

         Realitinya adalah demikian. Ramai yang ‘anda’. Kalau mula sekadar berkawan, tapi penghujungnya tak ubah macam pengantin, sedangkan belum bernikah.

Biasanya, kerap berhubung lebih ke arah tidak tertapis dan mampu menggoda keimanan dengan rasa rindu samaada melalui suara atau gurauan, menyebabkan tidak sedikit yang kecundang.

         Juga, ramai antara kita memiliki tindakbalas spontan dan bersegera, iaitu sebaik sahaja nada SMS berbunyi, kita terus membaca dan menjawabnya. Tapi, berapa ramai pula yang menjawab ”yes!”, lantas bergegas mendirikan solat di masjid atau surau apabila mendengar azan (bagi lelaki)?

         Justeru, dalam situasi bukan org tengah yang menghantar SMS dan seumpamanya, pengawasan mahram masing-masing ataupun rakan dan senior yang dipercayai (thiqah) amat diperlukan agar tidak berhubung secara melampau dan rambang.

         Relevan pada era sekarang adalah sistem dan rakan yang thiqah sebagai pembimbing, check and balance, pendamping dan pemantau.

         Berikutnya, memandangkan navigasi komunikasi tanpa wayar dewasa ini berisiko membawa kepada perhubungan yang bebas sehingga mereka yang akan atau telah bertunang tidak segan silu membicarakan perkara-perkara yang masih terbatas, maka perasaan malu dijadikan sebagai asas.

         Sifat malu (haya') adalah benteng iman dan menjadi self defence semasa berhadapan dengan persekitaran menggila dan serba mencabar. Sumber malu ialah hati yang sedar kepada pengawasan Allah atas gerakgerinya.

         rasa diri sentiasa dilihat, dipantau, dinilai dan diawasi Allah ketika sunyi atau terang-terangan. Menyedari amalan pasti didedahkan, dibongkar, diperhitungkan dan yakin akan diadili di mahkamah Rabbul Jalil. Hidup sesudah mati adalah jauh lebih hebat dan mencabar.

Adalah Allah itu sentiasa dan kekal menilik hati hambaNya. Maka, org yang malu kepada Allah bersifat taqwa di mana saja dia berada. Dalam surah Qaf ayat 16: “Dan sungguh Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya ...”


    




Fiqh : analisa SMS


         Hukum menggunakan handphone, SMS, chat atau perantara komunikasi yang lain dikembalikan kepada beberapa kaedah.

         Pertama, ulama usul fiqh telah bersepakat dengan kaedah fiqh: asal kepada setiap sesuatu adalah harus (halal dan boleh ‘dipakai’), selagi tiada nas yang shahih dan jelas mengharamkannya. Dalilnya ialah surah (al-baqarah: 29), (al-jatsiyah: 13) & (Luqman: 20). Ini dijelaskan oleh al-Imam as-Suyuti dalam kitabnya, al-asybah wa al-nazair.

         Perkataan ‘setiap sesuatu’ merujuk kepada mu’amalat dan perkara-perkara berkaitan dengannya. Mu’amalat adalah kata jamak (plural) daripada perkataan mu’amalah iaitu bergaul dengan org lain. Mu’amalat meliputi hukum-hakam bagi segala urusan sesama manusia khususnya berkaitan urusan jual-beli seperti sewaan, kontrak, penjagaan amanah, faraid, pembayaran ansuran, pertukaran harta, urusan kewangan (harta benda) dan seumpamanya.

         Ini bermakna, kita tidak perlu mencari dalil terhadap sesuatu urusan mu’amalat untuk menghalalkannya, tetapi yang perlu dicari ialah dalil-dalil yang mengharamkannya e.q riba, mencuri, pecah amanah, jual beli arak, rasuah, menipu, jual beli yang ada unsur zalim dan lain-lain. Jika tiada, maka ia adalah halal.

Kaedah ini bertentangan pula dengan kaedah yang diaplikasikan kepada ibadat, yang mana para ulama telah bersepakat mengatakan: hukum asal bagi ibadat ialah haram, kecuali yang ditunjukkan oleh nas.

Kaedah bagi ibadat ini penting dan mesti difahami kerana Allah sahaja yang layak disembah. Maka, cara menyembahNya perlulah mengikut cara yang Allah redha sahaja yakni mengikut jalan wahyu daripada Rasulullah dan ‘alim ulama. Apabila seseorang itu mereka-cipta ibadah sendiri lalu menganggap ianya halal dan baik, dia sebenarnya telah merampas hak Allah dan mengatakan sesuatu tentang Allah tanpa ilmu.

Tidak ada satu insan yang tergamak mereka-cipta sesuatu ibadah melainkan dia benar-benar tidak kenal Tuhan yang sedang dia persembahkan ibadah tersebut. Keikhlasan tanpa diikuti cara yang ditunjukkan oleh al-Quran dan sunnah adalah sama seperti amalan pencipta agama palsu yang ikhlas tanpa bimbingan wahyu.

Juga, menurut Imam as-suyuti, dalam perkara yang berkaitan dengan munakahat (hubungan lelaki-wanita berkaitan nikah kahwin) pula, hukum asalnya adalah dilarang kecuali apa yang dibenarkan oleh syarak.

         Jadinya, ruanglingkup pertanyaan, diskusi dan seumpamanya yang dibenarkan sesama ajnabi (termasuklah kekasih yang terpendam di hati) adalah berdasarkan kaedah ‘asal kepada setiap sesuatu adalah harus’ dan dalil (at-taubah: 71).

Bercakap, mendengar, berSMS dan lain-lain antara lelaki dan wanita yang bukan mahram dengan suatu hajat atau tujuan yang baik, adalah diharuskan selagimana aman daripada fitnah dan berlandaskan syara.

         contohnya dalam urusan menuntut ilmu yang bermanfaat, amar makruf nahi mungkar, urusan berjual beli, amal soleh, kebajikan, sebagai saksi dalam kes harta dan hak-haknya, khidmat kepada masyarakat, melayan dan memuliakan tetamu, menaiki kenderaan awam, perjuangan, mesyuarat, kerja-kerja jihad, kecemasan atau lain-lain yang memerlukan banyak tenaga, samaada daripada lelaki atau wanita (at-taubah: 71). Dinukilkan dalam al-Quran bahawa Ratu Balqis bermusyawarah dengan Nabi Allah Sulaiman a.s (an-Naml: ayat 32-34).

         Kedua, perlu diselidik sama ada SMS itu termasuk sesuatu yang zikrullah atau sia-sia. Jika ia adalah zikrullah, iaitu komunikasi demi kebaikan agama serta umat kerana Allah, maka teruskanlah. Akan tetapi, jika hanya sia-sia, maka sudah tiba masanya untuk masing-masing berfikir secara lebih matang dan mara jauh ke hadapan.

         Jangan pula lupa untuk memastikan tema apakah yang sedang dibincang, tujuan dan kepentingannya agar SMS atau lain-lain berada dalam ruang lingkup yang jelas kerana syaitan pantas menyusup menggoda hati. Hal ini perlu dititikberatkan kerana ruang dan peluang berinteraksi secara tidak syar’ie sememangnya amat luas dan senang.

Kaedah fiqh juga menyebut: “Setiap perkara yang boleh membawa kepada haram, maka hukumnya haram.” Ia juga dikenali sebagai sadd az-zara`ie ataupun menutup pintu kerosakan. Bermakna, jika berSMS atau lain-lain menjurus ke arah maksiat dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan syara’, maka ia menjadi haram.

         Dari itu, amanah dan ketaqwaan dalaman menjadi benteng kepada jatidiri individu.



        




boleh kan berCOUPLE ? - zina minda -

        
Telah sedia maklum bahawa fitrah seorang hamba adalah akur sahaja kepada suruhan Allah. Ilmu bertindak sebagai filter seterusnya membentuk cara berfikir serta sistem keyakinan yang mengandungi prinsip-prinsip tentang ketuhanan, kebenaran, kebaikan atau apa sahaja berbentuk kepercayaan. apabila beriman, diri akan melakukan self-censored dan menyebabkan individu melihat kehidupan dengan rasa conscious of The Creator. Wahyu membantu melangkah ke arah jalan kebenaran dan membentuk asas nilai dalam diri seseorang.

org beriman melihat bahawa ‘aqidah Islam yang dimiliki jauh lebih penting daripada kekasih. Lantas, God fearing atau sense of The End (yakin adanya akhirat) dan sifat malu serta berhati-hati dijadikan mekanisme membentuk peribadi. Kerana itu, kurangnya pengisian rohani menyebabkan lahirnya remaja yang gaya hidupnya memberontak (rebellious teenager).

Persoalan di sini, mungkinkah dengan bercouple akan meningkatkan ibadah dan menambah rasa takut kepadanya? atau berasa lebih hampir dengan Allah apabila pergi makan sekali dengan gaya cool dan macho?

Berbalik kepada bab ini, apa makna bercouple? Bercouple ialah budaya test drive atau trial and error antara ajnabi yang dikembangkan Hollywood dan Bollywood. Fenomena global ini telah ‘difrancaiskan’ Yahudi antarabangsa (Zionis). Zionislah yang menjaja dan menghalalkan budaya couple, sementara golongan muda adalah pelanggan utamanya.

Tujuannya? Mulanya bertemujanji. Kemudian, berdua-duaan. Hati mulalah merintih, minum satu straw, ke hulu ke hilir, bersumpah setia, usik-mengusik dan berbagai perbuatan melampau yang sangat dimaklumi. Pada masa yang sama, syaitan merencanakan planningnya. Syaitan menghasut, nafsu mengikutlah jawabnya.
                                                                                            
Jelas suatu pendustaan apabila seorang lelaki yang melafazkan cinta kepada seorang perempuan tapi pada masa yang sama menodai dan mencemarkan maruah kesucian iman temannya. Selalunya pasangan tidak rasional dan realistik semasa romantik. Mengapa bertemu di pawagam, konsert Mariah Carey, taman-taman bunga, shopping mall, kafetaria dll tetapi bukan di masjid atau rumah bagi wali. Tidakkah tindakan ini sebenarnya sudah terlalu jauh pergi meninggalkan sifat diri sebagai hambaNya?

Jelas, perbuatan merayu-rayu, bermadu asmara, buat-buat merajuk dan kata-kata yang diberikan amat manis. Namun, semuanya wujud dalam kerangka was-was syaitan dan kelazatan yang menipu, bukan atas dasar pertolongan Allah. Sebahagian besar tindakan terjerumus untuk mengenyangkan nafsu. Pasangan mabuk dibuai rindu yang melenakan. mungkin kah ini sikap seorang hamba yang mengaku Allah adalah segala-galanya?
Mengapakah falsafah cinta di dalam skrip filem lebih diimani daripada wahyu Allah? Hidup bahagia dengan lelaki yang bukan dicintai sebelumnya adalah suatu pengkianatan kepada ‘cinta yang suci’. Menjadi perkara biasa, sesiapa sahaja yang menghalang percintaan adalah musuh hatta ibu dan bapa sekalipun. Ibu bapa selalunya diletakkan di pihak yang salah.
Pergaulan bebas, seks rambang dan buang anak di kalangan mahasiswa telah menjadi modal sensasi media dan bahan sindiran masyarakat? Inikah rupa generasi yang akan memimpin negara masa hadapan?

Ketika bercouple, bukan Pencipta sebaliknya makhluk yang dipuja. Amat menyedihkan, peraturan Allah dilanggar bukan dengan rasa bersalah sebaliknya dengan perasaan manis dan megah. Kerana itu, ramai tidak mampu menahan fall in love dan cinta jijik ini daripada menguasai fikiran dan perbuatan hariannya ... na’uzubillah.
        
Andai ditakdirkan malaikat datang merenggut nyawa (moga dijauhkan) selepas berdating atau selepas bergelumang dengan maksiat-maksiat lain, mungkin kah akan bersenang-lenang dengan segala ‘nikmat’ itu di alam permulaan taman syurga atau kawah neraka? apa erti bercouple sampai lupa bahawa alam barzakh adalah persinggahan yang cukup menakutkan? Dengan apa sebenarnya kita disibukkan? Melihat jenazah yang terbujur dan dingin kaku, memberi iktibar berakhirnya babak kedua kehidupan yang menamatkan segala usaha dan ikhtiar. Terbaring sepi untuk menempuh suatu perjalanan abadi, di samping bakal menerima suratan. Kita pula menanti diundang mengadap Allah.

         Natijah daripada bercouple, Allah kerap terpinggir. Alangkah baiknya seandainya rasa rindu pada al-Khaliq juga boleh sampai ke tahap sanggup bersusah-payah demi melepaskan rindu kepada makhluk. Indahnya jika sanggup bersusah-payah berqiamullail di tengah malam, demi menemui kekasih hati, lalu sentiasa menyebut nama-namaNya kerana asyik teringatkanNya.
        
         Oleh sebab itu, kerana sayang kepada umatnya, nabi tidak pernah menganjurkan couple. sebabnya, seorang cantik, seorang lagi handsome, rumah besar, kereta mahal, duit berjuta-juta, tapi last-last bercerai juga walaupun mula-mula macam intim sangat. Sudah dapat apa yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar, cinta akan terkulai dan bersepai.

Apabila kita mula kembali kepada Islam, di situlah bermula suatu kehidupan baru. Bukan sekadar baru tetapi bermatlamat, terarah dan terurus. Kita sentiasa merasa tenang, lapang dan segala-galanya menjadi mudah. Tidak lain tidak bukan, kita disuruh bersikap lurus hati terhadap agama (al-bayyinah: 5)
Penyelesaiannya ialah Islam. Islam yang diturunkan Allah merupakan suatu nikmat yang tak terhingga untuk manusia (al-maidah: 3). Islam memberi cara yang lebih baik ... org perantaraan. Islam ada senjata yang jauh lebih ampuh dan hebat ... istikharah dan doa.
Kembali menilai diri, kita ni baca al-Quran masih bertatih. Solat berjama’ah hari Jumaat sahaja. Memahami maksud ayat pula melalui terjemahan. Usul Fiqh tak faham. Hadith baru sepatah dua. Bahasa Arab setakat “ana enta”. Bagaimana kita boleh luangkan masa untuk aktiviti Yahudi ni?
         Apalah erti bercouple sampai tidak sempat beribadah kepada Allah. Bercouple sampai tidak sempat hendak perhatikan Al-Quran dan zikrullah. Bercouple sampai tidak ada masa hendak membaca untuk meningkat kefahaman dan pemikiran. Bercouple sampai tidak ada masa untuk duduk memikirkan urusan keimanan dan lain-lain.
Firman Allah dalam surah Al-Hasyr ayat 19. Antara lain, bahawa sekiranya kita melupakan Allah, maka Dia akan menjadikan kita lupa akan diri kita sendiri. Lupa akan hakikat kehambaan. Lupa akan lemahnya seorang insan dan akhirnya lalai dalam kehidupan. Na’uzubillah.

         Melihat purata isi, watak pasangan serta cara cara berpakaian semasa ghairah bercouple, mungkinkah bermatlamat kerana cintaNya serta menghayati erti syukur kepadaNya? ataupun hati teruna galak meruntun iman, nafsu jadi sandaran?

         Rasional dan logik akal pun sudah mengatakan sudah tentu hukumnya bukan wajib, bukan sunat ataupun bukan pula harus. Tiada sesiapa yang mampu berfikir juga akan mengatakannya makruh.    
        
         Maka, tidak syak lagi, bercouple atau berdua-duaan antara lelaki dan wanita yang tiada ikatan mahram sudah dilarang dalam al-Quran dengan maksud yang umum dalam surah al-Israa ayat 32, "Janganlah kamu hampiri zina.”

Klasifikasi hukum yang paling tepat untuk bercouple adalah haram. Ia berdosa lantaran apa yang dilakukan semasa bercouple. Haram bighairi iaitu haram disebabkan faktor yang mendatang seperti mendedahkan aurat, bergaul bebas, pasangan tidak dapat sama sekali mengawal pandangan, wanita memakai bau-bauan yang kuat, ponteng solat dan lain-lain. dengan melihat pun sudah membawa tarikan ke arah perzinaan, apatah lagi apabila bersentuhan.

         Juga, dalil hadith. Antaranya hadith riwayat Ahmad, "Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah dia bersendirian dengan seorang wanita di suatu tempat tanpa disertai mahramnya, kerana sesungguhnya yang ketiganya adalah syaitan."

Syaitan ialah musuh manusia yang nyata semenjak wujudnya Adam (surah Yaasin: 60). Strategi syaitan ialah memperindahkan apa yang sebenarnya buruk sehingga kita menyangka ia adalah petunjuk padahal yang benar ia adalah kesesatan. Dalam surah al-an’aam ayat 43 - syaitan memperindahkan kepada manusia apa yang mereka lakukan

Orang yang bercouple memberi alasan, alah tak pegang-pegang pun. Orang yang pegang-pegang pula berkata, alah bukannya berzina pun. Orang yang berzina pula berkata, alah tak adalah sampai pregnant. Semua ini tak lain, jarum syaitan untuk menghampiri khalwat dan zina. Justifikasi hanyalah sekadar alasan untuk bertemu. Imam al-Ghazali menegaskan di dalam pengajarannya yakni membuang rasa berdosa ketika masih melakukan dosa adalah sebesar-besar dosa.

         Tergamak berdua-duaan walaupun sudah diperingatkan nabi, bahawa syaitan adalah orang yang ketiga. Masalahnya sekarang, ramai daripada kita tau hukum tapi buat-buat tak tau. Sebab itulah masih ramai yang bercouple, tidak menutup aurat, tidak solat Subuh dan lain-lain walaupun sudah tahu hukumnya.

         Mahu datang daripada hati. Mengenal adalah dengan hati, mengetahui pula dengan akal. Di sinilah pentingnya sifat takutkan Allah dan azabnya serta diadun dengan cara fikir yang betul (Yaasin: 11). Hendaklah dibezakan sungguh antara sedar dengan tahu, antara kefahaman dan penghayatan. Strategi yang paling berkesan tiada cara lain selain mengingatkan kembali terhadap dosa pahala. Sepatutnya, kita lebih takut kalau-kalau Allah yang marah supaya tidak membenciNya.

Bagi org yang takutkan Allah, mereka awal-awal lagi sedaya upaya menahan segala bentuk luahan hati yang boleh menimbulkan zina hati dan zina minda seperti yang banyak terjadi di alam siber, melalui SMS dan YM, bertukar gambar di e-mel dan friendster.com. Masakan pula nak bercouple.

Nabi bersabda: "Zina kedua mata itu memandang, zina kedua telinga itu mendengar, zina kedua tangan itu menjabat, zina kedua kaki itu melangkah dan zina hati itu mengingini, mengangan-angankannya" (riwayat Bukhari).

Walaupun belum bercouple serta berjauhan daripada wanita, tetapi jika minda mula terbayang-bayang enak melakukan perbuatan terkutuk dengan mana-mana wanita, dia sedar ketika ini dia melakukan dosa zina minda walaupun zahirnya tidak bersama wanita itu. Itu tak lagi bercouple yang conform terbayang macam-macam.

Menjadi kesalahan apabila azan dilaungkan, tapi masih ada yang berdating atau bercouple. Tiada seruan sepenting seruan Ilahi. Hati yang sejahtera, adalah hati yang tidak malas dari beribadah. Ia adalah hati yang bingkas bangun ketika mendengar seruan Allah. Tetapi, hati yang nifaq (pura-pura) bangun mendirikan solat dengan penuh rasa malas, serta amat sedikit mahu ingat kepada Allah Tuhannya (an-nisaa’: 142)

Abu Hurairah berkata wajarlah dituangkan timah yang mendidih ke dalam telinga seseorang (lelaki) yang mendengar azan tetapi tidak pergi untuk menunaikan solat berjama’ah – Abu Hurairah ialah ashabussuffah iaitu orang yang tinggal di masjid nabi dalam tarbiyyah baginda, beliau meriwayatkan 5374 hadith.

         Sirah merakamkan bahawa setelah Rasulullah menghantar bala tentera di bawah pimpinan Khalid al-Walid untuk menyerang sebuah kampung, mereka tidak jadi menyerang kerana terdengar suara azan dilaungkan di kampung tersebut – menunjukkan bahawa tanda syiar Islam untuk satu-satu kawasan ialah azan.

Seandainya mendapat SMS daripada pasangan, kita terus membacanya dengan penuh perhatian, debaran dan perasaan ingin tahu apakah kandungan SMS tersebut. Jika SMS tersebut agak panjang, kita akan mencari tempat dan suasana yang paling selesa untuk membacanya. Jika SMS tersebut merupakan perintah, kita akan berusaha untuk melaksanakannya secepat mungkin, sebaik mungkin. Jika begitulah sikap kita terhadap SMS sesama manusia, bagaimanakah sikap kita terhadap azan yang datang daripada Allah?

         Apapun, kepada yang terjebak, cepat-cepatlah kikis sedikit demi sedikit. Bawalah bertaubat dan bukannya menjadi alasan untuk sewenang-wenang membatalkan dan memutuskan hubungan terus. yang penting sedia dididik, mahu belajar dan hendak berubah, maka terimalah seadanya. daripada surah (al-mulk: 12) .. mesti ada rasa takut kepada Tuhan yang ghaib terlebih dahulu (“yakh shau na rabbahum bil ghaib bilahum”), kemudian barulah didatangkan keampunan dan pahala yang besar (“maghfiratun wa ajrun karim”). apabila tiba masa, bukan sekadar boleh bercouple, tapi boleh bertriple, berfourple dan yang haram sebelum ni dah jadi halal.

Dalam surah Yaasin ayat 65: "Pada hari ini Kami kunci mulut-mulut mereka, dan berkatalah tang

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 13-10-06 06:12


berbagai dosa yang telah dilakukan semasa di dunia dahulu. Jika mampu, berilah jawapan yang sepatutnya kepada Qadhi Rabbul Jalil terhadap satu-persatu sikap melampau kita yang diskrinkan kelak di hadapan mata sendiri dalam sistem rakaman Allah yang tidak tercicir walau sedikit pun .... masyaAllah (Yaasin: 12). Supaya nanti diri tidak terketuk-ketuk dengan ego dan sikap sendiri (Yaasin: 8). Alangkah tebalnya muka kerana menanggung malu tak terhingga setelah didedahkan segala rahsia kejahatan dan keaiban diri.

Jika derita di dunia, ia boleh hilang selepas beberapa ketika. Jika sakit kepala, ia hilang dengan tidur. Jika sakit terkena duri, ia hilang selepas berlalunya dua tiga hari. Tetapi derita Neraka adalah derita yang lama. Berapa lama? Selama-lamanya. Selama mana? Selama-lamanya.





Sebelum nak merisik dan meminang


Memadai perasaan rindu disimpan dalam hati, bukan meluahkannya direct kepada wanita atau lelaki.

Sebelum merisik, dialu-alukan bermesyuarat serta berbincang dengan org yang sesuai

Ini kerana, apabila tiba waktu, cinta perlulah dikongsi dengan orang yang beramanah, yang terlebih dahulu merasai asam garam kehidupan berumahtangga dan memiliki pengetahuan yang luas tentang elemen yang dapat menjamin kebahagiaan rumahtangga.

Prosedur ini penting supaya masing-masing tidak membuang masa pada perkara-perkara yang terlalu remeh atau small stuff.

Kemudian pohon panduan dari Allah. Berbekalkan keyakinan yang kukuh serta pengetahuan yang mendalam tentang mereka yang ingin dipinang, barulah proses pinangan bermula.




Sebab & Keperluan Merisik

    
         Meninjau dan merisik penting kerana dibimbangi sudah ada lelaki lain yang terlebih dahulu meminang.

         Ini juga untuk menyelidik latarbelakang dan penghayatan agama pasangan seperti cara pergaulan harian dan berpakaian, mencari maklumat tentang taraf ekonomi / rekod kesihatan / latarbelakang keluarga, kejiwaannya dan sebagainya.

         Penganalisaan perlu supaya dapat memilih pasangan yang benar-benar sesuai. Ini bagi menepati ciri ‘kufu’ atau sepadan sama ada dari segi umur, latar belakang, keturunan, pemahaman agama, taraf pendidikan, ekonomi serta status dalam masyarakat.

         Setiap pasangan diharuskan menyiasat latar belakang bakal isteri atau suami untuk mengelakkan sebarang penipuan dan konflik. Bina hubungan dengan keluarga kerana jalan untuk mengenal tabiat dan akhlak wanita ialah berusaha mengenal peribadi kehidupan keluarganya.









MATCHMAKER & pergi merisik


Setelah beristikharah, pasang niat yang baik serta rancang untuk meminangnya. Sampaikan hasrat untuk meminangnya.

Jika Khadijah merisik melalui perantaraan Maisarah, yang mana diperincikan perilaku dan karektor Nabi Muhammad sewaktu bermusafir bersamanya, maka tentulah pendekatan yang sama boleh dilakukan pada masa sekarang.

Jadi, merisik adalah melalui orang perantaraan (match maker) yang dipercayai kesolehannya dan diyakini sumber maklumatnya seperti bapa atau wali / mahram / ibu saudara / wanita lain yang beramanah / ajk atau wakil bait muslim (jika ada) / senior-senior dan sebagainya.

Hadith banyak menekankan ciri wanita kerana kebiasaannya lelaki yang mencari dan memilih wanita. Lelaki selalunya terpaksa mencari pasangan. Wanita pula menanti dan membuat pilihan.

Merisik bukanlah dalam pengertian adat yakni menghantar wakil untuk ‘cincin tanya’, pantun dll atau sebagainya, tetapi cukup dengan menghantar wakil untuk bertanya.










timbang-timbang nak meminang


         Peminangan boleh dibuat secara terang (e.q “aku hendak meminang kamu”) / kiasan dan samaran / melalui perantaraan keluarga atau sahabat yang dipercayai.

         Ketika ini, jika tidak sudi, wanita atau lelaki hendaklah sanggup dan tabahkan diri untuk berterus-terang.

         Kepada lelaki, usahlah menaruh harapan terlalu tinggi sebab masih lagi dalam situasi dan keputusan yang fifty-fifty.

         Bagi yang meminang, mestilah tenang, rasional dan terbuka dalam menerima jawapan daripada pihak yang dipinang. Katakan pinangan ditolak, berdoalah bersungguh-sungguh kepada Allah supaya pertanyaan yang diajukan tidak mengganggu amalan bagi wanita atau lelaki berkenaan.

         Sebagai langkah untuk menghindari kemungkinan terjadinya hal-hal yang tidak diingini, pertunangan hendaklah dirahsiakan dan dibataskan pengetahuannya dalam lingkungan keluarga terdekat. Tidak digalakkan untuk menghebah-hebahkannya.

Cara meminang :
a) Lelaki mengajukan pinangan kepada keluarganya. Ini adalah cara yang paling popular dan lazim dan mengikut adat resam kaum. contoh: Nabi meminang Aisyah melalui bapa Aisyah (Abu Bakr r.a)

b) Meminang terus kepada si wanita itu sendiri. Dalilnya, Ummu Salamah r.a berkata, "Nabi SAW mengutus Hathib bin Abi Balta'ah kepadaku untuk melamarku buat baginda.” (Shahih Muslim). Ummu Salamah adalah janda anak satu, maka Nabi terus meminang tanpa melalui keluarganya    

c) wali wanita menawarkan anak gadisnya atau saudara (perempuannya) kepada Ahlil Khair (org-org yang baik). Imam Bukhari menyebut kisah di Madyan, di mana syaikh Madyan menawarkan salah seorang anak gadisnya kepada nabi Musa a.s. Satu pendapat mengatakan syaikh Madyan ini ialah nabi Syu'aib a.s. Lihat surah (al-Qashash:27-28)    

di) Wanita menawarkan dirinya kepada lelaki Soleh. Imam Bukhari meriwayatkan dari Tsabit al-Bunnani bahawa ketika dia sedang bersama Rasulullah yang turut ditemani oleh Anas dan anak gadisnya. Tiba-tiba muncul seorang wanita dan dia menawarkan dirinya kepada RasuluLlah saw. Puteri Anas mencela wanita itu sebagai tidak ada sifat malu lantas ditegur oleh Anas bahawa wanita itu lebih baik daripada dirinya (anak Anas) kerana sifat telusnya ingin menawarkan diri kepada Rasulullah SAW.


         Terdapat beberapa cara lagi meminang, tapi tidak dinyatakan di sini. Dianggap pasangan yang sudah bertunang selepas mengadakan pertemuan seterusnya yang menjadi bukti sudah saling menerima antara satu sama lain.

         Wanita dibenarkan meluahkan hasrat secara berselindung tetapi boleh di fahami lelaki untuk membina rumahtangga bersama. Ini berdasarkan tindakan Khadijah yang menggunakan orang tengah. Juga, seorang wanita lain tanpa segan menyatakan hasratnya kepada baginda SAW. Imam Bukhari di dalam shahihnya meletakkan satu bab bertajuk “Wanita mendedahkan / menawarkan dirinya kepada lelaki Soleh” (rujuk Kitab Nikah).
         Imam Ibn Hajar menegaskan tiada catatnya wanita menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki (kitab Fathul Bari). Justeru, kononnya wanita tidak boleh melamar lelaki yang beriman dan baik adalah menyanggahi nas. Malah Khawlah buat Hakim adalah dari kalangan wanita yang menawarkan dirinya kepada Nabi (Shahih Bukhari). Pada zaman ini, kaedah ini relevan kerana ramai lelaki yang tidak sekufu seperti penagih dadah, ramai lelaki yang terbunuh dalam peperangan, bilangan wanita lebih banyak berbanding lelaki – hadith daripada Anas r.a, bahawa ramainya wanita tetapi sedikit lelaki menjelang kiamat (riwayat Bukhari dan Muslim) dan lain-lain.
         Cara pertunangan yang sering dilakukan di kalangan umat Islam pada hari ini dengan bermacam-macam adat seperti bertukar cincin (al-Dublah), mengumumkan kepada kerabat dengan mengadakan majlis, hantaran dan sebagainya tidak pernah disuruh oleh syarak dan tidak pula diharamkan. Cincin sebagai pemberian tanda ikatan ialah harus.
        








melihat bakal TUNANG & meninjau sikap

        
         Apabila dah berkenan kepada seseorang dan mahu mengambil si dia sebagai teman hidup, kita dibenarkan melihatnya, tapi bukan ‘usha’ lama-lama

         Fuqaha bersepakat bahawa harus melihat kepada orang yang dipinang di muka dan tapak tangannya. Muka melambangkan kecantikan dan tangan melambangkan kesuburan badan dan pertumbuhannya. Melihat pula setakat yang perlu, bukannya berlama-lama memandang kerana pandangan dengan nafsu adalah titik mula yang perlu diawasi.

         Nabi menyarankan agar melihat dahulu pasangan yang dipinang supaya keinginan untuk berkahwin akan lebih dirasai.

         Terdapat hadith dalam bab dibolehkan melihat orang yang berkenan untuk dijadikan isteri (maksudnya melihat kepada yang bukan aurat). Contohnya: “telah datang kepada Nabi seorang lelaki lalu menceritakan bahawa ia ingin memperisterikan seorang wanita Ansar, maka Nabi bersabda: Adakah kamu telah melihatnya? : “Belum”, jawabnya. Nabi berkata : “Pergilah kamu melihatnya kerana di mata wanita Ansar ada sesuatu (tanda)” (hadith riwayat Muslim).

         Nabi juga berpesan kepada Mughirah bin Syu’bah selepas mengetahui dia ingin meminang seorang wanita : “Pergilah melihatnya, sesungguhnya ia lebih menjamin berkekalannya – bagi menilai kesesuaian (perkahwinan) kamu berdua” (hadith riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibn Hibban).

         Perlu diingat bahawa melihat bukan hanya dengan mata, tetapi ia juga membawa maksud meninjau sikap, budi bahasa, cara hidup dan apa-apa info yang dapat menambahkan ketepatan pemilihan pasangan kecuali yang HARAM dibuat dan dilihat. (Fiqh as-sunnah karangan Sayyid Sabiq)

         Wanita tidak perlulah berkurung di dalam bilik. Ini berdasarkan hadith-hadith yang mengizinkan lelaki dan wanita yang berniat untuk berkahwin sama-sama melihat bagi mengenali dengan lebih dekat bakal pasangan masing-masing.




berapa lama pulak ni? mesti dihebahkan ?


         Setelah bertunang, akan terhasil kestabilan jiwa dan emosi kerana pasangan bebas daripada gangguan teruna dan wanita yang lain. Tempoh pertunangan ialah masa bagi pasangan untuk membenihkan roh persefahaman dan mengenali dengan lebih dekat dan lanjut (tapi tak boleh lah bebas ke sana ke mari).

         dalam tempoh bertunang, masing-masing boleh fokuskan untuk mengenali hati budi masing-masing di samping dapat menahan pandangan mata.

         Cuma, tidak digalakkan bertangguh atau berhubung tanpa ikatan yang sah terlampau lama, kerana ia amat mudah membawa kepada yang haram. Juga, tidak perlu menghebahkan pertunangan kepada org awam selagi mana belum di ijab kabulkan, kerana ikatan ‘janji untuk berkahwin’ boleh membawa fitnah dengan mudah. (Nizom al-Usrah Fil Islam oleh Dr Muhd ‘Uqlah).

         Tiada had dan batas waktu tertentu bagi tempoh bertunang. Batas waktunya ditentukan oleh pihak wali dan pihak peminang, bergantung kepada sebab-sebab tertentu dan halangan-halangan.

         Tempoh bertunang memberi masa kepada pasangan untuk menyediakan diri dan merancang bagi menghadapai beberapa perkara selepas memasuki gerbang perkahwinan:
a) perlu jaga perasaan dan hati pasangan
b) konflik dan tekanan
c) ekonomi tidak stabil
di) kebebasan terhad
e) perbezaan kesanggupan, keinginan, keperluan, cara berfikir dan minat
di) menyesuaikan diri dengan budaya dan adat resam pasangan serta tanggungjawab yang semakin banyak


         Dalam tempoh ini juga, kedua-dua keluarga digalakkan untuk ziarah-menziarahi, bertanya khabar, saling bertukar buah tangan, di samping membincangkan soal majlis perkahwinan yang bakal dilaksanakan.

         Bagi mengukuhkan sikap saling faham-memahami selepas meminang, tiada salahnya bagi lelaki yang telah meminang seorang wanita untuk bergaul dengan lelaki mahram daripada keluarga atau kerabat wanita berkenaan. Hal ini banyak membantu untuk mengetahui wanita itu.

         Sebaik-baiknya, bernikah secepat yang mungkin. Lebih lama tangguh, lebih tinggi risikonya.















NiKaH


Kesempurnaan ibadat ialah berkahwin. Ujar Imam al-Ghazali, apabila tidak berkahwin, seolah-olah kita khianat kepada perkakas yang Tuhan beri.

Menurut bekas anggota Majlis Ulama Besar Arab Sa’udi, Sheikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin bahawa tidak ada orang yang membujang di dalam syurga : "Jika seseorang wanita tidak berkahwin di dunia, sesungguhnya Allah akan memberinya suami di mana akan berjumpa kegembiraan di Syurga. Kegembiraan di syurga bukan hanya dihadkan untuk kaum lelaki, sesungguhnya ia adalah untuk lelaki dan wanita, dan sebahagian kenikmatan adalah berkahwin.” (rujukan: Majmu’ Fataawa Ibn ‘Uthaimin)

         Hitler hebat berpolitik, tapi tak hebat berumahtangga. Ketika mana keluarga adalah khayalan belaka di Eropah dan Amerika, Islam menghalalkan pernikahan sebagai jalan untuk:

a) menyambung zuriat dan ilmu. Anak yang akan membantu apabila pasangan sudah berusia
b) taqarrub kepada Allah dengan memperolehi anak
c) mencari keredhaan Rasulullah dengan memperbanyakkan umat baginda kelak pada hari kiamat
di) mengharapkan berkat daripada anak-anak yang soleh
e) mengharapkan syafaat daripada anaknya yang meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa
f)    berjuang mencari rezeki yang halal untuk anak-anaknya dan mendidiknya
pergi) muafakat dan saling memahami antara suami isteri
h) perhatian daripada seorang suami dan ayah
i)     layanan daripada isteri yang tercinta dan ibu tersayang
j)     suami yang matang dan beramanah sebagai pelindung
k) untuk memelihara nasab keturunan
l)     pasangan hidup untuk berkongsi masalah
m)                        memenuhi keinginan naluri berpasangan dan menimang anak
dan) silaturahim antara 2 keluarga
o) penyaluran syahwah dengan cara yang halal dan lain-lain.


Bayangkan, apabila berkembangnya keluarga yang istiqamah solat berjama’ah. Isteri bersalam dan mencium tangan suami. sebelum tidur, pasangan bermaaf-maafan atas kesilapan sewaktu siang. Sekali-sekala suami turun ke dapur, ke laman rumah, melipat kain atau memasak untuk meraikan kerja isteri. Cukup indah …

Terlalu besar keistimewaan isteri untuk diperkatakan. Memadai dahulu hadith ini untuk mengungkap ketinggian darjat wanita di sisiNya: “Apabila seseorang wanita itu telah melakukan solat lima waktu, puasa Ramadhan, menjaga maruah, dan mentaati suami, di akhirat kelak dia akan dijemput masuk ke dalam syurga mengikut pintu mana yang disukainya.” (hadith riwayat Ahmad). Benar, redha Allah terletak pada redha suami.

         Cuma, sayang seribu kali sayang, kefahaman dan amalan umat Islam mencalarkan dan membunuh ajaran suci ini.        

         Lantaran, Dr Yusof al-Qaradhawi menulis … bagi wanita, segala pekerjaan mestilah tidak mengorbankan kewajipan-kewajipan lain baginya seperti kewajipan terhadap suami dan anak-anak yang merupakan kewajipan yang paling utama dan tugasnya yang asasi. Tugas wanita yang pertama dan teragung yang tidak dapat ditandingi serta dicabar oleh sesiapapun ialah mendidik generasi, yang mana Allah telah menyediakan dengan kesesuaian fizikal dan psikologi untuk melaksanakannya. Islam menganggap rumah sebagai empayar yang agung bagi wanita.

         Oleh itu, tidak wajarlah wanita dipesongkan daripada tugas yang mulia ini sama ada dalam bentuk material mahupun moral. Tiada seorang pun lelaki yang mampu mengambil alih tugas berat ini yakni dengan mencorakkan masa depan ummah iaitulah kemanusiaan (anak sebagai aset dan harta paling bernilai).

         Sejarah menjadi saksi betapa liciknya strategi Ataturk ketika merancang kehancuran Khilafah ‘Uthmaniyyah. Ataturk sedar bahawa antara unsur kekuatan umat Islam ialah pada kedudukan wanitanya.

Masyarakat boleh diubah dengan mengubah wanita yang memelihara rumah tangga, anak-anak dan suami. Institusi keluarga yang menjadi benteng pertahanan umat ketika berhadapan dengan proses pembaratan budaya dan cara hidup pada waktu itu dirombak Ataturk.

Ataturk membaratkan Turki dari segi insan tetapi tidak memajukan bangsa Turki sebagaimana majunya bangsa Barat.

Di kala ini, benar-benar terjadi seperti yang diulas al-marhum sheikh Sa’id Hawwa di dalam kitabnya al-Islam. Iaitulah balasan atau hukuman fitrah akibat wanita meninggalkan peranan mereka di rumah menyebabkan kecelaruan hubungan di antara lelaki dan wanita, hilangnya ketenangan dan kesejahteraan, anak-anak tidak mengecapi penjagaan oleh ibu bapanya dengan sempurna, anak-anak renggang dari ibu dan bapa dan kasih sayang tidak sekukuh generasi lalu.

Begitu juga, suami duduk di rumah bersama anak-anak dan wanita bukan mahram (mahram ialah org yang haram dikahwini, manakala muhrim ialah org yang berpakaian ihram untuk Haji dan Umrah) yang menjadi pembantu rumah, keretakan hubungan kekeluargaan berkembang dan lain-lain.

         Kepincangan ini di gandingkan pula dengan pergaulan bebas yang sangat berleluasa dalam masyarakat. mereka yang bergaul bebas pasti hatinya tidak tenteram dan mudah lalai. Natijahnya, perubahan ke arah pembaikan menjadi amat sukar.

         Adapun tentang ayat suruhan “dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu” (surah al-ahzab: 33), dalil ini (menurut Dr Yusof Qaradhawi), ditujukan kepada isteri-isteri nabi sebagaimana jelas daripada susunan ayatnya. Isteri-isteri nabi memiliki kemuliaan tersendiri dan dikenakan kepada mereka hukum yang lebih berat, berbeza dengan wanita lain. Oleh itu, pahala seorang daripada kalangan mereka apabila melakukan perkara kebaikan adalah berganda sebagaimana dikenakan azab berganda apabila mereka berbuat jahat. Kedua, sesungguhnya ummul mukminin ‘Aisyah radiallahuanha (walaupun ayat ini telah diturunkan), beliau telah keluar dari rumahnya dan menyertai peperangan Jamal untuk menyahut apa yang dipandangnya sebagai kewajipan agama ke atasnya iaitu menuntut qisas terhadap pembunuh ‘Uthman.



















EPILOG


Kepada pembaca yang dimuliakan, renungilah pengajaran daripada suatu kisah yang disebut dalam Zaadul Ma’ad jilid 2 karangan Ibnu Qayyim: “Fadhalah bin Umair berniat membunuh Rasulullah SAW yang ketika itu sedang melaksanakan tawaf di Kaabah. Beliau mendekati Rasulullah SAW, lantas disoal baginda: “Apakah yang tersembunyi dalam hatimu wahai Fadhalah?” Beliau menjawab, “Aku sedang berzikir wahai Rasulullah.” Baginda tertawa dan terus meletakkan tangan baginda di atas dada Fadhalah dan berkata, “Minta ampunlah daripada Allah SWT.” Fadhalah berkata, “Demi Allah, selepas Rasulullah SAW mengangkat tangan baginda aku berasa tidak ada manusia yang lebih aku cintai melainkan baginda. Ketika aku pulang ke rumah. Aku bertemu dengan wanita yang pernah duduk berdua-duaan denganku sebelum ini. Dia mengajak aku kepadanya, namun aku berkata, “Allah dan Islam melarang kita melakukan perkara terkutuk ini.”

Selain itu, peristiwa sahabat Rasulullah SAW, Julaibih yang baru berkahwin, tetapi nekad meninggalkan isterinya semata-mata ingin berjuang menyahut seruan jihad, sehinggalah beliau gugur sebagai syahid mestilah sama-sama diinsafi. Bagaimana pula kita? Usah hendak keluar berjihad, hendak ke masjid pun sudah terasa berat dan susah. Para sahabat yang bercita-cita syahid menuju mati. Betapa dhaifnya kita, hendak hadiri majlis ilmu di masjid sudah terlalu berat, belum lagi disuruh berperang. Demam sikit pun nak dijadikan alasan untuk tinggalkan solat.

Sama-samalah kita dengan hati yang tunduk patuh dan insaf mentadabbur ayat berikut (At-Taubah: 24): “Katakanlah: “Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya, dan (dari) berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah SWT mendatangkan keputusanNya.” Dan Allah SWT tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.”    
        
Kata ahli agama, memang seronok apabila bergelumang dengan perkara-perkara yang menjerumus kepada dosa. Dan kesoronokan yang di rasai itu kelak pudar apabila kita telah di ikat dengan ikatan perkahwinan yang sah. Ia pudar lantaran kita tidak mengetahui dan mendalami apakah ikatan perkahwinan yang sebenar. Selepas ikatan yang sah telah wujud, segala ujian dan dugaan akan muncul dan syaitan pula akan lari meninggalkan orang-orang yang telah berjaya digodanya. Pada masa itu, baru kita tahu adakah kita sesuai dan bahagia dengan orang yang kita impikan.

Retak menanti belah ... barangkali ini lah iktibar dan rumusan dilema rumahtangga para artis, penyanyi, pelakon, selebriti dan model. Frust, putus dan kecewa bercinta begitu dominan dalam kehidupan mereka adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja.

mungkin inilah puncanya apabila Islam dijadikan sebagai escapism, tidak sebagai penggerak, pengatur dan penyelesai masalah cinta. Islam cuma dilihat sebagai tempat merintih dan mengadu. Bila kedudukan cinta goyah, Islam dilihat sebagai Panadol untuk menghilangkan kerunsingan cinta.

Semakin banyak kemanisan yang diteguk semasa bercouple, maka semakin tawar dan hambar pula kelak sesudah bergelar suami isteri. Sewaktu mula-mula berkenalan, you’re my darling. Setelah berkahwin, mulalah baling-membaling ke sana ke mari, hubungan mendingin.

Awal-awal macam Cinderella, hujungnya macam godzilla. Bahagia dan lazat hanya sementara, sengsara berpanjangan. Duit hilang, cinta pula melayang. Manisnya dikecap, sepahnya dibuang. Benar, corak dan perhubungan sebelum berkahwin pasti mempengaruhi keberkatan dan rentak berumahtangga.

Tempoh perkenalan yang lama bukan jaminan kesesuaian pasangan kerana orang sekarang mudah berubah selepas berkahwin, lainlah orang yang beriman. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyabar, penyayang, sabar tunggu kalau terlambat berjam-jam. Tapi, apabila dah kahwin, lewat 5 minit sahaja dah ditengkingnya.

Sekiranya dasar dan pertimbangan yang digunakan untuk memilih pasangan hidup tidak betul, maka inilah kesannya. Moga Allah melindungi kita daripada cinta yang dihinaNya agar hidup ini tidak menjadi punca penderitaan di akhirat kelak.

         Apapun, ruangan ini kecil bagi membahaskan tajuk ini dengan mendalam, melibatkan persoalan cara dan hukum. Penulisan ini bersifat titik mula dengan menyusun beberapa bab bagi pembentangan melalui sumber-sumber yang berautoriti dan seoptimum mungkin cuba mengupas dan menerokai real problem.

Memandangkan tajuk ini teramat luas, kajian lanjut serta bertanya kepada ilmuwan yang soleh e.q bidang psikologi atau agama, yang lebih ‘arif dan berpengalaman sangat mustahak supaya pembaca dapat menyelami dengan lebih mendalam. Artikel ini belum kemas dan belum cukup untuk menjawab keraguan hati, kekeliruan fikiran dan mainan rasa.

Penulisan ini ringkas dan tidak memadai. Dengan segala kekurangan dan keterbatasan, penyusun bukan ahli yang layak bahkan teramatlah kerdil untuk menulis melalui ilmu dan pengalaman, sekalipun pengalaman lebih berkesan berbanding teori semata-mata.

Pertunangan adalah topik fiqh yang besar. Cinta adalah satu subjek yang sukar untuk diungkai, sungguh kompleks dan halus ... dikejar ia lari, ditunggu ia tidak datang, dan bila tiba, jangan terkejut kerana ia mungkin dengan org yang tidak disangka-sangka.

Kita mesti bersimpati seterusnya bersungguh-sungguh membantu rakan-rakan untuk mengurus dan mengawal emosi, memandangkan ia banyak menelan korban.

Ujian Allah dalam percintaan berbeza-beza, justeru kita mengelak daripada marah-marah dan bermudah-mudah menuduh orang yang tenggelam dalam kemelut percintaan dengan berbagai tuduhan. Dalam keadaan mereka menagih dan tercari-cari jalan penyelesaian, tidaklah layak kita mengisytiharkan ‘perang’ habis-habisan. Bahkan, kita harus menggalas cabaran yang lebih besar menerusi pendekatan mendidik (ilmu).

Berhikmah bukan semata-mata berlemah-lembut, steady dan thiqah, tetapi ia memberi kesan, sehalus yang mungkin dan sanggup merendahkan ‘uniform’. Moga artikel ini merupakan manifestasi keprihatinan terhadap kemelut cinta.

Dengan kembali menghayati hakikat diri sebagai hamba Allah, banyak perkara dapat diselesaikan (at-talaaq: 2-3).

Kembali kepada Quran bermakna kita kembali kepada penyelesaian Allah. Dalam pada kita mengejar cinta dan keinginan, DIA lah sebenarnya tujuan. Marilah bercinta secara berilmu, timbangannya ialah tafsiran yang betul terhadap nas Quran dan sunnnah. Mekarkan cinta setelah berumahtangga.

         Sepotong ayat daripada surah Al-Israa’ ayat 85: “…dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit.” Sesungguhnya ilmuNya tidak terhitung.

Mudah-mudahan penulisan ini menjadi sumber peringatan dan motivasi khusus, terlebih dahulu untuk penyusun, yang tentu sekali tidak dapat lari daripada maksiat hati, dosa yang tercela dan godaan syaitan, di tambah pula dha’ifnya amalan. Betapa pula sampai ke maqam mukhlisin yang celik dan terbuka mata hatinya (basiirah) serta memiliki kelebihan-kelebihan di sisiNya.

Ibnu Mas’ud berkata: “Bukanlah ilmu itu dengan membanyakkan riwayat, hanyasanya ilmu itu daripada nur yang dicampakkan Allah ke dalam hati.”

Imam al-Ghazali r.a menyebut ganjaran bagi mereka yang mempunyai niat yang betul dalam mencari ilmu dengan kata-katanya: "Dan jika niat dan tujuanmu antaramu dengan Allah dalam mencari ilmu, adalah untuk mencapai hidayah, bukan semata-mata bermegah dengan riwayat, maka bergembiralah, kerana sesungguhnya para malaikat melebarkan sayapnya ketika kamu berjalan, dan hidupan di laut mendoakan keampunan bagimu dalam setiap langkahmu."

Semoga Allah mengembalikan kita ke jalan yang haq, memberi pemahaman terhadap deen, menimbulkan sikap berhati-hati dalam setiap hal yang dilarangNya dan memberi hidayah untuk beramal dan istiqamah. Moga ketenangan dan redha Allah bersama kita. Mohon ditegur kalau ada salah silap. Allahu’alam













         RUJUKAN

rakaman ceramah ‘Pengurusan Cinta Menurut Perspektif Islam’ oleh ustaz Mohd Ismail bin Mustari di Dewan Serbaguna KTC, UTM pada 15 Jan 2004. Ceramah ini menyeru agar muda-mudi memahami & menyalurkan cinta dengan cara yang betul. Sebar-sebarkanlah kepada pelajar yang bercouple dan berdating
kuliah Fiqh Munakahat & Mencari Jodoh oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
VCD kuliah tafsir surah (at-taubah: 23-24) & (al-Qashash: 22-25) di Dewan Pengajian Ibnu Qayyim, Bukit Mertajam, P. Pinang. Disampaikan oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin
artikel ‘Turki: Hikmah Wanita Berhijab Disekat Bekerja’ & ‘Cinta Tanpa Syarat’ & ‘CANTIK: Perhambaan Moden Yang Menyeronokkan’ & ’Hati Yang Sejahtera, Bekalan Dunia dan Akhirat’ & ‘menguruskan fikiran tentang perkahwinan’ di www.saifulislam.com
soaljawab ‘tertarik hati dengan pemuda warak’ bersama ustaz Zaharuddin Abdul Rahman dalam majalah i bulan April 2006. Isinya boleh dibaca di laman web beliau … http://www.zaharuddin.com/artikel_soal_jawab_7.htm
soaljawab ‘solat istikharah menentukan lamaran’ bersama ustaz Zaharuddin Abdul Rahman dalam majalah i bulan Mei 2006. Isinya boleh dibaca di laman web beliau … http://www.zaharuddin.com/artikel_soal_jawab_9.htm
artikel Nikah Khitbah: Solusi Masalah Cinta Remaja! oleh ustaz Maszlee Malik dalam majalah i bulan Mei 2006
soaljawab ‘tunang pernah terlanjur’ bersama ustaz Zaharuddin Abdul Rahman dalam majalah i bulan Mac 2006. Sebahagian isinya boleh dibaca di laman web beliau … http://www.zaharuddin.com/artikel_soal_jawab_4.htm
www.al-firdaus.com selenggaraan kapten Hafiz Firdaus Abdullah
kitab Kisah Para Nabi (Teladan Bagi Orang Berakal) karangan Ibnu Kathir. Diterbitkan Darul Fajar Sdn Bhd pada tahun 2004 – kisah nabi Musa dengan puteri nabi Syu’aib
kitab Halal dan Haram Dalam Islam karangan Dr Yusof al-Qaradhawi. Diterbitkan Pustaka Islamiyah Pte Ltd (Singapura) pada tahun 1995
kitab Darjat Wanita Dalam Islam karangan Dr Yusof al-Qaradhawi. Diterbitkan Pustaka Ilmi pada tahun 2006 - bab peranan wanita
kitab Tentang Cinta karangan Pahrol Mohd Juoi. Diterbitkan Telaga Biru Sdn Bhd pada tahun 2006
kitab Hadith 40. Terjemahan dan syarahnya oleh ustaz Mustapha ‘Abdul Rahman. Diterbitkan Dewan Pustaka Fajar pada tahun 2001 – syarah hadith 1 & 4 & 13 & 20
kitab Wahai Ibu! Wahai Ayah! karangan kapten Hafiz Firdaus Abdullah. Diterbitkan Perniagaan Jahabersa pada tahun 2006
kitab Fiqh as-Sirah 1 karangan Dr Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti, halaman 72, tahun 2003, terbitan Dewan Pustaka Fajar – bab pengajaran perkahwinan baginda
kitab Fiqh Daulah Menurut Perspektif Islam karangan Dr Yusof al-Qaradhawi, halaman 271-272, tahun 2002, terbitan Maktabah al-Qaradhawi (Selangor) – komentar Qaradhawi tentang surah al-ahzaab ayat 33
kitab Wanita (Hak Kewajipannya di Sisi Islam). Pengalihbahasa dan tambahan oleh ustaz Ismail Syafiee al-Bakabi. Diterbitkan Pustaka Bakabi pada tahun 2002 – bab faedah menjaga pandangan
kitab Panduan Bercinta dan Memendam Rindu oleh Ibnu Qayyim. Diterbitkan al-Hidayah Publishers, tahun 2005. Diterjemahkan oleh Abu Mazaya al-Hafiz - bab tanda-tanda cinta
kitab Fadhilat Amal karangan Maulana Muhammad Zakariya. Diterbitkan Era Ilmu Sdn Bhd. pada tahun 2006 - bab kemunduran umat dan kepentingan tabligh, bab perihal Abu Hurairah & tafsiran untuk surah al-baqarah ayat 201
kitab Kemusykilan Remaja - 300 Soal Jawab karangan ustaz Maszlee Malik. Diterbitkan Alaf 21 Sdn Bhd pada tahun 2005
kitab Empayar Minda Muslim karangan Dr Danial Zainal Abidin, halaman 132 & 234 & 283. Diterbitkan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd pada tahun 2004     - petikan kata-kata Imam as-Syafi’e tentang daun tut & penjelasan tentang takdir & kisah Fadhalah bin Umair dengan Rasulullah
kitab 7 Formula Individu Cemerlang karangan Dr Danial Zainal Abidin, halaman 50, terbitan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd pada tahun 2004     – bab penawar yang dapat membersihkan hati saranan al-Imam Abul Laith as-Samarqandi
kitab Halal Haram Buku Penting untuk Umat Islam. Diterbitkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada tahun 2006. – penjelasan tentang istilah thoyyiban dalam al-Quran
Amalan Berjaya Untuk Lelaki dan Wanita karangan Fazrul Ismail. Diterbitkan Kersani Training Centre pada tahun 2005.
softcopy novel SEINDAH_MAWAR_BERDURI


1.    http://ubmhkpt.blogspot.com/2006/03/panduan-buat-bakal-pengantin.html ... panduan untuk bakal pengantin
2.    http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload& name=MDForum &file= viewtopic&t=30112&highlight=khitbah … bertunang dan bercouple, apa bezanya?
3.    http://al-qayyim.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article &sid=3796 … bolehkah berbual kosong dengan yang bukan mahram melalui telefon?
4.    http://www.zaharuddin.com/artikel_soal_jawab_7.htm ... disiplin Islam dalam pertunangan        
5.    http://www.bicaramuslim.com/bicara6/viewtopic.php?t=9184&highlight=maszlee … boleh ke bercouple?
6.    http://www.eramuslim.com/ks/um/42/9326,2,v.html … tempoh pertunangan    
7.    http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&p=37913
8.    http://darulkautsar.com/pemurniansejarah/teks/israiliyat/rusuk.htm ... perempuan tidak berasal daripada tulang rusuk
9.    kitab Insan, Ingatlah! karangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Diterbitkan Nufair Street Sdn Bhd pada tahun 2006
10.                     Risalah Sautun Nahdah bertajuk Mencari Jati Diri Muslim Sejati Melalui Ibadah Puasa Ramadhan atau boleh dibaca di http://www.mykhilafah.com    
11.                     majalah al-Islam bulan Mac 2004 atau layari artikel Cinta Dari Perspektif Syara karangan ustaz Haji Abdul Ghani Bin Samsudin di laman suara ulama : http://www.e-ulama.org (tarikh: 2/12/2004)
12.                     CD offline al-ahkam, artikel PMRAM, majalah Anis, majalah Wanita, www.bicaramuslim.com dll

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 20-10-06 12:22


selamat membaca...ada sahabat bagi ana email

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.11895 saat. Lajunya....