Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Air yang mengapungkan kapal; air juga yang menenggelamkan kapal
-- Peribahasa Lama

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 58
Ahli: 0
Jumlah: 58




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 2 hari yang lalu


Cerpen
Topik: Sayangi Ayah anda..


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Sayangi Ayah anda..

Please Mendaftar To Post


Oleh Sayangi Ayah anda..

cititel
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.01.2006
Ahli No: 21725
Posting: 150

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 05-10-06 09:11


Ayah, TAKKAN KU MAAF KAN DIRI INI

Usia ayah menjangkau 70 tahun, namun tubuhnya masih kuat. Dia mampu menunggang basikal ke kedai yang jauhnya lebih kurang 2 kilometer bagi membeli keperluan harian. Sejak kematian ibu 6 tahun lalu, ayah bersendirian di kampung. Lantaran itu, kami adik-beradik -5 orang semuanya- bergilir-gilir menjenguknya. Kami semua sudah berkeluarga, tinggal pula jauh dari kampung halaman di Teluk Intan. Sebagai anak lelaki sulung, saya mengambil tanggungjawab yang lebih. Selain itu, kami adik-beradik sering menelefon ayah bertanya khabar dan sebagainya. Setiap kali saya menjenguknya, setiap kali itulah isteri saya mempelawa dia tinggal bersama kami di Kuala Lumpur. "Tak apalah, lain kali saja...!" jawab ayah. Puas 2 anak saya merayu-rayu, ayah tetap bertegas. Itu jugalah jawapan ayah kalau Kak Long mempelawanya, Kak Ngah mendesak ataupun adik-beradik saya yang lain merayunya. Bagaimanapun sesekali ayah mengalah. Namun sehari 2 berada di rumah anak-anaknya, dia minta dihantar balik. Ada-ada saja alasannya.

Suatu hari Januari lalu, ayah mengikut saya ke Kuala Lumpur. Kebetulan sekolah masih bercuti, seronoklah anak-anak saya bermain dan bergurau senda dengan atuk mereka. Masuk hari ketiga, dia merayu nak balik kampung. Seperti biasalah, ada-ada saja alasan tak logik yang diberikannya. "Saya sibuk ayah, tak boleh nak ambil cuti. Tunggulah sikit lagi, ataupun hujung minggu ni saya hantar ayah," balas saya. Anak-anak saya turut memujuk atuk mereka. "Tak apalah kalau kamu sibuk sangat, belikan ayah tiket di Puduraya, biar ayah naik bas," katanya membuat saya bertambah kecewa. Memang ayah pernah berkali-kali naik bas pulang ke kampung sendirian. "Tak usahlah..." kata saya memujuk dan merayu selepas makan malam itu. Ayah diam terus masuk ke bilik bersama cucu-cucunya. Bagaimanapun esok paginya ketika saya bersiap untuk ke pejabat, ayah sekali lagi berpesan minta saya belikan tiket bas di Puduraya. "Ayah ni, tak faham ke, saya ni sibuk, sibuuuukkkk!!!" balas saya terus keluar menghidupkan enjin kereta.

Saya tinggalkan ayah terkontang-kanting di muka pintu. Sedih saya tengok mukanya. Di dalam kereta, isteri saya memujuk. "Buat apa kasar sangat dengan ayah ? Cakaplah elok-elok! kasihan dia...!" Saya terus membisu. Sebelum isteri saya turun kereta sebaik tiba di pejabatnya, dia berpesan agar saya penuhi permintaan ayah. "Jangan lupa bang, belikanlah tiket ayah," katanya ringkas. Di pejabat saya termenung panjang. Lalu saya meminta cuti kecemasan, terus ke Puduraya membeli tiket Transnasional ke Teluk Intan. Pukul 11.00 pagi saya sampai ke rumah, terus beritahu ayah supaya bersiap. "Bas bergerak pukul 2.00," kata saya ringkas. Saya mengaku bersikap agak kasar ketika itu kerana didorong rasa marah dengan sikap degil ayah. Ayah tanpa banyak kerenah bersiap. Dia masukkan baju dan kain ke dalam beg sandang. Lebih kurang pukul 12.30 saya bergerak ke Puduraya. Dalam perjalanan lebih kurang 1 jam itu, sepatah pun saya tidak bersuara. Selalunya saya dan ayah akan bersembang panjang setiap kali naik kereta bersama. Ada-ada saja yang kami bualkan.

Hari tu ayah tahu saya marahkannya. Dia pun enggan menyapa saya. Tiba di Puduraya, saya terus menghantar ayah ke tingkat bawah stesen bas itu. Selalunya saya akan membimbing lengan ayah tapi hari itu saya biarkan ayah turun sendiri, cuma saya perhatikan agar langkahnya tidak terganggu. Setelah saya pastikan nombor tempat duduk ayah, saya bersalam dan terus turun dari bas. Ayah langsung tidak memandang saya sebaliknya dia memandang ke luar tingkap. Ayah merenung jauh. Tepat pukul 2.00 bas bergerak. Saya pandang ayah tapi dia masih melemparkan pandangan ke luar tingkap mengelak daripada memandang saya. Setelah bas bergerak jauh, saya menaiki tangga menuju ke kereta. Semasa melalui gerai-gerai di hentian paling sesak itu, saya terpandang susunan kek pisang di atas meja. Langkah saya terhenti. Berdesup fikiran teringatkan ayah kerana dia cukup suka makan kek itu. Pernah 2-3 kali kalau dia menaiki bas pulang ke kampung, dia akan meminta saya belikan makanan kegemarannya. Tapi hari itu ayah tidak minta apa-apa.

Saya terus memandu pulang. Tiba di rumah, fikiran rasa tidak menentu. Ingatkan kerja di pejabat, ayah yang dalam perjalanan dan isteri yang berada di tempat kerjanya. Malam itu sekali lagi saya meneruskan keegoan saya apabila isteri meminta saya menelefon ayah di kampung seperti yang saya lakukan setiap kali ayah pulang dengan bas. Malam berikutnya, isteri bertanya lagi sudahkah saya hubungi ayah. "Takkan tak sampai-sampai lagi," jawab saya meninggikan suara. Dinihari itu, saya menerima panggilan telefondari Hospital Teluk Intan. "Pak Long dah tak ada..." kata sepupu saya di hujung talian. "Dia meninggal 5 minit tadi selepas mengadu sesak nafas Maghrib semalam."

Terlalu sebak dia hendak meneruskan kata-kata, selain meminta saya pulang segera. Saya terjelepok di lantai. Gagang masih di tangan. Isteri datang menerpa. "Kenapa bang?" Saya hanya menggeleng-geleng, agak lama baru mampu memberitahu "Ayah dah tak ada!" Tiba di kampung sayalah yang paling hiba sekali. Tidak berhenti-henti menangis berbanding kakak dan adik-adik saya. Barulah saya sedar betapa berharganya seorang ayah dalam hidup ini. Kek pisang, kata-kata saya pada ayah, sikapnya semasa saya di Puduraya, kata-kata isteri membeli tiket silih berganti menyerbu fikiran. Hanya Tuhan yang tahu betapa luluhnya hati saya apabila teringatkan itu semua. Saya amat terasa kehilangan ayah yang pernah menjadi tempat saya meluahkan rasa, seorang rakan yang sering bersimpati dan ayah yang cukup mengerti perasaan seorang anak. Kenapalah saya tidak dapat membaca gerak rasa seorang tua yang merindui belaian kasih sayang daripada seorang anak yang akan ditinggalkan buat selama-lamanya.

Kini telah 5 tahun berlalu. Setiap kali pulang ke kampung, hati saya bagai dirobek-robek apabila memandang nisan di atas pusara ayah. Saya tidak dapat menahan air mata apabila terkenangkan semula peristiwa pada hari-hari terakhir saya bersamanya. Saya merasa amat bersalah dan tidak akan memaafkan diri ini. Benarlah kata orang, kalau hendak berbakti biarlah semasa ayah dan ibu masih ada. Apabila sudah tiada, menangis air mata darah sekalipun tidak bererti lagi.

Kepada pembaca yang masih ada ayah, jagalah perasaan seorang tua. Kasihi mereka sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil dulu.

Subject: Sayangi Ayah anda..(sure anda nangis)


-----------------
Pelaburan Hartanah...
http://jom2lelong.blogspot.com
jom jom kita beli rumah lelong...


Bookmark and Share

    


  Member Information For cititelProfil   Hantar PM kepada cititel   Quote dan BalasQuote

kembara_girl
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2006
Ahli No: 25715
Posting: 408
Dari: jengka,Pahang

malaysia  


posticon Posting pada: 05-10-06 09:23


Kalau yang pernah rasa kehilangan sure akan nangis....
memang sedih ar cerita ni...
bila dah tak ada baru nak hargai....
bagi sesipa yang masih mempunyai ayah...hargai ayah anda...hargai juga ibu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For kembara_girlProfil   Hantar PM kepada kembara_girl   Quote dan BalasQuote

nurfieza
WARGA SETIA
Menyertai: 19.01.2006
Ahli No: 22039
Posting: 416
Dari: utara...

Selangor  


posticon Posting pada: 05-10-06 10:08


huhu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurfiezaProfil   Hantar PM kepada nurfieza   Quote dan BalasQuote

Kaisi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9907
Posting: 233
Dari: KB - The Islamic City

japan   avatar


posticon Posting pada: 05-10-06 10:59


saya dah tak ada ayah...sedihla tapi saya bukan anak yang gitula...
syukur tak jadi begitu tapi tetap rasa menyesal sebab tak sempat jaga dia dengan lebih lama....

Bookmark and Share

    


  Member Information For KaisiProfil   Hantar PM kepada Kaisi   Quote dan BalasQuote

DinnaFatiha
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.12.2003
Ahli No: 5711
Posting: 106
Dari: kedah/selangor

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 05-10-06 11:06


tiada yang harus ditangisi
penyesalan sudah tiada gunanya
biar mata darah ditumpahkan
tak dapat mengundur masa....

Bookmark and Share

    


  Member Information For DinnaFatihaProfil   Hantar PM kepada DinnaFatiha   Quote dan BalasQuote

Kakngah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 06.01.2005
Ahli No: 13574
Posting: 394
Dari: Rawang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-10-06 11:44


tak rapat dengan abah sebab abh garang..
walau apa pun saya tetap sayangkan abah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For KakngahProfil   Hantar PM kepada Kakngah   Quote dan BalasQuote

destinasi_abadi
WARGA SETIA
Menyertai: 31.12.2004
Ahli No: 13423
Posting: 496
Dari: Pulau Pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 05-10-06 12:13


sedih ke?saya tak sampai hati nak baca lah...takut boleh ternangis kat lab ini karang...
tapi satu pesanan saya...hargai parents seadanya...jangan sekali2 abaikan atau sakitkan hati parents kita...sebab parents adalah kekuatan kita dan anugerah yang sangat berharga yang Allah kurniakan kepada kita...tanpa parents tak mungkin kita berpeluang ada di atas muka bumi ini...kita patut berterima kasih kepada parents kita...dan tiada apa yang kita dapat lakukan untuk balas segala jasa parents kita...cuma doa yang tulus ikhlas dapat kita panjatkan ke hadrat Allah...

erm...tringat kat arwah ayah :(
semoga roh ayahanda dicucuri rahmat Allah swt hendaknya...ameen!

[ Telah diedit oleh: destinasi_abadi pada 05-10-06 12:15 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For destinasi_abadiProfil   Hantar PM kepada destinasi_abadi   Quote dan BalasQuote

destinasi_abadi
WARGA SETIA
Menyertai: 31.12.2004
Ahli No: 13423
Posting: 496
Dari: Pulau Pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 05-10-06 12:34


-Forwarded by Saniah Abdul Latip/1st Eng/SRC on 09/26/2006 10:45 AM-

                    
8 Kebohongan Seorang Ibu Dalam Kehidupannya

Dalam kehidupan kita sehari-hari, kita percaya bahwa kebohongan akan
membuat manusia terperuk dalam penderitaan yang mendalam, tetapi kisah ini
justru sebaliknya. Dengan adanya kebohongan ini, makna sesungguhnya dari
kebohongan ini justru dapat membuka mata kita dan terbebas dari
penderitaan, ibarat sebuah energi yang mampu mendorong mekarnya sekuntum
bunga yang paling indah di dunia. Cerita bermula ketika aku masih kecil,
aku lahir sebagai seorang anak laki-laki di sebuah keluarga yang
miskin. Bahkan untuk makan saja, seringkali kekurangan. Ketika makan, ibu
sering memberikan bahagian nasinya untukku. Sambil memindahkan nasi ke
mangkukku, ibu berkata : "Makanlah nak. Aku tidak lapar"

----------KEBOHONGAN IBU YANG PERTAMA : Ketika aku mulai dewasa,
ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing
di kolam dekat rumah, ibu berharap dari ikan hasil pancingan,ddia dapat
memberikan sedikit makanan bergizi untuk pertumbuhan anak2nya. Sepulang memancing,
ibu memasak sup ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu aku memakan
sup ikan itu, ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang
masih menempel di tulang yang merupakan bekas sisa tulang ikan yang aku
makan. Aku melihat ibu seperti itu, hati juga tersentuh, lalu menggunakan
suduku dan memberikannya kepada ibuku. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya,
dia berkata : "Makanlah nak. Aku tidak suka makan ikan"

----------KEBOHONGAN IBU YANG KEDUA : Sekarang aku sudah masuk Sekolah
Menengah,demi membiayai sekolah abang dan kakakku, ibu pergi ke koperasi
untuk membawa sejumlah kotak mancis untuk ditempel, dan hasil tempelannya
itu membuahkan sedikit wang untuk menutupi kebutuhan hidup. Di kala musim
dingin tiba. Aku bangun dari tempat tidurku, melihat ibu masih bertumpu
pada lilin kecil dan dengan gigihnya melanjutkan pekerjaannya menempel
kotak mancis. Aku berkata : "Ibu, tidurlah, sudah malam, besok pagi ibu
masih harus kerja." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak , aku
tidak penat"

----------KEBOHONGAN IBU YANG KETIGA : Ketika ujian tiba, ibu meminta cuti
kerja supaya dapat menemaniku pergi ujian. Ketika hari sudah siang, terik
matahari mulai menyinari, ibu yang tegar dan gigih menunggu aku di bawah
terik matahari selama beberapa jam. Ketika bunyi loceng berbunyi,
menandakan ujian sudah selesai. Ibu dengan segera menyambutku dan
menuangkan teh yang sudah disiapkan dalam botol yang dingin untukku. Teh
yang begitu kental tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang yang jauh
lebih kental. Melihat ibu yang dibanjiri peluh. Aku segera memberikan
gelasku untuk ibu sambil menyuruhnya minum. Ibu berkata : "Minumlah nak,
aku tidak haus!"

----------KEBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT : Setelah kepergian ayah kerana
sakit, ibu yang malang harus merangkap sebagai ayah dan ibu. Dengan
berpegang pada pekerjaan dia yang dulu, dia harus membiayai keperluan
hidup sendiri. Kehidupan keluarga kami pun semakin susah dan susah. Tiada
hari tanpa penderitaan. Melihat kondisi keluarga yang semakin parah, ada
seorang pakcik yang baik hati yang tinggal di dekat rumahku pun membantu
ibuku baik masalah besar maupun masalah kecil. Tetangga yang ada di
sebelah rumah melihat kehidupan kami yang begitu sengsara, seringkali
menasihati ibuku untuk menikah lagi. Tetapi ibu yang memang keras kepala
tidak mengindahkan nasihat mereka, ibu berkata : "Aku tidak butuh cinta"

----------KEBOHONGAN IBU YANG KELIMA : Setelah aku, kakakku dan abangku
semuanya sudah tamat dari sekolah dan bekerja, ibu yang sudah tua sudah
waktunya pencen. Tetapi ibu tidak mahu, dia rela untuk pergi ke pasar
setiap pagi untuk jualan sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya.
Kakakku dan abangku yang bekerja di luar kota sering mengirimkan sedikit
wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, tetapi ibu berkeras tidak mahu
menerima wang tersebut. Malahan mengirim balik wang tersebut. Ibu berkata
: "Aku ada duit"

----------KEBOHONGAN IBU YANG KEENAM : Setelah lulus dari ijazah. Aku pun
melanjutkan pelajaran untuk buat master dan kemudian memperolehi gelaran
master di sebuah universiti ternama di Amerika berkat sebuah biasiswa di
sebuah syarikat swasta.Akhirnya aku pun bekerja di syarikat itu. Dengan
gaji yang lumayan tinggi. Aku bermaksud membawa ibuku untuk menikmati
hidup di Amerika. Tetapi ibu yang baik hati, bermaksud tidak mahu
menyusahkan anaknya, ia berkata kepadaku : "Aku tak biasa tinggal negara
orang"

----------KEBOHONGAN IBU YANG KETUJUH : Setelah memasuki usianya yang tua,
ibu terkena penyakit kanser usus,harus dirawat di hospital. Aku yang
berada jauh di seberang samudera atlantik terus segera pulang untuk
menjenguk ibunda tercinta. Aku melihat ibu yang terbaring lemah di
ranjangnya setelah menjalani pembedahan.Ibu yang kelihatan sangat tua,
menatap aku dengan penuh kerinduan. Walaupun senyum yang tersebar di
wajahnya terkesan agak kaku karena sakit yang ditahannya. Terlihat dengan
jelas betapa penyakit itu menjamahi tubuh ibuku sehingga ibuku terlihat
lemah dan kurus kering. Aku sambil menatap ibuku sambil berlinang air
mata. Hatiku perit, sakit sekali melihat ibuku dalam keadaan seperti ini.
Tetapi ibu dengan tegarnya berkata : "Jangan menangis anakku. Aku tidak
kesakitan"

----------KEBOHONGAN IBU YANG KELAPAN : Setelah mengucapkan kebohongannya
yang kelapan, ibu tercintaku menutup matanya untuk yang terakhir kali.
Dari cerita di atas, saya percaya teman-teman sekalian pasti merasa
tersentuh dan ingin sekali mengucapkan : "Terima kasih ibu..!"

Cuba dipikir-fikir teman, sudah berapa lamakah kita tidak menelefon ayah
ibu kita? Sudah berapa lamakah kita tidak menghabiskan waktu kita untuk
berbincang dengan ayah ibu kita? Di tengah-tengah aktiviti kita yang padat
ini, kita selalu mempunyai beribu-ribu alasan untuk meninggalkan ayah ibu
kita yang kesepian. Kita selalu lupa akan ayah dan ibu yang ada di rumah.

Jika dibandingkan dengan pasangan kita, kita pasti lebih peduli dengan
pasangan kita. Buktinya, kita selalu risau akan khabar pasangan kita,
risau apakah dia sudah makan atau belum, risau apakah dia bahagia bila di
samping kita?

Namun, apakah kita semua pernah risaukan khabar dari orangtua kita?
Risau apakah orangtua kita sudah makan atau belum? Risau apakah orangtua
kita sudah bahagia atau belum? Apakah ini benar? Kalau ya, cuba kita
renungkan kembali lagi...

Di waktu kita masih mempunyai kesempatan untuk membalas budi orangtua
kita, lakukanlah yang terbaik. Jangan sampai ada kata "MENYESAL" di
kemudian hari.

Bookmark and Share

    


  Member Information For destinasi_abadiProfil   Hantar PM kepada destinasi_abadi   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 05-10-06 12:37


Pada 05-10-06 11:44 , Kakngah posting:

!!! QUOTE !!!

tak rapat dengan abah sebab abh garang..
walau apa pun saya tetap sayangkan abah..


samala...tapi dulu lagi garang sekarang dah kurang....sebab tu saya tak rapat dengan ayah...kalau nak minta apa-apa minta melalui mak...tapi walaumcm mana pun saya sayang sangat kat ayah saya.....banyak yang ayah saya korbankan untuk saya dan adik beradik yang lain...hargailah ibubapa kita sementara mereka masih ada...

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 05-10-06 12:37


Pada 05-10-06 11:44 , Kakngah posting:

!!! QUOTE !!!

tak rapat dengan abah sebab abh garang..
walau apa pun saya tetap sayangkan abah..


samala...tapi dulu lagi garang sekarang dah kurang....sebab tu saya tak rapat dengan ayah...kalau nak minta apa-apa minta melalui mak...tapi walaumcm mana pun saya sayang sangat kat ayah saya.....banyak yang ayah saya korbankan untuk saya dan adik beradik yang lain...hargailah ibubapa kita sementara mereka masih ada...

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

zaqis
Warga Rasmi
Menyertai: 02.10.2006
Ahli No: 26709
Posting: 7
Dari: Atas bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 05-10-06 13:11


salam..

kalau hendak berbakti biarlah semasa ayah dan ibu masih ada. Apabila sudah tiada, menangis air mata darah sekalipun tidak bererti lagi..

emmm... masa mak dan ayah kita masih ada lagi ni.. even sibuk macam mana sekalipun.. cari lah ruang untuk bersama mereka juga.. sebab mereka saja mak ayah kita.. dah tak ada gantinya..
even kadang-kadang karenah mereka memningkan kepala kita,, sabar lah.. ingat kembali susah senang mereka melayan setiap kerenah kita dr kecil sampai sekarang...

apa pun... mak abah.. adalah insan yang sangat berharga bagi ku...
taatlah sungguh pada mereka selagi tidak bercanggah dengan syarak...
kelak menyesal nanti dah tak berguna lagi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zaqisProfil   Hantar PM kepada zaqis   Quote dan BalasQuote

fishah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.01.2006
Ahli No: 22182
Posting: 234
Dari: teluk intan

Perak   avatar


posticon Posting pada: 05-10-06 14:25


saya bertekad akan berbakti kepada kedua2 ibu bapa saya selagi hayat dikandung badan.... ini janji saya!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For fishahProfil   Hantar PM kepada fishah   Quote dan BalasQuote

hangkas
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.08.2006
Ahli No: 26058
Posting: 103
Dari: dalam perjalanan ke arah hari akhirat

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 08-10-06 13:45


tahniah para sahabat dengan janji ini. moga Allah merahmati hidupmu.... gunakan kesempatan yang ada berbaktilah kepada ibubapa..... jangan kita menyesal bila ketiadaan mereka nanti...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hangkasProfil   Hantar PM kepada hangkas   Quote dan BalasQuote

mudarrisah
Warga Rasmi
Menyertai: 26.09.2006
Ahli No: 26571
Posting: 2
Dari: UNIVERSITI DARUL IMAN MALAYSIA

Kelantan  


posticon Posting pada: 08-10-06 13:55


beruntungla bagi yang masih memiliki insan yang bergelar ayah,sayangilah ia sewajarnya dia telah susah payah membesarkan kalian semua..ana tidak dapat merasa kasih sayang insan yang ana gelar abah dengan sepenuhnya kerana beliau telah 10 tahun meninggalkan dunia yang fana ini..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mudarrisahProfil   Hantar PM kepada mudarrisah   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 14-10-06 10:34


sayangi ayah anda...

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.096072 saat. Lajunya....