Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-06-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Kebahagiaan yang sebenar lagi utama terletak pada kemenangan dalam memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak-kehendak yang berlebih-lebihan."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 129
Ahli: 0
Jumlah: 129




  Yang Masuk Ke Sini
jasadkudisini: 3 hari yang lalu
hajime_kindaichi: 5 hari yang lalu
isa777_musa: 5 hari yang lalu
zam_rizal: 14 hari yang lalu
wanja: 25 hari yang lalu
MTMKi: 32 hari yang lalu
Kang: 32 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Bagaimana lailatul Qadar mampu menjadikan kita umat yang hebat?


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Bagaimana lailatul Qadar mampu menjadikan kita umat yang hebat?

Please Mendaftar To Post


Oleh Bagaimana lailatul Qadar mampu menjadikan kita umat yang hebat?

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 04-10-06 18:05


Bagaimana lailatul Qadar dapat menjadikan umat akhir zaman lebih hebat daripada umat terdahulu walau pun umurnya singkat?

Imam Mujahid rahimahullah berkata, 'suatu hari nabi Muhammad S.A.W menceritakan kehebatan jihad seorang bani Israel selama 1000 bulan. Maka sahabat menjadi takjub kepada kehebatan jihad itu. Lalu turunlah surah Al-Qadri'.

Dari Imam Ad-Dailami dari Anas bin Malik radiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa nabi Muhammad S.A.W bersabda, “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah mengurniakan kepada umatku Lailatul Qadar dan ia tidak pernah dikurnian kepada umat sebelum kamu.”

Hebatnya lailatul Qadar, ganjarannya lebih baik daripada 1000 bulan, iaitu 83 tahun 4 bulan. Bayangkan jika seseorang itu umurnya secara purata 60 tahun, dan mula melakukan ibadat selama 35 tahun (dikira bermula umur 15 tahun, umur mukallaf), dia berpeluang bertemu 35 kali lailatul Qadar. Andai setiap tahun, dia mendapat lailatul Qadar, maka ganjaran di sisi Allah untuk malam mulia itu sahaja menjadi ibadah seolah-olah dilakukan selama lebih daripada 35 000 bulan! Atau lebih daripada 1458 tahun tiga bulan. Betapa itulah kehebatan umat akhir zaman.

Akhir kuliah, penceramah menjual buku LAILATUL QADAR, AMALAN & CARA SALAFUSSOLEH MEMPEROLEHINYA dengan harga RM10.00. Buku ini diterbitkan oleh Madrasah Zubaidiyah, Merbok, Kedah. Hanya taipan ayat empat surah Ad-Dukhan pada muka surat 22, ditaip salah dari kiri ke kanan. Isi kandungan yang lain semuanya ok.


http://naimisa.blogspot.com


-----------------
Kadang-kadang, kita perlukan kesunyian. Dan jika bising. Aku membisingkan diri di http://naimisa.esasterawan.net/
[ Telah diedit oleh: MohdHanafi pada 05-10-06 08:43 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-10-06 09:57


Tafsir Surah AL QADR; Ayat 1 hingga 5...

"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur'an) pada malam kemuliaan.
Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril
dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar"

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-10-06 09:42


Bagaimana lailatul Qadar mampu menjadikan kita umat yang hebat?


belum mampu menjawab persoalan itu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

al-fateh
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.02.2006
Ahli No: 22816
Posting: 80

blank   avatar


posticon Posting pada: 11-10-06 16:49


Lalilatul Qadar itu hadiah dari Tuhan. Kita berpuasa ini bertukar-tukar hadiah dengan Tuhan. Hadiah kita adalah wadah puasa. Sudah tentu wadah itu perlu pada pengisian. Puasa itu perlu diisi dengan penghayatan, mujahadah, kesabaran dan keinsafan. Barulah puasa itu benar-benar menjadi hadiah kepada Tuhan. Kelak, Allah akan memberinya hadiahnya berupa lailatul qadar, kemapunan dan rahmatNya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-fatehProfil   Hantar PM kepada al-fateh   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.096101 saat. Lajunya....