Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-08-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bulan tak jatuh ke riba, sebaliknya manusia menjatuhkan diri ke atas bulan
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 55
Ahli: 0
Jumlah: 55




  Yang Masuk Ke Sini
wakjaman: 18 hari yang lalu
muslimiman: 23 hari yang lalu
tornado: 42 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Isteri tak tahu suami tipu identiti


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Isteri tak tahu suami tipu identiti

Please Mendaftar To Post


Oleh Isteri tak tahu suami tipu identiti

firda94
Warga 1 Bintang
Menyertai: 20.12.2005
Ahli No: 21277
Posting: 32
Dari: UPM

Kelantan  


posticon Posting pada: 02-10-06 13:31


KOTA TINGGI: “Hingga kini bukan saya seorang, malah kami sekeluarga tidak tahu identiti sebenar suami,” kata balu lelaki warga Indonesia yang menggunakan dan kad pengenalan milik orang lain, Norizah Hamzah, 27.
Norizah balu kepada seorang lelaki warga Indonesia yang menggunakan identiti Mohd Syarizal Wahab, 29.

Lelaki warga asing yang tidak diketahui identitinya itu meninggal dunia 30 Januari lalu selepas menghidap penyakit tibi.

Rahsia lelaki warga Indonesia itu terbongkar selepas pemilik asal kad pengenalan itu membuat laporan mengenai caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikeluarkan individu tidak dikenali.

Bagaimanapun, timbul kekeliruan berikutan polis mengatakan mengenal pasti lelaki itu sedang bersembunyi, sedangkan lelaki itu sudah meninggal dunia.

Norizah berkata, dia sedih kerana selepas hidup bersama sebagai suami isteri, dia tidak tahu nama sebenar suaminya.

Katanya, dia berkenalan dengan suaminya ketika bekerja di pusat beli-belah di Kota Tinggi, antara 2001 atau 2002 sebelum bernikah pada 2003.

Sepanjang tiga tahun mendirikan rumah tangga dia tidak pernah curiga kerana pertuturan suaminya tidak seperti orang Indonesia.

Malah katanya, beberapa urusan pinjaman bank mudah diluluskan menyebabkannya tidak meragui identiti dan taraf kerakyatan suaminya.

Menurutnya, ketika majlis pernikahan tiada keluarga lelaki hadir kecuali kawannya, malah suaminya juga tidak suka bercerita apabila ditanya mengenai keluarga dan kampungnya.

“Sebagai isteri saya tidak mahu bertengkar kerana setiap kali diajukan persoalan itu, dia menyuruh saya diam dan jangan banyak soal.

“Isteri mana yang suka melihat suami meradang, malah dia keluar berjumpa rakannya jika saya mengajukan soalan itu.

“Kalau dikenang, memang saya yang menjaganya sepanjang dia terlantar sakit, hingga dimasukkan seminggu di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

“Malah sepanjang hidup bersama banyak dugaan ditempuhi tetapi selepas dia meninggal, baru saya sedar dia menipu hingga nama sebenarnya pun tidak diketahui,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Felda adalah di sini, semalam.

Menurutnya, perkara itu bukan saja menyebabkan dia menanggung malu, malah seluruh keluarga turut menerima aib.

Bagaimanapun, katanya sebagai isteri dia tidak nafikan suaminya itu seorang yang bertanggungjawab terutama terhadap dua anak mereka.

Malah dia bersama dua anak serta kakak dan abang ipar membawa wartawan dan jurugambar ke kubur suaminya di Tanah Perkuburan Islam Felda Sening.

Katanya, suaminya itu bekerja sebagai buruh tetapi atas nasihat orang ramai dia memeriksa KWSP sama ada terdapat caruman atau tidak.

“Saya memeriksa KWSP dan mendapati memang ada caruman atas nama suami, ketika itu saya tidak tahu ia milik orang lain,” katanya.

Norizah, suri rumah kini bukan hanya risau memikirkan masa depan dua anaknya, Mohd Norsyarizan, tiga tahun dan Mohd Norsyazreen, dua tahun, malah baki pinjaman bank RM30,000 tidak mampu dibayarnya.

“Walaupun marah dan sedih tetapi kehidupan perlu diteruskan apa lagi saya disahkan menghidap tibi sejak tiga bulan lalu,” katanya.

Menurutnya, sepanjang perkahwinan itu suaminya beberapa kali membawa dia bersama dua anaknya berjumpa satu keluarga di Bukit Panjang, Segamat yang didakwa sebagai keluarganya.

Bagaimanapun, katanya dia pelik kerana selepas dimaklumkan mengenai kematian suaminya itu, keluarga terbabit tidak datang melawat.



p/s : apa pendapat kalian semua?

Bookmark and Share

    


  Member Information For firda94Profil   Hantar PM kepada firda94   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-10-06 13:35


itulah dia. nak cari pasangan lain kali janganlah terlalu mudah.

ps: sekarang kat bus stand pun jadi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

farabi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2004
Ahli No: 9005
Posting: 247
Dari: kelana jaya

Pahang  


posticon Posting pada: 02-10-06 14:00


kasihan dekat si isteri tu,...
jadi ingatan untuk kita selidik dulu siapa bakal pasangan kita tu..moga xnyesal kemudian

Bookmark and Share

    


  Member Information For farabiProfil   Hantar PM kepada farabi   Pergi ke farabi's Website   Quote dan BalasQuote

amirahni
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.06.2006
Ahli No: 24839
Posting: 134
Dari: SHAH ALAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-10-06 14:04


Musykil...Musykil
sah ke nikah dia kalau nikah dengan orang lain pakai nama orang lain?
semudah ABC saja ...kenal...berkenan ..kahwin.
Cinta memang buta.


-----------------
BUAT YANG BETUL, BUAT DENGAN BETUL, BUAT BETUL-BETUL


Bookmark and Share

    


  Member Information For amirahniProfil   Hantar PM kepada amirahni   Pergi ke amirahni's Website   Quote dan BalasQuote

firda94
Warga 1 Bintang
Menyertai: 20.12.2005
Ahli No: 21277
Posting: 32
Dari: UPM

Kelantan  


posticon Posting pada: 02-10-06 15:41


yang kesiannya ialah 2 orang anaknya. Apa status mereka agaknya?

Bookmark and Share

    


  Member Information For firda94Profil   Hantar PM kepada firda94   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.112787 saat. Lajunya....