Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-08-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila seseorang itu sentiasa meninggi diri, dirinya saja yang lebih dari orang lain, dirinya saja yang hebat, pastilah dialah orang yang paling rendah nilai, maruah, akhlak dan kedudukannya
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 64
Ahli: 0
Jumlah: 64




  Yang Masuk Ke Sini
wakjaman: 18 hari yang lalu
muslimiman: 23 hari yang lalu
tornado: 42 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: SEKAT TAZKIRAH RAMADHAN !!!!


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» SEKAT TAZKIRAH RAMADHAN !!!!

Please Mendaftar To Post


Oleh SEKAT TAZKIRAH RAMADHAN !!!!

AzmilMustapha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.06.2006
Ahli No: 24880
Posting: 238
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-10-06 10:32


Sekatan tazkirah Ramadan dan peluang yang dibazirkan    
Sat | Sep 30, 06 | 03:13:39 PM
Oleh Ahmad Lutfi Othman

Isunya bukan baru, sudah bertahun-tahun diperkatakan bila saja tiba Ramadan, soal tazkirah yang tidak dibenarkan sewaktu solat tarawikh di semua masjid dan surau, dan kini peraturan songsang itu seolah-olah sudah diterima umum, menandakan termaktublah budaya anti-ilmu.

Bantahan pun tidak sekeras dulu. Akhirnya masyarakat mungkin tidak ambil pusing lagi dengan sekatan tazkirah itu, dan ia diterima tanpa soal. Lagi pun, seperti kata anggota Exco Agama Selangor, Abdul Rahman Palil, 24 September lalu: "Tazkirah ini, bila-bila masa pun boleh diadakan, tak perlu tunggu bulan Ramadan."

Tidak ada kena-mengena?


"Apa yang penting pada bulan Ramadan," tambah 'tokguru' baru ini, "ialah meningkatkan amalan melalui cara bersolat tarawih, sembahyang sunat witir dan bertadarus al-Quran dan bukannya diselang seli dengan perkara yang tidak kena-mengena dengan ibadah khusus ini."

Kerajaan Selangor (selalunya di negeri inilah banyak peraturan karut-marut digubal, ingat kes bekas muftinya, Dato' Ishak Baharom dipecat dan terkini Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria pun tidak dibenarkan memberikan kuliah dan ceramah di negeri ini) juga menetapkan solat tarawih diadakan 20 rakaat.

Tujuannya, seperti kata Abdul Rahman Palil, untuk mengelak pihak-pihak tidak bertanggungjawab menyusun aktiviti tazkirah sekiranya solat tarawih dilakukan lapan rakaat.

Selain mengelak pihak berkepentingan politik menganjurkan tazkirah, tambahnya, kerajaan Selangor juga khuatir ada pihak akan menggunakan pentas tersebut untuk menyebarkan ajaran sesat (sampai begitu sekali!)


Wirid lama penguasa anti-ilmu

Cuba rujuk laporan berita lima tahun lalu, bertarikh 29 Oktober 2001. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato' Abdul Hamid Zainal Abidin berkata, Jakim meminta semua Jabatan Agama Islam negeri tidak membenarkan tazkirah diadakan sewaktu sembahyang sunat tarawih sepanjang Ramadan.

"Ia bagi mengelak penyalahgunaan pentas tazkirah bagi kepentingan politik. ... jangan diselang seli dengan perkara yang tidak kena-mengena dengan ibadah khusus itu," ujar Abdul Hamid, seperti dipetik laporan Utusan Malaysia. Bagai ada pengulangan kenyataan Abdul Rahman dengan Abdul Hamid.

Larangan tazkirah ini merupakan salah satu tindakan bersepadu Umno untuk menyekat pengaruh PAS susulan peningkatan mendadak prestasi PAS bersama Barisan Alternatif pada pilihan raya umum 1999. Bukan saja PAS mempertahankan Kelantan tapi berjaya menguasai Terengganu dan melakukan kejutan besar di Kedah, Pahang dan juga Selangor.


Bermotif politik menyekat pengaruh PAS

Sekatan tazkirah sememangnya satu pendekatan bermotif politik yang cukup ketara bagi memulihkan kembali kedudukan Umno sebagai parti Melayu terbesar. Selain itu, pemerintah mengambil tindakan keras melarang semua bentuk ceramah-ceramah umum, memantau mimbar-mimbar masjid dan kuliah-kuliah agama. Pihak polis dikerah semahunya untuk menjayakan hasrat Umno itu.

Sebelumnya, KDN bertindak nekad mengurangkan kekerapan Harakah daripada dua kali seminggu kepada dua kali sebulan - sekali gus membunuh terus fungsi lidah rasmi PAS itu sebagai sebuah akhbar alternatif - serta mengharamkan akhbar mingguan Eksklusif dan majalah dwi-bulanan, Detik, dan kemudiannya majalah bulanan remaja, Al-Wasilah.

Kali ini saya cuba untuk tidak melihat isu larangan tazkirah ini daripada perspektif politik. Ya, di bulan penuh keberkatan ini, saya cuba mendisiplinkan diri tidak menuding jari(!) kepada pemerintah, apatah lagi Perdana Menteri kita begitu prihatin dengan projek Islam Hadharinya(!).


Peluang terbaik menyemai budaya ilmu

Cuba kita lihat kepada peluang dan kesempatan terbaik untuk berdakwah, saling ingat-mengingati, menyemai ilmu dan kecintaan untuk menghayati tuntutan agama kepada jamaah tarawih yang begitu ramai, sebahagian besarnya jarang mengunjungi surau atau masjid, terutama membabitkan anak-anak remaja dan golongan belia.

Rasanya ramai tidak bersetuju jika hanya ditekankan golongan belia remaja sedangkan majoriti umat Islam keseluruhannya renggang daripada masjid dan surau. Semua sibuk mengejar kehidupan dan memenuhi tanggungjawab mencari rezeki sehingga dibimbangi akar ikatan mereka dengan Islam semakin longgar. Sepanjang Ramadan masing-masing akan berada di rumah sebelum maghrib dan peluang ke surau dan masjid lebih terbuka.

Biarpun Islam Hadhari dicanangkan, tidak pula kita nampak satu program menyeluruh mendekatkan umat Islam kepada agamanya - malah, diletakkan sekatan pula - dan kesempatan Ramadan adalah yang terbaik kerana ia secara luarbiasa mendorong jamaah memenuhi surau dan masjid, terutama di bandar-bandar, dan biasanya seseorang Muslim lebih mudah untuk mendekati agama di bulan puasa.

Kita sendiri boleh perhatikan kehadiran mereka yang melimpah-ruah, terutama di malam-malam awal Ramadan. Lalu, mengapa audien baru ini dipersia-siakan begitu saja, khususnya untuk menanamkan kesedaran berilmu? Dan apa yang disebut program tazkirah itu adalah medium paling sesuai menjinakkan hati anak-anak kita kepada Islam, melazimkan mereka dengan majlis ilmu dan menikmati tuntutan ibadah.


Mengapa dibakar kelambu

ok, jika benar pengalaman lampau menunjukkan ia (mungkin satu dua kes terpencil) disalahguna untuk kepentingan politik, maka sukar sangatkah untuk dicari jalan keluar, asalkan kesempatan berharga itu dapat dimanfaatkan? Marahkan nyamuk mengapa mahu dibakar kelambu? Jika ada bibit keikhlasan di kalangan penguasa, tentu akan terbuka seribu satu lorong ke arah kebaikan.

Bukankah selama ini pun, kerajaan Selangor misalnya, memastikan hanya pendakwah bertauliah dibenarkan memberi kuliah agama, kalaupun benar penguasa bimbang disebarkan ajaran sesat melalui tazkirah, walhal hujah ini langsung tidak masuk akal. Ajaran sesat jarang dikembangkan melalui pentas terbuka seperti majlis tazkirah!

Ada yang bertanya, apakah bilangan ustaz bertauliah ini mencukupi untuk memenuhi permintaan yang tentunya begitu tinggi ketika Ramadan? Tidak kurang yang mencelah, mampukah ustaz-ustaz berkenaan menyampaikan tazkirah dengan baik dan berkesan, serta mampu memikat perhatian jamaah? Hanya bicara yang datang daripada hati akan tumpah ke hati, dan mendatangkan kesan positif.

Hanya yang bertauliah... okeylah

Apabila saya mahu mencari formula terbaik supaya tazkirah diteruskan maka saya tidak perlu membantah jika ada syarat pendakwah atau imam mesti mendapat tauliah daripada jabatan agama. Tapi, jangan pula mereka yang sememangnya diakui umum sebagai tokoh berwibawa tidak diberi tauliah hanya kerana dilihat tidak bersedia mengaminkan semua titah pemerintah.

Isu kedua, syarat majlis tazkirah itu diadakan selepas selesai solat tarawih 20 rakaat adalah tidak munasabah. Tinjauan rambang menunjukkan lebih kurang 20 peratus sahaja jamaah yang "masih bertahan" selepas selesai tarawih lapan rakaat. Maknanya, tazkirah harus dilangsungkan dalam "waktu rehat", sama ada selepas empat rakaat untuk jamaah lapan rakaat, atau selepas lapan rakaat untuk jamaah 20 rakaat.

Apabila kita merancang sesuatu program sudah tentu kita mahu mendapat kesan terbaik, bukan umpama melepas batuk di tangga. Anak-anak muda khususnya perlu dilembutkan hati mereka, dipermudahkan agar jangan terasa membebankan jika beribadah. Jika mereka menjadi target tazkirah, tidak masuk akal kita mahu memulakan program ilmu itu selepas mereka bersurai. Justeru, waktu senggang selepas solat lapan rakaat tarawih adalah yang paling sesuai untuk tazkirah. Lagi pun masa untuknya hanya sekitar maksimum 10 minit.


Ramadan kem intensif penyelesaian masalah umat

Dalam suasana semua pihak bimbang dengan pelbagai gejala negatif melanda anak-anak kita, Ramadan sewajarnya boleh berperanan sebagai kem latihan intensif untuk menyuntik ruh agama ke dalam jiwa mereka. Ya, jamaah yang berduyun-duyun ini pasti tidak merungut, malah mengalu-alukannya, jika penyampaian tazkirah dilakukan sebaik mungkin. Dahulu, zaman Tun Hussein Onn, rasanya pernah dilancarkan "bulan dakwah" dan tidak salahnya kalau ia dihidupkan semula, dan Ramadan mungkin sesuai.

Apa pun, harus diingat, penyelesaian kepada kemelut gejala sosial harus berdasarkan asas yang kukuh dan menyeluruh sifatnya. Kerajaan mesti dilihat ikhlas dan benar-benar prihatin dengan konflik yang kian parah ini. Jangan hanya bijak bersilat retorik sedangkan amalannya menambah luka.

Budaya ilmu melalui tazkirah Ramadan mungkin satu pendekatan yang boleh dikembangkan di seluruh negara serta mendapat galakan dan peruntukan kerajaan. Langkah stesen tv kerajaan dan swasta menyelitkan tazkirah Ramadan dalam program berita jam lapan malam wajar diperkukuhkan lagi, sambil memastikan slot selepas itu tidak dicemari program anti-tazkirah pula.

Banyak pihak pastinya sinis dengan cadangan itu. Umno hanya pentingkan kuasa, kata mereka, dan pengekalan kuasa Umno bersandar mantap kepada kejahilan umat Melayu terhadap tuntutan agama; jika tersingkap dinding pemisah itu maka sokongan kepadanya berderai luruh.

Saya kira itu hanya anggapan yang belum pasti tepat. Benar, setiap parti sentiasa berwaspada dengan apa jua elemen - biarpun nampak kecil - yang boleh menjejaskan sokongan, namun proses pengilmuan seperti tazkirah Ramadan boleh memberi manfaat untuk semua, apa lagi sang penguasa yang mencetuskan langkah itu.

Sesekali cubalah berfikir dan bertindak sebagai pemimpin kerajaan yang baik, bukannya dibatasi belenggu cara berfikir dan bertindak pemimpin parti berkuasa, tidak kira Umno mahupun PAS (di Kelantan).

Bukan cuti raya tapi cuti akhir Ramadan

Selain maslahat umat yang lebih besar yang harus diangkat dan ditangani bersama, hal-hal yang dibincangkan dalam tazkirah itu tidak akan terperosok ke dalam perangkap kepolitikan yang sempit. Kita harus berani keluar daripada kepompong lama, antara hitam dan putih, PAS dan Umno, pemerintah dan pembangkang; di luar sana banyak isu-isu yang memerlukan penggemblengan secara bersepadu.

Dalam pada itu, saya teringat cadangan saya di Harakah hampir 20 tahun lalu, agar cuti panjang yang lazim kita gunakan selepas Aidilfitri diawalkan menjadi cuti panjang 10 hari-hari akhir Ramadan. Namun begitu, pencadangnya sendiri pun belum mampu melakukannya, terutama dalam konteks memanfaatkan sebaik mungkin tempoh penuh keberkatan itu untuk beribadah!

Bookmark and Share

    


  Member Information For AzmilMustaphaProfil   Hantar PM kepada AzmilMustapha   Pergi ke AzmilMustapha's Website   Quote dan BalasQuote

AzmilMustapha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.06.2006
Ahli No: 24880
Posting: 238
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-10-06 10:39


Ada pulak kuasa menteri-menteri agama dan exco-exco agama islam hadhari ini MENYEKAT program 'mungkar' ini ( TAZKIRAH ).

Kata exco agama selangor

!!! QUOTE !!!

Lagi pun, seperti kata anggota Exco Agama Selangor, Abdul Rahman Palil, 24 September lalu: "Tazkirah ini, bila-bila masa pun boleh diadakan, tak perlu tunggu bulan Ramadan."

Tidak ada kena-mengena?

"Apa yang penting pada bulan Ramadan," tambah 'tokguru' baru ini, "ialah meningkatkan amalan melalui cara bersolat tarawih, sembahyang sunat witir dan bertadarus al-Quran dan bukannya diselang seli dengan perkara yang tidak kena-mengena dengan ibadah khusus ini."


Boleh pula mengeluarkan ARAHAN untuk menyekat, Kenapa tidak dikeluarkan arahan kepada konsert-konsert artis yang mendedahkan aurat, tarian dan joget, sambutan tahun baru kafir dan 1001 lagi acara maksiat yang berlangsung sepanjang tahun di selangor

Tazkirah, Mauidzah, peringatan kepada mati, peringatan supaya menyokong perjuangan Islam, peringatan supaya jangan menyokong kemungkaran dianggap sebagai KEMUNGKARAN yang perlu disekat, dan mereka memang melakukannya....

MEREKA MENYEKAT PERKARA KEBAIKAN (MAARUF) DAN MEREKA MENGIZINKAN PERKARA KEJAHATAN (MUNGKAR) YANG MEROSAKKAN AKHLAK ORANG ISLAM.

Kepada orang selangor, mereka inikah yang anda pangkah di waktu pilihanraya untuk menjadi pemimpin anda....tepuk dada tanya iman.


Bookmark and Share

    


  Member Information For AzmilMustaphaProfil   Hantar PM kepada AzmilMustapha   Pergi ke AzmilMustapha's Website   Quote dan BalasQuote

khatulistiwa
Warga 2 Bintang
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25016
Posting: 54

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-10-06 10:47


tujuan sekat tazkirah adalah untuk menumpukan sepenuhnya dalam beribadat khusus bulan ramadhan yang hanya datang sekali dalam setahun. jadi mengapa diperlukan tazkirah yang kekadang terdapat unsur-unsur politik yang boleh memecah belahkan umat islam.

bukankah bulan ramadhan adalah bulan beribadat seperti selawat terawih, membaca al-quran, membuat kebajikan?

bukankah tazkirah atau cewramah boleh dibuat di luar bulan ramadhan?

Bookmark and Share

    


  Member Information For khatulistiwaProfil   Hantar PM kepada khatulistiwa   Quote dan BalasQuote

qardhawi_jr
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.07.2005
Ahli No: 17517
Posting: 365

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-10-06 11:04


bagi org awam ,mereka perlu dan minta sngt2 pengisian rohani..apatah lagi di bulan ramadhan...tazkirah dalam 10-15 minit,takkan lah mgaggu terawih...ada yang buat sebelum trawih...selepas trawih..tngh2 trawih...takkan tak boleh tazkirah...jangan duduk fikir politik smpit saja..mrugikan umat islam....
memang tazkirah diluar ramadhan pun boleh..tapi kita tngok dari sudut dakwah....kbnyakan orang awam yang tak pernah datang masjid,prgi ke masjid di bulan ramdhan,,,,amiklah kesemptan tu ajak mereka berubah..supaya terus kekal istiqamah ke masjid selepas bulan ramadhan........tapi kalau tazkirah disekat,mereka hanya Sekadar terawih,habis bulan rmdhan tak ada kesan..tak ada pningkatan ketaqwaan..........

Bookmark and Share

    


  Member Information For qardhawi_jrProfil   Hantar PM kepada qardhawi_jr   Quote dan BalasQuote

qardhawi_jr
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.07.2005
Ahli No: 17517
Posting: 365

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-10-06 11:09


nak el;ak disalahguna,amiklh tindakan tegas kepada mana-mana pnceramah yang salah guna....kalau mereka cakap yang hak,apa yang mereka nak takutkan....spnjang ramadhan ni,tazkirah yang saya dengr mngajak uamat islam sedar tentang isu semasa..murtad,lubnan,,plestin..hiburan melampau.....ini cramah politik ke???kalau semua dikatakan cramah politik,tegur krajaan pun dikatakan crmah politik....tutup shjlah masjid!politik sempit merugikan umat!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For qardhawi_jrProfil   Hantar PM kepada qardhawi_jr   Quote dan BalasQuote

qardhawi_jr
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.07.2005
Ahli No: 17517
Posting: 365

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-10-06 11:13


sempitnya Islam kalau ramadhan itu hanya dimanfaatkn Sekadar baca quran..terawih..selawat,,,,umat islam jangan pntingkn diri sndir sahaja..sibuk buat amalan lntas mlupakan hal sekiling..amalan untuk diri sendiri lnts abaikan org lain..nak masuk syurga seorang-seorang agaknya.!!!islam mngglakkan jemaah.........berdosa kita buat amar makruf tapi meninggalkan nahi mungkar!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For qardhawi_jrProfil   Hantar PM kepada qardhawi_jr   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-10-06 11:13


:-di saya mengakui ada sesetengah ustaz2 atau ustazah2 yang berkiblatkan PAS menggunakan pentas tazkirah sebagai tempat untuk memperjuangkan fahaman politik mereka......ini memang salah.....!!!Ini juga dapat menyebabkan masyarakat tidak datang ke masjid tersebut kerana tidak mahu mendengar kuliah @ tazkirah yang bercampur aduk....

:oops: tapi bukan semua macam itu.....janganlah disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga.......


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

AzmilMustapha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.06.2006
Ahli No: 24880
Posting: 238
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-10-06 12:12


!!! QUOTE !!!

tujuan sekat tazkirah adalah untuk menumpukan sepenuhnya dalam ‎beribadat khusus bulan ramadhan yang hanya datang sekali dalam setahun. jadi ‎mengapa diperlukan tazkirah yang kekadang terdapat unsur-unsur politik yang ‎boleh memecah belahkan umat islam.‎

bukankah bulan ramadhan adalah bulan beribadat seperti selawat terawih, ‎membaca al-quran, membuat kebajikan?‎

bukankah tazkirah atau ceramah boleh dibuat di luar bulan ramadhan?


Saya petik kembali tulisan saudara ahmad lutfi untuk menjawab persoalan ‎saudara/i ini.‎

TUJUAN TAZKIRAH DIADAKAN..‎

!!! QUOTE !!!

Peluang terbaik menyemai budaya ilmu ‎

Cuba kita lihat kepada peluang dan kesempatan terbaik untuk berdakwah, saling ‎ingat-mengingati, menyemai ilmu dan kecintaan untuk menghayati tuntutan ‎agama kepada jamaah tarawih yang begitu ramai, sebahagian besarnya jarang ‎mengunjungi surau atau masjid, terutama membabitkan anak-anak remaja dan ‎golongan belia....


!!! QUOTE !!!

Kita sendiri boleh perhatikan kehadiran mereka yang melimpah-ruah, ‎terutama di malam-malam awal Ramadan. Lalu, mengapa audien baru ini ‎dipersia-siakan begitu saja, khususnya untuk menanamkan kesedaran berilmu? ‎Dan apa yang disebut program tazkirah itu adalah medium paling sesuai ‎menjinakkan hati anak-anak kita kepada Islam, melazimkan mereka dengan ‎majlis ilmu dan menikmati tuntutan ibadah


Unsur-unsur Politik ?‎

Adakah menegur kerajaan yang tidak memerintah mengikut Al-Quran itu unsur ‎politik & memecahbelahkan perpaduan, adakah menegur program-program ‎mungkar seperti konsert, joget dan berbagai lagi acara maksiat itu unsur politik, ‎adakah menegur kerajaan supaya menutup disko, pusat judi, pub itu unsur ‎politik, adakah meminta kerajaan supaya kembali kepada Al-Quran itu unsur ‎politik

Saudara/i perlu faham beribadah itu bukan sahaja solat tarawih, membaca Al-‎Quran dan bersedekah tetapi Amar Maaruf Nahi Munkar juga tuntutan ibadah. ‎Fahami konsep ibadah...Jikalau kita bersolat dan membaca Quran, pada masa ‎yang sama kita pergi ke disko, kita minum arak, kita berjudi, apakah ibadah kita ‎diterima...‎

Sebab tak boleh buat di luar Ramadhan lah kita cuba memanfaatkan Ramadhan ‎untuk menyampaikan Tazkirah, sebab orang melayu kita ini hanya ramai di ‎masjid sewaktu Ramadhan, apabila masuk Syawal dan seterusnya, masjid ‎kembali lengang....dan inilah peluang yang tersangat baik untuk diadakan ‎Tazkirah....‎

Wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For AzmilMustaphaProfil   Hantar PM kepada AzmilMustapha   Pergi ke AzmilMustapha's Website   Quote dan BalasQuote

AzmilMustapha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.06.2006
Ahli No: 24880
Posting: 238
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-10-06 12:22


!!! QUOTE !!!

saya mengakui ada sesetengah ustaz2 atau ustazah2 yang berkiblatkan PAS menggunakan pentas tazkirah sebagai tempat untuk memperjuangkan fahaman politik mereka......ini memang salah.....!!!


FAHAMAN POLITIK MEREKA

Apa fahaman politik PAS. Tidakkah mereka mendakwa Fahaman mereka ialah Menegakkan Negara Islam, melaksanakan Amar Maaruf Nahi Mungkar......Dan melaksanakan tuntutan Al-Quran

Saya tak pastilah benarkah demikian, tapi jika benar apa yang diperjuangkan itu Islam, bagaimana pula dakwaan saudara yang mengatakan.............ini memang salah!!!!!

Salah ke memperjuangkan Islam ?

p/s : Saudara eme86, membangun bersama Islam tu pun fahaman politik PAS

Bookmark and Share

    


  Member Information For AzmilMustaphaProfil   Hantar PM kepada AzmilMustapha   Pergi ke AzmilMustapha's Website   Quote dan BalasQuote

faried
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26185
Posting: 150
Dari: kedah

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 02-10-06 12:29


tazkirah.satu sesi yang mana bermisikan untuk menYedarkan insan.Salah ke yang benar di tegakkan????
INGAT!setiap perlakuan insan akan di hitung oleh ALLAH.
sAYA rasa parti politik yang ada kat malaysia ini,hanya PAS saja yang menegakkan ISLAM.JANGAN katakan politik dan agama itu asing.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fariedProfil   Hantar PM kepada faried   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-10-06 12:37


Assalamualikum...
Ana sangat-sangat bsetuju dengan pandangan dan hujah yang dilontarkan oleh Ustaz Azmil Mustafa (Ali Setan Insaf) gurau ek....
Jadi kita dapat gambarkan bahawa pemimpin2 agama islam hadhari ni merasa gentar kerana di bulan mulia tiada setan yang membisik, so mereka takut jika dibiarkan diadakan tazkirah atau forum, pasti jemaah akan mudah kdudukan sbnar agama islam di Malaysia, dan umat islam malaysia akan faham Islam Hadhari yang dpkenalkan oleh UMNO ada ciri2 gambungan Islam Plura, sekule, libre dan isme2 lain...sebab mereka tak pernah mletakkan Al-Quran sebagai tempat teratas.....
Hari mereka berjaya mgelapkan hati dan minda umat islam dmalaysia shingga ramai myokong apbila perlu dharamkan kuliah semasa @ slpas tarawek, dan ustaz2 ttentu sahaja (ustaz islam hadhari) yang boleh beri ceramah....ramai orag setuju shigga mereka kata
"tujuan sekat tazkirah adalah untuk menumpukan sepenuhnya dalam beribadat khusus bulan ramadhan yang hanya datang sekali dalam setahun. jadi mengapa diperlukan tazkirah yang kekadang terdapat unsur-unsur politik yang boleh memecah belahkan umat islam.

bukankah bulan ramadhan adalah bulan beribadat seperti selawat terawih, membaca al-quran, membuat kebajikan?

bukankah tazkirah atau cewramah boleh dibuat di luar bulan ramadhan?
DAN
saya mengakui ada sesetengah ustaz2 atau ustazah2 yang berkiblatkan PAS menggunakan pentas tazkirah sebagai tempat untuk memperjuangkan fahaman politik mereka......ini memang salah.....!!!Ini juga dapat menyebabkan masyarakat tidak datang ke masjid tersebut kerana tidak mahu mendengar kuliah @ tazkirah yang bercampur aduk...."

Maaf, bagi ana mrasakan btanpa ceteknya fikrah dan pmahaman mereka...
sdangan kita mngaku beriman dengan ayat al-quran..so, di mana kita letakkan Surah Al-Asr sebagai ikutan???? adakah hanya sebagai surah selesai majlis... dan kalau kita mmahami lagi dalam surah al-dzariat ayat 57 (tak silap) "Dan (bterusan) berilah peringatan, kerana peringatan itu sangat bermanfaat bagi orang yang beriman"..
Cuba cek balik hadis rasulullah yang dsampaikan kepada sahabat pada phujung sya'ban, yang mana akan datang satu bulan bukannya setakat bulan kita bpuasa, tetapi mrangkumi bula sabar, bulan tilawah alquran, bulan sedekah dsbgainya...
Ana sedikit sedih bila ada sahabat mudah mnuduh & macam rigid thadap PAS.. Ana akui memang ana pro... sebab ana yakin pjuangan yang ingin dbawa oleh pas... Cuba tengok siapa yang paling lantang myuarakan isu murtad??? IFC& Artikel 11??? ini semua soal akidah... kita tengok dmana PM kita amirul islam hadhari... Nori anak pepuaan pak lah & Marina anak perempuan Dr M, jadi org kuat Sister in islam.....kepada sahabat2 s'ukhwah.com yang taasub pada UMNO..celiklah mata... UMNO bukan pembela orang melayu...kalau mereka pembela..situasi di pulau pinang dan cameron higland takkan tjadi sahabat2... So bangsa melayu pun sudah tak mampu hendak dperjuangkan..macam mana mereka boleh kata mereka memperjuangkan islam...
Ok, maaf kalau kata-kata kasar...kita menilai dengan kefahaman dan mata hati yang dkurnikan oleh pmilik sgala makhluk...Hudanlinnas...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-10-06 13:28


apo bondo lah.

ps: nama pun tazkirah, nak dengar silalah dengar, tak mahu, keluar sajalah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-10-06 13:31


sorylah gua menaip dalam tgesa2... kalut sangat takut bos tengok....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-10-06 13:33


Pada 02-10-06 13:31 , aye posting:

!!! QUOTE !!!

sorylah gua menaip dalam tgesa2... kalut sangat takut bos tengok....
ok apa tulisan tu.

ps: haaa...salah guna ni. :-di

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

farabi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2004
Ahli No: 9005
Posting: 247
Dari: kelana jaya

Pahang  


posticon Posting pada: 02-10-06 14:38


sepatutnya bukan macam tu...bulan ramadhan ni kan orang minat nak dengar tazkirah...bagi lah apa orang nak...ni lah peluang nak sedarkan umat islam...tol tak???

Bookmark and Share

    


  Member Information For farabiProfil   Hantar PM kepada farabi   Pergi ke farabi's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-10-06 14:48


Yelah... tapi alhamdullah kat masjid negeri saja tak boleh tapi kat surau2 yang jais tak ada kuasa, still on...pduli apa..kita takut pada Allah saja...kita masuk syurga pun dengan redha Allah..bukan redha kerajaan atau mana-mana yang tak sedar diri..
betul tak..macam signature ana!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

AzmilMustapha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.06.2006
Ahli No: 24880
Posting: 238
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-10-06 17:01


CATATAN SEMASA MINDA TOK GURU - released:(30okt2001)

HARAM TAZKIRAH SELEPAS TARAWIKH?


Tidak boleh tazkirah selepas Sembahyang Tarawikh. Begitulah bunyi arahan seperti yang dimuatkan dalam laporan akhbar pada 30 Oktober 2001. Pelik sungguh bunyinya.

Quran inikan jenis zikir. Berzikir ialah mengingati Allah. Banyak ayat-ayat yang membawa maksud ini. Ia adalah seperti Ayat dalam Surah Az Zariyaat 55, Al Kahfi 57 dan Ayat dalam Surah Al Ghaasyiyah 21 – 22. Dah menjadi tabii Islam yang sebati antara ayatnya dan pengertian dari maksud ayatnya. Kita di Kelantan memang galakkan semua masjid dan surau membuat tazkirah dari ayat-ayat Quran yang dibaca pada setiap malam di sepanjang Bulan Ramadhan. Tujuannya ialah untuk memberi kefahaman tentang pengajaran ayat yang dibaca pada malam itu. Begitulah untuk malam-malam berikutnya. Mana ruginya? Gunakan apa juga saluran untuk mengembangkan Islam. Ini takutkan Islam pula.Nampaknya begitulah.

Keldai hanya pandai memikul Quran diatas belakangnya tapi sedikitpun tidak tahu akan kandungan dan dan maksudya. Jangan kita jadi macam keldai ini sudahlah!.

Kalau tidak beri ilmu melalui tafsiran ayat dalam majlis tazkirah, bagaimana lagi?    Sampai masjid dan suraupun nak diberkas. Ceramah agama ditutup. Akhbar yang membicarakan Islam disekat. Orang berhimpun nak serah memorandum disembur. Umat Islam nak Sembahyang Hajat di Kedutaan Amerika dihalau. Nak tazkirah di masjid memahami Ayat Quran dilarang. Jika tidak dapat dibuat tazkirah semasa Sembahyang Tarawikh, dah, cuba cakap dimana lagi? Di padang? Di bawah pokok kelapa? Semua tak boleh!

Negara Islam macam mana ni yang tidak izin bertazkirah mengenai Islam.

Islam boleh.Memahami Islam tidak boleh. Zikir boleh. Memahami erti zikir tidak boleh. Baca Quran dan taddarus boleh. Memahami dan mengupas maksud tafsiran ayat-ayat yang dibaca tidak boleh.

Islam jenis apa ni?

Pejabat Menteri Besar Kelantan

Tarikh: 13 Syaaban 1422/30 Oktober 2001


Bookmark and Share

    


  Member Information For AzmilMustaphaProfil   Hantar PM kepada AzmilMustapha   Pergi ke AzmilMustapha's Website   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 02-10-06 17:45


Islam Had hari. Yang ada had dan ada hari.
Terawih siap awal, bolehlah lepak kedai mamak, main mercun, race motor, etc. barulah seimbang.

Seimbang sebab pagi buat pahala, malam buat dajal!

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 02-10-06 20:59


biaselah itu....dah nama pun kerajaan sekular a.k.a islam hadhari....confirm bencikan majlis2 yang mengingati Allah SWT....bencikan majlis2 ilmu, bencikan tazkirah.....tak mahu rakyat marhaen mendekati Allah SWT, menghalang rakyat marhaen mendalami ilmu Islam...menyekat umat Islam sendiri mengenal al-Quran dan hadis.

mereka kalau boleh....nak jadikan rakyat malaysia ini khususnya yang beragama Islam.... ZERO knowledge tentang Islam yang dianuti....nak jadikan umat Islam di malaysia ini DUNGU tentang Islam....inilah matlamat mereka yang sebenarnya.
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 02-10-06 21:03 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

lebah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20760
Posting: 64
Dari: Fac Sc, UMKL

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 05-10-06 10:53


saya bersetuju kalau kerajaan kata bulan ramadhan sepatutnya digunakan dengan banyak beribadat seperti shalat terawih. membaca al-quran dan membuat amal kebajikan yang lain.

namun janganlah mempersempitkan fahaman erti ibadah itu sendiri. mendengar tazkirah atau majlis ilmu juga adalah satu ibadah malah ia adalah ibadah yang lebih utama dari shalat terawih. shalat terawih adalah sunat. mendengar majlis ilmu adalah wajib.

so, mengapakah begitu prejudis terhadap tazkirah atau menuntut ilmu sedang tidak pula memperdulikan kelab-kelab malam dan pusat hiburan yang masih rancak beroperasi di bulan Ramadhan ini .....?


-----------------
iCaM SeLaMat
"kalau kita boleh tunaikan apa yang allah mahu, nescaya allah akan tunaikan pula apa yang kita mahu".(H.Riw At-Tabrani)


Bookmark and Share

    


  Member Information For lebahProfil   Hantar PM kepada lebah   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 05-10-06 15:31


Semua atas kepentingan politik sambil mengetepikan agama..

Hubbu dunia... Cintakan dunia.

Bila ada perkara yang mencantas keinginan dunia maka segala yang ada depan mata dicantas termasuk hal agama.

Hinanya orang ini.. hina dunia hina akhirat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

jundul
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.12.2005
Ahli No: 21365
Posting: 81
Dari: unima kl

Selangor  


posticon Posting pada: 06-10-06 10:11


Tazkirah adalah merupakan satu aktiviti yang menepati Prinsip Amal Islami untuk meletakkan ummah senantiasa dalam keadaan beringat - ingat terhadap ugama dan tanggungjawab mereka .

Allah jua telah mengarahkan dalam "pekeliling"nya dengan ayat tegas berbunyi :

"dan berilah tazkirah ( peringatan ) , sesungguhnya tazkirah adalah suatu yang sangat bermanafaat bagi orang - orang yang beriman .

Apalah peringatan kerjaaan selangor berbanding "peringatan" Ilahi .

Jika tazkirah di buat antara 4 rakaat , itu bermakna ia diadakan semasa rehat antara 8 rakaat terawih . Tazkirah semasa rehat sekitar 20 hingga 30 minit tidak menjejaskan kekusyukkan solat . Sebab itu masa rehat bukan masa solat ! Tiada pentazkirah yang kurang aqalnya untuk mengadakan tazkirah di saat orang ramai sedang solat .

Kenapa kerajaan selangor sesak nafas melihat masjid dan surau mengadakan Tazkirah ? sedang itu menambah kesedaran dan keinsafan ummah terhadap agama . Sementelah pula hukum memperingatkan ummah yang lalai adalah wajib bagi mereka yang berilmu sementara hukum solat terawih hanya sunat.

Adalah satu kekeliruan yang mesti disingkap dan kesilapan yang mesti diperbetulkan , apabila kita sering menganggap bulan Ramadhan hanya untuk terawih . Segala aktiviti agama yang lain seperti majlis ilmu atau tazkirah diberhentikan . Ini tidak betul !! .

Menuntut ilmu itu bukan ibadah kah ? tazkirah itu bukan ibadah kah ? dan kalau ada yang beralasan bahawa majlis ilmu dan tazkirah boleh buat dibulan yang lain sedang terawih hanya di bulan Ramadhan sahaja .

Persoalannya , bukankah bulan Ramadhan adalah bulan yang digalakkan agar kita menambah dan memperbanyakkan ibadah . saya tidak nampak rasionalnya alasan agar majlis ilmu dan tazkirah mesti dihentikan di bulan Ramadhan .


Tidak tahulah saya kalau pihak JAIS pula nanti akan berhujjah bahawa pemilik kelab tidak ganggu kita solat sebab kita solat di masjid sedang mereka berdansa di kelab mereka . Wallahua'lam bissowab .

Adakah pihak tertentu rasa tergugat dan sakit hati dengan aktiviti amal Islami yang marak subur di bulan Ramadhan ..? Mereka bimbang kalau ummah mempunyai kesedaran dan keinsafan . Justeru mereka tidak lagi boleh mempermainkan pemikiran dan sikap ummah .

Sebetulnya mereka yang takut dan sakit hati dengan tazkirah Ramadhan ini ialah mereka yang hati mereka berpenyakit , laksana seorang yang mengidap penyakit kencing manis , hanya mereka yang takut kakinya dipotong oleh doktor , sementara mereka yang sihat , tiada apa yang perlu di takuti .

Harap kepada seluruh ummat Islam teruskanlah menyemarakkan Ilmu dan aktiviti amal islami di bulan Ramadhan al Mubarak ini .

Ramadhan Kareem !!


-----------------
laaaa ilaaha illallaahu wahdahuu laasyariikalah. lahulmulku walahul hamdu yuhyii wayumiitu wahuwa 'alaa kulli syai ing qadir.


Bookmark and Share

    


  Member Information For jundulProfil   Hantar PM kepada jundul   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 06-10-06 10:14


mereka takut orang Islam sedar pasal Islam..last2 tinggalkan UMNO...

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 06-10-06 11:06


macam hidup di zaman jahiliyah saja...jahiliyah moden.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

mardhoti
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.07.2005
Ahli No: 17396
Posting: 201
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-10-06 11:26


membangun bersama islam!!!!!
Kenapa kita nak takut dengan mereka....Allah kan sentiasa bersama kita.....selagi apa yang disampaikan itu berlandaskan syariat, buat apa nak ditakutkan.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mardhotiProfil   Hantar PM kepada mardhoti   Pergi ke mardhoti's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.124711 saat. Lajunya....