Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-08-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila telah sampai di puncak tetapi meneruskan pendakian, bermakna anda sedang menurun, bukan lagi mendaki
-- Seminar "Creating Wealth"

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 58
Ahli: 0
Jumlah: 58




  Yang Masuk Ke Sini
wakjaman: 18 hari yang lalu
muslimiman: 23 hari yang lalu
tornado: 42 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Andai harga minyak mentah turun bawah AS$40 setong


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Andai harga minyak mentah turun bawah AS$40 setong

Please Mendaftar To Post


Oleh Andai harga minyak mentah turun bawah AS$40 setong

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-10-06 09:52


AWAL minggu ini, harga minyak di pasaran dunia turun di bawah paras AS$60 (AS $59.90 di Amerika Syarikat).

Ini berita yang sangat menarik kerana harga minyak menjunam 24 peratus daripada kemuncak AS$78.40 pertengahan Julai lalu.

Antara faktornya ialah masalah ekonomi AS dan tambahan tawaran. Malah, analisis menyebut, jika keadaan sebegini berterusan, harga minyak mungkin mencapai bawah paras AS$40.

Di Eropah subjek ini menjadi perbualan hangat kerana harga minyak mentah turun lebih 20 peratus, tetapi di pam hanya diturunkan beberapa sen sahaja.

Di Malaysia, tentulah rakyat juga akan tertanya-tanya jika harga minyak mentah terus turun, adakah harga runcit di pam juga akan turun?

Jika berdasarkan sejarah, tidak akan berlaku kerana harga runcit minyak di pa hanya naik dan tidak pernah turun.

Logiknya, jika harga minyak di pasaran dunia turun ke paras stabil, harga minyak di stesen minyak juga hendaklah diturunkan.

Kerajaan mungkin memberikan alasan bahawa dengan kenaikan baru-baru ini, pengguna masih mendapat manfaat subsidi.

Bagaimanapun, harus difikirkan kesan kenaikan harga minyak terhadap kos hidup seharian secara keseluruhan.

Kini harga barangan dan perkhidmatan telah naik berikutan kenaikan harga minyak. Andainya harga minyak diturunkan, adakah para pengeluar barangan dan penyedia perkhidmatan akan menurunkan kadar harga mereka?

Kemungkinan besar, tidak. Siapa yang tidak mahu memperoleh lebih banyak keuntungan.

Namun jika harga minyak mentah terus turun ke paras stabil, tidak bermakna kerajaan tidak perlu menurunkan harga runcit di stesen minyak walaupun harga barangan dan perkhidmatan lain tidak semestinya turun.

Bagi penduduk kota, ongkos minyak kenderaan kini semakin membebankan. Adalah wajar mereka juga mendapat faedah langsung daripada penurunan harga minyak pasaran dunia.

Dan jika harga runcit minyak tidak diturunkan, kerajaan kenalah mencari kaedah lain untuk meringankan beban kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang. Mungkin ada cukai yang boleh diturunkan atau dihapuskan.

Kakitangan kerajaan boleh mendapat COLA (elaun sara hidup) yang bersifat sementara, tapi golongan lain bagaimana? Jika harga minyak mentah turun ke paras selesa, maka keselesaan untuk semua juga perlu difikirkan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-10-06 10:00


kerajaan nak tolong rakyat?????

ps: hmmm.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

samudra
WARGA SETIA
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu

stkitts_nevis   avatar


posticon Posting pada: 03-10-06 08:49


harga minyak malaysia tetap takan berubah

Bookmark and Share

    


  Member Information For samudraProfil   Hantar PM kepada samudra   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 03-10-06 10:05


Kalau tukar kerajaan pun harga minyak takkan turun... Aku takkan percaya kata- kata orang politik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 03-10-06 14:13


tukar kerajaan tak turun minyak?????

ps: cuba dulu baru tahu...macam mana? berani tukar?

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.109856 saat. Lajunya....