Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 15-07-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Kebahagiaan yang sebenar lagi utama terletak pada kemenangan dalam memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak-kehendak yang berlebih-lebihan."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 93
Ahli: 0
Jumlah: 93




  Yang Masuk Ke Sini
yanokage: 5 hari yang lalu
Rashdin: 21 hari yang lalu
khalifah: 27 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: SeLALULAH BERINGAT!!!!!!!!!!!!!!!!!


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» SeLALULAH BERINGAT!!!!!!!!!!!!!!!!!

Please Mendaftar To Post


Oleh SeLALULAH BERINGAT!!!!!!!!!!!!!!!!!

Zaira
Warga Rasmi
Menyertai: 28.08.2005
Ahli No: 18507
Posting: 15
Dari: Puncak Janing,Qedah Aman dah...

Kedah  


posticon Posting pada: 01-10-06 17:55


selalulah beringat...

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi
hutan.

Sedang dia menghirup udara rimba yang segar tu, tiba-tiba dia terdengar
satu bunyi... jeng!jeng!jeng!... bunyi....aauuummmmm!!!!! Bunyi
harimau yang kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si
hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar
hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni.

Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah
takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia
diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya.
Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke
dalam perigi.

Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada
tali tu. Tali tu pendek saja. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah
perigi.

Di mulut perigi, harimau yang lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni
pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa
kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir bagaimana nak
selamat, tiba-tiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa
kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yang kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh
ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau
bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tiba-tiba keluar seekor
tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yang
hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu
pulak.

Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... macam mana ni. Pas tu, keluar
lagi seekor tikus yang berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit!
cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu.

Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa
buaya .

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu
tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana ini...

Sedang hamba Allah tu berfikir macam mana nak selamatkan dirinya,
tiba-tiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu... bunyi lebah bawa
madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yang
sedang bawa madu.

tiba-tiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba
Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu
kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni.
Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni."

Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yang sedang
menantinya di mulut perigi dan buaya yang menantinya di bawah.

Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau
yang mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita,
so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan
Nakir yang menanti kita di alam kubur nanti. Tali yang tempat si hamba
bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka
panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur
kita.

Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang
sentiasa menghakis umur kita.Kan tikus tu gigit tali tu. Madu...,
madu yang jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat
dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,dia
lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit
lupa pada Allah. Waktu susah baru lah nak ingat Allah.

Astaghfirullah...


-----------------
???$$$$$


Bookmark and Share

    


  Member Information For ZairaProfil   Hantar PM kepada Zaira   Quote dan BalasQuote

Pemuda_Islam
Warga 1 Bintang
Menyertai: 26.07.2006
Ahli No: 25413
Posting: 24
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 01-10-06 23:23


Syukran atas cerita yang best ni....Semoga ianya dapat memberi pengajaran dan peringatan kepada diri saya.........

Bookmark and Share

    


  Member Information For Pemuda_IslamProfil   Hantar PM kepada Pemuda_Islam   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 02-10-06 02:50


Arigato gozaimasu Zaira-san...^__^

Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.100853 saat. Lajunya....