Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Usah merungut bila gelap; pasang lampu teranglah ia
-- Peribahasa Jawa

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 198
Ahli: 0
Jumlah: 198




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Tazkirah Ramadhan


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Tazkirah Ramadhan

Please Mendaftar To Post


Oleh Tazkirah Ramadhan

lisa_solehah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 17.09.2006
Ahli No: 26413
Posting: 371
Dari: UPSI

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 26-09-06 18:33


Ka`ab bin Ujrah r.a meriwayatkan bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda: `Hadirkanlah ke mimbar`, dan kami pun hadir ke dekat mimbar. Apabila baginda menaiki tangga mimbar pertama, baginda berkata `Amin`. Apabila baginda menaiki tangga yang kedua baginda berkata `Amin`. Apabila baginda menaiki tangga yang ketiga, baginda berkata `Amin`.Apabila baginda turun dari mimbar, kami pun berkata:`Ya Rasulullah s.a.w. kami telah mendengar daripadamu hari ini suatu yang belum pernah kami dengar sebelum ini. baginda bersabda:`Apabil daku menaiki tangga pertama, Jibrail pun muncul di hadapanku dan berkata, `Celakalah dia yang melewati bulan Ramadhan yang diberkati tanpa memperolehi keampunan`. Maka daku berkata `Amin`. Apabila daku menaiki tangga kedua , beliau berkata: `Celakalah dia yang apabila namamu disebutkan dia tidak menselawati mu.` Daku pun berkata `Amin.` Apabila daku melangkah ke tangga ketiga, beliau berkata `Celakalah dia yang masa hidupnya, ibu bapanya atau salah seorang daripadanya mencapai umur tua ( dia gagal mengkhidmati mereka ) menafikannya dirinya memasuki jannah. Daku pun berkata `Amin.`
Dari Buku Fadhilat Ramadhan ( www.darulnuman.com )



Sekiranya kalian ada tazkirah yang boleh dikongsi bersama sempena ramadhan ini...tafadhal au tafadhali...


-----------------
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For lisa_solehahProfil   Hantar PM kepada lisa_solehah   Quote dan BalasQuote

lisa_solehah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 17.09.2006
Ahli No: 26413
Posting: 371
Dari: UPSI

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 26-09-06 18:35


(yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan , maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
Al-Baqara 184


-----------------
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For lisa_solehahProfil   Hantar PM kepada lisa_solehah   Quote dan BalasQuote

lisa_solehah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 17.09.2006
Ahli No: 26413
Posting: 371
Dari: UPSI

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 26-09-06 18:37


Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: `Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak, doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa, imam ( penguasa ) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membukanya untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman : `Daku bersumpah demi kemuliaanKu , sesunhguhnya Daku pasti menolong mu walaupun pada suatu masa nanti.`
Dari Buku Fadhilat Ramadhan ( www.darulnuman.com )


-----------------
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For lisa_solehahProfil   Hantar PM kepada lisa_solehah   Quote dan BalasQuote

lisa_solehah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 17.09.2006
Ahli No: 26413
Posting: 371
Dari: UPSI

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 26-09-06 20:05


Anas r.a. meriwayatkan: Apabila Ramadhan bermula, maka Rasulullah s.a.w. pun bersabda:`Sesungguhnya telah datang kepadamu suatu bulan yang terdapat di dalamnya satu malam yang terlebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tertegah daripada malam ini sesungguhnya ternafilah dia daripada segala kebaikannya. Dan tidaklah yang tertegah daripada kebaikan itu kecuali yang benar-benar tidak bernasib baik.`
Dari Buku Fadhilat Ramadhan ( www.darulnuman.com )


-----------------
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For lisa_solehahProfil   Hantar PM kepada lisa_solehah   Quote dan BalasQuote

persinggahan_terakhir
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.06.2003
Ahli No: 1584
Posting: 89
Dari: selangor

Johor  


posticon Posting pada: 26-09-06 23:35


terima kasih untuk tazkirah ini....

Bookmark and Share

    


  Member Information For persinggahan_terakhirProfil   Hantar PM kepada persinggahan_terakhir   Quote dan BalasQuote

lisa_solehah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 17.09.2006
Ahli No: 26413
Posting: 371
Dari: UPSI

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 27-09-06 00:44


Riwayat dari Annas, katanya Rasulullah saw bersabda: `Bersahurlah kamu, kerana bersahur itu ada berkatnya.` (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari http://www.muis.gov.sg


-----------------
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For lisa_solehahProfil   Hantar PM kepada lisa_solehah   Quote dan BalasQuote

lisa_solehah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 17.09.2006
Ahli No: 26413
Posting: 371
Dari: UPSI

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 27-09-06 00:46


Ubadah bin Simit r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang,`Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, mnenurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjuklah kepada Allah Taala kebaikan daripada kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini.
Dari Buku Fadhilat Ramadhan ( www.darulnuman.com


-----------------
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For lisa_solehahProfil   Hantar PM kepada lisa_solehah   Quote dan BalasQuote

mas2ra
WARGA SETIA
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 12017
Posting: 668
Dari: bumi ALLAH Jalla Jalaluh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 28-09-06 09:01


Sabda Rasulullah Sallallahualaihiwasalam:
"Sesiapa yang tidak meninggalkan tutur kata yang dusta,
ALLAH tidak menerima hajatnya (puasanya)
walaupun dia meninggalkan makan dan minum."
(Riwayat Bukhari, Ahmad dan Ashabus Sunan)

ALLAHualam :-)


-----------------
wahai orang-orang yang berIMAN, ucapkanlah...


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas2raProfil   Hantar PM kepada mas2ra   Pergi ke mas2ra's Website   Quote dan BalasQuote

cinta_ilmu
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.11.2003
Ahli No: 5255
Posting: 160
Dari: Kajang dan Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-09-06 09:26


JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN

4.00 pagi Bangun
Berdoa kepad ALLAH dengan doa :
Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan
aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan
sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri.
Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi Solat Sunat Taubat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua
selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah
tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH
Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat
kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang,
angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali.
Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud
terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

Solat Sunat Witir
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.
Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri,
meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita,
taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi Makan Sahur
Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.28 pagi Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.
Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah.
Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi Membuat persiapan ke tempat kerja/sekolah/ kuliah .
Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH
agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati.
Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh
bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.


10.00 pagi Sembahyang Sunat Dhuha
Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan.

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran.
Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.

Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang,
bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim
mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja.


12.45 tengah Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai
sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang
memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


4.15 ptg Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud
syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima
kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


5.30 ptg Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur
Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu
masih ada dalam diri kita !!!


6.30 ptg Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.
Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda
Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya
lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.


Apabila masuk waktu magrib.
Bacalah doa dan berbuka :
Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman
dan dengan rezeki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan
manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib
berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.


8.00 mlm Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.
Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana
fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya
baca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang
lain menyemaknya) , cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu
kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali
dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)


11.00 mlm Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.
Berniatlah untuk puasa esok hari dengan berniat : Sahaja aku berpuasa hari
esok untuk menunaikan puasa ramadhan yang wajib ke atasku , tahun ini kerana
ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!)
Tidur awal agar dapat bangun untuk beribadah.
Bacalah doa sebelum tidur :
Dengan namaMU Ya ALLAH. Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati
yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur

Bookmark and Share

    


  Member Information For cinta_ilmuProfil   Hantar PM kepada cinta_ilmu   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 28-09-06 19:03


alhamdulillah..
jadual yang penuh barakah..
tapi... mampu ke.. kita nak buat..??
ALLAHU AKHBAR..

moga..dapat kita amalkan bersama..
bukan sahaja bulan RAMADHAN..
tapi.. bulan-bulan yang seterusnya..
insyaallah..

wallahu a'lam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

lisa_solehah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 17.09.2006
Ahli No: 26413
Posting: 371
Dari: UPSI

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 29-09-06 00:27


Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: ` Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar ( disegi syariah ) atau sakit yang kuat tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya.`
Dari Buku Fadhilat Ramadhan ( www.darulnuman.com )


-----------------
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For lisa_solehahProfil   Hantar PM kepada lisa_solehah   Quote dan BalasQuote

lisa_solehah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 17.09.2006
Ahli No: 26413
Posting: 371
Dari: UPSI

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 29-09-06 00:42


Ibn Umar r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:`Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur.
Dari Buku Fadhilat Ramadhan ( www.darulnuman.com )


-----------------
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For lisa_solehahProfil   Hantar PM kepada lisa_solehah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.107438 saat. Lajunya....