Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
.....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.
-- Yusuf: 12

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 158
Ahli: 0
Jumlah: 158




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Kenderaan
Topik: Elak ditipu ketika baiki kenderaan


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Kenderaan
    »» Elak ditipu ketika baiki kenderaan

Please Mendaftar To Post


Oleh Elak ditipu ketika baiki kenderaan

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 26-09-06 08:31


ADUAN mengenai kerosakan kenderaan bukanlah satu perkara yang luar biasa. Ruangan ini pernah melaporkan aduan pengguna mengenai perkhidmatan memperbaiki kenderaan bermotor terutama sekali kerja-kerja penyelenggaraan.

Aduan-aduan yang sering diterima ialah:

* kos pekerja yang berlebihan. Walaupun ada papan tanda menunjukkan harga peralatan dan bayaran perkhidmatan tetapi caj yang dikenakan selalunya lebih tinggi.

* Masa yang diambil untuk menyelesaikan sesuatu kerja terlalu lama dan belum tentu memuaskan hati pengguna.

Kebanyakan mekanik tidak memperbaiki kenderaan seperti yang dikehendaki oleh pengguna sebaliknya mereka sering membuat kesimpulan sendiri tanpa perlu membuka bonet sekalipun.

Sedangkan secara keseluruhannya adalah lebih menjimatkan jika mekanik yang membaiki kenderaan itu menukar keseluruhan bahagian yang rosak pada satu-satu masa dan bukanya memperbaiki bahagian demi bahagian dalam masa yang berlainan.

Adalah wajar bagi pihak pengguna diberitahu terlebih dahulu sebelum sebarang kerja membaiki dilakukan.

Pengguna juga dinasihatkan supaya tidak menandatangani sebarang surat kebenaran secara membuta tuli untuk membaiki kenderaan mereka. Pengguna perlu mendapatkan penjelasan terperinci mengenai kerja-kerja membaiki kereta yang benar-benar diperlukan.

Pengguna-pengguna juga tidak dapat menentukan lama masa yang diambil untuk membaiki kenderaan dan sama ada bayaran yang dikenakan berpatutan atau tidak. Para mekanik seharusnya memberi keterangan mengenai hal tersebut.

Beberapa kesulitan turut dialami oleh pengguna ketika proses membaiki kenderaan mereka berlangsung termasuk:

* Pengguna mendapati sukar untuk berhubung dengan pihak pengurusan syarikat berkenaan untuk membincangkan kemusykilan mereka. Kebiasaannya pekerja-pekerja bawahan tidak dapat memberi jawapan munasabah bagi menyelesaikan kemusykilan yang dikemukakan kepada mereka.

* Sering kali juga kerja-kerja membaiki kenderaan diterangkan mengikut cara teknikal sehingga menyukarkan pengguna untuk memahaminya.

Penerangan sepatutnya dilakukan dengan bahasa yang mudah difahami terutama di kalangan pengguna yang tidak arif mengenai kenderaan. Penerangan seumpama itu walaupun mengambil masa tetapi ia pasti memberi kepuasan kepada pemilik kenderaan dan pada masa yang sama mengekalkan hubungan antara pengguna dan penyedia perkhidmatan.

* Setiap pengguna harus berhati-hati dengan kenderaan yang dibeli dan meneliti beberapa perkara seperti keadaan tayar, lampu, badan kenderaan dan sebagainya.

Apabila hendak membeli kenderaan adalah mustahak bagi kita meninjau harga yang ditawarkan di beberapa kedai sehingga mendapat harga yang paling patut. Bawa juga seorang mekanik yang boleh membantu memeriksa kenderaan tersebut supaya kita tidak tertipu. Teliti juga perkataan ‘jaminan’ (warranty) ke atas kenderaan yang dibeli.

Pengguna-pengguna kadangkala melahirkan perasaan bimbangnya apabila tempoh jaminan hampir tamat sedangkan kerosakan kenderaan masih berterusan untuk diperbaiki.

Jika kerosakan berlaku berulang ketika kenderaan masih dalam jaminan, ketika itu kita memikirkan bahawa segala kerja membaiki kenderaan itu dibuat tanpa sebarang bayaran.

Bengkel-bengkel membaiki kenderaan haruslah mengamalkan sikap memulangkan semua bahagian kenderaan asal yang dikeluarkan untuk diperiksa oleh pengguna jika ia mahukan cara demikian.

Ini mungkin tidak dapat dibuat dalam semua kerja membaiki, tetapi ia dapat diamalkan dalam kebanyakan kes kerosakan yang besar.

Pengguna haruslah mengamalkan sikap mengambil berat dan penuh perhatian ketika memelihara kenderaan mereka supaya sentiasa dalam keadaan yang baik untuk mengelakkan kerja membaiki yang tidak perlu.

Dan anda mesti tahu sedikit sebanyak apa rosaknya sebelum bonet kereta dibuka.

Jadi berhati-hatilah apabila mendapatkan servis daripada mekanik dan tanyalah anggaran pembaikan sebelum bil dikeluarkan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

sirat82
WARGA SETIA
Menyertai: 17.04.2006
Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-01-09 23:45


Topik yang menarik. Aku rasa aku nak belajor pasal kerete pulak. nak tau cara reper kereta dan harga kos pasaran.

ps:- Kalau nak tukor tayar jenih goodyear, (bagi area serdang or putrajaya) boleh pergi kat petronas putrajaya precint 16. Bumiputra punya. Lebih murah bebandig tempat lain. sevis pun bagus

Bookmark and Share

    


  Member Information For sirat82Profil   Hantar PM kepada sirat82   Quote dan BalasQuote

maisarahlisa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.12.2003
Ahli No: 6068
Posting: 466
Dari: Pahang~Selangor~Dubai

Pahang  


posticon Posting pada: 23-01-09 00:44


setuju..kena ada basic knowledge tentang enjin dan pemotoran (walaupun kitanie org perempuan).. bila time nak service kereta.. suka tanya banyak soalan dan tanya mekanik itu, ini.. he nasibla..

Bookmark and Share

    


  Member Information For maisarahlisaProfil   Hantar PM kepada maisarahlisa   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 23-01-09 09:01


kalau hantar servis kereta, kena tau apa yang nak ditukar, jangan ikut sangat kata mekanik pusat servis bkenaan , kadang-kadang yang tak patut tukar pun di cakap kena tukar. lagi 1 sentiasa alert dengan kereta kita, masa untuk servis, tukar timing belt dan sebagainya supaya dapat mgurangkan kerosakan teruk.

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 23-01-09 09:34


Hmm tu lah masalahnya..
saya ni pakai kereta tapi buta tentang ilmu kereta..
memang saya akui.. susahnya nak tahu pasal2 kereta ni..
tapi alhamdulillah,sekarang ni dah boleh lah sikit..
dah tau serba sedikit..
Setakat ni saya tak pernah pun servis kereta kat kedai/bengkel biasa..
saya akan pergi kat perodua servis juga..

p/s: harga di perodua servis dengan bengkel kedai biasa.. sama saja atau lebih mahal? :berfikir:



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

quratulbalqis
Warga 2 Bintang
Menyertai: 28.05.2007
Ahli No: 30090
Posting: 47
Dari: sErEmbAN

malaysia  


posticon Posting pada: 23-01-09 09:59


sebut pasal repair kereta niee,,kasihan dekat orang perempuan..selalu jadi mangsa penipuan..kadang-kadang kos menyelenggara tu hanya makan rm 100-250 saja tapi ditekan sampai ke rm 500 and above..isshh..sabor saja lah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For quratulbalqisProfil   Hantar PM kepada quratulbalqis   Quote dan BalasQuote

bviolet84
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.09.2005
Ahli No: 19281
Posting: 50
Dari: putrajaya

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 01-03-10 15:56


ana setuju dengan quratulbalqis sebab memang dah terkena. kos maintenance tu di naikkan jadi triple sebab kita perempuan dan tak tau menahu tentang kereta ni. ana dah terkena.

Bookmark and Share

    


  Member Information For bviolet84Profil   Hantar PM kepada bviolet84   Quote dan BalasQuote

akasia
WARGA SETIA
Menyertai: 21.03.2006
Ahli No: 23581
Posting: 754
Dari: bandar minyak bumi kenyalang

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 09-03-10 08:52


kena lah bawa org berpengalaman atau bagi yang tak kahwin lagi minta tolong kawan-kawan laki tolong bawa servis. mengurang risiko. huhu


-----------------
http://www.stormreaders.net/putraborneo


Bookmark and Share

    


  Member Information For akasiaProfil   Hantar PM kepada akasia   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.092141 saat. Lajunya....