Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kejayaan sebenar adalah terletak pada tidak pernah jatuhnya seseorang....tetapi manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. Oleh itu kejayaan yang sebenar-benarnya adalah kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh...
-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 77
Ahli: 0
Jumlah: 77




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 2 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: DISAAT AKU ISTIKHARAH


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» DISAAT AKU ISTIKHARAH

Please Mendaftar To Post


Oleh DISAAT AKU ISTIKHARAH

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 25-09-06 18:46


Aku tidak tahu Kenapa, jauh di sudut hati ini,
kupendam suatu perasaan yang begitu sukar untuk kuluah... Aku mengaku, cemburunya hati ini bila melihat Nurul selalu mendapat jambangan bunga! wangian jambangan bunga setiap kali ku mengintai bilik bacaannya, menambahkan rasa cemburu... yang hanya menunggu masa untuk ku muntahkan keluar!

Ku lihat Salmi, tidak kurang bezanya! Asyik bergayut dengan handsetnya..hampir siang dan malam!" Ayang tengah makan..Abang dah makan ke"... telingaku bagaikan dah bernanah mendengar ucapan-ucapan romantis mereka berdua...!

Nak ku kata tentang Amy, Miza, Ain, Huda... Ahhhhh semuanya sama! Di rumah sewa itu,hanya aku saja yang kesepian... hanya aku saja yang keseorangan! Memang
aku akui... cinta sesama manusia, tak ke mana akhirnya! Tetapi apakan dayaku... aku juga seorang wanita yang ingin disayangi, ingin dibelai.. aku juga mahukan kata-kata semangat dari lelaki, setiap kali aku menghadapi saat-saat hampirnya peperiksaan. Aku juga mahu bunga, teddybear... mahu perfume... dan aku
juga mahu segalanya yang telah dirasai Amy, Miza Ain, Huda dan.....!

Seolah-olah aku ditakdirkan hidup keseorangan... menemani kesepian hatiku yang merayu minta diisi segera dengan kasih lelaki....!

Kepada Allah jua aku memohon, jalanNya saja pilihanku! Ya Allah, andainya perasaan ini hanyalah semata-mata nafsu yang tak habis-habis melulu, menggesa...maka
kepadaMu kupohon petunjuk...kembalikan hati ini mengingatiMu...hanya Mu!

Ramai juga yang menyapaku," tak nak ke rasa, berkawan dengan lelaki..." ...tapi semua soalan-soalan itu.. aku endahkan saja! Umpama masuk telinga kiri... ku
keluarkan di telinga kanan!!!

Akhirnya aku kalah juga pada ajakan kawan-kawan... sehinggalah seorang Nurul memperkenalkan aku dengan seorang lelaki si "A" . umur kami sama, dan kami
sama-sama pelajar IPT... Entah kanapa hatiku tiba-tiba setuju... di depan Nurul aku mengangguk tunduk... Nurul tersenyum... melihat telatahku!

Setelah persetujuan aku dan Si "A" diterima, Nurul Mengatur perbualan telefonku dengan si "A"... Aku tidak memiliki handset sendiri... jadi terpaksalah menggunakan handset milik Nurul untuk sementara!

Percayakah kalian, kalau ku kata, itulah kali pertama aku berbual dengan seorang lelaki sepanjang hidupku!Perbualan selama 8 minit itu, kami tamatkan dengan ucapan salam... tak banyak yang kami borak... sekadar
menyentuh hal keluarga... dan butir-butir peribadi... itu saja!

"Apakah yang telah aku lakukan Ya Allah! Wajarkah aku memperdengarkan suaraku kepada seorang lelaki? Kenapa aku begitu ingin dengan cinta? Selang beberapa hari...
perbualan telefon antara aku dan si "A", hatiku merintih hiba... aku ...aku menyesal!

Lalu aku membuat keputusan tidak mahu lagi berbual dengan si "A"... aku tidak mahu berkawan dengan lelaki... aku tidak mahu bercinta!" aku mula bertekad... aku yang mulakan semuanya, jadi juga yang
perlu hentikannya!

Lalu aku istikarah kepada Allah, semalaman aku masih tak dapat jawapan!Masuk 2 hari, 3 hari... Alhamdulillah kini ku dapat melihat gambarannya dengan jelas... Dialah Bakal Suamiku... Pembimbingku Dunia
Akhirat! Orangnya tinggi, berjanggut... kulitnya hitam manis... bibirnya tak pernah lekang dengan senyuman! Dia memimpin tanganku menuju suatu tempat yang begitu
indah... wangiannya menusuk jiwa dan kalbuku... tempat yang pernah kuimpikan... mungkinkah syurga! Detus hatiku... Selain aku ada dua orang kanak-kanak lelaki
memimpin tanganku. Aku hairan dengan mimpi itu! Andai itu jawapan untuk istikarahku... siapa kanak-kanak
itu? Mungkinkah anak-anakku. Aku tersenyum gembira dengan mimpuku malam itu...Ya Allah...dimanakah suamiku!

Nurul ke bilikku suatu hari... sebelum aku sempat memberitahu padanya keputusanku tidak mahu berkawan dengan si "A"... Dia hulurkan padaku sekeping gambar
foto! ...Inilah Si"A"... Dia poskan!" kata Nurul... Ya Allah..! alangkah terkejutnya aku menatap wajah lelaki yang menghiasi gambar foto itu... lelaki itu seperti kukenal... seperti pernah kujumpa sebelum ini... tapi
dimana... ingatanku semakin jelas... MasyaAllah dialah lelaki yang hadir dalam mimpiku!Wajahnya,janggutnya... cahaya di wajahnya... Ya Allah!Berkali-kali aku menampar pipiku... ternyata aku
bukannya bermimpi... "Ya Allah... Dialah jodohku...!

Bermula dari hari itu. Aku sering mendoakan
kesihatannya, kebahagiaannya, keselamatannya... Kepada Allah swt aku serahkan dan sandarkan segalanya!"

Sehingga ke hari ini... ukhwah itu masih terjalin... masuk bulan ni usianya sudah menjangkau 2 tahun...!Dan dengarlah kalian bahawa ku benar-benar hanyut dalam cinta yang diperkenalkannya...
kami sering mengutus surat, tapi tak pernah ia didahului dan diakhiri selain kata-kata hikmah Islamiah, selain dari cerita beberapa tokoh Islam...Kami saling tukar info.. dan segala ilmu darinya... kini dah jadi koleksi peribadi... yang masih kutatap
sehingga ke hari ini...

Kami berbual telefon sekali setiap 2 minggu, tapi jangan salahfaham bukan antara aku dan si "A"... tapi antara ibuku dan ibunya... antara ahli keluargaku dan keluarganya...! Betapa indahnya hubungan yang terjalin
ini... Moga ia kekal selamanya...

Adab tidur... makan ... dan segalanya masih
kuamalkan...! Harijadiku kini juga dipenuhi dengan hadiah,sesuatu yang aku impikan dulu... Tahun pertama,dia hadiahkan aku senaskah Al-Quran. Aku membalasnya
dengan sehelai sejadah...

Tahun kedua diberinya aku buku agama "Isteri Solehah Igauan Suami" ...aku membalasnya dengan senaskah buku
agama "Suami Idaman Isteri Solehah"...

Tahun ketiga... Harijadiku semakin hampir... dan aku sedang menanti hadiahnya... kerana hadiah darinya begitu berharga... begitu bermakna... malah kupercaya,
bukan saja bagiku... tetapi juga bagi semua wanita solehah di luar sana!

Dikala aku menyangka lelaki sejati telah pupus di alam maya ini... di kala itulah kau hadir... membuktikan ada lagi Lelaki sejati... Ada lagi Cinta yang diredhai Allah....

Walaupun ramai yang meminati si "A" di IPTnya... Tapi aku yakin..Dia Milikku...!
Kerana kuyakin dengan jawapan yang kuperolehi dalam istikharahku... dan aku tidak akan mengalah... aku akan terus berdoa..! "Ya Allah...Andai dirinya
tercipta untukku... menjadi milikku...
Baik untuk duniaku... untuk akhiratku... untuk
agamaku... maka satukanlah kami dunia dan akhirat...

Ku pohon restu dan keizinanMu selamanya Ya Allah!"

Inilah doaku sejak dirinya ku kenal... dan sehingga hari ini... doa ini masih kupanjatkan... dan sehingga kini jugalah... ukhwah ini masih terbina kukuh...
masih utuh...

Bila kupohon sesuatu Yang Baik DariNya... Dia Selalu Berikanku... Yang Terbaik!!!


-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 25-09-06 18:56


Subhanallah.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

asy-syahadah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 10.10.2005
Ahli No: 19717
Posting: 49
Dari: alam semesta

Terengganu  


posticon Posting pada: 25-09-06 19:24


alangkah beruntungnya si solehah memiliki cinta si soleh sebegitu...
semoga kita semua memiliki cinta sebegitu....
amiiinnnnnnn....

Bookmark and Share

    


  Member Information For asy-syahadahProfil   Hantar PM kepada asy-syahadah   Quote dan BalasQuote

laDy_sP
Warga Rasmi
Menyertai: 25.09.2006
Ahli No: 26565
Posting: 3
Dari: bangi

malaysia  


posticon Posting pada: 25-09-06 21:12


assalamualaikum..
saya org baru lagi dalam portal ni..kurang arif pasal agama walaupn dilahirkan dalam agama Islam..
selama ni selalu abaikn pasal agama tapi alhamdulillah..sekarang Allah dah bukakan pntu hati saya dan harap akan berkekalan sampai saya mati..
ada tak sesiapa tau macam mana kita nak tau tanda solat istikarah kita di terima?macam mana Allah bagi panduan kat kita?hanya memalui mimpi ke?saya selalu solat istikarah tapi tak pernah mmpi apa-apa pun?tu tanda solat istikarah saya tak diterima ke?Kalau ada sesiapa sudi mmbntu saya, saya sangat hargai..
maaf kalau saya ada menyentuh/menyakiti hati sesiapa..sekadar bertanya untuk menambah ilmu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For laDy_sPProfil   Hantar PM kepada laDy_sP   Quote dan BalasQuote

zaitihamdan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.08.2006
Ahli No: 25957
Posting: 242
Dari: Bintulu, Sarawak

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 25-09-06 23:04


adik lady_sp,
buat istikarah tu jangan berasa jemu walaupun berkali2 Allah belum bagi petunjuk, tak semestinya melalui mimpi, kadang kadang dari gerak hati, perlakuan, atau insiden seharian yang mana bila kita betul-betul ambil iktibar dari setiap kejadian yang berlaku di sekeliling kita, itu pun sebenarnya adalah petanda yang Allah bagi..so kalau buat sekali dua belum ada petunjuk, buat lagi sehingga anda yakin bahawasanya Alah itu memang senantiasa memberikan petunjuk yang baik untuk kita agar selamat dalam semua urusan dunia dan akhirat, untuk masa kini dan masa akan datang...kadang-kadang benda yang kita suka tak semestinya baik untuk kita...so akak cadangkan adik bertawakal spenuh jiwa dan raga, hidup dan mati hanya kepadaNya..insyaAllah..kita akan selamat dunia dan akhirat..

"Allah tidak akan perah jemu untuk mengurniakan segala-galanya, sehingga kita jemu untuk meminta"

yang baik ilham itu datangnya dari Allah 'Azzawajalla, yan gburuk itu datang dari kelemahan ana sebagai hambaNya...

wasalam wbt


-----------------
~Don't ever leave the one you love for the one you like,because the one you like will leave you for the one they love~
[ Telah diedit oleh: zaitihamdan pada 25-09-06 23:07 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For zaitihamdanProfil   Hantar PM kepada zaitihamdan   Pergi ke zaitihamdan's Website   Quote dan BalasQuote

laDy_sP
Warga Rasmi
Menyertai: 25.09.2006
Ahli No: 26565
Posting: 3
Dari: bangi

malaysia  


posticon Posting pada: 26-09-06 20:08


terima kasih banyak-banyak..selama ni saya ingatkan bila kita istikarah Allah just bagi petunjuk melalui mimpi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For laDy_sPProfil   Hantar PM kepada laDy_sP   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 26-09-06 22:20


tak semestinya melalui mimpi... melalui gerak hati pun boleh jadi jugak

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

qutb
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.11.2004
Ahli No: 12610
Posting: 133
Dari: kuala lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 27-09-06 00:39


salam...
lama benar ana tak posting....apapun, ana setuju dengan ukht zaitihamdan dan ukht ismi_safiza...tak semestinya petunjuk melalui mimpi saja... sebab ana pernah sekali melaluinya..melalui insiden yang berlaku dalam kehidupan harian kita...

Bookmark and Share

    


  Member Information For qutbProfil   Hantar PM kepada qutb   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-09-06 06:13


biasanya gerak hati. tapi mimpi pun ada juga. kalau dapat melalui mimpi, kita boleh rasa dia special sikit....

macam pengalaman saya, mimpi tu berlatarbelakangkan warna putih. bercahaya2.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

ulfah_widad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25325
Posting: 301
Dari: Kedah - Perak - Johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-09-06 08:30


Setiap laluan hidup jika bersandarkan pengharapan pada Allah, nescaya bankyaklah kebaikannya..sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba2Nya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ulfah_widadProfil   Hantar PM kepada ulfah_widad   Quote dan BalasQuote

qaisy_ida
Warga 1 Bintang
Menyertai: 18.01.2006
Ahli No: 22014
Posting: 39
Dari: qElaTE

malaysia  


posticon Posting pada: 27-09-06 11:55


alangkah beruntungnya mempunyai cinta seperti itu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For qaisy_idaProfil   Hantar PM kepada qaisy_ida   Quote dan BalasQuote

kembara_girl
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2006
Ahli No: 25715
Posting: 408
Dari: jengka,Pahang

malaysia  


posticon Posting pada: 27-09-06 12:12


SYUKUR nya JIKA MENDAPAT CINTA SEPERTI AYE...
kalau SAYA...BANYAK yang PERLU SAYA belajar
U BUANG semua SIFAT2 yang BURUK yang
ADA DALAM DIRI saya....
INSYAALLAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For kembara_girlProfil   Hantar PM kepada kembara_girl   Quote dan BalasQuote

destinasi_abadi
WARGA SETIA
Menyertai: 31.12.2004
Ahli No: 13423
Posting: 496
Dari: Pulau Pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 27-09-06 12:21


salam...
Subhanallah...terharu pun ada juga...beruntung kan...tapi insyaAllah masing-masing ada rezeki masing...

saya pun pernah mimpi...berlatarbelakangkan masjid dan semuanya berwarna putih...erm...tapi wallahua'lam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For destinasi_abadiProfil   Hantar PM kepada destinasi_abadi   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3083
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 27-09-06 13:05


hmmmm....kisah yang menarik....

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-09-06 13:06


Assalamualaikum...
maaf itu bukan cerita hidup ana...Ana muslimin....cerita ana nanti sedikit masa lagi ana tulis...Lagi sedih tau...
maaf sebab cipta kisah orang...
just untuk kita muzakarah,,,

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

destinasi_abadi
WARGA SETIA
Menyertai: 31.12.2004
Ahli No: 13423
Posting: 496
Dari: Pulau Pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 27-09-06 13:13


Pada 27-09-06 13:06 , aye posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum...
maaf itu bukan cerita hidup ana...Ana muslimin....cerita ana nanti sedikit masa lagi ana tulis...Lagi sedih tau...
maaf sebab cipta kisah orang...
just untuk kita muzakarah,,,


sedih ek?erm...takperla..masing-masing ada kisah sedih masing-masing kan...semuanya dugaan Allah untuk kita...dan semuanya kenangan yang tak mungkin akan dilupakan....apa baik jadikan pengajaran...apa yang tak baik jadikan sempadan...



Bookmark and Share

    


  Member Information For destinasi_abadiProfil   Hantar PM kepada destinasi_abadi   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-09-06 22:11


:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

ibnuriz_faridz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.11.2005
Ahli No: 20211
Posting: 273
Dari: Egypt

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-09-06 06:17


assalamualaikum

itulah kebesaran Allah SWT..dan hikmahnya solat istikharah...banyakkan memohon pada Allah SWT.Allah maha pendengar lagi maha melihat.

wanita solehah idaman lelaki soleh

ilalliqa maa salamah

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnuriz_faridzProfil   Hantar PM kepada ibnuriz_faridz   Pergi ke ibnuriz_faridz's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.117704 saat. Lajunya....