Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika seseorang kena tipu, yang bersalah bukan yang menipu tetapi yang tertipu
-- Peribahasa India

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 192
Ahli: 0
Jumlah: 192




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: KAMI TAK BERZINA


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» KAMI TAK BERZINA

Please Mendaftar To Post


Oleh KAMI TAK BERZINA

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 25-09-06 18:13


JANGAN HAMPIRI ZINA!

FIRMAN ALLAH SWT:
DAN JANGANLAH KAMU MENGHAMPIRI ZINA, SESUNGGUHNYA ZINA ITU ADALAH SATU PERBUATAN YANG KEJI
DAN SATU JALAN YANG JAHAT.
(AL-ISRA’:32)

Kami tidak berzina!
Maaf saya tak menuduh kamu berzina tapi kamu menghampiri zina.

Kami hanya berbual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum… adakah itu menghampiri zina?
Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah penzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat kearah itu.
Hari ini ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya.
Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan laknatullah akan memerangkap kamu.
Sudah banyak tipu dayanya yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula terlupa.
Siapalah kita jika dibandingkan with Adam dan Hawa?
Iblis amat licik.pengalamannya banyak. Ia ada lebih 1001 cara.

Ingat pesanan Rasulullah SAW:
Janganlah engkau bersendirian with seorang wanita
kecuali ketiganya adalah syaitan.
(Riwayat Tabrani)
Syaitan laknatullah akan menghembus perasaan berahi.
Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.
Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada yang hanya bercinta dalam telefon dan
hantar SMS saja. Tak pernah bersua muka pun!
Betul. Tapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora.
Lambat launnya desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis laknatullah,akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak berhenti di situ sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya? Mulanya hanya sms / miscall kemudian call, bergayut selepas itu perasaan mula terusik dan akhirnya mula layan perasaan tu…
Sedarlah itulah tipu daya syaitan lah’natullah. Cuma kita saja buat-buat tak sedar….

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu pun zina jugak ke?
Zina ada macam-macam jenis peringkat, Zina betul, Zina tangan iaitu pegang-pegangan, Zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu mengingati lelaki/perempuan bukan muhrim atau dengan kata lain khayalan berahi / seronok dengan kekasih

Sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW:
Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh.
Kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan(menuju tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman.
(Riwayat Muslim dan Abu Daud)
Sebenarnya jalan dan lorong menuju perzinaan amat banyak.
Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang membawa kepada perzinaan.

Duduk berdiskusi tentang pun pelajaran tak boleh ke?
Bincang pelajaran sahaja!
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. ALLAH SWT tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hamba-Nya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh ALLAH SWT, kejayaan tidak akan membawa kebahagian. Hidup tidak bahagia, akhirat lebih lah lagi. Jangan berselindung di sebalik pelajaran yang mulia. ALLAH SWT suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan ALLAH SWT. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis sebagai ibadat oleh malaikat Raqib dan Atid?

Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.
Study group….? Nampak lain macam saja.. manja, senyum memanjang, tak macam gaya diskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-mana pun berdua.
Kalau ye pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni….betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran,
yang lain tu….banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh, bincang pelajaran.
Baik sungguh kamu berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa?
Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia, jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi
semangat dan motivasi, salah ke?
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar?
Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi?
Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula. Bukanlah Islam melarang perkongsian ilmu antara lelaki dan wanita tapi biarlah kena pada tempatnya.

Takkan tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam
untuk bercinta? Adakah Islam membunuh naluri bercinta?
Naluri adalah sebahagiaan daripada kesempurnaan kejadian manusia.
Naluri ingin memiliki dan suka jika dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah.
Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya.
Islam bukan datang untuk menafikan naluri dan keinginan itu,

TIDAK! Islam tidak suruh membunuh naluri itu seperti mana yang di lakukan oleh paderi dan sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri.
Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah.
Dan ucaplah syukur ALHAMDULILLAH jika ia hadir,kerana itulah tanda kita masih dalam golongan manusia normal. Jangan jadi seperti golongan homoseks dan lesbian, jatuh cinta pada kaum sendiri, kan pelik tu.. jauh dari fitrah manusia yang suci.
Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah ALLAH SWT.
Iaitu menyalurkan naluri itu ke jalan yang sewajarnya.

Ingat hadis Nabi SAW:
Wahai orang muda, sesiapa di antaramu yang mampu berkahwin,
hendaklah berkahwin. Kerana inilah satu cara menahan mata daripada melihat kepada keburukan dan memelihara kamu supaya suci dan mulia.
Dan sesiapa yang tidak mampu, hendaklah berpuasa
kerana puasa itu melemahkan nafsu.
(Bukhari dan Muslim)

Jelas hadis ini menerangkan kalau masih tak mampu untuk berkahwin = BERPUASA. Tapi apa yang berlaku dalam masyarakat, bila masih tak mampu untuk berkahwin, menggunakan pendekatan barat iaitu BERCINTA.
CARILAH DALAM MANA-MANA AYAT AL-QURAN, HADIS ATAU KITAB-KITAB ULAMA YANG MEMBAHASKAN TENTANG PERCINTAAN SEBELUM BERKAHWIN. YANG PASTI JIKA MASIH TAK MAMPU UNTUK BERKAHWIN, AGAMA KITA MENYURUH BERPUASA SEBAGAI CARA MENAHAN NAFSU BUKAN BERCINTA SEBAGAI MANA YANG DI GARISKAN
OLEH BARAT...!
Itulah silapnya kita, Islam memberi jalan yang paling baik dan mulia tapi kita memilih jalan yang silap, jalan yang digariskan oleh barat.

Yakinlah pada hadis Rasulullah SAW :
ALLAH SWT akan menolong tiga lelaki yang dalam keperluan;
a) Seseorang yang berkahwin kerana memelihara kesuciannya
b) Seseorang yang keluar untuk berperang di jalan ALLAH
c) Hamba yang bekerja untuk membebaskan dirinya.
(Riwayat Tarmizi, Nasa’i, Ibnu Majah, Ahmad)

Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat!
Kerana ALLAH SWT ciptakan kita sebagai manusia.
Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri / nafsu.

Cinta secara Islam hanya satu, iaitu PERKAHWINAN.
CINTA BERLAKU SETELAH IJAB QABUL, CINTA LEPAS KAHWIN. ITULAH CINTA SAKRAL DAN QUDUS, CINTA YANG BERMARUAH. BUKAN CINTA MURAHAN.

Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentu ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum berkahwin, ia membawa ‘sesuatu’ sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. Cuma kita sahaja yang tidak yakin dan tidak sabar.

Sabda Rasulullah SAW:
Tidak ada yang patut bagi dua orang yang
saling mencintai kecuali nikah.
(Ibnu Majah)

Cinta adalah maruah manusia.
Ia terlalu mulia, maka salurkanlah ia di tempat yang betul.

Kalau begitu, semua cinta remaja menghampiri ke arah perzinaan?
Ya. Kalau lelaki dan wanita bertemu tentu perasaan turut terusik.
Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-duaan. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit.
Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap.
Hubungan makin akrab.
Dah berahi pegang tangan, duduk makin dekat.
Kalau tadi macam kawan, tapi sekarang macam pengantin baru semalam….
Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan?
Samalah seperti hal yang berlaku sekarang, mula-mula miscall saja setiap hari,
tapi lama-lama mula berbalas sms, kemudian berlakulah perhubungan yang seterusnya. Penghujung jalan cinta adalah perzinaan dan kesengsaraan.
Betapa ramai orang yang bercinta telah sampai ke daerah perzinaan
dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk pun sekalipun! Hargailah mereka.



Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat,
tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.
ALLAH SWT yang menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Paling penting di mana kita kuat di situ kita diuji. Di mana kita lemah di situ kita diuji. Misalnya, Maryam ibu Nabi Isa AS. Yang cuba mempertahankan maruahnya sebagai seorang gadis suci, tapi ALLAH SWT uji dengan kandungannya yang tidak berbapa. Samalah seperti kita, kita sangat menjaga agar tidak bercinta dengan sesiapa,
tapi siapa tahu suatu hari ALLAH SWT akan uji dengan perasaan suka pada
kaum jenis lain? Mulanya boleh kawal diri, tapi dek kerana si dia selalu miscall, mulanya layan begitu-begitu, lepas tu layan habis…. akhirnya bercinta hinggalah
kepada zina. Ingat zina ni banyak jenis… zina hati, zina mata, zina tangan dll.
Sedarlah manusia tidak tahan ujian kecuali yang mempunyai kekuatan iman untuk melawan ujian (dengan izin-Nya jua). Oleh itu ALLAH SWT memerintahkan supaya menjauhi perkara yang ditegah, takut manusia akan kecundang.


Jadi manusia itu tak tahan di uji?
Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia, ALLAH SWT telah meningatkan manusia bahawa manusia tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. ALLAH SWT takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. ALLAH SWT tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. ALLAH SWT tahu kelemahan pada ciptaan manusia.
Tak tahan diuji. Oleh itu ALLAH SWT berpesan kepada Adam dan Hawa,
jangan hampiri pokok khuldi itu.

Firman ALLAH SWT:
Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan
janganlah kamu HAMPIRI pokok ini, (jika kamu hampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.
(Al-A’araf:19)

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Tetapi ALLAH SWT tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah perzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan perzinaan, kedua-duanya akan kecundang. Ingat, zina ni banyak jenis: zina mata, hati, tangan dan sebagainya.
Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita, Adam dan Hawa.







Tetapi CINTA LEPAS KAHWIN banyak masalah.
Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.
Bolehkah percaya dengan perwatakan semasa sedang bercinta??
Ingatlah bercinta itu satu penipuan. Bercinta itu penuh dengan lakonan ayng dibuat-buat dan penuh kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik, penyayang, penyabar, pemurah dan pelbagai lagi.

Masa bercinta hanyalah alam lakonan semata-mata.
Masa bercinta bila merajuk ada yang pujuk. Jangan harap selepas kahwin.
Pandanglah orang yang bercinta, masa bercinta bukan main lagi (tak malu) kepit pasangan yang hanya mendatangkan dosa. Tapi bila dah ada ikatan suci,
malu bila berjalan dengan isteri. Suami jalan depan dengan payung,
isteri kat belakang dengan perut yang memboyot.

Masa bercinta bukan main romantik lagi, setiap saat misscall, setiap hari mesti bergayut. Tak boleh hidup kalau tak buat macam itu. Tapi selepas kahwin, semua kemanisan itu ditarik balik. Boring tengok muka suami / isteri. Nak bercakap malas.

Ingatlah… banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza, macam langit dengan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam. Tapi selepas berkahwin, lewat 5 minit dah kena tengking.
Jadi perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai.
Semasa bercinta semua perilaku pasangan yang buruk sedikit pun tak ditegur, semua diterima. Tapi bila dah kahwin, kejap-kejap melenting bila ada yang tak puas hati.

Jangan lupa Hukama’ telah berpesan:
Orang yang menunjukkan kebaikan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. Carilah sahabat / pasangan yang berani dan pandai menegur kesalahan kita. Bukan sahabat yang hanya membiarkan kita terus-menerus melakukan kesilapan atau yang tidak pandai memberi teguran.

Yakinlah pada Allah SWT, lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik.
Kalau nak tahu siapa pasangan kita, pandanglah diri kita, bagaimana iman kita. Begitulah iman pasangan kita walaupun secara fizikalnya berbeza.
Dari sudut sifat pula, bukankah api lawannya air. Bumi dengan langit,
darat dengan laut, semua ini diciptakan untuk saling melengkapi.
Contohnya, kalau kita seorang yang agak beremosi, pasti pasangan kita seorang yang penyabar. Kalau kita seorang yang kuat cemburu, pasti pasangan kita sebaliknya. Yakinlah setiap ciptaan Allah SWT adalah saling melengkapi. Jangan percaya pada cinta sebelum berkahwin. Kerana itu semuanya lakonan. Pandanglah diri sendiri, pasti tahu jawapannya…. Berdoalah kepada Allah SWT agar dipertemukan jodoh yang sesuai dengan citarasa kita.


HABIS BAGAIMANA JIKA HADIR rasa SUKA PADA SESEORANG? BUKANKAH TADI SAUDARA MENGATAKAN TAK SALAH JIKA PERASAAN ITU HADIR KERANA IA ADALAH
NALURI SEMULAJADI MANUSIA?
Jika hadir perasaan itu, ucaplah syukur ALHAMDULILLAH kerana ALLAH SWT masih meletakkan kita dalam golongan manusia yang normal.
Di zaman Rasulullah SAW, ada seorang sahabat, yang mana bila dia di beritahu bahawa anak lelakinya telah jatuh cinta pada seorang gadis, dia mengucapkan syukur kepada ALLAH SWT kerana anak lelakinya masih dalam fitrah manusia yang suci.

Pohonlah perlindungan kepada ALLAH SWT agar tidak terlalu mengikut perasaan yang didorong oleh nafsu semata-mata. Berpuasalah jika masih tidak mampu untuk berkahwin. Bukan ajak bercinta. Berdoalah kepada ALLAH SWT agar dipercepatkan dan dipermudahkan andai dia jodoh kita.

Tanyalah diri dulu, apakah kita ikhlas menyukainya ataupun tidak.
Kita bukanlah ikhlas menyukainya jika kita menyukainya kerana ketampanan, kecantikan kerana semua ini akan berubah.
Kita bukanlah ikhlas menyukainya jika kita menyukainya kerana sifatnya
kerana manusia boleh berubah perangai.

Ikhlaskanlah hati bila dah tau jatuh cinta, antara tanda kita ikhlas menyukainya:
    Kita akan sentiasa menerima dia walaupun dia telah berubah perangai atau
mungkin wajahnya yang cantik / handsome telah menjadi sebaliknya.
    Kita akan sentiasa dapat menerimanya walau bagaimana keadaannya.
    Ambillah apa-apa yang disukai padanya itu dan berdoalah agar pasangan hidup kita juga mempunyai sifatnya yang kita sukai. Misalnya kita suka kepadanya kerana dia banyak menghafaz Al-Quran, mintalah kepada ALLAH SWT moga-moga dijodohkan dengan orang yang sama sepertinya; banyak menghafaz Al-Quran, lagi baik kalau minta pada ALLAH SWT agar dijodohkan dengan orang yang lebih baik darinya; menghafaz, mempelajari, mengamalkan dengan keikhlasan dan mengajarkan Al-Quran kepada orang lain.
    Kalau kita suka dengannya kerana kecantikan / kehenseman, mintalah pada ALLAH SWT agar dijodohkan dengan orang yang
lebih handsome / lebih cantik darinya.

Manusia suka kepada kecantikan / kehenseman.Tak salah kita meminta kepada ALLAH SWT. Siapa tahu, dengan izin-Nya, jodoh kita mempunyai 1 apa 2 daripada sifat-sifat yang kita selalu minta pada ALLAH SWT. Yakinlah ALLAH SWT akan mengkabulkan doa kita.

Contoh, dulu ada dua orang kakak yang buat macam ni, setiap kali berdoa, minta dengan ALLAH SWT agar dijodohkan dengan orang yang mempunyai ciri-ciri tertentu. ALHAMDULILLAH, 5/10 daripada ciri-ciri yang selalu diminta pada ALLAH SWT ada pada suami. Jangan lupa mendoakan agar orang yang kita sukai itu dijodohkan dengan orang yang lebih baik dari kita. Kerana kalau kita ikhlas menyukai seseorang kita pasti mendoakan kebahagiaannya.
Dan kita akan rasa gembira bila dia bertemu jodoh yang
lebih baik dari kita, bukan merasa kecewa.

SEPATUTNYA, usia remaja ni kita perlu berhati-hati dengan godaan keremajaan.
Kalau dah tahu ada rasa suka / cinta padanya tapi belum berkemampuan, buatlah persediaan untuk orang yang bakal kita sayangi dan cintai. Didiklah diri menjadi seorang isteri / suami dan ibu / ayah yang penyayang kepada kanak-kanak.
Carilah ilmu mendidik bagaimana mendidik anak-anak, bukan
dengan melayan perasaan yang entah apa-apa.

Misalnya belajar memasak, mengemas rumah, buat perhiasan rumah, menjahit dan sebagainya. BAGI KAUM ADAM mempelajari semua ini tak salah, bahkan menjadi satu bonus tambahan pula.Zaman remaja ni gunakanlah untuk mendidik diri supaya berhati lembut tetapi berjiwa kental. Kerana di alam rumah tangga pasti ujiannya lebih banyak: kita akan diuji dengan kekurangan / terlebih wang perbelanjaan, diuji dengan pasangan yang mula berubah perangai, diuji dengan anak-anak dan sebagainya.
Bukan menggunakan usia remaja ini dengan berfoya-foya, berjoli sana, joli sini. Mungkin bukan dengan cara kita keluar shopping tapi cukuplah dengan berfoya-foya menggunakan handset. Habis duit mak ayah di gunakan untuk mereload handphone.
Tapi ia digunakan untuk mengganggu orang / bergayut / hantar sms yang entah apa-apa dan sebagainya. Berdoalah kepada ALLAH SWT moga-moga dijodohkan dengan orang yang mempunyai jiwa yang kental dengan ujian.

Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha ALLAH SWT?
Kebahagiaan adalah anugerah ALLAH SWT kepada hamba-hamba-Nya yang terpilih. Kebahagiaan bukanlah ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan.
ALLAH SWT yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu,jika jalan mencapainya tidak diredhai ALLAH SWT. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul.
Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini.

ALLAH SWT TIDAK MEREDHAI PERCINTAAN BEGINI. CINTA YANG DIREDHAI ALLAH SWT ADALAH CINTA SELEPAS KAHWIN. DALAM AL-QURAN TELAH JELAS MEMBERI PANDUAN KEPADA MANUSIA BAHAWA CINTA YANG DIANJURKAN AGAMA ADALAH DENGAN JALAN PERKAHWINAN
(CEK SURAH AN-NUR: 31, 32).

Bagaimana untuk mendapat keluarga bahagia jika langkah permulaannya sudah canggung, bagaimana pula kesudahannya? Orang yang bercinta ibarat tidak yakin pada ALLAH SWT yang telah menetapkan jodoh untuk setiap makhluk-NYA.
Kalau kita yakin pada ALLAH SWT cukuplah jika ALLAH SWT tempat melahirkan rasa cinta itu. Tak salah kita solat sunat pada setiap malam dan cerita pada ALLAH SWT kita minat siapa. mintalah supaya ALLAH SWT memberi hidayah dalam setiap gerak geri agar tidak didorong oleh perasaan cinta. Takutlah kalau-kalau setiap perlakuan kita bersandarkan kepada nafsu. Maklumlah bila dah suka ni,
tak sedar kita melakukan riak. Setiap perlakuan di jaga betul-betul, takut si dia reject.



Tanya sikit…adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke?
Ganti bercinta.
Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan lah’natullah. Hakikatnya adalah sama.
Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berkainan, tetapi isinya adalah sama.
Adik angkat, abang angkat, kakak angkat adalah bentuk tipu daya syaitan dan
iblis lah’natullah. Ini pun satu bentuk penipuan.

Pandanglah orang yang terlibat dengan budaya angkat-angkat ni, adik, abang, kakak angkat ditatang betul-betul, niat ikhlas konon nak berdakwah tapi adik, abang, kakak kandung sendiri entah jadi apa…. kadang-kadang diambil kesempatan untuk berseronok-seronok, sekurang-kurangnya bila miscall ada orang yang sudi melayan, bila hantar sms ada orang sudi membalas, bila bergayut ada orang sanggup luangkan masa berbual dengan perkara yang entah apa-apa. Ada juga kes adik angkat diperalatkan untuk mengenakan orang lain. kasihan tapi itulah hakikatnya. manusia yang terlibat dengan budaya ‘angkat’ ni sebenarnya masuk ke dalam perangkap syaitan lah’natullah. Cuma tunggu masa untuk dikorbankan.
Ini pun satu budaya yang tidak bermaruah.
Jika seorang wanita itu menjaga maruahnya sebagai seorang wanita, pasti dia akan menjaga pergaulannya sama ada dalam telefon atau tidak.
Murahnya nilai seorang wanita jika dengan miscall / sms / call
dia boleh layan lelaki yang tidak ada keperluannya.
Kalau dah hari-hari misscall, hati siapa yang tak terasa?
Mulalah rasa seronok ada orang ambil berat, kalau boleh setiap apa yang berlaku antara diri dengan adik / abang / kakak angkat di cerita pada orang lain
akhirnya menimbulkan pelbagai fitnah.
Namakan dengan nama apa sekalipun, abang / kakak / adik angkat ke, motivator ke, semuanya sama. Jalan yang menghampiri zina dan akhirnya mesti lah zina.
Mungkin bukan zina besar tapi berapa ramai yang tertipu dengan zina kecil?

Bagaimana pula jika si dia dari sekolah agama, ustaz, ustazah @
dari golongan baik?
Jangan tertipu dengan semua ini. Jangan kita lupa sejarah lama, wanita adalah bahan yang paling ampuh yang digunakan oleh syaitan lah’natullah untuk melemahkan lelaki.
Begitu juga kaum wanita, lelakilah yang menjadi ujian padanya.
Ingatlah, kalau wanita itu baik, dia takkan semurah itu memberikan cintanya pada lelaki lain yang bukan bergelar suami, dia takkan semurah itu melayan
lelaki yang tidak ada keperluannya.
Begitu juga lelaki, kalau dia baik, dia takkan semurah itu melafazkan kata cinta kepada orang yang bukan sewajar. Kalau wanita / lelaki itu baik, dia pasti menjaga maruahnya,jaga pergaulan, bukan layan sembarang orang yang tak ada keperluannya.
KITA TIDAK LAYAK MENGATAKAN KITA ADALAH ORANG BAIK,
TAPI TAK SALAH JIKA KITA BERUSAHA KE ARAH ITU.
Kalau kita baca tafsir surah AN-NUR, betapa Islam sangat menjaga wanitanya.
Cuma kita sahaja tidak menghargai kemuliaan ini.
(cek buku SURAH AN-NUR-PANDUAN WANITA SOLEHAH,
penulis: ABUL ‘ALA MAUDUDI,PUSTAKA SALAM) WALLAHU’ALAM.
SEMOGA KITA DITEMPATKAN DALAM GOLONGAN YANG MENJAGA IMANNYA
DARIPADA UJIAN SEPERTI INI.

JADI ORANG YANG BERCINTA TELAH HLANG MARUAH DIRI?
Mengukur maruah diri bukanlah ditentukan oleh manusia.
Tetapi oleh Pencipta manusia.
Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya.
Manakala, bagi orang yang menjaga dirinya, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi.
Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerimanya.
Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak ditentukan oleh ALLAH SWT.

Sama-samalah kita berdoa agar sentiasa ditempatkan bersama-sama golongan yang
menjaga maruah diri. Paling penting jangan sesekali berprasangka pada orang yang bercinta begini, kasihanilah mereka kerana tidak dapat mengawal nafsu / tidak dapat bersabar untuk disayangi kaum jenis lain, bersyukurlah kerana ALLAH SWT masih menjaga iman kita daripada godaan keremajaan. Berdoalah moga ALLAH SWT memelihara kita daripada godaan sebegini. Takut-takut hari ini kita mengumpat orang tu macam ni-macam tu, esok lusa siapa tahu di saat iman lemah ALLAH SWT uji kita pula dengan godaan nafsu remaja….

Cuma ingatlah, antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadai maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah melakukan zina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga.
Mereka tidak layak untuk orang yang beriman.

“Lelaki yang berzina tidak mengahwini melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak mengahwini melainkan
dengan lelaki yang berzina atau lelaki yang musyrik
dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin.â€
(Surah An-Nur: 3)

Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan
orang yang tidak pernah bercinta.

Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan
orang yang pernah bercinta juga?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Kami telah berjanji sehidup semati.
Ada apa dengan janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Siapa tak seronok jika ada wanita murahan yang sanggup melayan mereka?
Habis madu sepah dibuang.
Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang hingga menjadi pepatah.
Yakinlah jika lelaki itu baik, ia akan menyalurkan rasa cintanya di tempat yang betul.
Bukan dengan jalan yang tiada dalam ajaran Al-Quran. Al-Quran menyuruh agar rasa cinta itu disalurkan pada jalan yang suci. Bukan pada jalan yang dianjurkan oleh barat.
Buktinya cukup jelas, hari Valentine misalnya, datang dari barat.
Begitu juga wanita, jika dia baik, dia takkan semurah itu memberikan rasa cintanya / melayan lelaki yang bukan suaminya.

Si dia ini lain dari yang lain.
Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya,
dia akan memilih wanita yang baik.
Tetapi untuk berseronok-seronok dan berfoya-foya di usia remaja, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan.
Siapa tak seronok bila ada orang yang layan? Itulah rahsia lelaki.
Usia remaja ni lagilah, mereka mencari girlfriend untuk tujuan berseronok-seronok dan berfoya-foya. Mungkin bukan dengan zina besar, tetapi berfoya-foya melalui sms / handphone. Siapa tak seronok bila ada wanita murahan yang melayan?

Jadi perempuan yang bercinta jatuh maruahnya pada
pandangan lelaki?
Tentulah. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barangan yang ‘second hand’
sedangkan barang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang di letakkan di show room sahaja; display only.
Tapi ada yang boleh test drive.
Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung,
bawalah ke hulu ke hilir. Zaman moden ni lagi canggih, hanya dengan miscall,
sms, chat perempuan tu begitu murah menggadaikan cintanya / melayan
lelaki yang bukan suaminya.
Sedihkan? Tapi itulah hakikat wanita zaman sekarang.
Berdoalah kepada ALLAH SWT, moga kita terpelihara dari ujian sebegini.

Kepada wanita: simpanlah 99 daya kecantikan yang ada padamu untuk suami bukan untuk orang lain rasa. Rugilah jika lelaki lain dah merasa bagaimana seronoknya bergayut, berSMS (sms yang entah apa-apa). Rugilah jika lelaki lain dah merasa bagaimana seronoknya miscall dirimu.
Rugilah jika lelaki lain dah merasa bagaimana indahnya pandangan matamu, rugilah jika lelaki lain dah merasa bagaimana sedapnya suaramu yang manja, rugilah jika lelaki lain dah merasa bagaimana halusnya tapak tanganmu. Apatah lagi jika lelaki lain dah merasa lebih dari itu.
Jangan dilayan semua ini=nafsu. Tak salah jika bertegas dengan mereka.
Biarlah kita di cop rigid dalam perhubungan antara lelaki dan wanita.
Jangan biarkan lelaki mentafsirkan kita semurah wanita lain yang boleh melayan sesuka hati. Bukan tak boleh bergaul dengan lelaki,
boleh tapi biarlah kena pada tempatnya.



Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya. Masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya.
FIRMAN ALLAH SWT:
“...Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina), lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) ALLAH,
ALLAH telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.
(Surah al-Ahzab: 35)
Berdoalah mudah-mudahan kita tetap dalam golongan yang disebut-sebut oleh
ALLAH SWT dalam ayat tadi….

Bagaimana dengan kami yang sedang bercinta?
Kamu masih ada peluang . bertaubatlah dengan taubat nasuha.
Berdoalah dan mohon keampunan kepada-Nya.
Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-NYA.

Kami ingin mendapat redha ALLAH SWT.
Tunjukkan bagaimana taubat nasuha.
Taubat yang murni. Dalam hal ini ada 3 cara:
1.    Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai
ALLAH SWT ini. Yakinlah pada ALLAH SWT, Yang Maha Penentu.
Yakinlah bahawa andai tak pernah bersua / kenal sekalipun, tetapi jika ia jodoh takkan ke mana. Andai suka macam mana sekalipun tapi tak pernah bercinta, jika ia jodoh, pasti ALLAH SWT akan datangkan waktunya. Tetapi andai bercinta 1000 tahun sekalipun, tetapi bukan jodoh maka rugilah hidup kerana telah memberikan cinta pada orang yang bukan layak menerimanya.

2.    Menyesal. Menginsafi diri di atas tindak-tanduk hidup yang menjurus
kepada cinta manusia yang tak pasti akan kesudahannya.

3.    Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seorang yang bergelar suami / isteri.
Sabarlah, saatnya pasti akan tiba iaitu selepas di ijab qabul.

“Kita berpisah kerana ALLAH SWT, yakinlah kalau ada jodoh, tidak ke mana!
Tak perlulah kita membuang masa muda ini. Cuma bergantung kepada kita sama ada kita sabar atau tidak. Isikanlah masa muda ini dengan ilmu pengetahuan tentang alam rumah tangga bukan melayan nafsu remajaâ€


-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 25-09-06 18:32


info yang berguna.. :-di :-di

syukran..

so.. peringatan pada diri ini..
dan sahabat di luar sinun..
tok seh lah bercouple..hihi..
cukup time.. masa.. cepatlaa lgsungkn walimah..ehehhe





:lol: :lol:


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

miss_farhana
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25002
Posting: 325
Dari: berpijak pada bumi Tuhan,berbumbungkan langit Tuhan

Terengganu  


posticon Posting pada: 25-09-06 22:08


HM..GOOD

Bookmark and Share

    


  Member Information For miss_farhanaProfil   Hantar PM kepada miss_farhana   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 25-09-06 22:45


...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-09-06 08:42


Ana nak tanya penayataan ini :-
Bagaimana dengan kami yang sedang bercinta?
Kamu masih ada peluang . bertaubatlah dengan taubat nasuha.
Berdoalah dan mohon keampunan kepada-Nya.
Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-NYA.

Kami ingin mendapat redha ALLAH SWT.
Tunjukkan bagaimana taubat nasuha.
Taubat yang murni. Dalam hal ini ada 3 cara:
1.    Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai
ALLAH SWT ini. Yakinlah pada ALLAH SWT, Yang Maha Penentu.
Yakinlah bahawa andai tak pernah bersua / kenal sekalipun, tetapi jika ia jodoh takkan ke mana. Andai suka macam mana sekalipun tapi tak pernah bercinta, jika ia jodoh, pasti ALLAH SWT akan datangkan waktunya. Tetapi andai bercinta 1000 tahun sekalipun, tetapi bukan jodoh maka rugilah hidup kerana telah memberikan cinta pada orang yang bukan layak menerimanya.

2.    Menyesal. Menginsafi diri di atas tindak-tanduk hidup yang menjurus
kepada cinta manusia yang tak pasti akan kesudahannya.

3.    Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seorang yang bergelar suami / isteri.

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;
adakah cara di atas sahabat setuju???
macam mana dengan mereka yang betul-betul juga phbungan yang tak lebih sebagai sm2 menjadi sumber inspirasi....perlu putus ke??
macam mana dengan mereka yang mgangap phubungan mereka suci kerana mereka tak bgayung dengan pkr bukan2, mereka tak selalu bsua kcuali bmuhrim, cuma mereka bSMS, itu pun hanya Sekadar kiriman tazkirah dan kata smangat...perlu juga tak mereka putuskan???

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

cititel
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.01.2006
Ahli No: 21725
Posting: 150

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 28-09-06 09:10


artikel yang bagus.... seronok bagi cititel baca ....

Bookmark and Share

    


  Member Information For cititelProfil   Hantar PM kepada cititel   Quote dan BalasQuote

amirahni
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.06.2006
Ahli No: 24839
Posting: 134
Dari: SHAH ALAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-09-06 09:16


Fuhh Mantap! Excellent! Amat berguna. Thanks...


-----------------
BUAT YANG BETUL, BUAT DENGAN BETUL, BUAT BETUL-BETUL


Bookmark and Share

    


  Member Information For amirahniProfil   Hantar PM kepada amirahni   Pergi ke amirahni's Website   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 28-09-06 09:51


semoga jadikan sebagai panduan....

for me...

bercinta tak salah tapi kena lah jaga batasan yang telah ditetapkan oleh syariat....

hidup dan mati hanya untuk ISLAM.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

budak_melaka
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14578
Posting: 450
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 28-09-06 15:24


Pada 28-09-06 09:51 , islamicboy posting:

!!! QUOTE !!!

semoga jadikan sebagai panduan....

for me...

bercinta tak salah tapi kena lah jaga batasan yang telah ditetapkan oleh syariat....

hidup dan mati hanya untuk ISLAM.....


hidup dan mati dalam ISLAM...itu target saya.....

betul...saya sokong

Bookmark and Share

    


  Member Information For budak_melakaProfil   Hantar PM kepada budak_melaka   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.111425 saat. Lajunya....