Oleh |
KeNaLi WaNiTa..... |
muslimahkusza
Warga 3 Bintang Menyertai: 08.11.2004 Ahli No: 12373
Posting: 119
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 19-09-06 10:56
HADIS-HADIS NABI : MENGENALI WANITA Oleh Faza-Miza (Petikan dari Majalah Perkahwinan) Ramai yang tidak tahu bahawa ada beberapa pekara yang telah tercatit dalam hadis yang mengisahkan perbezaan darjat kaum wanita dan lelaki. Perbezaan-perbezaan ini yang menaikan darjat kaum wanita.Ciri-ciri tersebut disesenaraikan di bawah ini :- 1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia". 2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. 3. Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin,maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah. 4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya. 5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. 6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah. 7. Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya. 8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganay, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail. 9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun) 10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki. 11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh. 12.Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,"Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya". 13.Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu. 14.Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya. 15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana? mana pintu yang di kehendaki dengan tidak dihisab. 16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu. 17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga. 18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga. 19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah.wanita sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah. ----------------- Alangkah susahnya menjaga hati kerana... hati itu menjadi rebutan antara... syaitan dan amalan
|
kembara_girl
WARGA SETIA Menyertai: 09.08.2006 Ahli No: 25715
Posting: 408
Dari: jengka,Pahang
|
Posting pada: 19-09-06 11:10
thank'z 4 info...........
|
budak_melaka
WARGA SETIA Menyertai: 21.02.2005 Ahli No: 14578
Posting: 450
Dari: melaka
|
Posting pada: 19-09-06 14:32
bahagianya menjadi wanita kan...banyak kelebihan yang Dia bagi.....tapi kita kena ingat penghuni neraka kebanyakkan kaum kita juga.....nauzubillah. semoga kita dijauhkan menjadi sebahagian dari golongan tersebut.......
|
comel
Warga 5 Bintang Menyertai: 12.06.2003 Ahli No: 1334
Posting: 399
Dari: Mont'Kiara
|
Posting pada: 19-09-06 15:22
Wanita... Boleh membuatkan lelaki berjaya dan juga gagal dalam kehidupan duniawi.... Boleh membahagia dan membuatkan lelaki derita.... Boleh menyenang dan menyusahkan hidup lelaki..... Boleh membawa lelaki ke syurga atau ke neraka..... Wanita itu suatu ciptaan yang paling istimewa....hanya lelaki yang tahu menghargai wanita sahaja tahu dimana dan apa keistimewaan wanita itu. Wassalam.
|
mas2ra
WARGA SETIA Menyertai: 21.10.2004 Ahli No: 12017
Posting: 668
Dari: bumi ALLAH Jalla Jalaluh
|
Posting pada: 19-09-06 15:56
ALLAHualam bisawab, Syukran jazilan ya ukhti...  ************************************ Wahai yang Karunia NYA senantiasa pada semesta alam Wahai yang Maha Pemurah dengan pemberian-pemberian Wahai Pemberi segala bantuan dan pertolongan Cucurkanlah Selawat serta Rahmat MU kepada Nabi Muhammad dan keluarganya (kerna mereka adalah) ciptaan MU yang memiliki budi terluhur... Ya ALLAH, daku bermohon kepada MU dengan rahmat MU yang meliputi segala sesuatu Dan dengan kekuatan MU yang dengannya Engkau taklukkan segala sesuatu Dan yang dengannya merunduk segala sesuatu Dan yang dengannya merendah segala sesuatu Dan dengan keagungan MU yang mengalahkan segala sesuatu Dan dengan kemuliaan MU yang tak tertahankan oleh segala sesuatu Dan dengan kebesaran MU yang memenuhi segala sesuatu Dan dengan kekuasaan MU yang mengatasi segala sesuatu Dan dengan wajah MU yang kekal setelah fana segala sesuatu Dan dengan asma MU yang memenuhi tonggak segala sesuatu Dan dengan ilmu MU yang mencakup segala sesuatu Dan dengan cahaya wajah MU yang menyinari segala sesuatu Wahai Nur, Wahai Yang Maha Suci Wahai Yang awal dari segala yang awal dan wahai yang akhir dari segala yang akhir Ya ALLAH, ampunilah dosa-dosaku yang meruntuhkan penjagaan Ya ALLAH, ampunilah dosa-dosaku yang mendatangkan bencana Ya ALLAH, ampunilah dosa-dosaku yang merusak nikmat Ya ALLAH, ampunilah dosa-dosaku yang merintangi doa Ya ALLAH, ampunilah dosa-dosaku yang menurunkan bencana Ya ALLAH ampunilah segala dosa yang telah kulakukan dan segala kejahatan yang telah kukerjakan... Amin ya Rahman ya Rahim ya ALLAH... *~-----------------  [ Telah diedit oleh: mas2ra pada 19-09-06 16:00 ]
|
raisul_muhaddissin
Warga 3 Bintang Menyertai: 29.08.2006 Ahli No: 26103
Posting: 129
Dari: Shah Alam
|
Posting pada: 19-09-06 16:06
Dan..wanita lebih senang nak masuk syurga dari lelaki...kerana tuntutannya tak seberat laki2...antaranya : 1) Jaga Kehormatan diri 2) Puasa bulan Ramadhan 3) Solat 5 Waktu 4) Taat pada Suami.. Tapi yang no. 4 tu yang paling payah mereka nak dibuat..& itulah antara mengapa ramai wanita dineraka..
|
fatimah-azzahra
Warga 3 Bintang Menyertai: 04.08.2006 Ahli No: 25632
Posting: 113
|
Posting pada: 19-09-06 16:27
Pada 19-09-06 16:06 , raisul_muhaddissin posting:!!! QUOTE !!! Dan..wanita lebih senang nak masuk syurga dari lelaki...kerana tuntutannya tak seberat laki2...antaranya :
1) Jaga Kehormatan diri 2) Puasa bulan Ramadhan 3) Solat 5 Waktu 4) Taat pada Suami..
Tapi yang no. 4 tu yang paling payah mereka nak dibuat..& itulah antara mengapa ramai wanita dineraka.. nauzubillah.. semoga selalu dibawah payung rahmatNYA.AMEEN ----------------- 'tuhan ganjarkan upaya untukku menyusuri jalan Mu agar tak tersasar haluan kiblatku oh, tuhan"
|
nurulieman
Warga 1 Bintang Menyertai: 04.08.2004 Ahli No: 10479
Posting: 27
Dari: uitm
|
Posting pada: 19-09-06 17:03
Salam... thanks for the info... banyak iktibar yang boleh sama-sama kat renungi & jadikan panduan... [ Telah diedit oleh: nurulieman pada 19-09-06 17:04 ]
|
ibtisam_nisa
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.03.2010 Ahli No: 39573
Posting: 87
Dari: dunia pinjaman allah
|
Posting pada: 03-04-10 20:14
Wahai Tuhan kami,janganlah Engkau mengira kami salah jika kami lupa atau kami tersalah, Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami,serta ampunkanlah dosa kami,dan berilah rahmat kepada kami . Engkaulah penolong kami,tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum kafir(al-baqarah:286)
|
achuyah
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.02.2005 Ahli No: 14384
Posting: 138
Dari: qlate
|
Posting pada: 05-04-10 18:15
Pada 19-09-06 15:22 , comel posting:!!! QUOTE !!! Wanita...
Boleh membuatkan lelaki berjaya dan juga gagal dalam kehidupan duniawi....
Boleh membahagia dan membuatkan lelaki derita....
Boleh menyenang dan menyusahkan hidup lelaki.....
Boleh membawa lelaki ke syurga atau ke neraka.....
Wanita itu suatu ciptaan yang paling istimewa....hanya lelaki yang tahu menghargai wanita sahaja tahu dimana dan apa keistimewaan wanita itu.
Wassalam. yup ada betulnya.....ana setuju ----------------- achuyah..someone is still innocent untill has a proven guilty...
|
sayaku
Warga Rasmi Menyertai: 05.04.2010 Ahli No: 39618
Posting: 8
|
Posting pada: 05-04-10 18:18
semoga semua tergolong dalam golongan muslimah yang solehah.. amin~
|
Nur_Espace
Warga 1 Bintang Menyertai: 29.03.2010 Ahli No: 39588
Posting: 27
Dari: Tanah Rata
|
Posting pada: 05-04-10 20:37
ada nasihat atau tips tak untuk isteri yang suka merajuk dengan suami..... bagaimana nak kurangkan atau elak merajuk
|
wuzaraa
WARGA SETIA Menyertai: 20.02.2008 Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara
|
Posting pada: 13-04-10 15:43
Pada 05-04-10 20:37 , Nur_Espace posting:!!! QUOTE !!! ada nasihat atau tips tak untuk isteri yang suka merajuk dengan suami..... bagaimana nak kurangkan atau elak merajuk Suruh suami anda pula merajuk, lagi kuat dari anda. Pasti anda tak sampai hati nak merajuk selalu.
|
Awani
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.10.2009 Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind
|
Posting pada: 13-04-10 16:46
Pada 19-09-06 16:06 , raisul_muhaddissin posting:!!! QUOTE !!! Dan..wanita lebih senang nak masuk syurga dari lelaki...kerana tuntutannya tak seberat laki-laki...antaranya :
1) Jaga Kehormatan diri 2) Puasa bulan Ramadhan 3) Solat 5 Waktu 4) Taat pada Suami..
Tapi yang no. 4 tu yang paling payah mereka nak dibuat..& itulah antara mengapa ramai wanita dineraka.. Kalau sebaliknya bagaimana pula?  -----------------
|
Awani
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.10.2009 Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind
|
Posting pada: 13-04-10 16:47
Pada 03-04-10 20:14 , ibtisam_nisa posting:!!! QUOTE !!! Wahai Tuhan kami,janganlah Engkau mengira kami salah jika kami lupa atau kami tersalah, Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami,serta ampunkanlah dosa kami,dan berilah rahmat kepada kami . Engkaulah penolong kami,tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum kafir(al-baqarah:286) AMIN  Syukran atas info tersebut -----------------
|
Nur_Espace
Warga 1 Bintang Menyertai: 29.03.2010 Ahli No: 39588
Posting: 27
Dari: Tanah Rata
|
Posting pada: 13-04-10 17:19
Pada 13-04-10 15:43 , wuzaraa posting:!!! QUOTE !!!
Suruh suami anda pula merajuk, lagi kuat dari anda. Pasti anda tak sampai hati nak merajuk selalu.
saya tak mahu pandangan dari wuzaraa saya mahukan jawapan dari isteri-isteri ataupun memang sukar mencari isteri yang tak merajuk?
|
nadia_khalit
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.06.2008 Ahli No: 33692
Posting: 163
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 14-04-10 10:45
Pada 13-04-10 15:43 , wuzaraa posting:!!! QUOTE !!! Pada 05-04-10 20:37 , Nur_Espace posting:!!! QUOTE !!! ada nasihat atau tips tak untuk isteri yang suka merajuk dengan suami..... bagaimana nak kurangkan atau elak merajuk
Suruh suami anda pula merajuk, lagi kuat dari anda. Pasti anda tak sampai hati nak merajuk selalu. huaahhaha  ikut logik macam boleh saja..cuba try.. hehehe ----------------- Setiap yang berlaku ada hikmahnyer..Fikirkanlah..
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 16-04-10 13:36
Pada 13-04-10 17:19 , Nur_Espace posting:!!! QUOTE !!! Pada 13-04-10 15:43 , wuzaraa posting:!!! QUOTE !!!
Suruh suami anda pula merajuk, lagi kuat dari anda. Pasti anda tak sampai hati nak merajuk selalu.
saya tak mahu pandangan dari wuzaraa saya mahukan jawapan dari isteri-isteri ataupun memang sukar mencari isteri yang tak merajuk?  hahahahaha .... nurespace kuat merajuk ke ??... awal-awal kawin memang wanita kuat merajuk....maklumlah masih di episode kush kush hotahe lagi masa ni .... lagipun masa menyesuaikan diri, orang asing tiba-tiba menjadi begitu akrab dengan kita ini, agak 'berat' kerana banyak yang tak nampak sebelum ni nampak belaka....hahahaha .... yang lebih yang kekurangan semuanya kita nak kena terima dengan redha. isteri merajuk itu biasa .... antara sifat 'manja' yang kita ada. tapi janganlah berlebihan pula kerana itu mengada-ngada namanya....jangan selalu merajuk kerana itu menjemukan.... bayangkan ketika merajuk suasana rumah pasti akan suram... tapi akak rasa.....sifat merajuk isteri akan berkurang bersama lamanya masa perkahwinan.....pengalaman akan menjadikan kita matang dan menipisnya sifat keanak-anakan. bagi isteri yang kuat merajuk...akak nasihatkan, suami silalah pujuk kerana mereka sekadar inginkan perhatian dan ingin test adakah suami masih 'sangat sayang'. Tapi kalau kerap benar merajuk....elok biarkan dia sejuk sendirian.....penting sebagai pengajaran, jangan sikit-sikit asyik nak merajuk saja ... tentu menyusahkan. dan bagi wanita..... kuat merajuk tanda kurang matang...kalau pun berkecil hati, luahkan jika berkemampuan. Sabarlah jika rasa itu lebih mendatangkan kebaikan. ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
syedzai
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.04.2010 Ahli No: 39679
Posting: 77
Dari: johor
|
Posting pada: 16-04-10 14:42
!!! QUOTE !!! Pada 16-04-10 13:36 , myhoney posting:
hahahahaha ....
nurespace kuat merajuk ke ??...
awal-awal kawin memang wanita kuat merajuk....maklumlah masih di episode kush kush hotahe lagi masa ni .... lagipun masa menyesuaikan diri, orang asing tiba-tiba menjadi begitu akrab dengan kita ini, agak 'berat' kerana banyak yang tak nampak sebelum ni nampak belaka....hahahaha .... yang lebih yang kekurangan semuanya kita nak kena terima dengan redha.
isteri merajuk itu biasa .... antara sifat 'manja' yang kita ada. tapi janganlah berlebihan pula kerana itu mengada-ngada namanya....jangan selalu merajuk kerana itu menjemukan.... bayangkan ketika merajuk suasana rumah pasti akan suram...
tapi akak rasa.....sifat merajuk isteri akan berkurang bersama lamanya masa perkahwinan.....pengalaman akan menjadikan kita matang dan menipisnya sifat keanak-anakan.
bagi isteri yang kuat merajuk...akak nasihatkan, suami silalah pujuk kerana mereka sekadar inginkan perhatian dan ingin test adakah suami masih 'sangat sayang'. Tapi kalau kerap benar merajuk....elok biarkan dia sejuk sendirian.....penting sebagai pengajaran, jangan sikit-sikit asyik nak merajuk saja ... tentu menyusahkan.
dan bagi wanita..... kuat merajuk tanda kurang matang...kalau pun berkecil hati, luahkan jika berkemampuan. Sabarlah jika rasa itu lebih mendatangkan kebaikan.
Benar. Si suami juga kena lah understanding dan banyakkan bersabar terutamanya pada tahun pertama perkahwinan. Salah satu perkara yang perlu untuk kebahagiaan bersama ialah saling memahami antara suatu sama lain. Suami kena belajar dah tahu akan kerenah perempuan (seperti merajuk... emosi tak stabil.. dan sebagainya) dan belajar untuk tangani dan bersabar dengannya. Begitu juga dengan si isteri, perlu juga belajar tentang kerenah lelaki (seperti ego... dan sebagainya) dan bersabar dengannya. Paling penting.. banyakkan bersabar dan bersangka baik. Insya-Allah bahagia... ----------------- Visit my blog: http://syedzai.blogspot.com/
|
ibtisam_nisa
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.03.2010 Ahli No: 39573
Posting: 87
Dari: dunia pinjaman allah
|
Posting pada: 17-04-10 15:11
Pada 05-04-10 18:18 , sayaku posting:!!! QUOTE !!! semoga semua tergolong dalam golongan muslimah yang solehah..
amin~ amin ya allah,Kau perkenankanlah permintaan kami
|
wuzaraa
WARGA SETIA Menyertai: 20.02.2008 Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara
|
Posting pada: 18-04-10 10:22
Pada 16-04-10 13:36 , myhoney posting:!!! QUOTE !!! Tapi kalau kerap benar merajuk....elok biarkan dia sejuk sendirian.....penting sebagai pengajaran, jangan sikit-sikit asyik nak merajuk saja ... tentu menyusahkan.
dan bagi wanita..... kuat merajuk tanda kurang matang...kalau pun berkecil hati, luahkan jika berkemampuan. Sabarlah jika rasa itu lebih mendatangkan kebaikan.
Haaaa... dengar tu
|