Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 20-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika kamu ingin tinggi, jangan hanya merenung gunung, panjatlah. Jika kamu ingin bijaksana, jangan merenung kitab, amalkanlah.
-- Meow (warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 60
Ahli: 0
Jumlah: 60




  Yang Masuk Ke Sini
izad: 61 hari yang lalu
the_brOtherz: 88 hari yang lalu


Jejak Mahasiswa
Topik: pilihanraya kampus kembali lagi


Carian Forum

Moderator: Administrator, istisafa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Mahasiswa
    »» pilihanraya kampus kembali lagi

Please Mendaftar To Post


Oleh pilihanraya kampus kembali lagi

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-09-06 21:28


musim pilihanraya peringkat kampus kembali lagi. dalam masa terdekat ni...

di UM, hari pencalonan adalah pada 18hb september. kempen 2 hari iaitu 19 dan 20. kemudian hari mengundi pada 21hb.

IPTA lain bagaimana? ada apa-apa berita terkini? tentang gerakan kedua-dua belah pihak ke sekarang ni...?


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 14-09-06 10:17


INSTITUSI pengajian tinggi awam (IPTA) di seluruh negara semakin menghampiri musim pilihan raya kampus. Sudah kedengaran label-melabel dari kem-kem tertentu.

Pilihan raya kampus adalam satu medan untuk melatih dan membentuk kepimpinan negara yang akan datang.

Namun suasana yang tidak sihat mula menyelubungi musim pilihan raya ini. Secara umumnya semua maklum bahawa politik luar adalah unsur yang tidak sihat sekiranya dibawa masuk ke dalam kampus. Oleh itu sentimen kepartian perlu dihentikan di dalam kampus.

Kita tidak mahu mahasiswa hilang idealismenya sebagai pejuang hak pelajar. Oleh itu hanya pelajar sahaja yang memahami aspirasi pelajar. Apa gunanya menjadi perwakilan mahasiswa tetapi memperjuangkan politik kepartian.

Menjadi perwakilan pelajar adalah satu peluang yang perlu digunakan sepenuhnya untuk memperbaiki kedudukan mahasiswa. Semua sedia maklum mahasiswa kini menghadapi situasi yang semakin sukar. Pelbagai masalah melanda.

Masalah akademik, bumiputera yang ketinggalan, masalah kewangan, gejala sosial seperti dadah, pergaulan bebas dan pelbagai masalah lagi yang merencatkan kecemerlangan mahasiswa.

Oleh itu, peluang menjadi perwakilan mahasiswa nanti perlu digunakan secara optimum dan dengan cara yang betul.

Sebagai contoh pada pesta konvokesyen baru-baru ini, sebuah IPT berstatus Islam di ibu negara telah diserikan dengan kehadiran artis-artis untuk menghiburkan pengunjung. Jelas penganjuran konsert dan mengimport artis ke dalam pesta konvokesyen kampus bukan ubatnya untuk menyembuh masalah kebobrokan masalah sosial mahasiswa.

Sangat sedih bila artis yang tidak sepatutnya menjadi idola bagi golongan intelektual lebih dikenali mahasiswa daripada tokoh-tokoh cendiakawan negara.

Perwakilan pelajar seharusnya menggunakan platform Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) sebagai landasan untuk memperbaiki mutu mahasiswa demi pembangunan negara yang berteraskan modal insan.

Menjadi perwakilan mahasiswa adalah menjadi suara kepada mahasiswa. MPM adalah platform yang perlu dijadikan landasan untuk merapatkan jurang di antara mahasiswa dan pihak pentadbiran.

Perwakilan mahasiswa perlu berusaha bersungguh untuk meningkat daya intelek mahasiswa terutamanya.

Kesemua ini adalah aspirasi pelajar yang perlu diperjuangkan. Oleh itu kita seharusnya menolak politik luar daripada mencemar politik kampus.

Sehubungan itu adalah dinasihatkan kepada seluruh warga kampus ketika menghadapi pilihan raya kampus nanti untuk memilih perwakilan yang benar-benar memperjuangkan pelajar dan menolak individu-individu yang mewakili mana-mana parti.

Kepimpinan dan idealisme pelajar tidak akan tergilap sekiranya kita menjadi pelaksana dasar parti-parti politik yang berkepentingan. Hanya pelajar yang dapat memperjuangkan nasib pelajar.

Sesuatu perlu dilakukan untuk mengembalikan martabat mahasiswa. Mahasiswa perlu dibawa jauh kehadapan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Kecemerlangan mahasiswa pasti akan membawa negara ke mercu kejayaan yang lebih cemerlang. Mahasiswa adalah aset negara yang sangat bernilai. Mahasiswa perlu hidup berjasa, kepada agama, bangsa dan negara yang tercinta. Hidup biar berjasa.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 14-09-06 20:59


aiwah..
kini ku hanya bergelar seorang siswazah..

semalam tertukar tv 1.. entah cerita apa..
bicara siswa agaknya.. cerita pasal election ni..
huh.. pilihan raya demokrasi??

iye ke?? apa buktinye..??huh..


mula lepas tahun 2000.. uum mula pudar..
dan mula layu.. dengan kongkongn HEP..

angguk-angguk.. geleng-geleng..
ayat yang dilontar oleh saudara
yang telefon mlm tadi dalam tv..

persoklannnye..??
iye ke.. pilihan raya kita BEBAS dari anasir luar??
BEBAS ke kita semua nak buat pilihan??
BEbas ke kita nak buat undi ROSAK??

apa kess nya bila undi kita.. ada pula no siri nya??
apa kess nya bila nak sampai ke dewan election tu..
ada pula tangan yang menghulur list nama yang patut ditanda??!!
apa kess nya bila tiada autoriti.. tiada keBEBAsan untuk kita
memilih pemimpin yang sewajarnya memegang tampuk PIMPINAN!!

haa.. siapa boleh jawab..hehee..







:roll: :roll: :roll:


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 14-09-06 21:18


seperti yang diramal....pelbagai syarat2 baru dikenakan kepada bakal2 calon pilihanraya kampus bagi menghalang atau paling tidak menyusahkan hak kebebasan bersuara mahasiswa2.

nielah malaysia....umat Islam malaysia....amalkan Islam separuh, tinggalkan Islam separuh....sekularism.

p/s: maaflah kalau ada yang terasa di hati...naruto-san budak baru belajar ;-)
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 14-09-06 21:20 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

cairel_harriz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.10.2005
Ahli No: 19970
Posting: 110
Dari: Bandar Perda

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 14-09-06 21:50


assalammualaikum wbt.

saya ini bukannya seorang mahasiswa ataupun calon2 untuk pilihanraya nanti. sekarang ini apa ada dengan orang-orang melayu? cuma politik saja. kalau politik pun tak boleh nak pertahan, susahlah.

asas mudah kepada politik ialah pilihanraya kampus. proaspirasi & propembangkang, begitulah gelaran yang diberikan di usm. so mana satu pilihan anda? saya? mana-mana pun sama. lebih banyak sembang dari beraksi. asyik2 masalah yang sama juga yang akan timbul...

wassalam!

Bookmark and Share

    


  Member Information For cairel_harrizProfil   Hantar PM kepada cairel_harriz   Pergi ke cairel_harriz's Website   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 18-09-06 12:47


BEBERAPA hari lagi, semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan menghadapi pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Walaupun ia bukannya sesuatu yang baru tetapi kehadirannya bagaikan dinanti-nanti oleh setiap warga kampus kerana inilah masanya di mana mereka diberi kebebasan memilih pucuk pimpinan yang dikehendaki. Ini merupakan satu suasana yang bakal melengkapkan pakej sebagai pelajar IPTA terutama bagi mereka yang bakal bergelar graduan kelak.

Dalam membicarakan mengenai pilihan raya MPP ini, kita tidak dapat lari daripada membincangkan mengenai bakal calon yang terpilih dalam senarai wakil pelajar. Terdapat pelbagai kriteria yang menjadi tunjang dalam proses pemilihan tampuk pimpinan yang baru.

Konsep kepimpinan seringkali menjadi topik hangat untuk diketengahkan dalam membuat pilihan yang tepat. Ini adalah kerana MPP merupakan platform terbaik dalam melahirkan bakal pemimpin. Bakat dan ketokohan serta aspek kepimpinan akan dapat diasah dan digilap supaya suatu hari nanti mereka mampu menerajui pucuk pimpinan negara.

Soalnya, bagaimana kita hendak menjadi seorang pemimpin yang benar-benar disenangi oleh orang lain? Apakah kriteria pemilihan atau ukuran yang akan digunakan dalam membuat pilihan? Adakah atas dasar kecemerlangan akademik, ketokohan sebagai pemimpin ataupun aspek populariti di kampus? Ini adalah antara inti pati yang harus diamati sedalam-dalamnya oleh penuntut sebelum proses membuang undi dilakukan.


Diamanahkan

Secara amnya, Islam telah memberi pengiktirafan bahawa adalah menjadi satu amanah kepada kita untuk memilih pemimpin sendiri dalam mewujudkan masyarakat harmoni. Manakala pemimpin yang dipilih atau terpilih itu pula perlu menerima amanah kepimpinan daripada masyarakat umum dan bertanggungjawab untuk melaksanakannya dengan penuh dedikasi.

Begitulah yang telah digariskan oleh Islam yang amat menitikberatkan hal- hal berkaitan dengan pemimpin dan kepimpinan.

Bukan perkara mudah apabila kita hendak mengungkap ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pemimpin untuk menjadi pemimpin yang unggul. Keupayaan seseorang menerajui kelompok pimpinan sudah lama dibahaskan. Pemimpin bakal mengorak sesuatu kelompok masyarakat demi kemajuan dan kesejahteraan serta jatuh bangunnya seseorang pemimpin itu jua adalah berpunca daripada sifat kepemimpinan yang ada padanya.

Tugas dan tanggungjawab pemimpin sememangnya satu tugas yang berat.

Ringkasnya, terdapat tiga perkara utama yang harus ada pada seseorang yang bernaung di bawah tiket MPP iaitu mereka hendaklah sentiasa mengutamakan tugas, melakukan sesuatu tugas dengan jaya dan menerima pandangan ataupun mendapatkan maklum balas hasil daripada kerja-kerja yang telah dilaksanakan.

Inti pati inilah yang seharusnya menjadi paksi pemimpin jika ingin menjadi pemimpin pelajar yang berkualiti. Sikap keterbukaan dan ketelusan harus ada dalam diri mereka. Pemimpin pelajar sememangnya berhak menerima teguran dan nasihat serta sanggup mengubah perilaku yang bakal merosakkan kelompok yang dipimpinnya.

Para pengikut ataupun penuntut juga memainkan peranan kerana seseorang pemimpin kampus hanya akan berjaya jika ia mendapat sokongan padu daripada kalangan warga kampus. Janganlah hanya sekadar melantik pada hari pilihan raya kampus tetapi selepas itu meninggalkannya terkapai-kapai tanpa sokongan.

Natijahnya, Islam amat memandang tinggi golongan pemimpin yang berusaha untuk mewujudkan satu masyarakat yang bersatu padu, adil dan mempunyai rasa tanggungjawab terhadap kebajikan kelompok di bawah naungannya. Bakal pemimpin MPP harus sedar bahawa kepemimpinan bukanlah sesuatu yang bersifat individu tetapi anggaplah ia sebagai suatu perpaduan ummah yang menyeluruh dalam segenap aspek kehidupan. Jadikanlah landasan ini sebagai permulaan kepimpinan yang baik dan bakal membentuk acuan yang dikehendaki oleh negara.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

raudhahIzzah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.02.2005
Ahli No: 14516
Posting: 216
Dari: Jazirah Lukluk

PulauPinang  


posticon Posting pada: 18-09-06 13:20


Semoga mereka yang benar-benar amanah terpilih menjadi pucuk pimpinan atasan...semoga mendapat keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T. insyaAllah.....Kudoakan semoga Jemaah pimpinan dapat meneruskan perjuangan dakwah dan memartabatkan Islam di Malaysia....

Selamat Berjaya jemaah kampus!!!!

We wish all of u "best of luck"

salam alaik... :-) :-) :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhahIzzahProfil   Hantar PM kepada raudhahIzzah   Quote dan BalasQuote

azzahrawi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 33
Posting: 307
Dari: pulau mutiara

PulauPinang  


posticon Posting pada: 18-09-06 16:34


i'm wishing that GAGASAN will success in this campus election.

GAGASAN POWER!
GAGASAN POWER!

Bookmark and Share

    


  Member Information For azzahrawiProfil   Hantar PM kepada azzahrawi   Quote dan BalasQuote

qudwah_mardihah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.03.2004
Ahli No: 8029
Posting: 263
Dari: Malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 18-09-06 16:44


HANYA DENGAN RAHMAT ALLAH...
SEMOGA KEMENANGAN ITU KEMBALI MENERJAHI KAMI


SALAM PERJUANGAN UNTUK SEMUA PERWAKILAN

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwah_mardihahProfil   Hantar PM kepada qudwah_mardihah   Pergi ke qudwah_mardihah's Website   Quote dan BalasQuote

SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: Tm Mlwt, Kl Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 18-09-06 17:00


Assalamualaikum wbt...

Perkembangan terkini Pilihanraya di UIAM Gombak...

Kesemua 46 calon Public Speaking Test yang berlangsung Jumaat yang lepas...

18 September 2006 - Jam 8.00 hingga 10.30 pagi tadi telah berlangsung penamaan calon. Withdrawal and objection session berlangsung selepas waktu tersebut sehingga jam 12 tengahari...

Keputusan menang tanpa bertanding bagi calon-calon pro-Islam untuk Kulliyyah berikut (2 calon bagi setiap Kulliyyah):

1. Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Heritage (Ilmu Wahyu dan Warisan Islam)

2. Kulliyyah of Information and Communication Technology (Teknologi Maklumat dan Komunikasi)

3. Kulliyyah of Science (Sains)

Dan kemenangan tunggal bagi pihak pro-aspirasi di Kulliyyah of Architecture and Environemental Design (Seni Bina dan Reka Bentuk Persekitaran)...seperti biasalah...

Maknanya, ada beberapa Kulliyyah lagi yang bakal menjadi medan pertandingan. We wait and see! InsyaAllah, khabar terkini akan dikongsikan bersama, insyaAllah...

Allahu Ta'ala a'lam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaLaFiaNProfil   Hantar PM kepada SaLaFiaN   Pergi ke SaLaFiaN's Website   Quote dan BalasQuote

cinta_ilmu
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.11.2003
Ahli No: 5255
Posting: 160
Dari: Kajang dan Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-09-06 17:14


Dipetik dari www.kampusnegara.net

1) Kes 1

pejam celik pejam celik... pilihan raya kembali mengegarkan dunia kampus. namun demokrasi yang diharapkan nampaknya masih suram... apa ni???? untuk apa PRK kalau penyelewangan terus berlaku!!! kepada semua.. ni pendedahan terbaru di kampus UPSI!!!! SILA AMBIL PERHATIAN. Di sini lagi teruk keadaan apabila tempat membeli borang ,berkeliaran polis serta mpp yang lama menjadi tukang ambil gambar.. apabila dah dibubarkan mpp, sepatutnya mereka menjadi yang berkecuali dalam hal ini...
yang seterusnya... dekan tak nak tanda tangan borang pencalonan.. apa cerita ni???? fikir-fikirkan lah... dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan

2) Kes 2

dengar kata, penyelewengan prk dah pun berlaku kat kustem masa hari pengambilan borang pencalonan prk huhu.

mula2 ghoyak borang pencalonan keluar pukul 8.30. tup2, pukul 8 dah bukak dah borang pencalonan. peliknye, tak sampai bape minit dah habis dah, sebab dengar kabo borang yang ado tu 24 saja.

paling best, masa pukul 8 tu, depa guna tentera mereka halang pelajar daripada ambil borang, tapi bagi pula laluan kat sek2 aspirasi ambil borang.

tak done setakat tu saja, bila dah ghoyak dah habis, ramai lah yang balik dengan hampa dan marah, tapi dengar cerita pukul 11.45 begitu, ada pulak borang balik, time2 tu dah tak ada orang dah kat sana. penipu sungguh depa ini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For cinta_ilmuProfil   Hantar PM kepada cinta_ilmu   Quote dan BalasQuote

cinta_ilmu
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.11.2003
Ahli No: 5255
Posting: 160
Dari: Kajang dan Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-09-06 17:24


tentang pentadbiran UIAM mempunyai misi mereka sendiri.

baru-baru ini pula pihak pentadbiran UIAM buat perangai lagi. Penjualan borang untuk calon pilihanraya kampus yang ditetapkan pada 14/09/06 telah dijual awal tiga hari iaitu pada 11/09/06.. dah lah buat kepala sendiri.. lepas tu seolah-olah takut pada student-student yang menentang matlamat karut mereka. Buat pengetahuan semua, Pihak pentadbiran UIAM tidak langsung mengumumkan secara terbuka tentang tarikh penjualan borang tersebut.. hanya calon2 kroni sahaja diberi tahu. KONON-KONON NAK PEMIMPIN YANG BERKUALITI.. DEKAT KAMPUS PENUH DILEKAT BANNER MENGENAI PEMILIHAN PEMIMPIN SECARA ADIL... TAPI SEKARANG PIHAK PENTADBIRAN SENDIRI BERLAKU TIDAK ADIL... APA NAK JADI DENGAN UIAM

Bookmark and Share

    


  Member Information For cinta_ilmuProfil   Hantar PM kepada cinta_ilmu   Quote dan BalasQuote

fatimah-azzahra
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.08.2006
Ahli No: 25632
Posting: 113

Terengganu  


posticon Posting pada: 18-09-06 17:41


Pada 18-09-06 16:34 , azzahrawi posting:

!!! QUOTE !!!

i'm wishing that GAGASAN will success in this campus election.

GAGASAN POWER!
GAGASAN POWER!


saya sokong.. insyaALLAH.


-----------------
'tuhan ganjarkan upaya untukku menyusuri jalan Mu agar tak tersasar haluan kiblatku oh, tuhan"


Bookmark and Share

    


  Member Information For fatimah-azzahraProfil   Hantar PM kepada fatimah-azzahra   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-09-06 18:09


8-) harap-harap para barisan Pro-Aspirasi menang......


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-09-06 18:10


Pada 18-09-06 18:09 , eme86 posting:

!!! QUOTE !!!

8-) harap-harap para barisan Pro-Aspirasi menang......



:lol: silap2....bukan pro-aspirasi....tapi pro pemb***ka**.......


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

cinta_ilmu
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.11.2003
Ahli No: 5255
Posting: 160
Dari: Kajang dan Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-09-06 09:44


Setakat ini pencalonan dah dijalankan semalan so apa khabar2 berita dari empat saudara dan saudari di IPTA masing-masing? Nak dengar berita daripada anda saja, tak mahu baca paper kurang percaya lah!

Bookmark and Share

    


  Member Information For cinta_ilmuProfil   Hantar PM kepada cinta_ilmu   Quote dan BalasQuote

cinta_ilmu
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.11.2003
Ahli No: 5255
Posting: 160
Dari: Kajang dan Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-09-06 09:46


Pada 19-09-06 09:44 , cinta_ilmu posting:

!!! QUOTE !!!

Setakat ini pencalonan dah dijalankan semalan so apa khabar2 berita dari empat saudara dan saudari di IPTA masing-masing? Nak dengar berita daripada anda saja, tak mahu baca paper kurang percaya lah!


Bukan empat but tempat. Typing error....


-----------------
Bertakwalah kepada Allah moga-moga mendapat kerahmatan dan keredhaannya..


Bookmark and Share

    


  Member Information For cinta_ilmuProfil   Hantar PM kepada cinta_ilmu   Quote dan BalasQuote

cinta_ilmu
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.11.2003
Ahli No: 5255
Posting: 160
Dari: Kajang dan Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-09-06 17:17


Pilihan Raya Kampus 2006/07 semakin hampir, bahangnya terasa di setiap kampus-kampus. Perjalanan pilihan raya kampus sejak tiga tahun kebelakangan ini sememangnya cukup memalukan warga kampus dengan pelbagai laporan mengenai dakwaan salahguna kuasa pihak tertentu yang mahu gerakan mahasiswa yang tidak sehaluan dengan aspirasi mereka tidak lagi menjadi 'leader' kepada mahasiswa di kampus.

Setiap kali menjelang pilihan raya kampus, ada sahaja suara-suara keluhan dari 'mahasiswa marhaen' yang menuntut satu pilihan raya yang telus, adil, wibawa tanpa sebarang campur tangan politik dari pemerintah mahupun pentadbir kampus seperti Bahagian Hal Ehwal pelajar (HEP).

Kali ini, pihak kampusnegara menerima laporan ketidak telusan pilihan raya kampus dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) . Berdasarkan fakta-fakta yang telah diberikan ia terbahagi kepada:

Peraturan Penamaan Calon

Hanya calon, pencadang atau penyokong sahaja dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon pada satu-satu masa.

Peraturan Kempen

a) Pemberian hadiah @ cenderamata tak dibenarkan
b) Manifesto mesti dapat kelulusan pengerusi SPMPP
c) Kempen dilarang bersemuka contoh: tempat ibadat, bilik bacaan & bilik ke bilik
di) Bilik kuliah boleh TAPI kena dapat kelulusan pegawai akademik & tak melebihi 10 minit
e) Poster dan kain rentang yang mendapat kelulusan SMPP sahaja boleh direntang. Hanya menggunakan tali yang disediakan oleh SMPP sahaja dan menampal pada papan kenyataan yang dibenarkan sahaja.

Ugutan Ke atas Calon

a) Calon di jumpa oleh Pengetua kolej dan Felo-felo untuk di larang daripada bertanding.
b) Mengugut calon untuk menghantar nama kepada KPT dan KPM bahawa dilabel propembangkang.

Kesukaran Untuk Mendapat Tandatangan Dekan

Calon – calon yang bukan ditaja oleh HEP tidak mendapat tandatangan dekan malah diugut oleh dekan sekiranya menang akan memberi kesan untuk posting.

Campur Tangan H.E.P Dalam Penentuan Calon

a) Pihak HEP telah menyediakan senarai calon-calon aspirasi di pihak mereka sahaja
b) Digunakan sebagai rujukan dekan sebelum menurunkan tandatangan

Campur Tangan Pihak Polis Semasa Pembelian Borang Calon

Polis diarahkan berada di sekitar pejabat HEP di mana proses penjualan borang pencalonan dilakukan

Di atas adalah fakta-fakta yang didakwa sebagai langkah-langkah untuk menyekat proses demokrasi di dalam kampus dan juga tidak telusnya peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak yang bertanggungjawab.

*
SPMPP (Suruhanjaya Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar)
KPT (Kementerian Pengajian Tinggi)
KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia)

Bookmark and Share

    


  Member Information For cinta_ilmuProfil   Hantar PM kepada cinta_ilmu   Quote dan BalasQuote

cinta_ilmu
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.11.2003
Ahli No: 5255
Posting: 160
Dari: Kajang dan Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-09-06 17:26


Pada majlis perjumpaan dengan bakal calon Pilihan Raya Kampus 2006 di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Presiden UIA iaitu Tan Sri Sanusi Junid menyatakan kekesalan di atas perkara yang mencemarkan nama baik UIA sebagai Universiti Islam yang terkemuka di Malaysia mahupun dunia.

Tan Sri Sanusi Junid memberi respon tentang permainan berunsur judi dalam kampus selain membawa masuk artis ke pesta konvokesyen universiti berkenaan. Antara ucapan beliau ialah :

"UIA has a long way to go, so while we are progressing, I hope you don't sacrifice your moral values. For examples; when you are in the universiti you wear the tudung but when you graduate you take off your tudung such if you are in prison before."

Beliau menjelaskan lagi,

"About the moment, I don't interfere with the convocation. But don't try provoke me that I want to ask for the rehearsal to make sure everything is okay, and I want to see everything you want to do."

Beliau juga memberi contoh cukup jelas yang mana beliau sendiri tidak bersetuju dengan kemasukan artis,

"If, I'm see that giving you the power, that you will abused it. For example, bawa penyanyi yang tidak senonoh, so satu hari nanti, kamu tidak akan diberikan kuasa lagi."

Beliau menegaskan supaya perkara tersebut tidak terjadi lagi kerana ia boleh menjatuhkan nama baik UIA.

"Ramai anak-anak raja terkejut tengok convo UIA, dan mereka kata ini ke UIA. We must keep the name of UIA."

Itulah ucapan-ucapan yang penuh dengan harapan, supaya calon-calon pilihan raya tidak memasang cita-cita untuk mengikuti jejak Majlis Perwakilan Pelajar seisi yang lepas.

Tentang 'election' , Tan Sri Sanusi Junid mengharapkan supaya keadaan terkawal tiada pergaduhan sesama sendiri.

"Don't be quarrel among yourselves. Let show to the people, how the UIA is united in election."

"Saya harap kita jangan berkelahi di universiti sampai diluar esok susah kita nak berdamai."

"Kita berdamai di universiti supaya diluar sana kita boleh bawa kedamaian."

Itulah ucapan Presiden yang penuh berharapan sempena pilihan raya kampus 2006/07 ini.

Semoga pilihan raya kampus penggal ini berjalan dengan penuh demokrasi dan keadilan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For cinta_ilmuProfil   Hantar PM kepada cinta_ilmu   Quote dan BalasQuote

nano
Warga 5 Bintang
Menyertai: 20.10.2005
Ahli No: 19971
Posting: 386

blank   avatar


posticon Posting pada: 19-09-06 18:15


Kalau pilihanraya kampus tak telus ....boikot saja lah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nanoProfil   Hantar PM kepada nano   Quote dan BalasQuote

nor_2118
Warga 2 Bintang
Menyertai: 25.01.2006
Ahli No: 22238
Posting: 66
Dari: seberang perai

Pahang  


posticon Posting pada: 19-09-06 18:40


Assalamualaikum...
saya ni mahasiswa uitm,penenng...
em tarikh pilihanraya dbuat pada 21hb ini..em tak macam um 2 hari,
dkampus kami hanya diadakn pada hari tesebut sahaja.dr 8-5 ptg.
malangny fakulty kami hanya mnghantar 2 calon sahaja dbanding dengan fakulty lain....
em harap-harap mereka menang..
amin.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nor_2118Profil   Hantar PM kepada nor_2118   Quote dan BalasQuote

jutawanmuslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2005
Ahli No: 20900
Posting: 1561
Dari: UPM

Selangor  


posticon Posting pada: 19-09-06 22:42


pilihan raya upm....undi2..

Bookmark and Share

    


  Member Information For jutawanmuslimahProfil   Hantar PM kepada jutawanmuslimah   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 20-09-06 11:19


Proaspirasi dijangka kuasai pilihan raya kampus
Oleh: ABDUL YAZID ALIAS

KUALA LUMPUR 19 Sept. – Penamaan calon pilihan raya kampus sesi 2006/2007 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang berjalan lancar semalam menyaksikan kejutan awal berikutan kemenangan tanpa pertandingan oleh calon-calon proaspirasi di beberapa buah IPTA seluruh negara.

Pemilihan kali ini turut menyaksikan persaingan sengit di antara calon kumpulan proaspirasi dan propembangkang untuk menguasai baki kerusi yang dipertandingkan dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Selain itu, pertandingan kali ini dijangka memihak kepada calon-calon daripada kumpulan proaspirasi berikutan bilangan kerusi yang dimenangi dilihat boleh mempengaruhi jumlah undi pelajar dalam pemilihan kali ini.

Universiti Teknologi Mara (UiTM) memperlihatkan kemenangan awal calon kumpulan proaspirasi setelah memenangi 28 kerusi daripada 46 kerusi yang dipertandingkan.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UiTM, Prof. Dr. Nasuddin Othman berkata, kemenangan calon-calon itu berikutan ketiadaan calon lawan yang bertanding untuk merebut kerusi di peringkat fakulti.

‘‘Keadaan ini memperlihatkan pelajar-pelajar UiTM bersikap matang dalam mengetengahkan calon-calon mereka yang boleh diharapkan untuk membantu menjamin kebajikan mereka serta membangunkan lagi universiti,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bagaimanapun, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dan Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) tidak akan menjalankan proses pemilihan Khamis ini ekoran kejayaan calon-calon kumpulan proaspirasi masing-masing berjaya menyapu bersih kesemua 21 dan 18 kerusi tanpa sebarang pertandingan.

Penguasaan calon aspirasi di universiti itu dilihat satu isyarat terhadap penerimaan, keyakinan para pelajar terhadap asas perjuangan yang dibawa oleh calon-calon yang bertanding.

Bagaimanapun, di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), sistem pemilihan kali ini berbeza berbanding tahun lalu berikutan tiada sebarang kerusi umum yang dipertandingkan dan hanya membabitkan kerusi di peringkat kuliyyah (fakulti)_sahaja.

Sebaliknya, sistem yang pertama dilaksanakan di kalangan 17 IPTA itu, calon-calonnya akan ditentukan oleh pelajar-pelajar kuliyyah terbabit mengikut populariti serta kepimpinan mereka dan bukannya di atas mana-mana tiket proaspirasi ataupun propembangkang seperti sebelum ini.

Dalam penamaan calon UIA hari ini, sebanyak 30 kerusi telah dipertandingkan yang mana 11 kerusi di peringkat fakulti telah disahkan memang tanpa sebarang pertandingan.

Sebaliknya, situasi adalah berbeza di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (Kustem) yang mana buat pertama kalinya semua kerusi di peringkat fakulti dipertandingkan membabitkan perlawanan satu sama satu,

Dalam penamaan calon di dua universiti itu yang berlangsung hari ini, seramai 68 calon akan bertanding merebut 34 kerusi di UKM manakala di Kustem, 12 kerusi akan dipertandingkan membabitkan 24 pencalonan.

Sementara itu, Universiti Malaya (UM) mencatatkan kemenangan lapan kerusi tanpa bertanding daripada 41 kerusi.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UM, Prof. Datuk Dr. Mohd Razali Agus berkata: ‘‘Kita menerima beberapa bantahan pencalonan dan ia hanya membabitkan aspek teknikal sahaja.’’

Dalam pada itu, Universiti Sains Malaysia (USM), sebanyak 11 kerusi menang tanpa bertanding di beberapa peringkat pusat pengajian daripada 37 kerusi keseluruhan yang dipertandingkan.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pula memperuntukkan 45 kerusi untuk dipertandingkan pada sesi pemilihan tahun ini yang mana 20 kerusi telah dimenangi tanpa bertanding.

Situasi yang sama turut berlaku di Universiti Putra Malaysia (UPM) di mana 48 kerusi telah dipertandingkan pada sesi pemilihan kali ini.

Proses penamaan calon yang mengambil masa lebih dari 13 jam itu berakhir dengan 10 kerusi di peringkat fakulti dimenangi calon tanpa bertanding dengan bilangan pencalonan seramai 42 orang calon fakulti dan 35 orang calon bebas.

Bagaimanapun, calon-calon yang memenangi kerusi di UM, USM, UTM dan UPM tidak dapat dipastikan sama ada calon kumpulan proaspirasi ataupun calon propembangkang.

Dalam perkembangan lain, Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) mempertandingkan 15 kerusi, empat daripadanya telah dimenangi calon proaspirasi tanpa sebarang pertandingan.

Sementara itu, sembilan dan lapan kerusi turut dimenangi oleh calon kumpulan proaspirasi masing-masing di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) dan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) daripada 27 dan 29 kerusi yang dipertandingkan.

Penamaan calon Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah pun dimenangi oleh calon proaspirasi yang mana masing-masing mendapat empat dan 10 kerusi daripada 12 dan 33 .





p/s: ayatnya macam telus saja pilihanraya ni, tapi sebaliknya... hanya Allah saja yang tahu, 3 tahun bergelar mahasiswa tahu sangat taktik2 kotor mereka tu.

proaspirasi & propembangkang? kuat juga ye pembangkang kat Malaysia, sampai selalu juga dapat kalahkan kerajaan, tak malu ke buat statement macam tu :lol:


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

fatimah-azzahra
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.08.2006
Ahli No: 25632
Posting: 113

Terengganu  


posticon Posting pada: 20-09-06 11:32


Pada 20-09-06 11:19 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

Proaspirasi dijangka kuasai pilihan raya kampus
Oleh: ABDUL YAZID ALIAS

KUALA LUMPUR 19 Sept. – Penamaan calon pilihan raya kampus sesi 2006/2007 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang berjalan lancar semalam menyaksikan kejutan awal berikutan kemenangan tanpa pertandingan oleh calon-calon proaspirasi di beberapa buah IPTA seluruh negara.

Pemilihan kali ini turut menyaksikan persaingan sengit di antara calon kumpulan proaspirasi dan propembangkang untuk menguasai baki kerusi yang dipertandingkan dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Selain itu, pertandingan kali ini dijangka memihak kepada calon-calon daripada kumpulan proaspirasi berikutan bilangan kerusi yang dimenangi dilihat boleh mempengaruhi jumlah undi pelajar dalam pemilihan kali ini.

Universiti Teknologi Mara (UiTM) memperlihatkan kemenangan awal calon kumpulan proaspirasi setelah memenangi 28 kerusi daripada 46 kerusi yang dipertandingkan.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UiTM, Prof. Dr. Nasuddin Othman berkata, kemenangan calon-calon itu berikutan ketiadaan calon lawan yang bertanding untuk merebut kerusi di peringkat fakulti.

‘‘Keadaan ini memperlihatkan pelajar-pelajar UiTM bersikap matang dalam mengetengahkan calon-calon mereka yang boleh diharapkan untuk membantu menjamin kebajikan mereka serta membangunkan lagi universiti,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bagaimanapun, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dan Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) tidak akan menjalankan proses pemilihan Khamis ini ekoran kejayaan calon-calon kumpulan proaspirasi masing-masing berjaya menyapu bersih kesemua 21 dan 18 kerusi tanpa sebarang pertandingan.

Penguasaan calon aspirasi di universiti itu dilihat satu isyarat terhadap penerimaan, keyakinan para pelajar terhadap asas perjuangan yang dibawa oleh calon-calon yang bertanding.

Bagaimanapun, di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), sistem pemilihan kali ini berbeza berbanding tahun lalu berikutan tiada sebarang kerusi umum yang dipertandingkan dan hanya membabitkan kerusi di peringkat kuliyyah (fakulti)_sahaja.

Sebaliknya, sistem yang pertama dilaksanakan di kalangan 17 IPTA itu, calon-calonnya akan ditentukan oleh pelajar-pelajar kuliyyah terbabit mengikut populariti serta kepimpinan mereka dan bukannya di atas mana-mana tiket proaspirasi ataupun propembangkang seperti sebelum ini.

Dalam penamaan calon UIA hari ini, sebanyak 30 kerusi telah dipertandingkan yang mana 11 kerusi di peringkat fakulti telah disahkan memang tanpa sebarang pertandingan.

Sebaliknya, situasi adalah berbeza di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (Kustem) yang mana buat pertama kalinya semua kerusi di peringkat fakulti dipertandingkan membabitkan perlawanan satu sama satu,

Dalam penamaan calon di dua universiti itu yang berlangsung hari ini, seramai 68 calon akan bertanding merebut 34 kerusi di UKM manakala di Kustem, 12 kerusi akan dipertandingkan membabitkan 24 pencalonan.

Sementara itu, Universiti Malaya (UM) mencatatkan kemenangan lapan kerusi tanpa bertanding daripada 41 kerusi.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UM, Prof. Datuk Dr. Mohd Razali Agus berkata: ‘‘Kita menerima beberapa bantahan pencalonan dan ia hanya membabitkan aspek teknikal sahaja.’’

Dalam pada itu, Universiti Sains Malaysia (USM), sebanyak 11 kerusi menang tanpa bertanding di beberapa peringkat pusat pengajian daripada 37 kerusi keseluruhan yang dipertandingkan.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pula memperuntukkan 45 kerusi untuk dipertandingkan pada sesi pemilihan tahun ini yang mana 20 kerusi telah dimenangi tanpa bertanding.

Situasi yang sama turut berlaku di Universiti Putra Malaysia (UPM) di mana 48 kerusi telah dipertandingkan pada sesi pemilihan kali ini.

Proses penamaan calon yang mengambil masa lebih dari 13 jam itu berakhir dengan 10 kerusi di peringkat fakulti dimenangi calon tanpa bertanding dengan bilangan pencalonan seramai 42 orang calon fakulti dan 35 orang calon bebas.

Bagaimanapun, calon-calon yang memenangi kerusi di UM, USM, UTM dan UPM tidak dapat dipastikan sama ada calon kumpulan proaspirasi ataupun calon propembangkang.

Dalam perkembangan lain, Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) mempertandingkan 15 kerusi, empat daripadanya telah dimenangi calon proaspirasi tanpa sebarang pertandingan.

Sementara itu, sembilan dan lapan kerusi turut dimenangi oleh calon kumpulan proaspirasi masing-masing di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) dan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) daripada 27 dan 29 kerusi yang dipertandingkan.

Penamaan calon Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah pun dimenangi oleh calon proaspirasi yang mana masing-masing mendapat empat dan 10 kerusi daripada 12 dan 33 .

p/s: ayatnya macam telus saja pilihanraya ni, tapi sebaliknya... hanya Allah saja yang tahu, 3 tahun bergelar mahasiswa tahu sangat taktik2 kotor mereka tu.

proaspirasi & propembangkang? kuat juga ye pembangkang kat Malaysia, sampai selalu juga dapat kalahkan kerajaan, tak malu ke buat statement macam tu :lol:

!!! QUOTE !!!



betul kata ibnu_musa.. 3 tahun bergelar mahasiswa.. hanya kita yang mengenal manikam...hanya kita yang tahu sejauh mana kebenaran itu. wallaua'lam


-----------------
'tuhan ganjarkan upaya untukku menyusuri jalan Mu agar tak tersasar haluan kiblatku oh, tuhan"


Bookmark and Share

    


  Member Information For fatimah-azzahraProfil   Hantar PM kepada fatimah-azzahra   Quote dan BalasQuote

cinta_ilmu
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.11.2003
Ahli No: 5255
Posting: 160
Dari: Kajang dan Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-09-06 19:09


Tulisan saya ini lebih kepada berbentuk kupasan semasa yang cuba memberi hidangan bacaan yang membuka minda sebahagian mahasiswa yang tidak menyedari hakikat kebobrokan pilihanraya kampus tahun ini. Sebenarnya kerosakan demokrasi yang bermula sejak tahun 1985 kembali menjadi rumit apabila menjelang tahun 2003 apabila TSB UKM mula menonjolkan kuku barunya atas nama ASPIRASI. ASPIRASI bermaksud mendokong aspirasi HEP (walaupun mereka mendakwa bahawa mereka mendokong aspirasi kerajaan). Team-team 'pintar' UKM ini mula melebarkan sayap mengajar dan mengasuh sebegitu ramai lagi mahasiswa agar membentuk nama yang sama serta bersifat global kebangsaan iaitulah nama 'ASPIRASI'. Di UM nama MGMUM telah mula dilupai dan nama aspirasi lah yang kini basah dibibir mahasiswa.

Apabila HEP UM bertekad untuk memenangkan calon boneka mereka, pada tahun 2003 mereka telah menyelaraskan agar pembuangan undi dibuat di kolej kediaman. Undi tidak rahsia kerana no. siri diserta kan dan mana-mana mahasiswa yang mengundi 'pembangkang' atau 'pemberontak' akan dibunagn kolej segera. Hal ini adalah suatu pembohongan. Pernah terjadi satu kes apabila agak ramai yang mengundi GAGASAN UM (PMI+UMANY) kita melihat bagaimana, pihak kolej serba salah untuk membuang mereka kerana akan terjadi kekurangan penginap kolej dan seterusnya mengurangkan pendapatan kolej.

Penyelarasan kedua adalah mereka telah menyeragamkan banner dan kertas manifesto. Percetakan dihadkan oleh HEP dan kuasa mengeluarkan kertas adalah daripada HEP. Hal ini kerana calon GAGASAN advance dan mampu membuat banner dan manifesto sendiri serta berlipat kali ganda banyaknya. MGMUM tiada kudrat dan kemampuan sukarela untuk menyediakan bahan2 ini.

Penyelarasan ketiga adalah ucapan calon diubah daripada DTC yang luas dan mempunyai 2 tingkat kepada KPS (auditorium) yang sempit dan kecil. Hal ini adalah kerana penyokong GAGASAN akan menempah awal tempat diatas dan menyebabkan penyokong MGMUM diserang dengan cheer dan sorakan daripada bawah.

Akan tetapi saya hanya menyenaraikan sebahagaian kecil sahaja maklumat penyelarasan walaupun masih amat banyak lagi fakta yang tidak dipaparkan.
Tahun ini MGMUM ataupun 'aspirasi HEP UM telah lemah tenaga batin mereka. Pukulan pertama batin mereka dikenakan apabila Dato' Mustapha Mohamad Menteri Pengajian Tinggi telah mengeluarkan kenyataan bahawa akan tiada labelan pro pembangkang atau pun pro kerajaan dalam pilihanraya tahun ini. Terima Kasih Dato' kerana prihatin dan adil dalam hal ini.

Pukulan batin kedua adalah apabila NC baru UM iaitu Prof. Rafiah yang mnenyatakan bahawa undi adalah rahsia dan no. siri pada kertas undi dimansuhkan. Pukulan ini cukup untuk memandulkan terus aktiviti liar para pengetua kolej yang garang dan rakus lebih daripada polis cawangan khas.

Akhirnya mereka amat lemah bermula daripada penamaan calon lagi. Mereka tiada peruntukan kerana NC baru UM adalah daripada kalangan Intelektualan yang bersih dan amanah. Jauh bezanya degan NC yang hanya tahu bersilat, berpuisi dan berkhayal semata-mata. Tahniah Prof. rafiah. Kami bersamamu.

Bila tiada peruntukan, manifesto dan banner calon perlu dibuat sendiri oleh para calon. Tiada lagi keistimewaan daripada HEP. Calon gagasan bebas kini untuk mencetak sebanyak mungkin manifesto mereka. Tetapi kita percaya duit kolej digunakan untuk menaja calon-calon boneka HEP/pengetua kolej. Kita jelak melihat seolah-olah perwakilan buka daripada fakulti sebaliknya adalah daripada kalngan wakil kolej. Sungguh tidak relevan. Calon atas nama fakulti tetapi ditaja, dibela dan disogok oleh pengetua kolej. Kalau ada spirasi luar kolej ingin bertanding, rasanya tidak akan dilayan.

Calon ASPIRASI HEP UM masih lemah dan bacul seperti tahun lepas. Majlis pengenalan calon dan ucapan calon menjadi majlis rapat umum GAGASAN secara terbuka. Kenapa? Kerana calon mereka menyorok dan menikus di kolej kediaman. Mereka menagih undi secara menipu di kolej-kolej. Menipu pelajar mengatakan bahawa ada perjumpaan dengan pengetua, sebaliknya mereka meraih undi dan memaksa pelajar di kolej mengundi mereka. Pelajar luar kampus?..itu bukan urusan mereka. Mereka hanya tahu menarik undi di lubuk(kolej) tempat mereka berjoget, menari dan berboria sahaja. Mereka abaikan mahasiswa di luar kampus.

Yang lebih mengembirakan lagi, DEKAN mula mendapat kembali maruah mereka. Tahuin-tahun sebelum ini Dekan seolah-olah tiada maruah apabila dihalang untuk memberi tandangan kepada calon bukan tajaan HEP. Tahniah para DEKAN. Asah kembali intelektualan kalian.

Risalah GAGASAN dimana-mana termasuk di kawasan-kawasan perumahan berhampiran. GAGASAN mula mendapat kepercayaan semula oleh warga kampus kerana mereka benci dngan sikap bermuka-muka penyokong ASPIRASI HEP UM /MGMUM. Sebenarnya GAGASAN juga adalah aspirasi kerana merka adalah aspirasi mahasiswa sejati. TetapI perkataan ini dilacurkan oleh MGMUM untuk membuat indoktrinisasi seragam seluruh Malaysia .

Ketahuilah kemandulan ASPIRASI HEP mula berlaku…mereka perlu diurut untuk meningkatkan kemampuan untuk terus bertapak di bumi Universiti Malaya. GAGASAN akan maju dan kembali membawa sinar benar untuk seluruh warga kampus, tidak kira apa bangsa sekalipun…..UM akan kembali meriah dengan aktiviti diskusi, wacana, forum ilmiah dan kembali dinobatkan sebagai salah sebuah Universiti terbaik dunia.

Muhammad Nuruddin Bashah
Presiden UNITE
unite.blogdrive. com

Bookmark and Share

    


  Member Information For cinta_ilmuProfil   Hantar PM kepada cinta_ilmu   Quote dan BalasQuote

Ustadz
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-09-06 20:35


salam...

ana dah lama tamat pengajian dan dah pun bekerja...tapi ana cuma nak ingatkan dan beri sedikit nasihat berdasrkan pengalaman ana...dalam pemilihan wakil pelajar banyak kriteria2 yang perlu dititik beratkan dan diambil kira...memang benar kebanyakan mereka menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan sendiri...apapun keputusannya dan akibatnya bergantung kepada orang yang membuat pilihan..banyak dikalangan mereka dipilih berdasarkan populariti,berpakat2 dengan kawan-kawan dan sebagainya..perkara ini hendaklah dijauhkan..memang memalukan jika perwakilan gagal melaksanakan tugas dan mempunyai kepentingan peribadi...ana menyeru kepada semua warga kampus agar menilai dari segala aspek..meniliti dari pelbagai sudut sebelum membuang undi..jangan dah terhantuk baru nak terngadah..."jauhilah setiap yang meragukan dan carilah yang tidak meragukan" hadis riwayat tirmizi

Bookmark and Share

    


  Member Information For UstadzProfil   Hantar PM kepada Ustadz   Pergi ke Ustadz's Website   Quote dan BalasQuote

zinniratunnajua
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.12.2004
Ahli No: 12834
Posting: 271
Dari: bumi Allah

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 20-09-06 21:32


esok adalah harinya...
bagi ana ni satu pengalaman baru sebagai seorang pelajar 1st year..
memang mula rasa takut dengan provokasi aspirasi yang mengatakan kami akan dibuang kolej dan ada juga kolej tertentu yang kata kalau undi GM akan dibawa ke Bukit Aman..=)
tapi nasib baik ramai senior2 yang menasihatkan kami dan rasa takut pun mula hilang..
harapnya ramaila yang akan vote GM esok..huhu...
insyaAllah Islam akan terus dijulang..

Bookmark and Share

    


  Member Information For zinniratunnajuaProfil   Hantar PM kepada zinniratunnajua   Pergi ke zinniratunnajua's Website   Quote dan BalasQuote

Yam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.06.2006
Ahli No: 24996
Posting: 80
Dari: Seremban-UKM

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 20-09-06 22:47


waa esok ngundi..bestnyee!


-----------------
Dont Simply Trust your Frenz....



Bookmark and Share

    


  Member Information For YamProfil   Hantar PM kepada Yam   Quote dan BalasQuote

Lubnaa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.07.2006
Ahli No: 25241
Posting: 133
Dari: Kajang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-09-06 23:00


esok mengundi...1st time...walaupun saya dah 2nd year...dulu boikot...tak boleh undi....sekarang bersedia memilih siapa yang layak untuk membangunkan mahasiswa di universiti...

Bookmark and Share

    


  Member Information For LubnaaProfil   Hantar PM kepada Lubnaa   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-09-06 00:30


jom turun undi. disarankan agar kita berpuasa dan solat hajat pada hari buang undi ni. kali ini kita berharap untuk memenangi pilihanraya....

tiada lagi nombor bersiri, maka usahlah kita gentar mengundi GAGASAN...


"Kali ni jantan lawan jantan." -Vice Chancellor UM, Prof. Rafiah



p/s: I just had a meeting with UM VC this morning. she's great.. ;)

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

azzahrawi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 33
Posting: 307
Dari: pulau mutiara

PulauPinang  


posticon Posting pada: 21-09-06 02:22


Pada 21-09-06 00:30 , syahidatul posting:

!!! QUOTE !!!


p/s: I just had a meeting with UM VC this morning. she's great.. ;)


hai... macam kenal saja org yang posting ni.. kalau tak pagi tu pun saya pergi jumpa VC juga.... ni mesti pergi dengan kak asiah kan?... sedih lah.. tangan sakit lagi.. nak bergerak banyak tak boleh..

well, jom semua kita turun mengundi

VOTE GAGASAN!

WE LOVE UM

jangan LUPA PILIH PEMIMPIN DI BAWAH INI YE...

1) SYAFAWATI buat MOHD NOOR
2) MOHD AZLAN BIN ZAINAL
3) MOHD KHAIRUL HIDAYAT B BERAHIM
4) ANG CHIEN LAY
5)AMIRATUL MUNIRAH buat YAHAYA
6) NURUL AZIZAH buat IDRIS
7) NURSYUHADA buat MUSTAFA
8) JULIA SABIYAH
9) MOHD NUR HAFIZ BIN ROSLAN


-----------------
believe, persist and archive


Bookmark and Share

    


  Member Information For azzahrawiProfil   Hantar PM kepada azzahrawi   Quote dan BalasQuote

khazinatulsyouqoh
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.10.2005
Ahli No: 19897
Posting: 209
Dari: on earth

Johor  


posticon Posting pada: 21-09-06 08:51


salam

sem ni praktikal training so dapat tinjau dari jauh saja....apa pun kalau kampus ana boleh diteka siapa akan menang...insyallah lah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For khazinatulsyouqohProfil   Hantar PM kepada khazinatulsyouqoh   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-09-06 19:08


huhu azzahrawi, hai siapa lah pulak hang ini.. ingatkan tak ada siapa tahu. cukup lah asiah saja.. hoho

kena pergi jumpa lagi, sebab tak dapat bincang betul-betul, ayahanda TNC 'kacau'. biasalah dia.


p/s: malam ni pengiraan undi, kita lihat kesudahan PRK kali ni.. ;-)

p/s lagi: tangan sakit kenapa?


-----------------

[ Telah diedit oleh: syahidatul pada 21-09-06 19:10 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 21-09-06 20:57


:roll: mesti dekat UiTM pro aspirasi akan selalu menang.......


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

ladybirdy
WARGA SETIA
Menyertai: 19.02.2004
Ahli No: 7399
Posting: 405
Dari: bumi

malaysia  


posticon Posting pada: 21-09-06 21:04


wufi best ke? ada unsur politik ke? hehe...vote for tasneam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ladybirdyProfil   Hantar PM kepada ladybirdy   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 21-09-06 21:24


mlm ni pengiraan undi kat UM kan? ingat nak pergi tapi tadi kena OT, lepas itu dah penat balik rumah terus. tahun lepas saya ada masa pengiraan undi, seronok jumpa kawan-kawan, tahun ni tak ada rezeki nampaknya...

kalau siapa2 tahu keputusan tu nanti bolehlah share kat sini ye. :-di


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 21-09-06 21:25 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 22-09-06 08:20


Proaspirasi kekalkan penguasaan IPTA
KUALA LUMPUR 21 Sept. – Kumpulan proaspirasi sekali lagi berjaya mempertahankan penguasaan mereka di beberapa buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), setelah menguasai majoriti bagi sesi 2006/2007.

Kejayaan tersebut dilihat sebagai satu ‘pengukuhan’ sokongan pelajar terhadap perjuangan kumpulan itu dalam membentuk hala tuju pembangunan selaras dengan aspirasi universiti dan negara.

Selain itu, kemenangan tersebut turut dilihat sebagai berkuburnya populariti kumpulan propembangkang yang mana hampir 20 tahun mendominasi kerusi MPP di beberapa IPTA.

Dalam pemilihan yang diadakan serentak di seluruh negara itu menyaksikan kumpulan proaspirasi menyapu bersih baki kerusi yang dipertandingkan di semua peringkat membabitkan enam buah IPTA.

Penguasaan itu diperkuatkan lagi dengan kemenangan tanpa sebarang pertandingan di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dan Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) setelah masing-masing berjaya menyapu bersih kesemua 21 dan 18 serta kerusi dipertandingkan.

Selain itu, Universiti Darul Iman (UDM) turut meraih kemenangan bersih apabila 18 kerusi dimenangi tanpa sebarang pertandingan.

Bagaimanapun, proses pemilihan tahun ini dilihat sebagai satu persaingan seimbang memandangkan setiap calon membabitkan kedua-dua kumpulan termasuk calon bebas bertanding merebut kerusi di peringkat fakulti dan umum.

Keadaan itu dilihat berbeza berbanding sesi MPP 2005/2006 lalu yang dikatakan ‘hambar’ berikutan tindakan memboikot pilihan raya oleh kumpulan propembangkang di beberapa IPTA termasuk di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Keadaan itu dijadikan peluang buat calon-calon kumpulan proaspirasi untuk menguasai keseluruhan kerusi di 17 IPTA dan sekaligus membentuk ‘kerajaan kampus’.

Bagaimanapun, situasi mengejutkan di UIAM hari ini berikutan kumpulan propembangkang kembali menguasai MPP universiti itu setelah berjaya memperoleh kemenangan majoriti sebanyak 24 daripada 30 kerusi yang dipertandingkan.

Ramalan awal sebelum ini mengatakan wujud persaingan sengit di Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (Kustem).

Bagaimanapun, keputusan tersebut berakhir dengan kemenangan penuh oleh kumpulan proaspirasi dengan menguasai keseluruhan 14 kerusi MPP.

Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) turut dimenangi oleh kumpulan proaspirasi setelah menang majoriti 22 kerusi dipertandingkan.

Kumpulan proaspirasi juga berjaya memenangi kerusi majoriti di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) dengan 28 kerusi.

Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) dimenangi oleh kumpulan sama dengan majoriti 13 kerusi keseluruhan dipertandingkan manakala Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) memenangi keseluruhan 12 kerusi dipertandingkan.

Calon-calon proaspirasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) juga berjaya mengekalkan rekod tujuh kali berturut-turut setelah memenangi majoriti keseluruhan 237 kerusi dipertandingkan dengan pelajar yang keluar mengundi 89 peratus.

Sehingga pukul 10.30 malam ini, beberapa keputusan MPP termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Malaya masih diketahui.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

shinobi
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17265
Posting: 425
Dari: bangi,gombak...

blank  


posticon Posting pada: 22-09-06 10:37


assalamualaikum,

alhamdulillah, tahniah siswa-siswi UIAM!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For shinobiProfil   Hantar PM kepada shinobi   Pergi ke shinobi's Website   Quote dan BalasQuote

shinobi
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17265
Posting: 425
Dari: bangi,gombak...

blank  


posticon Posting pada: 22-09-06 10:38


UM pula bagaimana ek? UKM & UPM pun? cemburu juga ana dengan pelajar2 IPTA ini..ana dulu belajar kat IPTS, pilihanraya pun bosan saja..dua tiga tahun ni semua calon menang tanpa bertanding sebab tak ada orang nak bertanding..ahahaha


-----------------
Telah ditanya kepada seorang soleh ,apakah yang paling menghairankan kamu?
Dia berkata: "Hati yang telah kenal Allah kemudian dia menderhakai-Nya."
[ Telah diedit oleh: shinobi pada 22-09-06 10:40 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For shinobiProfil   Hantar PM kepada shinobi   Pergi ke shinobi's Website   Quote dan BalasQuote

fauziana
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.07.2004
Ahli No: 10117
Posting: 103
Dari: Kuala terengganu

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 22-09-06 10:54


Assalamualaikum..
semalam 1st time saya mngundi untuk kampus mmndngkn saya baru saja 1st year lat uia. Mula2 ingat tak nak mngundi sebab sebagai stdnt baru ni kdng2 tak tau sangat pasal bnde2 ni. So,tak kan nak main cabut saja undi. Tak best juga. tapi, senior cakap Kalau xmngundi nanti tak dapat result. terpksa lah juga mngundi semalam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For fauzianaProfil   Hantar PM kepada fauziana   Quote dan BalasQuote

houri
WARGA SETIA
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-09-06 11:20


Pada 22-09-06 08:20 , rimbabara posting:

!!! QUOTE !!!



Bagaimanapun, situasi mengejutkan di UIAM hari ini berikutan kumpulan propembangkang kembali menguasai MPP universiti itu setelah berjaya memperoleh kemenangan majoriti sebanyak 24 daripada 30 kerusi yang dipertandingkan.


WUFI- We Unite for Islam.
semoga pimpinan baru dapat melaksanakan pimpinan berdasarkan landasan Islam yang sebenar-benarnya.
menjernihkan segala kepincangan.
dapat menegakkan kebenaran.
dan membawa perubahan yang positif demi menegakkan daulah Islamiah.


-----------------
Jangan pandang remeh terhadap benda-benda yang remeh.
[ Telah diedit oleh: houri pada 22-09-06 11:38 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For houriProfil   Hantar PM kepada houri   Quote dan BalasQuote

SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: Tm Mlwt, Kl Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 22-09-06 13:22


Keputusan yang sebenarnya di UIAM...

Pro-Aspirasi hanya memenangi 2 kerusi Kulliyyah of Architecture and Environmental Design, dan 1 kerusi Kulliyyah Information and Communication Technology. Itu pun menang tanpa bertanding.

Di dalam KOSMO, dinyatakan calon dari Institute of Education juga Pro-Aspirasi. Itu fakta palsu sebenarnya. Biasalah, bila dah kalah, yang menang semua dikatakan sebagai calon mereka...

Apa pun, tahniah kepada semua yang berjaya. Semoga amanah yang terpikul di bahu akan dijalankan dengan sebaiknya...

Allahu Ta'ala a'lam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaLaFiaNProfil   Hantar PM kepada SaLaFiaN   Pergi ke SaLaFiaN's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-09-06 13:52


Di UM, Gagasan menang 3 kerusi; Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Pusat Sukan dan Akademi Pengajian Islam.. Keputusan diketahui pada jam lebih kurang 4 pagi.

Ada peningkatan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

haqiel
Warga 1 Bintang
Menyertai: 11.09.2005
Ahli No: 18884
Posting: 22
Dari: johor

blank   avatar


posticon Posting pada: 22-09-06 14:58


ye ke......................alhamdulillah
saya ada p tengok jugak tapi...........tak kenal calon lah.calon umum taula tapi calon fakulti tak tahu sangat.fakulti undang2 bagaimana sapa menang?....malas nak tunggu caw dulu malam tadi......Kalau sapa tau habaq no................salam aspirasi mahasiswa.................

Bookmark and Share

    


  Member Information For haqielProfil   Hantar PM kepada haqiel   Quote dan BalasQuote

Rabia
Warga Rasmi
Menyertai: 22.12.2003
Ahli No: 5892
Posting: 4
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-09-06 16:52


Salam perjuangan..

Alhamdulillah, pilihanraya baru berlalu di seluruh kampus termasuk UTM. Fakulti saya sendiri full menang, syukur sangat.. Takpa, kali ni mungkin bukan rezeki untuk menaikkan izzah ISLAM dengan full-version melalui kepimpinan sebagaimana yang didominasi UIAM. Sahabat semua, lihat kembali diri kita..especially komrad2 kat UTM.betul-betul dah sedia mental-fizikal?jsmani-rohani? ada tak tertinggal kawan-kawan, teman2 di mana duduk tak ambil tahu, akibat kita sendiri duduk sibuk dengan kerja2 tanpa sempat menghulur salam UKHWAH.. tepuk dada, tanya iman..

Teringat kata-kata ni..
Perjuangan ini memang penuh ranjau berduri, jika ianya senang, tidaklah sedikit yang mampu mengharunginya..


WUFI- We Unite for Islam.
semoga pimpinan baru dapat melaksanakan pimpinan berdasarkan landasan Islam yang sebenar-benarnya.
menjernihkan segala kepincangan.
dapat menegakkan kebenaran.
dan membawa perubahan yang positif demi menegakkan daulah Islamiah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RabiaProfil   Hantar PM kepada Rabia   Pergi ke Rabia's Website   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 22-09-06 22:13


kepada mahasiswa: terima kasih kepada diri anda sendiri kerana menunaikan amanah..

keputusan sudah jelas..uatam di UIAM..pastinya kejayaan ini disambut dengan kesyukuran..

lucu ayat-ayat dalam paper: "KALAH DI UIAM"..dan sbgnyai..

bahkan lecturer sendiri mengakui ketrampilan calon yang bertanding dan menang itu..bukan sahaja bergaya..akademik cemerlang..tapi "dibenci" terang-terangan oleh admin sendiri..

Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

lisa_solehah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 17.09.2006
Ahli No: 26413
Posting: 371
Dari: UPSI

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 22-09-06 23:15


aspirasi upsi menang tanpa bertanding


-----------------
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For lisa_solehahProfil   Hantar PM kepada lisa_solehah   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 22-09-06 23:18


tak sangka ye gagasan kalah teruk lagi kat UM, nasib baik tak pergi masa pengiraan undi, kalau tak mesti sedih + penat.

p/s: mahasiswa dah semakin leka dengan hiburan sebab tu mereka sokong gabungan :lol:


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-09-06 01:18


tak ada lah kalah teruk ibnu_musa.. kali ni ada peningkatan.. students tak takut untuk undi gagasan dah sebab nombor bersiri dah tak ada..

dulu menang API saja, kali ni menang kat FPP dengan Pusat Sukan.. tak ke bagus tu?

cuma memang Aspirasi mudah menang sebab yang turun mengundi kebanyakannya budak-budak kolej kediaman. sedangkan yang duduk luar selalu tak ambil kisah akan hal politik kampus, alasan mereka "tak ada kena mengene dengan aku pun", atau "aku undi ke tak undi ke tak ada bezanya", atau ada juga "alah confirm Aspirasi menang, tak payah pergi undi". begitu lah keadaannya..

tambah2 pulak pukul 8am-1pm semua kelas dibatalkan. ramai students yang duduk di luar tak datang UM pun, jadi sebab tu ramai pengundi adalah dari student kolej.

Kalau dah nama student kolej, sah-sah lah ramai yang sokong aspirasi... pepaham lah pengaruh di kolej cemana...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 23-09-06 06:54


tahniah kepada gagasan di UM walaupun sedikit.
harapnya di ipta lain kembali menang.

:-)

ps*:syahidatul tak mahu masuk bertanding ke?


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-09-06 15:35


Pada 23-09-06 01:18 , syahidatul posting:

!!! QUOTE !!!

tak ada lah kalah teruk ibnu_musa.. kali ni ada peningkatan.. students tak takut untuk undi gagasan dah sebab nombor bersiri dah tak ada..

dulu menang API saja, kali ni menang kat FPP dengan Pusat Sukan.. tak ke bagus tu?

tak kalah teruk ke tu? :lol:

saya tak nafikan ada peningkatan, tapi sekadar mng 3 kerusi, itu melambangkan bahawa student sudah percaya dengan kepimpinan pro-hep sekarang, saya sedih sebab mereka redha dengan perkara2 lagha yang dianjurkan oleh aspirasi, mahasiswa kita semakin ketagihkan hiburan.

kalau mereka tak redha, mereka takkan undi, betul tak?


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-09-06 17:13


Pada 23-09-06 06:54 , trouver_99 posting:

!!! QUOTE !!!

tahniah kepada gagasan di UM walaupun sedikit.
harapnya di ipta lain kembali menang.

:-)

ps*:syahidatul tak mahu masuk bertanding ke?



huhu... tawaran itu telah ditolak. cukuplah sekali waktu UM boikot dulu tu, tahun 2004.

tahun ni jadi driver calon2 saja. huhuhu


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-09-06 17:17


Pada 24-09-06 15:35 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!


tak kalah teruk ke tu? :lol:


ya tidak kalah teruk. at least we're HAPPIER than last time. tahun lepas menang kat API saja.

yang pasti perjuangan bukan senang. kalah ke menang ke, semuanya ujian yang akhirnya merapatkan ukhwah kami. hohoho


-----------------

[ Telah diedit oleh: syahidatul pada 24-09-06 17:19 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

Eid
Warga Rasmi
Menyertai: 27.06.2006
Ahli No: 24983
Posting: 17
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 01-10-06 18:29


di UTM..
GAGASAN MAHASISWA menang 18 kerusi dan memenangi undi populat bagi kerusi umum..
keputusan diumum pada jam 4.00 pagi...terlalu lewat
laungan HIDUP MAHASISWA bergema sejurus keputusan diumumkan

Bookmark and Share

    


  Member Information For EidProfil   Hantar PM kepada Eid   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 01-10-06 22:28


UUM mengundi hari ni, keputusan ismi tak taulah lagi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 14-10-06 13:07


ukm,mahasiswa menang 5,,pgajian islam-2,pndidkan-2,sains bersekutu-1..kalah menang lumrah perjuangan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

mardhoti
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.07.2005
Ahli No: 17396
Posting: 201
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-10-06 13:28


membangun bersama islam
TAKBIR!ALLAHU AKBAR!!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For mardhotiProfil   Hantar PM kepada mardhoti   Pergi ke mardhoti's Website   Quote dan BalasQuote

dmz
WARGA SETIA
Menyertai: 28.09.2006
Ahli No: 26613
Posting: 442
Dari: selangor

malaysia  


posticon Posting pada: 14-10-06 14:37


ASSALAMMUALAIKUM............
Pilihan Raya kampus...?????????????????????????????????????????
Benarkah ia dijalankan dengan telus....????????????....kah...kah...kah....


-----------------
http://studiouniversiti.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For dmzProfil   Hantar PM kepada dmz   Pergi ke dmz's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.144879 saat. Lajunya....