KISAH BENAR
Berapa ramai remaja yang pada zaman awalnya, di bangku persekolahan
menengah, adalah orang-orang yang baik, berpegang teguh pada agama, malah
memperjuangkannya. Tapi, apabila sudah keluar ke alam yang lebih dewasa, lebih
banyak terdedah kepada dunia, mereka mula berubah. Mereka cuba
menyesuaikan diri kepada suasana, biarpun suasan itu tidak sesuai sebenarnya
untuk mereka. Mereka dibentuk oleh persekitaran. Mereka larut dalam lagha dan
maksiat yang berselindung atas nama kemajuan dan kebebasan. Tapi, Kenapa di
zaman awal, zaman persekolahan, mereka adalah orang-orang yang baik? Mungkin
kerana persekitaran adalah persekitaran baik, adanya kawalan pihak berwajib
seperti ibu bapa, keluarga atau autoriti sepatutnya.
Dipetik kisah seorang bekas Presiden Persatuan Pelajar Islam di sebuah sekolah berciri
agama terkemuka. Semasa zaman Presidennya, dialah pejuang nombor 1 agama.
Penampilannya penuh tsiqah, berkopiah dan berserban. Solat 5 waktu sehari
semalam berjemaah, awal waktu. Asma al husna dibaca tiap hari. Dia mengimami
solat-solat di musalla. Dia memberikan ceramah-ceramah, kuliah antara Maghrib
dan Isyak. Dia melaungkan azan di kala masuk waktu. Dia mengimami bacaan Yasin
malam Jumaat dan mathurat pada paginya. Dia pengejut yang lainnya untuk
qiamullail dan tilawah Quran bulan puasa. Dia membaca surah sajadah di pagi
Jumaat dalam solat Subuh. Dia pemimpin amar makruf nahi mungkar. Dia pengelola
aktiviti-aktiviti dan pertemuan agama. Dia pemberi tazkirah selepas Subuh dan Asar.
Dia memasangkan irama nasyid dan bacaan Quran di kala senja. Dia yang
menyelar orang-orang yang enggan menutup aurat. Bak kata, dialah juara dalam
agama.
4 tahun berlalu, dia makin dewasa. Dia telah meninggalkan jawatan Presidennya.
Dia meneruskan perjalanan hidupnya, di dunia berbeza. Tapi kini, agama seolaholah
bukan bidang perjuangannya. Pegangan agama makin malap. Dari
perjuangan yang melibatkan masyarakat, dia hanya berdiam diri, mengamal
agama sekadar untuk dirinya. Solat 5 waktu alhamdulillah masih terlaksana, tapi
bagaimana? Ke mana hilangnya solat berjemaah? Ke mana perginya solat di awal
waktu? Ke mana arah musalla sudah tidak diketahuinya. Dia hanya solat
berseorangan. Itu pun entah ke mana hilang khusyuknya. Dia tidak lagi mengunjungi
musalla, apa lagi untuk melaungkan azannya, atau memasangkan nasyid-nasyid
Islami atau baaan Quran di kala senja, apa lagi untuk memimpin bacaan Qunut di
pagi Subuh, apatah pula untuk membaca Yasin dan mathurat. Asma al husna entah
ke mana. Ceramah-ceramah agama hanya tinggal dalam lipatan sejarah. Tiada
lagi perkumpulan agama, tiada lagi tazkirah. Surah Sajadah pun sudah lupa. Dulu
dia penyelar si pembuka aurat. Kini dia yang cuba-cuba melakukan.
Kini bukan musalla destinasi terkerapnya. Kini, hidupnya di pusat-pusat hiburan,
wayang, pusat permainan, kedai-kedai makan, pertemuan dengan perempuan.
Lagha dan maksiat, itu ungkapan paling senang.
Kenapa terjadi demikian? Sungguh benar bahawa hidup keseorangan amat
mambahayakan. Hidup berkumpulan pun bahkan lebih membahayakan jika
perkumpulan itu adalah semuanya kaki maksiat dan lagha. Justeru, yang paling
selamat ialah berada dalam perkumpulan orang-orang baik, setidak-tidaknya, kalau
diri kita sendiri tidak cukup baik, masih ada tempias kebaikan yang boleh memercik
kepada kita. Lama-kelamaan insyaAllah kita juga akan menjadi baik. Atau jika kita
telah sedia baik, maka dapat kita mengekalkan kebaikan itu, kerana sentiasa ada
teman atau orang yang akan memperinagati kita, menegur kita dan menasihati kita
kerana Allah.
sumber:
http://www.dakwah.info/forum/view_topic.php?pid=188#p188