Cinta pada bunga, bunga kan layu…
Cinta pada manusia, manusia kan pergi…
Cinta…
Mengapa manusia memerlukan cinta dalam hidupnya?
Sedangkan sebuah kerajaan pernah musnah kerana cinta,
Sedangkan nyawa pernah terkorban kerana cinta,
Sedangkan maruah diri sanggup digadai kerana cinta…
Atas bumi cinta ini, manusia berpijak, cuba mencari nilai sebenar sebuah cita-cita cinta.
Cinta yang suci itu putihnya nirmala,
Cinta yang marak itu merahnya membara,
Cinta yang kudus itu saljunya di hati,
Cinta yang palsu itu hitamnya bergilap.
Laila dan majnun itu sejarahnya cinta yang kononnya suci.
Romeo dan Juliet itu sejarahnya cinta yang kononnya kudus.
Taj Mahal itu sejarahnya cinta yang kononnya marak…
Biar berapa banyak kali terluka pun sekeping hati kerana sebuah cinta,
Ia masih tak mengenal erti penat jemu,
Ia masih mengembara mencari erti cinta yang sebenar,
Ia masih keliru, memilih antara kaca dan permata.
Atas nama cinta ini,
Aku berdiri di atas kaki ku,
Memijak bumi nyata yang semakin kaku,
Mencari cinta yang sirna sinarnya…
-----------------
~carilah insan yang menyintaimu tidak lebih dari cintanya pada Allah dan tidak memuja mu,sebaliknya memuja Allah~