Oleh |
Confirmkan gambar pahlawan Tok Janggut... |
MeowHidayah
WARGA SETIA Menyertai: 30.07.2003 Ahli No: 2702
Posting: 1171
Dari: Di bawah kerajaan langit
|
Posting pada: 11-09-06 14:51
Assalamu'alaikum wbt... Al-kisah maka tersebutlah kisah... Satu email telah sampaikan ke mail-boxku yang berbunyi begini:
From: Norussuadak Othman (FHB) Sent: Friday, September 08, 2006 11:53 AM Subject: FW: FW: Pahlawan Islam Melayu (TOK JANGGUT)
--------------------------------------------------------------- Ini ada satu penemuan yang menarik. Saya dapat satu email dari member kata imej yang tuan/puan tengok dalam email yang saya fwd ni tidak pernah dipertontonkan kepada umum selama ini hinggalah ada pengkaji sejarah dari ukm ka entah mana, pergi selak pergi selak mai kat library university oxford kat England sana nu, dan jumpalah gambar ni.
Kata orang putih laknatullah... (ni lah gambar "si penderhaka" yang dibunuh oleh orang putih tahun 1919 dulu di Kota Baru kelantan, kerana berani melawan pemerintah.... nama dia Haji Hasan orang pangge "tok janggut"...inilah akibatnya kalau menderhaka kepada pemerintah, tak sabar-sabar nak memerdekakan tanah melayu ni dari pemerintahan orang putih...)
Selepas baca ni, sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah kepada allahyarham tok janggut yang telah berjuang atas kesedaran berjihad untuk mempertahankan agama dan tanah air dari belenggu Inggeris.
Orang-orang seperti tok janggut inilah yang berani bagi amaran kat orang putih, "kalau hampa nak balik England tengok anak bini, hampa tok sah dok kacau adat resam dan agama kami..."?(sory lah, dia speaking Kelate, bukan Kedah). Sebab tu lah inggeris tak berani berdakwah pada orang melayu, walaupun depa jajah negara kita lebih seratus tahun lamanya.
Alhamdulillah, dengan nikmat Allah, hari ni cucu cicit orang melayu zaman inggeris dulu masih kekal islam. Tanpa orang-orang seperti beliau, siapalah kita pada hari ini. entah-entah apalah agama kita hari ni. Nau'zubillah. Al-Fatihah!
Sekarang ni hamba cuma mahu pengesahan sahaja adakah benar gambar yang hamba dapat melalui emel ini sahih, benar-benar gambar pahlawan Tok Janggut seperti yang didakwakan oleh si penulis asal email ini? (yang bold tu) Hamba percaya mungkin ada antara tuan2 hamba yang ada di Ukhwah ni yang dok ngaji kat Oxford nuh boleh tulon carikkan source dia ini... Ni gambonyee...   Allahua'lam... ----------------- Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid... mendidik JIWA HAMBA...
|
fadzlyz
WARGA SETIA Menyertai: 19.05.2006 Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras
|
Posting pada: 11-09-06 15:47
ana pun tak pastri sama ada itu memang gambar tok janggut tapi...........sekiranya ia orang islam maka,tak salah Kalau sekiranya kita sedekahkan al-fatihah.
|
samudra
WARGA SETIA Menyertai: 06.12.2005 Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu
|
Posting pada: 03-10-06 08:58
seorang ahli sejarah dari kelantan masih lagi cuba mengesahkan gambar ini sama ada gambar Allahyarham Tok Janggut atau tidak ..
|
mukasyaf
WARGA SETIA Menyertai: 28.06.2005 Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 03-10-06 14:16
dah banyak tersebar dalam internet gambar ni. ps: ok saja.
|
eme86
WARGA SETIA Menyertai: 13.07.2005 Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.
|
Posting pada: 03-10-06 15:10
 kena buat penilain dan pengesahan.....agar masyarakat mendapat maklumat tentang sejarah yang betul......  tapi ada 1 lagi gambar yang mungkin MeowHidayah tak dapat....gambar TokJanggut yang sedang di gantung songsang dengan kaki nya ke atas dan kepala ke bawah yang mana berlatar belakang kan sungai kelate....dan di tepi nya ada seorang askar Punjabi....... ----------------- Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...
|
eme86
WARGA SETIA Menyertai: 13.07.2005 Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.
|
Posting pada: 03-10-06 15:11
 Oooo....ada rupa2 nya...ingat kan tak ada tadi....gambar lambat keluar laaa.....sorry..... ----------------- Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 03-10-06 22:23
benda ni dah lama di cerita dalam majalah senibela diri...apa-apa pun tok janggut mati sebagai syahid. nak tahu ikuti kisahnya dalam majalah itu...
|
cairel_harriz
Warga 3 Bintang Menyertai: 19.10.2005 Ahli No: 19970
Posting: 110
Dari: Bandar Perda
|
Posting pada: 03-10-06 23:55
perjuangan pejuang-pejuang terdahulu bukan sahaja nak memerdekakan negara kita dari penjajah tetapi juga agama Islam. entahlah zaman dahulu tu macam mana tetapi rasanya banyak pejuang-pejuang lain yang telah memerah keringat untuk kehidupan sekarang. namun..sekarang ini, cara jajahan baru merupakan cara yang paling berkesan. dengan isu-isu lapuk tak berkesudahan. sekarang pula trend budak-budak gothic. apelah nak jadi ya?
|
Abu_Ruqayyah
WARGA SETIA Menyertai: 15.03.2006 Ahli No: 23449
Posting: 590
Dari: Manchester
|
Posting pada: 04-10-06 02:02
nanti dulu jangan mudah percaya..
|
nurul_islam
Warga 1 Bintang Menyertai: 17.03.2004 Ahli No: 8027
Posting: 38
Dari: BUMI ALLAH
|
Posting pada: 04-10-06 10:00
Setahu saya gerakan ulama yang mempertahankan kedaulatan negara adalah sebenarnya rentetan daripada mempertahankan ISLAM itu sendiri.sebagai contoh, Abdul Rahman Limbong(kalau tak silap) dia dikatakan sebagai melawan kerajaan British kerana hilang kuasa mengutip cukai.sebenarnya adalah kerana ketika itu ada gerakan islah yang kuat di Turki, maka rentetan itu disebarkan sehingga ke Tanah Melayu.sebenarnya nak kukuhkan Islam tetapi dalam sejarah distatekan bahawa nak pertahankan hak kutip cukai.Waallahu'alam.kalau tersilap fakta tolong betulkan.ingat2 lupa saja masa taip ni.
|
samudra
WARGA SETIA Menyertai: 06.12.2005 Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu
|
Posting pada: 04-10-06 10:12
kalau mengikut sejarah dunia pun ramai dikalangan ulama dan tok guru yang memulakan dan melancarkan gerakan kemerdekaan..tapi akhirnya puak-puak sekular juga yang menjadi pemimpin negara...Kenapa ye..?
|