Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-06-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
More care, less hate
-- Dari Filem Reading Room

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 202
Ahli: 0
Jumlah: 202




  Yang Masuk Ke Sini
khalifah: 4 hari yang lalu
hajime_kindaichi: 22 hari yang lalu


Cerpen
Topik: untuk tatapan kaum hawa & adam...


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» untuk tatapan kaum hawa & adam...

Please Mendaftar To Post


Oleh untuk tatapan kaum hawa & adam...

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-09-06 13:14


Dia Tidak Sehebat Aliyah



"Abang, minta izin untuk nikah seorang lagi,"



Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu.

Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.

Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga

dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk,

mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang.

Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju

ke

dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan.

Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya,

mencium

puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya

kecil

lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian

beranjak

remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si

kembar, Solehin dan Farihin.







Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam,

membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga

hampir 16tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang

bahagia,

Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis

genit

yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya

benar-benar membuatkan dia lemah.



"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau. Aku rasa kau mampu untuk beri makan

2

keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah

apabila

dia berdepan dengan Aliyah.

"Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang

ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin

Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, seusai

solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti

kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.

Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar

menjerat

hatinya.



"Abang, Aliyah setuju dengan permintaan abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa

dengan wanita tu,"

Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan

seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh

hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.



"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja,

boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah

buah

hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia

yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.



Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah

isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya.

Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang

ni,

isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang

disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah

cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah

sebuah

perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman

daripada Aliyah.



"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri abang," terjegil bulat mata Qis

yang berwarna hijau.

"Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?"

"Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. abang dah lama hidup

dengannya. abang faham,"



Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa

dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama

membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak

membuli aku. Desis hati kecil Qistina.



Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia

merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.

Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana

Qistina

pergi.



Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga

oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di masjid

Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia

tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama

dengan

Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian

menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu

adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman

Qistina

memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan

tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia

cuba

mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung

Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.



Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu.

Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya

layanan

Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu

Aliyah.



breast breast... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.



"Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik untuk abang jadikan isteri. Qis

tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk

bersama abang,"



Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.



Kepada:

Asraf Mukmin,

Suami yang tersayang...



Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir

saiz

dengan A4 itu dibuka perlahan.



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa

mengiringi jejak langkahmu.



abang yang dikasihi,

Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima

kasih kerana abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu

cantik.

Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah

yang

sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran

zaman. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tak sanggup abang diheret ke

neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa abang sendiri pun, masih

belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi abang nak

menggalas dosa orang lain. Aliyah sayangkan abang...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah

lagi

western food. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tahu selera abang hanya

pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera

abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga

singgah di sebuah restoran western food, abang muntahkan semua makanan

western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah

mereka. kasihan nanti, tak makan lah pula anak-anak kita. Aliyah

sayangkan

abang...

3. aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya.

Aliyah

minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat abang

yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak

abang nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia

sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan abang...



abang yang disayangi,

cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah

tak terdaya. abang lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, abang

mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan abang

mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.



abang yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah

tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.Jika

munajat

abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan abang ini, ambillah borang ini,

isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah

berada di sawarak. Menunggu abang...Aliyah sayangkan abang...



Tetapi jika abang merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk

dijadikan

isteri abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah

sayangkan abang.



Tetapi, jika abang merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk abang..

tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran abang,

roti canai..air tangan Aliyah.



Salam sayang,

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery



Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah

bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!



Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!!!!"

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

budak_melaka
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14578
Posting: 450
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 06-09-06 13:59


duhahai....ingin sekali aku menjadi macam Aliyah....tabah, bijak dan akhirnya dia menang....Masyaallah....aku kini bagaikan hampir dengan Qis.............

Bookmark and Share

    


  Member Information For budak_melakaProfil   Hantar PM kepada budak_melaka   Quote dan BalasQuote

shahriz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16922
Posting: 146

blank   avatar


posticon Posting pada: 07-09-06 09:21


memang sukar untuk mencari isteri sehebat aliah pada masa ini...

Bookmark and Share

    


  Member Information For shahrizProfil   Hantar PM kepada shahriz   Quote dan BalasQuote

kembara_girl
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2006
Ahli No: 25715
Posting: 408
Dari: jengka,Pahang

malaysia  


posticon Posting pada: 07-09-06 10:26


ada lagi manusi yang bernama aliyah yang mempunyai sifat2 terpuji seperti ini....
p/s:ya allah... kurniakan lah sifat2 aliyah dalam diri ku ini ya allah....
Hiaskan diri ku ini dengan sifat sabar dan taat kepada suami....

Bookmark and Share

    


  Member Information For kembara_girlProfil   Hantar PM kepada kembara_girl   Quote dan BalasQuote

husna_nasiha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.01.2006
Ahli No: 22138
Posting: 233
Dari: UPM

Perak  


posticon Posting pada: 07-09-06 10:50


Bagusnya Aliyah..memang ada orang macam tu sekarang..tapi tak ramai..yang macam Qis..memnga banyakk..hati-hati kaum lelaki..

Bookmark and Share

    


  Member Information For husna_nasihaProfil   Hantar PM kepada husna_nasiha   Quote dan BalasQuote

nur_2110
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.09.2005
Ahli No: 18853
Posting: 187
Dari: infront of my 2313NLCi

Melaka  


posticon Posting pada: 07-09-06 11:51


hmm...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_2110Profil   Hantar PM kepada nur_2110   Quote dan BalasQuote

rafieq
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.03.2006
Ahli No: 23522
Posting: 139
Dari: jordan

germany  


posticon Posting pada: 09-09-06 07:36


begitu saja

Bookmark and Share

    


  Member Information For rafieqProfil   Hantar PM kepada rafieq   Quote dan BalasQuote

miss_farhana
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25002
Posting: 325
Dari: berpijak pada bumi Tuhan,berbumbungkan langit Tuhan

Terengganu  


posticon Posting pada: 09-09-06 09:37


waaa...sejuk hati bila bayangkan peribadi aliyah tu...

:-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For miss_farhanaProfil   Hantar PM kepada miss_farhana   Quote dan BalasQuote

Minur
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.04.2006
Ahli No: 24249
Posting: 100
Dari: Kuching

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 09-09-06 22:59


Isteri idaman semua lelaki agaknya

haha :di

Bookmark and Share

    


  Member Information For MinurProfil   Hantar PM kepada Minur   Quote dan BalasQuote

zaitihamdan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.08.2006
Ahli No: 25957
Posting: 242
Dari: Bintulu, Sarawak

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 09-09-06 23:27


ya Alah..muga aku dikurniakan ketabahan dan kekuatan seperti aliyah..amiin...(walaupun ana tak kawin lagi...hehe...)

Bookmark and Share

    


  Member Information For zaitihamdanProfil   Hantar PM kepada zaitihamdan   Pergi ke zaitihamdan's Website   Quote dan BalasQuote

hangkas
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.08.2006
Ahli No: 26058
Posting: 103
Dari: dalam perjalanan ke arah hari akhirat

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 10-09-06 04:30


begitu terharunya ana dengan sikap seorang wanita solehah..
Moga ditempatkan di syurga dan hamba2 yang beriman dan bertaqwa , kedudukan mulia di sisi Allah S.W.T.
Ameen......

Bookmark and Share

    


  Member Information For hangkasProfil   Hantar PM kepada hangkas   Quote dan BalasQuote

mukminah_06
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25699
Posting: 72
Dari: malaysia

malaysia  


posticon Posting pada: 10-09-06 10:51


mampukah aku menjadi sepertinya?

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukminah_06Profil   Hantar PM kepada mukminah_06   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 10-09-06 11:05


susah nak cari isteri macam tu...moga diri ni juga seperti begitu...aminnn....kaum adam di luar sana kalau dah dpata isteri sebaik macam tu jangan lah mempersikannya...nanti anada yang menyesal....zaman sekarang susah nak cari isteri yang solehah...bila dah jumpa yang diidamkan dan solehah cepatlah masuk meminang ye...hehehe:p

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-09-06 16:24


hebatnya aliyah.. suaminya pula tak reti nak menilai permata yang dia ada.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah105
Warga Rasmi
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23936
Posting: 13
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 10-09-06 17:01


hmm.... mampukah aku jadi sepertinya?

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah105Profil   Hantar PM kepada muslimah105   Quote dan BalasQuote

qibtiyah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.07.2005
Ahli No: 17187
Posting: 721
Dari: qaryah_qish

seychelles   avatar


posticon Posting pada: 10-09-06 20:14


isteri solehah idaman setiap suami soleh... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For qibtiyahProfil   Hantar PM kepada qibtiyah   Quote dan BalasQuote

cititel
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.01.2006
Ahli No: 21725
Posting: 150

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 11-09-06 10:57


susah nya mencari isteri macam tu ... masih ada lagikan insan begitu di zaman ini... aku termenung sendiri di hadapan komputer yang membawa seribu persoalan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For cititelProfil   Hantar PM kepada cititel   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-09-06 12:28


susah nak dapat di zaman sekarang ini..... :roll:


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

umairah86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.03.2006
Ahli No: 23270
Posting: 158
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-09-06 16:07


Assalamualaikum...

Moga diri ini dapat menjadi wanita solehah seperti Aliyah...
Ameen...

Bookmark and Share

    


  Member Information For umairah86Profil   Hantar PM kepada umairah86   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 12-09-06 13:33


Pahit Kan Manis Akhirnya

Puas aku mencuba menepis semua dugaan
Malah ada yang anggap aku lupa daratan
Peritnya aku lalui kemelut yang panjang
Hingga ke saat ini ku tidak ketentuan

Wanita manakah sanggup berkongsikan kasih
Walau madu bagiku tapi hempedu bagimu
Terkadang harus terima suratan dariNya
Tidak salah kalau kasih dibahagi seadilnya

( korus )
Telah... kufikir sedalamnya
Untuk membuat keputusan harus aku berterus terang
Jujur dalam perbuatan
Dan... jatuh airmataku
Mendengar pengakuan ikhlasmu
Sanggup berkongsikan dia walau hakikatnmya
Hatimu terluka...

Moga suatu hari sembuhlah luka
Dan kembali ceria walau hati aku ini
Milik engkau dan dia ( 2X )

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

zahratul_wardah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9470
Posting: 283
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 12-09-06 13:44


hebatnya aliyah.. suaminya pula tak reti nak menilai permata yang dia ada.


-----------------
ilmu itu penyuluh hidup


Bookmark and Share

    


  Member Information For zahratul_wardahProfil   Hantar PM kepada zahratul_wardah   Quote dan BalasQuote

rafieq
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.03.2006
Ahli No: 23522
Posting: 139
Dari: jordan

germany  


posticon Posting pada: 05-10-06 03:25


ok lah jugak itu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For rafieqProfil   Hantar PM kepada rafieq   Quote dan BalasQuote

azzahrawi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 33
Posting: 307
Dari: pulau mutiara

PulauPinang  


posticon Posting pada: 05-10-06 05:32


nice story untuk dijadikan pedoman....

japi.. jangan lah dok berangan lebih2 pula.. tak baik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For azzahrawiProfil   Hantar PM kepada azzahrawi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.110294 saat. Lajunya....