Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 12-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita hidup biar macam biskut Oreo, hitam di luar tak mengapa asal putih kat dalam, manis pula tu..
-- SHAMR (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 51
Ahli: 0
Jumlah: 51




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 6 hari yang lalu
lidah-penghunus: 8 hari yang lalu
muslimin23: 16 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: 16 tips buat suami tertarik


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» 16 tips buat suami tertarik

Please Mendaftar To Post


Oleh 16 tips buat suami tertarik

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 05-09-06 16:33


TIPS: 16 usaha buat suami tertarik
    
16 usaha buat suami tertarik

Sudah hampir lima belas tahun Ainah mendirikan rumah tangga bersama Sufian. Sepanjang usia perkahwinan tersebut, rumah tangga yang mereka bina berdasarkan cinta pandang pertama itu sentiasa berada dalam rukun dan damai. Walaupun sudah mempunyai empat orang anak yang sudah remaja, namun mereka tidak pernah bertengkar. Malah sering bersama ke mana sahaja pergi.

Pada zahirnya, Ainah bukanlah tergolong dalam golongan wanita yangcantik. Sebaliknya, dia seorang suri rumah yang berperawakan sederhana dan memiliki pelajaran cuma setakat tingkatan lima, berbanding suaminya Sufian, yang berperawakan menarik, berijazah dan bertugas sebagai Pegawai Tinggi di sebuah jabatan kerajaan. Biarpun jurang perbezaan antara mereka agak ketara, tetapi pasangan ini tidak pernah mengeluh tidak bahagia, sebaliknya bersyukur dengan keceriaan dan keharmonian yang mereka miliki itu. Bagi Ainah, sebagai isteri, suami dan anak-anak adalah dunia
kehidupannya. Dia sentiasa berusaha menjadikan rumah tangganya
seperti sebuah syurga untuk didiami oleh suami dan anak-anak. Dia tidak pernah mengeluh dengan rutin yang dilakukan setiap hari. Dia lebih suka menguruskan sendiri segala keperluan rumah tangga termasuk menyedia dan memasakkan makan minum suami dan anak-anak tanpa menggunakan orang gaji, biarpun Sufian mampu menyediakan pembantu rumah untuk membantunya. Sikap Ainah yang lemah lembut, penyayang dan menghormati suami membuatkan Sufian begitu menyayanginya dan berbangga kerana mempunyai isteri seperti Ainah. Sebenarnya, bukan Ainah seorang sahaja yang
berjaya menambat hati suami dan mewujudkan kebahagiaan rumah tangganya, sebaliknya ia juga turut dialami oleh pasangan suami isteri yang lain.

Beberapa petua yang disediakan ini kemungkinan dapat membantu anda dalam usaha menambat hati suami:

1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Apabila suami pulang dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum membuat kerja-kerja lain.

2. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai
aktiviti suami sepanjang hari, (jika suami dalam mood yang sesuai). Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.

3. Luangkan masa yang betul-betul "berkualiti" sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.

4. Tanya keluarga suami terutama ibu mentua, mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.

5. Sekali sekala cuba hidangkan resipi ibu mentua yang menjadi kegemaran suami. Beri pujian terhadap penampilan suami seperti rambut, wajah,pakaian dan sebagainya.

6. Cepat-cepat pujuk apabila suami marah atau berkecil hati.

7. Jangan biarkan suami menunggu terlalu lama terutama apabila bersiap. Ucapkan terima kasih kepada suami apabila dia memberitahu akan pulang lewat. Pesan kepada suami agar menelefon anda sekiranya suami mempunyai tugasan di luar.

8. Apabila suami meminta bantuan, buatlah serta merta dengan ikhlas dan gembira. Jangan mengungkit atau banyak memberi komen.

9. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.

10 Beri perhatian sepenuhnya kepada suami apabila dia bercakap. Kalau boleh, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan.

11 Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.

12 Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yang memerlukan penelitian.

13 Apabila meminta bantuan suami, terangkan kepadanya dengan jelas mengenai kerja-kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan memaksa, sebaliknya gunakan perkataan yang sesuai dan lemah lembut.

14 Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama..

15 Beri layanan istimewa kepada suami di hari-hari istimewa seperti keluar 'dating' atau 'berbulan madu' sekali sekala.

16 Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa. Belai dan urut mengurut suami dari semasa ke semasa.

http://us.f369.mail.yahoo.com/ym/ShowLetter?MsgId=251_25274297_726689_4348_6856_0_188280_21761_3355414471&Idx=14&YY=22653&inc=25&order=down&sort=date&pos=0&view=a&head=b&box=Inbox


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

wihdatul_asrar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 24.02.2006
Ahli No: 22976
Posting: 121
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-09-06 16:51


terima kasih ummimq atas tips yang diberi. boleh lah praktik kan nanti :-di

Bookmark and Share

    


  Member Information For wihdatul_asrarProfil   Hantar PM kepada wihdatul_asrar   Quote dan BalasQuote

mas2ra
WARGA SETIA
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 12017
Posting: 668
Dari: bumi ALLAH Jalla Jalaluh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 05-09-06 17:45


MasyaALLAH...
Syukran jazilan ummimq :-)

Sabda Baginda Salallahualaihiwasalam:
“Seseorang isteri yang meninggal dunia,
sedang suaminya redha kepada kematiannya,
nescaya isterinya akan masuk syurga.”

(Riwayat Al Hakim dan Tirmidzi)

ALLAHuakbar!!!

Sesungguhnya daku dambakan kasih yang sejati...
membimbingku ke syurga NYA...

ALLAHualam.


-----------------
wahai orang-orang yang berIMAN, ucapkanlah...
[ Telah diedit oleh: mas2ra pada 05-09-06 17:47 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas2raProfil   Hantar PM kepada mas2ra   Pergi ke mas2ra's Website   Quote dan BalasQuote

srikandisutera
WARGA SETIA
Menyertai: 11.04.2005
Ahli No: 15726
Posting: 444
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 06-09-06 14:50


syukran ummi...
tips yang teramat baik..tapi mana boleh praktikkan lagi..
belum sampai masa dan waktu... :smile: :smile: :smile:


-----------------
winner never quits,quitter never wins


Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandisuteraProfil   Hantar PM kepada srikandisutera   Quote dan BalasQuote

azzahrawi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 33
Posting: 307
Dari: pulau mutiara

PulauPinang  


posticon Posting pada: 06-09-06 15:52


jazakallahu khairan kathiraa

Bookmark and Share

    


  Member Information For azzahrawiProfil   Hantar PM kepada azzahrawi   Quote dan BalasQuote

comel
Warga 5 Bintang
Menyertai: 12.06.2003
Ahli No: 1334
Posting: 399
Dari: Mont'Kiara

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 06-09-06 16:05


Terima kasih ummi.

Alangkah bahagianya jika ana mampu melaksanakan amanah yang di beri Allah dengan baik dan di kurniakan pembimbing yang baik dan soleh. Mudah-mudahan masih ada harapan untuk ana memperolehinya.

AMEEN...

Bookmark and Share

    


  Member Information For comelProfil   Hantar PM kepada comel   Quote dan BalasQuote

hyunckel_asyraf
WARGA SETIA
Menyertai: 12.01.2005
Ahli No: 13668
Posting: 414
Dari: United Kingdom

uk  


posticon Posting pada: 06-09-06 17:12


uisy bestnya kalau dapat zaujah yang praktikkan tips2 tu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For hyunckel_asyrafProfil   Hantar PM kepada hyunckel_asyraf   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-09-06 17:30


Terima kasih ummi..
Isteri solehah..impianku.. :)
InsyaAllah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

wufi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3225
Posting: 158
Dari: Bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-09-06 20:36


terima kasih wahai ummi.
saya akan cuba untuk praktikan tips tersebut.
insyaallah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wufiProfil   Hantar PM kepada wufi   Pergi ke wufi's Website   Quote dan BalasQuote

nuraisha
WARGA SETIA
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18099
Posting: 659
Dari: kuching

Sarawak  


posticon Posting pada: 06-09-06 20:41


syukran ummi...
insyaAllah....akan di practickan

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraishaProfil   Hantar PM kepada nuraisha   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.121981 saat. Lajunya....