Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Burung yang akan mati hanya berjalan, tidak lagi terbang
-- Peribahasa Red Indian

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 64
Ahli: 0
Jumlah: 64




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 1 hari, 6 jam, 23 minit yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: seks halam & haram...


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» seks halam & haram...

Please Mendaftar To Post


Oleh seks halam & haram...

mawardah23
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.08.2006
Ahli No: 26067
Posting: 312
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 05-09-06 14:05


Manusia mempunyai nafsu serta kehendak dan Islam datang untuk menyalurkan nafsu dan kehendak itu ke arah kebaikan, melalui perkahwinan. Menerusi perkahwinan, jimak atau seks menjadi halal dan melakukannya berdasarkan batas-batas syariat dianggap sebagai ibadah. Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah di dalam hadis yang bermaksud, "Sahabat-sahabat Nabi bertanya, 'Ya Rasulullah, adakah jika salah seorang daripada kami memuaskan nafsu syahwatnya secara halal, dia diganjari pahala?'

Bersabda Nabi Muhammad, 'Tidakkah jika kamu memuaskan nafsu secara haram kamu berdosa? Justeru, jika kamu melakukannya secara halal kamu memperolehi pahala'." (Riwayat Muslim)

Ibn Qaiyim Al-Jauziyah berkata dalam Tibbun Nabawi, "Tabib-tabib yang mahir berpandangan jimak adalah di antara cara yang terbaik untuk memelihara kesihatan seseorang."

Dari sudut spiritual, di antara kemanfaatan jimak ialah, ia memelihara penglihatan dari melihat sesuatu yang haram, memelihara nafsu, menjauhkan seseorang dari perbuatan haram dan dengan itu mendatangkan kemanfaatan bagi diri, dunia serta akhiratnya. Kemanfaatan yang sama juga akan diperolehi oleh para isteri. Seks yang mendatangkan kepuasan yang maksimum ialah yang berasaskan kasih sayang dan kemesraan dan tidak hanya wujud di dalam bentuk hubungan fizikal.

Sehubungan dengan ini Allah berfirman di dalam Al-Quran: "Di antara tanda kebesaran Allah ialah, Dia menjadikan bagimu jodoh daripada jenis manusia sepertimu agar kamu berasa tenteram bersamanya dan dijadikanNya di antaramu perasaan kasih sayang dan belas kasihan." (Surah Ar-Rum ayat 21)

BBC Health bertarikh 3 Februari, 2001 melaporkan, komunikasi dua hala yang baik adalah penting untuk menghasilkan seks yang bermanfaat, dan untuk mencapainya, empat ramuan komunikasi perlu dihayati di dalam hidup iaitu kemesraan, saling faham memahami, keterbukaan dan bertolak ansur.


Cara Perlakuan Seks Yang Dihalalkan

Islam mengizinkan seseorang melakukan persetubuhan mengikut cara ataupun kedudukan yang digemarinya, namun memuaskan nafsu melalui saluran dubur atau anal sex adalah dilarang. Allah berfirman, "Isterimu adalah kebun bagimu maka datangilah kebunmu dengan cara mana yang kamu mahu." (Surah Al-Baqarah ayat 223)

Wahyu ini diturunkan berhubung dengan sahabat Omar Al-Khattab yang menyetubuhi isterinya mengikut saluran biasa tetapi dari belakang, lantas beliau berasa takut dan terus menemui Nabi menceritakan tentang apa yang berlaku. Tidak berapa lama selepas itu, ayat ini pun diturunkan dan Nabi terus berkata kepada Omar, "Bersetubuhlah dari hadapan ataupun dari belakang asalkan tidak dilakukan pada waktu haid dan tidak melalui dubur." (Riwayat Ahmad)

Berhubung dengan persetubuhan melalui dubur, ia dianggap sebagai satu dosa besar. Nabi bersabda, "Allah tidak mahu melihat kepada lelaki yang mendatangi lelaki ataupun wanita di duburnya." (Riwayat Tarmuzi)


Seks Yang Halal Dan Kesihatan

Kajian menunjukkan ketika syahwat memuncak, badan seseorang mengeluarkan bahan-bahan kimia seperti endorphins yang berfungsi mencegah kesakitan dan mendatangkan ketenangan. Di samping itu sentuhan di antara suami isteri merangsang pengeluaran bahan oxytocin yang menghasilkan rasa tenang dan damai. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Majlis Penyelidikan Sains Manusia seperti yang disebutkan dalam News24.com, bertarikh 12 Februari 2001, sentuhan juga merangsang pengeluaran hormon serotonin yang meningkatkan daya ketahanan badan dan sekali gus mencegah seseorang dari dijangkiti penyakit.

Seks juga berfaedah untuk kesihatan jantung. Dr. Paul Pearsall, Pengarah Perubatan Perlakuan atau Behavioural Medicine di Hospital Beaumont di Detroit, di dalam bukunya Sexual Healing berpendapat, kesihatan jantung tidak hanya bergantung kepada pemakanan, senaman dan genetik, malah ia juga bergantung kepada kesihatan emosi dan sosial.

Kajian beliau menunjukkan ketidakpuasan di dalam hubungan seks sering kali mengakibatkan serangan sakit jantung di samping penyakit-penyakit yang lain seperti pening migraine dan radang sendi.


Bahaya Seks Ketika Haid

Islam mengharamkan seks ketika waktu haid. Hukum ini dijelaskan oleh Allah melalui firmanNya, "Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah, haid adalah kotoran. Justeru, hendaklah kamu tidak menyetubuhi wanita ketika haid sehinggalah mereka suci daripadanya." (Surah Al-Baqarah ayat 222)

Nabi bersabda, "Sesiapa yang menyetubuhi wanita yang sedang haid ataupun menyetubuhi wanita di saluran duburnya ataupun mendatangi tukang tenung nasib dan mempercayainya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Muhammad." (Riwayat Ahmad dan Tarmuzi)

Imam Al Ghazali merumuskan hukum ini di dalam Ihya Ulumuddin dengan berkata, "Janganlah suami menyetubuhi isteri yang sedang haid dan juga jangan sesudah haid sebelum mandi wajib, kerana yang demikian itu diharamkan dengan dalil Al-Quran."

Mengikut Dr. Diana Antoniskis (MD) dari Kumpulan Penyelidikan dan Pendidikan yang beribu pejabat di Oregon, risiko jangkitan kuman HIV meningkat di kalangan wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid ataupun dengan lelaki yang tidak berkhatan. Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Amerika, pada Perhimpunan kesebelas Pertubuhan Antarabangsa Berhubung Penyakit-Penyakit Jangkitan Seksual di New Orleans pada tahun 1995 melaporkan, menjauhi hubungan seks ketika haid ataupun ketika mengalami pendarahan di bahagian faraj adalah penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti kuman HIV bagi lelaki dan wanita.

Laporan itu juga menjelaskan, wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid meningkatkan risiko dijangkiti AIDS sebanyak enam kali ganda.Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita di Chester Springs menunjukkan, wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa.

Kebiasaannya kes-kes seperti ini akhirnya terpaksa menjalani pembedahan berisiko tinggi untuk membuang rahim atau hysterectomy dan ovari atau ovariectomy. Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of Psychosomatic Obstetrics and Gynaecology pada tahun 1996. Bagi golongan wanita, tiub fallopian dan ovari mereka boleh diserang kuman bakteria sehingga menyebabkan keputihan, sakit dan demam yang kuat. lah

isiko untuk menghidap penyakit ini adalah tinggi di kalangan mereka yang melakukan hubungan seks ketika haid. Hal ini disebabkan, kebiasaannya tiub fallopian dan ovari dilindungi daripada serangan bakteria oleh bahan asid yang terdapat di kawasan faraj atau vagina. Ketika haid, kawasan faraj menjadi alkali justeru memudahkan kuman untuk membiak dan mendatangkan penyakit terutamanya jika berlaku persetubuhan ketika itu.

Seks Bebas Dan Penyakit Jangkitan Seksual

Nabi Muhammad bersabda, "Wahai Muhajirin, lima bala akan ditimpakan ke atasmu dan aku berdoa agar kamu tidak ada ketika bala ini menimpa..... satu di antaranya ialah, apabila zina zahir di dalam masyarakat secara terang-terangan, wabak yang dahsyat dan penyakit-penyakit yang belum pernah menjangkitimu akan menyerangmu ketika itu." (Riwayat Ibn Majah, Al-Baihaqi dan Al-Bazzar)

Penyakit-penyakit jangkitan seksual atau STD (sexually transmitted diseases) kerap menjangkiti individu melalui hubungan seks rambang. Lebih kurang dua puluh jenis penyakit dari kumpulan ini telah dikenal pasti di antaranya ialah syphlis, gonorrhea, genital herpes, genital wart, trichomoniasis, bacterial vaginosis, infeksi cytomegalovirus, infeksi chlamydia dan yang paling berbahaya ialah AIDS. Penyakit-penyakit ini boleh menyebabkan maut.

Di Amerika sahaja ia menjangkiti 13 juta manusia setahun dan majoritinya ialah dari kalangan kaum wanita. kos yang diperlukan untuk merawat dan mencegahnya menjangkau $10 bilion. Kesemua ini menunjukkan ajaran Islam sememangnya relevan sampai ke hari Kiamat.

Justeru, rugilah mereka yang mengutamakan hawa nafsu serta mengabaikan landasan Islam yang sememangnya saintifik lagi menyihatkan


-----------------
iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan di buktikan dengan amalan


Bookmark and Share

    


  Member Information For mawardah23Profil   Hantar PM kepada mawardah23   Quote dan BalasQuote

ulfah_widad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25325
Posting: 301
Dari: Kedah - Perak - Johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 05-09-06 14:43


Bagaimana pula yang melakukan oral sex. Adakah Islam menghalalkan cara tersebut?sesiapa ada jawapan untuk persoalan ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ulfah_widadProfil   Hantar PM kepada ulfah_widad   Quote dan BalasQuote

budak_melaka
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14578
Posting: 450
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 05-09-06 15:12


Pada 05-09-06 14:43 , ulfah_widad posting:

!!! QUOTE !!!

Bagaimana pula yang melakukan oral sex. Adakah Islam menghalalkan cara tersebut?sesiapa ada jawapan untuk persoalan ni...




Hukum onani

Berikut ini, terjemahkan secara lengkap fatwa Dr. Yusof al-Qardhawi mengenai hukum onani dari bukunya al-Halal Wal Haram Fil Islam, hal. 161.

Semoga terjemahan ini bermanfaat untuk semua.

Hukum onani
Adakalanya darah seorang pemuda itu bergelora, lalu dia menggunakan tangannya mengeluarkan mani untuk meredakan ketegangan dan menenangkan gelora syahwatnya. Cara begini dikenali sebagai `al-`adah al-sirriyah’ (onani/istimna’ .

Onani diharamkan oleh kebanyakan ulamak. Imam Malik menggunakan dalil dari firman Allah Taala:
"Dan orang-orang yang memelihara kemaluan mereka kecuali terhadap isterinya tau hamba sahayanya, mereka yang demikian itu tidak tercela. Tetapi barangsiapa berkehendak selain dari yang demikian itu, maka mereka itu adalah orang-orang yang melewati batas." (Al-Mu’minun: 5- 7). Kerana orang yang beronani adalah melepaskan syahwat bukan pada tempatnya.

Manakala Imam Ahmad bin Hanbal pula berpendapat, bahawa mani adalah satu benda lebihan dari tubuh badan. Oleh itu ia boleh dikeluarkan seperti memotong daging lebih. Pendapat ini disokong dan diperkuatkan oleh Ibnu Hazmin. Fuqahak Hanbali mensyaratkan pengharusan onani dengan dua perkara:
1 . Khuatir akan melakukan zina
2 . Tidak mampu berkahwin

Kita dapat mengambil pendapat imam Ahmad ini dalam keadaan gelora syahwat memuncak dan dikhuatiri akan jatuh ke dalam perkara yang haram. Contohnya, seorang pemuda yang sedang belajar atau bekerja di luar yang jauh dari negaranya, di mana di sekelilingnya terdapat pengaruh-pengaruh yang terlalu kuat dan dia takut akan melakukan zina. Oleh itu dia tidak berdosa menggunakan cara onani untuk memadamkan dan meredakan gelora syahwatnya dan supaya tidak menjadi melampaui batas dan gelora syahwatnya menjadi ulat.

Namun apa yang terbaik ialah apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap pemuda yang tidak mampu berkahwin, iaitu hendaklah dia memperbanyakkan puasa, di mana puasa itu dapat mendidik keinginan, mengajar kesabaran dan menguatkan taqwa serta muraqabah kepada Allah Taala di dalam diri seorang muslim. Sabdanya:
"Wahai sekelian pemuda! Barangsiapa di antara kamu mempunyai kemampuan, maka berkahwinlah, keran ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan; tetapi barangsiapa yang tidak berkemampuan, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu baginya merupakan pelindung." (hari Bukari)

Bookmark and Share

    


  Member Information For budak_melakaProfil   Hantar PM kepada budak_melaka   Quote dan BalasQuote

ulfah_widad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25325
Posting: 301
Dari: Kedah - Perak - Johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 05-09-06 15:36


Pada budak_melaka, ana rasa jawapan yang anti beri kurang tepat sedikit. Oral sex bukan bermaksud onani...

"Oral sex bermaksud (from Latin os, oris "mouth") consists of all the sexual activities that involve the use of the mouth and tongue, to stimulate genitalia. It may be used as foreplay before intercourse, as climax of a sexual act, or even following intercourse. It is sometimes performed to the exclusion of all other forms of sexual activity. Oral sex may or may not include the ingestion of semen and vaginal fluids".

Bookmark and Share

    


  Member Information For ulfah_widadProfil   Hantar PM kepada ulfah_widad   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 05-09-06 15:46


Kedua- duanya best...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 05-09-06 16:21


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Astaghfirullahal Azeem! Mengucap ni bukan menandakan umi marah ya tetapi terkejut. Sebab topik sebegini akan menimbulkan silap faham dan juga akan diambil peluang oleh golongan oportunis. Harap dapat dilock segera.

Sebenarnya oral seks tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah saw. (berdasarkan kepada hadis soheh dan rujuklah kepada ustaz / ustazah). Dan sebagai umat Nabi Muhammad saw siapa lagilah role model kita kalau bukan Baginda saw!

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - ngeri dengan vcd lucah yang begitu mudah boleh didapati dan ditengok oleh ramai remaja Islam hari ini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

mawardah23
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.08.2006
Ahli No: 26067
Posting: 312
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 05-09-06 17:40


andai posting ni patut di lock saya sokong.. yela saya manusia biasa.. kadang-kadang tersilap bicara... maaf di pohon... terima kasih kerana menegur.. hanya Allah yang mampu membalasnya.... masalamah.. ilal liqo.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawardah23Profil   Hantar PM kepada mawardah23   Quote dan BalasQuote

cinta_ilmu
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.11.2003
Ahli No: 5255
Posting: 160
Dari: Kajang dan Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-09-06 17:43


Saya sokong lock saja!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For cinta_ilmuProfil   Hantar PM kepada cinta_ilmu   Quote dan BalasQuote

nuraisha
WARGA SETIA
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18099
Posting: 659
Dari: kuching

Sarawak  


posticon Posting pada: 05-09-06 17:44


kami sedang belajar tentang penyakit eye dan ENT sekarang (ear nose and throat)
menurut lecturer kami, banyak penyakit mulut dan mata kini bertambah. bakteria, virus dan flora yang bisanya hanya terdapat pada genitalia area, mula menyebabkan jangkitan pada mulut dan mata, juga pada kulit muka dan badan
menurutnya, kajian mendapati, fenomena ini berlaku kerana oral sex

erm...saya tak rasa perbincangan ini sebagai taboo...saya tahu masyarakat melayu khususnya menganggap isu ini sebagai taboo...tapi, pendidikan sex amat penting terutama bagi remaja yang tidak tahu betapa bahayanya zina dan sex bebas selain dari dosa

maaf Kalau ada yang tidak selesa
dan mungkin ada yang menganggap saya sebagai 'tidak tahu malu'
tapi, bidang yang saya ceburi tidak menganggap perkara ini sebagai isu taboo....
malu tu tetap ada...perbincangan untuk pendidikan dan pembelajaran saya
wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraishaProfil   Hantar PM kepada nuraisha   Quote dan BalasQuote

jubah_hijau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25035
Posting: 514
Dari: UTM SKUDAI

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-09-06 17:59


Assalamualaikum

Ana minta maaf kerana tak sependapat dengan ummi dan cinta_ilmu kerana benda ini ilmu...ana pernah dengar kuliah ustaz.Shamsuri yang menerangkan 1 cerita dimana Rasulullah didatangi seorang wanita yang bertanya hal kewanitaan,pada masa yang sama Siti Aisyah turut serta lalu memarahi wanita tersebut kerana bertanya hal tak sepatutnya,lalu Rasulullah memarahi Siti Aisyah kerana memarahi wanita itu kerana benda ini sasuatu ilmu yang patut diketahui

Bookmark and Share

    


  Member Information For jubah_hijauProfil   Hantar PM kepada jubah_hijau   Quote dan BalasQuote

cinta_ilmu
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.11.2003
Ahli No: 5255
Posting: 160
Dari: Kajang dan Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-09-06 18:06


ok minta maaf.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For cinta_ilmuProfil   Hantar PM kepada cinta_ilmu   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-01-07 19:34


:salam
saya dalam kekeliruan tentang hukum perbuatan onani.saya pernah terbaca ada mengatakan onani hukumnya tak haram kerana ia adalah salah satu cara melepaskan nafsu yang membuak-buak dikalangan orang yang belum berkahwin dan yang sudah berkahwin.di sini apakah hukum sebenar perbuatan ini?

Fatwa Fadhilah Syaikh almarhum Ali Tanthawi, KSA:

1. Allah meletakkan dalam tubuh kita insting atau naluri untuk melindungi diri kita dari kematian dengan memberi rasa lapar. Allah juga meletakkan insting meneruskan keturunan dengan memberi isting syahwat sebagai tanda kehausannya. Ia dalam bentuk energy atau tenaga. Jika letrik, ialah suatu energy yang menggerakkan peralatan dan mesen, maka energi dalaman manusia ini mampu menghasilkan kelangsungan generasi manusia. Maka tenaga /energy seks ini tidak boleh dibuang ke tanah dan disia-siakan melalui onani.

2. Kata Emanuel Kant (aku banyak mengkaji Emmanuel Kant, filosuf German ketika dikuliah Falsafah) berkata: " bila anda ingin mengetahui hakikat sesuatu perkara (baik/buruk), maka perhatikan amalan tradisi orang ramai. Maka jika ditakdirkan ramai orang melakukan onani dalam masyarakat, maka akan lumpuhlah tradisi pernikahan, terputuslah keturunan, dan pincanglah umat. Atas dasar ini, kita katakan onani adalah suatu perilaku yang buruk, bukan kebaikan, terlarang dan tidak disyari'atkan.

3. Apakah ia haram sebagaimana zina?
jawabnya, TIDAK, cuma terlarang tapi tidak termasuk DOSA BESAR, Sesiapa yang dalam keadaan stabil (normal) lalu merancap, maka ia berdosa, tapi bukanlah dosa besar.

4. Bagaimana jika ia sedang dikuasai gelojak nafsu syahwah sementara ia tidak mampu mengekangnya kecuali onani? jawabnya: maka ia boleh saja melakukannya atas alasan dharurat tapi dharurat ini bukanlah sampai ke tahap dharurat lazim yang menghalalkan yang terlarang.

5. Bagaimana ia tiada pilihan antara onani atau zina? jawab: maka lakukan onani kerna ia termasuk mengambil kaedah ' mengambil yang lebih ringan dari dua kejahatan (akhaf adhdhurarayn)' . itupun jangan berlebihan hingga menyakitkan kemaluan.

6. Nasihatku untuk pemuda:
a. menikahlah
b. puasalah, jika tak mampu menikah, kerana puasa mendinginkan gelojak
c. jauhi punca tumbuhnya gelojak nafsu seks seperti bahan fornografi, lagu2 murahan, dan sembang2 dengan gerombolan pemuda yang rosak

Akhir sekali:

Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, Allahpun mencukupinya. Ia akan dibersihkan oleh-Nya dengan mimpi2 indah untuk mendapatkan kelazatan tanpa berbuat dosa dan mendatangkan mudharat.


(thtl)

http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=30181&sid=5d5f9c535dd49df07f8c39ddccb91f98

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 16-01-07 19:51


Pada 05-09-06 14:43 , ulfah_widad posting:

!!! QUOTE !!!

Bagaimana pula yang melakukan oral sex. Adakah Islam menghalalkan cara tersebut?sesiapa ada jawapan untuk persoalan ni...

ana ambil jawapan daripada lmn Islam Online:


Q: Respected scholars of Islam, As-Salamu `Alaykum wa Rahmatu Allah wa Barakatuh. I have a question that perplexes my mind, and I want you to clarify. What is the Islamic stance on oral sex between the husband and his wife? Jazakum Allah khayran.


A: Wa`alykum As-Salaamu Warahmatullahi Wabarakaatuh.

In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger.

Dear questioner, thank you so much for your concerns about your religion and Allah’s teachings even in what concerns your sexual life with your wife.

As regards your question, it is to be noted, first of all, that all acts that aim at satisfying and pleasing the spouses are allowable so long as two things are avoided, that is anal sex and having sex with a wife while she is still in her menstruation. Thus, it is permissible for a husband and a wife to practice cunnilingus and fellatio. Following we’d cerita the opinions of some well-known Muslim scholars in this regard:

The eminent Muslim scholar, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi states:

“I was asked about oral sex in America and Europe when I began to travel to these countries in the early 70s. We are not used to be asked these questions in our Muslim countries. Those Western people are accustomed to stripping naked during sexual intercourse. These are communities of nakedness, and from the licentiousness of the woman that she wears nothing to screen her body in her daily life.

So, they are in need of more excitements during copulation. However, men in our Muslim societies see nothing in the Muslim woman that can excite them on the basis of her wearing either Hijab (veil) or Niqab (face cover). But concerning whether being in complete nakedness during practicing copulation is lawful or not, the Prophet of Allah, peace and blessings be upon him, is reported to have said, "Guard your private parts except from your wife or your slaves."

Muslim jurists are of the opinion that it is lawful for the husband to perform cunnilingus on his wife, or a wife to perform the similar act for her husband (fellatio) and there is no wrong in doing so. But if sucking leads to releasing semen, then it is Makruh (blameworthy), but there is no decisive evidence (to forbid it).

These parts are not dirty like anus, but it is ordinarily disgusting to man. But there is no decisive evidence to make it unlawful, especially if the wife agrees with it or achieves orgasm by practicing it. Allah, Exalted and Glorified be He, says: "And who guard their modesty, save from their wives or the slaves, that I heir right hands possess, for then they are not blameworthy, but Who so craveth beyond that, such are transgressors.” (Al-Mu'minun: 5-7)”

In the light of this, scholars maintain that the husband is allowed to enjoy his wife through any means of enjoyment except anal sex, for that is strictly forbidden.

Dr. Ali Jum`ah, professor of the Principles of Islamic Jurisprudence at Al-Azhar Univ., says further that licking, sucking and kissing spouse's sexual organs are all allowed, as long as it gives a person sexual gratification that will keep him away from Haram (unlawful) or starring at opposite sex (marriageable). But every Muslim must keep in mind that sexual intercourse is just a lust and passion that must be satisfied in a lawful way; it's not to be perceived as necessary as foods and drinks, as it's the case in the Western perverted ideology.

Shedding more light on this, Dr. Sabri `Abdul ra’ouf, professor of Islamic Comparative Jurisprudence, at Al-Azhar Univ, says that it's allowed for the married couple to enjoy each other as long as what they do does not run counter to the teachings of Islam or violate the public norms. He also gives support to the view of Sheikh Al-Qaradawi that oral sex or kissing private parts of the spouse is something viewed disgusting to Muslims, but if the aim is just kissing (without having constant indulgence in it) it's not sinful to do that, but people of high morality normally keep away from that, as not to give in to imitating non-Muslims.”

In conclusion, it has become clear now that oral sex is NOT prohibited, but it is not the normal choice for committed Muslims and Muslimahs. That's, despite that oral sex is not Haram, it is completely disgusting and does not conform to the pure taste and decency of a Muslim personality.

Here, it should be noted that one of the main objectives of Shari`ah is to safeguard the life of people and keep them healthy. Based on this, if it is scientifically proven that oral sex or such practices cause mouth cancer or form a danger on the health of a person who practices it, then it becomes totally prohibited.

Allah knows best


-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.105469 saat. Lajunya....