Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Ibnu al-Qayyim al-Jauziyah pernah berkata: Tidak dimungkiri bahawa hati itu dapat berkarat seperti berkaratnya besi dan perak. Alat yang dapat membersihkan hati berkarat adalah zikir. Zikir dapat membersihkan hati berkarat sehingga dapat berubah menjadi bening seperti cermin yang bersih. Apabila seseorang meninggalkan zikir, hatinya akan berkarat. Dan apabila ia berzikir, hatinya akan bersih.
--

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 229
Ahli: 0
Jumlah: 229




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 6 jam, 4 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: anda sambut merdeka di mana????cerita pengalaman sikit...ok


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» anda sambut merdeka di mana????cerita pengalaman sikit...ok

Please Mendaftar To Post


Oleh anda sambut merdeka di mana????cerita pengalaman sikit...ok

qardhawi_jr
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.07.2005
Ahli No: 17517
Posting: 365

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 31-08-06 18:54


anda sambut merdeka di mana????cerita pengalaman sikit...ok

Bookmark and Share

    


  Member Information For qardhawi_jrProfil   Hantar PM kepada qardhawi_jr   Quote dan BalasQuote

GTF
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 519
Posting: 425
Dari: png

japan  


posticon Posting pada: 31-08-06 19:22


SELAMAT HARI MERDEKA YANG KE-49.....
MAAF QARDHAWI_JR,SAYA TUMPANG LALU DAN NAK BUAT UCAPAN SIKIT...

SEMOGA ALLAH MEMBERKATI KEMERDEKAAN NEGARA KITA.....

DI SINI SAYA SERTAKAN VIDEO ANGKATAN TENTERA MALAYSIA YANG BERJUANG SEBELUM MERDEKA SEHINGGA SEKARANG.HARGAILAH KEMERDEKAAN YANG KITA KECAPI HARI INI DENGAN rasa BERSYUKUR DAN TAWADHUK KEPADA ALLAH.JANGANLAH KITA CEMARKAN HARI KEMERDEKAAN INI DENGAN PERKARA -2 YANG SIA-2....

ROYAL MALAYSIA ARMED FORCES, A TRIBUTE
http://www.youtube.com/watch?v=oSOOV0tVqNs

Bookmark and Share

    


  Member Information For GTFProfil   Hantar PM kepada GTF   Pergi ke GTF's Website   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 31-08-06 20:08


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-49...
hargailah dan syukurlah di atas kemerdekaan yang kita kecapi hari ini...Alhamdulillah...ingatlah pengorbanan pejuang2 kemerdekaan...cuba bayangkan jika kita di tempat rakyat palestin,iraq dan lubnan...
jangan biarkan minda kita di jajah dengan perkara-perkara yang negatif....
saya sambut merdeka kat institut...bermula dari solat jemaah maghrib, bacaan yasin, solat hajat dan solat isyak di surau...
pas tu ada pertandingan koir antara kelas dengan tema patriotik dan budi bahasa...sambutan ambang merdeka...lmemang seronok....masing-masing menunjukkan kreativiti yang terpendam...ada yang kelakar ada yang serius...memang enjoy lah....apa pun

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

nuraisha
WARGA SETIA
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18099
Posting: 659
Dari: kuching

Sarawak  


posticon Posting pada: 31-08-06 21:21


saya pergi beli tiket balik kg hujung sem ni kat MAS office
lalu kat waterfront tu...tgk2 persiapan sambutan...
wah!!!!! ramainya orang kelantan yang datang
feel like home at dat time....heheheh

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraishaProfil   Hantar PM kepada nuraisha   Quote dan BalasQuote

nuraisha
WARGA SETIA
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18099
Posting: 659
Dari: kuching

Sarawak  


posticon Posting pada: 31-08-06 21:23


eh, tak jawab soalan pulak...
maaf
saya, tak ada buat apa...penat jalan seharian...(bandar kuching busy)
lagipun tension...tiket MAS naik harga...heheh
duduk hostel saja lah

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraishaProfil   Hantar PM kepada nuraisha   Quote dan BalasQuote

qardhawi_jr
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.07.2005
Ahli No: 17517
Posting: 365

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-09-06 09:43


ada sesiapa pergi klcc tak malam tu?

Bookmark and Share

    


  Member Information For qardhawi_jrProfil   Hantar PM kepada qardhawi_jr   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 01-09-06 09:45


dok dalam bilik, lebih baik

*kan lebih baik kalau kita sentiasa memuhasabahkan diri, daripada sambut kemerdekaan dengan cara bekas penjajah...
tak merdeka lagilah namanya tu kan?

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

Al-Aniesah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24052
Posting: 264
Dari: Bumi Allah

ukraine   avatar


posticon Posting pada: 01-09-06 09:46


sambut merdeka kat tapak convest uia....sambil memerhatikan pasangan-pasangan couple...da'wah fardhiah....
bukan sambut sangat pun....cuma saja-saja saja pergi survey. ;-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-AniesahProfil   Hantar PM kepada Al-Aniesah   Quote dan BalasQuote

nuraisha
WARGA SETIA
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18099
Posting: 659
Dari: kuching

Sarawak  


posticon Posting pada: 01-09-06 09:49


dari hostel boleh nampak bunga api....hehehe...
tengok dari jauh saja
esoknya...31 tu, kawan ajak p tengok perarakan
tapi, saya tak pergilah...banyak lagi kerja lain

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraishaProfil   Hantar PM kepada nuraisha   Quote dan BalasQuote

aleeya_athirah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.08.2006
Ahli No: 25748
Posting: 128
Dari: Ipoh

malaysia  


posticon Posting pada: 01-09-06 10:07


saya duduk rumah..
from my house boleh nampak bunga api..
lagi best....heheheheheee...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aleeya_athirahProfil   Hantar PM kepada aleeya_athirah   Quote dan BalasQuote

nurussaadah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.07.2005
Ahli No: 17485
Posting: 25
Dari: selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 01-09-06 10:07


Selamat Menyambut Hari Merdeka.
malam Merdeka tu, saya dan sahabat2 ada pergi ke klcc, kat masjid Assyakirin..
dalam perjalanan bermacam2 orang yang saya jumpa. macam-macam aksi..KL seolah-olah tak kenal malam..sibuk macam siang.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurussaadahProfil   Hantar PM kepada nurussaadah   Quote dan BalasQuote

hafiz86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.06.2006
Ahli No: 24920
Posting: 253
Dari: Bumi Hang Tuah

Melaka  


posticon Posting pada: 01-09-06 10:23


saya sambut merdeka kat MITC


-----------------
Hidup biar selamber...sempoi.
Jadilah insan yang kamil
[ Telah diedit oleh: hafiz86 pada 01-09-06 10:23 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafiz86Profil   Hantar PM kepada hafiz86   Quote dan BalasQuote

eja84
Warga 2 Bintang
Menyertai: 07.03.2006
Ahli No: 23277
Posting: 50
Dari: perak

Terengganu  


posticon Posting pada: 01-09-06 13:06


xg mana-mana pun.duduk kat bilik saja....

Bookmark and Share

    


  Member Information For eja84Profil   Hantar PM kepada eja84   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 02-09-06 13:15


heeeeheh..
same lah saya dengan qardawi..sambut kat masjid KLCC..pas tu buat keeje amal ma'ruf nahi mungkar sekali..heheh..jadi sukarelawan PERKID...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-09-06 13:54


8-) tahun ini sambut dekat Stadium UiTM saja...tapi memang hebat sebab malam tu mereka pasang bunga api....memang menarik sangat-sangat........


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 02-09-06 14:04


duduk rumah saja..
lepas itu 12 lebih dah tidur :di

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 02-09-06 15:05


assalamualaikum wbt

saya di KLCC. Tengok bunga api, lepas tu gerak dengan kawan-kawan dr KARISMA edar risalah kepada rakan-rakan kita yang ada di KLCC.

Alhamdulillah, mereka tidaklah memandang sinis kepada kita, ramai sahaja yang berpakaian seksi2, yang bila kita bagi risalah mereka ucap terima kasih. Ada juga yang ramah tanya kita dari mana, belajar kat mana.

Sebelum tu berkumpul di masjid asy-Syakirin, dengar taklimat dr sahabat KARISMA yang bertindak sebagai ketua malam itu.

antara risalah yang diedarkan ialah yang mengandungi hadis2 tentang hukum bersentuh dan berdua-duaan dengan bukan mahram, tentang mencari ketenangan diri, tentang persoalan mati, dan ada juga risalah untuk non-muslim yang ditulis dalam b.inggeris.

Alhamdulillah semua berjalan lancar. pukul 2 pagi semua berkumpul kembali di Masjid KLCC dan berangkat balik.

wasalam wbt

Bookmark and Share

    


  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 02-09-06 15:08


Pada 01-09-06 09:46 , Al-Aniesah posting:

!!! QUOTE !!!

sambut merdeka kat tapak convest uia....sambil memerhatikan pasangan-pasangan couple...da'wah fardhiah....
bukan sambut sangat pun....cuma saja-saja saja pergi survey. ;-)



assalamualaikum wbt

tinjau-tinjau sahaja? Kenapa tak gunakan malam tu untuk edar risalah dan lain2.

Bookmark and Share

    


  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-09-06 15:10


kat bilik saja, tapi still boleh nampak bunga api ikut tingkap.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

qibtiyah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.07.2005
Ahli No: 17187
Posting: 721
Dari: qaryah_qish

seychelles   avatar


posticon Posting pada: 02-09-06 15:58


sambut dekat kompleks sukan universiti...

boring lah...
asyik2 tengok bunga api...

setiap kali event pulak tu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For qibtiyahProfil   Hantar PM kepada qibtiyah   Quote dan BalasQuote

afieq_alkindi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.01.2005
Ahli No: 14026
Posting: 162
Dari: Kuantan

Pahang  


posticon Posting pada: 02-09-06 16:12


Salam...
sambut merdeka dekat dewan utama kampus..
1st time persatuan anjur sambutan malam simfoni kemerdekaan....

pengisian yang amat menarik dan manfaat buat semua...
tayangan perdana tentang penderitaan rakyat2 palestin..
sungguh mengharukan...
disebalik kita sambut kemerdekan masih ada saudara kita tak merdeka..
mereka hidup dalam huru hara....
senjata dan peluru jadi permainan mereka...

apa sumbangan kita pada mereka?
sedar ke kita disebalik kegembiraan kita masih ada insan yang berduka....

sama-samalah renungkan...

wallahu ta'ala 'alam....

Bookmark and Share

    


  Member Information For afieq_alkindiProfil   Hantar PM kepada afieq_alkindi   Quote dan BalasQuote

qardhawi_jr
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.07.2005
Ahli No: 17517
Posting: 365

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-09-06 16:45


saya join prgrm ops cegah maksiat juga di klcc......prjalanan nak cari masjid assyakirin tu terpaksa melalui persekitaran konsert anjuran syaitan dengan kehadiran ramai peminat2 syaitan...

setelah sampai di masjid ,rupanya ramai lagi geng2 malaikat yang sedia nak bertempur dengan geng2 syaitan malam tu....alhamdulillah ramai geng2 malaikat itu dari muda-mudi yang masih setia bersama Islam,..........

kami sambut merdeka penuh insaf ala islam..forum datuk harussani,dr syarifah norhayati mengisi sambutan kemerdekaan kami...........mustika dan akil hayy menghiburkan kami walaupun terpaksa bertarung dengan konsert sebelah yang menampilkan artis2 pemusnah bangsa dan agama..................2 penampilan konsert yang berbeza...sambutan merdeka masjid assyakirin VS konsert maksiat KLCC............bunga api hampir dikatakan menelan beribu-ribu ringgit.hampir 10000 ribu atau lebih duit rakyat malaysia hangus malam itu dalam masa 10 minit lebih.........TAKZIAH RAKYAT MALAYSIA

Bookmark and Share

    


  Member Information For qardhawi_jrProfil   Hantar PM kepada qardhawi_jr   Quote dan BalasQuote

qardhawi_jr
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.07.2005
Ahli No: 17517
Posting: 365

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-09-06 16:47


saya ikut geng2 mat rempit islamik yang akan beraksi di litar demi islam .........konvoi dan xpdc mat rempit islamik ini terpaksa melalui jalan2 yang penuh dengan aksi2 geng2 syaitan yang semuanya terdiri dari orang melayu yang dah layu..........
nak diringkas cerita dalam pukul 4.30 pagi kami kembali ke klcc dan sempat menyaksikan betapa ramainya geng 2muda mudi melayu yang ditangkap....diberi kaunseling dlll..........punk,skinhead,perempuan seksi..semuanya berjaya ditangkap dan diberi kaunseling..........tahniah geng2 Jais,Jawi,Perkid,budak-budak uia,budak-budak um,pemuda PAS dll........

saya hairan betul mana geng2 pemuda Umno mlm tu yang tak turut serta dalam ops cegah maksiat mlm tu...............mungkin ramai yang join konsert di KLCC tu kut..................................menangis pejuang2 merdeka melihat gelagat rakyat malaysia menyambut kemerdekaan di konsert maksiat KLCC itu

Bookmark and Share

    


  Member Information For qardhawi_jrProfil   Hantar PM kepada qardhawi_jr   Quote dan BalasQuote

akwa
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2005
Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 02-09-06 17:49


MERDEKA!MERDEKA!! MERDEKA!!

ambe smbut merdeka kat rumah saja..yang penting ada semangat kemerdekaan dalam diri... semoga malaysia terus maju digeruni oleh negara luar...aMInn..

Bookmark and Share

    


  Member Information For akwaProfil   Hantar PM kepada akwa   Pergi ke akwa's Website   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 04-09-06 21:13


smbut dr stadium bola ke taman syahbandar.....hehe...sebab saya masuk perbarisan

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 04-09-06 22:21


Assalamualaikum WBT.

Malam countdown merdeka saya berada di KLCC dengan kawan-kawan. Melihat bunga api yang sungguh indah. Malam itu bertolak dari UIA selepas Isyak dengan LRT Putra dari Terminal ke KLCC. Itu kali pertama saya ke KLCC sejak belajar di KL. Dari UIA, kami ada dalam lima enam orang. Tiba di KLCC sudah sesak dengan kawan-kawan kita. Mudah dikeanli mereka yang punk dengan rambut terpacak mereka dan seribu satu feseyen lagi. Katak bawah tempurung rupanya saya sebab banyak feseyen yang saya belum pernah lihat sebelum ini. Tujuan pertama malam itu ialah untuk tiba di Masjid asy-Syakirin KLCC. Berkumpul di sana sambil menunggu kemunculan rakan-rakan lain. Di masjid sudah ada lebih kurang 1000 orang pelajar yang dengan sukarela membantu PERKID untuk operasi malam merdeka itu. Ketika kami tiba, PERKID sedang mengadakan taklimat. Sambil di masjid ada program bersama Mufti Perak, Ustaz Akhil Hayy dan kumpulan nasyid lain.

Berjumpa dengan rakan-rakan dari matrik PJ. Mereka sudah menyiapkan beberapa risalah yang amat menarik ada yang untuk bukan Islam, ada yang pasal ketenangan diri, ada yang tentang dating. Kami dari UIA Gombak pula membawa risalah tentang mati dan juga risalah untuk bukan Islam.

Makin lama makin ramai rakan-rakan yang tiba. Dhany memberikan taklimat apa yang patut kami lakukan malam itu. Bagaimana nak dekat dengan sahabat-sahabat kita di KLCC semua diberitahu, apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak boleh. Sebelum bunga api dilancarkan, saya dan beberapa rakan saya dalam 4-5 orang bergerak ke dalam kumpulan orang ramai. Kami menunggu bunga api bersama-sama mereka. Lawa jugak bunga api, mana taknye ini kali pertama saya pergi sambutan merdeka.

Selepas pertunjukan bunga api selesai, kami bergerak perlahan-lahan sambil mengedar risalah. Betul kata orang, kita kena selalu fikir positif. Kita selalu fikir kawan-kawan kita di KLCC ini akan mencemuh kita dan lain-lain pandangan yang buruk. Tapi Alhamdulillah, kami dijumpakan dengan kawan-kawan kita yang tidak seperti itu. Mereka ada yang memakai tudung, ada yang tidak, ada yang pakai baju ketat, ada yang sedang memadu asmara dengan pasangan mereka di tepi tasik KLCC. Mula-mula takut mahu dekat dengan mereka, tapi akhirnya tiada rasa takut lagi. Sekurang-kurangnya pandangan atau sangka buruk kita pada mereka berkurangan. Mereka tidak sejahat yang dikata. Di dalam hati mereka masih ada rasa hormat, masih ada Iman, masih ada agama, masih ada Tuhan, cuma mungkin mereka tersilap jalan. Sempat berbual-bual dengan mereka sambil-sambil edar risalah.

Ada yang dengan ramah bertanya kami dari mana. Mungkin mereka sangka kami dari kumpulan-kumpulan tertentu. Saya hanya jawab dari UIA. Ada juga yang baik-baik walau nampak ganas, siap bersalam dengan kita lagi. Tidak ada muka kebencian. Ada juga yang mungkin bergurau dengan kita. Seorang sahabat perempuan kita yang tidak bertudung di sana bergurau dengan berkata kepada saya: "Abang, bagi saya risalah tu lagi, nak buat roket." Saya gelak saja sambil hulur lagi risalah pada dia. Mungkin dia hanya gurau sahaja, mana tahu risalah tu akan dia beri pula pada kawan dia. Waktu dia cakap macam tu, rakan dia di sebelah yang bertudung tetapi pakaiannya boleh tahan ketat menegurnya kerana kata-katanya kepada saya itu. Tapi bagi saya itu kira ok sahaja. Cukup tunjuk walau mereka tidak pakai macam kita, tidak tutup aurat, mereka masih ada perasaan bila lihat orang buat kerja dakwah diperli (walaupun bagi saya kawan dia yang tidak bertudung itu hanya bergurau).

Kami bergerak lagi, sedikit sahaja bukan Islam di sana. Bertembung ramai-ramai sahabat-sahabat kita yang sedang duduk di tempat-tempat gelap, kami pergi pada mereka hulur pada mereka risalah sambil memberi salam. Tidak lupa ucap terima kasih pada mereka kerana sudi terima risalah kami.

Bertembung pula kumpulan yang bercampur baur lelaki dan perempuan, Pergi pada mereka, ini kumpulan paling ramah kami pernah jumpa. Siap borak-borak tanya belajar kat mana, siap semua budak-budak lelaki dalam kumpulan tu salam lagi dengan kami. Mereka tidaklah sejahat mana.

Berjalan terus berjalan. Risalah untuk remaja sudah habis, yang tinggal untuk bukan Islam. Sungguh sedikit bukan Islam malam itu. Bertembung dengan seorang amoi tengah jual belon. Fikir dua kali macam mana nak bagi risalah kat dia. Macam tak sedap pulak ganggu dia jual belon. Akhirnya seluk saku, ada duit sikit. Pergi kat dia dan beli sebiji belon, sambil bayar duit belon, hulurkan juga risalah. Akhirnya, saya berjalan dengan belon yang terapung di udara yang terikat di beg saya. Belon tu akhirnya bagi dekat seorang budak kecik yang tolong mak dia berniaga kat tepi jalan.

Pukul 2 pagi, kembali ke Masjid asy-Syakirin dan bertolak pulang. Kenangan manis di KLCC dengan rakan-rakan baru di malam merdeka tidak boleh dilupakan.

wasalam WBT

Bookmark and Share

    


  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 04-09-06 22:38


tu bukan sambut merdeka...umat Islam masih dijajah lagi...humm...sedih tengok keadaan umat Nabi akhir zaman ni, dijajah oleh kafir dan yahudi

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 04-09-06 23:46


em.. merdeka tahun ni..
ana depan pc saja..
wah.. ana tengok laman ukhwah.. ramai juga yang online..
ana tak sedar.. pun jam dah melepasi 12.01..
ana masih online sampai 2pagi..

forum hal ehwal Islam.. antara ahli panel
ustazah bahiyah..cerita pasal merdeka..
sempat ana catit..

MERdEKA dari persepektif ISLAM
*merdeka dari PENJAJAH
*merdeka dari AKIDAH
*merdeka dari AKAL
dll

apa sumbangan anda terhadap negara..??


apapun berlaku..
merdekakah kita???
tepuk dahi.. tanya diri kita!!!

:roll: :roll: :roll: :roll: :roll:


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

nabilpoyo
WARGA SETIA
Menyertai: 13.12.2005
Ahli No: 21141
Posting: 730
Dari: Kuantan + penang + KL + jakarta

blank   avatar


posticon Posting pada: 04-09-06 23:52


di jakarta

Bookmark and Share

    


  Member Information For nabilpoyoProfil   Hantar PM kepada nabilpoyo   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 04-09-06 23:59


bagus ye masri2, dapat join program anjuran PERKID tu. saya tak dapat pergi malam tu.

malam merdeka, saya siapkan assignment depan PC, di rumah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

littlekhalifah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 25.09.2005
Ahli No: 19314
Posting: 32
Dari: ardhullah

Perak  


posticon Posting pada: 08-09-06 17:43


semoga Allah mmbls dengan sbaik2 balasan.. ameen!
[ Telah diedit oleh: littlekhalifah pada 18-09-06 00:17 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For littlekhalifahProfil   Hantar PM kepada littlekhalifah   Quote dan BalasQuote

lisa_solehah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 17.09.2006
Ahli No: 26413
Posting: 371
Dari: UPSI

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 18-09-06 01:35


di kampus sambil membuat persiapan baktisiswa.


-----------------
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For lisa_solehahProfil   Hantar PM kepada lisa_solehah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.143796 saat. Lajunya....