Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Apa-apa yang terjadi pada kita hari ini adalah hasil tindakan kita pada masa lalu
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 248
Ahli: 0
Jumlah: 248




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 8 jam, 56 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: makan dulu ke??? solat dulu???


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» makan dulu ke??? solat dulu???

Please Mendaftar To Post


Oleh makan dulu ke??? solat dulu???

nuraisha
WARGA SETIA
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18099
Posting: 659
Dari: kuching

Sarawak  


posticon Posting pada: 27-08-06 13:05


assalamualaikum
kawan saya pernah kata....makan dulu sebelum solat tu, nanti solat tak kusyuk..ingatkan makanan..
betul ke??

macam mana dengan menyegerakan solat???


-----------------
berjihad kerana Allah swt


Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraishaProfil   Hantar PM kepada nuraisha   Quote dan BalasQuote

mihar123
WARGA SETIA
Menyertai: 20.11.2005
Ahli No: 20396
Posting: 551
Dari: ::. Negeri Che Siti Wan Kembang .::

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-08-06 14:05


kena tengok keaadaan dulu....
kalau dah makanan terhidang mknlah dulu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mihar123Profil   Hantar PM kepada mihar123   Quote dan BalasQuote

fathiha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 11.11.2005
Ahli No: 20306
Posting: 178
Dari: penang+perak+melaka+n9

Perak  


posticon Posting pada: 27-08-06 14:10


salaam..
ana tak pernah dengo lagi lah makan dulu baru solat..setahu ana kena segerakan solat dulu..jangan lengah2 solat..makan tuu..bebiler pun boleh buat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fathihaProfil   Hantar PM kepada fathiha   Pergi ke fathiha's Website   Quote dan BalasQuote

majidah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.08.2004
Ahli No: 10691
Posting: 492
Dari: Macquarie University Village

Kedah  


posticon Posting pada: 27-08-06 14:17


Saya pernah dengar seorang petik hadis ini:

3 perkara yang dibolehkan untuk kita tangguhkan solat

a)majlis ilmu sedang berlangsung
b) makanan yang sudah terhidang
c) terlupa atau tertidur

Tapi, saya tak pasti status hadis ni. Harap yang lebih arif boleh jelaskan.

Kalau perut tengah berkeroncong, baik isi dulu. Nanti tengah solat, tak ada lah tumpuan lari ke perut yang lapar dan berbunyi pula, kurang khusyuk.

Bookmark and Share

    


  Member Information For majidahProfil   Hantar PM kepada majidah   Pergi ke majidah's Website   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-08-06 16:25


apa-apa perkara yang boleh menghilangkan tumpuan solat, perlu diselesaikan.. Kalau perkara2 tu tak ganggu tumpuan solat.. solat dulu.. Kalau makanan dah terhidang.. azan berkumandang.. makan sekadar yang perlu.. supaya tak terbayang dalam solat.. tempoh azan.. iqamah.. dan solat berjemaah tu.. rasanya.. cukup memadai untuk makan sekadar yang perlu.. waktu solat.. dah ditetapkan, blehkan, Kalau kita usahakan agar tak bertindih dengan waktu makan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 28-08-06 09:25


assalamualaikum wbt

sunnahnya makan dahulu

http://al-firdaus.com/RisalahPuasa/new/enam.htm#3
Dalam hadith yang lain daripada `Abd Allah bin `Umar, baginda bersabda:

“Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesai.”

Riwayat di atas juga menambah:

“Bahawa Ibn `Umar apabila dihidangkan untuknya makanan manakala solat pula sedang didirikan, maka beliau tidak mendatangi solat melainkan hingga beliau selesai makan sedang beliau mendengar bacaan imam.”

Ini kerana meninggalkan makanan dalam keadaan keinginan yang kuat untuk menjamahnya atau dalam perasaan lapar boleh menghilangkan khusyuk di dalam solat disebabkan ingatan terhadap makanan tersebut. Dengan itu para ulama menyatakan dimakruhkan solat setelah makanan terhidang di hadapan mata. Kata al-Nawawi (meninggal 676H): “Di dalam hadith-hadith tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ianya boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk.”

Sebenarnya bukan pada makan malam atau solat maghrib sahaja kita disunatkan mendahulukan makanan yang dihidang sebelum solat, bahkan sunnah ini meliputi semua solat dan waktu makan kerana dibimbangi menghilangkan khusyuk Ini sekiranya makanan telah terhidang di depan mata. Al-Munawi (meninggal 1031H) pula menyebut: “Hadith tersebut menyatakan hendaklah didahulukan makan malam sebelum solat maghrib. Namun ianya juga dipraktikkan juga pada solat-solat yang lain. Ini kerana punca arahan ini ialah bimbang hilangnya khusyuk.”

Malangnya ada di kalangan orang yang kurang faham lalu mereka menyatakan bahawa kalau azan sudah berkumandang hidangan dan makanan hendaklah ditinggalkan demi mengutamakan solat jamaah. Inilah punca kedangkalan meneliti hadith-hadith Nabi shallallahu 'alaihi wasallam lalu mengandaikan agama dengan emosi sendiri.

Adapun sekiranya makanan belum terhidang atau perasaan keinginan terhadap makanan tiada, maka tidaklah dimakruhkan untuk terus solat. Ini bukanlah bererti kita disuruh mementingkan makanan melebihi solat, sebaliknya tujuan arahan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam ini ialah untuk memastikan kesempurnaan solat. Al-Imam Ibn Hajar al-`Asqalani (meninggal 852H) memetik ungkapan Ibn Jauzi (meninggal 597H):

Ada orang menyangka bahawa mendahulukan makanan sebelum solat adalah bab mendahulukan hak hamba ke atas hak Tuhan. Sebenarnya bukan demikian, tetapi ini adalah menjaga hak Allah agar makhluk masuk ke dalam ibadahnya dengan penuh tumpuan. Sesungguhnya makanan mereka (para sahabah) adalah sedikit dan tidak memutuskan mereka daripada mengikuti solat jamaah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

asma_husna
Warga 2 Bintang
Menyertai: 15.08.2006
Ahli No: 25817
Posting: 63
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 28-08-06 11:52


ana lebih suka solat dulu.sebabnya senang nak bergerak.
kalau makan dulu nanti malas nak solat dan susah bergerak

Bookmark and Share

    


  Member Information For asma_husnaProfil   Hantar PM kepada asma_husna   Quote dan BalasQuote

nuraisha
WARGA SETIA
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18099
Posting: 659
Dari: kuching

Sarawak  


posticon Posting pada: 28-08-06 11:55


terima kasih semua atas penjelasan

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraishaProfil   Hantar PM kepada nuraisha   Quote dan BalasQuote

nailah_miz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 8296
Posting: 335
Dari: Universiti Utara Malaysia

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 28-08-06 11:58


makan dulu... nanti tak khusyuk pula waktu solat teringatkan makan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nailah_mizProfil   Hantar PM kepada nailah_miz   Quote dan BalasQuote

nuraisha
WARGA SETIA
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18099
Posting: 659
Dari: kuching

Sarawak  


posticon Posting pada: 28-08-06 12:08


Pada 28-08-06 11:58 , nailah_miz posting:

!!! QUOTE !!!

makan dulu... nanti tak khusyuk pula waktu solat teringatkan makan...


:-di :lol: :-P


-----------------
berjihad kerana Allah swt


Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraishaProfil   Hantar PM kepada nuraisha   Quote dan BalasQuote

qhal
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.09.2004
Ahli No: 11344
Posting: 385
Dari: (((Selangor)))

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-08-06 12:10


sembahyang lah dulu!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For qhalProfil   Hantar PM kepada qhal   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.114219 saat. Lajunya....