Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 10-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Jika seseorang itu berjalan beriringan dengan kita,ini bermakna, dia merupakan sahabat yang sebenar.Jika seseorang itu berjalan di hadapan kita, ini bermakna dia mementingkan diri sendiri, manakala di belakang kita, ini bermakna orang itu lebih pentingkan kita daripadanya".

-- Mutiara Kata

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 75
Ahli: 0
Jumlah: 75




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 22 hari yang lalu
nur_takwa88: 27 hari yang lalu
kismis: 28 hari yang lalu
qaulah_atrah: 39 hari yang lalu
muaz9768: 43 hari yang lalu
Rashdin: 49 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Mengapa Orang Kita Malas Berniaga?


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Mengapa Orang Kita Malas Berniaga?

Please Mendaftar To Post


Oleh Mengapa Orang Kita Malas Berniaga?

motivatorpelajar
Warga Rasmi
Menyertai: 24.08.2006
Ahli No: 26020
Posting: 11

blank   avatar


posticon Posting pada: 24-08-06 13:32


>>>Hari-hari duit kita keluar dari poket dan masuk ke poket orang lain. Keluar dari poket kerana kita membeli dan masuk ke poket orang lain kerana mereka menjual. Atau dengan kata mudah, mereka berniaga tetapi kita hanya tahu berbelanja!

>>>Mengapa kita tak fikir cara bagaimana duit dari poket orang lain masuk ke poket kita? Bukan mencuri tetapi berniaga. Mengapa orang kita malas berniaga padahal ramai orang mahu membeli? Kita sendiri pun membeli setiap hari. Mengapa tidak membeli di kedai sendiri? Duit keluar dan masuk ke poket sendiri......




______________


peluang
Klik Sini!
[ Telah diedit oleh: motivatorpelajar pada 24-08-06 18:18 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For motivatorpelajarProfil   Hantar PM kepada motivatorpelajar   Quote dan BalasQuote

comel
Warga 5 Bintang
Menyertai: 12.06.2003
Ahli No: 1334
Posting: 399
Dari: Mont'Kiara

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 24-08-06 13:43


Assalamualaikum,

1) Selalu fikir pasal modal yang tak cukup. Kalau nak ikutkan sampai bila2 pun tak cukup. orang kita malu nak mulakan dengan perniagaan kecil2an.

2) Mudah lupa diri. Bila dah agak berjaya sikit dan ramai pelanggan mulalah naik kan harga. Bukannua nak cari cara agar lebih berjaya lagi tapi fikir macam mana nak dapatkan untung lebih lagi. Tu lah sebabnya pelanggan lari.

3) Tak ada inisiatif untuk mempelbagaikan apa yang diniagakan.

4) Tidak melalui saluran yang betul..kadang-kadang tu berniaga pun tak ada permit dan tiada kesungguhan

Tapi bukan tak ada orang kita yang berjaya sebagai usahawan....apa pun semangat mesti kental disamping bijak dan bersungguh2.

Bukan senang nak jadi senang dan bukan susah nak jadi susah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For comelProfil   Hantar PM kepada comel   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 24-08-06 13:53


siapa kata tak fikir? semua orang fikir. tapi 'action' tak ada.

ps: semua orang nak senang.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 24-08-06 14:02


nak juga belajar berniaga, sebab 9/10 daripada punca rezeki dtgnya daripada perniagaan yang halal, tapi nak kena pupuk minat itulah yang payah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

blanco
Warga 1 Bintang
Menyertai: 01.08.2006
Ahli No: 25553
Posting: 35
Dari: Bumi ALLAH

uk   avatar


posticon Posting pada: 24-08-06 14:03


saya rasa orang kita bukan malas berniaga tapi kita takut untuk berniaga. takut menanggung risiko. takut rugi. takut tak berjaya.

setuju dengan comel. modal sangatla penting. tak ada modal bagaimana nak start.

seseorang yang saya kenali pernah menyatakan keinginannya untuk membuka perniagaan kepada ayahnya dan saya rasa amat lah terkejut bapanya bapanya lansung tidak memberikan sokongan. namun, setelah meminta pandangan dari kakaknya dan orang lain, keyakinannya datang semula. dan pada saya perniagaannya alhamdulillah berkembang dengan baik.

kesimpulannya, ramai antara kita yang masih lagi takut2 untuk memulakan perniagaan. untuk berjaya kita mestila berani to take risk. perniagaan memangla ada risiko untuk kita rugi. yang penting risiko yang kita ambil itu reasonable.

huhu.panjang pula posting blanco. blanco pun rasa nak berniaga tapi tunggu habis belajar dulu lah. kerja makan gaji dulu agaknya. kumpul pengalaman, kumpul modal dulu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For blancoProfil   Hantar PM kepada blanco   Quote dan BalasQuote

Kang

Menyertai: 09.05.2003
Ahli No: 2
Posting: 1921

usa   avatar


posticon Posting pada: 24-08-06 14:03


Berniaga? Kenapa malas berniaga? Satu soalan yang agak umum. Siapa yang malas dan apa punca malas?

1. Selalu keliru antara berniaga dengan berjualan. Jual nasik lemak bukan bernioaga tapi berjualan. Berniaga mesti melibatkan production, management, human resource, marketing (termasuk branding), accouting dan semua yang mesti ada dalam perniagaan.

2. Takut dan ditakut-takutkan oleh suasana dan sahabat di keliling. Bertambah takut kerana menumpukan kepada yang gagal bukan kepada yang berjaya

3. Lebih memburukkan keadaan ialah seminar motivasi atau segala rupa seminar bum-bam-bum-bam yang kononnya memberikan ilmu perniagaan tetapi hanya suntikan semangat sahaja... keluar seminar atau selepas membaca buku melopong... Semangat hanya tahan sehari dua. Ilmu kekal selamanya. Motivasi, satu-satunya perkataan dan istilah yang terlalu kerap disalahtafsir.

4. Terlalu menumpukan kepada "Mengapa" -- mengapa itu, mengapa ini, mengapa apa tetapi tidak langsung memberi tumpuan kepada "Bagaimana" -- bagaimana menguruskan perniagaan, bagaimana menguruskan manusia, bagaimana menguruskan modal, bagaimana melakukan branding dan sebagainya.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For KangProfil   Hantar PM kepada Kang   Pergi ke Kang's Website   Quote dan BalasQuote

blanco
Warga 1 Bintang
Menyertai: 01.08.2006
Ahli No: 25553
Posting: 35
Dari: Bumi ALLAH

uk   avatar


posticon Posting pada: 24-08-06 14:11


modal kena tengok apa yang kita hendak niagakan. macam pakcik saya, dia nak berniaga brg elektronik. bukan lah bukak kdai. just buat expo dua 3 hari. belas ribu juga lah modal.ada family member buat pelaburan sikit. ada lah untung sikit. sikit pun tak apa. yang penting semangat. bangga jugak lah dengan dia sebab berani. harap-harap blanco nanti bila sampai masanya berani lah jugak. tak nak lah pula pandai saja cakap tapi tak buat pun.

Bookmark and Share

    


  Member Information For blancoProfil   Hantar PM kepada blanco   Quote dan BalasQuote

zainuha
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.08.2005
Ahli No: 18587
Posting: 72
Dari: Kajang

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-08-06 17:07


as kum...

Mano ada orang orang kita malas berniaga.... cuba pergi Kota Bharu.... tengok ramai orang melayu berniaga......

Siapa kata betul saya kata sila angkat tangan.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For zainuhaProfil   Hantar PM kepada zainuha   Quote dan BalasQuote

rasha_aleeya
WARGA SETIA
Menyertai: 27.09.2005
Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 24-08-06 17:13


ramai jenis yang tak nak tanggung risiko......rugi sikit dah serik....
tak pun lebih suka makan gaji....cukup bulan dapat duit...

Bookmark and Share

    


  Member Information For rasha_aleeyaProfil   Hantar PM kepada rasha_aleeya   Quote dan BalasQuote

atiqahsyahidah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.11.2005
Ahli No: 20514
Posting: 79
Dari: bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-08-06 21:15


umat islam sekarang lupa bahawa 9/10 daripada rezeki adalah daripada berniaga..teringin nak naikkan ekonomi umat islam...doakan impian jadi kenyataan... :-di :-di

Bookmark and Share

    


  Member Information For atiqahsyahidahProfil   Hantar PM kepada atiqahsyahidah   Quote dan BalasQuote

farah_hanan
WARGA SETIA
Menyertai: 17.02.2006
Ahli No: 22791
Posting: 987
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 24-08-06 21:17


siapa kata orang kita malas nak berniaga??!!!
bukan malas, tapi tak sabar nak kaya...tu cepat lingkup....

Bookmark and Share

    


  Member Information For farah_hananProfil   Hantar PM kepada farah_hanan   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-08-06 21:21


tak yakin dengan janji Allah.. seronok biarkan bangsa dan kaum lain memonopoli bidang perniagaan.. :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

islamic_87
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27188
Posting: 98
Dari: sandakan

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 01-12-06 15:56


Ana dapat lihat kat sini..
orang melayu malas sangat bekerja..
sanggup makan gaji saja..
tiada usaha nak maju..
ada duit bayak sikit dimata mereka cukup sudah...
Saya pun tak tau kenapa!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamic_87Profil   Hantar PM kepada islamic_87   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7872
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 04-12-06 14:16


tgklh sdri,bngsa lain datang naik tongkang buat duit kita raja ditanah kita sdri membuang duit.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

pukau
WARGA SETIA
Menyertai: 09.06.2004
Ahli No: 9369
Posting: 643
Dari: KL

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 04-12-06 17:10


menarik topik ni.
Saya teringin nak berniga. Tapi tak ada idea lagi.
Betul juga kata kang, kena ada ilmu meniaga dulu, at lis yang basic.

Tapi kat mana biasa ada buat kursus asas meniaga?

Bookmark and Share

    


  Member Information For pukauProfil   Hantar PM kepada pukau   Quote dan BalasQuote

houri
WARGA SETIA
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-12-06 11:31


berniaga, nak untung cepat.
bila jatuh, dah taknak bangun.
putus angin nak berniaga.

berbanding dengan makan gaji.
tiap-tiap bulan gerenti dapat gaji.
lepas pencen, dapat duit pencen.


berniaga adalah antara pintu rezeki. tertarik dengan Fatihah Frozen Food. bermula dari bawah, secara kecil dan mampu berkembang seperti yang ada sekarang. menurutnya berniaga perlukan kreativiti dan semangat untuk tidak berputus asa. pernah mengalami kejatuhan akibat kemerostoan ekonomi, namun itu bukan penghalang, malah dijadikan sebagai 'stepping stone for a better future'.


-----------------
Jangan pandang remeh terhadap benda-benda yang remeh.
[ Telah diedit oleh: houri pada 06-12-06 10:43 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For houriProfil   Hantar PM kepada houri   Quote dan BalasQuote

nurwahida
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5946
Posting: 338
Dari: USM

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 06-12-06 13:59


salam..
tpik yang menarik....
yup..saya pun berminat nak berniaga...
tapi apa sekali pun perancangan dan persediaan kena teratur..
InsyaAllah..ada rezeki nanti...terlaksana lah impian..huhuhu..suka nya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurwahidaProfil   Hantar PM kepada nurwahida   Pergi ke nurwahida's Website   Quote dan BalasQuote

ulfah_widad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25325
Posting: 301
Dari: Kedah - Perak - Johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-12-06 14:32


Orang kita bukan malas berniaga..kalau dilihat berapa banyak gerai dan kedai yang dibuka oleh orang kita...sepatutnya Tajuk ni patut tulis mengapa orang kita berniaga tak menjadi???ha..baru lah ada perbincangan ke arah memantapkan perniagaan orang kita..

Selalunya mereka ini peniaga berniaga ikut2 ikutan, tiada perancangan,ilmu sangat cetek, tamak, nak cepat untung dan tidak sistematik dalam mengurus kewangannnya..tak perlu modal besar..setakat menjaja di tepi jalan tapi kalau si peniaga tu pandai urus kewangan dia,pengurusan perniagaan dia...menjadi bisnes dia...benda ni hakikat. Dah ada yang berjaya dari seorang penjaja menjadi tauke besar....Kepada yang dah berjaya menjadi usahawan, tahniah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ulfah_widadProfil   Hantar PM kepada ulfah_widad   Quote dan BalasQuote

al_farisi
WARGA SETIA
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 6556
Posting: 608
Dari: Tiada kepada ada & ada kepada tiada

iran   avatar


posticon Posting pada: 06-12-06 14:35


Sapa kata org Melayu tak pandai berminat berniaga. Ramai yang minat berniaga tetapi diusahakan secara kecil-kecilan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For al_farisiProfil   Hantar PM kepada al_farisi   Quote dan BalasQuote

muslimah83
WARGA SETIA
Menyertai: 05.02.2004
Ahli No: 7015
Posting: 1001
Dari: Tawau

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 06-12-06 16:05


Takut risiko...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah83Profil   Hantar PM kepada muslimah83   Quote dan BalasQuote

erwina
WARGA SETIA
Menyertai: 11.05.2004
Ahli No: 8917
Posting: 503
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 06-12-06 20:07


modal.....modal.....modal.....kalau ada modal dah lama kawe buat bisnes.kebanyakan melayu kita susah dapat modal...sebab tu lah kalau yang bisnes nasi lemak..pisang goreng...ramai melayu kita sebab modal kecik..

Bookmark and Share

    


  Member Information For erwinaProfil   Hantar PM kepada erwina   Pergi ke erwina's Website   Quote dan BalasQuote

jutawanmuslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2005
Ahli No: 20900
Posting: 1561
Dari: UPM

Selangor  


posticon Posting pada: 06-12-06 21:03


orang kita???

faktor..1)malu
         2)takut ambil risiko
         3)sekali gagal, dah tak nak cuba lagi..
         4)nak senang, tak nak mula dari bawah..
         5)pengetahuan pun penting jugak..

Bookmark and Share

    


  Member Information For jutawanmuslimahProfil   Hantar PM kepada jutawanmuslimah   Quote dan BalasQuote

Lubnaa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.07.2006
Ahli No: 25241
Posting: 133
Dari: Kajang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-12-06 21:22


dulu mungkinlah tak ramai yang berniaga...tapi sekarang da ramai...yang da jadi jutawan pun da ada...bagi saya tak kisahla buat secara kecil-kecilan pun da cukup bagus...memang tidak dinafikan masih ada lagi org melayu yang masih ditakuk lama..mungkin sebab kurangnya pendedahan atau motivasi diri sebagai usahawan atau peniaga....rata2 kita masih lagi bergantung dengan orang lain atau kerajaan...tapi Kalau semua berniaga....siapa pulak nak kerja dengan kerajaan kan....saya pun insyallah sedang cuba kecil-kecilan berniaga sambil belajar untuk menambaah pendapatan...saya juga ada cuba menggunakan kemahiran saya dalam komunikasi untuk beniaga...apapun jangn cepat putus asa sebab dunia perniagaan ni memang banyak cabaran.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For LubnaaProfil   Hantar PM kepada Lubnaa   Quote dan BalasQuote

niezam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.03.2005
Ahli No: 14909
Posting: 139
Dari: Atas Tanah

iraq  


posticon Posting pada: 07-12-06 22:45


Pada 06-12-06 21:03 , jutawanmuslimah posting:

!!! QUOTE !!!

orang kita???

faktor..1)malu
         2)takut ambil risiko
         3)sekali gagal, dah tak nak cuba lagi..
         4)nak senang, tak nak mula dari bawah..
         5)pengetahuan pun penting jugak..


saya sokong..lagi satu,kalau dapat untung lebih sikit orang melayu sibuk tukar kereta,perabot dan barang-barang mewah lain.sebenarnya,tak kira peringkat mana pun perniagaan itu,pelaburan amat penting.simpanan dan pelaburan diperlukan semasa dalam kesempitan contohnya ketirisan raw material.orang melayu juga akan maju dalam dunia perniagaan andai sikap-sikap dengkikan kejayaan orang lain dapat dielakkan.masalahnya sekarang, mereka inginkan orang lain bangkrap.seolah-olahnya,biarkan mereka sahaja menjadi wira melayu dalam dunia perniagaan.sikap macam ini patut dielakkan..kita takkan maju kalau asyik memusnahkan usaha orang lain.mengapa tidak peniaga melayu berganding tangan memajukan sektor perniagaan di malaysia.kita dah didedahkan dengan pegangan ekuiti melayu sebanyak 18.9 peratus sahaja..tak terasakah kita untuk bersaing di peringkat global?memang mustahil dengan ekuiti sebanyak itu.oleh itu, tunas-tunas di universiti-universiti dan kolej-kolej khususnya pelajar-pelajar melayu perlu sedar akan hal ini.kita tak boleh biarkan hanya bangsa asing melabur dalam negara kita.kita sendiri berhak keatas hasil negara kita.-hanya komen :-)

mainpedang

Bookmark and Share

    


  Member Information For niezamProfil   Hantar PM kepada niezam   Quote dan BalasQuote

azrina_zainal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.10.2006
Ahli No: 27023
Posting: 189
Dari: malaysia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 07-12-06 22:56


Pada 06-12-06 14:35 , al_farisi posting:

!!! QUOTE !!!

Sapa kata org Melayu tak pandai berminat berniaga. Ramai yang minat berniaga tetapi diusahakan secara kecil-kecilan.


org kita? malas berniaga? siapa kata? sebab setahu saya, kita rajin mengusahakan perniagaan macam al-farisi kata... hmmm saya rasa kenyataan ni wujud sebab sesetangah org suka membanding2 diri dengan pihak lain dan tak buat kajian lanjut terlebih dahulu... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For azrina_zainalProfil   Hantar PM kepada azrina_zainal   Quote dan BalasQuote

ladybirdy
WARGA SETIA
Menyertai: 19.02.2004
Ahli No: 7399
Posting: 405
Dari: bumi

malaysia  


posticon Posting pada: 08-12-06 01:50


banyak saja org melayu berniaga...banyak jugak orang melayu berniaga dengan motivasi yang tinggi sebab saya dah hidup dengan mereka ni...cuma masalah utama mereka ialah kurang bantuan dan sokongan dr pihak tertentu...ditambah dengan tekanan dan dengki sesama melayu...kalau kaum lain nak berniaga secara besar-besaran tak dihalang tak macam org melayu...ni realitinya...apapun rezeki di tangan allah...dan kalau nak berniaga kena bijak dan buat bisnes yang sedikit persaingan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ladybirdyProfil   Hantar PM kepada ladybirdy   Quote dan BalasQuote

FauziAnuar
Warga Rasmi
Menyertai: 25.11.2006
Ahli No: 27477
Posting: 3
Dari: Selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 15-12-06 15:53


Assalamu`alaikum..

Secara zahir seperti yang kita perhatikan,memang kebanyakan orang kita tiada menjuruskan diri dalam perniagaan.Ye lah,pelbagai anggapan yang kita sering dengari.Tiada modal,risiko dan lain2 lagi. Itu sudah lumrah bagi kehidupan orang kita kerana dari kecil tiada pendedahan tentang perniagaan.

Tetapi jika dilihat secara mendalam tentang setiap kehidupan orang2 kita,sebenarnya ramai yang menjadi jutawan.Ini telah dinyatakan oleh staff Tabung Haji yang berkata akaun individual dalam tabung Haji,terdapat ramai yang mempunyai simpanan berjuta2 dalam akaun mereka.Dari situ kita boleh lihat,orang bangsa apa yang punyai akaun yang banyak dalam tabung haji??Cina...? India..?. Sudah pasti orang kita sendiri.ISLAM...

Ini bermakna orang kita ramai yang kaya sebenarnya,tetapi mereka lakukan secara senyap.Ini yang orang barat panggil "SILENT MILLIONAIRE"..

Betul...Memang masalah bagi orang islam
         1)malu
         2)takut ambil risiko
         3)sekali gagal, dah tak nak cuba lagi..
         4)nak senang, tak nak mula dari bawah..
         5)pengetahuan pun penting jugak..dan lain2

Apa yang penting bagi orang kita, perlu sedar tentang TUJUAN KEHIDUPAN sebenar kita didunia ni & perlu expose tentang hal2 keduniaan. Selepas tu,titik permulaan untuk tahu,hayati dan bertindak adalah dengan dapatkan pengetahuan tentang perniagaan.

Sebenarnya banyak dana diperuntuk untuk orang kita bagi jalankan secara kecil2lan atau comersial.Maka tak salah jika ambil kesempatan perkhidmatan tersebut sebagai nak hidupkan perniagaan.Cuma kita sebagai orang islam kenalah beringat&mesti mengikut perniagaan macam mana yang ditunjukkan dalam islam.

Salam `alaikum lin najjahti fi kulli imtihanud dunya lil aakhirah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For FauziAnuarProfil   Hantar PM kepada FauziAnuar   Pergi ke FauziAnuar's Website   Quote dan BalasQuote

ibnutuki
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.11.2005
Ahli No: 20410
Posting: 330
Dari: batu pahat

Johor  


posticon Posting pada: 18-12-06 19:22


erm....

kepada orang2 melayu yang berminat untuk berniaga.....
tak kiralah yang nak buka ladang ataupun setakat nak jual tempe atau burger, baik pergi kursus usahawan....memang berbaloi!

saya melihat peluang yang tersedia....
banyak kursus dianjurkan sama ada oleh MARA atau kementerian yang pelbagai

MECD dengan kursus2 asas usahawan
kementerian industri & asas tani dengan kursus usahawan tani
kementerian pengangkutan dengn kursus usahawan pengangkutan

lagi kepada student universiti.....
banyak kursus seperti Kursus Latihan keusahawanan Siswa (LKS) dan Kursus Asas keusahawanan Siswa (KAKS), sila lah join. jangan malu2, nanti kita yang rugi. :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnutukiProfil   Hantar PM kepada ibnutuki   Quote dan BalasQuote

NoZaBiZz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.10.2006
Ahli No: 27091
Posting: 268
Dari: UTM Skudai

Johor  


posticon Posting pada: 18-12-06 20:28


Pada 24-08-06 14:02 , ismi_safiza posting:

!!! QUOTE !!!

nak juga belajar berniaga, sebab 9/10 daripada punca rezeki dtgnya daripada perniagaan yang halal, tapi nak kena pupuk minat itulah yang payah...


kalau ada kemahuan disitu ada jalan... minat akan datang dengan sendirinya... yang penting keperluan kita untuk bebas dari masalah kewangan dan bebas hutang tu harus difikir dahulu...
wallahu'alam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For NoZaBiZzProfil   Hantar PM kepada NoZaBiZz   Pergi ke NoZaBiZz's Website   Quote dan BalasQuote

NoZaBiZz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.10.2006
Ahli No: 27091
Posting: 268
Dari: UTM Skudai

Johor  


posticon Posting pada: 18-12-06 20:34


Pada 24-08-06 14:03 , blanco posting:

!!! QUOTE !!!

saya rasa orang kita bukan malas berniaga tapi kita takut untuk berniaga. takut menanggung risiko. takut rugi. takut tak berjaya.

setuju dengan comel. modal sangatla penting. tak ada modal bagaimana nak start..


banyak sumber modal... skim siswazah menganggur... kebanyakan bank ada peruntukan untuk siswazah yang nak buat bisnes... yang penting kena buat proposal... modal sebagai alasan, kenyataannya takut menghadapi risiko...

Bookmark and Share

    


  Member Information For NoZaBiZzProfil   Hantar PM kepada NoZaBiZz   Pergi ke NoZaBiZz's Website   Quote dan BalasQuote

pukau
WARGA SETIA
Menyertai: 09.06.2004
Ahli No: 9369
Posting: 643
Dari: KL

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-12-06 09:49


Agak-agaknya antara forummer kat sini, berapa ramai yang dah start meniaga? maksud saya secara serious, bukan takat suka-suka isi masa lapang.

Bookmark and Share

    


  Member Information For pukauProfil   Hantar PM kepada pukau   Quote dan BalasQuote

siswa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.06.2006
Ahli No: 24900
Posting: 203
Dari: UTM skudai

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 12-06-07 01:07


Dr pengalaman saya join kelab usahawan utm skudai, saya berpendapat memang ramai org melayu tak suka berniaga. Sebab misi kami cuba menggalakkan pelajar minat berniaga, bila kami invite kursus usahawan, bisnes plan, percuma gabungan utm dan PNB mereka semua malas nak pergi. Kesimpulannya org melayu malas, mereka suka duduk terkongkong dengan kawan-kawan student yang 1 kepala dengan mereka duduk belajar dan main game saja tahu. ada pergi suka berniaga tapi masih tunggu dan lihat.

kepada pelajar2 yang minat berniaga pergi lah kursus LKS dan KAKS boleh tanya pada IPTA2 masing-masing. yang dah kerja boleh pergi MEDEC tanya saja MARA.

Bookmark and Share

    


  Member Information For siswaProfil   Hantar PM kepada siswa   Quote dan BalasQuote

azree_mh
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.04.2007
Ahli No: 29809
Posting: 92
Dari: Dari mandala kesumat

Johor  


posticon Posting pada: 12-06-07 01:37


Pendapat saya.
Saya bagi contoh sahajalah. Katakan ada seorang budak medic tiba-tiba habis belajar saja pergi berniaga. Apa pandangan orang sekitarnya? dan apa pula kutukan yang akan dia terima?

Kalau kat portal ukhwah.com ni pun sama saja boleh dilihat. Bila seseorang tu berhenti belajar sebab nak tumpu kat bisnes, terus saja kena kutuk. Ada kat topic mana entah kat dalam ukhwah.com ni.

Jadi, berapa kerat saja lah yang sanggup menerima kutukan dan tohmahan sebegitu?

Bookmark and Share

    


  Member Information For azree_mhProfil   Hantar PM kepada azree_mh   Pergi ke azree_mh's Website   Quote dan BalasQuote

lamyanunalif_mursyidah
WARGA SETIA
Menyertai: 02.02.2006
Ahli No: 22391
Posting: 1128
Dari: selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 12-06-07 01:47


assalamualaikum..
eh..best apa berniaga..
saya menuntut jurusan bukan berniaga pun tengah berniaga sekarang..
tak boleh lah kalau tak berniaga..
rasa lain saja..
wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For lamyanunalif_mursyidahProfil   Hantar PM kepada lamyanunalif_mursyidah   Pergi ke lamyanunalif_mursyidah's Website   Quote dan BalasQuote

alornk
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.10.2007
Ahli No: 31510
Posting: 133
Dari: atas bukit bawah angin

madagascar  


posticon Posting pada: 06-11-07 11:21


Pada 12-06-07 01:47 , lamyanunalif_mursyidah posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum..
eh..best apa berniaga..
saya menuntut jurusan bukan berniaga pun tengah berniaga sekarang..
tak boleh lah kalau tak berniaga..
rasa lain saja..
wassalam



berniaga apa ek...bagi idea sikit..saya nak meniaga tapi tak ada idea but modal dan tapak da ada... :lol:

Bookmark and Share

    


  Member Information For alornkProfil   Hantar PM kepada alornk   Quote dan BalasQuote

syira_qistina
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2003
Ahli No: 4102
Posting: 777
Dari: tempat yang paling jem

Selangor  


posticon Posting pada: 06-11-07 12:24


Assalamualaikum

hmm...masa ana belajar dulu..ana berniaga kat kampus. seronok berniaga ni.. at least ada duit masuk. masa tu ana belajar lagi..so just buat bisnes kecil2an saja. tak semestinya kena buat bisnes besar2an baru boleh dapat untung. usually bisnes yang org tak pandang lah yang boleh mendapat untung. kepada sesiapa yang ada plan atau berminat untuk berniaga....just try.. kalau tak konfiden nak buat seorang..cuba share2 dengan family atau kawan-kawan. sekarang ni ana dah kerja..but in future kalau ada rezeki, ana nak buat bisnes sendiri..insyaALLAH.. :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For syira_qistinaProfil   Hantar PM kepada syira_qistina   Quote dan BalasQuote

sufti_ilham
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2003
Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 03-12-07 12:20


bismillahhirrahmanirrahim

bagi ana orang kita ni malas tu satu hal..satu lagi,ramai yang ada PHD..tu yang susahnya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sufti_ilhamProfil   Hantar PM kepada sufti_ilham   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 03-12-07 13:42


Pada 03-12-07 12:20 , sufti_ilham posting:

!!! QUOTE !!!

bismillahhirrahmanirrahim

bagi ana orang kita ni malas tu satu hal..satu lagi,ramai yang ada PHD..tu yang susahnya..


sokong.. tambah pula..
'kau naik ye.. tak mengapa.. tunggu aku tarik bawah balik'....


** pomot kejap.. sesiapa nak berniaga air kordial 3L untuk raya haji.. sila pm.. jangan risau kalau tak ada modal...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.139737 saat. Lajunya....