Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Akan sentiasa ada yang memperbodohkan selagi masih ada yang rela diperbodohkan
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 202
Ahli: 0
Jumlah: 202




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Bila si jahil berbicara....


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Bila si jahil berbicara....

Please Mendaftar To Post


Oleh Bila si jahil berbicara....

SufiBoy
Warga 1 Bintang
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1436
Posting: 38
Dari: EXTRO

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-08-03 20:26


Assalamualaykum...

Sabda Rasulullah seperti mana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, "Sesiapa yang berbicara tentang al-Quran, bukan berasaskan keyakinan ilmu, lalu betullah bicaranya itu, sesungguhnya dia telah berdosa."

Berbicara mengenai agama adalah amat baik sekali, mengundang banyak manfaat dan faedah. Namun, ramai umat Islam, kerana silap faham dan silap cintakan agama, suka berbicara perkara yang mereka sendiri tidak ketahui betul-betul.

Berbicaralah sekadarnya mengikut pengetahuan yang ada. Berbicaralah berasaskan ilmu yang diyakini ketepatannya.

Seandainya ilmu itu sedikit, berbicaralah sekadar sedikit, dan beramallah sekadar itu.

Dalam agama terdapat dua bentuk ilmu.
pertama: ilmu umum (general knowledge)
kedua: ilmu khusus (special knowledge)

Ilmu umum merangkumi ilmu-ilmu fadhu ain, dan ilmu-ilmu asas berkaitan dengan akidah, syariah dan akhlak. Seandainya kita bukan specialist dalam agama, ilmu ini wajib kita ketahui, dan amalkan. Tidak salah berbicara tentang ilmu ini, tetapi jangan sesekali mengeluarkan pendapat sendiri.

Ilmu khusus pula adalah ilmu-ilmu yang berkaitan dengan hukum-hukum, undang-undang agama secara mendalam. Ia termasuklah ilmu usul al-fiqh, fiqh al-jinayah, al-muamalah, al-usrah, dan siyasah syar`iyyah.

Sering terjadi, orang-orang yang jahil tentang agama suka berbicara tentang hukum, padahal mereka jahil sekali tentang ilmu-ilmu specialist seperti asas pembinaan hukum, sejarah pembinaan hukum, sifat-sifat undang-undang, dan teori-teori perundangan Islam.

Mereka ini sekadar mendengar daripada ahli agama, dan mereka ingin bercakap seperti ahli agama. Awas daripada bicara mereka ini. Firman Allah: "Apabila datang kepadamu berita daripada ahli fasiq, maka selidikilah sehingga ia jelas...."

INGATLAH... apabila orang bukan ahli berbicara sesuatu di luar bidangnya, maka tunggulah saat kehancuran Islam... sejarah membuktikan, Islam hancur bukan kerana musuh luaran... tapi mereka yang berlagak Islam sedang hati mereka jauh daripada tuhan dan akal mereka menyimpang dari kebenaran... yang mereka impikan hanyalah kemenangan dan kekuasaan... tanpa sedikit pun keikhlasan dalam perjuangan.

salam kasih sayang dr sufi....

Bookmark and Share

    


  Member Information For SufiBoyProfil   Hantar PM kepada SufiBoy   Pergi ke SufiBoy's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.123748 saat. Lajunya....