Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-06-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Activity gets you busy. But productivity gets you results. Activity consumes time. Productivity frees it.

-- ummimq

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 252
Ahli: 0
Jumlah: 252




  Yang Masuk Ke Sini
khalifah: 4 hari yang lalu
hajime_kindaichi: 22 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: nasihat untuk para wanita


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» nasihat untuk para wanita

Please Mendaftar To Post


Oleh nasihat untuk para wanita

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 21-08-06 15:22


Hukum Isteri Meleteri Suami

"Bang ni balik saja kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca surat khabar, menghadap TV, itu sajalah yang awak tahu.

Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga. Sekurang-kurangnya buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun.

Tukarkan lampin anak ke, ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti... pot.. pet.. pot.. pet..... " leter Ina kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.

Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri, sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu.

Lebih-lebih lagi, sekiranya Intan menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupun penat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.

Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.

Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.

Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif.

Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.

Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya." Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumah tangga.

Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj ke langit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.

Ali Karramallahu Wajhah berkata: "Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah. Aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan. Aku bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang ! membuat anda menangis?" Baginda menjawab, "Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit. Aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat."

MENGHERDIK

Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya, sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya.

Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.

Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya.

Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya."

Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.

Islam juga mengajar isteri agar melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengasuh anak-anak, melayani kehendak suami dan sebagainya dengan penuh rela dan tabah hati.

Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja, namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.

Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesay! angan Nabi Muhammad s. a. w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorang suri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w. dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.

Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.

Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.

Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.

Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: "Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi?"

Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.

Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.

Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walau seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi i! steri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.

Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekali gus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.

Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya. Bukankah Rasulullah s. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka. Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: "Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku."

** Bagi kaum wanita & lelaki yang sudah berumah-tangga, marilah kita sama-sama belajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita.

Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua... insya'Allah.

'...... Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.....'

'Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.'

'Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta '

'Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali'

'manakala ! isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.'

'Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif.'

SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOCIAL MUSLIM sekarang. Ia dilakukan karena berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalam RUMAHTANGGA.

Dengan berbuat begitu, ISTERI berkenaan mengabaikan SUAMI yang berfungsi sebagai PEMEGANG AMANAH(nikah-isteri) yang disandang sejak AQAD-NIKAH yang telah diijab WALI-NIKAH(Atok, Bapak dan sebagainya)

'Islam juga mengajar isteri agar melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengasuh anak-anak, melayani kehendak suami dan sebagainya dengan penuh rela dan tabah hati.'

Saya fikir TABIAT-ISTERI suka meleteri suami mistilah dihentikan demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.



http://fauzynm.e-belia.net/Nasihat/Nasihat506/nasihat506.html


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 21-08-06 15:40


sekarang ini...dah ramai isteri2 tak reti berterima kasih pada suami....tak reti menghargai suami.

si suami punyelah baik....tapi isteri...hhmm.....yang dia tahu...herdik suami....marahkan suami....naikkan suara dengan suami.

tapi dengan rakan sekerja lelaki kat pejabat....bercakap punyelah lembut....pijak semut pun tak mati.....cehh, double standard....bias dengan suami sendiri.

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

comel
Warga 5 Bintang
Menyertai: 12.06.2003
Ahli No: 1334
Posting: 399
Dari: Mont'Kiara

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 21-08-06 16:22


Assalamualaikum,

Sekiranya ada sikap tanggungjawab, tolenrasi dan tolong menolong masalah diatas tidak akan timbul. masing-masing kena tahu tugas dan amanah yang telah ditetapkan Allah. Masalah ini timbul bila salah satu pihak tidak melaksanakan tugas dan amanah itu dengan jujur dan ikhlas.

Suami diamanahkan untuk membimbing isteri disamping memastikan mahligai yang dibina sentiasa terjaga, aman dan selesa. Bila tidak terjaga, tidak aman dan tidak selesa untuk di diami maka timbullah masalah2 yang kecil-kecil dan lama2 menjadi besar. Bila ini berlaku, masing-masing akan cuba untuk melepaskan diri dengan mencari dimana silapnya keadaan tadi timbul.

Keadaan ini berlaku harus dikaji dan di fahami dengan sebaik-baiknya. Bila ini terjadi maka,akan memberi ruang untuk suami dan isteri mencari jalan keluar bagi mengatasi masalah. Jalannya.......seperti apa yang dapat kita lihat disekeliling kita sekarang ini. Tiada siapa yang harus dipersalahkan melainkan mereka masing-masing.

Ditambah dengan situasi zaman kini. Lihatlah sahaja setiap hari apa yang berlaku disekitar kita. Tidak seperti zaman ibu bapa kita dahulu dimana mereka sentiasa ingat dan berpegang teguh dengan agama dan adat yang diwarisi daripada ibu bapa mereka dahulu.

Itulah beza kita dengan mereka. Kenapa mereka boleh mengekalkan hubungan mereka hingga ke akhir hayat?....sebab bagi mereka perkahwinan itu satu tugas dan tanggungjawab yang mesti di pikul dan dilaksanakan. Tidak kira sama ada mereka suka atau tidak lagi pada pasangan mereka itu selepas 5 ke 6 tahun kemudian. Mereka tetap akan mempertahankan ikatan tersebut walau apa pun terjadi...tetapi berbeza sekali dengan kita zaman ini, bila silap sikit...maka akan berlakulah pertelingkahan dan perceraian. Alasanya tiada persefahaman dan tidak bahagia.

Dalam hal ini kita harus memandang ke belakang untuk bertanya nasihat,petua dan rahsia orang zaman dahulu boleh kekal hingga ke akhir hayat mereka.

Wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For comelProfil   Hantar PM kepada comel   Quote dan BalasQuote

Al-Aniesah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24052
Posting: 264
Dari: Bumi Allah

ukraine   avatar


posticon Posting pada: 21-08-06 16:37


berleter kat suami satu hal....satu lagi...menjawab mulut suami tu laaagi parah... tak baik tau menjawab mulut suami....kecik hati dia...taat lah kat dia, jangan ingkar, dengar cakap dia...pasti ada hikmahnya!



Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-AniesahProfil   Hantar PM kepada Al-Aniesah   Quote dan BalasQuote

mas2ra
WARGA SETIA
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 12017
Posting: 668
Dari: bumi ALLAH Jalla Jalaluh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 21-08-06 17:05


Pada 21-08-06 15:22 , ummimq posting:

!!! QUOTE !!!

anakanda kesay! angan Nabi Muhammad s. a. w. iaitu Fatimah Az-Zahra

" contohi peribadi Muslimah Sejati,
Siti Fatimah Az Zahra tokoh Serikandi...
tempahlah Sejarah seperti Dia,
hidupmu pasti Bahagia... "


insyaALLAH.
ALLAHualam.

p/s: syukran jazilan ummimq :-)


-----------------
wahai orang-orang yang berIMAN, ucapkanlah...
[ Telah diedit oleh: mas2ra pada 21-08-06 17:09 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas2raProfil   Hantar PM kepada mas2ra   Pergi ke mas2ra's Website   Quote dan BalasQuote

qibtiyah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.07.2005
Ahli No: 17187
Posting: 721
Dari: qaryah_qish

seychelles   avatar


posticon Posting pada: 21-08-06 17:17


taatilah suami...

Bookmark and Share

    


  Member Information For qibtiyahProfil   Hantar PM kepada qibtiyah   Quote dan BalasQuote

umaira_sutera
Warga 2 Bintang
Menyertai: 15.08.2006
Ahli No: 25832
Posting: 62
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 22-08-06 11:40


kalau dibenarkan sujud pada manusia,tentulah isteri digalakkan bersujud pada suami.ini menunjukkan betapa mulianya kedudukan suami pada isteri.sebagai isteri hendaklah kita menghormati suami kita dan sebagai suami pula hendaklah kita menunjukkan ciri-ciri serta kepimpinan yang baik agar isteri kita hormat pada kita.maklum sajalah wanita ni insan yang lemah..perlu dipimpin dengan cara yang paling berhikmah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For umaira_suteraProfil   Hantar PM kepada umaira_sutera   Quote dan BalasQuote

tudung_kelabu
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.08.2005
Ahli No: 18250
Posting: 234
Dari: sha aramu

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-08-06 11:47


***************

suami isteri lengkap melengkapi
antara satu sama lain...
memahami peranan masing-masing...
baru bahagia rumahtangga..

****************

Bookmark and Share

    


  Member Information For tudung_kelabuProfil   Hantar PM kepada tudung_kelabu   Quote dan BalasQuote

sahlon
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.03.2005
Ahli No: 15287
Posting: 281
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-08-06 12:17


salam,

saya hanya mengutarakan pendapat setakat pengetahuan saya. Kalau salah tolong betulkan

memang betul darjat suami amtlah mulia. Kalau tak takkan syurga isteri di bawah tapak kaki suami. tapi bagi suami yang soleh. yang ringan tulang membantu isteri. kalau asyik goyang kaki isteri mana yang tak bengkak hatinya.

suami rugasnya mencari rezeki, memasak, membasuh dan semua kerja lah. isteri cuma menjaga anak. kalau dia(isteri) willing nak tolong, dialu-alukan.

kalau kita tengok sekarang, isteri kerja, jaga anak, masak, layan suami, kalau tolak derhaka namanya. memang betul isteri tak boleh menolak. tapi kalau fikir balik, perempuan ni robot ke apa. tunduk dan patuh. tak ada rasa penat. saya cakap begitu kerana pada saya tak ada salah berleter. kita kena faham kat sini, berleter dan melawan lain.

saya teringat kisah seorang sahabat ni, dia sangat tak tahan dengan leteran isterinya, dia pun berjalan ke rumah Saidina Umar untuk mengadu, sesampainya dia di rumah Umar, dia dapati, umar hanya diam mendengar leteran dari isterinya. sahabat ni hairan. dari yang kita kenal Umar seorang yang sangt garang dan tegas di luar. bukan maksud di sini Umar terkena queen kontrol tapi nasihatnya, dia telah mengandungkan, melahirkan dan menjaga anak kamu, tidak bolehkah kamu bersabar.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahlonProfil   Hantar PM kepada sahlon   Quote dan BalasQuote

rasha_aleeya
WARGA SETIA
Menyertai: 27.09.2005
Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-08-06 12:32


sama-sama lah kita jadikan peringatan.....insyallah....kita tak kawin lagi ni......hanya mampu berjanji......kita sendiri tak tahu akan datang,apa akan jadi.....apapun sama-samalah kita berdoa semoga perjalanan hidup kita dipermudahkan......dan kurangkan lah ujian ke atas kehidupan kita....Amin...

Bookmark and Share

    


  Member Information For rasha_aleeyaProfil   Hantar PM kepada rasha_aleeya   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 22-08-06 15:37


kalau tak boleh taat suami...yang pergi ambil dia jadi suami buat apa??zaman sekarang ini perempuan lebih suka kepada lelaki yang jadi pak turut...memang dunia nak terbalik betul lah...yang laki tu pun satu...sanggup juga jadi pak turut..ikut saja apa perempuan itu kata...maklumla perempuan kan lagi pandai dr laki zaman sekarang...dunia dunia ....

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

anmahar
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14615
Posting: 703
Dari: Kedah Darul Aman

Kedah  


posticon Posting pada: 22-08-06 15:42


kalaulah kita boleh nampak apa-apa yang Allah beri..... nescaya kita takkan dah buat apa yang ditegah oleh Allah.... dan akan buat apa yang disuruh oleh Allah... hanya Allah yang mengetahui.... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For anmaharProfil   Hantar PM kepada anmahar   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-08-06 19:22


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah syukran jazilan atas respons. Sesungguhnya hanya wanita memahami perasaan wanita lain. Tetapi tanggungjawab terletak di bahu lelaki yang ingin melaksanakan poligami. Hatinya perlu ikhlas dan berpoligami setelah menunjukkan kasih sayang dan keadilan yang maksimum pada isteri pertamanya. Terutama bila isteri pertama sememangnya sudah melahirkan anak-anaknya dan menjalankan tugas sebagai seorang isteri yang solehah sebaik mungkin. Suami hendaklah mendidik dan membimbing isteri itu agar menerima kehadiran madunya dengan perasaan yang redha. Begitu juga dengan anak-anak diberi persediaan semoga mereka tidak merasakan kasih sayang bapa mereka akan berkurangan bila berkawin lagi.

InsyaAllah semua ini boleh dilakukan dengan penuh qanaah dan keberkatan bila keredhaan dari semua pihak hatta dari keluarga isteri pertama selain keluarga sendiri dan juga keluarga bakal madu.

Umi sarankan jemaah seperti Abim, Jim, Haluan dan juga Pas mengadakan kursus baitul muslim ini bagi kedua-dua pihak - muslimin dan juga muslimat secara berasingan dan juga bersama. Di sini kita akan dapat feedback betapa wujudnya poligami yang harmonis dan Kenapa berlaku suasana poligami yang berantakan walaupun pada asalnya dari golongan yang ada fahaman Islam.

Program seperti itu perlu kerana memandangkan ramainya wanita berbanding lelaki yang berkualiti dan semakin hari semakin ramai pula andalusia dan juga andartu di kalangan muslimah mukminah.

Harapan tanpa perancangan tak akan menjadi maka semoga difikir-fikirkan.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - kasih sayang itu anugerah Allah dan kesabaran penoh keimanan dan ketaqwaan mengatasi segalanya.

http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&p=52327&sid=4ccd07fdd515b771c139d451c30bf816#52327

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

blanco
Warga 1 Bintang
Menyertai: 01.08.2006
Ahli No: 25553
Posting: 35
Dari: Bumi ALLAH

uk   avatar


posticon Posting pada: 24-08-06 22:07


saya pernah dengar cerita pasal umar dan isterinya yang berleter itu tapi saya tidak tahu sama ada itu benar atau tidak. dah kawin sama-sama lah tolerate.lagi2 kalau wife kerja, tak ada salahnya suami tolong wife. kita tahukan tanggungjawab suami mencari nafkah, tapi bila wife kerja and dia bantu suami dalam perbelanjaan rumahtangga.tak salah suami bantu pulak wife uruskan rumahtangga. tapi pada saya, kalau saya dah kerja and husband pula tak pernah lansung nak tolong kita yang penat and tak appreciate apa yang kita buat. i probably will quit my job. tumpukan saja kat rumahtangga. suami tak ada lah sakit hati kena leter and saya pun tak ada lah menanggung kpenatan setiap hari. nanti pastuh baru lah dia appreciate selama ni kita dah ringankan sikit beban dia. huhu.cakap macam senang. tapi rasernya kalau dah kahwin nanti, rasanya blanco akan sabar saja agaknya. ada duit sendiri lagi senang kan? tak payah nak asyik minta suami.huhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For blancoProfil   Hantar PM kepada blanco   Quote dan BalasQuote

nuraisha
WARGA SETIA
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18099
Posting: 659
Dari: kuching

Sarawak  


posticon Posting pada: 24-08-06 22:13


tah lah...tak kawin lagi tak berani nak komen lebih2
syukran kepada ummimq atas informasi dan nasihat
sebagai persediaan kepada yang nak menempuhi gerbang perkahwinan
syukran

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraishaProfil   Hantar PM kepada nuraisha   Quote dan BalasQuote

maqnawie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.09.2005
Ahli No: 18647
Posting: 222
Dari: Milik ALlah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 24-08-06 23:12


Pada 21-08-06 15:22 , ummimq posting:

!!! QUOTE !!!

Hukum Isteri Meleteri Suami

"Bang ni balik saja kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca surat khabar, menghadap TV, itu sajalah yang awak tahu.

Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga. Sekurang-kurangnya buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun.

Tukarkan lampin anak ke, ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti... pot.. pet.. pot.. pet..... " leter Ina kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.

Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri, sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu.

Lebih-lebih lagi, sekiranya Intan menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupun penat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.

Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.

Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.

Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif.

Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.

Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya." Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumah tangga.

Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj ke langit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.

Ali Karramallahu Wajhah berkata: "Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah. Aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan. Aku bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang ! membuat anda menangis?" Baginda menjawab, "Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit. Aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat."

MENGHERDIK

Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya, sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya.

Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.

Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya.

Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya."

Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.

Islam juga mengajar isteri agar melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengasuh anak-anak, melayani kehendak suami dan sebagainya dengan penuh rela dan tabah hati.

Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja, namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.

Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesay! angan Nabi Muhammad s. a. w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorang suri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w. dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.

Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.

Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.

Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.

Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: "Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi?"

Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.

Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.

Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walau seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi i! steri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.

Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekali gus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.

Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya. Bukankah Rasulullah s. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka. Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: "Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku."

** Bagi kaum wanita & lelaki yang sudah berumah-tangga, marilah kita sama-sama belajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita.

Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua... insya'Allah.

'...... Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.....'

'Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.'

'Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta '

'Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali'

'manakala ! isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.'

'Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif.'

SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOCIAL MUSLIM sekarang. Ia dilakukan karena berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalam RUMAHTANGGA.

Dengan berbuat begitu, ISTERI berkenaan mengabaikan SUAMI yang berfungsi sebagai PEMEGANG AMANAH(nikah-isteri) yang disandang sejak AQAD-NIKAH yang telah diijab WALI-NIKAH(Atok, Bapak dan sebagainya)

'Islam juga mengajar isteri agar melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengasuh anak-anak, melayani kehendak suami dan sebagainya dengan penuh rela dan tabah hati.'

Saya fikir TABIAT-ISTERI suka meleteri suami mistilah dihentikan demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.





basmallah..

ana pun belum dapat calon jauzah yang solehah...mirip2 macam syaidatina aishah ra...syaidatina khadijah ra or sapee yang ada title solehah...

semoga ada sinar bahagia...dan dtemukan jodoh dengan orang-orang yang beriman amal lagi soleh dan solehah..AAMIIIN!!!!


-----------------
Sesungguhnya Kejayaan Saya dan Tuan-tuan Dalam DEEN. Taat Perintah ALlah Taala, Ikut, Amal & Hidupkan Sunnah Nabi & Rasul ALlah Muhammad Sallallahu�


Bookmark and Share

    


  Member Information For maqnawieProfil   Hantar PM kepada maqnawie   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-08-06 23:18


syukran jazilan ummi untuk artikel yang menarik itu.

jadi betullah ye bahawa kerja2 rumah itu adalah tanggungjawab isteri, manakala suami bertanggungjawab untuk mencari nafkah.

cuma realiti yang berlaku sekarang sudah berbeza, iaitu isteri kebanyakannya bekerja menolong suami mencari nafkah, jadi memang elok sekali kalau si suami itu juga menolong tugas isterinya di rumah.

sama-sama hendaklah bertolak-ansur, suami mesti memahami kesibukan isteri, manakala isteri pula jangan sampai menderhakai suami, contohnya berleter sebagaimana artikel di atas, ia sudah jadi satu kebiasaan bagi isteri zaman sekarang.

semoga kita semua mampu menjadi suami & isteri yang soleh & solehah, amin...

p/s: para muslimat yang dah baca artikel di atas, lepas ni jangan biasakan diri berleter pada suami ye :-di


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

farina_haikal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.10.2004
Ahli No: 11708
Posting: 245
Dari: seoul,korea

north_korea  


posticon Posting pada: 24-08-06 23:32


dalam usaha membentuk diri menjadi solehah

Bookmark and Share

    


  Member Information For farina_haikalProfil   Hantar PM kepada farina_haikal   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 25-08-06 01:02


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah bila para suami sudah membaca artikel di atas maka diharap mereka dapat memahami betapa seorang isteri mudah untuk berleter sekiranya suami tidak membantu dalam memberi ketenangan pada seorang isteri dan ibu kepada anak-anaknya.

Seorang isteri tidak mengharap suami pandai masak atau pandai mengemas tetapi sekedar senyuman ikhlas dan sapaan manja dan kasih sayang sambil memberi ruang untuk meluahkan perasaan. InsyaAllah seorang isteri yang dipanggil dengan kasih sayang serta sapaan yang lemah lembut akan mudah untuk melakukan kerja tanpa bantuan. Tetapi kekadang suami pandang isteri pun tak nak dan kekadang itu wajah menunjukkan reaksi yang marah atau tidak mahu diganggu dan seolah-olah membina tembok di sekeliling dirinya hingga isteri merasa tertekan dan tidak selesa akan sikap suami itu. Apalah salahnya bertanya kabar - sayang sihat? masak apa hari ni ya yang ... dan kalau sama-sama balik kerja tu maka beritau akan tolong angkat kain dan kumpulkan anak-anak atau sekedar ambil air untuk dirinya dan isteri yang sudah mula untuk mengemas dapur tu ....

Begitulah wahai suami .... isteri hanya mampu bertahan solehahnya bila suami berusaha untuk menjadi suami mithali dan soleh. Ameen!

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassaslamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - suami soleh + isteri solehah = baiti jannati

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Marziana_
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.10.2005
Ahli No: 20064
Posting: 96
Dari: Bumi Allah

Perak   avatar


posticon Posting pada: 26-08-06 15:57


Pada 24-08-06 23:18 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

syukran jazilan ummi untuk artikel yang menarik itu.

jadi betullah ye bahawa kerja2 rumah itu adalah tanggungjawab isteri, manakala suami bertanggungjawab untuk mencari nafkah.

cuma realiti yang berlaku sekarang sudah berbeza, iaitu isteri kebanyakannya bekerja menolong suami mencari nafkah, jadi memang elok sekali kalau si suami itu juga menolong tugas isterinya di rumah.

sama-sama hendaklah bertolak-ansur, suami mesti memahami kesibukan isteri, manakala isteri pula jangan sampai menderhakai suami, contohnya berleter sebagaimana artikel di atas, ia sudah jadi satu kebiasaan bagi isteri zaman sekarang.

semoga kita semua mampu menjadi suami & isteri yang soleh & solehah, amin...

p/s: para muslimat yang dah baca artikel di atas, lepas ni jangan biasakan diri berleter pada suami ye :-di



Assalamualaikum...

InsyaAllah saudara ibnu_musa...

Wassalam..


-----------------
Benarlah tiada IMAN tanpa ISLAM,dan benarlah tiada ISLAM tanpa IMAN.

Membangun bersama ISLAM.
Takbir! ALLAHUAKBAR..


Bookmark and Share

    


  Member Information For Marziana_Profil   Hantar PM kepada Marziana_   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-08-06 20:30


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah para isteri sekiranya nak elak dari berleter ialah dengan banyak beristighfar dan rajin mengaji Al Quran. InsyaAllah hati akan tenang dan dapat berfikir dengan waras serta tahu apa kehendak suami terhadap isteri.

Dan para suami pula kalau tidak mahu isteri berleter balik tu bawa bunga ke hadiah coklat ke atau bawa balik senyuman manis pun jadilah .... kan kan kan :).

Walau apapun yang penting hati kena ikhlas sebab para suami kena sedar bahawa sedekah yang paling aula (penting) ialah terhadap isteri dan anak-anak. Jadi bila rasa nak belanja orang lain tu ingatlah yang di rumah dulu ya ...

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - pernah dengar depan rakan bukan main pemurah tetapi di rumah kedekut memanjang. ish ish ish

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 27-08-06 00:21


Pada 26-08-06 20:30 , ummimq posting:

!!! QUOTE !!!

Dan para suami pula kalau tidak mahu isteri berleter balik tu bawa bunga ke hadiah coklat ke atau bawa balik senyuman manis pun jadilah .... kan kan kan :).

oooo, ummi suruh kami belajar bodek isteri lah ni... :lol:


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-08-06 16:15


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah syukran jazilan sudi respons ya bunayya. Apa salahnya bo... isteri kerana insyaAllah dijamin dapat pahala. Lainlah kalau duduk bo... boss, kawan atau wanita lain tentu dapat saham lainkan. Jadi anakanda rasa mana yang elok?

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - suami bo... + isteri senang hati = rumahtangga ceria :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

qibtiyah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.07.2005
Ahli No: 17187
Posting: 721
Dari: qaryah_qish

seychelles   avatar


posticon Posting pada: 27-08-06 16:17


marilah kita berusaha
untuk jadi
"....isteri solehah...."

:-) :-) :-) :-)


caiyok!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For qibtiyahProfil   Hantar PM kepada qibtiyah   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-08-06 21:35


Isteri solehah + suami tak soleh = ???

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-08-06 21:43


http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&p=35264&highlight=&sid=8292b585ddb06da15518bfdd43b56602#35264

Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Inalillahi wa inna ilaihi rajiun. Inilah perkataan yang mampu umi katakan bila mengetahui tentang 'keangkuhan' amina ini. Amina ibu Rasulullah saw tidak terfikir satu hari nanti seorang insan yang menggunakan namanya akan 'mempermainkan' apa yang anaknya Muhammad Rasulullah saw telah sampaikan selama lebihkurang 23 tahun sejak mula menerima wahyu pertamanya ketika berumur 40 tahun.

Siti Aisyah (Humaira panggilan manjanya) di mana Rasulullah saw mengatakan separuh ilmu ada padanya tidak pernah mengimamkan solat jemaah yang ada lelaki sebagai makmumnya.

Fatimah Rasulullah saw anak kesayangan Rasulullah saw yang mempunyai semua ciri-ciri Maryam ibu Isa as, Asiah isteri Firaun, Khadijah (ibunya) tidak pernah mengimamkan solat jemaah yang ada lelaki sebagai makmumnya.

Ramai lagi wanita yang hebat keislamannya tidak pernah mengimamkan solat jemaah yang ada kaum lelaki sebagai makmumnya kecuali anak-anak lelaki yang belum baligh.

Adakah amina wadud mengimamkan lelaki yang belum baligh di new york tu?

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - cetek ilmu namun tahu erti dayus.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 27-08-06 21:49


belum berumahtangga tapi insya allah suatu hari nanti.. :-di
memang berat tanggungjawab seorang isteri tambah tambah yang sama sama keluar berkerja untuk meringankan beban suami..yelah,sebelum keluar bekerja,siapkan sarapan,anak anak nak ke sekolah,suami lagi..balik kerja nak kemas rumah,layan anak anak dan suami,siapkan segala galanya lah..
kita sebagai perempuan merangkap ibu dan isteri tak perlulah nak berleter panjang pasal tugasan yang wajib kita lakukan sebab itu dah memang tanggungjawab kita..jadi lakukanlah tugasan itu dengan hati yang terbuka ikhlas..insya allah rumahtangga aman makmur dapat redha ilahi...


-----------------
-biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -


Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 29-08-06 02:40


macam mana pula kalau isteri kita nanti asyik merajuk, nak kena bodek dengan apa ye... orang perempuan suka coklat tak? :lol:

susah juga nak faham orang perempuan ni ye, dengan leternya, rajuknya, dan macam-macam lagi, tak faham apa yang mereka nak. kena siapkan satu tesis yang lengkap pasal wanita ni baru boleh faham agaknya......

satu soalan dari saya: dapatkah wanita dipisahkan dari sifat suka berleter? saya nampak macam susah juga tu... :roll:


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-08-06 18:40


Pada 27-08-06 16:15 , ummimq posting:

!!! QUOTE !!!

Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah syukran jazilan sudi respons ya bunayya. Apa salahnya bo... isteri kerana insyaAllah dijamin dapat pahala. Lainlah kalau duduk bo... boss, kawan atau wanita lain tentu dapat saham lainkan. Jadi anakanda rasa mana yang elok?

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - suami bo... + isteri senang hati = rumahtangga ceria :)


insyaAllah..
bahagia..... ;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

kembara_girl
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2006
Ahli No: 25715
Posting: 408
Dari: jengka,Pahang

malaysia  


posticon Posting pada: 28-09-06 09:08


Pada 29-08-06 02:40 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

macam mana pula kalau isteri kita nanti asyik merajuk, nak kena bodek dengan apa ye... orang perempuan suka coklat tak? :lol:

susah juga nak faham orang perempuan ni ye, dengan leternya, rajuknya, dan macam-macam lagi, tak faham apa yang mereka nak. kena siapkan satu tesis yang lengkap pasal wanita ni baru boleh faham agaknya......

satu soalan dari saya: dapatkah wanita dipisahkan dari sifat suka berleter? saya nampak macam susah juga tu... :roll:


tak perlu buat tesis,tapi kalau u memudahkan boleh juga tapi kena ingat...
tak semua perempuan same...
saya rasa tak semua wanita suka membebel...
wanita ni akan jadi membebel bila dia kena buat kerja yang same dalam sehari berulang kali
ni akan boleh buat dia jadi letih...
bila letih otak dah tak dapat berfungsi dan mulut akan keluar perkataaan yang tah apa-apa saja...
tak nak bagi wanita ni bebel senang saja,tolong dia buat kerja...
kena saling tolong menolong,apreciate apa yang dia buat,ucap kata-kata sayang kat dia,muka kena manis macam ummi cakap 2...
tak payah bagi coklat sokomo2 nanti gemuk pula asik
makan coklat...
heheheeh.... :lol: :lol:

Bookmark and Share

    


  Member Information For kembara_girlProfil   Hantar PM kepada kembara_girl   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.130798 saat. Lajunya....