Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 25-02-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Dua perkara yang tidak boleh dielak dalam hidup kita ialah "inflasi" dan "mati"
-- Seminar "Creating Wealth"

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 66
Ahli: 0
Jumlah: 66




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 3 hari yang lalu
ainunnadwah: 26 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: AJARAN BAHAYA MUJASSIMAH DI MALAYSIA


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» AJARAN BAHAYA MUJASSIMAH DI MALAYSIA

Please Mendaftar To Post


Oleh AJARAN BAHAYA MUJASSIMAH DI MALAYSIA

ainul_qalby
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.07.2004
Ahli No: 9914
Posting: 109
Dari: alam_sufly

turkey  


posticon Posting pada: 20-08-06 18:13


Assalamu^alaykum.

Dipetik dari www.al-ahkam.net

AWASI WAHHABI : GOLONGAN MUJASSIMAH MODEN

Perlu diketahui bahawa golongan yang paling banyak kesesatan pada hari ini adalah Mujassimah (Yang menyatakan Allah itu berjisim) dan Musyabbihah (Yang menyatakan Allah itu menyerupai makhluk). Golongan Wahhabi adalah mereka yang paling jelas menyamakankan Allah dengan makhluk. Dan ketahuilah bahawa Musyabbihah dan Mujassimah adalah KAFIR.

Oleh kerana golongan sesat ini menyebarkan aqidah sesat mereka kepada orang awam termasuk anak-anak orang islam.
Maka wajiblah kepada kita orang islam yang beraqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak senyap dari mengawasi golongan sesat ini.

Diceritakan bahawa tokey Wahhabi bernama Abdullah bin Hasan cucu kepada Muhammad Bin Abdul Wahhab banyak menyuarakan aqidah sesatnya di Makkah sejak sebelum 70 tahun lalu dengan mengatakan dalam keadaan dia turun dari tangga, katanya :

“ Allahu Yanzil Kanuzuli Haza ” kata-kata kufur yang bermaksud : “ Allah turun seprtimana aku turun ini ”.

Kenyataan tersebut telah didengar oleh ramai para ulama termasuk Syeikh Ali Bin Abdul Rahman As-Somaly yang tinggal dan mengajar di Makkah.

Maka tidak harus bagi kita umat islam senyap membisu tidak mengawasi orang islam dari ajaran sesat Wahhabi ini. Adakah mengingkari kemungkaran dianggap memecahbelahkan umat islam? Tidak sama sekali!. Mengkafirkan orang yang amat jelas kekafirannya bukanlah memecahbelahkan saf orang islam, bahkan ianya merupakan penjelasan kebenaran kerana bagaimana kita orang islam berkesedudukan dengan ajaran sesat Wahhabi yang mengkafirkan kita umat islam dan menghalalkan darah seluruh umat islam?!.

PRINSIP WAHHABI

Golongan Wahhabi menganggap sesiapa yang tidak menuruti aqidah mereka yang menjisimkan Allah dan menyamakan Allah dengan makhlukNya maka orang itu dikira kafir dan halal darahnya. Lihat sahaja prinsip utama Wahhabi tesebut seperti yang tertera dalam kitab utama mereka mengatakan :

“ Bunuhlah ahli sufi yang soleh sebelum kamu membunuh yahudi dan majusi ”.

Diantara Wahhabi yang menjelaskan prinsip utama wahhabi adalah “Sesiapa yang tidak mengatakan Allah Duduk dan tidak menuruti aqidah mereka yang menjisimkan Allah dan menyamakan Allah dengan makhlukNya maka orang itu dikira kafir dan halal darahnya ” yang menyatakan prinsip Wahhabi adalah sedemikian seorang ulama Wahhabi bernama Ali bin Muhammad bin Sinan seorang pengajar salah sebuah universiti di Madinah dan pengarang kitab Almajmuk Almufid Min Aqidah At-tauhid.

ULAMA MAZHAB HAMBALI MENJELASKAN PERIHAL WAHHABI

Mufti Mekah bernama Muhammad Bin Abdullah Bin Hamid Al-Hambali An-Najdi menyatakan didalam kitabnya berjudul As-Suhubul Wabilah ‘Ala Dhoroih Al-Hanabilah,

Dalam kitab tersebut Mufti Mekkah tersebut menjelaskan latar belakang 800 orang para fuqoho’ dari mazhab Hambali. Diantara yang diceritakan oleh Mufti mengenai seorang alim mazhab Hambali bernama Abdul Wahhab Bin Sulaiman yang merupakan bapa kepada seorang pengasas ajaran sesat Wahhabi bernama Muhammad Bin Abdul Wahhab.

Mufti menceritakan bahawa bapa Muhammad Bin Abdul Wahhab tidak meredhoi anaknya itu kerana pengasas Wahhabi itu mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak sependapat dengannya bahkan pengasas Wahhabi tersebut menghalal pembunuhan umat islam yang tidak mengikutnya. Sila lihat pada kita tersebut dimukasurat 276 cetakan pertama di Riyadh.

WAHHABI MEMBUNUH 3000 UMAT ISLAM DI JORDAN

Telah berlaku satu peristiwa yang amat menyayathati umat islam pada 1920an iaitu pembunuhan Wahhabi terhadap umat islam di Timur Jordan. Disitu Wahhabi telah membunuh bukan 3 orang tetapi 3000 orang islam yang tidak mengikut mereka dengan menyembelih umat islam seperti kambing dalam pada penyembelihan itu Wahhabi mengatakan: “Ayuh kita bunuh kafir ini kerana tak ikut kita!”.
Kisah pembunuhan Wahhabi terhadap 3000 umat islam di Timur Jordan ini tertera dikebanyakan perpustakaan di Jordan.

WAHHABI : MUJASSIMAH
(Mujassimah Adalah Golongan Kafir Disisi Seluruh Ulama Islam)

Wahhabi adalah kaum Mujassimah yang menjisimkan Allah. Mujassimah adalah kafir kerana Imam Syafie rodhiyallahu ‘anhu menyatakan :
“ Al-Mujassim Kafir ” kata-kata Imam Syafie itu bermaksud : “ Mujassim (Yang mengatakan Allah itu jisim seperti Wahhabi) adalah kafir ”.
Kenyataan Imam Syafie yang mengkafirkan Mujassimah tersebut diriwayatkan oleh Imam Suyuti dalam kitabnya Al-Asbah Wa An-Nazoir mukasurat 488 cetakan Darul Kutub Ilmiah.

Mari kita lihat kenyataan Imam Ahmad Bin Hambal dan para ulama mazhab Hambali yang mempersetujui kenyataan Imam Ahmad mengatakan :
“ Man Qola Allahu Jismun Faqod Kafar Wakaza Man Qola Allahu Jismun lah Kal Ajsam ” kenyataan Imam Ahmad bermaksud : “ Sesiapa yang mengatakan Allah berjisim maka dia telah kafir, begitu juga kafirlah yang mengatakan Allah itu berjisim tapi tak serupa dengan jisim-jisim ”.Lihat Sohibul Khisol diantara ulama mazhab Hambali yang masyhur.

Seorang ulama mazhab Hambali terkenal bernama Muhammad Bin Badruddin Bin Balban Ad-Dimasyqi Al-Hambali dalam kitabnya berjudul Muktasor Al-Ifadat mukasurat 490 menyatakan :
“ Allah tidak menyerupai sesuatu dan sesuatupun tidak menyerupai Allah, sesiapa menyamakan Allah dengan sesuatu maka dia KAFIR seperti mereka yang menyatakan Allah itu berjisim, begitu jugak kafir yang menyatakan Allah itu berjisim tapi tak seperti jisim-jisim ”.

Begitu juga Imam Malik dan Imam Abu Hanifah jelas mengkafirkan golongan Mujassimah.
Mari kita lihat apa yang telah dinukilkan oleh Ibnu Hajar Al-Haitamidalam kitabnya berjudul Al-Minhaj Al-Qowim Syarh Muqaddimah Al-Hadhromiyah :
“ Ketahuilah bahawa Al-Qorrofi dan selainnya telah menukilkan dari Imam Syafie, Imam Malik, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah rodhiyallahu ‘anhum bahawa mereka semua mengkafirkan mujassimah ”.

WAHHABI MENYEMBAH JISIM YANG BERBETIS

Wahhabi adalah golongan yang amat malang. Ulama islam mengharap sangat sekiranya golongan Wahhabi ini diberikan pemahaman ayat Allah “Laisa Kamithilihi Syai” dalam surah As-Syura ayat 11 yang bermaksud “ Tiada sesuatupu menyerupaiNya”.
Puluhan ulama Wahhabi menyebarkan perkara kufur dengan mengatakan :
“ Allah meletakkan kakiNya yang berbetis kedalam api neraka kemudian mengatakan ada lagi ke? ”.
Lihatlah betapa sesatnya mereka!

WAHHABI MENGATAKAN : NABI MUHAMMAD ADALAH PATUNG BERHALA

Tidak cukup bagi Wahhabi mengkafirkan umat islam dan menghalalkan darah orang islam yang tidak mengikut mereka. Wahhabi sejak 8 tahun dimusim haji menyatakan prinsip mereka adalah ¾ orang islam sekarang adalah kafir dan halal darah mereka.Wahhabi juga mengatakan :
“ Kami menjual tasbih ( yang dianggap bid’ah sesat oleh Wahhabi) hanya kepada orang musyrik di tanah haram ini ”.

Seorang ulama Wahhabi bernama Abu Bakar Al-Jajairy menyatakan dalam Masjid Nabawi di Madinah pada tahun 1993M dengan katanya :
“Aku bersumpah bahawa islam tidak akan bangkit selagi patung berhala ini (sonam) tidak dikeluarkan dari masjid ini”
sambil tangannya mengarah kepada maqam Nabi Muhammad.

Apakah dosa Nabi Muhammad kepada ulama Wahhabi ini sehingga Wahhabi menamakan Nabi Muhammad itu sebagai berhala?!.

PENUTUP UNTUK KALI INI

Sesetengah orang menganggap bahawa perbuatan menjelaskan kesesatan dan kekafiran Wahhabi ini adalah suatu yang memecahbelah saf umat islam.

Saudara islam sekalian, ketahuilah! Sekiranya anda memahami betapa bahaya lagi sesatnya ajaran Wahhabi ini maka anda akan lebih sensitif kerana kejahatan dan kesesatan Wahhabi ini amat bahaya.

Kepada yang mengatakan :bagaimana kita menyesatkan orang yang mengucap dua kalimah syahadah?!

Ketahuilah! Walaupun seseorang itu mengucap dua kalimah syahadah tapi aqidahnya masih kafir lagi sesat dan dia tidak mengenal Tuhannya dengan mengatakan :
“Allah itu berjisim” maka dia bukan islam.

Imam Abu Hasan Al-Asya’raya menyatakan dalam kitabnya berjudul An-Nawadir :
“ Al-Mujassim Jahil Birobbihi Fahuwa Kafirun Birobbihi”

kenyataan Imam Abu Hasan Al-Asy’ary tersebut bermaksud :

“ Mujassim ( yang mengatakan Allah itu berjisim) adalah jahil mengenai Tuhannya, maka dia dikira kafir dengan Tuhannya ”.

Ibn Al-Mu’allim Al-Qurasyi (wafat 725) dalam kitab Najmul Muhtadi menukilkan dari Al-Qodi Husain bahawa Imam Syafie menyatakan :
“ Sesiapa beranggapan Allah duduk diatas arasy maka dia KAFIR ”.

Mari kita lihat pandangan ulama Hanafi. Syeikh Kamal Bin Al-Humam Al-Hanafi menyatakan dalam kitab mazhab Hanafi berjudul Fathul Qadir juzuk 1 mukasurat 403 pada Bab Al-Imamah :

“ Sesiapa yang mengatakan Allah itu jisim ataupun Allah itu jisim tapi tak serupa dengan jisim-jisim maka dia telah KAFIR ( ini kerana jisim bukanlah sifat Allah )”.

Maka Wahhabi adalah Mujassimah yang beranggapan bahawa Allah itu jisim duduk diatas arasy.
Tidak harus bagi kita senyap dari mempertahankan aqidah islam dan menjelaskan kesesatan ajaran sesat!.

Kepada mereka yang merasa diri tu Wahhabi tapi tak iqtiqod dengan aqidah2 kufur maka tak usah menyebok mempertahankan aqidah sesat Wahhabi.
Wassalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainul_qalbyProfil   Hantar PM kepada ainul_qalby   Quote dan BalasQuote

azizaffa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.02.2006
Ahli No: 22743
Posting: 220
Dari: johor bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 20-08-06 18:56


alhamdulillah... barada amruna wa shalaha

Setiap orang yang telah dewasa (akil baligh) pasti ada kaitannya dengan al-Qur'an yang diturunkan ALLAH azzawajalla.

Welcome to http://www.geocities.com/fatimah_alkubra/index.htm
(?download gift file zip!)
at http://www.geocities.com/fatimah_alkubra/fashahah_book.zip
Hikmah tidak akan berpengaruh terhadap kalbu yang merosak.

Sesungguhnya kami milik ALLAH; Kepada-NYA jua kami kembali.
Salamun'alaikum. alhamdulillahir Rabbil'alamin

*note: maaf! andai ini telah anda dapati sebelum ini....

Bookmark and Share

    


  Member Information For azizaffaProfil   Hantar PM kepada azizaffa   Pergi ke azizaffa's Website   Quote dan BalasQuote

nuraisha
WARGA SETIA
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18099
Posting: 659
Dari: kuching

Sarawak  


posticon Posting pada: 20-08-06 21:10


tak kenal kah kita ps pencipta kita????

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraishaProfil   Hantar PM kepada nuraisha   Quote dan BalasQuote

ainul_qalby
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.07.2004
Ahli No: 9914
Posting: 109
Dari: alam_sufly

turkey  


posticon Posting pada: 21-08-06 11:19


Assalamu^alaykum...

sahabat sekalian...Wahhabi juga membid'ahkan Imam Tohawi....lihat kitab ulama Wahhabi berjudul
TA'LIQAAT ZAKIYYAH 'ALA AQIDATIL WASOTIYYAH karangan ulama sesat Wahhabi bernama Abdullah bin Abdurrahman Al-Jibrin di mukasurat 33 juzuk 1 cetakan Darul Watan Lil Nasyr Riyadh. dalam kitab ini Imam Tohawi dihina habis habisan oleh Wahhabi.

lihat:

wahhabi membid'ah imam tohawi

wahhabi mujassimah membid'ah Imam Tohawi

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainul_qalbyProfil   Hantar PM kepada ainul_qalby   Quote dan BalasQuote

ainul_qalby
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.07.2004
Ahli No: 9914
Posting: 109
Dari: alam_sufly

turkey  


posticon Posting pada: 21-08-06 15:08


Ini pula Wahhabi mewajibkan bagi orang islam dipalestin KELUAR DARI PALESTIN.

albani Paksa Org slam Palestin Keluar Dari Palesti

DENGAN SIAPAKAH WAHHABI BERKERJA?

tentulah yahudi bos mereka.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainul_qalbyProfil   Hantar PM kepada ainul_qalby   Quote dan BalasQuote

ainul_qalby
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.07.2004
Ahli No: 9914
Posting: 109
Dari: alam_sufly

turkey  


posticon Posting pada: 21-08-06 15:53


Tidak cukup dengan itu...Wahhabi juga mengkafirkan KESEMUA orang islam di Oman, Hijaz, Bumi Syam ( Syria,Lebanon,Palestin dan jordan)
lihat kenyataan dari kitab rujukan utama mereka Fathul Majid. didalam ini jelas Wahhabi mengkafirkan kesemua orang islam:


Wahhabi Mengkafirkan Seluruh Org Islam

Wahhabi Kafirkan Org Islam Di Iraq,Oman,Mesir,Hijaz dan semua

Wahhabi Mengsyirikkan org islam dari bangsa arab

siapakah yang islam disisi Wahhabi?!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainul_qalbyProfil   Hantar PM kepada ainul_qalby   Quote dan BalasQuote

Al-Aniesah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24052
Posting: 264
Dari: Bumi Allah

ukraine   avatar


posticon Posting pada: 21-08-06 17:23


macam Secret Society saja.... :-?



Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-AniesahProfil   Hantar PM kepada Al-Aniesah   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 21-08-06 17:24


Pada 21-08-06 15:53 , ainul_qalby posting:

!!! QUOTE !!!

Tidak cukup dengan itu...Wahhabi juga mengkafirkan KESEMUA orang islam di Oman, Hijaz, Bumi Syam ( Syria,Lebanon,Palestin dan jordan)
lihat kenyataan dari kitab rujukan utama mereka Fathul Majid. didalam ini jelas Wahhabi mengkafirkan kesemua orang islam:


Wahhabi Mengkafirkan Seluruh Org Islam



assalamualaikum wbt

ni gambar kulit kitab fathul majid


Bookmark and Share

    


  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 21-08-06 17:26


Pada 21-08-06 15:53 , ainul_qalby posting:

!!! QUOTE !!!

Tidak cukup dengan itu...Wahhabi juga mengkafirkan KESEMUA orang islam di Oman, Hijaz, Bumi Syam ( Syria,Lebanon,Palestin dan jordan)
lihat kenyataan dari kitab rujukan utama mereka Fathul Majid. didalam ini jelas Wahhabi mengkafirkan kesemua orang islam:



Wahhabi Kafirkan Org Islam Di Iraq,Oman,Mesir,Hijaz dan semua


siapakah yang islam disisi Wahhabi?!


assalamualaikum wbt
adakah ainul qalby tidak reti membaca kitab arab. Bukankah hukuman kafir yang dijatuhkan ke atas golongan2 tersebut adalah kerana ghuluw mereka dalam mengagungkan orang2 salih dan syirik2 yang lain.

Maka bila ia diikat dengan sebab tersebut, maka hendaklah pernyataan yang dikatakan itu disebut sebabnya, bukannya dinyatakan dengan umum. Bila tiada lagi sebab yang menyebabkan pernyataan tersebut, maka tiada lagilah hukuman atau pernyataan yang wujud.

Bookmark and Share

    


  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 21-08-06 17:29


Pada 21-08-06 15:53 , ainul_qalby posting:

!!! QUOTE !!!

Tidak cukup dengan itu...Wahhabi juga mengkafirkan KESEMUA orang islam di Oman, Hijaz, Bumi Syam ( Syria,Lebanon,Palestin dan jordan)
lihat kenyataan dari kitab rujukan utama mereka Fathul Majid. didalam ini jelas Wahhabi mengkafirkan kesemua orang islam:



Wahhabi Mengsyirikkan org islam dari bangsa arab

siapakah yang islam disisi Wahhabi?!


sekali lagi ainul qalby lupa untuk menyatakan sbb2 yang dinaytakan dalam kitab fathul majid bila menyatakan tentang rosaknya akidah umat arab.

maka siapakah pendusta sebenarnya?

Ibarat saya menyatakan penduduk-pendudk kampung saya zaman dahulu adalah syirik kerana menyembah kubur!

Mak ainul qalby muncul dengan tuduhan bahawa Masri2 mengkafirkan semua penduduk kampung tanpa Ainul Qalby mahu menyatakan sbb2 hukuman syirik tersebut ditujukan kepada penduduk kampung!

wasalam WBT

Bookmark and Share

    


  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

nano
Warga 5 Bintang
Menyertai: 20.10.2005
Ahli No: 19971
Posting: 386

blank   avatar


posticon Posting pada: 21-08-06 19:32


kadang-kadang saya rasa pening dengan pernyataan ainul_qalby...so saya perlukan penjelasan:


1."Ini pula Wahhabi mewajibkan bagi orang islam dipalestin KELUAR DARI PALESTIN.

albani Paksa orang slam Palestin Keluar Dari Palesti

DENGAN SIAPAKAH WAHHABI BERKERJA?

tentulah yahudi bos mereka."

...Kalau mereka betul-betul sokong Yahudi Kenapa mereka hantar tentera melawan Israel pada tahun 1948..???

2."Tidak cukup dengan itu...Wahhabi juga mengkafirkan KESEMUA orang islam di Oman, Hijaz, Bumi Syam ( Syria,Lebanon,Palestin dan jordan)
lihat kenyataan dari kitab rujukan utama mereka Fathul Majid. didalam ini jelas Wahhabi mengkafirkan kesemua orang islam:


Wahhabi Mengkafirkan Seluruh orang Islam

Wahhabi Kafirkan orang Islam Di Iraq,Oman,Mesir,Hijaz dan semua

Wahhabi Mengsyirikkan orang islam dari bangsa arab

siapakah yang islam disisi Wahhabi?!"

.....Kalau mereka Wahhabi juga mengkafirkan KESEMUA orang islam di Oman, Hijaz, Bumi Syam ( Syria,Lebanon,Palestin dan jordan) mengapa mereka benarkan orang dari daerah2 tersebut pergi mengerjakan haji ...???

Bookmark and Share

    


  Member Information For nanoProfil   Hantar PM kepada nano   Quote dan BalasQuote

Ibn_hafidz
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.03.2006
Ahli No: 23801
Posting: 31
Dari: Jordan

czechrepublic  


posticon Posting pada: 21-08-06 22:40


masri dan nano pernah pagi tanah arab @ mekah tak??banyak tak rujuk buku2 sejarah arab&islam???banyak kan kajian tentang wahabi dan bahananya.InsyaAllah mendapat ilmu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibn_hafidzProfil   Hantar PM kepada Ibn_hafidz   Quote dan BalasQuote

tanpanama
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2005
Ahli No: 18761
Posting: 310
Dari: Bintang Timur

botswana  


posticon Posting pada: 21-08-06 23:54


dah2 lah tu....
jangan duduk layan pasal cerita wahabi ni...
bersangka baik lah...wahabi tak sesat
tapi sang munafik yang memandai-mandai bukak cerita ni
nak lagakan umat Islam ....

wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For tanpanamaProfil   Hantar PM kepada tanpanama   Pergi ke tanpanama's Website   Quote dan BalasQuote

ainul_qalby
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.07.2004
Ahli No: 9914
Posting: 109
Dari: alam_sufly

turkey  


posticon Posting pada: 22-08-06 11:22


KENYATAAN WAHHABI DISINI TIDAK AKAN DILAYAN KERANA TELAH JELAS AQIDAH WAHHABI SEBIJIK MACAM YAHUDI KAFIR DAN KRISTIAN KAFIR

lihat kenyataan kufur golongan Wahhabi...:


Kitab Wahhabi : Aqidah Kristian Kafir


Wahhabi Sebar Aqidah Kristian Kafir Guna Hadis Dhoif

tersebut didiatas :

KITAB WAHHABI :
FATHUL MAJID SYARH KITAB AT-TAUHID
KARANGAN ABDUR RAHMAN BIN HASAN AAL AS-SYEIKH
DISOHIHKAN OLEH ABDUL AZIZ BIN ABDULLAH BIN BAZ
CETAKAN PERTAMA TAHUN 1992 BERSAMAAN 1413
MAKTABAH DARUL FAIHA DAN MAKTABAH DARUL SALAM.

Cetakan ini pada mukasurat 356 yang tertera kenyatan kufur yang didakwa oleh Wahhabi sebagai hadis ( pada hakikatnya bukan hadis Nabi ) adalah tertera dalam bahasa arabnya berbunyi:

¡° IZA JALASA AR-ROBBU ¡®ALAL KURSI ¡±. perkara kufur ini bererti : ¡° Apabila Telah Duduk Tuhan Di Atas Kursi ¡±.

Wahhabi diatas mendalilkan kononnya dari sebuah hadis DHOIF bahkan PALSU yang dicekup dari mana-mana saja asalkan sepadan dengan aqidah tasybihnya.
Wahhabi mengunakan HADIS DHOIF pada perkara AQIDAH...apa ini wahai Wahhabi?! mana pergi dakwaan anda adalah AHLUL HADIS?! takkan ahlul hadis guna hadis dhoif lago palsu pada perkara USUL AQIDAH?!

ini pula adalah website kristian kafr yang menceritakan bahawa aqidah kristian kafir adalah Allah Duduk
( sebjik macam aqidah Wahhabi ):

http://www.hesenthisword.com/lessons/lesson5.htm

lihat pada :
عاشرا: ذكر عنه ما ورد عن الله في العهد القديم

Kristian kafir kata pada nom 7 :

"الله جالس على الكرسي العالي" (اش 6 :1-10) .

kata kufur yang bermaksudnya : Allah Duduk Di atas Kursi Yang Tinggi".

Awas! ini adalah aqidah kristian..jangan ikut!


Ibn Al-Mu'allim Al-Qurasyi (wafat 725) dalam kitab Najmul Muhtadi menukilkan dari Al-Qodi Husain bahawa Imam Syafie menyatakan :¡° Sesiapa beranggapan Allah duduk diatas arasy maka dia KAFIR ".

Kepada mereka yang merasa diri tu Wahhabi tapi tak iqtiqod dengan aqidah2 kufur maka tak usah menyebok mempertahankan aqidah sesat Wahhabi.
Wassalam
[ Telah diedit oleh: ainul_qalby pada 22-08-06 11:30 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ainul_qalbyProfil   Hantar PM kepada ainul_qalby   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 22-08-06 21:32


http://www.al-firdaus.com/SiapakahAhliSunnah/

assalamualaikum wbt..baca e-book menjwb ustaz zamihan.

buku ini ditulsi oleh dr azwira dr ukm.

Bookmark and Share

    


  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.509581 saat. Lajunya....