Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-09-2023  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Seekor ikan di tangan lebih berharga dari dua ekor ikan di kolam
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 84
Ahli: 0
Jumlah: 84




  Yang Masuk Ke Sini
hajime_kindaichi: 7 hari yang lalu
fayyzah: 8 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: MENJAWAB KEKELIRUAN YANG DITIMBUL OLEH DR.ASRI


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» MENJAWAB KEKELIRUAN YANG DITIMBUL OLEH DR.ASRI

Please Mendaftar To Post


Oleh MENJAWAB KEKELIRUAN YANG DITIMBUL OLEH DR.ASRI

AzmilMustapha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.06.2006
Ahli No: 24880
Posting: 238
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-08-06 17:09


MENJAWAB KEKELIRUAN YANG DITIMBULKAN OLEH DR ASRI ZAINUL ABIDIN
‎ ‎
Siri 1‎
‎ ‎
Abu Abdilah menulis.‎

‎"Merujuk kepada ketiga-tiga tulisan Dr Asri Zainul Abidin (Dr MAZA) di dalam majalah I pada bulan Jun, Julai dan ‎juga Ogos, saya merasakan terdapat beberapa keganjilan pendapat dan perbahasan di dalamnya. Sungguhpun, ‎tidak dinafikan bahawa terdapat mesej baik di dalamnya seperti nasihat agar berhati-hati terhadap tipu daya pihak ‎Syiah, namun di sana, dilihat juga seperti ada tohmahan yang tidak berasas yang ditujukan artikel tersebut kepada ‎satu golongan di Negara ini.‎

Dalam artikel beliau tersebut, beliau menyebut beberapa kali tentang masalah “parti politik” yang antaranya tidak ‎berprinsip, menggadaikan prinsip, terlibat dengan Syiah dan bersikap melampau. Namun, saya boleh nyatakan di sini ‎bahawa, parti politik yang beliau maksudkan tersebut adalah tidak lain tidak bukan adalah PAS. Kerana mana ‎mungkin beliau menujukan segala tohmahan tersebut kepada UMNO, DAP, MCA, KEADILAN dan seumpamanya. Ini ‎berdasarkan ayat-ayat beliau di dalam artikel tersebut.

Saya merasa hairan dengan penulisan beliau, kerana di sebalik “serangan” beliau terhadap PAS, beliau hanya ‎menyandarkan sebahagian fakta-fakta beliau terhadap “seorang kawan”. Hanya tuhan yang mengetahui, betapa ‎beratnya tuduhan beliau tersebut, antaranya menyalahtafsirkan nas, menjadi sarang Syiah dan menggadaikan ‎prinsip. Saya tidak dapat membayangkan, bagaimana seorang ahli akademik dan juga seorang yang kononnya biasa ‎dengan disiplin ilmu Hadith, menyandarkan kebanyakan tuduhan beliau yang berat hanya kepada “seorang kawan”. ‎

Dengan dakwaan kawannya ini, beliau menyimpulkan bahawa kesemua ahli PAS bersifat demikian. Itupun jika ‎dibuktikan bahawa dakwaan kawannya ini adalah benar. Selain itu, tuduhan –tuduhan yang bersifat kabur, tidak ‎dinyatakan dengan jelas, bersifat sindiran, menyebabkan cetusan khabar angin dan fitnah di kalangan masyarakat. ‎Huru-hara boleh berlaku. Bagi saya, sikap ini amat tidak bertanggungjawab dan pengecut seolah-olah membaling ‎batu sembunyi tangan kerana si pendakwa boleh berlepas tangan daripada setiap tuduhan yang dilakukannya.

Jika ‎benar-benar bermaruah, jujur dan ikhlas, silakan sebut, apakah namanya Parti Politik itu, siapakah namanya ‎pimpinan yang mengatakan bahawa Syiah lebih baik dari Sunnah dan sebutkan nama Pimpinan yang menyatakan ‎bahawa rukun Islam Syiah lebih baik dari rukun Islam yang kita amalkan. PAS juga ingin bermuhasabah jika ianya ‎benar dan dapat dibuktikan.

Antara tuduhan beliau lagi adalah, kelompok ini memasuki Islam tidak daripada pintu aqidah. Bagi saya, ini adalah ‎dakwaan yang dangkal dan sangat bersifat prejudis. Adakah apabila seorang Muslim terlibat dalam parti Politik yang ‎ingin memperjuangkan Islam maka secara otomatik mereka sudah membelakangkan Aqidah dan mengutamakan ‎politik semata-mata? Selain itu, kalau kaedah ini terpakai, bermakna seorang mukmin yang bergiat dalam sektor ‎perbankan, adakah bermakna bahawa mukmin tersebut memasuki Islam hanya daripada sudut ekonomi bukan ‎daripada sudut Aqidah. Beliau (Dr Asri) tidak menyatakan contoh spesifik sebaliknya menyatakan perkara tersebut ‎secara umum. Dikhuatiri, ia akan menzalimi orang yang tidak bersalah nanti.

Sehingga kini, tidak ada siapa yang maklum tentang, apakah yang beliau maksudkan tentang PAS sanggup ‎bekerjasama dengan orang yang berbeza dalam hal-hal prinsip dalam isu-isu semasa. Kalaulah beliau maksudkan, di ‎dalam demonstrasi, terdapatnya kelompok yang tidak ketahuan mananya yang memegang gambar Khomeinei, maka ‎PAS sudah menggadaikan prinsip, maka secara jelas, saya katakan Dr Yusof Qaradhawi, Syeikh Salman Audah dan ‎ramai lagi ulama’ besar lain adalah antara orang yang tidak berprinsip kerana beliau menyeru untuk membantu ‎kelompok Hizbullah Syiah Lubnan.

Beliau juga mendakwa bahawa PAS diperalatkan untuk mengembangkan Syiah dan menjadi sarang kepada Syiah. ‎Manakah buktinya? Amat berat tuduhan tersebut. Begitu juga dengan kenyataan pemimpin PAS kononnya Syiah ‎lebih baik daripada Sunnah. Manakah kenyataannya? Kitapun mahu menilai juga. Tidakkah beliau tahu bahawa ‎setiap tuduhan itu perlu disertakan dengan bukti. Sekarang ini, akibat kenyataan liar beliau, ramai manusia yang telah ‎menganggap bahawa memang benar PAS sebagai sarang Syiah dan pimpinannya adalah Syiah. Adakah ia benar? ‎Manakah sifat tanggungjawab kamu di dalam melemparkan tuduhan?‎

Begitu juga dengan dakwaan kamu berlaku salah tafsir terhadap nas jamaah di dalam PAS. Semuanya itu hanya ‎berdasarkan dakwaan “kawan” beliau sahaja. Kemudian, digempitakan ke seluruh Negara.

Tuduhan-tuduhan yang sangat bersifat zhanni, sangatlah menzalimi pihak yang dituduh. Inikah sikap seorang ahli ‎akademik. Kemudian dikaitkan pula kononnya PAS tidak berprinsip kerana menyokong Anwar dan Tun Mahathir. ‎Saya katakan, sekiranya PAS tidak menyokong Anwar apabila Anwar dizalimi dan menyokong Tun Mahathir apabila ‎beliau membangkitkan isu keselamatan Negara, barulah boleh dikatakan PAS tidak berprinsip. Ini kerana, selama ini ‎antara prinsip yang diperjuangkan oleh PAS adalah menentang kezaliman dan menentang campurtangan negara ‎asing di negara Malaysia ini.

Dalam hal ini, saya merasa pelik, dengan orang yang kononnya mengikut manhaj Qaradhawi di Malaysia ini. Al-‎Qaradhawi di dalam isu Anwar Ibrahim, beliau mengambil sikap berpihak. Begitu juga IslamOnline. Ini dapat dilihat di ‎dalam bank fatwa mereka. Berapa banyak komen mereka terhadap kezaliman yang dikenakan terhadap Anwar ‎Ibrahim. Di saat itu, ulama’ Malaysia kebanyakannya bersilat, membodek kerajaan dalam isu Anwar Ibrahim. Al-‎Qaradhawi sendiri mengambil sikap berpihak kepada Anwar Ibrahim dengan menyatakan bahawa beliau telah ‎dizalimi. Adakah Al-Qaradhawi disebabkan beliau menyokong Anwar, secara otomatiknya beliau tidak berprinsip.

Begitu juga PAS. Kerana boleh memaafkan musuh-musuh politiknya untuk maslahah yang lebih besar dan mustahak. ‎Isu di atas hampir sama dengan Tun Mahathir. Adakah isu yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir, adalah isu yang ‎kecil? Tidak. Ia membabitkan keselamatan Negara. Sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab, mereka ‎wajib menyokong kebenaran. Ia tidak bermakna menggadai prinsip. Tidak juga bermakna bersetuju dengan ‎kesalahan yang Tun Mahathir lakukan sebelum ini. PAS juga tidak pernah mengeluarkan kenyataan baahwa partinya ‎telah membenarkan sebarang kesalahan yang dilakukan oleh Tun Mahathir sebelum ini.

Saya bukanlah seorang Syiah. Namun, realitinya kita melihat kini, satu-satunya Negara umat Islam yang berusaha ‎mendapatkan Nuklear adalah Iran. Kita harus mengakuinya. Dahulu kita mempunyai Iraq. Sekarang ia telah ‎dimusnahkan. Antara pakatan memusnahkan Iraq adalah Negara Sunnah sendiri seperti Arab Saudi yang ‎membenarkan negaranya menjadi pengkalan untuk menyerang Iraq. Tidak perlulah mengalih tumpuan, menyusahkan ‎minda dan membantutkan akal, seolah-olah berlaku konspirasi media yang tersirat. Sedangkan perkara yang tersurat, ‎boleh memberikan keputusan sebaliknya. ‎

Selepas sahaja Dr Asri mengatakan Syiah bukan musuh Amerika Syarikat, dan mereka akan digunakan untuk ‎menyerang negara umat Islam jirannya, tidak lama selepas itu, Israel menyerang Lubnan atas alasan menghapuskan ‎Hizbullah. Dan Hizbullah pula membantu HAMAS. Bagi saya, Amerika Syarikat tidak mengira seseorang itu Syiah ‎atau Sunnah untuk mereka menghancurkannya. Asal sahaja mengucap Syahadah, maka kamu pasti tidak selamat ‎dari peluru Amerika Syarikat. ‎

Jika Iran diserang, memang ia terpaksa menyerang Negara Arab yang lain. Kenapa? Kerana pengkalan tentera ‎Amerika Syarikat ada di Negara tersebut. Seperti di Arab Saudi, Afghanistan, Kuwait, Iraq dan Turki. Ini adalah adat ‎dalam peperangan. Tidak mungkin ia akan membiarkan dirinya diserang begitu sahaja. Sama juga seperti Iraq ketika ‎diserang oleh Amerila baru baru ini. Ia menyerang Negara Kuwait. Kenapa? Kerana pengkalan tentera Amerika ‎Syarikat ada di sana. Adakah kerana Iraq menyerang negara sunnah seperti Kuwait ketika ia diserang oleh Amerika ‎Syarikat maka secara otomatik Saddam Hussain adalah merupakan seorang Syiah.

Permusuhan Iran dan Amerika ‎Syarikat adalah jelas. Tidak perlu dinafikan lagi. Anak-anak mereka telah diajarkan dengan perkataan Amerika ‎Syarikat Syaitan Akbar, Bendera Amerika Syarikat menjadi bahan pijak semasa hari ulangtahun revolusi Iran, ‎peristiwa penahanan 444 hari kedutaan Amerika Syarikat oleh pelajar Iran, pengistiharan bursa saham Tehran yang ‎menggunakan Euro untuk membantutkan ekonomi Amerika Syarikat, sekatan ekonomi dan sebagainya. Peristiwa-‎peristiwa sebaliknya adalah terpencil. Mengatakan Iran adalah anak didik Amerika Syarikat dalam masa sekarang ‎seoah-olah mengatakan bahawa bulan itu berbentuk empat segi.. ‎

Kerana itu harus ada rasa tanggungjawab dalam penulisan. Memang benar kita tidak sukakan Syiah, namun faktanya ‎harus betul. Harus juga berhati hati dalam membuat sebarang pertuduhan. Dikhuatiri akan menzalimi orang yang ‎tidak bersalah dan mencetuskan huru-hara kelak. ‎
‎ ‎

KECACATAN KERANGKA PEMIKIRAN

Sudah menjadi kelaziman, setiap manusia akan menyangkakan bahawa pendapat mereka benar. Kalau ditanya ‎kepada Yahudi yang membunuh umat Islam Palestin pun, mereka akan berkata bahawa mereka di pihak yang benar ‎dan cuba mencari seribu macam alasan untuk menjustifikasikan tindakan mereka. Satu-satu pendapat itu, sekiranya ‎dilihat secara terasing ataupun hanya’i, mungkin kita akan katakan bahawa pendapat tersebut betul. Namun, apabila ‎pendapat tersebut dibawa ke dalam kerangka pemikiran dan ruang yang lebih luas dan besar, maka kita akan dapat ‎melihat bahawa pendapat tersebut sangat banyak cacat celanya. Kadang-kala, pendapat tersebut mengundang ‎masalah yang lebih besar dan sangat merbahaya daripada kebaikan yang kononnya akan dibawa jika dilihat daripada ‎kacamata yang lebih luas.‎

Konsep Islam Hadhari contohnya. Ada di kalangan ahli akademik yang hanya melihat kebaikan konsep tersebut ‎hanya dengan berpandukan 9 prinsip yang tertulis di dalam buku panduan Islam Hadhari tersebut. Kemudian mereka ‎pun mengisytiharkan kepada satu negara bahawa semua rakyat harud menyokong konsep ini tanpa was was sebagai ‎tanda cinta kasih mereka kepada Islam.

Sedangkan, apabila dilihat dari kacamata yang lebih besar, konsep tersebut ‎digunakan untuk tujuan politik bagi mengaburi mata rakyat terhadap maksiat, kezaliman dan juga salah urus yang ‎dilakukan oleh pihak kerajaan. Bahkan, apa yang tertulis di dalam konsep tersebut, tidak dilaksanakan pun mengikut ‎apa yang dikehendaki oleh Islam. Kalau dilaksanakan, Kenapa dalam masa sekarang masih ada lagi insan yang tidak ‎berdosa ditahan di bawah ISA, undang-undang syariah yang tidak dilaksanakan, dan pelbagai dasar-dasar kerajaan ‎yang tidak menguntungkan umat Islam dan agama Islam itu sendiri.

Maka, setiap konsep dan dasar harus dilihat ‎secara realistik dan praktikal bukan hanya apa yang tertulis dalam kertas-kertas kerja yang dihasilkan semata-mata. ‎

Begitu juga dengan sifat sesetengah dari kalangan manusia yang suka menghukum secera umum (general) hanya ‎semata di atas kesalahan atau kesilapan individu di dalam sesuatu kelompok tersebut. Kaedah tuduhan sebegini ‎sangatlah zalim dan ia menzalimi kebanyakan manusia yang tidak bersalah di dalam golongan tersebut.

Kerana itu, ‎kita diajar di dalam Islam dan juga di dalam mana-mana perundangan Barat bahawa di dalam membuat tuduhan, ia ‎perlu dilakukan secara objektif dan spesifik bukannya secara umum kepada satu puak dan kaum tertentu. ‎

Kedua-dua kaedah dan sifat di atas sangat jelas berlaku pada sesetengah golongan di negara ini yang kononnya ‎mengaku dirinya Salafi. Bahkan kisah tindak tanduk mereka mereka ini diungkitkan oleh Dr Abdullah Azzam semasa ‎beliau berjihad di Afghanistan. Beliau telah menegur beberapa orang yang mengaku dirinya seorang salafi yang ‎disifatkannya mempunyai perut yang buncit, poket yang penuh berisi wang, makan dan minum yang cukup yang ‎datang daripada Arab Saudi ke Afghanistan.

Kemudian, asyik membangkitkan soal cara solat para mujahiden, iktiqad ‎mujahiden berkenaan nas-nas sifat serta pelbagai lagi isu-isu kecil yang lain dalam masa mujahidin ini berada di ‎perbatasan hendak berdepan dengan tentera Rusia. Nyawa mereka berada di hujung rambut. Maka dijawab oleh As-‎Syahid

‎“Janganlah kamu merasa takbur dengan banyaknya kitab yang kamu baca. Sesungguhnya jari mujahideen yang ‎memetik Kalashnikov lebih mulia di sisi ALLAH daripada mereka yang tidak turun berjihad. Aqidah mereka lebih ‎shahih daripada aqidah sekalian kamu, kerana mereka menyakini bahawa rezeki dan ajal adalah urusan ALLAH SWT ‎manakala kamu menyakini bahawa rezeki kamu adalah datangnya daripada pemimpin-pemimpin Negara kamu.”

Dalam hal ini, apabila dianalisa, teguran da’i yang salafi kononnya tersebut kepada mujahidin Afghanistan, jika dilihat ‎secara hanya’i bukanlah tidak betul. Ia mungkin betul. Namun, nasihat tersebut apabila dilihat di dalam ruang lingkup ‎yang lebih besar, ia diberikan tidak kena dengan masanya, tidak mengikut aulawiyyat apa yang harus diberi ‎kefahaman terlebih dahulu dan boleh melemahkan semangat mujahidin dan melemahkan pakatan mereka. Dan ini ‎sudah tentu jauh lebih merbahaya daripada apa yang disebutkan oleh da’i salafi tersebut. ‎
‎ ‎
Sementara itu, ada juga yang mengajarkan bahawa nas-nas tentang mentaati kepimpinan Negara adalah merujuk ‎kepada ketaatan kepada setiap perkataan yang keluar dari kepimpinan Negara tersebut tanpa melihat dari segi ‎makro dan mikronya. Sedangkan apa yang dimaksudkan oleh nas tersebut jika dirujuk dalam keadaan masa ‎sekarang adalah mentaati undang-undang Negara tersebut.

Sekiranya undang-undang Negara tersebut ‎membenarkan, maka ia termasuk dalam hal mentaati kepimpinan dan Negara. Sebab itulah, kita merasa hairan ‎masih ada lagi yang menafsirkan bahawa haram ada pembangkang di dalam sesebuah Negara umat Islam yang ‎berpilihanraya dan ia disamakan dengan perbuatan bughah sedangkan parti-parti politik sendiri adalah sesuatu yang ‎dibenarkan oleh undang-undang Negara.

Menubuhkan parti politik yang jujur dan ikhlas dengan niat untuk ‎mendaulatkan agama adalah sebahagian daripada ciri-ciri mentaati pemerintah kalau ia dilihat di dalam situasi ‎sekarang ini. Dan menegur pemerintah melalui parlimen mahupun melalui badan politik dibenarkan di dalam undang-‎undang Negara. Secara otomatik ia termasuk di dalam mentaati pemerintah dan menunaikan tanggungjawab agama ‎bagi menegur pimpinan yang berbuat salah. Sebaliknya mereka yang rasuah, salahguna kuasa dan menentang ‎Islamlah orang yang layak dikatakan sebagai menderhakai pemerintah kerana mereka tidak patuh kepada undang-‎undang negara. ‎
‎ ‎
Kerana itu, di sebalik slogan mentaati pemimpin, puak-puak ini berinteraksi dan melayan PAS seolah-olah PAS ini ‎adalah satu pertubuhan haram, digambarkan PAS ini satu kelompok bughah samalah seperti Al-Qaeda. Sedangkan ‎PAS adalah satu parti politik yang sah dan berdaftar. Kerana itu, saya katakan di sini, seolah-olah wujud kecacatan ‎cara fikir di kalangan puak-puak ini sehinggakan gagal melihat sesuatu perkara itu dengan adil dan waras. ‎
‎ ‎
Di satu ketika lagi, puak-puak ini membawa slogan, “kami hanya takutkan ALLAH SWT, kami tidak berpihak kepada ‎mana-mana kelompok, sekiranya kerajaan membuat salah, kami akan tegur, dan sekiranya pembangkang membuat ‎salah pun kami akan kritik”. Namun, realitinya, kritikan bahkan mungkin juga fitnah mereka hanya terkena kepada ‎parti pembangkang sahaja sedangkan pihak kerajaan hampir tidak terusik.

Jelaslah bahawa slogan “atas pagar” ‎mereka hanya tinggal slogan semata-mata untuk mengaburi mata pengikutnya dan seterusnya menghalalkan setiap ‎apa yang puak ini lakukan. Lebih teruk dari itu, setiap apa yang dilakukan oleh kerajaan, walaupun jelas kesilapan ‎dan kesalahannya, akan cuba dijustifikasikan untuk membenarkannya. Mereka berusaha sampai ke hujung dunia ‎untuk mencari dalil agar perkara yang silap tersebut akan kelihatan “baik” dari sisi agama. Perilaku mereka amat ‎ganjil seolah-olah cuba berusaha sedaya upaya untuk memasukkan plug 3 pin ke dalam soket 2 pin. ‎
‎ ‎
Kemudian, di antara slogan yang biasa beliau utarakan iaitu hendaklah sentiasa melakukan kritikan yang benar tidak ‎kira kepada sesiapa sahaja. Malangnya, apabila pembangkang melakukan kritikan yang benar terhadap kerajaan, ‎maka pelbagai tuduhan dikenakan kepada pembangkang seperti bughah, berpemikiran Khawarij, bersifat Syiah, ‎mengambil kesempatan, dan mencari kesalahan.

Seolah-olah Dr Asri seorang yang khasyaf yang telus terhadap niat ‎PAS yang membuat kritikan. Sedangkan, apabila dilihat, hampir kesemua kritikan yang dibuat oleh PAS adalah betul ‎dan disokong dengan fakta dan bukti. Akhlak ini sangat jauh dengan sifat Dr Asri yang menuduh pemimpin PAS ‎adalah Syiah tanpa mengutarakan sebarang bukti. Hanya andaian dan mungkin juga boleh dikatakan fitnah semata-‎mata. Sumber rujukan beliau tidak ketahuan di mana-mana. Sedangkan, semangat demokrasi yang dilaksanakan di ‎Negara ini menggalakkan rakyatnya membuat kritikan pada kerajaan sekiranya kerajaan dilihat melakukan kesilapan. ‎Dan ia harus dilakukan dengan bukti. Ia perlu dilakukan untuk memperkuatkan negara. Dan inilah yang dilakukan ‎oleh PAS.

Sebahagian manusia sangat berfikiran ganjil terhadap PAS. Apabila PAS melakukan kritikan, walaupun ‎telah dikemukakan bukti-buktinya, maka tanpa berfikir panjang, terus dituduh PAS sebagai pemfitnah. Sedangkan, ‎harus diingat, di Negara ini undang-undang berkenaan dengan khabar angin, fitnah dan seumpamanya sangat ketat ‎seperti adanya Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan seumpamanya. Namun, apabila disorot daripada dahulu ‎sehingga sekarang, amat sedikit pimpinan PAS yang dijatuhi hukuman oleh mahkamah kerana kesalahan memfitnah. ‎Ini bermakna bahawa kritikan yang dilakukan oleh PAS adalah betul. Oleh itu, setiap tuduhan puak-puak ini berbalik ‎ke atas batang hidumg mereka sendiri. ‎

Kerana itulah, saya merasa hairan dengan Dr Asri Zainul Abidin. Di sebalik slogan beliau agar sentiasa menyemak ‎berita, mencari bukti, namun beliau sendiri membuktikan bahawa beliau tidak mempraktikkan apa yang beliau ‎utarakan. Bliau sering mempersoalkan niat PAS apabila melakukan sesuatu perkara yang baik. Sikap buruk sangka ‎sesama mukmin seperti ini sangat keji dan biasanya lahir di atas perasaan dengki dan hasad yang lama terhadap ‎sesuatu pihak. Sedangkan, kita sebagai manusia ini memadailah berhukum dengan perkara yang zahir, dan ‎serahkan kepada ALLAH SWT di atas perkara yang tidak kita nampak.‎

bersambung.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For AzmilMustaphaProfil   Hantar PM kepada AzmilMustapha   Pergi ke AzmilMustapha's Website   Quote dan BalasQuote

nuraisha
WARGA SETIA
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18099
Posting: 659
Dari: kuching

Sarawak  


posticon Posting pada: 20-08-06 17:29


bebaskan tahanan ISA!!!
sudah berapa lama NIK Adli ditahan
dari 2tahun...makin ditambah tempohnya
apa kesalahan mereka?????

perjuangan islam ditentang....habis..atas dasar apa lagi kita nak berjuang????

syukran AZMILmustapha atas artikel di atas

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraishaProfil   Hantar PM kepada nuraisha   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 20-08-06 19:20


NGO Islam digesa dekati bukan Islam, elak prasangka
Sun | Aug 13, 06 | 05:48:47 PM

Oleh Anis Nazri

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Hrkh) - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim, menggesa NGO-NGO Islam agar menerangkan kepada golongan bukan Islam bagi merungkai kebimbangan di kalangan mereka.

Jelasnya, kebimbangan golongan bukan Islam terhadap 'kebangkitan' umat Islam berhubung cadangan pindaan artikel 11, penubuhan IFC, kebelakangan ini perlu dijernihkan bagi kesejahteraan sejagat.

"Mereka sebenarnya bimbang, kalau-kalau berlaku sebarang perubahan yang menyebabkan kedudukan mereka terancam. Kita perlu balik ke pangkal dengan persoalan sama ada Islam itu mengancam agama lain atau tidak. Jika tidak, kita perlu berhujah dengan baik untuk membuang prasangka mereka terhadap Islam," jelas Anwar kepada wartawan, dalam sidang media selepas berucap di Persidangan Umat Islam dan Cabaran Semasa, di Shah Alam, semalam.

Beliau yang menyelar sikap pemimpin Islam sendiri yang tidak membantu untuk menjelaskan tentang Islam kepada bukan Islam, turut membayangkan penubuhan IFC itu bukanlah satu masalah yang besar kepada umat Islam.

"Secara rasionalnya, IFC ini satu platform untuk mendengar dan berbincang tentang semua agama di negara ini. Ia bukan badan bertindak yang boleh meminda perlembagaan," katanya.

Bagaimanapun, seperti gesaannya, Anwar meminta semua pihak untuk turun menerangkan kepada golongan bukan Islam tentang Islam itu sendiri.

Setiausaha Agung Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata perbincangan mengenai isu tersebut baru bermula.

"Perbincangan mengenainya akan berterusan. Ia tidak akan dihentikan. Ia juga sebagai satu langkah untuk menerangkan kepada bukan Islam," tegas Azmi.

Beliau turut menyelar sikap segelintir media yang menyiarkan laporan yang kononnya persidangan semalam dibatalkan.

Azmi yang kesal dengan inisiden itu berkata media seharusnya mendapatkan fakta dan maklumat sebenar sebelum menyiarkan sebarang berita.

*Anwar Ibrahim ni tahu ke tak tuntutan ahli IFC ni...??

:roll:


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 20-08-06 21:00


!!! QUOTE !!!

MENJAWAB KEKELIRUAN YANG DITIMBULKAN OLEH DR ASRI ZAINUL ABIDIN

to be fair for both sides, lebih elok sekiranya enta siarkan sekali tulisan Dr. Asri yang dimaksudkan (mudah nak buat rujukan)

!!! QUOTE !!!

Beliau yang menyelar sikap pemimpin Islam sendiri yang tidak membantu untuk menjelaskan tentang Islam kepada bukan Islam, turut membayangkan penubuhan IFC itu bukanlah satu masalah yang besar kepada umat Islam.

"Secara rasionalnya, IFC ini satu platform untuk mendengar dan berbincang tentang semua agama di negara ini. Ia bukan badan bertindak yang boleh meminda perlembagaan,"
katanya.

ada perbahasan hangat mengenai kata-kata DSAI di TKO. i wonder if this statement came out from parti "sebelah sana", adakah mereka akan pertahankan kata-kata ni seperti mana mereka pertahankan kenyataan DSAI sekarang (sepatutnya buka topik baru untuk isu ni)


-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

pukau
WARGA SETIA
Menyertai: 09.06.2004
Ahli No: 9369
Posting: 643
Dari: KL

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-08-06 21:02


Pada 20-08-06 19:20 , trouver_99 posting:

!!! QUOTE !!!

NGO Islam digesa dekati bukan Islam, elak prasangka
Sun | Aug 13, 06 | 05:48:47 PM

Oleh Anis Nazri

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Hrkh) - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim, menggesa NGO-NGO Islam agar menerangkan kepada golongan bukan Islam bagi merungkai kebimbangan di kalangan mereka.

"kedudukan mereka terancam. Kita perlu balik ke pangkal dengan persoalan sama ada Islam itu mengancam agama lain atau tidak. Jika tidak, kita perlu berhujah sikap pemimpin Islam sendiri yang tidak membantu untuk menjelaskan tentang Islam kepada bukan Islam, turut membayangkan penubuhan IFC itu bukanlah satu masalah yang besar kepada umat Islam.

"Secara rasionalnya, IFC ini satu platform untuk mendengar dan berbincang tentang semua agama di negara ini. Ia bukan badan bertindak yang boleh meminda perlembagaan," katanya.

Bagaimanapun, seperti gesaannya, Anwar meminta semua pihak untuk turun menerangkan kepada golongan bukan Islam tentang Islam itu sendiri.



*Anwar Ibrahim ni tahu ke tak tuntutan ahli IFC ni...??

:roll:


betul juga tu, orang islam kat me'sia ni sibuk begaduh sesama sendiri sampai lupa nak pergi da'wah kat bukan islam. Dah bepuluh tahun dok dengan orang bukan islam, yang masuk islam ciput saja.

Bookmark and Share

    


  Member Information For pukauProfil   Hantar PM kepada pukau   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 22-08-06 16:12


!!! QUOTE !!!

ada perbahasan hangat mengenai kata-kata DSAI di TKO. i wonder if this statement came out from parti "sebelah sana", adakah mereka akan pertahankan kata-kata ni seperti mana mereka pertahankan kenyataan DSAI sekarang (sepatutnya buka topik baru untuk isu ni)


hangat lah sangat.jawab kat laman tu pun merapu-rapu.

soalan simple saja.Anwar Ibrahim ni TAHU ke tak tuntutan kumpulan IFC?tu saja...takkan anwar ibrahim tak kaji secara detail dulu agaknya.padahal dulu pernah jadi TPM Malaysia.bukannya sokong membabi buta macam pembangkang tu.Dulu kutuk Tun Mahathir sekarang sokong pula isu yang dikeluarkan oleh beliau.Mahazalim , Mahafiraun lah.Tak pula dengar Tun kata Hadi Bawang ke,Nicky Aziz ke.bukannya tak ada orang yang bangkang kerajaan dalam UMNO.cuma ianya tak disampaikan secara terbuka sahaja.

!!! QUOTE !!!

Is there a hidden agenda?

The Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) suggests that there is a hidden agenda on the part of the organisers of the Initiative. ACCIN states:

“THE HIDDEN AGENDA

The IFC attempts to bypass and usurp the powers of State Islamic Religious Bodies

The IFC will bypass the Shariah Courts

The IFC wants to use Civil Courts to decide on Islamic Religious Matters

The formation of IFC is an interference in Intra-Muslims Affairs (NOT the Inter-Religious Affairs)(sic)

The IFC will eventually infringe the Muslims’ rights to practise Islam in accordance with the Teachings of the Holy Qur’an and the Hadith”

Pihak Penaja jelas menunjukkan sikap yang anti-Islam. Ini adalah kerana beberapa memorandum yang dikeluarkan oleh mereka sebelum ini seperti berikut:

Seseorang Muslim patut diberi hak untuk meninggalkan Islam walaupun agama Islam tidak membenarkannya;

Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan (dilihat dari aspek pelbagai dokumen antarabangsa mengenai hak asasi manusia dan hujah-hujah kes mahkamah di negara-negara bukan Islam) seharusnya diguna-pakai dalam menentukan hak seseorang Muslim memilih untuk murtad, dan bukannya undang-undang syarak;

Untuk memudahkan proses murtad Mahkamah Sivil dan bukannya Mahkamah Syariah yang seharusnya diberi kuasa menentukan hak seorang Muslim itu keluar dari agamanya;

Usaha yang diambil oleh Pihak Berkuasa Syariah Negeri memulihkan orang-orang yang bakal murtad dipertikaikan;

Istilah “Muslim” di bawah Undang-undang Enakmen Negeri terlalu luas walaupun didapati konsisten dengan undang-undang Syariah;

Seseorang itu tidak harus dianggap Muslim hanya disebabkan kedua ibubapanya Muslim atau beragama Islam atau dalam keadaan lain berdasarkan Undang-undang Syariah. Individu berkenaan sepatutnya membuat pilihan atas kehendaknya sendiri;

Agama seseorang Muslim itu tidak sepatutnya tercatat pada Kad Pengenalannya.”

“4. Apakah matlamat penubuhan IFC?

Matlamat IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran asas Islam yang bakal merugikan orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang-orang bukan Islam.

5. Apakah tuntutan orang-orang bukan Islam yang dibuat melalui IFC?

Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam.

Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pesakanya selepas kematiannya.

Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid. Kerajaan juga perlu membenarkan pembinaan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam tanpa perlu adanya peraturan-peraturan tertentu.

Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.”

These points clearly show a lack of understanding of the rationale and intention of the initiative. These points have not been raised by the Steering Committee nor the draft Bill itself. The accusations are baseless. In fact the matters raised by TERAS seem to be more of a complaint in respect of any and every issue which it believes to be a part of its mandate to speak out on. How these relate to the Initiative remains a mystery.



-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 22-08-06 19:22


dalam merapu tu pun masih ada fakta yang benar

ana tak pasti maksud sebenar DSAI keluarkan statement tu, tapi pendirian pimpinan PKR (yang mana DSAI sebagai penasihatnya) tentang IFC sangat mengelirukan

awalnya mereka menyokong petisyen "against moral policing" (sebaris dengan SIS, marina mahathir, malik imtiaz, DAP & MP-MP umno-melayu yang tak sedar diri) : http://www.wao.org.my/news/20050103moral.htm

selepas tu AMK (angkatan muda keadilan) pula keluarkan kenyataan jangan halang Kumpulan Artikel 11 daripada bersidang scra terbuka, atas dasar menghormati hak & kebebasan bersuara: Hormati Hak Untuk Memberi Pendapat

siap iklan iklankan forum tu dalam lmn rasmi mereka : Forum Terbuka Kumpulan Artikel 11

finally keluar kenyataan DSAI dalam harakah (the one that you quoted), selaras dengan seruan AMK

but at the same time, semua orang tahu pendirian salah seorang MT PKR, Dr. Badrul Amin yang dalam setiap ceramahnya di atas platform PAS, amat menentang keras penubuhan IFC

so ana berpendapat (tak semestinya benar) sebahagian pimpinan PKR turut menyokong IFC atas dasar 'keadilan & kebebasan bersuara'. cuma mereka tak menyatakan sokongan scra terang-terangan (seperti MP-MP umno-melayu yang tak sedar diri), sebab nak menjaga hubungan dengan sekutu mereka dalam BA (PAS). ia tak begitu menghairankan, sebab PKR merupakan parti yang ahli & pemimpinnya terdiri daripada pelbagai etnik & agama

wallahu a'lam


-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein
[ Telah diedit oleh: fathurrahman pada 22-08-06 19:49 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

nuraisha
WARGA SETIA
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18099
Posting: 659
Dari: kuching

Sarawak  


posticon Posting pada: 22-08-06 21:44


dah makin pening
saya dah tak paham ni
:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraishaProfil   Hantar PM kepada nuraisha   Quote dan BalasQuote

kembara_girl
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2006
Ahli No: 25715
Posting: 408
Dari: jengka,Pahang

malaysia  


posticon Posting pada: 02-10-06 11:07


saya pun tak faham.,..
makin pening ni....

Bookmark and Share

    


  Member Information For kembara_girlProfil   Hantar PM kepada kembara_girl   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-10-06 11:14


:roll: Hhmmmm..panjang nya........


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-10-06 13:26


Dulu ana segan pada Dr, Asri sebab dia bdebat dengan astora jabat last year, tapi stelah isu ini, isu serban dia sokong keputusan hakim dan isu-isu seperti dato' shahidan seperti ulama... ana dah mufarakoh...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-10-06 13:29


benda ni pun ada dibincangkan dalam saifulislam.com

ps: entahlah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

farabi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2004
Ahli No: 9005
Posting: 247
Dari: kelana jaya

Pahang  


posticon Posting pada: 02-10-06 14:33


seram nak baca tajuk ni...kuatkan imann...

Bookmark and Share

    


  Member Information For farabiProfil   Hantar PM kepada farabi   Pergi ke farabi's Website   Quote dan BalasQuote

nurhaziqah
WARGA SETIA
Menyertai: 09.04.2005
Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-10-06 14:48


tak faham...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurhaziqahProfil   Hantar PM kepada nurhaziqah   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-10-06 15:12


Maaf just sebagai lontaran pandangan yang dbuat oleh sahabat ana kepada ustaz Dr Asri, ingat tak semestinya betul tau...tapi kita sama-sama kaji...
Dia kata ustaz Asri ini adalah tajaan UMNO untuk mlemahkan PAS... ikutkan sebelum ini ustaz Asri kira pyokong pas, tapi atas bberapa masalah sikap yang ada pada dirinya..shingga dia dsisihkan...so sebab itulah dia aspect bak2 pas ni...dan kalau tengok artikel dia macam mgkritik sseorang/mdendami sseorang...
tapi sekarang ni dia adalah stand kerajaan...so kalau dulu dia kutuk astora jabat kerana jadi pena UMNO..sekarang macam mana???
kalau kita tengok dia pernah mgangap dato shahidan kassim sebagai ulama'...kemudian dia pula dtawar sebagai mufti...layak ke setakat study ilmu hadis kat UIA...berapa banyak sangat...5/6thn...cukup ke tak kritik ulama' mutabar... sekarang dia dah dah tubuh website nak pohon dana sumbangan kmudia acap pula beliau bforum dan bagi kuliah dsekitar lembah klang ni..yang tdekat 7hb di UIA, tentang tajdid.. nampak sangat macam nak cari pgaruh.... Ana cukup rimas isu-isu tajdid ni...benda-benda khilaf pun nak bbahas.. tahli&baca yasin bidaah lah...sedang benda-benda penting macam MURTAD tak pula dbahas dan bincangkan...malah biarkan saja astora jabat dan kassim ahmad bhukum dalam majalah al-slam.... aduih...maaf kalau anggap ana mgumpa...ana just kongsi mugkin betul dan mungkin salah..sebab ana dapat dari sahabat ana... Mungkin ustaz hasrizal tahu sebab kawan ustaz asri...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 02-10-06 15:25


Pada 02-10-06 15:12 , aye posting:

!!! QUOTE !!!

Maaf just sebagai lontaran pandangan yang dbuat oleh sahabat ana kepada ustaz Dr Asri, ingat tak semestinya betul tau...tapi kita sama-sama kaji...
Dia kata ustaz Asri ini adalah tajaan UMNO untuk mlemahkan PAS... ikutkan sebelum ini ustaz Asri kira pyokong pas, tapi atas bberapa masalah sikap yang ada pada dirinya..shingga dia dsisihkan...so sebab itulah dia aspect bak2 pas ni...dan kalau tengok artikel dia macam mgkritik sseorang/mdendami sseorang...

mula2 agen umno. lepas tu ada pula yang tuduh Dr. MAZA ni hizb at-tahrir. lepas ni nak tuduh apa lagi?

adakah semata2 org tu tak sependapat, terus nak cop ikut suka hati? mana dalil yang membenarkan antum yang mengaku pendokong2 Islam buat macam tu? yang lebih menyedihkan, tuduhan yang berunsur fitnah ni datang daripada ahli tertinggi parti. ada bukti jelas ke, kalau tak ada bukti ingatlah yang kamu semua telah memfitnah seorang hamba Allah

kalau dapat daripada hearsay, sahihkan lah dulu berita tu. susah sangat ke? ana biasa saja dengar kuliah2 Dr. MAZA, seminar2 beliau pun ana biasa ikuti. siapa kata Dr. MAZA tak sentuh mslh2 murtad, liberalisme, hiburan melampau etc? bahkan isu-isu inilah yang kerap disentuh dalam kuliah2 beliau. kalau tak pernah dengar, bukan bermaksud tak wujud

carilah kebenaran dengan ikhlas. jangan sebab kebencian antum pada mereka yang tak sependapat menghalang antum daripada berlaku adil terhadap seseorang


-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-10-06 15:36


Pada 02-10-06 14:48 , nurhaziqah posting:

!!! QUOTE !!!

tak faham...
bagus lah kalau tak faham.

ps: lah lah lah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-10-06 15:53


maaf... mugkin pada pandangan anta semua macam ana benci pada dr asri...insya'allah sentiasa ikuti forum dia...CD Astora jabat vs Dr Asri di DBKL pun ana ada.... mybe 78hb ni ana agaknya..cuma clash dengan iftar ukhwah.com. sdangkan beliau sesi kdua..
di bawah ni soal jawab thadap kyataan beliau oleh ustaz khiruddin darul fuqaha....antum sdiri mybe boleh nilai siapa lebih tinggi pgajian...

.............................................................................................

Benarkah pendapat Dr. Asri Zainal Abidin        
Written by al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri    
Wednesday, 23 August 2006
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Salah seorang pembaca mengirimkan kepada saya email tentang pandangan Dr. Asri berhubung isu serban di mahkamah persekutuan baru-baru ini

-----------------------

Berikut adalah kenyataan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Pensyarah USM) di dalam isu serban tiga pelajar:

"Kenyataan Hakim Mahkamah dalam isu serban tiga bekas pelajar berkenaan adalah bertepatan dengan ruh Islam. Ini menunjukkan hakim berkenaan memahami Islam dan sunnah Nabi dalam topik berkenaan secara ilmiah.Cumanya, alangkah baiknya jika dia tidak mengaitkan dengan janggut. Ini kerana bagi janggut itu ada hadith khusus untuknya. Adapun serban bukan tuntutan agama. Tidak wajar mengorbankan masa depan para pelajar tersebut dalam isu yang remeh dan tidak disuruh oleh Islam. Bapa para pelajar berkenaan telah memahami dan mempraktikkan Islam secara salah. Dia tidak memahami keutamaan agama. Jika hakim sifatkannya 'angkuh', ia mungkin benar. Islam pada akidah, ibadah dan sistem hidup yang bertunjangkan akidah. Serban adalah budaya Arab yang dipraktik oleh Nabi s.a.w bersesuaian dengan kearaban baginda. Dinamakan dengan 'al-sunnah al-jibiliyyah'. Seperti mana baginda suka memakan labu, bahagian bahu kambing dan seumpamanya. Maka seseorang tidak wajar berbalah ke mahkamah untuk mempertahankan sunnah makan kambing di sebuah tempat yang tidak mengizinkan daging tersebut dimakan di situ. Ini adalah lambang kedangkalan. Namun jika tempat tersebut menghalang pengamalan wajib Islam,maka patut ditentang. Jika sekolah menyuruh membuka aurat, kita akan tentang. Tiga pelajar ini terinaya dalam kesilapan kefahaman mereka. Islam seperti ini patut dibaiki"

posted by Ibn Hussin at 11:10 AM |
Pandangan al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Berlaku perbezaan pendapat di kalangan sarjana Islam dewasa ini dalam menentukan status serban. Adakah ia merupakan sunnah tasyri`iyyah atau sunnah jibiliyyah. Sunnah Tasyri`yyah bermaksud pemakaian serban nabi adalah suatu yang dituntut dari sudut syara`. Sunnah Jibiliyyah bermaksud pemakaian serban nabi itu adalah kerana adat pemakaian orang Arab. Pandangan kedua ini nampaknya dipersetujui oleh sahabat saya Dr. Asri dan mereka yang bersama dengan beliau. Dr Asri bertegas bahawa berserban bukan tuntutan agama.

Bagi saya, isu serban sama ada sunnah tasyri`yyah atau jibiliyyah berlaku kerana perbezaan pendapat dalam memahami petunjuk (dilalat al-alfaz) daripada hadis sahih tentang pemakaian serban nabi; adakah ia menunjukkan kepada sunnah tasyri`iyyah atau sunnah jibiliyyah.

Begitu juga perbezaan pendapat berlaku kerana kerana perbezaan pendapat dalam menentukan status hadis tentang fadhilat serban. Adakah semua hadis tentang fadhilat serban lemah atau ada yang sahih. Sekiranya ianya lemah adakah status lemah itu masih boleh diperkuatkan dengan jalan-jalan riwayat yang pelbagai atau tidak.

Bagi golongan yang bertegas bahawa jalan-jalan riwayat hadis-hadis fadhilat serban adalah tersangat lemah dan tak dapat diperkuatkan mereka berpendapat bahawa amalan berserban adalah sunnah jibiliyyah.

Dalam berhadapan dengan senario perbezaan pendapat di kalangan ulama ini, bagaimana sikap masyarakat awam?



Sekiranya ada yang memilih pendapat bahawa ia merupakan sunnah tasyri`yyah sebagaimana pendapat majority sarjana-sarjana Islam hari ini, adakah wajar untuk kita memperlekehkan pemakainya yang memakai kerana keyakinan ia adalah sunnah yang digalakkan. Keyakinan itu pula berasaskan pendapat ilmuwan Islam setelah mengkaji petunjuk makna hadis yang sahih.

Adakah berpegang dengan salah satu pendapat –yang mungkin dirasakan lemah oleh pihak lain tetapi dianggap kuat oleh satu pihak yang lain-merupakan satu alasan untuk kita memperkecilkan keyakinannya.


Bagi saya keyakinannya itu perlu diraikan. Kita tidak berhak untuk menuduhnya bongkak semata-mata kerana kesungguhannya untuk berpegang dengan keyakinannya. Bagi saya dia juga berhak mempertahankan keyakinannya walaupun terpaksa membawanya ke mahkamah. Itulah jihad untuk mempertahankan keyakinannya. Berbeza sekiranya keyakinannya itu bersandarkan hakikat yang salah dan disepakati oleh ulama ia adalah iktikad yang salah. Tapi hakikatnya ia merupakan perkara yang masih lagi menjadi khilaf. Kaedah Fiqh menyatakan “jangan diengkari perkara yang menjadi khilaf, tetapi diengkari perkara yang telah disepakati”.


Atau mungkin ada kalangan kita beranggapan perkara serban bukan persoalan khilaf? Ia adalah pandangan yang disepakati (ijma`) oleh ilmuan-ilmuan islam sebagai perkara yang sunnah jibiliyyah? Kalau itulah pandangan kita maka tidak peliklah kita mungkin menyokong pandangan hakim bahawa “pemakai serban dalam isu mahkamah tadi adalah bongkak”!!!!


Apatah lagi sekiranya kita memahami scenario kes serban yang dibawa ke mahkamah ini. Pelajar yang memakai serban dipecat dengan alasan menyalahi peraturan sekolah. Tidakkah perkara itu boleh ditolak ansur memandangkan ada penganut agama lain dibenarkan memakai serban mereka. Adakah kita memakai dua peraturan yang berbeza untuk dua penganut agama?

Bagi saya guru besar yang memecat pelajar kerana memakai serban tanpa mahu bertolak ansur itulah yang bongkak. Orang yang bongkak inilah yang perlu dididik dengan membawa kesnya ke mahkamah untuk dihakimi oleh masyarakat. Meskipun beliau kalah dalam kes tersebut kerana hakim memutuskan tindakan pemecatan pelajar tersebut tidak bercanggah dengan perlembagaan, namun sekurang-kurangnya dia menang di mahkamah rakyat yang melihat ada ketidakadilan berlaku terhadap penganut Islam dalam kehidupan seharian.

Menteri Pelajaran pernah menyebut dalam satu ucapan yang disiarkan dalam televisyen bahawa pelajar sikh dibenarkan berserban kerana persefahaman antara kaum yang telah dibuat. Kalau itulah alasannya bererti hak pelajar Islam untuk memakai serban di sekolah masih mempunyai ruang untuk dibincangkan. Tetapi Kenapa pemecatan adalah keputusannya. Senario inilah yang menjadikan masyarakat tergerak hari untuk bersimpati dengan si pemakai serban yang cuba mempertahankan keyakinannya. Dan senario inilah yang mengajak kita sama-sama mempertahankan pelajar yang dipecat. Namun amat malang sekali apabila ada di kalangan ilmuwan Islam yang menyokong kenyataan hakim bahawa pelajar ini bongkak!!

Seterusnya adakah kita hanya perlu mempertahankan hak beramal dengan yang wajib sahaja? Atau kita juga berhak untuk mempertahankan amalan sunat? Adakah amalan sunnah jibiliyyah tidak boleh dan tidak wajar dipertahankan? Saya rasa persoalan-persoalan ini juga membuka ruang perdebatan.


Akhirnya saya memetik kata-kata Syeikh al-Albani setelah mana beliau menjelaskan tentang kedudukan hadis fadhilat serban yang tersangat lemah bagi beliau: “Seterusnya saya tatkala mana memutuskan bahawa hadis-hadis tersebut adalah lemah, tidak lupa untuk menyebut bahawa pemakaian serban Nabi sepertimana adat orang Arab yang telah diketahui umum sebelumnya merupoakan perkara yang sabit dalam hadis-hadis yang sahih yang tidak dapat dinafikan lagi. Sekiranya digabungkan dengan apa yang disebut oleh Syeikh hamid bahawa Islam menyukai penganut-penganutnya dibentuk dengan pembentukan yang khusus yang boleh memelihara mereka daripada bergaul dengan orang lain dengan penampilan zahir hinggalah ke penghujung ucapan syeikh yang baik….maka sesungguhnya saya bersatu pendapat dengan fadhilat Syeikh Hamid dalam memberi galakkan untuk berserban. Cuma saya tidak melihatnya sebagai satu perintah yang pasti seperti pastinya berjanggut yang sabit dengan hadis-hadis yang sahih.” (rujuk http://www.alalbany.net/misc/misc028.php)


Al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

24 Ogos 2006



Last Updated ( Tuesday, 29 August 2006 )

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 02-10-06 19:18


apa masalahnya? Dr. MAZA ada pendapatnya sendiri, enta & ustaz2 lain ada pendapat mereka sendiri

takkan hanya sebab perbezaan pendapat tu boleh keluar dakwaan org ini & itu agen umno, mengampu pemerintah, hizb at-tahrir, pemecah belah masyarakat etc

di mana adab kamu yang menuduh, ada bukti ke?


-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein
[ Telah diedit oleh: fathurrahman pada 02-10-06 19:18 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

Along_Safa
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 180
Posting: 348
Dari: tilamhotel.com

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-10-06 22:46


fathurrahman kenapa nak beking sangat dr asri tu? saya dari dulu memang dah dapat baca bahawa ideologi dia ni lain sikit.....

saya dikenalkan dengan 'ustaz' ini yang dikatakan 'pakar' hadis. Saya menggaggap, mungkin kerana 'terlalu' pakar lah menyebabkan kita dangkal untuk mengkritik dia..

secara umumnya, saya tetap tak boleh terima 'ustaz' ini sebagai salah seorang yang saya kagumi/hormati.


-----------------
Mountain View


Bookmark and Share

    


  Member Information For Along_SafaProfil   Hantar PM kepada Along_Safa   Pergi ke Along_Safa's Website   Quote dan BalasQuote

Abu_Ruqayyah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.03.2006
Ahli No: 23449
Posting: 590
Dari: Manchester

Selangor  


posticon Posting pada: 03-10-06 06:33


biasalah manusia, bila cendikiawan yang tidak selari dengan pendapatnya, mulalah timbul rasa benci dan tidak puas hati.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Abu_RuqayyahProfil   Hantar PM kepada Abu_Ruqayyah   Pergi ke Abu_Ruqayyah's Website   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-10-06 06:42


macam ini sajalah.. dalam apa keadaan, sama ada nak menegak kebenaran, atau ap saja.. jangan pula kita terlibat same dalam umpatan, dan fitnah.. sama-samalah kita hormati orang lain, yang ketaqwaan mereka dan kita.. hanyalah dalam pengetahuan Allah.. siapakah di antara kita.. atau mereka yang lebih dekat di sisi Allah.. jangan sampai kita mengeluarkan kenyataan yang menyebabkan kita sendiri mendapat kemurkaan dari Allah.. apatah lagi di bulan ramadhan yang mulia ni.. contohilah bilal bin rabah, yang tetap berguru walaupon guru tersebut, amat rendah akhlaknya.. ingatkan diri kita.. walau orang tu, ada 99 kejahatan dan 1 sahaja kebaikan.. mungkin dengan 1 kebaikan itu membuatnya masuk syurga... siapalah kita untuk menafikan kuasa Allah?

banyak2la bertaubat di bulan ramadhan.. bulan keampunan.. hindari perbualan yang sia-sia..

wallahualam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 04-10-06 16:51


Pada 02-10-06 22:46 , safa_indah posting:

!!! QUOTE !!!

fathurrahman Kenapa nak beking sangat dr asri tu? saya dari dulu memang dah dapat baca bahawa ideologi dia ni lain sikit.....

saya dikenalkan dengan 'ustaz' ini yang dikatakan 'pakar' hadis. Saya menggaggap, mungkin kerana 'terlalu' pakar lah menyebabkan kita dangkal untuk mengkritik dia..

secara umumnya, saya tetap tak boleh terima 'ustaz' ini sebagai salah seorang yang saya kagumi/hormati.


kamu tak nak terima, suka hati kamu lah, ada sesiapa yang paksa ke?

yang ana sebutkan jangan memfitnah org tanpa bukti. kamu tak ada bukti, tapi nak tuduh org itu ini, begitu begini. salah apa yang kamu buat tu, hanya sebab perbezaan pendapat tak justify perbuatan kamu memfitnah seseorang


-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 04-10-06 18:05


hehehe, jangan gaduh2, bertenanglah sikit...

biarlah Dr. Asri tu dengan pandangan dia, kita dengan pandangan kita, selagi dia tak kacau kita, jangan pula kita yang kacau dia.

saya sendiri pun tak setuju dengan pandangan dia tentang isu ni dan beberapa isu lain, tapi...

entahlah nak letak tapi apa, asalkan kita dan mereka sama-sama bahagia :-di


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 04-10-06 18:22


Ana moho maaf.... nampaknya ana terlalu boros dalam hal ini...........
Semoga Allah mengampuni ana...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 04-10-06 19:03


assalamualaikum...

!!! QUOTE !!!

Maaf just sebagai lontaran pandangan yang dbuat oleh sahabat ana kepada ustaz Dr Asri, ingat tak semestinya betul tau...tapi kita sama-sama kaji...
Dia kata ustaz Asri ini adalah tajaan UMNO untuk mlemahkan PAS... ikutkan sebelum ini ustaz Asri kira pyokong pas, tapi atas bberapa masalah sikap yang ada pada dirinya..shingga dia dsisihkan...so sebab itulah dia aspect bak2 pas ni...dan kalau tengok artikel dia macam mgkritik sseorang/mdendami sseorang...
tapi sekarang ni dia adalah stand kerajaan...so kalau dulu dia kutuk astora jabat kerana jadi pena UMNO..sekarang macam mana???
kalau kita tengok dia pernah mgangap dato shahidan kassim sebagai ulama'...kemudian dia pula dtawar sebagai mufti...layak ke setakat study ilmu hadis kat UIA...berapa banyak sangat...5/6thn...cukup ke tak kritik ulama' mutabar... sekarang dia dah dah tubuh website nak pohon dana sumbangan kmudia acap pula beliau bforum dan bagi kuliah dsekitar lembah klang ni..yang tdekat 7hb di UIA, tentang tajdid.. nampak sangat macam nak cari pgaruh.... Ana cukup rimas isu-isu tajdid ni...benda-benda khilaf pun nak bbahas.. tahli&baca yasin bidaah lah...sedang benda-benda penting macam MURTAD tak pula dbahas dan bincangkan...malah biarkan saja astora jabat dan kassim ahmad bhukum dalam majalah al-slam.... aduih...maaf kalau anggap ana mgumpa...ana just kongsi mugkin betul dan mungkin salah..sebab ana dapat dari sahabat ana... Mungkin ustaz hasrizal tahu sebab kawan ustaz asri...


ana sebagai seorang yang telah lama mengenali dr asri sejak di KIK/KISAS dulu berpandangan bahawa dr asri ni sudah banyak menyimpang dari jalan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan memang beliau ini sedang mencari mencari pengaruh.

kalau beliau tak nak mempertahankan serban sebagai sunnah, maka apakah songkok yang beliau pakai itu sebagai sunnah?...

kalau beliau asyik mengkritik PAS, maka jemaah manakah yang beliau anggap sebagai pendokong Islam, jemaah Shahidan Darus Sunnah ke?...

kalau beliau asyik mengatakan bahawa amalan-amalan baik dalam Islam sebagai bid'ah yang sesat, amalan apa yang baik dalam Islam, menghentam 'ulama-ulama dan mengatakan diri sendiri yang terbaik itukah amalan yang baik dalam Islam?...

wassalam...

p/s : mungkin ISA ubat terbaik buat dr asri...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-10-06 09:30


Surah 61. ASH SHAFF

1)Bertasbih kepada Allah apa saja yang ada di langit dan apa saja yang ada di bumi; dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

2)Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?

3)Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan.

4)Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.




Kerajaan UMNO tak akan beri hukuman pada orang menyokong mereka, apatah lagi kalau menghetam musuh mereka...lagi suka..buat apa nak bagi ISA, nak bagi Mufti boleh...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 05-10-06 14:41


tak habis2 dengan masalah wahabi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 05-10-06 17:02


Pada 05-10-06 09:30 , aye posting:

!!! QUOTE !!!

Kerajaan UMNO tak akan beri hukuman pada orang menyokong mereka, apatah lagi kalau menghetam musuh mereka...lagi suka..buat apa nak bagi ISA, nak bagi Mufti boleh...

ye ke? nama Dr. MAZA termasuk dalam senarai blacklist JAIS & dilarang beri kuliah di selangor

siapa di belakang JAIS tu ek? PAS ke? :roll:


-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein
[ Telah diedit oleh: fathurrahman pada 05-10-06 17:02 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 10-10-06 04:35


Pada 20-08-06 21:02 , pukau posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 20-08-06 19:20 , trouver_99 posting:

!!! QUOTE !!!

NGO Islam digesa dekati bukan Islam, elak prasangka
Sun | Aug 13, 06 | 05:48:47 PM

Oleh Anis Nazri

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Hrkh) - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim, menggesa NGO-NGO Islam agar menerangkan kepada golongan bukan Islam bagi merungkai kebimbangan di kalangan mereka.

"kedudukan mereka terancam. Kita perlu balik ke pangkal dengan persoalan sama ada Islam itu mengancam agama lain atau tidak. Jika tidak, kita perlu berhujah sikap pemimpin Islam sendiri yang tidak membantu untuk menjelaskan tentang Islam kepada bukan Islam, turut membayangkan penubuhan IFC itu bukanlah satu masalah yang besar kepada umat Islam.

"Secara rasionalnya, IFC ini satu platform untuk mendengar dan berbincang tentang semua agama di negara ini. Ia bukan badan bertindak yang boleh meminda perlembagaan," katanya.

Bagaimanapun, seperti gesaannya, Anwar meminta semua pihak untuk turun menerangkan kepada golongan bukan Islam tentang Islam itu sendiri.



*Anwar Ibrahim ni tahu ke tak tuntutan ahli IFC ni...??

:roll:


betul juga tu, orang islam kat me'sia ni sibuk begaduh sesama sendiri sampai lupa nak pergi da'wah kat bukan islam. Dah bepuluh tahun dok dengan orang bukan islam, yang masuk islam ciput saja.


jangan kata umat islam lupa dakwah pada orang bukan islam..banyak usaha yang dijalankan,HIDAYAH itu milik ALLAH sahabatku..

mereka bukan bergaduh cuma nak jawab palsu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 10-10-06 04:53


nak tanya kepada biasa pergi kuliah DR asri..

minta dia buat slot ceramah yentang haram ISA,..HARAM JUDI DI NEGARA ISLAM HADHARI,haram pilih pemimpin yang menyamakan ISLAM dengan agama lain..jangan pilih pemimpin yang suka MENYEKAT para PENDAKWAH..(contoh krjn ngri slgor haramkan ceramah mufti perak,bekas mufti selangor(dato ishak bahrom),ini bukti yang umum tahu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

izad
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 66
Posting: 427
Dari: Wakaf Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-11-06 03:03


Pada 10-10-06 04:53 , acok_86 posting:

!!! QUOTE !!!

nak tanya kepada biasa pergi kuliah DR asri..

minta dia buat slot ceramah yentang haram ISA,..HARAM JUDI DI NEGARA ISLAM HADHARI,haram pilih pemimpin yang menyamakan ISLAM dengan agama lain..jangan pilih pemimpin yang suka MENYEKAT para PENDAKWAH..(contoh krjn ngri slgor haramkan ceramah mufti perak,bekas mufti selangor(dato ishak bahrom),ini bukti yang umum tahu..



takkan semua orang nak jalankan satu kerja saja....
dah ramai yang perjuangkan isu ini...

biarlah DR Asri berjuang untuk tegakkan kembali ajaran islam secara yang bersih dari pencemaran.....

jalan yang selamat adalah jalan para salaf......

aku sokong PAS aku juga sokong gerakan TAJDID......


-----------------
AL-FIRQATU AN NAAJIAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For izadProfil   Hantar PM kepada izad   Pergi ke izad's Website   Quote dan BalasQuote

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-11-06 03:19


Alhamdulillah..

Famous Dr Asri ni.
Jom sesama pakat ramai-ramai baca artikel dia.

Jangan kita tengok kat sini saja, den sedap2 hukum sesat?
Penyakit hati? Fitnah? Nauzubillah Minzalik...

Kita semua pun rasanya dah tahu kan apa hukum fitnah ni......

p/s: Apapun, ana pun seperti ibnu_musa ada beberapa perkara tentang Dr Asri ana sokong, dan ada juga kurang sokong...apa-apa hal pun ana masih menghormati pandangan beliau sebagai seorang yang pakar dalam bidang Hadis (Kita?? sejauh mana kepakaran kita tentang ilmu hadis ni?? )

Kita pendakwah, bukan penghukum

Wallahualam


-----------------
www.syafiquniten.blogspot.com

Soleh Wa Musleh...
[ Telah diedit oleh: Islamic_prince88 pada 02-11-06 03:28 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-11-06 03:32


Al-Qayyim.Net

Web yang mengandungi artikel Dr Asri...
Kalau kita nak berlaku ADIL..

Jom kita sama-sama siasat..
sejauh mana tuduhan orang terhadap beliau...


-----------------
www.syafiquniten.blogspot.com

Soleh Wa Musleh...
[ Telah diedit oleh: Islamic_prince88 pada 02-11-06 03:33 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

izad
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 66
Posting: 427
Dari: Wakaf Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-11-06 04:08


Pada 02-11-06 03:32 , Islamic_prince88 posting:

!!! QUOTE !!!

Al-Qayyim.Net

Web yang mengandungi artikel Dr Asri...
Kalau kita nak berlaku ADIL..

Jom kita sama-sama siasat..
sejauh mana tuduhan orang terhadap beliau...




cadangan yang baik.... kita bedah satu-satu artikel ustaz asri.....


-----------------
AL-FIRQATU AN NAAJIAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For izadProfil   Hantar PM kepada izad   Pergi ke izad's Website   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 02-11-06 08:53


Pada 10-10-06 04:53 , acok_86 posting:

!!! QUOTE !!!

nak tanya kepada biasa pergi kuliah DR asri..

minta dia buat slot ceramah yentang haram ISA,..HARAM JUDI DI NEGARA ISLAM HADHARI,haram pilih pemimpin yang menyamakan ISLAM dengan agama lain..jangan pilih pemimpin yang suka MENYEKAT para PENDAKWAH..(contoh krjn ngri slgor haramkan ceramah mufti perak,bekas mufti selangor(dato ishak bahrom),ini bukti yang umum tahu..

untuk pengetahuan, isu-isu tersebut turut disentuh oleh Dr. MAZA dalam kuliah2 nya. dgrlah dulu sebelum cakap ye ;-)

Koleksi kuliah Dr. MAZA :

xmp3's Site
Digital Library


-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
� Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.196801 saat. Lajunya....