Sempena bulan kemerdekaan PAS Negeri Sembilan akan
menganjurkan Karnival Kemerdekaan 2006 bermula 25 Ogos
hingga 27 Ogos ini di Dataran Muhibbah, Kg Ismail,
Ampangan, Seremban.
Menurut Pengarah Program Sdr Zulkefly Mohamad Omar
pelbagai acara menarik akan diadakan sepanjang
karnival tersebut bermula dengan Konsert Nasyid
Legenda Akhil Hayy pada hari Jumaat 25 Ogos jam 9.30
malam. Karnival kemerdekaan yang julung-julung kali
diadakan ini akan dirasmikan sendiri oleh Presiden PAS
YB Dato Seri Hj Abd Hadi Awang pada jam 9 malam 25
Ogos nanti.
Pelbagai acara menarik disajikan kepada orang ramai
sepanjang karnival tersebut antaranya pertandingan
mewarna kanak-kanak, sukaneka dewasa, acara muslimat,
mencari harta, persembahan dikir barat, pertunjukan
tarian singa dan wushu, gerai-gerai jualan,
pertandingan tarik tali dan beberapa acara lain yang
boleh disertai oleh orangramai.
Sementara itu satu Forum Perdana akan diadakan pada
hari Sabtu 26 Ogos bermula jam 9 malam yang
membariskan ahli panel antaranya Dato Dr Harun Din,
Ustaz Taib Azamuddin dan YB Ustaz Nasaruddin Daud.
Program penutup Karnival Kemerdekaan 2006 ini ialah
Ceramah Perdana yang membariskan penceramah antaranya
Tn Hj Mohamad Sabu, Sdr Azmin Ali dan Dr Rosli Yaakop.
Orangramai yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut
program ini bolehlah menghubungi urusetia program Sdr
Zulkelfy 019-2818816, Sdr Hasan 013-3426346, Tn Hj
Taufek 019-6576540 atau pejabat 06-7637450
-----------------
ALLAH IS ENOUGH FOR ME