Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-06-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita bergerak ke arah apa yang difokus
-- Dari filem Kung Fu Panda

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 269
Ahli: 0
Jumlah: 269

  Yang Masuk Ke Sini
khalifah: 4 hari yang lalu
hajime_kindaichi: 21 hari yang lalu

Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Eksploitasi terhadap wanita:kurang ajar!!!!

Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Eksploitasi terhadap wanita:kurang ajar!!!!

Please Mendaftar To Post

Oleh Eksploitasi terhadap wanita:kurang ajar!!!!

jumaat
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.03.2006
Ahli No: 23806
Posting: 371

blank   avatar

posticon Posting pada: 18-08-06 16:38

KERTAS FAKTA PELACURAN, LUCAH DAN EKSPLOITASI WANITA
Susun Selidik :-
TERAS Pengupayaan Melayu & Majlis Bertindak Wanita Islam Malaysia
F1014B, Kampung Pondok, Batu Hampar, 08400, Merbok, Kedah.
Tel/Fax : 04-4571712 E-mail : [email protected]

2.UNSUR LUCAH DAN EKSPLOITASI WANITA

Pengenalan

Isu eksploitasi wanita kini menjadi satu isu yang kian meruncing di kalangan masyarat kita. Wanita dipertontonkan dengan cara dan gaya yang cukup memalukan tidak kira di mana-mana. Beginikah realiti imej dan watak wanita globalisasi yang terarus dalam zaman kemodenan yang menuntut kepada perkara yang boleh dikatakan sudah hilang ketamadunannya. Wanita juga seolah-olah rela diperlakukan sedemikian oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Maka siapakah yang harus dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan?

Jenis-jenis Pengeksploitasian Wanita

Wanita sebagai model iklan di media elektonik dan media cetak.
Di media elektronik , terutama di televisyen telah terpapar pelbagai iklan-iklan yang jelas mempergunakan wanita sebagai bahan pelaris bagi produk perniagaan mereka yang tidak bertanggungjawab. Contohnya baru-baru ini (April 2003),satu iklan syarikat telekomunikasi DIGI yang menayangkan aksi wanita di kolam renang yang bertanding. Markah perenang digambarkan sebagai rangkaian yang jelas bagi penggunanya. Apa perkaitan wanita yang beraksi renang dengan rangkaian telekomunikasi tersebut? Lain-lain iklan adalah seperti iklan LUX (penampilan artis Hong Kong), syampu Sunsilk, Breeze Colour, Aroma Theraphy, syampu Pantene, Echanter dan syarikat telekomunikasi Hotlink (pergaulan bebas lelaki perempuan),

Penampilan model-model wanita di majalah-majalah seperti majalah HAI, SENSASI, URTV, REMAJA, RIAS, CLEO, HER WORLD, SELEKTA, MASCULINE, MEDIA,POP, VARIASARI, BOLLYWOOD, MANGGA dan banyak lagi.Pemaparan adegan-adegan yang keterlaluan seperti berpeluk dan menggayakan aksi di tepi kolam mandi.

Wanita Sebagai Model Pakaian dan Barangan Berjenama
Menjadi model-model dalam pertunjukan fesyen tempatan dan antarabangsa yang memperagakan pakaian dan gaya serta aksi yang melanggar nilai dan budaya yang tidak sepatutnya. Hatta walaupun barangan yang dipamerkan adalah khusus untuk lelaki, namun wanita tetap menjadi objek untuk memperagakan barangan berkenaan.

Wanita dalam Pertandingan Ratu Cantik
Pertandingan Ratu Cantik Sedunia yang kononnya mengiktiraf wanita tercantik di dunia. Tetapi apa motif ditonjolkan wanita yang berpakaian separuh bogel dan menggayakan aksi yang memalukan. Miss Universe (World) turut melibatkan wanita Melayu seperti Erra Fazira pada tahun 1992. Selain itu Kavitha Kaur dan Arriana Teoh dan ramai lagi. Malah kalau diteliti dan diambil perhatian, terdapat satu pertandingan yang boleh dikatakan ala-ala kepada ratu cantik iaitu DEWI REMAJA yang dianjurkan oleh majalah REMAJA tebitan Karangkraf Sdn Bhd. Gadis-gadis dijemput dan dipelawa serta ditawarkan hadiah yang menarik bagi membolot gelaran tersebut. Pertandingan itu terus diadakan sehingga kini (2003) dan telah menarik begitu ramai golongan remaja yang ghairah meniti hidup keseronokan dunia.

Wanita Sebagai Gadis Litar
Wanita gadis Litar berperanan sebagai habuan kepada pemenang yang menggondol juara atau menemani peserta-peserta yang terlibat dengan perlumbaan litar motor dan kereta. Sebagai pemegang bendera apabila kereta mula dilepaskan, pemegang payung kepada pelumba dan juga sebagai penghias kereta. Jelas wanita dipergunakan dalam aktiviti sukan dengan menjadi objek hiasan semata-mata.

Wanita Sebagai Penghias di Majlis Rasmi
Terdapat juga wanita yang dijadikan peneman dan penghias bagi majlis-majlis rasmi tanpa tujuan yang relevan oleh golongan elit VIP.Dengan mempamerkan imej yang elit dan bergaya, wanita sebenarnya telah dieksploitasi oleh golongan tersebut.

Wanita Sebagai dan watak seks dalam novel
Kini sudah menjadi trend atau arus yang menjdikan wanita sebagai watak yang menggoda dan merangsangkan dalam novel-novel terutamanya novel-novel percintaan. Gaya puitis dan mengasyikkan menimbulkan rasa fantasi pembaca. Wanita digambarkan sebagai objek seks yang boleh diperlakukan dengan sesuka hati. Contohnya novel Inggeris tulisan Judith Mc Naught (Perfect),Princess Charming, Cinta Seratus Ela dan pelbagai lagi novel terbitan The Rhythm

Fakta Lain Yang Berkaitan dengan Eksploitasi Wanita.

ط Dalam kenyataan yang dipetik dalam akhbar The News Straits Times yang bertarikh 15 April 2003 yang bertajuk ? Rousing Welcome for 32 Chinese Models?, telah mengalu-alukan kedatangan 32 model yang dalam lawatan untuk pertandingan Ratu Cantik.
ط Negeri Perlis telah dipilih sebagai negeri yang membenarkan lawatan model-model tersebut dengan tujuan untuk mempromosikan negeri terset.
ط Rentetan itu, terdapat pelbagai komen dan respon dari pihak tertentu yang tidak bersetuju dengan tindakan negeri Perlis yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam kerana dianggap telah hilang kebudayaan dan pertimbangan adab dan agama.
ط Syarikat arak Guinness kini menganjurkan pertandingan Guinness Beauty Contest melalui iklan akhbar harian seperti yang disiarkan dalam akhbar The Star (22/5/2003)
ط Pertandingan yang mengguna wanita sebagai objek tarikan untuk diperaga dan sekaligus memikat masyarakat awam untuk minum arak adalah amat menghina dan bercanggah dengan hasrat kerajaan untuk menggalakkan budaya hidup sihat dan bermoral tinggi.
ط Pertandingan yang dianjurkan oleh syarikat ini merupakan gimik bagi mempromosikan produk mereka.

Analisis Keratan Akhbar

POTATOES JUST GOT SEXIER ( The Star 9 January 2003)
Iklan kerepok ?Twisties Xplode? memaprkan keghairahan seorang wanita memakannya dengan menggunakan istilah ?SEXIER? dengan konotasi seolah-olah wanita itu sedang menikmati hubungan seks dengan seorang lelaki

RALPH LAUREN ROMANCE (The Star 16 Ajnuary 2003)
Sepasang muda mudi yang berpakaian tidak senonoh diperagakan sebagai model minyak wangi ?Romance?. Paparan iklan ini turut menggambarkan pergaulan bebas antara remaja lelaki dan perempuan yang membawa kepada perhubungan seks rambang

BELLA DEPILUX HAIR FREE SYSTEM ( The Star 6 January 2003)
Paparan seorang wanita dan bergaya yang tidak senonoh (separuh bogel) dieksplitasi untuk barangan ?Bella Skin Care?

FLAUNT YOUR FIGURE THIS FESTIVE SEASON (The Star 17 January 2003)
Memaparkan wanita yang dieksploitasi untuk iklan alat melangsingkan tubuh badan dan berpakaian menjolok mata bagi menarik perhatian pengguna, serta memaparkan gaya ghairah seperti itu lebih bersifat menarik perhatian wanita tersebut sebagai objek

FLAUNT YOUR PERFORMANCE (The Star 3 January)
Seorang wanita yang berpakaian menjolok mata dieksploitasi sebagai alat untuk melariskan telefon bombit NOKIA.

Undang-undang yang berkaitan dengan eksploitasi wanita
Akta Percetakan dan Penerbitan 1984 dalam Seksyen 7 (1) yang mengawal perkara-perkara berhubung percetakan dan penerbitan. Akta ini memberi kuasa kepada Menteri untuk menghalang secara mutlak atau bersyarat jika berpuas hati bahawa apa-apa penerbitan yang mengandungi artikel, karikatur, gambar, laporan, nota-nota, lagu, muzik kenyataan-kenyataan atau apa-apa sahaja yang boleh menimbulkan prasangka terhadap moral.

Penutup
Eksploitasi akan terus berlaku sekiranya kaum wanita sendiri tidak bertindak dan memperjuangkan nasib mereka. Era globalisasi yang mencengkam bukan satu alasan untuk wanita mengatakan bahawa mereka harus turut serta melayari arus tersebut sehingga diri dieksploitasikan. Pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sering sahaja mengambil kesempatan terhadap wanita. Wanita harus bangkit dan sedar dengan memainkan peranan mereka sepatutnya agar tidak diperjijikan seperti suatu ketika dahulu iaitu pada zaman jahiliyah
Antara langkah yang boleh diambil bagi membanteras eksploitasi adalah dengan cara menampilkan diri dengan pemakaian yang bersopan dan menutup aurat. Kaum wanita juga harus bersuara dengan lantang seperti mengadu kepada badan-badan tertentu bagi menghapuskan mereka yang mengambil kesempatan terhadap kaum wanita. Hukuman yang lebih berat juga patut dikenakan kepada mereka yang tidak bertanggungjawab mempergunakan wanita.
Kerajaan harus memainkan peranan yang penting dalam permasalahan ini dengan menghalang pengeksploitasian berlaku di kalangan wanita. Tindakan tegas oleh kerajaan ini haruslah merangkumi dari segenap sudut iaitu eksploitasi wanita di media, model, ratu cantik dan sebagainya. Pengeksploitasian akan terus menjadi-jadi sekiranya tiada pihak cuba untuk membendungnya.

Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) adalah sebuah pertubuhan NGO yang menjalankan aktiviti penyelidikan, pendidikan, latihan, penerbitan dan mobilasi masyarakat. TERAS bermatlamat untuk membawa transformasi masyarakat Melayu khususnya dan masyarakat komuniti lain amnya bagi membina nilai dan budaya hidup berasaskan mesej Islam sebagai panduan dalam pelbagai bidang kehidupan

Majlis Bertindak Wanita Islam Malaysia (WIM) adalah rangkaian jaringan wanita Islam di Malaysia secara individu dan organisasi, yang prihatin dan bertindak menanganai pelbagai isu sosial yang menjurus, persoalan wanita, pembangunan lapisan komuniti seperti kanak-kanak serta pelbagai isu komuniti seperti alam sekitar, hak asasi dan kebudayaan.

Bookmark and Share

  Member Information For jumaatProfil   Hantar PM kepada jumaat   Quote dan BalasQuote

jumaat
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.03.2006
Ahli No: 23806
Posting: 371

blank   avatar

posticon Posting pada: 18-08-06 16:53

siapa nak bela wanita islam....???sister in islam????mengarut!mereka sedang menghancurkan islam....
islam sekarang makin dihina.....sedarlah sahabat2....wanita islam diperguna!!!!
dimana2 kita dipijak,dijajah.......

Bookmark and Share

  Member Information For jumaatProfil   Hantar PM kepada jumaat   Quote dan BalasQuote

jumaat
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.03.2006
Ahli No: 23806
Posting: 371

blank   avatar

posticon Posting pada: 18-08-06 17:00

ya allah...ampukan dosa2 kami.......berilah kami kekuatan ya allah......
kami diserang begitu teruk oleh musuh2 Mu ya allah....kami tidah berbuat apa-apa ya allah..
kobarkanlah semangat kami untuk berjuang demi islam ya allah.....kobarkanlah...kobarkanlah ya allah....
tunjukkanlah kami jalan yang lurus...jalan yang diredhoi oleh Mu
syahid di jalan kebenaran adalah cita2 tertinggi kami.....
permudahkanlah usaha2 kami di atas jalan kebenaran.......
biar darah2 kami menjadi saksi membela agamaMu....
sedangkan musuh2Mu bertungkus-lumus menghancurkan agama islam tercinta ini,merobek2 maruah umat islam,apakah kami hanya membiarkan mereka berbuat sesuka hati,dayusnya kami kalau macam tu ya allah....
berilah kami kekuatan iman dan ukhwah..sedang hanya Engkau sahajalah penolong kami....

Bookmark and Share

  Member Information For jumaatProfil   Hantar PM kepada jumaat   Quote dan BalasQuote

rasha_aleeya
WARGA SETIA
Menyertai: 27.09.2005
Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu

Kelantan  

posticon Posting pada: 18-08-06 17:12

sepatutnya ustaz ni cuba dekati wanita yang macam tu....sekurangnya dapat membawa dia kearah kebaikan.......ni tak.....asyik-asyik nak yang tudung labuh....saya tak tuduh orang lain....tapi abang saya sendiri......suruh cari bakal isteri untuk dia, tapi syarat utama bertudung labuh.....saya cakap,ala perempuan boleh di ajar...tapi entah lah.....

Bookmark and Share

  Member Information For rasha_aleeyaProfil   Hantar PM kepada rasha_aleeya   Quote dan BalasQuote

farah_hanan
WARGA SETIA
Menyertai: 17.02.2006
Ahli No: 22791
Posting: 987
Dari: terengganu

malaysia  

posticon Posting pada: 18-08-06 17:20

cakap memang boleh...
tapi bila suruh bertindak...habis terketar kepala lutut...
mana peginya jihad!!

jangan cakap saja...bertindak lah sekarang!!

Bookmark and Share

  Member Information For farah_hananProfil   Hantar PM kepada farah_hanan   Quote dan BalasQuote

jumaat
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.03.2006
Ahli No: 23806
Posting: 371

blank   avatar

posticon Posting pada: 18-08-06 17:39

banyak pihak sedang bertindak sekarang ni....JIM,abim,Pas, TERAS....
banyak pihak yang sedar hal ini dan sudah,sedang dan akan terus berusaha memastikan perkara ni semakin berkurang.....banyak pihak sedang berdakwah...berdakwah secara lisan,dengan menulis,dengan akhlak....mereka saling memperingati antara satu sama lain.....
sabarlah dalam berdakwah ini....

Bookmark and Share

  Member Information For jumaatProfil   Hantar PM kepada jumaat   Quote dan BalasQuote

maqnawie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.09.2005
Ahli No: 18647
Posting: 222
Dari: Milik ALlah

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 18-08-06 18:49

bismillah..
alssalamualaikum...

dalam Al Quran ALlah Taala telah berfirman...lebih kurang
perempuan adalah hiasan dunia..

Nabi Muhammad SAW telah bersabda...lebih kurang
sebaik2 perhiasan duniawi adalah perempuan yang solehah..

wasslalam...

Bookmark and Share

  Member Information For maqnawieProfil   Hantar PM kepada maqnawie   Quote dan BalasQuote

telekung
Warga 5 Bintang
Menyertai: 28.07.2003
Ahli No: 2666
Posting: 386
Dari: pusat bandaraya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 18-08-06 19:08

assalamualaikum wbt...
realiti wanita zaman ini yang terlalu agungkan 'human right'...
kononnya itu hak mereka &apa sahaja yang mereka lakukan selagi tidak mengganggu orang lain tak salah...
namun hakikatnya memang mereka dah ganggu insan lain...
disebabkan exploitasi yang berleluasa inilah berlaku peningkatan kes rogol....
yang sedihnya insan yang tak bersalah jadi mangsa kerakusan....
ingat lagi tak pernah bebrapa model melayu yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan masuk pertandingan ratu cantik& berpakaian tidak sopan...
namun kes ni duigugurkan selepas campur tangan dato' shahrizat...
ana naik meluwat...
sampai bila pun masalah exploitasi ni tak kan berkesudahan jika ada beberapa pihak yang jahil ni m'pertahankan mereka...

ana tringat iklan dalam filem remp-it bila pengarah filem mngatakan bukan dia yang memaksa& tak bertanggungjawab ke atas pelakon2nya terutama wanita yang memegang watak2 seksi...tambahnya pula segala watak &aksi lakonan adalah kehendak pelakon tu sendiri...

ini membuktikan wanita zaman kini seolah-olah tiada maruah diri& sewenang2nya menunjukkan aib diri pada khalayak...ana menyeru kaum ukhwah.com jangan tontoni filem tu...memang tak ada kaitan dengan ana...tapi selaku kaum hawa ana malu..

Bookmark and Share

  Member Information For telekungProfil   Hantar PM kepada telekung   Quote dan BalasQuote

telekung
Warga 5 Bintang
Menyertai: 28.07.2003
Ahli No: 2666
Posting: 386
Dari: pusat bandaraya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 18-08-06 19:15

dulu masa mula2 filem embun ada slot 'berkemban' jadi isu hangat...ramai insan begitu prihatin...tapi filem sekarang watak2 wanita rata2 berpakaian 'separuh bogel'...afwan jika ana terkasar bahasa...
tapi ini realiti...mana letaknya maruah wanita...bangga tayang kecantikan diri untuk tatapan umum...
"ya Allah dikau kekalkanlah iman di hati kami...lindungilah kami& moga kami terpelihara...ya Allah moga mereka2 yang tersasar dikurniakan hidayahmu sebelum terlambat....

Bookmark and Share

  Member Information For telekungProfil   Hantar PM kepada telekung   Quote dan BalasQuote

maqnawie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.09.2005
Ahli No: 18647
Posting: 222
Dari: Milik ALlah

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 18-08-06 19:25

sambngn...

yang penting kita kena jaga iman amal..dan buat dakwah tabligh iman amal...
kita blaja2 untuk amal agama yang syumul cara Nabi Muhammad SAW..
yang lelaki beriman/muslim kena tutup aurat dengan sempurna, juga akhlak, juga solat, zakat, haji, puasa, juga kata-kata dan perbuatan dll, jadi soleh..kendian perempuan akan ikut lah..dan akan jadi solehah..so ee zz apa??!!!...
orang bukan Islam akan tengok orang Islam macam zaman kegemilangan Islam terdahlu, pada zaman Nabi Muhammad SAW dan dakwah baginda, merka akan masuk Islam dan beriman dng Allah Taala, kerna kita jadi asbab hidayah...berapa tahun usaha dakwah baginda??13thn Makkah dakwah IMAN YAKEN+10thn Madinah amal syariat...

if kita marah pun xgune..derg lantak aa..kadang-kadang kena lah nasihat, kena gerak kerja, or guna autoriti yang ada..guna medium yang ada...dan make sure aa..kita pun dah amal agama (blaja2) yang syumul itu..cakp sepatah lah tak payah cakap pun, derg akan nak jadi Muslim/beriman..

'sesungguhnya AKU (Allah) iktiraf Islam adalah agama yang syumul'..lebih kurang firman Allah...

Bookmark and Share

  Member Information For maqnawieProfil   Hantar PM kepada maqnawie   Quote dan BalasQuote

maqnawie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.09.2005
Ahli No: 18647
Posting: 222
Dari: Milik ALlah

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 18-08-06 19:26

insyaALlah..AZAM!!!!

Bookmark and Share

  Member Information For maqnawieProfil   Hantar PM kepada maqnawie   Quote dan BalasQuote

husyafiqah_izzati
Warga Rasmi
Menyertai: 08.12.2005
Ahli No: 20971
Posting: 19
Dari: cyberjaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 18-08-06 20:14

hanya memerhati....
walau di dalam hati berkata kata...

Bookmark and Share

  Member Information For husyafiqah_izzatiProfil   Hantar PM kepada husyafiqah_izzati   Quote dan BalasQuote

telekung
Warga 5 Bintang
Menyertai: 28.07.2003
Ahli No: 2666
Posting: 386
Dari: pusat bandaraya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 18-08-06 21:50

Pada 18-08-06 19:26 , maqnawie posting:

!!! QUOTE !!!

insyaALlah..AZAM!!!!

bersemangat waja.... :)

-----------------
TELEKUNG PUTIH BELUM CUKUP UNTUK MENJAMIN SESEORANG KE SYURGA ALLAH.....

Bookmark and Share

  Member Information For telekungProfil   Hantar PM kepada telekung   Quote dan BalasQuote

nuraisha
WARGA SETIA
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18099
Posting: 659
Dari: kuching

Sarawak  

posticon Posting pada: 19-08-06 00:23

perempuan 2 sendiri yang rela...bangga di eksploitasikan..
susah lah nak cakap...
no more comment

Bookmark and Share

  Member Information For nuraishaProfil   Hantar PM kepada nuraisha   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 19-08-06 03:56

!!! QUOTE !!!

sepatutnya ustaz ni cuba dekati wanita yang macam tu....sekurangnya dapat membawa dia kearah kebaikan.......ni tak.....asyik-asyik nak yang tudung labuh....saya tak tuduh orang lain....tapi abang saya sendiri......suruh cari bakal isteri untuk dia, tapi syarat utama bertudung labuh.....saya cakap,ala perempuan boleh di ajar...tapi entah lah.....

apa kata suruh para da`i semua kahwin dengan bohsia2 kat tepi jalan, sebab mereka boleh diajar :lol:

saya sendiri pun letak syarat calon isteri mestilah yang bertudung labuh, salah ke? :-?

Islam letakkan garis panduan supaya kita pilih pasangan yang beragama, so tak salahlah kalau pilih yang tudung labuh kan? antara dua gadis yang sama baik, tapi satu dedah aurat dan satu lagi tutup aurat, yang mana lebih baik? Islam syor pilih yang mana? fikir sendiri...

-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 19-08-06 04:29 ]

Bookmark and Share

  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

Nuralisa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.10.2005
Ahli No: 20057
Posting: 196
Dari: UPSI

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 19-08-06 06:13

Selepas 100 tahun mengalami banyak kekalahan dalam perang salib, orang kristian mula berputus asa lalu mengumpulkan para cerdik pandai mereka untuk mencari jalan menumpaskan Islam. Salah seorang daripada mereka mengangkat Al-Qur'an dan berkata, "kita mesti jauhkan kitab ini daripada mereka (Umat Islam) kerana inilah sumber kekuatan mereka, untuk menjauhkan kitab ini, kita mesti mempergunakan kelemahan mereka iaitu wanita".

-----------------
"Membeli barangan Amerika dan Israel adalah HARAM..."

Shaykh Nasr Farid Wasel (Mufti besar Mesir)

Bookmark and Share

  Member Information For NuralisaProfil   Hantar PM kepada Nuralisa   Quote dan BalasQuote

jumaat
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.03.2006
Ahli No: 23806
Posting: 371

blank   avatar

posticon Posting pada: 20-08-06 11:26

banyakkan ajak wanita-wanita join program2 islamik

Bookmark and Share

  Member Information For jumaatProfil   Hantar PM kepada jumaat   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 20-08-06 11:27

kadang-kadang TAK BOLEH SALAHKAN LELAKI...
WANITA SENDIRI kadang-kadang yang MERELAKAN....

Bookmark and Share

  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

jumaat
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.03.2006
Ahli No: 23806
Posting: 371

blank   avatar

posticon Posting pada: 20-08-06 11:28

jangan bersikap dengki dan berpecah-belah antara organisasi2 wanita islamik......lebih ramai yang sertai program2 islamik.....lebih mudah kaum wanita menghindari eksploitasi terhadap mereka..

Bookmark and Share

  Member Information For jumaatProfil   Hantar PM kepada jumaat   Quote dan BalasQuote

jumaat
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.03.2006
Ahli No: 23806
Posting: 371

blank   avatar

posticon Posting pada: 20-08-06 11:33

tapi,yang kadang-kadang mengecewakan kita.....
banyak program yang melibatkan wanita,lelaki pun turut sama join....
maka berlakulah percampuran antara lelaki dengan perempuan.....
ini boleh menyuburkan maksiat.....
perbanyakkanlah lagi ajak remaja2 wanita ke program2 islamik yang dihadiri oleh wanita sahaja...tak ada campur2 laki-wanita....supaya lebih rapat lagi ukhwah antara wanita..
lebih mudah bertukar2 pendapat dan kongsi masalah..
.kaum wanita lebih memahami masalah mereka sendiri....

Bookmark and Share

  Member Information For jumaatProfil   Hantar PM kepada jumaat   Quote dan BalasQuote

rasha_aleeya
WARGA SETIA
Menyertai: 27.09.2005
Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu

Kelantan  

posticon Posting pada: 21-08-06 11:10

Pada 19-08-06 03:56 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

sepatutnya ustaz ni cuba dekati wanita yang macam tu....sekurangnya dapat membawa dia kearah kebaikan.......ni tak.....asyik-asyik nak yang tudung labuh....saya tak tuduh orang lain....tapi abang saya sendiri......suruh cari bakal isteri untuk dia, tapi syarat utama bertudung labuh.....saya cakap,ala perempuan boleh di ajar...tapi entah lah.....

apa kata suruh para da`i semua kahwin dengan bohsia2 kat tepi jalan, sebab mereka boleh diajar :lol:

saya sendiri pun letak syarat calon isteri mestilah yang bertudung labuh, salah ke? :-?

Islam letakkan garis panduan supaya kita pilih pasangan yang beragama, so tak salahlah kalau pilih yang tudung labuh kan? antara dua gadis yang sama baik, tapi satu dedah aurat dan satu lagi tutup aurat, yang mana lebih baik? Islam syor pilih yang mana? fikir sendiri...

bukan suruh kawin bohsia lah cik abang oi!!!
kenyataan saya bersebab....one of my friend ni....seorang cikgu tadika dulu bersekolah agama.....baik pekertinya....kami nak match dia dengan seorang ustaz......tapi ustaz tu terus reject dia sebab tak bertudung labuh.....wajar ke macam tu.....
mungkin mereka dah tak ada jodoh tapi jangan benda tu dijadikan alasan....betul tak......

-----------------
Whatever Happen life still go on

Bookmark and Share

  Member Information For rasha_aleeyaProfil   Hantar PM kepada rasha_aleeya   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar

posticon Posting pada: 21-08-06 13:20

Pada 20-08-06 11:27 , rimbabara posting:

!!! QUOTE !!!

kadang-kadang TAK BOLEH SALAHKAN LELAKI...
WANITA SENDIRI kadang-kadang yang MERELAKAN....

Betul tu..

Bookmark and Share

  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

fadzlyz
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2006
Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 21-08-06 15:43

betul!!!

Bookmark and Share

  Member Information For fadzlyzProfil   Hantar PM kepada fadzlyz   Quote dan BalasQuote

comel
Warga 5 Bintang
Menyertai: 12.06.2003
Ahli No: 1334
Posting: 399
Dari: Mont'Kiara

NegeriSembilan  

posticon Posting pada: 21-08-06 15:53

Semuanya telah menjadi tanggungjawab kita semua untuk membetulkan dan membimbing mereka.

sama-samalah kita saling tegur menegur dan nasihat menasihati.

Kita juga harus bijak dalam mengatasi masalah ini.....

Bookmark and Share

  Member Information For comelProfil   Hantar PM kepada comel   Quote dan BalasQuote

Al-Aniesah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24052
Posting: 264
Dari: Bumi Allah

ukraine   avatar

posticon Posting pada: 21-08-06 17:24

entah apa nak jadi.... :-?

Bookmark and Share

  Member Information For Al-AniesahProfil   Hantar PM kepada Al-Aniesah   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 21-08-06 20:29

Pada 21-08-06 11:10 , rasha_aleeya posting:

!!! QUOTE !!!

....one of my friend ni....seorang cikgu tadika dulu bersekolah agama.....baik pekertinya....kami nak match dia dengan seorang ustaz......tapi ustaz tu terus reject dia sebab tak bertudung labuh.....wajar ke macam tu.....
mungkin mereka dah tak ada jodoh tapi jangan benda tu dijadikan alasan....betul tak......

salah ke kalau letak syarat bertudung labuh?

biasa lah ustaz kalau cari pasangan yang betul-betul tutup aurat, bukan separuh2 saja...

benchmarknya: mana lebih tutup aurat, antara yang bertudung labuh dengan bertudung singkat?

-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|

Bookmark and Share

  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

InginTahu
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.07.2006
Ahli No: 25067
Posting: 116
Dari: malaysia

NegeriSembilan  

posticon Posting pada: 22-08-06 14:08

Pada 19-08-06 00:23 , nuraisha posting:

!!! QUOTE !!!

perempuan 2 sendiri yang rela...bangga di eksploitasikan..
susah lah nak cakap...
no more comment

hak..hak ye itu yang sebenarnya!!

jika mereka(wanita) itu sedar akan harga/maruah diri.. mereka tidak akan sewenang2nya membiarkan diri mereka dieksploitasiikan oleh SESIAPA walau dalam apa pun bentuk penyampaian(iklan ka, apa ka..)

apa cerita neyy... nasihatilah sesama kamu semua... jangan lah tonjolkan jari tu pada orang 'lain'....

-----------------
"Ambil Tahu sesuatu perkara, tidak semestinya sibuk menjaga tepi kain orang-itu lebih baik dari menjadi kera sumbang!"

Bookmark and Share

  Member Information For InginTahuProfil   Hantar PM kepada InginTahu   Quote dan BalasQuote

InginTahu
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.07.2006
Ahli No: 25067
Posting: 116
Dari: malaysia

NegeriSembilan  

posticon Posting pada: 22-08-06 14:13

Pada 21-08-06 20:29 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 21-08-06 11:10 , rasha_aleeya posting:

!!! QUOTE !!!

....one of my friend ni....seorang cikgu tadika dulu bersekolah agama.....baik pekertinya....kami nak match dia dengan seorang ustaz......tapi ustaz tu terus reject dia sebab tak bertudung labuh.....wajar ke macam tu.....
mungkin mereka dah tak ada jodoh tapi jangan benda tu dijadikan alasan....betul tak......

salah ke kalau letak syarat bertudung labuh?

biasa lah ustaz kalau cari pasangan yang betul-betul tutup aurat, bukan separuh2 saja...

benchmarknya: mana lebih tutup aurat, antara yang bertudung labuh dengan bertudung singkat?

mungkin bukan tentang isu tudung labuh yang si ustaz ini terus reject!! mesti ada perkara lain yang membuat ustaz ini membuat keputusan sedemikian rupa.... hanya Allah swt dan ustaz itu sahja yang tahu.... fikir2kann...

-----------------
"Ambil Tahu sesuatu perkara, tidak semestinya sibuk menjaga tepi kain orang-itu lebih baik dari menjadi kera sumbang!"

Bookmark and Share

  Member Information For InginTahuProfil   Hantar PM kepada InginTahu   Quote dan BalasQuote

Annursyam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.08.2004
Ahli No: 10824
Posting: 317
Dari: Jelapang padi

Kedah  

posticon Posting pada: 22-08-06 14:16

Pada 21-08-06 20:29 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 21-08-06 11:10 , rasha_aleeya posting:

!!! QUOTE !!!

....one of my friend ni....seorang cikgu tadika dulu bersekolah agama.....baik pekertinya....kami nak match dia dengan seorang ustaz......tapi ustaz tu terus reject dia sebab tak bertudung labuh.....wajar ke macam tu.....
mungkin mereka dah tak ada jodoh tapi jangan benda tu dijadikan alasan....betul tak......

salah ke kalau letak syarat bertudung labuh?

biasa lah ustaz kalau cari pasangan yang betul-betul tutup aurat, bukan separuh2 saja...

benchmarknya: mana lebih tutup aurat, antara yang bertudung labuh dengan bertudung singkat?

maksud tudung singkat tu macam mana? kalau dah tutup bahgian dada tu dah dikira ok..

biasalah nama pun ustaz, tak dernye nak pandang perempuan yang bertudung singkat.. walaupun tak semua. :-P

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For AnnursyamProfil   Hantar PM kepada Annursyam   Pergi ke Annursyam's Website   Quote dan BalasQuote

Annursyam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.08.2004
Ahli No: 10824
Posting: 317
Dari: Jelapang padi

Kedah  

posticon Posting pada: 22-08-06 14:19

eksploitasi wanita...

rata2nya memang begitu...
wanita...wanita...wanita...even nak iklan ubat gigi pun wanita jugak, kenapa, lelaki tak ada gigi ke...

Bookmark and Share

  Member Information For AnnursyamProfil   Hantar PM kepada Annursyam   Pergi ke Annursyam's Website   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 22-08-06 15:45

Pada 21-08-06 11:10 , rasha_aleeya posting:

!!! QUOTE !!!

bukan suruh kawin bohsia lah cik abang oi!!!
kenyataan saya bersebab....one of my friend ni....seorang cikgu tadika dulu bersekolah agama.....baik pekertinya....kami nak match dia dengan seorang ustaz......tapi ustaz tu terus reject dia sebab tak bertudung labuh.....wajar ke macam tu.....
mungkin mereka dah tak ada jodoh tapi jangan benda tu dijadikan alasan....betul tak......

Tak apalah.. ustaz tu ada pendirian yang teguh.. tak perlu dipertikaikan..
[ Telah diedit oleh: fatin3 pada 22-08-06 15:47 ]

Bookmark and Share

  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  

posticon Posting pada: 22-08-06 15:50

Dah nama pun perempuan itu pun fitnah!!! kalau dieksplotasi lagi lah bukan fitnah dah namanya....meletup lagi...paling senang..dok rumah sudah...ehehehe...insyaALLAH kurang fitnah tu...tapi ada pendapat yang lebih bernas...kerja pun tak salah jugak kan...em perempuan2..pandai2 lah anda...

Bookmark and Share

  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

rasha_aleeya
WARGA SETIA
Menyertai: 27.09.2005
Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu

Kelantan  

posticon Posting pada: 22-08-06 17:49

kadang tu dok rumah pun kena tempias fitnah jugak.....macam ada kawan saya ni,dok rumah tak kerja.....ada pula orang nak fitnah kononnya dia tak kasihan kat husband dia kerja seorang,padahal dia ada degree.......so, what do you think....
lumrah manusia kut tak boleh tengok orang senang.....

Bookmark and Share

  Member Information For rasha_aleeyaProfil   Hantar PM kepada rasha_aleeya   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 22-08-06 17:54

kesimpulannyer.. kita buatla apa yang kita mampu buat.. mengikut syariat.. apa orang nak kata.. ambil yang baik.. ketepikan yang tak baik.. gunakan proses tapisan berpandukan landasan Islam.. proses tapisan tu memerlukan ketabahan.. pada Allah jualah kita mohon agar diberikan kekuatan.. tak mungkin kita dapat puaskan hati semua pihak.. tapi, cukuplah sekadar kita usaha yang terbaik untuk menghindari kemurkaan Allah.. itulah yang lebih penting.. tak mampu buat semua.. buat setakat yang termampu.. Allah lebih Mengetahui apa niat kita.. tujuan kita.. janganlah kerana sifat manusia melemahkan kita dari menunaikan hak-hakNya.. wallahualam..
[ Telah diedit oleh: fatin3 pada 22-08-06 17:58 ]

Bookmark and Share

  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

hazrul_hakimin
Warga Rasmi
Menyertai: 20.08.2006
Ahli No: 25935
Posting: 17
Dari: kuktem

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 22-08-06 18:32

HANYA SYARIAT ISLAM YANG DAPAT MEMBELA HAK ASASI KAUM WANITA.SEMUANYA JELAS DALAM ALQURAN DAN HADITH.BUKAN SHAHRIZAT ABD JALIL.BUKAN NORI ABDULLAH AHMAD BADAWI.BUKAN MARINA MAHATHIR.

Bookmark and Share

  Member Information For hazrul_hakiminProfil   Hantar PM kepada hazrul_hakimin   Pergi ke hazrul_hakimin's Website   Quote dan BalasQuote

daei_fi_islam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.04.2006
Ahli No: 24248
Posting: 98
Dari: johor

Johor  

posticon Posting pada: 22-08-06 21:52

Pada 22-08-06 18:32 , hazrul_hakimin posting:

!!! QUOTE !!!

HANYA SYARIAT ISLAM YANG DAPAT MEMBELA HAK ASASI KAUM WANITA.SEMUANYA JELAS DALAM ALQURAN DAN HADITH.BUKAN SHAHRIZAT ABD JALIL.BUKAN NORI ABDULLAH AHMAD BADAWI.BUKAN MARINA MAHATHIR.

hehehe...agak kasar tapi memang betul tu hazrul_hakimi.... jangan lah kita cuba berharap kepada mereka yang tak tau menjaga tatasusila sebagai muslimah untuk membela hak golongan muslimat yang lain...PEACE!!!!

Bookmark and Share

  Member Information For daei_fi_islamProfil   Hantar PM kepada daei_fi_islam   Pergi ke daei_fi_islam's Website   Quote dan BalasQuote

nabilpoyo
WARGA SETIA
Menyertai: 13.12.2005
Ahli No: 21141
Posting: 730
Dari: Kuantan + penang + KL + jakarta

blank   avatar

posticon Posting pada: 23-08-06 00:12

wanita tu sendiri harus sedar akan masalah seperti ini....islam dah bagi jalan dan cara nya........hya kita yang memilih nya

Bookmark and Share

  Member Information For nabilpoyoProfil   Hantar PM kepada nabilpoyo   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 23-08-06 01:10

Pada 22-08-06 15:45 , fatin3 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 21-08-06 11:10 , rasha_aleeya posting:

!!! QUOTE !!!

bukan suruh kawin bohsia lah cik abang oi!!!
kenyataan saya bersebab....one of my friend ni....seorang cikgu tadika dulu bersekolah agama.....baik pekertinya....kami nak match dia dengan seorang ustaz......tapi ustaz tu terus reject dia sebab tak bertudung labuh.....wajar ke macam tu.....
mungkin mereka dah tak ada jodoh tapi jangan benda tu dijadikan alasan....betul tak......

Tak apalah.. ustaz tu ada pendirian yang teguh.. tak perlu dipertikaikan..

kalau saya pun saya akan reject juga perempuan tu, selagi ada pilihan yang lebih baik Kenapa saya nak terima yang kurang baik?

seetengah lelaki lebih peka tentang aurat berbanding dengan sesetengah wanita, Kenapa ye :roll:

-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|

Bookmark and Share

  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar

posticon Posting pada: 23-08-06 13:00

tkkan baru sedar agaknya....
hehehe...
lama dah dipergunakan..
diperbodohkan..
dipermainkan...
dan macam-macam lagi...
bukan sahaja oleh lelaki2 jongos..
tapi oleh2 perempuan(wajarkah perempuan) juga...
tapi dimana suara2 pertubuhan wanita...
sangap....
yang ada bila soal itu menyentuh secara terus mengenai islam..
bab tu memang SIS ni suka..
tak percaya tanya nori dengan marina..

wanita entahlah........
yang baik untuk yang baik..
yang terbaik untuk yang terbaik.....
itu janji ALLAH...
tapi mutiara itu asalnya didasar lautan..yang berselut kotor dan hitam.
dibersihkan ia dan akhirnya menjadi mutiara yang sangat putih dan cantik.
ingatlah...yang baik itu tidak kekal selamanya baik..
yang jahat itu tidak dijadikan ALLAH jahat selamanya..
jika kita tak mampu mengutip benda yang kotor..
siapa lagi nak kita harapkan?
sanggup kita biarkan mereka ini terus dibayangi dosa.

p/s...yang terbaik itu...yang mentaati tuhannya...
        yang baik itu...yang menuruti segala suruhan tuhannya..
         yang ***** itu..yang tidak berani menyatakan pendiriannya.

Bookmark and Share

  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

kembara_girl
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2006
Ahli No: 25715
Posting: 408
Dari: jengka,Pahang

malaysia  

posticon Posting pada: 24-08-06 18:02

bantulah mereka ini....
tapi saya tengok biasa yang berpakaian seksi adalah datang dari budak-budak yang bersekolah agama...
saya tak cakap orang lain tapi saya ada ramai member yang bersekolah agama tapi berpakaian segala benda nampak...baju Kalau pakai saiz baju umur budak 3 tahun,habis pusat keluar...tu belum kira pakai suar yang nampak lurah2 dendam...
bila saya tanya dimana letak ilmu yang anda belajar dulu...mereka akan jawab,kitorang tak puas enjoy..zaman remaja mereka kena sekat dengan mak ayah...masuk sekolah agama pun sebab kena paksa...bila dah tamat zaman sekolah dan dah pandai cari duit sendiri,mereka cakap ni lah masa untuk balas dendam...
yang macam ni lagi teruk...ilmu agama banyak belajar bab aurat,akidah dan macam-macam lagi tapi perangai teruk dari cina...SIAPA yang SALAH?MAK AYAH?Sebab paksa mereka sekolah agama...Apa hal tepuk dada tanya iman...

kerajaan pun kena ada guideline lah u pakaian yang masuk dalam negara kita...
ini salah satu cara orang kafir laknatullah nak jatuhkan islam...tak dapat guna cara kasar diorabf guna cara halus....mereka dah pernah ckap kan...
satu lago sekat ar aktiviti atau rancangan yang boleh membuat anak2 remja kita semakin teruk..tak payah tengok benda lain ar..tengok saja rancangan kat tv yang menayangkan artis2 perempuan sekarang ni,pakaian teruk pada orang cine india lagi...

Bookmark and Share

  Member Information For kembara_girlProfil   Hantar PM kepada kembara_girl   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 24-08-06 18:48

!!! QUOTE !!!

tapi saya tengok biasa yang berpakaian seksi adalah datang dari budak-budak yang bersekolah agama...
saya tak cakap orang lain tapi saya ada ramai member yang bersekolah agama tapi berpakaian segala benda nampak...baju Kalau pakai saiz baju umur budak 3 tahun,habis pusat keluar...tu belum kira pakai suar yang nampak lurah2 dendam...

alhamdulillah, kawan-kawan saya yang sama-sama belajar agama tak pernah saya nampak buat perangai macam ni, semuanya masih kekalkan cara berpakaian sepertimana masa belajar dulu.

ilmu tanpa amal umpama pokok tanpa buah, sia-sia...

ilmu tanpa amal adalah suatu kebodohan, dan amal tanpa ilmu adalah suatu penipuan (Imam al-Ghazzali)

semoga kita semua terus istiqamah, insyaAllah...

-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|

Bookmark and Share

  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

Marziana_
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.10.2005
Ahli No: 20064
Posting: 96
Dari: Bumi Allah

Perak   avatar

posticon Posting pada: 26-08-06 16:02

Pada 19-08-06 03:56 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

sepatutnya ustaz ni cuba dekati wanita yang macam tu....sekurangnya dapat membawa dia kearah kebaikan.......ni tak.....asyik-asyik nak yang tudung labuh....saya tak tuduh orang lain....tapi abang saya sendiri......suruh cari bakal isteri untuk dia, tapi syarat utama bertudung labuh.....saya cakap,ala perempuan boleh di ajar...tapi entah lah.....

apa kata suruh para da`i semua kahwin dengan bohsia2 kat tepi jalan, sebab mereka boleh diajar :lol:

saya sendiri pun letak syarat calon isteri mestilah yang bertudung labuh, salah ke? :-?

Islam letakkan garis panduan supaya kita pilih pasangan yang beragama, so tak salahlah kalau pilih yang tudung labuh kan? antara dua gadis yang sama baik, tapi satu dedah aurat dan satu lagi tutup aurat, yang mana lebih baik? Islam syor pilih yang mana? fikir sendiri...

Assalamualaikum..

benar kata-kata saudara..
dah tentulah Islam syorkan pilih yang tutup aurat..

-----------------
Benarlah tiada IMAN tanpa ISLAM,dan benarlah tiada ISLAM tanpa IMAN.

Membangun bersama ISLAM.
Takbir! ALLAHUAKBAR..

Bookmark and Share

  Member Information For Marziana_Profil   Hantar PM kepada Marziana_   Quote dan BalasQuote

jumaat
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.03.2006
Ahli No: 23806
Posting: 371

blank   avatar

posticon Posting pada: 26-08-06 22:48

FAHAM islam...baru kita dapat ikhlaskan diri dalam beramal...

Bookmark and Share

  Member Information For jumaatProfil   Hantar PM kepada jumaat   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 27-08-06 16:40

erm.. ada kala, bila terserempak dengan kempen2 memperjuangkan hak wanita.. yang diterajui oleh dato' shahrizat.. erm.. tertanya juga.. apakah hak wanita yang ingin diperjuangkan? sedangkan islam telah meletakkan wanita dengan kedudukan yang begitu istimewa.. seandainya, islam menjadi pegangan.. tapi.. apabila wanita islam sendiri memandang remeh pada kedudukan istimewa yang dihadiahkan buat mereka.. masihkah mereka mengimpikan kedudukan dan hak-hak yang istimewa? wallahualam.. semoga Allah mengampuni kita.. atas kejahilan dan kedhaifan..

merujuk pada bekas pelajar sekolah agama yang tak puas enjoy.. erm, ada juga rakan sekolah saya dulu yang sedemikian.. tapi, itu bukanlah ruang untuk kita merasa kita lebih baik dari mereka.. Kalau boleh.. cuba hampiri mereka dan ingatkan mereka.. ilmu tu, adalah satu amanah.. yang akan ditanya kelak di akhirat, adakah kita memanfaatkan untuk diri kita dan orang lain.. dan nerakalah habuan untuk mereka yang menyia-nyiakan ilmu yang telah dimiliki.. ilmu adalah untuk diamal.. bukan diseleweng.. ingatan ini buat diri saya.. semoga saya dilindungi dari sikap menyia-nyiakan ilmu.. semoga Allah mengampuni saya atas kelalaian dari mengamalkan ilmu yang dipelajari.. apatah lagi yang disebarkan.. sama-samalah kita memohon agar dapat saling mengamalkan ilmu yang bermanfaat dan dihindari dari ilmu yang membawa kecelakaan..

wallahualam..

Bookmark and Share

  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 27-08-06 16:49

Pada 24-08-06 18:02 , kembara_girl posting:

!!! QUOTE !!!

kerajaan pun kena ada guideline lah u pakaian yang masuk dalam negara kita...
ini salah satu cara orang kafir laknatullah nak jatuhkan islam...tak dapat guna cara kasar diorabf guna cara halus....mereka dah pernah ckap kan...
satu lago sekat ar aktiviti atau rancangan yang boleh membuat anak2 remja kita semakin teruk..tak payah tengok benda lain ar..tengok saja rancangan kat tv yang menayangkan artis2 perempuan sekarang ni,pakaian teruk pada orang cine india lagi...

ayat ini mengingatkan saya pada satu kejadian.. diwaktu seorang artis dengan lantang menyeru supaya para mufti mengeluarkan etika berpakaian bagi wanita.. sedih rasanya.. sedangkan al-Quran telahpon menerangkan dengan jelas.. tentang etika berpakaian.. inilah akibatnya Islam Liberal yang tidak disekat.. dasar Sekularisme yang tidak dibendung..

Bookmark and Share

  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

akasia
WARGA SETIA
Menyertai: 21.03.2006
Ahli No: 23581
Posting: 754
Dari: bandar minyak bumi kenyalang

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 27-08-06 16:58

aiman tak kisah.....janji tutup aurat... tapi bukan tutup macam bngkus nangka....dah macam tak bernafas pula tengok nya....erm...maybe word tutup tu tak kena....mean jaga aurat k..... hope semua puteri2 muslimah memelihara aurat anda ktermasuk lah saya sendiri menasihati diri saya.......

Bookmark and Share

  Member Information For akasiaProfil   Hantar PM kepada akasia   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.162378 saat. Lajunya....