Oleh |
Hatim Al-Asham |
AnisAqilah
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.06.2003 Ahli No: 1446
Posting: 261
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 21-08-03 09:34
15 Tahun Pura Pura Tuli… Seorang sufi bernama Hatim Al-Asham pernah menjalani hidup dalam ketulian selama 15 tahun, bukan betul2 tuli, tapi hanya pura-pura. Ceritanya, pada satu hari dia di datangi seorang perempuan untuk bertanya sesuatu masalah agama. Ketika mulut perempuan itu terkumat kamit mengajukan pertanyaan, tiba- tiba terdengar bunyi.. ”tut…” dari tempat duduknya. Tegasnya, wanita itu terkentut dengan tidak disengajakan. Hatim berpura-pura tidak mendengar bunyi itu, kerana dia tidak mahu membuat wanita tamunya itu merasa malu. Untuk meyakinkan wanita itu bahawa bunyi “letupannya” tidak terdengar, maka dia bersikap seperti orang tuli yang tidak kuat pendengarannya. “cakap kuat-kuat! Pendengaranku kurang jelas..!” kata Hatim sambil meletakkan tangan pada telinganya. Wanita itu mengulangi pertanyaannya dengan suara yang kuat. Dia gembira kerana menyangka Tuan Guru Hatim tidak mendengar bunyi angin yang terkeluar daripadanya. Kemudian Hatim memberi jawapan atas pertanyaan yang dikemukakan oleh wanita tadi. Lucunya, selepas peristiwa itu Hatim terus menerus bersikap seperti orang tuli. Setiap kali ada orang bercakap dengannya, dia selalu memerintahkan: “kuat sikit… pendengaran ku tidak jelas.” Demikian juga setiap kali ada orang mengajukan pertanyaan kepadanya, dia sentiasa berkata : “ulangi pertanyaanmu dengan kuat, pendengaranku kurang jelas..” Mengapa Hatim berbuat demikian? Kerana dia tidak ingin wanita tadi mengetahui bahawa dia tidak tuli sehingga malu untuk datang lagi kepadanya. Lima belas tahun kemudian, wanita itu meninggal dunia. Maka barulah Hatim menjawab pertanyaan yang diajukan kepadanya dengan cepat tanpa meminta agar mengulangi pertanyaannya. Disebabkan sikapnya itu dia mendapat julukan Hatim Al-Ashamn yang ertinya Hatim tuli.. Begitulah ceritanya….. ----------------- Tertawalah pada segala cubaan, kerana dunia ini hanya kosong belaka, terimalah sepuluh kekalahan sebelum menerima satu kemenangan
|
widad
Warga 4 Bintang Menyertai: 20.05.2003 Ahli No: 647
Posting: 199
Dari: bumi allah
|
Posting pada: 25-08-03 21:08
assalamualaikum....
ya rabb...begitu sekali dia menjaga aib seorng manusia...
semoga kita mengambil iktibar dia ats cerita2 tuh...dan amalkan dalam kehidupan hariaan kita...wallahua'lam...
|
littlemuslimah
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 100
Posting: 777
Dari: ::uia @ penang::
|
Posting pada: 27-08-03 17:30
hmm... macam tu contoh tuan guru yang baik.
sebegitu baik dia melayan dan mnghargai anak muridnya,
dan sebegitu baik dia menjaga aib orang lain.
sama-samalah kita mencontohi Hatim al-Asham
|
ibnu_sina
Warga Rasmi Menyertai: 07.06.2003 Ahli No: 1166
Posting: 7
Dari: Kuala Terengganu
|
Posting pada: 01-09-03 16:39
assalamualaikum......
Bagus tuu....
Allah akan menjaga aib kita jika kita menjaga aib orang. ----------------- [img]http://www.darulnuman.com/pics/kaligrafi/11.gif[/img]
|
shahirah_huda
Warga 4 Bintang Menyertai: 03.07.2003 Ahli No: 1982
Posting: 335
Dari: AS
|
Posting pada: 03-09-03 17:24
emm.semoga ianya menjadi contoh kepada kita insyaallah..begitulah sekiranya kita menjaga aib org lain..insyaallah aib kita jua akan dijaga sebegitu rupa...
|
jilul_QURAN
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 112
Posting: 213
Dari: Kuala Terengganu
|
Posting pada: 04-10-03 16:23
Contohilah mereka..semoga hidup kita mendapat barokah dan rahmat dari Allah SWT.
|
Hubb_qilaf
Warga 1 Bintang Menyertai: 28.06.2003 Ahli No: 1762
Posting: 39
Dari: USM Health Campus
|
Posting pada: 29-10-03 16:36
Mmg sgt mengkagumkan .. insan mulia spt HATIM,tp tak ramai yg sepertinyakan,ini sbnrnya adlh peringatan utk dr kita...yg kdgkala atau selalunya suka mengata2 org dan memalukan org lain..semoga kt dpt mencontohi peribadi mulianya.. ----------------- Solehah woman smiles in trouble,
Gather strength from doa,
And grow brave by istighfar and solat,
Her great love is only for Allah....
|