Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Layang-layang naik ke udara kerana menentang angin bukan kerana mengikut arah angin

-- Kang

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 92
Ahli: 0
Jumlah: 92




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 10 hari yang lalu
Kang: 28 hari yang lalu
lidah-penghunus: 30 hari yang lalu
muslimin23: 39 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Peralatan
Topik: Menonton wayang di kaca mata


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Peralatan
    »» Menonton wayang di kaca mata

Please Mendaftar To Post


Oleh Menonton wayang di kaca mata

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 13-08-06 10:29


TEKNOLOGI boleh pakai (wearable technology) mungkin suatu yang masih baru tetapi perkembangannya semakin menarik dengan pelbagai syarikat dan pencipta berusaha memperkenalkan gajet-gajet terbaru di pasaran.

Bagaimanapun, pengenalan produk-produk terbaru di pasaran kini bukan hanya untuk memenuhi permintaan ‘kaki’ gajet tetapi juga bagi memenuhi naluri mereka yang mementingkan fesyen.

Maka pergabungan teknologi dan fesyen telah menjadi seakan suatu keperluan yang tidak boleh diketepikan ketika para pencipta berusaha melahirkan ciptaan terbaru mereka.

Jika sebelum ini ada syarikat yang telah memperkenalkan jaket, topi atau cermin mata yang boleh memainkan lagu-lagu MP3, kini mereka melangkah lagi dengan memperkenalkan cermin-cermin mata yang boleh berfungsi seperti sebuah skrin komputer, televisyen atau panggung wayang.

Sebuah syarikat baru yang berpangkalan di Westwood, Massachusetts, Amerika Syarikat, MicroOptical Corporation baru-baru ini telah memperkenalkan gajet terbaru yang bakal merevolusikan dunia paparan pengguna dengan pengenalan ‘Myvu’.

Myvu merupakan cermin mata yang membolehkan pengguna melihat video seolah-olah menonton di skrin besar walaupun ia hanya dimainkan di alat pemain video bergerak seperti iPod atau telefon bimbit multimedia.

“Konsep menonton video bergerak semakin menjadi kenyataan tetapi terdapat konflik dalam perkara ini kerana pengguna mahukan peranti yang kecil tetapi pada masa yang sama inginkan skrin besar,’’ kata Ketua eksekutif MicroOptical, Mark Spitzer.

Kaca mata atau ‘eyewear’ Myvu itu menggunakan teknologi paparan kanta optik dan pembesaran terkini. Bagi mengatasi masalah saiz, MicroOptical telah menggunakan teknologi paparan yang digunakan dalam industri kesihatan, ketenteraan dan sebagainya untuk digunakan dalam produk terkini itu.

Myvu didatangkan dengan kabel penyambung audio/visual (AV) yang biasa, pek kuasa bateri yang boleh diletakkan dalam beg kecil. Bateri dan set telefon telinga juga boleh diletakkan bersama peranti bergerak (seperti telefon atau iPod) dan satu beg pinggang atau `pouch.’

Teknologi paparan eyewear bukan suatu yang baru kerana sebelum ini ia diperkenalkan untuk digunakan bersama komputer buku bagi pengguna yang inginkan ‘privasi.’ Bagaimanapun, produk ini gagal di pasaran.

Kegagalan pengenalan produk-produk paparan boleh dipakai di mata sebelum ini kerana penciptanya tidak mementingkan gaya kerana ia kelihatan seperti ‘goggle’ atau cermin mata yang digunakan penyelam. Selain itu, sebenarnya tidak ramai pengguna yang benar-benar meminta produk seumpama itu diperkenalkan.

Belajar daripada kegagalan produk tersebut, MicroOptical telah menggabungkan teknologi dan fesyen dengan menjadikan Myvu dilengkapi bingkai yang nipis serta bergaya.

Keistimewaan pemakai alat ini ialah pengguna masih boleh melihat keadaan sekeliling walaupun sedang menonton wayang di cermin mata mereka.

Kajian mendapati pengguna tidak mahu menggunakan cermin penayang skrin besar ini jika ia menghalang terus pemandangan. Ini kerana mereka merasa tidak selamat jika tidak dapat melihat sekeliling ketika sedang menonton di kaca mata.

Maklumat lanjut mengenai Myvu boleh diperoleh di laman web www.myvu.com.

Selain Myvu, beberapa lagi produk untuk menonton video atau bahan-bahan multimedia di ‘skrin besar’ yang terdapat di kaca mata telah diperkenalkan seperti produk EyeCinema dari Estar dan iTheater dari EMG.

Cermin iTheater didatangkan dalam tiga jenis bagi disesuaikan dengan bentuk hidung atau saiz muka seseorang. Seperti Myvu, cermin mata ini juga membolehkan pengguna melihat kawasan sekeliling walaupun ketika sedang menonton filem di iTheater.

Sudah semestinya, cermin mata seumpama ini akan lebih banyak dibangunkan selepas ini kerana ia akan menjadi pelengkap kepada mereka yang suka menonton walaupun berada di jalanan.

Bagaimanapun, produk-produk tersebut seharusnya berusaha memberikan kualiti imej video yang terbaik selain mempunyai sistem audio berkualiti tinggi untuk menarik lebih ramai pembeli.

Jika cermin-cermin mata seumpama ini telah banyak di pasaran, mungkin suatu hari nanti kita tidak lagi memerlukan set televisyen atau skrin komputer kerana semuanya boleh disambungkan kepada pemain DVD, komputer atau peranti multimedia bergerak, termasuk telefon bimbit.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 13-08-06 10:30



    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.082742 saat. Lajunya....