Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika tak dapat menjadi paus gagah di lautan, jadilah keli lincah di sungai

-- Dari Buku Revolusi Mental

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 220
Ahli: 0
Jumlah: 220




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Berdakwah Bukannya Senang....


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Berdakwah Bukannya Senang....

Please Mendaftar To Post


Oleh Berdakwah Bukannya Senang....

KIKO
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.02.2005
Ahli No: 14072
Posting: 251
Dari: Kota Kinabalu Sabah...

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 09-08-06 09:44


Saya ada terbaca keratan akhbar mengenai Inspektor polis kristian yang masuk Islam.

Bagi menjawab persoalan mengapa orang Islam nak murtad, dari pemerhatian saya, ia banyak melibatkan golongan wanita islam. I dont have the stats but please correct me if im wrong.

Dan salah satu sebab utama mengapa wanita ini murtad adalah kerana cinta dan kasih sayang dari pasangannya bukan Islamnya. Kebanyakan wanita yang murtad ini menyangka kehidupan moden adalah kehidupan yang mengikut kehidupan orang putih khususnya. Dan mereka memandang orang putih lebih romantis, lebih penyayang dan lebih understanding dengan perasaan dan jiwa mereka.

Wanita pada lumrahnya banyak membuat keputusan berdasarkan perasaannya, berbanding factual (fakta) dan rasional. Atas sebab inginkan kasih sayang, pemahaman dan tanggapan sendiri bahawa lelaki islam kurang romantis dan kurang understanding (melayu khususnya), mereka bertindak di luar batasan, hingga sanggup bertukar agama semata mata mengikut kekasih.

Sementara isu wanita yang dahagakan kasih sayang dan perhatian dari lelaki yang dapat memahami jiwanya dikaji dengan lebih mendalam, kita sebagai orang Islam sepatutnya tanya diri kita balik.

Kita tahu Islam itu sempurna ajarannya dan satu agama yang benar. Tetapi dalam kehidupan seharian kita, adakah kita "berdakwah" atau cuba mempamerkan agama yang kita anuti itu kepada bangsa lain? Berapa ramai orang bukan islam yang sudah anda bawa masuk Islam?

Itulah yang sepatutnya kita tanya diri kita, sesuatu yang sepatutnya dalam kawalan kita (berdakwah ajak orang masuk Islam), sesuatu yang kita sepatutnya lakukan, berbanding menyalahkan pelbagai pihak akan masalah murtad yang banyak berlaku ini.

Mungkin anda memberi alasan, ahhh aku sendiri pun terkontang kanting tentang islam. Aku bukan bertaraf Ustaz. Aku tak mampu untuk buat sebegitu (bawa orang masuk islam).

Well my friend, let me tell you one thing. You dont have to be an Ustaz atau ulama, untuk bawa orang bukan islam, masuk islam. Orang islam yang murtad pun, mereka murtad bukan kerana pujukan paderi atau sami, sebaliknya kerana pujukan dan kasih sayang dari kekasihnya.

Di Malaysia, banyak kemudahan dan program agama yang disediakan untuk muallaf dan mereka yang ingin tahu lebih lanjut tentang Islam. Kita gunakan program dan kemudahan ini dan dengan batuan ustaz dan ulama, kita pasti boleh mendidik muallaf ini tentang Islam.

Besar masjid yang anda bina kalau bawa orang bukan islam, masuk islam dan didiklah mereka dengan betul.
[ Telah diedit oleh: KIKO pada 16-08-06 16:55 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For KIKOProfil   Hantar PM kepada KIKO   Quote dan BalasQuote

pisst16
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.12.2005
Ahli No: 21458
Posting: 227
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 09-08-06 09:50


ya..saya setuju artikel diatas..
ibu bapa berperanan untuk menjaga anak mereka..
jangan biarkan mereka berkawan dengan orang yang bukan2

Bookmark and Share

    


  Member Information For pisst16Profil   Hantar PM kepada pisst16   Pergi ke pisst16's Website   Quote dan BalasQuote

telekung
Warga 5 Bintang
Menyertai: 28.07.2003
Ahli No: 2666
Posting: 386
Dari: pusat bandaraya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 09-08-06 14:06


kita semua bertanggungjawab sebarkan dakwah kepada saudara kita yang lain...yang penting kita mesti belajar cara2 berdakwah untuk capai matlamat yang dicari...betul kata kiko tak semestinya berstatus ustaz@ ustazah sahaja yang berhak berdakwah...banyak lagi cara...paling mudah aplikasikan gaya hidup muslim pada jiran2@ kawan-kawan kita yang lain...atau ajak mereka hadiri majlis2 kita...pasti mereka akan tertarik dengan keindahan Islam....selain itu doakan mereka agar Allah beri hidayah pada mereka...

Bookmark and Share

    


  Member Information For telekungProfil   Hantar PM kepada telekung   Quote dan BalasQuote

bintu_ruQaiah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2006
Ahli No: 24453
Posting: 230
Dari: di mana kaki berpijak

malaysia  


posticon Posting pada: 09-08-06 18:25


berdakwah bukanlah perkara yang mudah. tapi...selagi kita berusaha, Allah pasti membantu dan mempermudahkan jalan kita. melalui pengalaman ana, ana mempunyai seorang kawan yang berasal dari negara jiran. disebabkan di sana beliau dan keluarga tak pernah mengamalkan ajaran islam, sikap tu terbawa-bawa sampai ke sini. memang agak sukar untuk membawa beliau untuk bersama ana dalam jalan2 islam seperti solat, puasa, tutup aurat dan sebagainya. tapi alhamdulillah...sedikit demi sedikit beliau cuba belajar walaupun agak 'malas' kerana beliau merasakan semua tu agak leceh berbanding dengan gaya hidupnya dulu yang lebih banyak masa untuk berseronok. apa pun...ana cuba bina islam dalam diri ana...dan berharap islam juga akan terbina di sekeliling ana...semoga Allah campakkan hidayah dalam jiwa sahabat ana tu dan pada semua...amiin...

Bookmark and Share

    


  Member Information For bintu_ruQaiahProfil   Hantar PM kepada bintu_ruQaiah   Quote dan BalasQuote

maqnawie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.09.2005
Ahli No: 18647
Posting: 222
Dari: Milik ALlah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 09-08-06 18:52


bismillah..
alssalamualaikum...

tn2 yang mulia...
berdakwah xsusah...dakwah..maksudnya ..menyeru...
tabligh....pun xsusah..tabligh..maksudnya..menyampaikan...

mula2 ajak orang Islam untuk dekat dng Allah..beriman dengan sebenar2 iman
dan kita (orang Islam/ dan beriman)akan dapat kuatkan iman dan amal secara xlangsung..
orang bukan Islam akan nampak kita buat baik..amal soleh..maka merka akan terus datang kepada Islam...soo ee..zee

apa yang susahnya..???

Bookmark and Share

    


  Member Information For maqnawieProfil   Hantar PM kepada maqnawie   Quote dan BalasQuote

great_teacher
WARGA SETIA
Menyertai: 03.01.2004
Ahli No: 6195
Posting: 739
Dari: ...:::BANDAR DI RAJA MENUJU KE SERAMBI MAKKAH:::...

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 09-08-06 19:49


dalam usaha untuk meng'ISLAM'kan seorang sahabat yang berbangsa Cina..semoga ALLAH memberi hidayah kepadanya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For great_teacherProfil   Hantar PM kepada great_teacher   Pergi ke great_teacher's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah_johor
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2003
Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-08-06 21:45


setelah baca .... saya rasa tajuk ni tak kena dengan isi posting KIKO. sepatutnya.... 'Berdakwah Bukannya Susah...'

.........
sila ke sini sekejap ----> http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?forum=12&topic=25129

[ Telah diedit oleh: muslimah_johor pada 12-08-06 19:48 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_johorProfil   Hantar PM kepada muslimah_johor   Quote dan BalasQuote

q_fathone
Warga Rasmi
Menyertai: 08.06.2006
Ahli No: 24736
Posting: 4
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 09-08-06 22:55


Bismillah.

Susah senang tu bergantung pada ketentuanNya, kadang-kadang cakap sekejap da boleh sampai hidayat Allah, macam Abu Bakar as-siddiq. Namun ada yang sampai sudah tak nak ikut, macam Abu Jahal. Namun mengajak manusia kearah kebaikan tak sama dengan mengajak manusia ikut nafsu yang menguasai akal. Nak ajak orang daki bukit tak sama dengan tarik orang turun bukit.

Berdakwah sebenarnya sememangnya memerlukan mujahadah.Sebab tu, dalam kita berdakwah, kita kena jaga diri ni. Penampilan, perilaku, keikhlasan tu semua kena ada. Sebab tu lah orang yang sedar hakikat daulah islamiah dalam mewujudkan bi'ah solehah kena ikut program mentarbiyahkan diri. Sebab tu lah saudara-saudari pejuang Islam, ana ingatkan usrah jangan tinggal. Ikutilah kuliah2 agama, dakwah kalau nak berkesan biarlah dengan ilmu, cubalah tuntut secara yang mampu. Bukan susah, ikut kuliah2 maghrib kat surau pun da boleh jadi modal untuk sampaikan kat orang.

Hari ni ramai yang ditipu oleh ajaran sekularisme barat. Sebab tu ada yang mengejar cinta sejati sesama makhluk. Ana sendiri pernah berkenalan dengan seorang muslimah yang macam tu. Tak tau macam mana, tapi antara perkara yang penting dalam dirinya ialah dapat seorang lelaki yang seolah-olah macam memuja dirinya. yang sanggup korbankan apa sahaja supaya dia rasa bahagia.

Dan dakwah ni wajib bagi kita saudara saudari, ingat surah al-asr, dalam tu Allah bersumpah bahawa hanya manusia dengan 4 sifat ttentu sahaja yang tidak berada dalam kerugian antaranya ialah 'tawa saubilhaq'; pakat2 menyatakan kebenaran. Jadi insyallah, tak kisahlah dalam fikrah mana kita berada, bergeraklah kita dalam bumi Allah ni, sampaikan risalahNya. Wallahualam.


-----------------
http://www.friendster.com/fathone


Bookmark and Share

    


  Member Information For q_fathoneProfil   Hantar PM kepada q_fathone   Pergi ke q_fathone's Website   Quote dan BalasQuote

KIKO
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.02.2005
Ahli No: 14072
Posting: 251
Dari: Kota Kinabalu Sabah...

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 10-08-06 08:29


Berdakwah bukannya senang topik itu sengaja sya buat macam tu agar dapat membuka minda kita..yang memang sepatutnya berdakwah bukannya susah,betul ke????...tiada paksaan dalam memeluk agama islam.....


-----------------
IsWaRa miRaGe TuRbO cHaRGer 4g63.
[ Telah diedit oleh: KIKO pada 12-09-06 14:20 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For KIKOProfil   Hantar PM kepada KIKO   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 10-08-06 09:53


betul berdakwah bukannya susah, zaman sekarang ni banyak kemudahan contohnya email....daripada dok hantar email yang mengarut2 tu..lebih baik hantar tazkirah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

husna_nasiha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.01.2006
Ahli No: 22138
Posting: 233
Dari: UPM

Perak  


posticon Posting pada: 10-08-06 10:21


Pada 09-08-06 18:52 , maqnawie posting:

!!! QUOTE !!!

bismillah..
alssalamualaikum...

tn2 yang mulia...
berdakwah xsusah...dakwah..maksudnya ..menyeru...
tabligh....pun xsusah..tabligh..maksudnya..menyampaikan...

mula2 ajak orang Islam untuk dekat dng Allah..beriman dengan sebenar2 iman
dan kita (orang Islam/ dan beriman)akan dapat kuatkan iman dan amal secara xlangsung..
orang bukan Islam akan nampak kita buat baik..amal soleh..maka merka akan terus datang kepada Islam...soo ee..zee

apa yang susahnya..???


try buat dulu...dakwah ni ibarat genggam bara api...


-----------------
Pernikahan menginsafkan kita..
Perlunya iman dan taqwa meniti sabar dan redha..
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan..
Susah mendatang tempuh


Bookmark and Share

    


  Member Information For husna_nasihaProfil   Hantar PM kepada husna_nasiha   Quote dan BalasQuote

qibtiyah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.07.2005
Ahli No: 17187
Posting: 721
Dari: qaryah_qish

seychelles   avatar


posticon Posting pada: 12-08-06 20:21


aDa peLBAgAi caRa Nak BeRdAKWah...
nak aTau TidaK saja...

yaNg pEntIng pErbAIki dIRi duLu..
bAru OrANG yAkiN naK iKut...

Bookmark and Share

    


  Member Information For qibtiyahProfil   Hantar PM kepada qibtiyah   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-08-06 20:43


dulupon saya fikir.. berdakwah satu tugas yang mudah.. berada dalam lingkuang rakan-rakan yang saling ingat-mengingati.. terasa betapa ukhwatul isalamiah dan kegiatan amar ma'ruf nahi mungkar begitu terlaksana dengan mudahnya.. tapi, ditakdirkan Allah.. saya dihadiahkan dengan satu persekitaran yang begitu mencabar minda.. di sinilah bermulanya saya berhadapan dengan rakan-rakan yang bukan setakat melalaikan solat.. bahkan memandang enteng pada ibadah solat.. mempertikaikan kewajipan bertudung.. dan jauh lebih itu.. lesbian dan gay yang begitu berleluasa.. disinilah baru saya sedar.. berdaqwah itu bukan satu tugas yang mudah.. apatahlagi tiada rakan sperjuangan dan sefikrah.. semakin saya sedar.. perjuangan itu memerlukan ketabahan..

adakala.. rasa macam nak lari dari dunia macam ini.. sekalipon ditegah dengan mulut.. kita pula diketawa, diperlekeh.. tapi tak mengapa.. jangan risau.. 'disana' nanti.. DIA tak tanya kejayaan kita.. tapi, DIA tanya apa usaha kita.. kita buat.. atau tidak..

then.. sentiasa tingkatkan kualiti solat.. kerana semakin tinggi kualiti solat kita.. semakin hebatla Allah berikan kita kekuatan untuk mencegah perbuatan keji dan mungkar.. "Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar" Kalau solat kita sendiri tak mampu melindungi kita dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.. bagaimana
pula kita nak mengajak orang lain melakukan kebaikan dan mencegah mereka dari melakukan kemungkaran..

Secara dasar, kewajipan berdakwah dituntut ke atas setiap individu yang mukalaf dan berdaya. Syarat berdaya atau mampu perlu difahami dengan betul. Hakikatnya, Islam mengakui tahap kemampuan setiap individu adalah berbeza. Justeru nabi bersabda: “Barang siapa antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah clicegah dengan tangannya. Jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan kata-katanya dan jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan
hatinya dan mencegah dengan hati adalah tanda selemah-lemah iman.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim.

kewajipan dakwah bukan sekadar pada mereka yang bergelar ustaz, ustazah.. bukan juga menunggu diri kita sempurna..bahkan.. terpikul pada tiap2 jiwa yang melafazkan kalimah syahadah.. terlalu banyak ayat al-Quran dan hadith yang menyeru kita dalam melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar.. tapi, usahala yang terbaik untuk melakukannya dengan cara yang berhikmah.. agar orang yang jahil tidak merasa tersinggung, terpencil, marah.. sebaliknya lembut hatinya untuk bertanya.. bertanya dan bertanya lagi..

Imam Said bin Jubair berkata: “Jika seseorang tidak mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran sehingga keadaan dirinya sempurna, maka tidak akan ada seorang pun yang akan mengajak
kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran.” Iman Malik amat bersetuju dengan kenyataan Imam Said bin Jubair ini dan sebagai tanda sokongannya, beliau menambah: “Dan siapakah antara kita yang lengkap dan sempurna?”

Berhubung dengan mencegah kemungkaran, kadar minimum yang dituntut adalah mengingkarinya dengan hati. Di dalam kitab Dalil al-Falihin disebutkan: “Mencegah kemungkaran dengan hati bermaksud membencinya dengan hati disertai
dengan azam untuk mencegahnya dengan lisan ataupun perbuatan apabila dia mampu. Membenci maksiat dengan hati hukumnya adalah wajib ke atas setiap
individu dan sesiapa yang menyetujui suatu kemungkaran bererti dia bersekongkol dengannya.”

Iman memerlukan bukti dan salah satu buktinya adalah membenci maksiat. Tanpanya, iman akan berkecai dalam hati seseorang. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan sabda nabi berhubung dengan perkara ini yang bermaksud:
“(Jika hati seseorang tidak membenci kemungkaran), tidak ada selepas itu iman walaupun sebesar biji sawi.”

hindarkan hati kita memandang maksiat dan kemungkaran sebagai perkara biasa kerana dengan redha perlakuan2 tersebut, samalah ertinya kita bersubahat dengan mereka

Hati yang tidak membenci kemungkaran akan binasa. Sahabat nabi bernama Abdullah ibn Mas’ud pernah menegaskan: “Binasalah mereka yang tidak dapat membezakan yang makruf dan yang mungkar dengan hatinya.”

Secara dasar, pengabaian dalam melaksanakan amar makruf dan nahi
mungkar mengundang azab dan seksaan daripada Allah. Berhubung dengan ini, dalam surah al-Anfal ayat 25 Allah berfirman:

“Dan peliharalah dirimu daripada seksaan yang tidak khusus menimpa ke atas mereka yang zalim dan kalangan kamu sahaja. Dan ketahuilah Allah maha keras seksaannya.”

Ayat ini menjelaskan, apabila azab menimpa disebabkan kemungkaran yang
berleluasa, ia tidak hanya menimpa ke atas mereka yang melakukan maksiat, ia juga menimpa ke atas mereka yang salih yang mengabaikan dakwah.

yang penting.. jangan putus asa.. hidayah itu atas kuasa Allah.. teruskan berdoa dengan ikhlas dan penuh rasa kasih sayang pada saudara seislam kita.. dan penuh rasa simpati pada rakan bukan Islam kita..

walau dipandangan kita cuma ada 1 kebaikan padanya.. lupakanlah seketika 10 kejahatan dia yang kita nampak.. tataplah wajah sahabat kita itu dengan penuh rasa kasih kerana kita sama-sama adalah hambaNya.. juga dari keturunan yang sama yakni nabi Adam a.s..

wallahualam.. :)

p/s: ingatan buat diri saya.. selamat berjuang!
[ Telah diedit oleh: fatin3 pada 12-08-06 20:55 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

ummuazzahra
Warga 1 Bintang
Menyertai: 06.07.2006
Ahli No: 25096
Posting: 31
Dari: utara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 12-08-06 21:59


Assalamualaikum...

ana kagum dengan fatin3... bukan senang nak istiqamah dalam situasi begitu....ana rasa fatin ni seorang yang tabah dan berpikiran positif...

ana sendiri pun ada juga mengalami situasi begitu..maklumlah bila dah berkerja ni..macam-macam manusia yang kita akan jumpa.. kalau ada sahabat yang sefikrah lain lah..cuma apa yang mampu kita buat hanya memohon pertolongn dari Allah moga dikurniakan kekuatan dan kesabaran..

Perjuangan tetap akan diteruskan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummuazzahraProfil   Hantar PM kepada ummuazzahra   Quote dan BalasQuote

nuraisha
WARGA SETIA
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18099
Posting: 659
Dari: kuching

Sarawak  


posticon Posting pada: 12-08-06 22:19


tak ada perkara mudah dalam dunia ni
Kalau nak kena lah berusaha
berdakwah memang bukan kerja senang
bukan kerja sehari dua
bukan kerja sambil lewa
berdakwah mesti istiqamah, dengan hati yang ikhlas, dengan semangat dan kesabaran....
lihatlah pada Rasulullah saw.....
p/s: rindunya daku padamu ya Rasulullah

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraishaProfil   Hantar PM kepada nuraisha   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-08-06 11:27


pernah dengar tak? Kalau kita dapat mengislam seorang non muslim.. ganjarannya ibarat seisi dunia?

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

maisarah_anisah
Warga Rasmi
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25702
Posting: 16
Dari: putrajaya

Selangor  


posticon Posting pada: 13-08-06 11:30


pernah juga dengar..
tapi cabaran nya besar..
sebesar ganjarannya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For maisarah_anisahProfil   Hantar PM kepada maisarah_anisah   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-08-06 11:49


:) betul tu.. cabarannyer besar.. ibarat menggenggam bara api.. lihatlah contoh sumaiyah yang berjuang pertahankan agama sekalipon nyawa diragut.. lihatla Saidina Umar.. di saat kematiannya, apa harta yang beliau tinggalkan.. renungkan pengorbanan-pengorbanan rasulullah dan para sahabat dalam menegakkan yang haq dan mencegah kebatilan.. Kalau lah tanpa usaha dakwah.. apakah Islam sampai ke Tanah Melayu? Adakah kita akan menganut agama ISlam sekalipon dengan prinsip automatik - sejak lahir? Erm.. adakah kita nak biarkan cuma nenek moyang kita dulu-dulu saja sebarkan Islam.. usaha tu.. kita biarkan sepi..

dalam keadaan sekarang.. mubaligh kristian begitu hebat lancarkan gerakan memurtadkan orang Islam.. kerana apa? sebab.. Israel tu, adalah negara.. Yahudi adalah bangsa dan Kristian adalah agama mereka.. dalam hal ni.. Allah telah berfirman:

120. Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.


(Asbabul Nuzul -sebab turunnya ayat)

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa kaum Yahudi Madinah dan kaum Nashara Najran mengharap agar Nabi SAW shalat menghadap qiblat mereka. Ketika Allah SWT membelokkan qiblat itu ke Ka'bah, mereka merasa keberatan. Mereka berkomplot dan berusaha agar supaya Nabi SAW menyetujui qiblat sesuai dengan agama mereka. Maka turunlah ayat tersebut di atas (S. 2: 120) yang menjelaskan bahwa orang-orang Yahudi dan orang-orang Nashara tidak akan senang kepada Nabi Muhammad SAW walaupun keinginannya dikabulkan.
(Diriwayatkan oleh Tsa'labi yang bersumber dari Ibnu Abbas.)

nak tangkis serangan mereka ni.. kita kena pegang teguh dengan al-Quran.. nanti sambung lagi erk.. nak pergi kelas..

wassalam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

q_fathone
Warga Rasmi
Menyertai: 08.06.2006
Ahli No: 24736
Posting: 4
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 14-08-06 13:26


Bismillah..

Assalamualaikum.

Ana tertarik dengan ungkapan dakwah itu ibarat pegang bara api, betullah, sebab bara api ni masa pegang memang hangat, panas, sakit. Tapi bila lepas, sejuk... tak ada papa.. rasa selesa saja.

walaupun macam tu, kita kena ingat dakwah ni wajib terhadp semua umat islam yang mukalaf dan mampu macam saudari fatin3 ada cakap.

Susah dalam dakwah ni fitrah. Tapi dalam surah Dhuhha, ayat 4, Allah ada beritahu nabi maksudnya lebih kurang macam ni (maaf lah masa ni tak bawa tafsir);
    
"dan sesungguhnya pengakhiran itu lebih baik daripada awal kamu"

Jadi ingatlah, bilamana kita start dilanda mehnah, kekalkan perjuangan dan jati diri kita.. sebab di akhirnya, akan sampai kebaikannya, kalau bukan di dunia, akhirat nanti. Betul tak?


-----------------
http://www.friendster.com/fathone
[ Telah diedit oleh: q_fathone pada 14-08-06 13:29 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For q_fathoneProfil   Hantar PM kepada q_fathone   Pergi ke q_fathone's Website   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-08-06 17:35


sabda Rasullullah s.a.w

yang bermaksud:

"Perumpamaan bagi hidayat dan ilmu yang Allah utuskanku dengannya ialah seperti hujan lebat yang turun di satu tanah, sebahagiannya subur, menerima air dan mengeluarkan hasil tanaman yang banyak. Sebahagiannya pula kalis air dan menampung air, lalu Allah memberi manfaat tanah ini kepada manusia di mana mereka dapat minum menyiram dan bercucuk tanam. Hujan itu turun juga di satu tanah yang tandus; tidak menampung air mahupun mengeluarkan tanaman. Itulah perumpamaan bagi mereka yang memahami agama Allah dan mendapat manfaat daripada apa yang aku bawa lalu dia mendapat ilmu dan menyampaikan ilmu, dan perumpamaan bagi mereka yang tidak menghiraukannya langsung dan tidak pula menerima hidayat Allah yang diutuskan kepadaku" Riwayat Bukhari.

!!! QUOTE !!!


seperti hujan lebat yang turun di satu tanah, sebahagiannya subur, menerima air dan mengeluarkan hasil tanaman yang banyak.


orang yang berilmu, beramal (sabar), beriman(sabar), dan berdakwah(sabar)..

!!! QUOTE !!!


Sebahagiannya pula kalis air dan menampung air, lalu Allah memberi manfaat tanah ini kepada manusia di mana mereka dapat minum menyiram dan bercucuk tanam.


orang yang berilmu, beriman, berdakwah.. tetapi tidak beramal

!!! QUOTE !!!


Hujan itu turun juga di satu tanah yang tandus; tidak menampung air mahupun mengeluarkan tanaman.


orang yang berilmu tetapi tidak beriman, tidak beramal dan tidak juga berdakwah..

seterusnya.. kita perhatikan pulak firman2 Allah yang berikut:

23] Dan tidak berfaedah syafaat di sisi Allah kecuali bagi orang yang telah diizinkan Allah, (maka orang-orang yang hendak memohon syafaat terpaksa menunggu izin itu dengan penuh perasaan takut dan bimbang) sehingga apabila dihapuskan Allah perasaan takut dari hati mereka (dengan pemberian izin itu) bersukarialah mereka dengan bertanya-tanyaan sesama sendiri: "Apakah yang telah dititahkan oleh Tuhan kamu?" Sebahagian di antara mereka menjawab: "Tuhan telah menitahkan kebenaran"; dan Dia lah jua Yang Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar kekuasaanNya. (sabar' :24)

29. Dan kamu tidak dapat mengkehendaki (menempuh jalan itu) kecuali apabila dikehendaki Allah) Tuhan semesta alam. (At takwiir : 29)

wallahualam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

ubaidillah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 22.11.2004
Ahli No: 12489
Posting: 361
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 14-08-06 17:51


Pada 13-08-06 11:27 , fatin3 posting:

!!! QUOTE !!!

pernah dengar tak? Kalau kita dapat mengislam seorang non muslim.. ganjarannya ibarat seisi dunia?

tak pernah dengar rasanya tapi Nabi SAW pernah bagitahu pada sayyidina Ali

" Jika Allah memberi hidayah kepada seorang lelaki (atau perempuan) dengan sebab kamu, ia lebih baik dari seekor unta merah"

Bookmark and Share

    


  Member Information For ubaidillahProfil   Hantar PM kepada ubaidillah   Pergi ke ubaidillah's Website   Quote dan BalasQuote

hyunckel_asyraf
WARGA SETIA
Menyertai: 12.01.2005
Ahli No: 13668
Posting: 414
Dari: United Kingdom

uk  


posticon Posting pada: 15-08-06 11:17


salaam 'alaikum
hadiah ana untuk syabab2 yang mencintai jalan dakwah.
this is Syahadatul Haq oleh Syeikh Abul A'lah Al Maududiyy
click untuk download.

http://www.savefile.com/files/7177885

petikan-
        "Dakwah yang kita tujukan kepada umat Islam ialah mengajak mereka merasai tanggungjawab besar yang diletakkan di bahu mereka apabila mereka mendakwa mereka beriman dengan Allah dan hari akhirat, dan apabila mereka mengaku akur dengan segala perintah Allah dan rasulNya. Tidak mungkin mereka boleh berpeluk tubuh daripada memikul tanggungjawab ini dengan hanya mengaku beriman atau
mendakwa diri mereka sebagai muslim.
            
         Hanya bergantung kepada pengakuan dan cakap kosong dalam hal ini tidak cukup. Sebenarnya apabila kamu mengakui Allah sebagai tuhan dan Islam sebagai agama kemudian kamu lafazkan syahadah yang sebenar (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah), kamu sepatutnya merasai tanggungjawab yang perlu kamu laksanakan sebaik sahaja kamu melafazkan syahadah ini.
            
         Kamu juga perlu fikirkan apakah yang dapat kamu lakukan untuk menunaikan tugas penting ini. Jika kamu tidak laksanakan kewajipan kamu ini atau kamu tidak berusaha untuk melaksanakannya kamu sebenarnya menempah akibat buruk perbuatan kamu dan kamu akan rugi di dunia dan di akhirat.
         Mungkin ada yang tertanya-tanya: Apakah tanggungjawab yang anda katakan boleh membawa akibat buruk jika diabaikan ini?"

wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For hyunckel_asyrafProfil   Hantar PM kepada hyunckel_asyraf   Quote dan BalasQuote

nuzul
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.12.2005
Ahli No: 21199
Posting: 48
Dari: pahang

bosnia_herzegovina  


posticon Posting pada: 15-08-06 11:44


ana sokong ...berdakwah bukannya senang.sebab dalam bedakwah kita harus memerhati orang yang kita nak dakwah dan dalam masa yang sama kita harus memelihara peribadi.

dekat sini ana bersyukur apabila adanya kata-kita allah"tiada paksaan dalam islam"ayat-ayat allah ini membawa kelegaan didalam hati ana bahawasanya segalanya berdasarkan usaha.yang penting usaha ...kejayaan tu jagan difikirkan sangat.pahala allah daripada usaha.bila kita dah buat apa yang telah diperintahkan oleh allah sbt iaitu memyampaikan supaya orang lain tahu, allah dah menjanjikan pahala kepada kita walaupun kita tidak berjaya,

ana tak kisah kalau ana berdakwah,tegur kesalahan sahabat ,tapi mereka taknak dengar kerna ana percaya pada janji allah ada bahagian untuk ana. apa yang ana kesalkan akibat yang mesti ditanggung oleh sahabat ana itu.

kalau pahala allah itu diberikan setelah dakwah kita berjaya maka pada pendapat ana nabi musa dianggap gagal kerna firaun tak masuk islam,begitu juga dengan nabi muhammad s.aw kerna abu jahal tak masuk islam.tapi tuhan tidak memandang akan kejayaan tetapi tuhan memandang akan usaha.....yang penting sahabat-sahabat tak kisah kalau kita tak berjaya kerana kita sudah sedia maklum jalan dakwah bukannya dihampar pemaidani merah tapi penuh dengan duri,yang penting don'give up. kalau kita menagis kerna dakwah kita ditolak... allah terlebih dahulu menghitung air mata kita....

selamat berjuang.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuzulProfil   Hantar PM kepada nuzul   Quote dan BalasQuote

jiwamuslim
Warga 1 Bintang
Menyertai: 04.08.2006
Ahli No: 25616
Posting: 33
Dari: sabah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 15-08-06 19:52


Assalamualaikum semua..saya baru dalam rumah ukhwah..actually dalam hal ni...lebih baik kita bandingkanlah akhlak kita umat islam hari ini dengan zaman salaf....sama ada pejuang atau pendakwa dan bukan pendakwah..berdakwah ni memang senang..tapi yag susah...dakwah bilhikma...Orang yang berilmu dan berhikmah adalah saluran hidayah Allah SWT.."Seruhlah ke jalan Tuhanmu dengn ilmu dan Hikmah" tu FirmanNya.

Ulama berkata kita berdakwa ni seperti memberi makan, cuba beri mkanan yang sedap2 orang akan suka..Kalau bagi mknn yang tak enak dan pahit orang tak akan suka...kadgkala kita berdakwa sekadar lepaskan batuk di tangga..nak dapatkan pahalaja dan tunaikan kewajipan..tak bijak..kita kena ada kekuatan dakwa hari ini kerana musuh semakin kuat...Di Malaysia kita saling bergaul dan mempuyai kemesraan dengan nonmuslim...Kalau kita mempunyai akhlak yang yang mulia dan pandai, banyak peluang nak tarik mereka. bukan sekadar pandai mengilatkan baju melayu tatapi pemantapan jiwa agama sangat rendah...mmng sukar...walau apaun masing-masing dengan kemampuanya...sama-samalah kita menysun strategi dakwa kembali...Tambahkanlah ilmu agama...pernah suatu masa saya duduk sebagai audiens dalam dewan..ada persembahan..time boring2 saya baca buku agama..di sebelah saya seorang kristian..di memperhatikan saya..saya cuba menimbulkan kemesraan..suatu masa dia kata" kamu ingin memperdalamkan agama?" saya jawab" Kalau ikut rasa, malas juga tapi..soal agama, tak boleh dilalikan, kerana kita bukan kekal didunia"...diambilnya buku saya, dan dia baca..saya bagi..slpas bbrapa hari..kami bertembung" dia memberi salam kepada saya"..saya jwab..dia senyum..saya yakin dia belum masuk islam/ dan saya tak tau sama ada memperlekehkan saya...apa yang saya simpulkan di sini...bukan say telah berdakwah atu dkwa dengan hikmah, cuma..kita banyak peluang menarik orang bukan islam kerana kita ada ideologi perpaduan di malysia yang mendorong kepada pergaulan kemesraan di hantar berbagai kaum dan agama..marilah kita renung Sabda Rasulullah" berperilaku baiklaku baiklah kamu kepada manusia, kerana bila lagi kamu akan memuaskan mereka dengan perilaku yang baik, termasuk dengn orang nonmuslim, InsYaAllah mereka akan menuruti kamu"...Allahualam......

Bookmark and Share

    


  Member Information For jiwamuslimProfil   Hantar PM kepada jiwamuslim   Quote dan BalasQuote

Ababil
Warga Rasmi
Menyertai: 15.08.2006
Ahli No: 25842
Posting: 3

blank   avatar


posticon Posting pada: 15-08-06 22:56


ASSALAMUALAIKUM...
Bagi ana berdakwah memang bukan satu kerja yang mudah tapi sangat mencabar.masakan tidak,kita berdepan dengan pelbagai fi'il manusia.Di sinilah pentingnya kita memahami mad'u kita agar mudah mereka menerima atau sekurang-kurangnya mahu mendengar apa yang kita mahu sampaikan.Kita perlu pelbagaikan cara penyampaian agar yang mendengar terfikir2 dan terngiang2 apa yang kita sampaikan.Yang penting kita perlu melakukan sebelum kita menyampaikan.Kepimpinan melalui teladan.Ikhlaskan hati kerana Allah..Sekadar iiniaWALLAHUA'LAm

Bookmark and Share

    


  Member Information For AbabilProfil   Hantar PM kepada Ababil   Quote dan BalasQuote

zinniratunnajua
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.12.2004
Ahli No: 12834
Posting: 271
Dari: bumi Allah

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 15-08-06 23:47


dakwah ni memang nampak susah dan penuh liku jalannya lagipun kerja nabi kita.. memang banyak dugaannya, nak jaga mad'u kita, diri sendiri pun nak kena pelihara lebih2 lagi.. apapun insyaAllah ganjarannya cukup indah.. siapa yang pernah ditengking dimarah waktu tengah berdakwah akan lebih terasa nikmat dakwah tu sendiri.. yang penting diri daie' itu yang perlu lengkap dengan ilmu mengapa perlunya kita berdakwah, keimanan , keikhlasan,keyakinan terhadap ganjaranNya, dan sentiasalah istiqamah dan tawadhuk dengan setiap perbuatan kita.. insyaAllah, Allah memandang setiap usaha kita yang ikhlas keranaNya.. kalau hati daie' ikhlas bukan atas alasan nak tunjuk baik dsbgnya tentu berkesan setiap penyampaiannya.. ana pun jahil dan tak ada ilmu bab2 dakwah ni tapi kita sedaya upaya baiki diri dan laksana dengan sehabis baik.. kalau bukan kita siapa lagi?? bersamalah muhasabah diri dan tegur menegur, itulah yang terbaik.. wallahua'lam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For zinniratunnajuaProfil   Hantar PM kepada zinniratunnajua   Pergi ke zinniratunnajua's Website   Quote dan BalasQuote

amira_aqilah
WARGA SETIA
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 16-08-06 00:17


subhanallah..seronok baca topic ini...
alhamdulillah..saya suka dengan semua jwpn2 sahabat..bernas..
semoga kita semua sedar akan tanggungjawab kita untuk berdakwah...
memang penuh cabaran..tapi kita kena usaha...hanya Allah yang mampu memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya...
bersyukurlah kita semua sudah ada kesedaran ke arah itu..disebabkan tu, kita jugak kena bagi kesedaran yang sama untuk orang lain..(sehingga ianya berterusan)..agar mereka juga rasa apa yang kita rasa...'kemanisan iman dalam berdakwah'..walaupun pahit tapi hanya Allah yang tau..
tambahan pula bila kita melakukan usaha2 dakwah ni, otak kita akan jadi more creative, peribadi dan akhlak menjadi lebih mantap..kita akan sentiasa ingat padaNya..subhanallah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For amira_aqilahProfil   Hantar PM kepada amira_aqilah   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-08-06 04:28


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah masih ada yang sedar tugas mulia seorang Islam - menyampaikan walau satu ayat (mafhum hadis). Tugas ini terpikul di bahu setiap insan yang mengucap dua kalimah syahadat sejak Nabi Adam as lagi.

Walau apapun untuk menyampaikan perlukan ilmu dan hendaklah bagi penyampai supaya 'cakap serupa bikin' agar apa yang disampaikan mendapat kerahmatan dan keberkatan dari Illahi.

Teruskan usaha anak-anak dalam bidang ini kerana kita semua umat Muhammad Rasulullah saw. Dan sebagai umatnya kita telah ditinggalkan dua perkara yang menjadi pedoman hidup kita agar tidak sesat selama-lamanya iaitu Al Quran dan As Sunnah. Halusi keduanya dengan keikhlasan dan amalan para salafussoleh .... maka insyaAllah matlamat hidup yang dekat dan jauh akan tercapai. Allahumma Ameen!

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - “Allah tidak meletakkan bebanan ke atas seorang insan kecuali apa yang dia mampu”

Sepatutnya kita berhenti memberi alasan dan akur dengan perintah Allah SWT:
“Katakanlah,’Aku minta perlindungan dari Tuhan sekelian manusia , raja sekelian manusia, sembahan sekelian manusia, dari kejahatan bisikan yang biasa bersembunyi, yang membisikan ke dalam dada manusia. Dari kalangan jin dan manusia”

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

qudwah_mardihah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.03.2004
Ahli No: 8029
Posting: 263
Dari: Malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-08-06 11:33


Hampir kering air mata ana…adakah ini dugaannya?
Dia begitu mencintai diri ana……….Kenapa?mengapa?usahlah ditanya bagaimana saya boleh mengenalinya….tapi kerana diri ana yang berbeza di kalangan wanita-wanita bekerja di sana…ana menjadi satu tarikan kepadanya.dengan tudung besar…..berstokin,,,dia makin meminati diri yang begini…katanya begitu tertarik dengan cara pemakaian ini.
Makin puas saya menolak dirinya…makin puas solat tidak begitu kusyuk…..sedih…hiba….tiba-tiba Allah menduga saya sebegini……….
…….saya telah berdakwah kepadanya….biarlah caranya perlahan-lahan…
Dan hari ini..kami semakin rapat…..sehinggakan saya menangis hari-hari kerana memikirkan soal dosa dan pahala….tarbiyah saya yang kuat dulu..menguatkan diri saya….usrah saya yang dahulu menjadi satu kekuatan saya…..
Saya selalu bercerita tentang Saidina Umar yang memeluk ISLAM..bercerita tentang kisah bagaimana Saidina Umar membunuh anak perempuannya hidup-hidup semasa zaman jahiliahnya….
Dia termenung sahaja…..katanya menarik cerita-cerita ini…..banyak perkara yang ditanya kepada ana
S.W.T apa?S.A.W apa?...............hati saya tersentuh dengan minatnya mendalami ISLAM…ana cuba melarikan diri….tapi hakikatnya……semakin kuat dirinya menarik perasaan ana terhadapnya…hakikatnya saya terpaksa menjalani saat-saat ini.
Katanya hanya saya yang boleh membawanya kepada kebenaran..iaitu..agama dan bercerita kepadanya…..berdakwah dengannya membuatkan saya menangis hari-hari….Cuma buku-buku itu yang saya mampu berikan kepadanya……buku-buku tentang ISLAM…katanya terima kasih…dan semoga bacaannya terus………………
Hakikatnya kita tidak dapat lari dari perasaan.astaghfirullah al-azim..…..
Meneruskan perhubungan ini bermakna saya menempuh satu kesukaran dalam kehidupan………?benarkah berdakwah kepadanya? Buntu…..
Meneruskan juga bermakna ………….???????????
Betapa sukarnya perasaan ini…jalan dakwah ini…

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwah_mardihahProfil   Hantar PM kepada qudwah_mardihah   Pergi ke qudwah_mardihah's Website   Quote dan BalasQuote

qudwah_mardihah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.03.2004
Ahli No: 8029
Posting: 263
Dari: Malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-08-06 11:34


pernah dengar tak? Kalau kita dapat mengislam seorang non muslim.. ganjarannya ibarat seisi dunia?
Jika benar ini jalannya....permudahkanlah.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwah_mardihahProfil   Hantar PM kepada qudwah_mardihah   Pergi ke qudwah_mardihah's Website   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 16-08-06 15:47


qudwah_mardihah...

harapnya, saudari terus istiqamah dalam perjuangan.. kukuhkan aqidah dan mantapkan tauhid.. insyaAllah, DIA terus bersama saudari.. baru-baru ni, banyak kes murtad dengan cara tipu helah.. perhatikan contoh2 kes2 murtad.. ada yang terperangkap dengan taktik berminat dengan ajaran Islam, tapi.. disebabkan aqidah kurang mantap, yang dibimbing.. akhirnya terbimbing ke jalan yang salah.. nauzubilllah.. semoga kita dilindungi dari kejadian seumpama itu..

perhatikan ayat ni..

sabda rasullullah s.a.w..
"Sekuat-kuat ikatan iman ialah membantu kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan benci kerana Allah"

letakkan Allah sebagai matlamat utama dalam perjuangan.. insyaAllah.. DIA akan membantu mereka yang membantu agamaNya.. :)
[ Telah diedit oleh: fatin3 pada 16-08-06 15:50 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

qudwah_mardihah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.03.2004
Ahli No: 8029
Posting: 263
Dari: Malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-08-06 16:51


ya....kesukaran itu membuatkan saya tahu...memandangkan isu murtad semakin berleluasa..ketakutan itu semakin ada.apatah lagi.....bagaimana untuk menerangkan kepadanya bahawa saya adalah budak Jemaah.Tahukah dia?bagaimana?dan alhamdulilllah....dia tahu saya memakai tudung labuh........
katanya
"betapa pelik melihat kemajaun sekarang tetapi ramai manusia semakin hilang pertimbangan diri....Kenapa?"
saya semakin cuba istiqamahkan diri............sesungguhnya saya takut....mengandaikan masa hadapan.InsyaAllah.....saya masih di landasan membawa dakwah kepadanya....


-----------------
Salam KASIh SayanG..
Kita MemunGkinkan SegaLa ikatan Dan Kita MeMunGkinkan Segala Ukhwah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwah_mardihahProfil   Hantar PM kepada qudwah_mardihah   Pergi ke qudwah_mardihah's Website   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-08-06 19:25


:-) Anggaplah ianya satu percubaan.....dalam melaksanakan tugas Allah......


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

amira_aqilah
WARGA SETIA
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-08-06 01:43


kepada qudwah_mardihah, banyak-banyak bersabar atas ujianNya...
tarbiyah dr Allah untuk hambaNya...

saya doakan agar awak berjaya menghadapinya...
apapun awak boleh share apa-apa masalah dengan kami kat sini...apa yang termampu kami tolong...betul tak warga ukhwah yang lain...

diharap kita sentiasa dapat berpesan2 pada kebenaran...
dalam ukhwah dan juga diluar ukhwah...
harus diingat..fitrah manusia sukekan kebaikan..
jaga akhlak, mantapkan peribadi..(peringatan untuk diri sendiri juga)

Bookmark and Share

    


  Member Information For amira_aqilahProfil   Hantar PM kepada amira_aqilah   Quote dan BalasQuote

qutb
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.11.2004
Ahli No: 12610
Posting: 133
Dari: kuala lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 17-08-06 08:23


assalamu'alaikum...
berdakwah bukannya senang...betul...ana sendiri tak menafikan...
tapi inilah ujian yang memantapkan lagi tauhid dan iman di hati..sebagai seorang da'ie...bersabarlah...
"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang2 yang mengejakan amal soleh dan berpesan2 kepada kebenaran dan berpesan2 kepada kebenaran." (surat al 'Asr:ayat1-3)
teruskan kepada usaha berdakwah...
kepada qudwah_mardihah...semoga Allah membri kekuatan iman dan merahmati segala usaha dakwah ukht....

Bookmark and Share

    


  Member Information For qutbProfil   Hantar PM kepada qutb   Quote dan BalasQuote

qudwah_mardihah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.03.2004
Ahli No: 8029
Posting: 263
Dari: Malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-08-06 09:27


terima kasih...maaflah jika rasanya ukhwah.com tempat macam menyelesaikan masalah.Ana bersyukur masih berada dalam lingkungan kasih sayang Allah...terima kasih semua........
sesungguhnya Allah menguji setiap hambanya....dakwah ini biarlah secara lambat......perlahan-lahan......ana titipkan syukur dengan pertemuan ini....cuma takut jika terpesong jauh dari landasan Islam....keterangan sudah dijelaskan kepadanya...entahkan dia paham entahkan tidak....tapi nampak paham....:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwah_mardihahProfil   Hantar PM kepada qudwah_mardihah   Pergi ke qudwah_mardihah's Website   Quote dan BalasQuote

qudwah_mardihah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.03.2004
Ahli No: 8029
Posting: 263
Dari: Malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-08-06 09:31


berdakwah memang bukannya senang

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwah_mardihahProfil   Hantar PM kepada qudwah_mardihah   Pergi ke qudwah_mardihah's Website   Quote dan BalasQuote

anti_alasan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.09.2006
Ahli No: 26307
Posting: 300

blank   avatar


posticon Posting pada: 12-09-06 14:58


kepada qudwah_mardihah

suasana di malaysia ni tak memerlukan anda berdakwah kepada seorang lelaki...kerana kemudharatannya adalah lebih dahsyat dan besar jika dibandingkan dengan kebaikannya...

saya cadangkan kepada tinggalkan sahaja lelaki tersebut..
concentrate thdp dakwah di kalangan kaum hawa sahaja...banyak lagi kaum hawa diluar sana yang memerlukan anda untuk didakwahi..

t/jawab anda untuk mendakwahi kaum hawa yang islam adalah lebih besar dan lebih banyak...serahkanlah urusan mendakwahi kaum lelaki kepada kaum laki sahaja...

ketika anda melihat ramai kaum hawa yang semakin terpesong dengan ajaran islam,jauh dari islam..maka apakah sanggup anda membiarkan mereka terkontang-kanting???dakwahi mereka dulu,ajak mereka kepada islam...

adapun lelaki yang meminati anda itu,anda boleh tinggalkannya sahaja kerana walau dia seorang yang soleh,dia telah mengajak anda untuk bermaksiat kepada allah..pernyataan yang dia ingin berkenalan dengan anda suduh cukup membuktikan yang dia telah membuka ruang untuk pintu zina sedangkan allah telah berfirman dalam surah al-israk ayat 32 supaya jangan mendekati zina..setiap perjumpaan anda dengan dia menambahkan lagi satu titik hitam di hati..setiap sms yang dihantar,setiap kali mata memandang,setiap kali hati teringat..semuanya itu menambah dosa dan merosakkan hati..
solutionnya:tinggalkan sahaja

maka pilihlah antara suruhan allah ataupun suruhan hawa nafsu dan syaitan

bukannya mahu menyakitkan hati anda,tetapi saya hanya sekadar mahu mengingatkan diri dan anda semua yang saya tidak mahu seorang lagi org islam terjerumus ke dalam kancan perzinaan

tak mahu lagi tertipu dengan bisikan syaitan yang menggunakan alasan dakwah untuk merapatkan lagi hubungan laki-perempuan..akhir sekali buat zina...na'uzubillah

Bookmark and Share

    


  Member Information For anti_alasanProfil   Hantar PM kepada anti_alasan   Quote dan BalasQuote

qudwah_mardihah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.03.2004
Ahli No: 8029
Posting: 263
Dari: Malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 12-09-06 15:44


terima kasih ye...

saya sudah memperoleh sesuatu kasih sayang dari ALLAH dan disayangi oleh Allah adalah nikmat yang tidak terhingga.Terima kasih dengan cadangan anti_alasan tu.....alhamdulillah, ana memperoleh sesuatu yang baik jika membiarkannya sahaja...JIka benar, dia benar-benar tertarik dengan islam, maka bukannya dengan ingin berkawan dengan saya...mungkin dia akan mencari sendiri cara untuk mengenali islam dengan lebih,,,,.....petunjuk Allah itu adalah lebih jelas sekiranya dia benar-benar jujur...salam ukhwah

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwah_mardihahProfil   Hantar PM kepada qudwah_mardihah   Pergi ke qudwah_mardihah's Website   Quote dan BalasQuote

qudwah_mardihah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.03.2004
Ahli No: 8029
Posting: 263
Dari: Malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-09-06 08:19


Prof. Ataullah lalui jalan kebenaran penuh berliku
Oleh ZUARIDA MOHYIN

DAN Allah sentiasa memberi petunjuk hidayah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus. (Al-Baqarah: 213) Ayat di atas ini menjelaskan kepada kita bahawa hidayah atau nur petunjuk itu adalah milik mutlak Allah s.w.t.

Biarpun kita mampu menerangkan tentang kelebihan agama Islam itu kepada semua manusia sama ada yang beragama Islam ataupun mereka yang masih dalam zaman kejahilan.Pun begitu, tanpa keizinan-Nya maka tiadalah hidayah yang diperoleh oleh mereka.

Lantaran itu, sebagai hamba-Nya yang mengakui diri beriman kepada Allah s.w.t. dan Rasul, janganlah sekali-kali kita memperlekehkan pengislaman seseorang saudara baru itu meskipun hidayah yang diterima dianggap terlalu mudah, pelik ataupun penuh kesengsaraan.

Ini dibuktikan dengan sikap dan penerimaan segelintir umat Islam yang sering meremehkan bentuk pengislaman seseorang saudara baru itu, lebih-lebih lagi menerusi perkahwinan. Hakikatnya, setiap muslim mestilah sama-sama memberi sokongan dalam apa jua bentuk bukannya menyisihkan mereka.

Kita sepatutnya bersyukur dalam senario umat Islam yang semakin diberi gambaran negatif dan tidak kurang juga fenomena Islam sekadar di nama, masih banyak jumlah yang nampak keindahan Islam menerusi hidayah Allah s.w.t.

Kisah perjalanan pengislaman pensyarah Sejarah & Politik pengkhususan Sejarah Zaman Pertengahan Eropah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Ataullah Bogdan Kopanski, yang dikongsi dengan tetamu pada majlis Makan Malam Tahunan Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa’ Malaysia (Al-Nidaa’) di Sheraton Subang Hotel, Subang Jaya, Selangor tidak lama dahulu berjaya membawa hadirin menyelami kisah penderitaan dan kegembiraan beliau sehingga bergelar muslim.

Prof. Ataullah, 58, berasal dari Poland, tengah Eropah pernah dalam hidupnya dipenjarakan sebanyak dua kali oleh Rejim Komunis Poland iaitu pada 1968 dan 1981 hingga 1982.

Menurut beliau, hidayah yang diterimanya tidak datang secara spontan tetapi ia diterima secara perlahan dan berliku. Semuanya bermula semenjak di usia belasan tahun lagi.

“Semasa saya berusia 12 tahun, saya sudah tidak boleh menerima langsung atau betah dengan ajaran agama Kristian terutamanya yang berkaitan dengan aspek akidah dan kepercayaan. Hakikatnya banyak yang boleh dipersoalkan serta ia tidak seiring dengan fitrah hidup manusia

“Malah banyak pengalaman-pengalaman yang dilalui sepanjang usia remaja saya yang dihabiskan di sekolah beraliran Kristian menambahkan lagi kurang keyakinan saya kepada orang yang mengaku diri mereka tinggi ilmu agama tetapi tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.

“Dua tahun kemudian iaitu pada 1962, saya tertarik dengan kemenangan yang diperoleh Mujahidin Islam Algeria terhadap perjuangan mereka menentang Kolonial Perancis. Itulah panahan awal terhadap Islam,” cerita Prof. Ataullah yang memeluk Islam kira-kira 32 tahun lalu iaitu pada tahun 1974.

Mengimbau kisah zaman sekolah menengahnya dan membawa kepada detik awal pengajian peringkat menara gading, Prof. Ataullah menggambarkan dirinya sebagai contoh tipikal generasi pemberontak.

Pada 1974 tambah Prof. Ataullah, beliau berkesempatan ke Turki dan menulis tajuk berkaitan polisi pemerintahan Sultan dan Khalifah Suleiman Kakuni terhadap Kerajaan Poland bagi mendapatkan Ijazah Sarjana Sastera.

“Ketika berada di situlah saya terpikat dan jatuh cinta dengan laungan azan yang berkumandang di salah sebuah masjid tua di kota Istanbul memanggil umat Islam menunaikan solat.

“Bagai ada semacam desakan dalaman bila mendengarkan kelunakan suara muazin, saya jadi terpana dan tiba-tiba, bulu roma saya meremang. Kaki saya terus melangkah ke arah datangnya suara tersebut tanpa saya ketahui dari mana kekuatan itu diperoleh. Saya disambut seorang lelaki tua rakyat tempatan yang mengajarkan saya cara mengambil wuduk atau bersuci.

“Saya akhirnya mengucap syahadah dengan linangan air mata dan saya mendirikan solat yang pertama iaitu solat Maghrib,” akui Prof. Ataullah yang memaku setiap hadirin dari meninggalkan majlis malam itu.

Akui beliau lagi, pertama kali dalam hidupnya dirasakan tenang dan tenteram iaitu selepas bergelar muslim.

Berkongsi pengalamannya sebelum dipenjarakan, kata Prof. Ataullah pada 1980 beliau melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah (Ph.di) dalam bidang Sejarah Falsafah. Di tengah-tengah kancah revolusi sosial yang berlaku di Poland, beliau menjadi aktivis, pensyarah dan pengasas Solidarity Movement.


Dipenjarakan

Selepas Pemerintahan Tentera pada Disember 1981, Prof. Ataullah bersama seramai 12,000 intelektual bangsa Poland telah dipenjarakan beramai-ramai di kem tahanan dekat sempadan Kesatuan Soviet.

“Sewaktu di dalam penjara inilah hanya Tuhan sahaja tahu bagaimana penyeksaan yang terpaksa ditanggung. Kami diseksa 24 jam dengan teruk dan pada masa itulah saya mula mempercayai dan teringatkan kepada Tuhan.

“Benarlah bagai dikata, hamba akan lebih mengingati kepada Tuhannya apabila berhadapan dengan kesusahan dan penderitaan. Pada masa itulah saya berdoa sekiranya saya dibebaskan, saya akan mengakui kewujudan Allah dan sujud kepada-Nya.

“Alhamdulillah, keesokkan harinya saya bebas dan dibenarkan pulang. Saat itu amat gembira kepada saya dan sekali gus memantapkan lagi keyakinan saya kepada Allah itu,” kata Prof. Ataullah yang dibebaskan pada 1983 di mana beliau menerima perlindungan politik di Amerika Syarikat.

Semenjak itu, beliau menetap di Texas dan pada 1985, Prof. Ataullah mengerjakan haji sebagai yang pertama dalam sejarah Silesian.

Selepas kejatuhan komunis di Eropah Barat, beliau telah berhijrah ke Bosnia, Albania, Jerman, Lithuania, Hungary, Bulgaria dan Romania. Pada 1990 beliau menjadi pensyarah dan Pakar Eropah dan Asia di Universiti Islam Antarabangsa Islamabad di Pakistan.

Beliau merupakan saksi kepada kejatuhan penaklukan komunis di Afghanistan pada 1991. Manakala pada 1992, beliau bergelar pensyarah pelawat di UNISA, Pretoria di Republik Afrika Selatan di mana beliau menjadi saksi kepada kejatuhan apartheid. Setahun kemudian, Prof. Ataullah mula menjadi tenaga pengajar di UIAM.

Prof. Ataullah pernah dianugerahkan dengan pingat Struggle for Freedom and Independence pada 1995 dan juga pada tahun ini.

Beliau kini mempunyai empat cahaya mata iaitu Khalid, Tareq, Sumayyah dan Salaheddin hasil perkahwinan beliau dengan Peguam Syarie berbangsa Palestin, Mariam binti Abdurrahman Ktaila.

Sempat berseloroh dengan kisah pertemuannya dengan isteri sebelum membawa mereka ke jinjang pelamin, Prof. Ataullah pandai mengambil hati hadirin yang tidak kering gusi mendengarkan pengalamannya memikat dan memilih calon isteri.

Di Malaysia, Prof. Ataullah mengakui menggemari buah durian, Gunung Kinabalu, Pulau Perhentian, Terengganu, budaya masyarakat Minangkabau dan keris-keris asli.

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwah_mardihahProfil   Hantar PM kepada qudwah_mardihah   Pergi ke qudwah_mardihah's Website   Quote dan BalasQuote

amira_aqilah
WARGA SETIA
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-09-06 08:43


subhanallah...cantiknya cerita prof Ataullah tu...
syukran Qudwah..
Allahuakbar...semoga kita semua sentiasa dikurniakan nur hidayahNya...
teruskan berdakwah..jalan mujahadah tu berliku2 laluanya..tapi indah diakhirnya..subhanallah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For amira_aqilahProfil   Hantar PM kepada amira_aqilah   Quote dan BalasQuote

Ababil
Warga Rasmi
Menyertai: 15.08.2006
Ahli No: 25842
Posting: 3

blank   avatar


posticon Posting pada: 03-01-07 14:24


SALAAM A'LAIK
Kepada para dai',andai anda mahu mengubah maudu',maka kenal diri dan kenal peribadi maudu' dahulu,jangan melulu takut nanti semua jadi tak menentu.
Yang paling asas adalah niat.Bukan untuk mengaajr tapi untuk belajar.
WALLAHU'ALAM

Bookmark and Share

    


  Member Information For AbabilProfil   Hantar PM kepada Ababil   Quote dan BalasQuote

rabiatuladawiyahabdlatif
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.12.2006
Ahli No: 27800
Posting: 77
Dari: n9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 03-01-07 21:46


salam..

Dalam dunia ini tak ada perkara pun yang senang..semua nya memerlukan usaha..Muncul nya kita di dunia ini adalah semata2 untuk beribadah..dan ibadah tu banyak cabang nya..dakwah pun merupakan salah satu cara kita beribadah..

Hidup dan lahirnya kita di muka bumi Allah ini adalah sebagai seorang daie(penyampai) dan mad'u(org yang kena dakwah).. kedua-duanya perkara itu mesti kita buat..jika kita ternampak atau mengetahui sesuatu itu salah, kita wajib menegur nya..dan kita jugak sebagai manusia yang hina ini haruslah menerima teguran yang orang lain sampaikan atau berikan..penegur dan yang kena tegur mestilah bersifat terbuka dan lapang dada.. jaukan diri dengan emosi ketika kita ingin berdakwah dan ketika kita kena dakwah..terima dengan hati yang terbuka..insyaAllah, semua nya akan berjalan dengan baik...

Dalam masalah berdakwah ini sebenarnya tak susah jika kedua(daie dan mad'u) menerima dengan hati yang terbuka.. selalu nya jika kita berdakwah ni, kebiasaan nya pendakwah akan merima masalah mad'u yang tak mahu terima..dan akhir nya pendakwah yang kena balik..misal nya kata-kata yang selalu kita dengar, "macam lah dia tu baik sangat.." dan macam-macam lagi lah yang akan diterima..
cuba kita bayangkan..yang kita terima hari ni baru sedikit ujian Allah Taala nak uji keimanan kita..kita renung kembali sewaktu zaman Rasulullah SAW berdakwah dahulu, Baginda bukan sahaja ditujah dengan kata-kata kesat sahaja, malahan ditamba lagi dengan dibaling dengan najis2..kita lihat lah, bagaimana ujian Allah Taala beri pada Rasulullah SAW..Baginda tetap sabar dan meneruskan kerja Dakwah...sama-sama lah kita renungkan..

dan sama-sama lah kita istiqamah di jalan Allah ini, jalan DAKWAH..
Allahu a'alam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For rabiatuladawiyahabdlatifProfil   Hantar PM kepada rabiatuladawiyahabdlatif   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 12-01-07 19:04


memang nak dakwah org susah..tapi apapun,kita sebagai org muslim kenalah cuba yang terbaik..mungkin kita tak mampu nak dakwah org menggunakan kata-kata,tetapi kita masih lagi boleh berdakwah melalui akhlak..

masa belajar di matriks..kami juga pernah mengalami student yang masuk islam..kalau tak silap lebih kurang 10 org..tapi ada juga yang cuba di murtadkan,ada yang disebabkan cinta..tapi ada juga yang disebabkan tertarik dengan sifat baik yang ada pada paderi....ini juga yang membimbangkan, kerana sepatutnya akhlak umat islam perlulah JAUH lebih baik berbanding org kafir..

jadi sama-sama lah kita perbaiki akhlak kita,andai kita tidak mampu nak berhujah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

zaitihamdan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.08.2006
Ahli No: 25957
Posting: 242
Dari: Bintulu, Sarawak

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 12-01-07 19:24


dakwah memang memerlukan kekuatan hati..paling sukar ialah berdakwah kepada ahli keluarga sendiri kerana kalau dilihat dari sirah perjuangan Rasulallah SAW, penentang yang paling kuat adalah dari kalangan keluarganya sendiri..ana cukup kagum dengan ukhtie fatin3 yang tidak pernah jemu dalam meneruskan pekerjaan Rasullallah SAW..dan memang ana setuju sangat dakwah bukan duduk atas bahu ustaz ustazah saja..makcik tukang buat teh ke, engineer ke, menteri ke, ketua pegawas ke, operator kilang ke, asalkan berstatus AGAMA ISLAM dan mentauhidkan Allah SWT sebagai Tuhan yang Esa dan Muhammad SAW sebagai pesuruhNya, maka akan terpikul lah tanggungjawab "menyampaikan pesanan ke arah kebaikan" di bahu mereka...

kalau setakat orang macam ana yang cetek ilmu ni tak payah lah bukak dalil tu dalil ni banyak sangat..(bukannya apa..takut tersilap keluar hadith ke..tak ke naya..lagipun ana bukan ahli AQ dan Hadith..sekadar mengambil pengajaran dari peringatan Allah di dalam Aq dan Hadith dari Rasulallah SAW..)sekadar berpesan-pesan ke arah kebenaran dengan kesabaran pun dah cukup..

"adik, baca bismillah sebelum makan"..haaa..tu pun dah dikira berdakwah...

"murid2, kalau mak cakap jangan melawan tau.."tu pun dikira berdakwah walaupun anda cikgu PJK atau Kemahiran Hidup..

"cikgu, mak saya cakap jangan suka marah2..tu kawan syaitan.."haaa...budak kecik pun boleh menyampaikan dakwah..tak ke best begitu..

afwan atas segala khilaf..sekadar pendapat..

"man ashobani min hasanatin faminallah, wama ashobani min sayyi aatin famin nafsi"

ps:tapi kan seperti kata ummiq, kena "cakap serupa bikin" jangan duduk pesan orang buat tu buat ni tapi sendiri pun kena usahakan amalan tu untuk kebaikan diri sendiri juga :)


-----------------
~Don't ever leave the one you love for the one you like,because the one you like will leave you for the one they love~
[ Telah diedit oleh: zaitihamdan pada 12-01-07 19:36 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For zaitihamdanProfil   Hantar PM kepada zaitihamdan   Pergi ke zaitihamdan's Website   Quote dan BalasQuote

syabab_mujahid
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.12.2006
Ahli No: 27656
Posting: 291
Dari: Egypt

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 12-01-07 20:32


berdakwah memang susah,,tapi kita mesti berdakwah juga,,sebab itu kewajipan setiap muslim,,,

"kamu adalah sebaik-baik ummat yang di lahirkan dikalangan manusia, hendaklah menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah..."

Ali-Imran;110

Bookmark and Share

    


  Member Information For syabab_mujahidProfil   Hantar PM kepada syabab_mujahid   Pergi ke syabab_mujahid's Website   Quote dan BalasQuote

umi_iium
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.11.2006
Ahli No: 27261
Posting: 133
Dari: pulau pinang

PulauPinang  


posticon Posting pada: 12-01-07 20:40


memang xsenang tapi kalau kena dengan cara dia...
taklah susah..tapi memang tugas kita umat islam saling mengingati sesama saudara memandangkan kita allah jadikan sebaik2 umat.."kuntum khaira ummatin ukhrijat linnas" wallahu a'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For umi_iiumProfil   Hantar PM kepada umi_iium   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 12-01-07 23:17


memang buakn senang....tapi, insyaALLAH sama-sama kita berda'wah..... meneruskan usaha nabi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.151917 saat. Lajunya....