tanda-tanda anda bayi tahun 80-an:
kita membesar dengan menonton pergi-Force, He-man, Transformers, Thundercats,
Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to
forget
Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.
berus gigi time waktu rehat kat sekolah rendah?...hmm, mesti pegang
cawan
warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dengan classmates semua kat
seblah...
ingat tak, misi kat sekolah masuk kelas dengan list dentist appointment.
lepas itu
bunyi gigi member kita kena gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang
berlubang, kena lah tampal.
ni sure anda ingat...program minum susu di sekolah. nak galakkan budak-budak
time
itu minum susu. sekotak 30 sen saja beb...
cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu.
pukul
tapak tangan...kan?
semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen saja kat kantin.
Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular untuk meluangkan masa
dengan
family. ni for those yang dok KL lah
time sekolah menengah, anda sure beli kasut sekolah Bata BM Turbo atau
Pallas Jazz.
ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka
stoking
tebal laaa...
internet? email? mendalah apa tu?
CD? apa tu? kaset tape pernah lah dengar. tiket wayang pun 5 inggit saja.
kita pergi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya,
Ding
Dang chocolate balls yang ada mainan kat dalam dia, 'telur' keras warna
warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum.
tak dilupakan, 'Ti Kam'.
bila dah habis exam, main Monopoly lah, Donkey lah, Happy Family lah dalam
class.
tapi bunyi loceng lah yang paling best sekali. boleh beli aiskrim dengan
apek
kat luar sekolah itu...
lagi satu loceng masa nak pergi rehat. tinggal kan kerja sekolah, jom kita
pergi makan. budak-budak yang dapat Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti keluar
awal.
lagi satu yang seronok masa time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola lah,
rounders lah...
permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang
aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', kejar2 duduk...
kita hilangkan dahaga dengan aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada banyak-banyak
color
tu. kalau nak makan, kena patahkan kat tengah2 dia!
lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu
ni.
baling2 kapur lah.
hmm...budak-budak kat university sekarang, kebanyakan nya lahir tahun 1987/88.
sekarang digelar 'remaja'.
bagi mereka, mereka mana pernah dengar lagu 'We Are the World, We Are the
Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang mereka tau, yang Westlife
nyanyi....bukan Billy Joel nyanyi...
bagi mereka, ada satu saja Jerman kat dunia ni, dan ada satu saja
Vietnam.
AIDS wujud sejak mereka lahir.
CD pun wujud time mereka lahir.
Michael Jackson dah putih dah time tu.
mereka percaya Spiderman dengan Incredible Hulk tu filem2 baru.
mereka tak boleh bayangkan skrin hitam putih untuk sebuah komputer.
mereka tak pernah tau pun 'Atari' dengan 'Game & Watch'.
mereka tak percaya pernah ada TV hitam putih...dan mereka sekarang tak reti
nak
switch on TV kalau tak ada remote control.
dan mereka tak paham macam mana kita boleh survive dekat universiti tanpa
handphone...
hmm...jom kita check, kita ni dah tua ke:
1. antum paham apa yang anda baca kat atas ni, dan antum sure tersenyum
2. kebanyakan member2 sekolah menengah kita dah kawin
3. antum sure pelik bila nengok bdak2 kecik main komputer, selamba saja
4. kita geleng kepala bila nengok bdak2 sekolah menengah guna handphone
5. kita dah tak banyak sembang2 dengan member melalui telefon lagi setiap
hari
6. bila jumpa member lama dari semasa ke semasa, seronok bila
bersembang
pasal cerite2 lama, cerite2 kelakar yang kita alami masa dulu time
kecik2,
nakal2 dulu...
7. last sekali, bila dah baca email ni, anda akan terpikir untuk
forwardkan
dekat member2 lama antum. Sure mereka suka punya lah...hehehe
Yaa, kita pun dah semakin tua!!
Teringat zaman2 dulu kan?
Cheers to the 80s babies!!!