Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika seseorang kena tipu, yang bersalah bukan yang menipu tetapi yang tertipu
-- Peribahasa India

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 192
Ahli: 0
Jumlah: 192




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Lintas Langsung Semasa
Topik: Sejauh mana Hari Pahlawan dipedulikan


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafiz_along_83
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Lintas Langsung Semasa
    »» Sejauh mana Hari Pahlawan dipedulikan

Please Mendaftar To Post


Oleh Sejauh mana Hari Pahlawan dipedulikan

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-08-06 13:23


TANGGAL 31 Julai adalah Hari Pahlawan iaitu hari bagi memperingati jasa para pahlawan. Persoalannya, dalam keadaan hidup kita yang aman damai, bebas dan merdeka lagi berdaulat ini, adakah jasa dan pengorbanan pahlawan yang telah mempertaruhkan darah dan nyawa benar-benar diperingati?

Atau memperingati pahlawan itu sendiri hanyalah sekadar pengucapan di bibir atau satu tradisi semata-mata.

Kalau demikian natijahnya apakah kita telah berlaku adil dalam memperingati, menilai, menghargai, memartabat dan mendaulatkan jasa para pahlawan?

Persoalan juga timbul sejauh mana generasi muda menghayati sambutan Hari Pahlawan dan mengetahui susurgalur menyebabkan diadakan hari istimewa ini.

Atas dasar ingin tahu kerana kekurangan ilmu, saya cuba mendapatkan maklumat mengenai bila bermulanya sambutan Hari Pahlawan tetapi semua pihak yang saya hubungi gagal memberikan jawapan.

Malah ketika menghubungi Kementerian Pertahanan, jawapan yang diterima ialah ‘‘tiada bilangan perayaan Hari Pahlawan’’ seperti mana sambutan Hari Polis.

Saya anggap jawapan itu benar walaupun tidak diketahui sejauh mana pegawai yang berkenaan bercakap benar atau sekadar melepas batuk di tangga.

Memang agak aneh kalau apa yang dirayakan dan disejarahkan tidak diketahui bila ia bermula serta perjalanan sejarahnya. Kalau di kalangan anggota tentera sendiri pun tidak tahu, bukanlah sesuatu yang pelik jika orang awam tidak menghiraukan pengorbanan para pahlawan.

Saya yakin perayaan Hari Pahlawan ada tarikh permulaannya kerana tiada siapa yang ambil peduli maka ia tidak dinilai, dimartabat dan didaulatkan dengan sewajarnya.

Malah kad-kad ucapan Hari Pahlawan untuk dihantar kepada anggota tentera yang masih berkhidmat dan yang telah bersara tidak pernah saya temui ketika usia kini mencecah 50 tahun.

Pelbagai pihak terutama Kementerian Pertahanan perlu mengambil inisiatif agar Hari Pahlawan menjadi hari peringatan yang hebat dan dihargai serta dipedulikan oleh setiap lapisan rakyat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

ladybirdy
WARGA SETIA
Menyertai: 19.02.2004
Ahli No: 7399
Posting: 405
Dari: bumi

malaysia  


posticon Posting pada: 02-08-06 15:36


semoga roh pahlawan2 negara ditempatkn di tempat orang yang beriman..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ladybirdyProfil   Hantar PM kepada ladybirdy   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.0948 saat. Lajunya....