Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Setiap awal tahun Allah SWT menghadiahkan 8760 hadiah amat berharga untuk setahun. Bagaimana anda menggunakan 8760 jam itulah yang menentukan kemajuan atau kemunduran hidup
-- Kang

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 143
Ahli: 0
Jumlah: 143




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 23 hari yang lalu
Kang: 42 hari yang lalu
lidah-penghunus: 44 hari yang lalu
muslimin23: 52 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Kelakar
Topik: Ada satu cerita .....


Carian Forum

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Kelakar
    »» Ada satu cerita .....

Please Mendaftar To Post


Oleh Ada satu cerita .....

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 28-07-06 12:56


Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari
pandangan seseorang. Seorang wanita di lapangan terbang sedang
menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu dia makan biskut yang
dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia
terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari
bungkusan yang sama yang terletak disebelahnya.

Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama.
Didalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu. Alangkah tak
malunya lelaki ni.....dah lah tak minta dari aku....makan sama
banyak dengan aku pulak tu...Pencuri!!!! rungut wanita itu
dalam hati.

Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan
perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir terdapat
dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu.
Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu
dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita
itu.Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya
dari mememarahi lelaki itu.

Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan
mukanya yang masam mencuka wanita itu berkata dalam hatinya. Berani
sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar.

Kedua- dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan
untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas
lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak
menaiki pesawatnya.

Apabila dia sampai ditempat duduk nya beliau membuka beg kecilnya
untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu
bungkusan biskut berada di dalam begnya masih elok belum terbuka.

Jika biskut ni ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan
tadi.....Ya ...biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki
itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki
itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga
biskut yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah
menunjukkan reaksi marahnya.

Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan
kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain.
Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.

Moral 1: Oleh itu...jangan makan biskut masa
tunggubas/keretapi/kapalterbang...makan benda lain.

Moral 2: Lelaki lebih cool semasa makan biskut berbanding
perempuan....hahahahaha

Moral 3: Jika tak nak kongsi biskut dengan orang lain, kongsi lah
cerita ini dengan mereka...

;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

farah_hanan
WARGA SETIA
Menyertai: 17.02.2006
Ahli No: 22791
Posting: 987
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 28-07-06 13:13


hahahah...kelakar betul....

Bookmark and Share

    


  Member Information For farah_hananProfil   Hantar PM kepada farah_hanan   Quote dan BalasQuote

farah_hanan
WARGA SETIA
Menyertai: 17.02.2006
Ahli No: 22791
Posting: 987
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 28-07-06 13:16


sebenarnya, lelaki tu nak ngorat perempuan tu....
kebetulan pula perempuan tu termakan biskut lelaki tu yang kebetulan sama dengan biskut yang dibelinya.....
lelaki tu memang lah tak kisah....perempuan yang tak perasan tadi memang lah rasa tak selesa bila lelaki tu buat selamba saja.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For farah_hananProfil   Hantar PM kepada farah_hanan   Quote dan BalasQuote

khazinatulsyouqoh
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.10.2005
Ahli No: 19897
Posting: 209
Dari: on earth

Johor  


posticon Posting pada: 28-07-06 14:51


u always have a nice article with you, don't you rimbabara, anyway it's a marvellous one...

Bookmark and Share

    


  Member Information For khazinatulsyouqohProfil   Hantar PM kepada khazinatulsyouqoh   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-07-06 17:24


:-) Assalamualaikum.....



     Ni dah kira perkongsian yang menguntungkan ni..makan orang punya...rasa macam kita punya..hehhehehehe...walau apa pun...kat sini..walau apa pun yang berlaku..kita kena siasat betul-betul...chek betul-betul...kang dibuatnya kita yang salah sebenarnya..tak ke haru tu...


-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......


Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

nuzul
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.12.2005
Ahli No: 21199
Posting: 48
Dari: pahang

bosnia_herzegovina  


posticon Posting pada: 28-07-06 19:22


ha ha ha
lawaknya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuzulProfil   Hantar PM kepada nuzul   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 29-07-06 08:42


Pada 28-07-06 14:51 , khazinatulsyouqoh posting:

!!! QUOTE !!!

u always have a nice article with you, don't you rimbabara, anyway it's a marvellous one...


Thanks.... ;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

azri86
Warga 2 Bintang
Menyertai: 30.07.2005
Ahli No: 17683
Posting: 50
Dari: Tumpat kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-07-06 11:36


hahaha....ada nilai moral yang perlu diambil dr cerita ni....
dan memang kelakar hehe..:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For azri86Profil   Hantar PM kepada azri86   Quote dan BalasQuote

Nurizmi
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20156
Posting: 539
Dari: utara...

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 29-07-06 14:13


hehe..baik hatinya lelaki tu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For NurizmiProfil   Hantar PM kepada Nurizmi   Pergi ke Nurizmi's Website   Quote dan BalasQuote

dibaa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.07.2006
Ahli No: 25256
Posting: 181
Dari: perak

Perak  


posticon Posting pada: 29-07-06 16:39


ish malunyer perempuan itu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For dibaaProfil   Hantar PM kepada dibaa   Quote dan BalasQuote

khairi05
Warga 1 Bintang
Menyertai: 20.09.2005
Ahli No: 19183
Posting: 35
Dari: Parit Buntar

Perak  


posticon Posting pada: 29-07-06 18:13


best perempuan tu... kenyang dia.... kalau aku pun mahu juga.... haha free beb.

Bookmark and Share

    


  Member Information For khairi05Profil   Hantar PM kepada khairi05   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.104595 saat. Lajunya....