Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita seringkali melihat bagaimana jemaah-jemaah haji mengikuti kursus-kursus yang diadakan sebagai persiapan untuk menempuhi suasana haji yang sebenar, begitu juga dengan pelajar-pelajar yang akan menempuhi peperiksaan, dilatih dengan pelbagai tuisyen dan kelas tambahan untuk menempuhi peperiksaan, maka kehidupan akhirat dan peperiksaan di padang mahsyar lebih patut lagi diadakan kursus persediaan dan kelas tuisyennya yang tersendiri..Persediannya ialah iman serta amalan soleh dan kelas tuisyennya ialah majlis-majlis ilmu.
-- Tuan Guru Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 190
Ahli: 0
Jumlah: 190




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 8 jam, 50 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: ***Ramai anak sekarang memukul ibu...


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» ***Ramai anak sekarang memukul ibu...

Please Mendaftar To Post


Oleh ***Ramai anak sekarang memukul ibu...

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-07-06 10:38


Ibu dibelasah anak


KANGAR 27 Julai – Seorang ibu berusia 66 tahun ditumbuk dan dibelasah anak lelakinya menggunakan topi keledar sebelum diseret sejauh 10 meter semata-mata kerana dia enggan memberikan wang kepada anaknya itu.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang semalam, ibu tua tersebut, Kalsom Abdullah yang menetap di Kampung Bakong, Jejawi, dekat sini, terselamat apabila jeritannya didengari oleh seorang jiran yang kemudian bergegas ke rumah mangsa untuk menyelamatkannya.

Anak lelaki Kalsom yang dipercayai kurang siuman kemudian melarikan diri tetapi berjaya ditahan pihak polis sebaik sahaja mangsa yang ditemani jirannya membuat laporan polis.

Kalsom ketika ditemui Utusan Malaysia berkata, dia mengalami luka-luka di bahagian belakang dan lebam mata kanan, tangan kiri serta dahi akibat tindakan anaknya yang berusia lingkungan 30-an itu.

Menurutnya, sebelum kejadian, dia ada memberi wang sebanyak RM100 tetapi tidak sampai beberapa minit selepas keluar dari rumah, anak lelakinya itu pulang semula ke rumah dan meminta lagi wang.

‘‘Saya tidak mahu memberinya kerana memang saya tidak mempunyai duit. Selepas itu saya masuk ke bilik air untuk mandi. Sebaik keluar dari bilik air, dia mengheret saya ke bawah rumah dan memukul dengan topi keledar.

‘‘Nasib baik ada jiran yang terdengar jeritan saya. Jika tidak, entah bagaimanalah keadaan saya ketika itu. Anak saya ada sedikit penyakit mental,’’ katanya.

Kalsom berkata, dia sebenarnya telah beberapa kali dipukul anaknya itu tetapi tidak seteruk kejadian semalam.

Ujarnya, selepas suaminya meninggal dunia sejak 20 tahun lalu, dia bersama lima anaknya hidup melarat dan hanya mendapat bantuan sebanyak RM100 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

‘‘Dengan duit bantuan itu sahajalah saya menanggung segalanya, saya sudah tua dan tidak mampu lagi melakukan sebarang pekerjaan. Hanya harapkan bantuan,’’ jelasnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Yusof Mohd. Diah ketika dihubungi berkata suspek ditahan pada pukul 6.35 petang semalam dan kini ditempatkan di Wad Psikiatri, Hospital Tuanku Fauziah di sini.



****************************************************

Anak sekarang makin berani memukul ibu……..adakah kerana kurang didikan agama…?.atau terlalu dimanjai…???

bagaimana kalau ibu meninggal dunia tanpa sempat memohon ampun darinya……??? Langit dan bumi tak kan terima roh si anak…Kemanakah roh kan pergi nanti….???

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

Linn
WARGA SETIA
Menyertai: 14.04.2004
Ahli No: 8388
Posting: 447
Dari: Serdang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-07-06 11:54


sayang ibu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For LinnProfil   Hantar PM kepada Linn   Quote dan BalasQuote

mataharimalam
Warga 1 Bintang
Menyertai: 15.02.2006
Ahli No: 22729
Posting: 29
Dari: sereabalaijo

malaysia  


posticon Posting pada: 28-07-06 12:01


syurga di bawah telapak kaki ibu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mataharimalamProfil   Hantar PM kepada mataharimalam   Quote dan BalasQuote

baikhati
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.07.2006
Ahli No: 25177
Posting: 77
Dari: taiping

Perak  


posticon Posting pada: 28-07-06 12:05


ibu, ratu hatiku... :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For baikhatiProfil   Hantar PM kepada baikhati   Quote dan BalasQuote

Ustadz
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-07-06 12:47


salam..

ana dapat tahu masa ana tengok buletin pagi kat tv3 pagi ni...sedih ana tengok dia layan ibunya yang dah itu macam tu...tersentuh hati ana,nyaris2 menitiskan air mate terkenangkan

Bookmark and Share

    


  Member Information For UstadzProfil   Hantar PM kepada Ustadz   Pergi ke Ustadz's Website   Quote dan BalasQuote

Ustadz
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-07-06 13:09


anak muda sekarang ni banyak yang dah tak hormat orang-orang tua..ana frustrated sangat..sampai sanggup pukul ibu sendiri,sedangkan haiwan pun tak buat macam tu....apa beza diantara mereka dengan haiwan2??

Bookmark and Share

    


  Member Information For UstadzProfil   Hantar PM kepada Ustadz   Pergi ke Ustadz's Website   Quote dan BalasQuote

farah_hanan
WARGA SETIA
Menyertai: 17.02.2006
Ahli No: 22791
Posting: 987
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 28-07-06 13:10


hmmm

Bookmark and Share

    


  Member Information For farah_hananProfil   Hantar PM kepada farah_hanan   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-07-06 13:22


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah sayu hati baca. Itu yang di luar sana di siber ni pun apa kurangnya kan .....

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - kasih ibu tiada nilainya

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

moth
Warga 1 Bintang
Menyertai: 24.07.2006
Ahli No: 25380
Posting: 38

malaysia  


posticon Posting pada: 28-07-06 13:32


Memang banyak perkara yang dulunya kita fikirkan agak mustahil untuk berlaku telah pun berlaku.



Bookmark and Share

    


  Member Information For mothProfil   Hantar PM kepada moth   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-07-06 16:19


:-) Assalamualaikum.........



        Sedih dengan apa yang berlaku....sepatutnya perkara sebegini tidak berlaku...bila dah dewasa..kita sebagai anak kenalah jaga ibu yang dah bersusah payah mengandungkan kita,melahirkan kita,membesarkan kita.....Kenapa madu yang diberi tuba yang dibalas????


-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......


Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

anmahar
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14615
Posting: 703
Dari: Kedah Darul Aman

Kedah  


posticon Posting pada: 28-07-06 16:24


Bila mana manusia mula bertuhankan selain Allah..... maka semua perkara2 yang yang begitu keji berlaku hari ini.... Allahuakbar... binatang pun masih tahu dan menghormati ibunya... ya Allah.... :(

Bookmark and Share

    


  Member Information For anmaharProfil   Hantar PM kepada anmahar   Quote dan BalasQuote

Lubnaa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.07.2006
Ahli No: 25241
Posting: 133
Dari: Kajang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-07-06 16:39


kasih ibu...tak siapa yang dapat membalasnya dan tiada berpenghujung....hargailah ibu kita dan berjasalah sebanyak yang boleh selagi hayat ibu kita masih ada....ibu kita juga hanyalah pinjaman Allah buat kita......jangan bila sudah tiada baru kita menyesal...tak ada gunanya jika nasi telah menjadi bubur.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For LubnaaProfil   Hantar PM kepada Lubnaa   Quote dan BalasQuote

afiqah_afaf
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.10.2004
Ahli No: 11586
Posting: 238
Dari: mansoura

egypt  


posticon Posting pada: 28-07-06 22:26


************************************

Anak sekarang makin berani memukul ibu……..adakah kerana kurang didikan agama…?.atau terlalu dimanjai…???

bagaimana kalau ibu meninggal dunia tanpa sempat memohon ampun darinya……??? Langit dan bumi tak kan terima roh si anak…Kemanakah roh kan pergi nanti….???


ni lah salah satu tanda hari kiamat....


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For afiqah_afafProfil   Hantar PM kepada afiqah_afaf   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-07-06 23:40


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah kasih sayang seorang ibu dibawa ke akhirat. Dan mana ada ibu di dunia ini yang tidak mahu yang terbaik untuk anak-anaknya? kecuali kes terpencil seperti tidak siuman dsbnya.

Cuma kekadang ada kalanya latarbelakang pendidikan turut memainkan peranan. Sekiranya semasa ibu mengandungkan anak tidak menurut kaedah Al Quran dan As Sunnah maka kesannya akan dikenali kelak. Begitu juga sekiranya anak itu dibiarkan bermain lebih dari umur setahun hingga enam tahun maka akan menyebabkan mereka tidak menggunakan minda dengan baik sedangkan waktu itulah terbaik untuk membina minda dalam semua aspek. Ajarlah apa saja insyaAllah mudah lekat di minda mereka.

Namun pengaruh sekitaran dan juga keadaan masa yang bertambah ke arah materialisma dan juga hedonisma sedikit sebanyak menyebabkan anak-anak tidak peka dan sering mencari suasana di luar rumah. Mungkin ibu bapa terlalu sibuk atau tidak memberi perhatian yang sepatutnya.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - carilah buku parenting skills ya bila nak berkawin.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

al-Khwarizmi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.03.2006
Ahli No: 23624
Posting: 105
Dari: Islamic City

Kelantan  


posticon Posting pada: 29-07-06 00:29


Ya ALLAH.....
jauhilah aku dari menjadi seperti lelaki tersebut.......
marilah kita berdoa agar mereka yang seperti itu insaf...
Amin..

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-KhwarizmiProfil   Hantar PM kepada al-Khwarizmi   Quote dan BalasQuote

masya_brywest
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.07.2003
Ahli No: 2317
Posting: 107
Dari: TeLuK InTaN

Perak   avatar


posticon Posting pada: 29-07-06 23:59


macam-macam hal sekarang ni...dalam paper hari ni pula kes anak sembelih bapa...
Ya Allah moga diri ini dijauhkan dari menjadi anak derhaka...
Amin

Bookmark and Share

    


  Member Information For masya_brywestProfil   Hantar PM kepada masya_brywest   Quote dan BalasQuote

mohdhanis
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9883
Posting: 189
Dari: pahang, selangor, penang

Selangor  


posticon Posting pada: 30-07-06 00:24


memang cukup ramai anak2 yang memukul ibu atau bapa mereka. kita kena paham yang pukul ibu bukan hanya pada zahir saja.

contohnya terkasar dengan orang tua boleh mengguris hati mereka. pada pnpdt saya, kita sebagai anak, sama kita jaga mereka. habis cerita

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdhanisProfil   Hantar PM kepada mohdhanis   Pergi ke mohdhanis's Website   Quote dan BalasQuote

al-Khwarizmi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.03.2006
Ahli No: 23624
Posting: 105
Dari: Islamic City

Kelantan  


posticon Posting pada: 30-07-06 18:53


ye..
allah melarang kita berkasar dengan ibubapa walaupun menyebut perkataan 'oh'..
ayat apa ah tu? lupa pula

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-KhwarizmiProfil   Hantar PM kepada al-Khwarizmi   Quote dan BalasQuote

nano
Warga 5 Bintang
Menyertai: 20.10.2005
Ahli No: 19971
Posting: 386

blank   avatar


posticon Posting pada: 30-07-06 21:07


Subject: Penting …Petition bantah-IFC

wrbt
For those yang belum sign the above petition, you
can do it online at the following address :-
sign di sini -->

http://myislamnetwork.net/portal/modules/liaise/


Pengenalan PEMBELA
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam
(PEMBELA) iaitu gabungan wakil-wakil NGO-NGO
Islam yang prihatin dalam menangani pelbagai isu-
isu berkaitan dengan kedudukan Islam di
Malaysia. Mesyuarat pada 16 Julai 2006 telah
memutuskan untuk menubuhkan gabungan
tersebut sebagai rangkaian gerak kerja bersama
organisasi Islam di Malaysia.
Laman web rasmi: http://www.myislamnetwork.net

Bookmark and Share

    


  Member Information For nanoProfil   Hantar PM kepada nano   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.119056 saat. Lajunya....