Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-06-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika kamu ingin tinggi, jangan hanya merenung gunung, panjatlah. Jika kamu ingin bijaksana, jangan merenung kitab, amalkanlah.
-- Meow (warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 38
Ahli: 0
Jumlah: 38




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 16 hari yang lalu
Daeng_Jati: 36 hari yang lalu
Kang: 40 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: solat hajat bantah LINA JOY


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» solat hajat bantah LINA JOY

Please Mendaftar To Post


Oleh solat hajat bantah LINA JOY

imtihan_insyirah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-07-06 22:36


Umat Islam diajak bermunajat agar mahkamah tolak permohonan murtad    

Wed | Jul 26, 06 | 05:21:09 PM
Oleh Mohd Rashidi Hassan KUALA LUMPUR, 26 Julai (Hrkh) - Umat Islam di seluruh negara diminta berpuasa sunat esok (Khamis) dan menunaikan solat hajat pada malam hari untuk memohon ke hadrat Allah supaya mahkamah menolak permohonan Azlina Jailani untuk keluar Islam dengan menggugurkan nama Islam pada kad pengenalannya untuk dikenali sebagai Lina Joy.

Dalam kes Lina Joy lawan Majlis Agama Islam, Wilayah Persekutuan, Jabatan Pendaftaran Negara & Kerajaan Persekutuan di hadapan Mahkamah Persekutuan, Azlina memohon untuk pemansuhan (deletion) perkataan ?ISLAM? sebagai agama dalam kad pengenalan Lina Joy.

Permohonan ini ditolak oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pengerusi Front Bertindak Anti Murtad (FORKAD), Ustaz Riduan Mohamad Nor berkata pihaknya bimbang gejala murtad akan bertambah buruk jika mahkamah memberikan kebenaran kepada Azlina untuk keluar Islam.

Sehubungan dengan itu beliau menyeru umat Islam juga diseru untuk hadir beramai-ramai di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya 28 Julai ini, untuk memberikan sokongan kepada pihak berkuasa agama untuk mempertahankan kesucian Islam di Malaysia.

Agenda tersirat

Menurut kumpulan NGO Pembela Islam (PEMBELA), isu yang dicabar oleh Lina Joy merupakan suatu yang amat serius kerana ia memberikan implikasi sama ada Artikel 11(1) membenarkan seorang Melayu Muslim mengisytiharkan diri keluar Islam dengan sendiri tanpa perlu pengesahan Mahkamah Syariah dan memilih agama lain untuk dianuti dan diamalkan.

Menurut mereka ini adalah kes pertama isu Artikel 11(1) dibawa ke peringkat Mahkamah Persekutuan untuk ditafsirkan.

Menyentuh lebih lanjut isu ini, Ustaz Riduan berkata, umat Islam merasakan ada suatu agenda tersirat apabila kes yang dibawa Lina Joy mendapat sokongan beberapa NGO bukan Islam (seperti Majlis Perunding Agama Hindu, Kristian, Buddha dan Sikh, dan pemerhati luar negara seperti wakil kedutaan Amerika, Australia, dan lain-lain).

Seorang peguam (anggota PPI) yang menghubungi Harakahdaily berkata, jika mahkamah membenarkan permohonan Lina Joy, status Islam sebagai Agama Persekutuan akan (Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan) tidak bermakna sama sekali kerana Islam akan dianut dan diamalkan seperti agama lain.

Ini kerana katanya, menurut Perlembagaan Malaysia, Islam diletakkan di status yang tinggi dan berbeza daripada agama lain.

Contoh, Artikel 12(2) kuasa untuk mengurus dan menghulur bantuan oleh kerajaan (Persekutuan & Negeri) kepada institusi-institusi Islam seperti Masjid, Sekolah Agama Rakyat, dan lain-lain akan terhapus.

Kes Lina Joy juga menyentuh Artikel 11(4), di mana ia memberi hak kepada kerajaan negeri untuk menggubal undang-undang menyekat dakyah agama lain kepada orang Islam.

Jika kes Lina Joy dibenarkan, Artikel 11(4) akan tidak bermakna lagi dan orang bukan Islam boleh memurtadkan orang Islam.

Malah ia juga secara serius menyentuh Artikel 160, di mana MELAYU ditafsirkan sebagai beragama ISLAM.

"Membenarkan kes Lina Joy bermakna membuka ruang untuk bangsa Melayu dihapuskan. Ini juga bermakna orang Melayu yang dibenarkan murtad secara automatis melupuskan status, hak-hak dan keistimewaannya sebagai Melayu," tegas beliau.

Himpunan Raksaksa Anti-Murtad

Sehubungan dengan itu PEMBELA turut menganjurkan Himpunan Raksaksa Anti-Murtad Negeri Selangor pada 30 Julai 2006 mulai jam 8.30 pagi di Dataran Surau An-Nur, Fasa 1, Bandar Baru Bangi, Selangor (berhampiran Darussyifaa').

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, antara pemimpin NGO yang akan berucap adalah Yusri Mohamad (Presiden ABIM/Pengerusi Gabungan NGO Pembela Islam), Sulaiman Abdullah, Prof Dr Abdul Aziz Bari, Mohamed Hanipa Maidin, Dato Muhamad Burok dan Zulkifli Noordin. Manakala Ustaz Shafie Ngah bertindak sebagai moderator.

Program tersebut adalah anjuran Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi/Surau-Surau, Gabungan NGO-NGO Bandar Baru Bangi, Jaringan Siswazah Malaysia (JASA), Front Bertindak Anti Murtad (FORKAD) dan PEMBELA.

sahabat2 .. jangan lupa sertai demo membantah kezaliman israel dan amerika tehadap palestin 28 hb ni, selepas solat jumaat di hadapan kedutaan amerika. ayuh kita gegarkan kedutaan amerika.. biar mereka terutamanya condoleeza rice yang datang malaysia kecut perut dibuatnya

wallahua'lam


-----------------
ALLAH IS ENOUGH FOR ME


Bookmark and Share

    


  Member Information For imtihan_insyirahProfil   Hantar PM kepada imtihan_insyirah   Pergi ke imtihan_insyirah's Website   Quote dan BalasQuote

imtihan_insyirah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-07-06 22:38


Himpunan Raksaksa Anti-Murtad

Sehubungan dengan itu PEMBELA turut menganjurkan Himpunan Raksaksa Anti-Murtad Negeri Selangor pada 30 Julai 2006 mulai jam 8.30 pagi di Dataran Surau An-Nur, Fasa 1, Bandar Baru Bangi, Selangor (berhampiran Darussyifaa').

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, antara pemimpin NGO yang akan berucap adalah Yusri Mohamad (Presiden ABIM/Pengerusi Gabungan NGO Pembela Islam), Sulaiman Abdullah, Prof Dr Abdul Aziz Bari, Mohamed Hanipa Maidin, Dato Muhamad Burok dan Zulkifli Noordin. Manakala Ustaz Shafie Ngah bertindak sebagai moderator.

Program tersebut adalah anjuran Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi/Surau-Surau, Gabungan NGO-NGO Bandar Baru Bangi, Jaringan Siswazah Malaysia (JASA), Front Bertindak Anti Murtad (FORKAD) dan PEMBELA.




Bookmark and Share

    


  Member Information For imtihan_insyirahProfil   Hantar PM kepada imtihan_insyirah   Pergi ke imtihan_insyirah's Website   Quote dan BalasQuote

Abu_Ruqayyah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.03.2006
Ahli No: 23449
Posting: 590
Dari: Manchester

Selangor  


posticon Posting pada: 26-07-06 22:46


ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR

Bookmark and Share

    


  Member Information For Abu_RuqayyahProfil   Hantar PM kepada Abu_Ruqayyah   Pergi ke Abu_Ruqayyah's Website   Quote dan BalasQuote

imtihan_insyirah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-07-06 23:11


pihak kuffar berjuang bermati-matian untuk hidup.. mereka menyangka kehidupan hanya sekali, dan tidak ada istilah kehidupan selepas mati. kaum muslimin berjuang bermati-matian untuk mati... kerana yakin adanya kehidupan selepas mati yang kekal abadi.

jangan takut jangan gentar. kita ada Allah.. kita ada doa sebagai senjata. doa senjata mukmin.

lah takhaf wa lah tahzan. InnAllaha maana

sahabat2..doa2lah sungguh2, ikhlaskan hati. sayangilah islam kita

manusia merancang, Allah jua merancang, namun perancangan Allah mengatasi segala-galanya

Takbir!! Allahu Akbar!

Bookmark and Share

    


  Member Information For imtihan_insyirahProfil   Hantar PM kepada imtihan_insyirah   Pergi ke imtihan_insyirah's Website   Quote dan BalasQuote

faina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 607
Posting: 151
Dari: Seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 27-07-06 01:49


ALLAHUAKBAR....

semoga kita sentiasa dalam kerahmatanNya...
hanya doa senjata kita sebagai orang mukmin....
apa nak jadi pada dunia???huhh...

Bookmark and Share

    


  Member Information For fainaProfil   Hantar PM kepada faina   Quote dan BalasQuote

fizal86_anakpadi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.07.2006
Ahli No: 25417
Posting: 179
Dari: sg petani

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 27-07-06 09:28


ALLAHUAKBAR!!!!!

kita sebagai umat yang kasihkan islam patut menentang semua ni..
jika tak dapat buat dengan perbuatan pun,
paling kurang kita buat solat hajat dan berdoa kepada ALLAH.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fizal86_anakpadiProfil   Hantar PM kepada fizal86_anakpadi   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 27-07-06 10:52


nampaknya keadaan semakin teruk...Dunia hampir ke penghujungnya...astaghfirullah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.102933 saat. Lajunya....