Assalamu'alaikum wrh,
KHAS,
Kepada 25,000(lebih) warga Ukhwah.com, ana ingin mengajukan beberapa soalan subjektif mengenai 'cadangan Penghantaran Tentera Sukarelawan Islam ke negara2 Islam yang dizalimi'.(..dan sedang dizalimi ketika ana menaip kenyataan ini dan ketika antum membacanya) JIKA ANDA SEMUA DIBERI PELUANG UNTUK ITU...
Jawablah dengan hati yang ikhlas dan kerana Allah swt.. dan bukan kerana mengikut emosi..
Tidak perlu jawab jika anda rasa.. soalan ini tiada faedah langsung pada diri anda atau apa sahaja yang anda fikirkan..
Tujuan ana hanya INGIN TAHU, sejauh mana kebenaran kata-kata warga Ukhwah yang begitu hebat mengecam/mengutuk dengan kezaliman tentera yahudi dibumi Palestin..and etc dan yang terbaru Lubnan.
SOALANNYA
(Mungkin ada yang melihat soalan ini seperti 'main-main..atau soalan 'kanak-kanak, namun, mampukah anda menjawabnya...HANYA KERANA ALLAH SWT?)
1) Sanggupkah anda menjadi Tentera Sukarelawan ini?
2) Adakah anda TIDAK takut mati?
3) Adakah anda TIDAK takut jika 'kehilangan kerja'-sumber pendapatan keluarga jika menyertainya?
4) Adakah anda TIDAK takut atau risau meninggalkan ISTERI yang cantik dan anak2 yang comel jika menyertainya?
5) Jika anda sebagai seorang anak yang MASIH mempunyai kedua ibubapa, adakah anda telah menjalankan tanggungjawab anda sebagai seorang anak yang soleh?
6) Bagaimana pula tanggungjawab anda dengan SOLAT FARDHU 5 WAKTU, lengkapkah sehari semalam?
7) Pernahkah walau SEKALI dalam hidup anda menanyakan anak jiran anda.. (sebagai contoh)"dah makan ke belum? sihat tak?"
Bagaimana hubungan anda dengan jiran tetangga?
9) Adakah anda memilih-milih SIAPA saudara Islam anda? yang berada sahaja.. yang tampan dan cantik sahaja...
10) Adakah anda seorang yang sentiasa memberikan SENYUMAN & MENEGUR DENGAN LEMAH LEMBUT kepada sesiapa diantara saudara Islam yang berselisih ketika berjalan?
Banyak sangat soalan kan? Tak mengapalah.. ana tak kisah jika ada warga Ukhwah yang tidak mahu menjawabnya.. sekadar tertanya2 ..HANYA kerana Warga Ukhwah adalah seramai 25,000 orang dan lebih.
wassalam.
-----------------
"Ambil Tahu sesuatu perkara, tidak semestinya sibuk menjaga tepi kain orang-itu lebih baik dari menjadi kera sumbang!"