Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Activity gets you busy. But productivity gets you results. Activity consumes time. Productivity frees it.

-- ummimq

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 105
Ahli: 0
Jumlah: 105




Yang Masuk Ke Sini
Kang: 12 hari yang lalu
lidah-penghunus: 14 hari yang lalu
muslimin23: 23 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Lintas Langsung Semasa
Topik: Konflik: 2006 juga tidak terkecuali


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafiz_along_83
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Lintas Langsung Semasa
    »» Konflik: 2006 juga tidak terkecuali

Please Mendaftar To Post


Oleh Konflik: 2006 juga tidak terkecuali

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 25-07-06 13:15


RUANGAN ini pada awal tahun memaparkan azam Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush untuk tahun 2006. Beliau antara lain mengumumkan keinginan untuk bekerja keras demi keamanan global dan kemakmuran negaranya, di samping tidak melepaskan peluang menonton perlawanan bola sepak Amerika.

Malah, dalam ruangan sama juga dijelaskan bahawa Korea Utara, yang merupakan salah satu daripada tiga negara yang disifatkan sebagai paksi kejahatan oleh AS, menggesa pasukan tenteranya supaya menjadi ‘peluru manusia’ untuk menghadapi cabaran 2006. Aspek ketenteraan juga menjadi teras keutamaan negara tersebut selain program nuklear sentiasa mendapat perhatian antarabangsa..

Negara jiran Korea Utara – Jepun juga menekankan keperluan berusaha ke arah keamanan sejagat.

Enam bulan pertama sudah pun berlalu. Nampaknya dunia semakin dipenuhi dengan konflik yang berlarutan. Keamanan yang diharapkan tidak menjadi kenyataan.

Kontroversi program nuklear Korea Utara berterusan. Pyongyang mengadakan ujian peluru berpandu jarak jauh, sekali gus menimbulkan kerisauan dan kemarahan dunia, khususnya jirannya Tokyo yang mahu mengenakan sekatan ekonomi di samping resolusi Majlis Keselamatan yang diluluskan dua minggu lalu.

Pemimpin-pemimpin dunia masih terikat dengan kedudukan lama, tidak banyak memperlihatkan kesungguhan untuk menyemai unsur-unsur keamanan, sebaliknya konflik dan krisis antarabangsa dan serantau berterusan.

Pentadbiran Bush dikatakan telah meluluskan penghantaran segera bekalan bom panduan tepat ke Israel yang dalam sebulan ini telah pun menceroboh dua jirannya – Genting Gaza, Palestin dan selatan Lebanon. White House tidak menyokong syor Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan untuk mengadakan gencatan senjata dengan segera dan mencari penyelesaian konflik rantau Asia Barat.

Pencerobohan ini dijangka berterusan untuk beberapa bulan dan AS telah pun ‘memberikan lampu hijau’ kepada Israel untuk melanjutkan ‘peperangan’ satu minggu lagi manakala Kabinet Israel memutuskan untuk meneruskan tindakan ketenteraan sehingga satu tempoh yang dirasakan perlu. Isu Washington memberi lampu hijau kepada Israel dan menyegerakan pembekalan senjata kepada rejim Yahudi itu lebih merupakan dakwaan media, belum ada pengesahan ataupun penafian daripada pentadbiran Bush.

Bagaimanapun banyak pihak yang melihat laporan media itu menambahkan lagi kemarahan orang ramai yang menyifatkan ia tidak akan membantu menyelesaikan konflik Asia Barat selepas rantau itu belum ‘bebas’ sepenuhnya daripada ketidakstabilan politik di Afghanistan dan Iraq.

Isu nuklear Korea Utara dan Iran juga belum menemui penyelesaian yang diharapkan. Sebaliknya ia berkemungkinan besar akan memburukkan lagi konflik antarabangsa dalam masa beberapa bulan akan datang.

Piala Dunia yang diharapkan bakal membawa mesej keamanan sudah berakhir. Malangnya, serangan bom berani mati dan keganasan terus berlaku. Apakah 2006 juga bakal muncul sebagai tahun yang tidak menggembirakan kita semua?

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.089632 saat. Lajunya....