Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Courage is like love; it must have hope for nourishment."
-- Napoleon Bonaparte

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 78
Ahli: 0
Jumlah: 78




  Yang Masuk Ke Sini
izad: 60 hari yang lalu
the_brOtherz: 87 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: BANTAHAN FORUM KUMPULAN ARTIKEL 11 DI JB


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» BANTAHAN FORUM KUMPULAN ARTIKEL 11 DI JB

Please Mendaftar To Post


Oleh BANTAHAN FORUM KUMPULAN ARTIKEL 11 DI JB

Eid
Warga Rasmi
Menyertai: 27.06.2006
Ahli No: 24983
Posting: 17
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-07-06 16:55


Kenyataan Rasmi PMIUTM terhadap Forum dan Road Show Kumpulan Artikel 11


--------------------------------------------------------------------------------

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia, PMIUTM memandang serius akan rancangan pihak Kumpulan Artikel 11 untuk mengadakan forum dan road show di Hotel Selesa, Johor Bahru pada 22 Julai ini bermula pada pukul 9 pagi sehingga 1 tengahari. Pihak kami secara tegas menyatakan bantahan ke atas penganjuran forum untuk menghina syariat Islam ini.

Walaupun pihak The Malaysian Bar yang juga merupakan salah satu anggota dalam kumpulan ini menyatakan bahawa mereka bebas untuk berkumpul, berucap dan berpersatuan mengikut Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, namun pihak PMIUTM melihat akan potensi untuk timbulnya kekacauan dan ketidak-keharmonian dalam hubungan antara anggota masyarakat jika forum ini diteruskan. Program yang bertujuan untuk menghalalkan kemurtadan dan membakul-sampahkan syariat Islam ini sudah pasti akan membangkitkan kemarahan orang Islam dan kejadian buruk mungkin tidak dapat dielakkan nanti.

PMIUTM juga menyanggah kenyataan akhbar oleh Ivy Josiah iaitu Pengarah Eksekutif bagi Women's Aid Organisation (WAO). Beliau menyatakan bahawa forum ini diadakan bukanlah bertujuan untuk menghina mana-mana agama mahupun etnik di Malaysia. Namun, suka untuk pihak PMIUTM mengingatkan bahawa soal agama Islam adalah perkara yang cukup sensitif dan ekslusif. Agama Islam tidak boleh disamakan dengan mana-mana agama ataupun isme-isme yang lain. Telas jelas bahawa antara tuntutan mereka seperti mendesak agar setiap bayi yang lahir daripada pasangan Islam tidak semestinya menganut Islam, orang Islam boleh murtad jika ingin berkahwin dengan orang kafir, orang kafir yang memeluk Islam bebas untuk murtad semula jika mereka mahu dan sebagainya adalah satu penghinaan yang cukup besar ke atas syariat Allah S.W.T.

Pihak kami juga menyokong tindakan sesetengah pihak yang telah membuat laporan polis, menghantar memorandum kepada Mufti Besar Negeri Johor, Pengarah Jabatan Agama Johor dan Menteri Besar Johor sendiri agar bertindak untuk membatalkan program ini. Segala ruang diplomasi yang wujud telah digunakan dengan sebaik-baiknya. PM Abdullah Badawi digesa agar terus mengharamkan gerakan ini dan bukan sahaja menangguhkan dahulu penubuhannya.

Kumpulan Artikel 11 ini akan terus menjadi pelobi yang memperjuangkan penubuhan IFC jika tidak dihapuskan diperingkat awal. PMIUTM juga menegaskan bahawa kami bersedia berkorban apa sahaja dalam mempertahankan kesucian agama ini daripada diinjak-injak oleh golongan yang telah lama membenci Islam. Islam agama kami dan kami rela bergolok gadai untuk mempertahankannya sepenuh hati. Insyaallah. Sekian, wassalam.

Amin Yusof Aminuddin
Presiden,
Persatuan Mahasiswa Islam UTM 2006

Bookmark and Share

    


  Member Information For EidProfil   Hantar PM kepada Eid   Quote dan BalasQuote

ahlifikir
Warga 2 Bintang
Menyertai: 01.07.2005
Ahli No: 17015
Posting: 45
Dari: kl

japan   avatar


posticon Posting pada: 22-07-06 19:43


esok bertempat di masjid wilayah jalan duta..

jam 8 pag.isu yang di utarakan isu murtad di kalangan umat islam

Bookmark and Share

    


  Member Information For ahlifikirProfil   Hantar PM kepada ahlifikir   Pergi ke ahlifikir's Website   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1306
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-07-06 00:22


Bila lagi mahu anjurkan demonstrasi anti Artikel 11 dan Islam Liberal?

Assalamualaikum.

Jumaat lepas pemuda Umno telah membuktikan bahawa mereka juga boleh turun ke jalanraya berdemonstrasi dalam isu yang menyentuh kepentingan ummah. Walaupun sebelum ini ada pertentangan pendapat antara ketua dan timbalan ketua pemuda tentang kaedah berdemonstrasi ini, akhbar hari ini ketua pemuda Umno, Dato' Seri HishammuddinTun Hussein akhirnya akur juga dengan kaedah berdemonstrasi ini.

Hari ini telah berlangsung satu himpunan anjuran Peguam Pembela Islam di Masjid Wilayah bagi membincangkan tentang isu yang amat-amat penting bagi kita umat islam selain daripada isu palestin itu tadi iaitu percubaan kumpulan Artikel 11 untuk menafikan ketuanan Islam di negara kita. Sebagaimana yang kita telah maklum kehadiran kumpulan Atikel 11 yang juga bertanggungjawab dalam rancangan penubuhan IFC dan kes perbicaraan Lina Joy adalah amat-amat berbahaya kepada masa depan generasi islam di negara kita. Dalam perkembangan yang sama juga Timbalan YDP Pas Bukit Bendera akan dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Pulau Pinang pada 28 Julai depan kerana didakwa berhimpun membantah kumpupan Artikel 11 ini mendapatkan tandatangan menyokong penubuhan IFC di hadapan Hotel Cititel, hari sebelumnya pula Pas Negeri Johor telah membuat bantahan terhadap rancangan kumpulan Artikel 11 untuk membuat menganjurkan forum di negeri berkenaan.

Selepas ini kita sedang menunggu pula demonstrasi anjuran pemuda Umno bagi membantah kumpulan Artikel 11 dan jaringan islam liberal ini. Beranikah pemuda Umno membantah kumpulan-kumpulan yang di sokong oleh beberapa menteri kabinet ini? Beranikah Khairy mengetuai demonstrasi bagi membantah kumpulan-kumpulan orang islam yang berfahaman liberal yang turut disertai sendiri oleh isterinya sendiri, Nouri Abdullah yang juga anak kesayangan bapa mertuanya?

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 24-07-06 00:22


sokong mana-mana penentang ifc....

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 24-07-06 03:03


Islam selamanya... Amin!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.10767 saat. Lajunya....