Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 25-06-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
-- ummimq (Kaunselor)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 352
Ahli: 0
Jumlah: 352




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 1 hari, 16 jam, 41 minit yang lalu
khalifah: 6 hari yang lalu
hajime_kindaichi: 24 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: Anak kemaruk cinta, ibu bapa terluka


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» Anak kemaruk cinta, ibu bapa terluka

Please Mendaftar To Post


Oleh Anak kemaruk cinta, ibu bapa terluka

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 21-07-06 10:38


*ni saya copy paste sebagai renungan muda-mudi...

SUDAH takdir! Begitulah keluhan yang terpaksa dirasakan ibu bapa apabila anak yang diharap mendengar kata mengikut rasa dalam memilih jodoh. Inilah topik yang ingin saya kongsi bersama pembaca minggu ini.

Baru-baru ini saya menghadiri satu majlis perkahwinan seorang kenalan rapat. Ramai kawan-kawan lama turut hadir. Biasalah apabila berkumpul macam-macam cerita yang didengar dan dikongsi bersama termasuk hal berkaitan rumah tangga, anak-anak dan kehidupan masa kini.

Dalam pada asyik bercerita dan bergelak ketawa, saya perasan salah seorang daripada kami agak murung, termenung dan sesekali mengesat mata. Biasalah bagi saya apabila melihat keadaan itu, hati meronta-ronta untuk menyiasat.

Apabila melihat teman-teman lain sibuk menjenguk hantaran, pelamin dan bilik tidur saya mendekati teman saya itu yang kami panggil Zaza.

Melihat saya menghampirinya, Zaza berpura-pura tersenyum dan bertanya khabar. Saya bersalam dengannya dan mula menyusun kata-kata.

Kepadanya saya bisikkan yang saya nampak dia tidak gembira berada di majlis itu. Saya juga katakan jika dia ingin meluahkan apa yang terbuku di hatinya, saya rela menjadi pendengar setia.

Zaza memandang ke muka saya, kemudian menundukkan kepalanya. Saya nampak air matanya mula menitis. Sambil memegang bahunya saya katakan, jika dia tidak mahu berkongsi masalahnya saya tidak kecil hati, tapi jika dia mahu berkongsi, silakan.

Lima belas minit kemudian, Zaza kembali tenang. Dia tersenyum dan menggenggam kedua-dua tangan saya sambil berkata, `Seronok tengok anak orang. Buat majlis sempurna. Tapi aku...'' Kata-kata Zaza berhenti di situ. Suaranya sebak. saya mengusap bahunya perlahan-lahan dan memintanya bertenang.

“ Semua orang buat majlis perkahwinan yang sempurna untuk anak-anak mereka. Pergi merisik, meminang dan bersanding. Meriah sungguh. Dapat jemput kawan-kawan...

“Tapi aku tidak macam itu. Engkau tahu, anak aku sampai malam dia hendak nikah baru aku tahu. Itupun orang sampaikan. Bayangkan, bagaimana hancurnya hati aku..’’ katanya dengan suara tersekat-sekat.

Saya melihat air matanya laju membasahi pipi. Kali ini saya biarkan dia menangis sepuas hati sebelum menunggu masa dia meneruskan cerita. Sebaik kembali tenang, Zaza terus menyambung ceritanya.

Menurut Zaza, anak perempuan sulungnya berusia 21 tahun. Baru tamat belajar dan bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat pembinaan. Harapannya biarlah anaknya itu bekerja dulu sebelum memikirkan hal perkahwinan. Malangnya lain pula yang terjadi.

“Setelah mendapat kerja dia terus tinggal di Kuala Lumpur. Tujuh bulan tidak dengar khabar berita, tau-tau meletup kisah dia hendak bernikah. Bayangkan hati aku macam mana.... ibu yang mengandungnya diketepikan. Sepatah pun tidak diberitahu kepada kami.

“Sebagai ibu, mana hati nak senang kalau sudah mendengar cerita anak macam itu. Kelam kabut aku jadinya. Merata tempat aku cari, akhirnya dapat tahu rumah bakal suaminya. Pukul 2.00 pagi pergi ketuk rumah orang, anak kita yang ada di dalam pun tidak hairan mak kandung dia yang datang. Dia buat macam tidak kenal. Bayangkan perasaan aku.....’’ kata Zaza teresak-esak.

Tambah Zaza usahanya untuk berunding dengan keluarga bakal suami anaknya menghadapi jalan buntu. Mereka langsung tidak mahu berunding. Malah dihinanya pula Zaza dan adik iparnya yang datang bersama.

“Kita pula yang dikatanya tidak tahu menjaga anak. Nak jaga macam mana.., kalau anak kita sudah dikawal jiwa dan raganya oleh anak mereka. Sampai buta mata dan buta hari tidak nampak ibu kandung dan keluarga,’’ tambah Zaza sebak.

Menurut Zaza mahu tidak mahu dia terpaksa akur dengan pilihan anaknya. Nak marahkan orang pun tidak kena, anak kita yang tergila-gila dan terkejar-kejar anak orang. Keadaan menjadi kecoh apabila suaminya pula masuk campur...tak mahu jadi wali. Tapi demi anak, demi maruah Zaza pujuk suaminya supaya mengalah. Apa nak jadi selepas itu biarlah Tuhan yang tentukan!

“Selepas malam itu. Aku tidak berjumpa lagi anak aku sampai hari ini, dah masuk setahun setengah. Suami aku dah buang dia terus...Tidak tahu di mana tempat tinggalnya, keadaan hidupnya sekarang. Nampaknya kami terputus hubungan langsung...’’ sayu Zaza bercerita dengan linangan air mata.

Saya terus menggenggam kedua-dua tangannya sambil memintanya bersabar. Ketika itu saya juga turut sebak. Tidak sangka pula seorang wanita yang saya kenal sangat tabah, periang dan penyayang ini akan diuji dengan kisah yang begitu menyayat hati.

“Tapi aku tidak menyesal. Mungkin ada hikmahnya. Aku tetap berdoa supaya hidupnya sejahtera. Biar pun adik-adik dan abang kecewa tapi kami tidak pernah menyisihkan dia...Aku harap satu hari nanti dia akan sedar dan insaf.

“Apa yang aku kesalkan dia telah dipengaruhi keluarga suaminya sehinggakan ibu bapa kandung di ketepikan. Semuanya mesti ikut kata keluarga suaminya. Mereka yang atur ini itu. Konon kerana cinta yang mendalam. Orang lain pun bercinta juga tapi tidak sampai mengetepikan ibu bapa dan keluarga.

“Inilah akibatnya apabila anak sudah kemaruk cinta... tidak sabar-sabar hendak berkahwin walaupun terpaksa melukakan hati ibu bapa. Aku harap remaja lain akan mengambil iktibar daripada kejadian yang menimpa aku ini.

“Nasihat aku kepada anak-anak yang ingin mendirikan rumah tangga, jangan ketepikan ibu bapa dalam apa juga keadaan. Ingatlah, cinta dan kasih sayang tidak dapat membeli kebahagiaan kecuali dengan restu dan izin ibu bapa. Kalau kahwin tapi ibu bapa terpaksa merelakan pun akan timbul masalah.

“Seboleh-bolehnya elak daripada melukakan hati dan perasaan ibu bapa. Perkahwinan yang sempurna apabila dua hati bersatu dengan izin dan restu ibu bapa,’’ pesan Zaza.

Saya tidak terkata apa-apa. Sedih, sayu dan simpati datang bertimpa-timpa memikirkan perasaan yang dilalui Zaza. Pun begitu saya katakan kepadanya, supaya bersabar dan mendoakan yang terbaik untuk anaknya itu.

“Kadang-kadang anak-anak tidak tahu sebab apa kita sebagai ibu menghalang sesuatu yang mereka ingin lakukan termasuk hal berkaitan masa depan. Mereka lebih mengikut rasa daripada kata hati. Pada mereka yang indah-indah itu saja yang membahagiakan tetapi mereka tidak tahu, sebenarnya yang indah itu hanya sementara yang kekal adalah ketelusan dalam satu ikatan yang dinamakan perkahwinan.’’ kata Zaza menutup cerita.

Sekali lagi saya terkedu. Hilang kata-kata saya. Namun sebagai ibu saya turut merasakan apa yang Zaza rasakan. Saya hanya mampu memberinya semangat supaya bersabar dan terus tabah menghadapi ujian Allah ini.

Sambil memberitahu akan memberi maklum balas mengenai perkembangan anaknya jika ada, saya dan Zaza dan kawan-kawan lain berpelukan agak lama sebelum masing-masing beredar menuju destinasi masing-masing.

Dalam perjalanan saya teringatkan kata-kata Zaza yang pada saya elok dijadikan iktibar oleh semua ibu yang terbaca kisah ini.

Menutup kata, sepatah pesanan saya, kemuliaan paling baik dan paling tulus datangnya dari jiwa dan hati seorang ibu yang tidak punya apa-apa tetapi memahami nilai kasih dan senyuman anaknya. Bak pepatah Wanita bergelar ibu adalah matahari yang tidak pernah terbenam!.

Salam

- NORMALA HAMZAH ([email protected])
:-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

imthiyaz
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2004
Ahli No: 11772
Posting: 461
Dari: Selangor @ Shah Alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-07-06 10:47


astagfirullahal azim....

Bookmark and Share

    


  Member Information For imthiyazProfil   Hantar PM kepada imthiyaz   Pergi ke imthiyaz's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 21-07-06 11:21


sedihnya...
kadang-kadang selalu terfikir, esok2 anak-anak nak jaga tak ayah dengan umi nya ini?
selalu dalam fikiran, anak-anak...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

sahlon
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.03.2005
Ahli No: 15287
Posting: 281
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 21-07-06 11:55


salam....

setiap manusia bersalah....

rasanya anak zaza tu dah sedar pada waktu ini bahawa dia telah tersilap langkah.

saya tak nampak dia akan bahagia dengan melukakan hati ibu dan ayahnya.

itu janji Tuhan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahlonProfil   Hantar PM kepada sahlon   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-07-06 15:08


kesedaran..

saya tak tau dimana silapnya.. ramai yang salah faham.. bila disebut tentang perasaan, kasih sayang anugerah Allah.. waktu tu.. mulala percintaan anta-enti dihalalkan.. entahla.. semoga zaza dapat menerima kenyataan dan memaafkan anaknya.. semoga jua anaknya menyedari kesilapan.. sebelum kawin.. syurga di bawah tapak kaki ibu.. wallahualam..

p/s: sedih dengan muda mudi yang lebih pentingkan cinta sesama manusia berbanding meraih cinta Illahi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

fahim
WARGA SETIA
Menyertai: 08.05.2004
Ahli No: 8869
Posting: 613
Dari: Morioka, Jepun

japan  


posticon Posting pada: 21-07-06 16:24


hai, beginilah bila perempuan tak kuat iman... Renung2kanlah wahai awek2 sekalian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For fahimProfil   Hantar PM kepada fahim   Quote dan BalasQuote

fadzlyz
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2006
Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 21-07-06 16:30


jangan menyusahkan mak bapak

Bookmark and Share

    


  Member Information For fadzlyzProfil   Hantar PM kepada fadzlyz   Quote dan BalasQuote

ladybirdy
WARGA SETIA
Menyertai: 19.02.2004
Ahli No: 7399
Posting: 405
Dari: bumi

malaysia  


posticon Posting pada: 21-07-06 17:29


:-|



Bookmark and Share

    


  Member Information For ladybirdyProfil   Hantar PM kepada ladybirdy   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 21-07-06 21:26


Pada 21-07-06 16:24 , fahim posting:

!!! QUOTE !!!

hai, beginilah bila perempuan tak kuat iman... Renung2kanlah wahai awek2 sekalian...


wah wah wah menyalah perempuan nampak gayanya

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

fahim
WARGA SETIA
Menyertai: 08.05.2004
Ahli No: 8869
Posting: 613
Dari: Morioka, Jepun

japan  


posticon Posting pada: 21-07-06 21:35


Pada 21-07-06 21:26 , ismi_safiza posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 21-07-06 16:24 , fahim posting:

!!! QUOTE !!!

hai, beginilah bila perempuan tak kuat iman... Renung2kanlah wahai awek2 sekalian...


wah wah wah menyalah perempuan nampak gayanya


Bukan salahkan... Tapi peringatan saja. Tak terasa kan?? :-)


-----------------
Ingatlah, nabi s.a.w telah didatangkan untuk memandu hidupmu maka ikutilah...


Bookmark and Share

    


  Member Information For fahimProfil   Hantar PM kepada fahim   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 22-07-06 09:48


tapi, perlu juga ditoleh pada lelaki.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

Kakngah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 06.01.2005
Ahli No: 13574
Posting: 394
Dari: Rawang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-07-06 10:05


mohonla restu pada mak ayah..
nak kawin pun tak hendak cakap dengan family
ish.. tak fahamlah budak-budak sekarang ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For KakngahProfil   Hantar PM kepada Kakngah   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-07-06 10:21


erm.. lelaki tu pun, sepatutnya dia tau.. siapa yang dia nak ambil jadi isteri? hak siapa.. takkan main rembat saja tanpa pengetahuan mak bapak.. ish ish.. bagaimana Kalau anak dia sok buat begitu kat dia??

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

fahim
WARGA SETIA
Menyertai: 08.05.2004
Ahli No: 8869
Posting: 613
Dari: Morioka, Jepun

japan  


posticon Posting pada: 22-07-06 11:51


betul-betul... laki2 tu pun satu. Main rembat saja anak dara orang... Ish2, dia pakai kepala lutut agaknya.
Para pembaca sekalian, yakinlah bahawa saya takkan berbuat begitu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fahimProfil   Hantar PM kepada fahim   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-07-06 11:59


erm.. pada pandangan saya.. tak nampak mana solehnya bakal isteri bila ibu bapa dibelakangkan dalam soal jodoh.. tak nampak mana solehnya suami.. bila bakal isteri tidak diperingatkan tentang tanggungjawab sebagai anak.. erm.. camnela isteri tu nak didik anak2.. camnela suami tu nak didik isteri dan anak2.. nak bina keluarga pun, dari permulaan penghancuran hati kedua ibu bapa.. insya-Allah.. semoga sumernya sentiasa bertaubat.. rahmat Allah melimpahruah.. semoga hati si ibu dapat memaafkan si anak sebelum ajalnya tiba.. wallahualam.. (termasukla saya ni yang sesuka hati berkata-kata)
[ Telah diedit oleh: fatin3 pada 22-07-06 12:04 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

syahadah_muslimah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.04.2005
Ahli No: 16078
Posting: 106
Dari: kualakangsar

Perak  


posticon Posting pada: 22-07-06 12:09


nauzubillah :|


-----------------

[ Telah diedit oleh: syahadah_muslimah pada 22-07-06 12:10 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For syahadah_muslimahProfil   Hantar PM kepada syahadah_muslimah   Pergi ke syahadah_muslimah's Website   Quote dan BalasQuote

nurhaida
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2004
Ahli No: 8493
Posting: 173
Dari: Sungai Petani,KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 22-07-06 15:17


Nauzubillah.... Restu Ibu bapa tu penting...dalam hal ini kita tidak boleh membelakangkan kedua ibu bapa kita. :-)


-----------------
Tidak ada yang bermakna dalam hidup... selain kita berbuat baik sesama insan.(",)


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurhaidaProfil   Hantar PM kepada nurhaida   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 22-07-06 20:18


:-) Assalamualaikum.....


     Restu dan keredhaan ibu bapa itu penting...hadith nabi sendiri ada menyebut yang mafhumya " keredhaan ALLAH itu terletak pada keredhaan ibu bapa"..jadi kat sini kalau ibu bapa tak redha ..maka ALLAH tak akan meredhai kita...nauzubillah....

Jangan pentingkan diri sendiri sehingga kita sanggup menghancurkan hati ibu bapa kita..kalau berunding baik2..mungkin ibu bapa kita merestui pilihan kita..asalkan semuanya berlandaskan apa yang telah ditetapkan agama...... :-)


-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......


Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-07-06 21:33


permasalahan timbul bila ibu bapa pula lebih cintakan dunia.. :(

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

Al_Basayuv
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.01.2004
Ahli No: 6563
Posting: 199
Dari: UkrainE

ukraine  


posticon Posting pada: 22-07-06 23:08


ya Allah... boringnye mlam niii....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al_BasayuvProfil   Hantar PM kepada Al_Basayuv   Pergi ke Al_Basayuv's Website   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 28-07-06 12:32


Pada 22-07-06 21:33 , fatin3 posting:

!!! QUOTE !!!

permasalahan timbul bila ibu bapa pula lebih cintakan dunia.. :(


ya .. memang kadang kala jadi masalah andai ibu bapa sengaja mengatur jodoh untuk anak mereka kerana ada agenda tertentu .. mungkin atas sebab bisnes ke, atau nak "jaga keturunan" ke ... macam-macam sebab .. kalau pasangan yang dipilih tu sekufu atau setidak-2nya layak jadi suami pembimbing yang bertaqwa Alhamdulillah ... tapi kalau dapat yang jenis yang tak berapa molek amalan sehariannya ???

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

ieda
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.10.2003
Ahli No: 4797
Posting: 226
Dari: pontian

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-07-06 13:32


ya allah...jangan lah sampai uat ibubapa kita macam tu sekali..hargai mereka selagi hayat mereka masih ada....

Bookmark and Share

    


  Member Information For iedaProfil   Hantar PM kepada ieda   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.234518 saat. Lajunya....