Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam
syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya
empat yang betul-betul menarik perhatiannya.
Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara
keempat-empat orang calon tersebut, lantas
memanggil kesemuanya untuk ditemuduga ( beliau
tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan
temuduga seperti The Apprentice ).
Setelah keempat-empat calon berada di hadapan
beliau, CEO tadi pun
mula berkata " Saya ada satu soalan yang
mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang
memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk
bekerja di sini "
"Soalannya adalah apakah perkara atau benda
yang paling pantas sekali
?" tanya CEO tersebut.
Calon pertama berkata " FIKIRAN , kerana kadang
ianya datang sendiri
tanpa kita sedari "
" Bagus , satu jawapan yang baik " kata CEO
tadi. " Kamu pula ? "
tanyanya kepada calon kedua.
" KELIP MATA , kerana tanpa kita sedari ,
sebelum sempat kita buat apa
pun, mata kita dah berkelip " jawab calon kedua.
" Satu jawapan yang sangat baik , lagipun
perumpamaan melayu pun ada
sebut SEKELIP MATA melambangkan
kepantasan " kata CEO itu. " Bagaimana kamu
pula? " tanya CEO kepada calon ketiga.
" Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan
dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi
saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah
paling pantas " jawab calon ketiga.
" Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana
pula dengan kamu ? " CEO terus mengusulkan
soalan kepada calon keempat dengan merasakan
calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di
syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus
sebentar tadi.
" Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum
saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas
sekali adalah CIRIT-BIRIT " jawab calon keempat
dengan yakin sekali.
" Haaa...???? CIRIT-BIRIT ???? Kamu ni tak serius
langsung, macamana
kamu boleh minta kerja dengan syarikat saya
ni ? " CEO terkejut dengan jawapan calon
keempat tadi.
"Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di
tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat
sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA
atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah
terkeluar dah.............."
Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru
syarikat berkenaan..............
Hehehehehhe......................