Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Fungsi jangkaan bukanlah meramalkan masa depan, sebaliknya jangkaan mencipta masa depan itu sendiri
-- W W Wagar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 181
Ahli: 0
Jumlah: 181




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: betapa pentingnya LINA JOY


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» betapa pentingnya LINA JOY

Please Mendaftar To Post


Oleh betapa pentingnya LINA JOY

imtihan_insyirah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-07-06 00:37


PUTRAJAYA 29 Jun - Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Umi Kalthum Abdul Majid hari ini berkata, orang Malaysia suka menolong untuk menyelesaikan masalah sebagaimana dilakukan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang membantu seorang wanita yang ingin menukar namanya sebagai Lina Joy.

''Mereka (JPN) cuba menolong untuk menukar nama, Lina Joy dan mendapatkan pengenalan diri yang baru, MyKad," kata beliau.

Namun, kata Umi Kalthum, apabila Lina Joy memperoleh kad pengenalan atas nama barunya, beliau pula mendakwa JPN telah membuat helah dengan memasukkan perkataan Islam pada MyKadnya.

Umi Kalthum menyatakan demikian ketika berhujah di Mahkamah Persekutuan di sini, membantah rayuan Lina Joy atau nama asalnya Azalina Jalani yang mengaku murtad untuk memohon memadamkan perkataan Islam daripada kad pengenalan, MyKad.

Rayuan itu didengar di hadapan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim bersama dua Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Alauddin Mohd. Sheriff dan Datuk Richard Malanjum.

Hakim Richard mencelah hujah Umi Kalthum yang menyebut orang Malaysia suka menolong sambil berkata: ''Reader's Digest tidak akan bersetuju dengan Datuk (Umi Kalthum)." Galeri awam kedengaran tergelak.

(Merujuk kajian Reader's Digest, Kuala Lumpur sebagai bandar raya ketiga daripada 35 bandar raya di dunia yang diselidik mempunyai penduduk paling biadap).

Umi Kalthum yang mewakili Kerajaan Malaysia serta Ketua Pengarah Pendaftaran Negara sebagai pihak responden kedua dan ketiga menjelaskan mengenai peruntukan-peruntukan yang diguna pakai oleh JPN bagi permohonan membuat kad pengenalan.

Dalam hujah awalnya, Umi Kalthum berkata, kes murtad di bawah undang-undang Islam hendaklah dikendalikan oleh Mahkamah Syariah.

Beliau menyatakan bahawa Mahkamah Sivil tidak ada kuasa untuk mendengar kes murtad yang berkaitan Islam kerana ia di bawah Mahkamah Syariah.

Umi Kalthum juga berpendapat bahawa Lina Joy tidak pernah membawa kes tersebut ke Mahkamah Syariah.

Tambahnya, hanya Mahkamah Syariah mengetahui dan boleh membuat keputusan perkara murtad.

Oleh itu beliau memohon agar rayuan tersebut ditolak dengan kos.

Pada rayuan itu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dinamakan pihak responden pertama diwakili oleh peguam Sulaiman Abdullah yang dibantu bersama peguam Halimatun Sa'diah Abu Ahmad dan Norhusniah Husin.

Sulaiman yang cuti sakit dijangka membuat hujah bantahan pada Isnin ini.

Lina Joy, 42, diwakili peguam Datuk Dr. Cyrus Das merayu terhadap penghakiman majoriti 2-1 Mahkamah Rayuan pada 19 September 2005 yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonannya untuk memadamkan perkataan Islam daripada kad pengenalan.

Beliau mendakwa bahawa pihak responden enggan membuat deklarasi mengenai haknya untuk mengamalkan agama pilihan iaitu Kristian.

Sementara itu Majlis Peguam Malaysia turut diwakili dua peguam pemerhati, Malik Imtiaz Sarwar dan Ang Hean Leng.

Rayuan tersebut turut mendapat perhatian beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang diwakili oleh peguam pemerhati.

Meera Samanther mewakili Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Pusat Kesedaran Wanita (WCC), Pusat Pembangunan Wanita (WDC), Persatuan Tindakan Wanita Malaysia (AWAM) dan Sisters In Islam (SIS).

Persatuan Hak Asasi Kebangsaan (HAKAM) diwakili peguam pemerhati, Ramdas Tikamdas.

Persatuan Majlis Peguam Wanita dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita (NCWO) diwakili peguam pemerhati, Rasamani Kandiah.

Peguam pemerhati, Leonard Teoh Hooi Leong pula mewakili Majlis Perundingan bagi agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh Malaysia (MCCBCHS).

Kesemua peguam pemerhati itu yang dibenarkan menyampaikan hujah masing-masing menyokong penuh rayuan Lina Joy.

Dipetik dari Utusan Malaysia, 30 June 2006


-----------------
ALLAH IS ENOUGH FOR ME


Bookmark and Share

    


  Member Information For imtihan_insyirahProfil   Hantar PM kepada imtihan_insyirah   Pergi ke imtihan_insyirah's Website   Quote dan BalasQuote

imtihan_insyirah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-07-06 00:38


KES MURTAD AZLINA JELANI (LINA JOY) & KELEMAHAN SISTEM PERUNDANGAN:

IMPLIKASI TERHADAP MASA DEPAN ISLAM & MELAYU DI MALAYSIA


Fakta yang terkandung dalam tulisan ini diringkaskan berdasarkan daripada (1) kupasan kes Murtad Azlina Jelani (Lina Joy) yang dibincang dihadapan peguam-peguam Islam Malaysia & organisasi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) yang hadir pada taklimat pada 12-Julai-2006 di Bilik Mesyuarat Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, serta, (2) berdasarkan kupasan kes yang telah dibentang & dibincangkan bersama Saudara Zulkifli Nordin pada 09-Julai-2006 di Surau As Sakinah Taman TTDi Jaya, Shah Alam.

Program selanjutnya untuk kupasan serta pelan tindakan akan diadakan pada;

Jumaat 14-Julai-2006, 07.45pm di Masjid Ibtisam Taman TTDI Jaya, ulasan oleh Peguam Zulkifli Nordin, persediaan & Perancangan sedang dijalankan dengan rapi.
Ahad 16-Julai-2006, 02.30pm di Anjung Rahmat, Ibu Pejabat ABIM Jalan Gombak untuk merangkan pelan strategi oleh seluruh NGO & organisasi Muslim & Malaysia.
Kehadiran untuk kedua program diharapkan sepenuhnya & menjadi fardhu kifayah untuk bertindak.


LATAR BELAKANG

Bangsa Melayu khususnya di Malaysia, adalah satu-satunya bangsa di dunia yang mengguna pakai definisi yang jelas di dalam perlembagaan untuk mentakrifkan definisi perkataan Melayu serta skop yang terlibat.
Tidak ada definisi yang sama dibuat untuk mana-mana bangsa lain, di Malaysia atau di dunia.
3 faktor yang telah dipersetujui di dalam mengdefinisikan perkataan Melayu, iaitu;
Bercakap Melayu
Beramal dengan budaya Melayu

Istilah Melayu di Malaysia dijelaskan sebagai seorang yang penganut agama Islam, dan Islam & Melayu pada dasarnya mengikut definisi perlembagaan sama sekali tidak boleh dipisahkan.
Perkara ini diletakkan dengan jelas di dalam perlembagaan dan menjadi suatu undang-undang di Malaysia untuk Melayu tidak dibenarkan meninggalkan Islam, dan Melayu dan bangsa lain yang menganut agama Islam adalah tertakluk di bawah syariat Islam & perundangan Mahkamah Syariah di Malaysia.


AZLINA JAILANI @ LINA JOY?

Nama asal: Azlina Jelani, pernah ditukar kepada Azlina Lelani, dan sekarang berdaftar sebagai Lina Joy untuk menafikan nama Islam yang terdahulu.

Berwajah typical Malay, berbangsa Melayu keturunan Jawa, berumur 42 tahun.

Mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil Baptis yang dikeluarkan pada 11-May-1998, dan pada tahun 2000 menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan seorang India Kristian, dan meminta untuk didaftarkan perkahwinan tersebut untuk mengesahkan perkahwinan beliau.
Bekerja di ProQuest di Taipan, Subang Jaya.


FAKTA KES

Selepas berkahwin dengan seorang Kristian, beliau memohon untuk pendaftaran perkahwinan, tetapi tidak dibenarkan sebab di dalam Kad Pengenalan masih tertulis beragama Islam.
Beliau berusaha untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut dengn permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara. (untuk rekod; sebanyak lebih daripada 250,000 kes yang sama menanti di JPN untuk menukar agama, kenyataan & kajian Muti Perak).

Permohonan sejak tahun 2000 untuk buang perkatan Islam tetapi tidak dibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari Mahkamah Syariah yang membenarkan beliau keluar Islam.
Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam yang tidak mengbenarkan (MENGHARAMKAN) seseorang Muslim keluar dari Islam (Murtad), dan Sijil Tukar Agama (Murtad) seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak dapat dikeluarkan.
Permohonan bermula di Mahkamah Magistrate, dibawa ke Mahkamah Tinggi, seterusnya ke Mahkamah Rayuan pada 13-April-2006, dan semuanya mengiktiraf bahawa kes adalah dalam kuasa Mahkamah Syariah.

Setelah semuanya tidak berjaya, kes dibawa kepada Mahkamah Persekutuan oleh barisan pembela kepada Lina Joy.
Pada awalnya ketiga Hakim yang mendengar kes. Kes didengar oleh 3 Hakim (2 Muslim & 1 non-mullim) pada dasarnya berpendirian yang sama menyokong tindakan Mahkamah Rayuan, HINGGALAH Majlis Peguam yang hanya menjadi barisan peguam pemerhati beserta banyak lagi NGO yang menyokong Lina Joy meminta untuk memberi hujah & bersuara, dan DIBENARKAN oleh Hakim yang terlibat.

Itu adalah permulaan isu ini dibesarkan yang mana tidak pernah dalam sejarah perundangan negara peguam pemerhati dibenarkan berhujah di dalam Mahkamah.
Hujah yang dibawa oleh barisan peguam pemerhati yang diketuai oleh Majlis Peguam tersebut melarikan isu utama kes berkenaan daripada hak & kuasa Mahkamah Syariah TETAPI memberi hujah bahawa Lina Joy adalah berhak untuk mempraktikkan kepercayaannya dan dilindungi oleh perlembagaan sebagai hak individu seperti yang terkandung di dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.

Isu Mahkamah Syariah sudah tidak releven pada hujah Majlis Peguam, dan isu yang diperjuangkan oleh Kumpulan Artikel 11 & IFC dijadikan isu utama kes ini di Mahkamah Persekutuan.
Isu yang diperjuangkan oleh kesebelas NGO non-Mulsim atas nama kumpulan Artikel 11 & Inter-Faith Council (IFC) adalah untuk mendefinisikan perkataan "person" (individu) yang terkandung di dalam Artikel 11 tersebut untuk merujuk kepada individu as apa say, bukan lagi kumpulan atau agama secara umumnya.
Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia attempt yang sebegitu berani yang dilakukan untuk menghuraikan definisi tersebut untuk menguraikan ikatan Islam mengikut kepahaman peribadi seseorang penganut itu sendiri, dan menafikan hak Islam sebagai agama untuk mewajibkan umatnya mempraktikkan amalan & syariat Islam seperti yang terkandung dalam undang-undang Islam.


IMPLIKASI DARI DEFINISI "INDIVIDU"

Orang Islam dibenarkan meninggalkan Islam pada bila-bila masa sahaja, walaupun mengakui mereka adalah Melayu pada bangsanya. Ini bermakna Melayu di Malaysia bukan lagi terikat dengan agama Islam seperti yang telah digazetkan dalam perlembagaan.

Apabila definisi "person" didefinisikan sebagai hak individu, maka agama Islam boleh ditafsirkan mengikut kefahaman individu sendiri tanpa ada undang-undang Islam yang boleh mengongkongnya;

Orang Islam boleh keluar-masuk Islam pada bila-bila masa.
Islam boleh diamalkan mengikut kefahaman sendiri sepenuhnya.
Kesalahan syarie oleh seorang Muslim tidak boleh diambil tindakan disebabkan undang Syariah sudah tidak relevent.

Sebagai contoh, solah boleh dilakukan mengikut sedap hati mengikut rakaat solah yang difahami sendiri, puasa dalam Ramadhan boleh ditinggalkan apabila membuat deklarasi “bukan Islam” pada bulan itu tanpa boleh diambil tindakan.
Semua badan-badan Islam tidak relebvent lagi dalam perundangan semasa, sebab hak mempraktikkan secara individu diperjuangkan.

Raja-raja Melayu hilang kuasa sebagai benteng & simbol agama.
Kanak-kanak apabila masuk umur 18 tahun, ibu bapa akan terus hilang kuasa untuk menetapkan agama dan fahaman mereka, dan tindakan boleh diambil ke atas ibu bapa yang memaksa anak mereka mengamalkan Islam.
Perukunan Islam pada dasar sudah tidak valid disebabkan tiada satu pun akta-akta berkaitan Islam contohnya Akta Solah, Akta Puasa, Akta Haji, Akta Zakat yang mengikat seseorang Muslim di dalam perlembagaan.


MENGAPA KES LINA JOY?

Kes Lina Joy mengambil kesempatan dalam kekalutan semasa umat Islam di dunia dan di Malaysia khususnya yang amat lemah dan tidak ada keupayaan untuk digembleng untuk mempertahankan Islam di mana-mana sahaja.

Kes ini pada dasarnya adalah rentetan daripada tuntutan kumpulan “Artikel 11” yang pernah cuba berkumpul di Pulau Pinang pada 14-Mei-2006 yang menuntut kepada pemerintah untuk membenarkan sepenuhnya kebebasan Murtad di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, setelah kekalahan mereka untuk kes Mohamed Abdullah @ Moorthy, S. Sharmala dan Nyonya Tahir.
Amat mendukacitakan sekali apabila kumpulan Artikel 11 yang juga dikenali Inter-Faith Council (IFC) disertai oleh beberapa individu Melayu & Islam termasuklah Sister-in-Islam, yang digerakkan oleh pemimpin-pemimpin & sekutu pemimpin-pemimpin negara yang bergama Islam.

Kes Lina Joy adalah attempt yang akan memberikan impact yang amat besar yang mana ia mencabar undang-undang Syariah oleh Mahkamah Syariah di bawah Perkara 121(A) Perlembagaan Persekutuan, samaada ianya akan dipinda atau dihapuskan sepenuhnya.

Berikutan kes Lina Joy, maka terlalu banyak kes-kes permohonan Murtad dan sebagainya yang telah lama menunggu & sedang menunggu, dan kejayaan dari kes ini akan membenarkan permohonan lebih 250,000 untuk keluar Islam akan dibenarkan oleh perlembagaan.

Kes ini menjadi PERHATIAN PENUH organisasi & individu bukan Islam seluruh dunia, dan seluruh negara-negara besar didunia menghantar wakil untuk memberikan pressure yang besar ke atas hakim & sistem perundangan negara yang AMAT LEMAH untuk membela aqidah seorang rakyat Islam.

www.becketfund.com menyenaraikan dengan jelas fakta kes dan bagaimana organisasi besar satu dunia ini menjadi tembok & dalang yang begitu kuat yang membela Lina Joy. Ianya dianggotao oleh pelbagai pertubuhan hak asasi manusia sedunia.
Di Malaysia pula 11 NGO dan organisasi menghantar wakil ke Mahkamah Persekutuun untuk memberi pressure kepada Hakim yang terlibat setelah mereka dibenarkan bersuara untuk membela Lina Joy, antaranya;

Majlis Peguam (Bar Council)
Majlis Perunding Agama Hindu, Kristian, Budha & Sikh.
Malaysian Women Power Organization
National Council of Women Organization
All Women Action Society
Sister in Islam
Women Health Organization
Women Council of Change
Women Developmen for Change
Pergerakan Hak Asasi Rakyat Malaysia (Suaram)



Suatu fakta yang dinyatakan oleh Peguambela pihak Lina Joy di dalam mengakhiri kes itu menyebut;
“
it is time that we must knock into the heads of Malay that our country Malaysia is never been an Islamic country. Strong message must be thrown to Muslim to tell them that in Malaysia Islam is just a sub-sivilience to constitution
”



TINDAKAN SEGERA

Memandangkan kes ini hanya mempunyai tempoh 6 minggu sebelum diputuskan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya dari tarikh 04-Julai-2006, maka tindakan segera telah diputuskan untuk diambil oleh segenap lapisan masyarakat Islam, antara keputusan jangka masa pendek yang telah dicadang dan dipersetujui akan diusahakan secepat mungkin adalah;

Penubuhan segera kumpulan Peguam Pembela Islam (PPI) yang diketuai oleh Peguam Zainur Zakaria, untuk melakukan protes kepada Majlis Peguam di atas keputusan beberapa Eksekutif Committee untuk menyokong kes Lina Joy;
Isu secara langsung seolahnya menunjukkan seolahnya Majlis Peguam lah yang menjadi dalang utama kes ini setelah mereka menyatakan sokongan penuh kepada kes Lina Joy di Mahkamah Persekutuan baru-baru ini, sedangkan tidak pernah mendapat mandate tersebut daripada badan dan ahli Majlis Peguam yang dilantik.

Majlis Peguam juga telah menjadi pemangkin kepada tindakan berani & kurang ajar pelbagai pertubuhan NGO bukan Islam untuk mengajar orang-orang Islam untuk bagaimana mengamalkan Islam di Malaysia.

Suatu EGM akan diadakan segera untuk membantah dengan mendapat tandatangan lebih 200 peguam Islam yang hadir dalam perjumapaan 12-Julai-2006 untuk menghalang Majlis Peguam daripada menyebelahi Lina Joy dalam kes beliau.
Antara ahli jawatankuasa yang dilantik adalah;

Haji Mat Buruk
Dato Dr Zaiton Osman
Dato Abu Zahar
Dato Ainuddin
Zulkifli Nordin
Tuan Haji Mohd Buruk
Pak Wan Chik Marican, Peguambela bagi Pihak Negara
Baharuddin
Subki Yusuf
Radhi, Setiausaha NGO Melayu
Zainddin Ismail
Kamar Aniah
Zainur Ridaun
Shamsuriya
Azril Abim
Raja Mustafa

Suatu website diwujudkan segera untuk menjadi rujukan kepada fakta kepada kes ini. www.peguampembelaislam.com atau www.peguampembelaislam.orang, yang akan diputuskan segera mengikut kesesuaian.
Suatu Press Statement akan dikeluarkan oleh Peguam Pembela Islam untuk mendesak semua pihak yang terlibat untuk menghormati undang-undang dan menafikan penglibatan Majlis Peguam di dalam membela kes Lina Joy.
Perjumpaan oleh semua gabungan NGO Islam & Melayu untuk menyatakan sokongan terhadap tindakan Peguam Pembela Islam serta menyebarkan kesedaran kepada seluruh masyarakat tentang isu ini.

Kes ini ada kes yang menjadi perhatian dunia, sedangkan di Malaysia kes ini disorokkan oleh pihak media tempatan atas alasan faktor keselamatan dan sebagainya.
Umat Islam di Malaysia dari apa jua kefahaman politik dan bangsa langsung tidak sedar tentang apa yang berlaku.
Majlis tersebut akan diselia oleh ABIM yang akan diadakan di Ibu Pejabat ABIM, Anjung Rahmat, Jalan Gombak pada 16-July-2006, Jam 2.30pm. Semua dijemput hadir
Press Statement yang dikeluarkan oleh Persatuan Peguam Syarie, Dato Zaiton Osman pada Jumaat 07-July-2006 langusng tidak dikeluarkan oleh mana-mana media di Malaysia.

Mesej akan disampaikan melalui mimbar khutbah Jumaat pada minggu hadapan atas kebenaran daripada pihak yang terlibat.
Paling kurang 100,000 artikel akan dicetak dan diedarkan dengan tujuan untuk menyedarkan umat Islam tentang perkara ini dalam bentuk bertulis.

Solah Hajat diminta dilaksanakan di segenap peringkat untuk memberi kesedaran dan memohon pertolongan Allah untuk menyelamatkan aqidah Umat Islam di Malaysia, khususnya.
Usaha juga akan diteruskan untuk menyedarkan pemimpin-pemimpin negara serta Majlis Raja-Raja tentang implikasi dari sikap tak ambil endah dari kes ini, serta meminta dengan kuasa yang ada pada tangan mereka untuk berusaha menyelamatkan aqidah umat Islam dari terus dimusnahkan.


-----------------
ALLAH IS ENOUGH FOR ME
[ Telah diedit oleh: imtihan_insyirah pada 15-07-06 00:41 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For imtihan_insyirahProfil   Hantar PM kepada imtihan_insyirah   Pergi ke imtihan_insyirah's Website   Quote dan BalasQuote

tengku_anis
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.11.2005
Ahli No: 20231
Posting: 204
Dari: ..:Bumi BaitulMaqdis :..

india   avatar


posticon Posting pada: 15-07-06 12:56


Astagfirullah...
tak lama bala akan menimpa

Bookmark and Share

    


  Member Information For tengku_anisProfil   Hantar PM kepada tengku_anis   Pergi ke tengku_anis's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-07-06 17:45


patutnya bunuh saja orang yang macam ni, boleh menggugat akidah masyarakat Islam secara umum, biar semua takut nak ikut jejak dia.

kalau Sayyiduna `Umar al-Khattab ada masa perbicaraan tu, saya yakin dia pasti dah pancung budak tu tanpa fikir panjang.

semasa hayat Rasulullah s.a.w. pun `Umar pernah pancung seorang lelaki yang dianggap boleh menggugat akidah umat Islam dengan bertanya soalan yang pelik-pelik, tanpa dibantah oleh Rasulullah sendiri.

kalau perkara ini dibiarkan, semakin ramai yang akan berani buat macam dia, dahlah murtad berani nak publish kepada masyarakat lagi, dan minta yang bukan2.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 15-07-06 17:46 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 15-07-06 20:26


Assalamualaikum...

ana minta khutbah tentang isu Lina Joy dihantat ke masjid ana

USTAZ MOHD AZMI ISMAIL
PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM-IMAM MASJID DAERAH JELEBU
IMAM 1
MASJID JAMEK KUALA KLAWANG
71600 KUALA KLAWANG JELEBU
NEGERI SEMBILAN

013-3031703 / 017-3793731

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 15-07-06 21:11


kalau ikut hukum islam orang yang murtad ni hukum dia bunuh saja...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

imtihan_insyirah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-07-06 22:47


tak risau ke sahabat2???? kes ni dah parah sangat.

ya Allah ampunilah kami

Bookmark and Share

    


  Member Information For imtihan_insyirahProfil   Hantar PM kepada imtihan_insyirah   Pergi ke imtihan_insyirah's Website   Quote dan BalasQuote

imtihan_insyirah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-07-06 22:48


alangkah bagusnya kalau kerajaan pimpinan islam hadhari buat kempen memerangi orang2 murtad.

p/s: berangan sajalah :(


-----------------
ALLAH IS ENOUGH FOR ME
[ Telah diedit oleh: imtihan_insyirah pada 15-07-06 22:49 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For imtihan_insyirahProfil   Hantar PM kepada imtihan_insyirah   Pergi ke imtihan_insyirah's Website   Quote dan BalasQuote

yanokage
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20839
Posting: 275
Dari: SMK (A) Al-Irshad

PulauPinang  


posticon Posting pada: 16-07-06 00:58


islam hadhari cuma mainan politik sahaja ... sanggup ke mereka nak buat kempen2 macam tu ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For yanokageProfil   Hantar PM kepada yanokage   Pergi ke yanokage's Website   Quote dan BalasQuote

ibn_wanza
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.10.2005
Ahli No: 20172
Posting: 295
Dari: kelantan + terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 16-07-06 05:00


terima kasih buat imtihan insyirah atas posting ni.saya, mungkin juga mewakili sahabat2 yang berada jauh dari tanah air langsung tidak tahu berkaitan kes ni.sedih bila membaca posting ini.
Diharapkan pihak-pihak berkuasa dapat bertindak segera, supaya anak-anak Islam dimasa akan datang terselamat dari bencana ini..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibn_wanzaProfil   Hantar PM kepada ibn_wanza   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-07-06 07:32


Kes Azlina Binti Jelani..Kesannya Terhadap Islam di Malaysia.





Ramai dikalangan umat Islam di negara ini tidak mengetahui apakah sebenarnya kes Azlina Binti Jelani iaitu anak kepada pasangan Melayu Islam bernama Jelani dan isterinya Umi Kalsom.



Kes ini adalah berkaitan permohonan Azlina Binti Jelani untuk mendapat 'pengiktirafan' yang beliau berhak untuk menukar agamanya dari Islam kepada Kristian.Azlina Binti Jelani ini telah 'berkahwin' dengan seorang lelaki beragama Kristian sejak 6 tahun yang lalu.



Permohonan Azlina Binti Jelani untuk tidak dirujuk sebagai orang Islam dalam kad pengenalannya telah ditolak oleh Jabatan Pendaftaran Negara atas alasan soal Islam atau tidak Islam seseorang Islam adalah dibawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.



Azlina Binti Jelani anak kepada Jelani dan Umi Kalsom ini sekarang ke Mahkamah Persekutuan atas alasan bahawa Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak seseorang untuk menganuti agama pilihannya.



Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan menyebut setiap orang berhak menganut apa-apa agama pilihannya.Oleh itu Azlina Binti Jelani menghujah melalui peguamnya bahawa seseorang yang telah mencapai usia 18 tahun ke atas adalah berhak menganuti apa-apa agama tanpa sekatan oleh mana-mana undang-undang atau peraturan di negara ini.

Sekiranya hujah ini diterima dan dipersetujui oleh Mahkamah Persekutuan beberapa kesan besar akan berlaku ke atas kedudukan undang-undang Islam dan orang Islam di Malaysia..


1. Akan berlaku berkecamuk dan pelbagai ragam anutan agama dalam sesuatu keluarga yang asalnya Islam bila seseorang anak telah mencapai usia 18 tahun.



2. Tiada mana-mana undang-undang Islam terutamanya yang berkaitan dengan Jenayah Syariah dapat dikuatkuasakan di Malaysia kerana setiap orang boleh keluar dan masuk agama Islam sesuka hati mengikut masa dan kehendak tertentu.



3. Soal nasab seseorang kanak-kanak dan perwarisan harta orang Islam akan menjadi kacau bilau kerana sukar untuk menentukan pegangan agama Islam seseorang pada sesuatu masa berbanding dengan apa yang diamalkan masakini.



4. Agama Islam itu sendiri akan hilang statusnya sebagai agama Persekutuan atau agama rasmi negara bilamana semua perkara 1,2 dan 3 di atas berlaku.



5. Kedudukan Raja-raja Melayu sebagai ketua agama Islam di negeri-negeri beraja dan Yang Dipertuan Agong di negeri-negeri tidak beraja lambat laun akan lenyap begitu sahaja.



Sekurang-kurangnya itulah kesan atau apa yang akan berlaku seandainya kes Azlina Binti Jelani @ Lina Joy diputuskan berdasarkan hujah-hujah peguam Azlina Binti Jelani yang kita bicarakan disini.



Soalnya ialah apakah kita umat Islam sanggup agama kita diceroboh sedemikian rupa?Atau adakah kita tidak sedar bahawa usaha-usaha memurtad dan mengkristiankan individu seperti Azlina Binti Jelani @ Lina Joy merupakan suatu tindakan bersama, tersusun dan terancang yang dilakukan oleh pihak tertentu khususnya gerakan Kristian antarabangsa?



Benarkah orang Islam di Malaysia khususnya orang Melayu telah tidak ambil peduli lagi dengan apa yang berlaku pada nasib agama Islam tercinta ini?Adakah kita terlalu sibuk memikirkan soal ekonomi tanpa perlu memikirkan soal akidah anak bangsa yang diserang dari segenap penjuru ini?



Jika anda orang Islam,jika anda prihatin,jika anda sayang pada agama mulia ini, apakah yang patut anda lakukan?



Jika anda sesungguhnya seorang Islam, jangan tunggu sehingga seluruh sistem kekeluargaan orang Islam hancur atas nama kebebasan beragama.





*Perbincangan Khas Tindakan NGO-NGO Islam mengenai Isu Lina Joy, AHAD, 16 Julai Jam 2.30 petang di Sekretariat ABIM, Anjung Rahmat, Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur.


http://us.f369.mail.yahoo.com/ym/ShowLetter?MsgId=6938_4339953_34728_3650_6888_0_174815_23001_3867634200&Idx=20&YY=44425&inc=25&order=down&sort=date&pos=0&view=a&head=b&box=Inbox

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-07-06 08:03


Subject: FW: SUSULAN MEETING

Susulan dari mesyuarat peguam-peguam islam hari ini di mahkamah syariah kuala lumpur, "Peguam Pembela Islam" telah ditubuhkan dan akan menggembeling tenaga semua peguam (practising or not, lecturers etc) untuk menjadi pressure group menentang usaha-usaha menjatuhkan status islam di Malaysia. Statement akan dikeluarkan dan EGM dan pre-EGM akan diadakan.

Antara yang dibincangkan:

1. Peguam-peguam islam tidak bersetuju dengan Bar Council's stand on Islam and claiming to represent the Malaysian Bar which includes Muslim lawyers.

2. The effect of the Lina Joy case:

- That the Federal COnstitution shall reign supreme even
above Islam and Syariah.

- This means that Art 11 allows anyone to be free to
profess whatever religion they want based on whatever
interpretations they want.

- This means that any Muslim can freely claim murtad
without need to refer to any islamic governing body or court. This also means that any Muslim can interpret Islam according to
his/her whim even to the extent of saying for example dia nak
sembahyang zohor 2 rakaat sahaja and there is nothing anybody can
do because that is his right under the Constitution

- This means that he can escape prosecution under hukum
syarie by declaring himself murtad when it is convenient e.pergi. when caught zina, tak berpuasa bulan ramadhan. And then redeclare
himself a muslim in time for Raya and there is nothing anybody can do about it.

- semua badan-badan islam hilang mandat, kuasa dan recognition
in malaysia e.pergi. jakim. jais, jawi etc

- Raja-Raja melayu tak ada position lagi sebagai ketua islam
sebab agama islam tidak direcognise lagi

- bila anak-anak kita berumur 18 tahun, mereka boleh pilih
agama sendiri atau interpret islam ikut sesuka hati mengikut
kehendak mereka

- definisi melayu itu islam rendered meaningless
- article 114 yang melarang dakyah lain
disebarkan kepada orang islam tidak berkuatkuasa lagi
- art 3 islam sebagai agama persekutuan terbatal
- art 12 - hak kerajaan negeri dan persekutuan
memberi bantuan kepada orang islam terlucut
- basically to quote the lawyer representing
Azalina Jailani (Lina Joy)iaitu Cyrus V Das, "It is high time
that the Malays realise that Islam is subservient to the
Federal COnstitution and that Malaysia is a secular country"

Sampai begitu sekali asakan mereka terhadap orang orang islam.

3. Next steps:

- A statement will be released to condemn Cyrus V
Das' statement.

- A statement will be released to condemn Bar council
for taking such a stand without mandate and claiming that they
represent the Malaysian Bar

- Call for an EGM to pass resolution to stop Bar
Council from continuing to do so.

- To canvass for ALL muslim lawyers to attend the EGM
and vote in favour of resolution.

- To call for pre-EGM meeting to bring together all
lawyers, practising or not, lecturers, housewives, businessmen
etc. to get together and spread the word

- To print risalah and have website spreading the
impact of this case and these efforts to undermine Islam, so that
mass public will know and understand

- To spread the word to the highest levels in
Malaysia and work on them to make them understand all this and
that the mass muslim public is against it

Will keep you posted on developments. Sesiapa yang ingin membantu, you are more than welcome. At the very least, tolong sebarkan ke serata Malaysia.

http://us.f369.mail.yahoo.com/ym/ShowLetter?MsgId=5916_4440331_38654_3490_9892_0_174831_32275_3387365463&Idx=22&YY=39706&inc=25&order=down&sort=date&pos=0&view=a&head=b&box=Inbox

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

AzmilMustapha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.06.2006
Ahli No: 24880
Posting: 238
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-07-06 11:47


Peguam pemerhati, Leonard Teoh Hooi Leong pula mewakili Majlis Perundingan bagi agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh Malaysia (MCCBCHS).

Dia ini antara yang bertanggungjawab dalam pemurtadan Aisyah Bokhari. Berapa ramai lagi muslim yang ingin dimurtadkannya

Bookmark and Share

    


  Member Information For AzmilMustaphaProfil   Hantar PM kepada AzmilMustapha   Pergi ke AzmilMustapha's Website   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 16-07-06 13:30


inilah topik yang perlu kita titikberatkan.. bukannya isu serban tak penting.. tapi.. isu murtad jauh lebih utama..

MEMERANGI GOLONGAN MURTAD seperti yang berlaku pada zaman Saidina Abu Bakar.. memang perlu kita laksanakan.. biarlah orang kafir memandang Islam sebagai terrorist.. memang tiada paksaan dalam agama.. tapi.. tiada tolak ansur dalam isu akidah..

tak perlu kita salahkan penyebar agama kristian yang begitu bergiat aktif sehingga 250,000 lagi kes murtad masih dalam proses menunggu..kerana apa?? kerana silapnya datang dari kita sendiri.. malah saya sendiri.. di sisi saya, masih ramai saudara seislam masih keliru tentang ajaran Islam.. tapi.. saya tak berdaya untuk menerangkan pada setiap seorang tentang betapa indahnya Indah.. saya sendiri.. tak mampu menerangkan pada rakan-rakan bukan Islam saya.. bahawa Islam itu agama yang paling indah.. paling menjaga tiap satu langkah yang saya aturkan.. betapa Islam amat menitikberatkan dari sekecil2 perkara.. hingga ke sebesar-besar perkara..

ayuh saudaraku.. perteguhkan saf.. sama-sama memberi penerangan yang jelas.. jangan biarkan agama lain melihat Islam sebagai agama yang lemah.. jangan biarkan saudara kita.. terus alpa dengan nikmat dunia.. terangkan pada mereka.. Islam begitu indah.. Islam bukan menyuruh menutup aurat sebagai menghalang kebebasan hak asasi.. sebaliknya ia untuk menjaga maruah muslimah.. terangkan pada mereka.. Kenapa perlunya murtad.. sedangkan hanya islam agama yang diredhai??? Islam bukan menyekat pergaulan hingga tak ada ruang untuk kita bergaul dan bercampur dengan yang bukan muhrim sebagai menyekat kebebasan.. tapi.. Islam takut.. dengan pergaulan itu.. kita terlupa tugas kita sebagai khalifah di muka bumi..

tugas kita hari ni.. memberi penerangan pada rakan Islam dan rakan bukan Islam.. supaya mereka tak keliru lagi.. mungkin kita tak berdaya memerangi golongan murtad kerana pemerintah yang majoriy dari saudara kita pilih.. tak berfikiran hudud sebagai satu kewajipan.. jadi.. tanggungjawab kita.. supaya penerangan yang jelas diberi kepada mereka semua..

saya sedih dengan apa yang berlaku pada Natrah.. pada Aishah Bokhari.. sekarang, pada Lina.. sebenarnya ramai lagi saudaraku... ramai.. di tempat saya ini.. walaupon kampung.. tapi, masih ada juga yang menukar agama, dengan bebas mengamalkan agama yang dipilih tanpa ada sekatan.. jangan biarkan ini terus berlaku.. jangan.. jangan.. mungkin Natrah, Aishah, Lina .. bukan mereka yang rapat dengan kita.. tapi, Islam tetap bersaudara...

marilah kita pergiatkan usaha amar maaruf nahi mungkar.. ayuh..

maafkan saya andai salah bicara.. wassalam..
[ Telah diedit oleh: fatin3 pada 16-07-06 13:38 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 16-07-06 13:51


bismillahirrahmanirrahim..

isu ekonomi juga penting.. kita lemas dengan isu graduan menganggur.. kita memberontak tatkala akhbar kerap menyiarkan berita jawatan kosong tetapi bahasa mandarin sebagai salah satu syarat.. kita sakit hati bila orang cina sesuka hati menjual barang dengan harga yang mahal.. kita benci dengan begitu banyak pasaraya yang dibolot oleh orang kafir hingga mereka begitu rakus menafikan hak kita.. hingga mereka sewenangnya menyebar fitnah pada agama kita..

ekonomi negara kita.. telah dipegang oleh orang kafir walau telah sekian lama orang Islam yang memerintah.. kuasa politik yang kita ada.. hanyala pada nama.. sedangkan kita sebenarnya hanyalah bagai kucing kurap di negara sendiri..

perniagaan adalah 9/10 dari sumber perniagaan.. itulah yang Islam anjurkan.. tapi.. Kenapa peniaga di Malaysia majoritynya bukan Melayu?? Kenapa?? Kenapa orang bangsa asing, bangladesh, pakistan, filipina.. indonesia, tanpa fikirkan sebarang risiko.. tanpa segan silu berniaga di negara kita.. malah.. kita.. orang Islam.. dengan tak malunya.. mula timbul rasa hasad.. bukannya mencari ruang untuk berniaga.. tapi, menyalahkan pihak berkuasa tempatan dan juga pendatang2 yang berniaga itu.. aduhai.. malunya!!

marilah saudaraku.. perteguhkan ekonomi kita.. supaya Islam dipandang tinggi.. supaya maruah Islam kembali pulih..

maafkan saya andai salah bicara. wassalam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 16-07-06 23:05


100% copy paste from ijam_pc

Sabda NABI MUHAMMAD S.A.W "Perjanjian (perbezaan) diantara kita (orang islam) dan mereka (orang kafir) ialah SOLAT, dan barangsiapa meninggalkan SOLAT sesungguhnya dia telah menjadi seorang kafir. (Hadis Riwayat Imam Al Tarmidhi) Kitab Iman-Hadis No 2545

100% copy paste form bicarasufi.com
SYIRIK, MURTAD, NIFAQ, FASIQ, MUNAFIK, ZINDIQ, KUFUR ....

apakah berlainan SEMUA ini dengan KAFIR?
atau sama sahaja kelompok ini dengan yang di katakan KAFIR itu?

yang membezakan ISLAM dan KAFIR itu adalah SOLAT-Nya....

kan?



atau ada lain dari itu?

100% copy paste from http://noradila.tripod.com/skimatarbiyyahipij/id94.html

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH

Bertawakkal dan bergantung kepada selain daripada Allah.

Ingkar nikmat Allah samaada yang terang atau yang sembunyi, yang mudah difikirkan atau yang memerlukan kajian.

Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain daripada Allah kerana Allah tidak menyukainya.

Menggubal undang-undang mengikut kemahuan manusia bukan mengikut ketentuan Allah.

Menumpukan segala ketaatan kepada selain Allah dengan cara yang tidak disukaiNya.

Menjalankan hukum selain dari hukum Allah atau tidak merujuk kepada hukum Allah dalam sesuatu perkara.

Benci atau menentang sesuatu perkara yang berhubung dengan Islam atau menbenci agama Islam seluruhnya.

Mencintai kehidupan dunia mengatasi kecintaan akhirat dan menjadikan dunia ini sebagai matlamat utama yang unggul dalam hidupnya.

Menghina sesuatu daripada kitab Allah atau sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam atau orang-orang alim yang menegakkannya atau mempersendakan hukum-hukum daripada hukum Allah atau syiar-syiar Islam.

Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan sebaliknya.

Tidak beriman dengan semua sumber-sumber (punca) hukum daripada kitab Allah dan As-Sunnah.

Melantik orang-orang kafir dan munafiq menjadi pemimpin serta tidak mencintai orang-orang yang beraqidah Islam dan mukmin.

Tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.

rasa takut, lemah hati di dalam menegakkan Tauhidullah dan rasa lapang, terbuka dan riang dalam menegakkan perkara-perkara syirik.

Menyatakan bahawa Al-Quran terdapat pertentangan di antara ayat yang dan isi yang terkandung di dalam ayat itu.

Tidak mengetahui tentang marifat Allah dan pengenalan yang jelas serta ingkar dengan sifat-sifat ketuhananNya dan ingkar nama-namaNya.

Tidak mengetahui atau mengenali Rasul dengan betul atau menafikan adanya sifat-sifat yang terpuji yang diberikan oleh Allah kepadanya atau menghina sifat-sifat kepujian atau mengitiqad bahawa baginda adalah contoh utama bagi manusia.

Mengkafirkan orang yang mengucap dua kalimah syahadah serta tidak mengkafirkan orang yang telah ingkar syahadah dan tidak menghalalkan berperang dengan mereka.

Membuat sesuatu pekerjaan (ibadah) bukan kerana Allah, sujud dan tawaf berkiblatkan kepada selain Baitullah dengan niat mendekati Allah.

Banyak jenis syirik yang menggugurkan syahadatain yang dinamakan syirik kecil seperti mengerjakan solat kerana hendak mendapatkan pujian, bersedekah kerana sungutan orang atau supaya orang datang kepadanya seolah-olah dia berjihad iaitu supaya orang mengenag jasa dan namanya.

CARA PEMBATALAN IMAN BERLAKU

Empat batas utama yang menjadikan terbatalnya iman seseorang itu ialah:

Mengingkari atau mencela sifat rububiyyah Allah.

Mengingkari atau mencela nama-nama Allah serta sifat-sfatNya.

Mengingkari atau mencela sifat uluhiyyah Allah.

Mengingkari atau mencela Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, kerasulannya, dan apa-apa yang dibawanya dalam bentuk syariat atau lain-lainnya.

Keempat-empat perkara tersebut berlaku dengan itiqad, perkataan dan perbuatan di mana sesiapa sahaja yang melakukannya maka terbatallah imannya dan terkeluarlah ia daripada Islam dan syahadahnya.



PENGERTIAN KUFUR

Kufur ialah tidak beriman kepada keesaan Allah, atau kenabian, atau syariat, atau ketiga-tiganya sekali.



PEMBAHAGIAN KUFUR

Ibn. Manzur dalam Lisan Al-Arab telah membahagikan kufur itu kepada empat bahagian iaitu:

Kufur ingkar

Iaitu kufur di dalam hati dan lidah. Sebagaimana firman Allah subhaanahu wa taaala:

Sesungguhnya orang-orang kafir itu sama sahaja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak, mereka tidak juga beriman. (Al-Baqarah:6)

Kufur juhud

Iaitu mengakui dengan hati tanpa ikrar dengan lidah. Contonya seperti kufurnya iblis dan kufurnya Umayyah Bin Abi Al-Salt.

Kufur

Iaitu mengaku dengan hati, ikrar dengan lidah tetapi tidak menunaikan kehendak-kehendak agama kerana dengki dan sombong seperti kufur Abu Jahal dan kuncu-kuncunya.

Kufur nifaq

Iaitu mengakui dengan lidah, tetapi kufur dan tidak bertekad di dalam hatinya. Di dalam kita Al-Tahzib ada menyebutkan bahawa: Mengaku dengan hati dan ikrar dengan lidah, tetapi enggang menerima Islam, ini seperti kafirnya Abu Talb, yang mana beliau berkata: Saya akui bahawa agama Muhammad adalah sebaik-baik agama, jika tidak kerana celaan dan cacian tentu aku terimanya (memeluk Islam).

SYIRIK, MURTAD, NIFAQ, FASIQ

Syirik

Syirik bermakna mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain daripada sifat uluhiyyahnya (berhak disembah, dicintai, dipatuhi perintahNya dan didoakan kepadaNya) ataupun sifat rububiyyahnya (menjadikan, mentadbir, dan menguruskan alam). Sesiapa yang menganggap mana-mana satu daripada sifat-sifat yang tersebut itu ada pada selain daripada Allah, sesungguhnya dia telah melakukan syirik dengan Allah walaupun dia pada masa itu masih mengaku beriman dengan Allah. Sebagaimana firman Allah subhaanahu wa taaala:

Dan (orang yang beriman kepada Allah), kebanyakannya tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.

Perkataan kufur juga mempunyai makna yang sama dengan syirik walaupun terdapat di kalangan ulama yang membezakan di antara kufur dengan syirik tetapi apabila dilihat kepada mafhumnya maka ianya tidaklah mempunyai perbezaan yang boleh dianggap bahawa dua perkataan itu mempunyai makna yang terlalu berlainan.

Murtad

Murtad bermakna kembali setelah Islam. Ijma ulama menyatakan bahawa seseorang Muslim yang ingkar kepada apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah adalah murtad; iaitu kafir setelah Islam kecuali jika dia benar-benar jahil. Tetapi sekiranya diberitahu dan ditegakkan hujjah namun dia masih tetap dengan keingkarannya maka dia dihukumkan dengan kufur dan murtad.

Nifaq

Nifaq ialah sifat dan amalan yang dilahirkan oleh seseorang yang berupa amalan dan sifat seorang Muslim pada zahirnya tetapi hakikatnya dan juga apa yang ada di dalam hatinya tidak demikian. Jika apa yang tersembunyi di hatinya itu berupa perasaan yang tidak menafikan iman, maka tidaklah menjadi kufur. Sekiranya terdapat perasaan yang menafikan iman walaupun lidahnya berikrar, maka dia tidak beriman di sisi Allah. Tetapi di kalangan kita, dia adalah orang Islam, bermuamalah dengannya sebagai seorang Islam selagi tidak lahir kekufurannya. Sesungguhnya Allah hanya memberitahu kepada kita tand-tandanya sahaja dan terserahlah kepada si munafiq itu untuk menyedari bahawa sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala yang tersembunyi di hatinya. Di dalam Al-Quran, Allah telah mendedahkan sifat-sifat orang munafiq seperti berikut:

Dan di antara manusia ada yang mengatakan: Kami beriman kepada Allah dan hari akhirat, padahal mereka bukanlah oran yang beriman. Mereka hendak menipu Allah, padahal mereka menipu diri mereka sendiri sedangkan mereka tidak sedar.

Fasiq

Fasiq pada umunya ialah maksiat, meninggalkan perintah Allah, dan keluar dari jalan yang dibenarkan. Di dalam Al-Quran, istilah fasiq ini digunakan bagi menerangkan perbuatan-perbuatan tersebut:

1. Maksiat kepada Allah dalam meninggalkan tauhid, maka ini adalah syirik (As-Sajadah:1

2. Maksiat kepada apa yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, maka ini adalah kufur (At-Taubah:80)

3. Maksiat kepada Deen tanpa syirik dan kufur (Al-Maidah:25)



BAHAN RUJUKAN

1. Muqaddimah Aqidah Muslim Haji Abdul Hadi Haji Awang

2. Rukun-rukun Islam dan Pengertian Syahadah Said Hawwa

3. ILHAM Bahan Kendiri PJJ

4. Garis Pemisah Antara Kufur dan Iman Dr Abdul Rahman Abdul Khalid

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 16-07-06 23:26


ya Allah ...risau juga..
bila2 saja Allah boleh turunkan bala kat negara Malaysia..

ya Allah...ampunkanlah dosa kami ya Allah..
berikanlah taufik dan hidayah kepada kami semua..
peliharalah iman kami semua ya Allah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 17-07-06 01:30


golongan murtad ni banyak dalam negara malaysiaku yang tercinta ini..

yang didakwa mufti perak seramai 250,000..

ada yang disahkan adalah 100,000..

itu yang buat permohonan.. macam,an lah pula yang murtad senyap-senyap,atau pigi luar negara murtad..

fuio..bahaya tu..

YA ALLAH jauhkan lah kami dari bencana paling BAHAYA ini..bencana yang lebih parah dari tsunami,gempa bumi,letupan gunung berapi,letupan bom...

Bookmark and Share

    


  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

nano
Warga 5 Bintang
Menyertai: 20.10.2005
Ahli No: 19971
Posting: 386

blank   avatar


posticon Posting pada: 17-07-06 11:42


Hmmm risaunya dengan isu murtad ni.....rasanya isu ini perlu diketengahkan supaya lebih ramai umat islam sedar akan agama mereka sedang diserang dari sudut perundangan.
untuk jangka panjang umat islam sewajarnya memperbaiki dahwah kepada non-muslim supaya lebih berkesan.Jika peratusan umat islam menjadi lebih besar kedudukan umat islam lebih selamat,insyaalah.Adalah baik jika diadakan spesifik training dakwah non-muslim supaya pendakwah kita lebih terlatih dan tahan uji.Bekalkan mereka dengan ilmu agama,psikologi,pertolongan cemas,pertahanan diri,ilmu perbandingan agama dan budaya dll.
Penting ....buat pelbagai aktiviti untuk tarik perhatian atau minat sasaran ...edar risalah,menulis dalam media,bergaul dan berinteraksi dengan sasaran,buat kerja amal,ketengahkan aspek spritual,aspek kesihatan,memahami persepsi sasaran dll.Buat juga aktiviti pemulihan bagi yang murtad dan pra-murtad.
Buat penilaian .....nilaikan kejayaan dengan capai objektif atau dapat cipta sesuatu hasil yang baik.Jika tak berjaya buat adjustment.
Tawakal kepada Allah .....semoga Allah memberi kejayaan kepada usaha kita semua.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nanoProfil   Hantar PM kepada nano   Quote dan BalasQuote

fadzlyz
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2006
Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 17-07-06 11:44


mamang teruk!
jom kita sama-sama ingatkan kwan-kawan

Bookmark and Share

    


  Member Information For fadzlyzProfil   Hantar PM kepada fadzlyz   Quote dan BalasQuote

cintamadinah_82
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2005
Ahli No: 16646
Posting: 265
Dari: pulau pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 17-07-06 15:42


Ya Allah ya Tuhan kami....
KAU kuatkanlah iman kami,
KAU tetapkanlah hati kami dalam Islam
KAU kuatkan pegangan kami pada aqidah Islam,
KAU matikanlah kami dalam Islam..

Ya Allah KAU lindungilah kami dari musuh2 Islam,
KAU kuatkanlah ikatan persaudaraan antara kami sesama umat Islam agar berpegang teguh pada agama-MU.. dan dapat saling bantu membantu pada jalan agamaMU..Amiin


-----------------
'Tidak kamu akan berperasaan gundah walaupun sekali.. jika kamu tahu apa yang dicari...'


Bookmark and Share

    


  Member Information For cintamadinah_82Profil   Hantar PM kepada cintamadinah_82   Pergi ke cintamadinah_82's Website   Quote dan BalasQuote

budak_melaka
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14578
Posting: 450
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 17-07-06 16:25


KES MURTAD AZLINA JELANI (LINA JOY) & KELEMAHAN SISTEM PERUNDANGAN:
IMPLIKASI TERHADAP MASA DEPAN
ISLAM & MELAYU DI MALAYSIA


Fakta yang terkandung dalam tulisan ini diringkaskan berdasarkan daripada;

(1)    kupasan kes murtad Azlina Jailani (Lina Joy) yang dibincang dihadapan peguam-peguam Islam Malaysia & organisasi kerajaan & bukan kerajaan (NGO) yang hadir pada taklimat isu murtad pada 12-Julai-2006 di Bilik Mesyuarat Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, serta,
(2)    berdasarkan kupasan kes yang telah dibentang & dibincangkan bersama Saudara Zulkifli Nordin pada 09-Julai-2006 di Surau As-Sakinah Taman TTDI Jaya, Shah Alam.

Program selanjutnya untuk ulasan & pelan tindakan akan diadakan pada;

(1)    Jumaat 14-Julai-2006, 07.45pm di Masjid Ibtisam Taman TTDI Jaya, ulasan akan diberikan oleh wakil Ahli Jawatankuasa Peguam Pembela Islam (PPI).

(2)    Ahad 16-Julai-2006, 02.30pm di Anjung Rahmat, Ibu Pejabat ABIM Jalan Gombak untuk merangka pelan strategi oleh seluruh NGO & organisasi Muslim & Malaysia.

(3)    Ahad 16-Julai-2006, 08.30am di Unisel, SS7 Shah Alam untuk sessi taklimat isu semasa oleh Peguam & Bekas Presiden Majlis Peguam.

Kehadiran & hebahan untuk kedua program ini diharapkan sepenuhnya & menjadi kewajipan untuk umat setiap Muslim bertindak.



MUQADDIMAH

Maksud hadith;

Daripada Ibn Mas`ud dan `Aisyah, Nabi s.a.w. bersabda: Tidak halal darah seseorang muslim selain daripada tiga sebab: berzina selepas menjadi muhsan, membunuh orang lain tanpa hak dan mengasingkan diri dari jemaah serta meninggalkan agama (murtad).
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dll)

"Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka hendaklah ianya dibunuh"
(Riwayat al-Bukhari dan Abu Dawud)

Dalam sejarah lampau, kes Natrah, seorang wanita Belanda yang memeluk Islam dan berkahwin dengan Mansor Adabi telah dipaksa oleh ibu bapanya keluar dari Islam (Murtad) dan menggunakan mahkamah British di Singapura untuk dibawa balik ke Belanda.

Keprihatinan seluruh umat Islam & masyarakat dari seluruh pelusuk Tanah Melayu untuk berjalan kaki dan berbasikal untuk berkumpul & berdemonstrasi di Sinagpura untuk membantah & mempertahankan aqidah hanya SEORANG muslimah dari dimurtadkan tanpa sedikitpun memikirkan perasaan takut untuk berhadapan dengan bedila pelurun serta cota tentera British dan sebagainya yang menghalang mereka


Hakikat yang berlaku selepas itu hingga sekarang, umat Islam sekarang terlalu lemah dan dayus untuk hanya mampu melihat sahaja tanpa memperdulikan langsung sejumlah 100,000 (Mufti Perak), dan 250,000 kes yang telahpun murtad “tanpa paksaan” dan hanya menanti untuk didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Negara


Apa pendirian kita
?


LATAR BELAKANG

1.    Bangsa Melayu khususnya di Malaysia, adalah satu-satunya bangsa di dunia yang mengguna pakai definisi yang jelas di dalam perlembagaan untuk mentakrifkan definisi perkataan Melayu serta skop yang merangkuminya.
2.    Istilah Melayu di Malaysia dijelaskan sebagai seorang yang penganut agama Islam, dan Islam & Melayu pada dasarnya mengikut definisi perlembagaan sama sekali tidak boleh dipisahkan.
3.    Perkara ini diletakkan dengan jelas di dalam perlembagaan dan menjadi suatu undang-undang di Malaysia untuk Melayu tidak dibenarkan meninggalkan Islam, (rujuk Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan), dan Melayu dan bangsa lain yang menganut agama Islam adalah tertakluk di bawah syariat Islam & perundangan Mahkamah Syariah di Malaysia.


AZLINA JAILANI @ LINA JOY?

1.    Nama asal: Azlina Jailani, pernah memohon pada tahun 1997 untuk ditukar kepada Azlina Lelani tetapi ditolak sebab beralasan telah tukar agama Kristian.
2.    Permohonan kedua untuk tukar kepada Lina Joy pada 1999 tanpa menyatakan sebab pertukaran kepada agama Kristian telah diluluskan, dengan Kad Pengenalan Baru tertera perkataan Agama Islam.
3.    Ayah bernama Jailani bin Shariff dan ibu bernama Kalthum binti Omar, keduanya beragama Islam dan mengamalkan hidup sebagai Muslim.
4.    Berwajah typical Malay, berbangsa Melayu keturunan Jawa, berumur 42 tahun.
5.    Mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil Baptis yang dikeluarkan pada 11-May-1998, dan pada tahun 2000 menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan seorang India Kristian, dan meminta untuk didaftarkan perkahwinan tersebut untuk mengesahkan perkahwinan beliau.
6.    Telah beberapa kali dipanggil dan dinasihatkan oleh Majlis Agama berkenaan kemurtadan beliau, tetapi beliau mempertahankan yang pilihan keluar dari Islam adalah kehendak sendiri dan telah dimaklumkan pada kedua ibu bapa.
7.    Bekerja di ProQuest di Taipan, Subang Jaya.menetap di Taman Dato’ Tan Yeiw Lai, Kuala Lumpur.

FAKTA KES

1.    Selepas berkahwin dengan seorang Kristian, beliau memohon untuk pendaftaran perkahwinan, tetapi tidak dibenarkan sebab di dalam Kad Pengenalan masih tertulis beragama Islam walaupun beliau berjaya menukar nama dalam Kad Pengenalan kepada Lina Joy.
2.    Berusaha untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut dengan permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada tahun 2000.
3.    Permohonan tidak dibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari Mahkamah Syariah yang membenarkan memperakui beliau keluar Islam.
4.    Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam yang tidak mengbenarkan (MENGHARAMKAN) seseorang Muslim keluar dari Islam (Murtad), dan Sijil Tukar Agama (Murtad) seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak dapat dikeluarkan.
5.    Permohonan bermula di Mahkamah Tinggi tahun 2000, seterusnya ke Mahkamah Rayuan pada 19-Septemebr-2005, dan keduanya mengiktiraf bahawa kes adalah dalam kuasa Mahkamah Syariah untuk membenarkan beliau keluar dari Islam dan membolehkan dibuang perkataan Islam di dalam Kad Pengenalan.
6.    Setelah semuanya tidak berjaya, peguambela, Dato’ Dr Cyrus Das, juga bekas Presiden Majlis Peguam, berjaya mendapat kebenaran untuk kes dibawa kepada Mahkamah Persekutuan.
7.    Kes didengar oleh 3 Hakim (2 Muslim & 1 non-mullim ~ Ketua Hakim Tun Fairiz, Dato’ Alauddin, & Dato’ Richard) pada dasarnya berpendirian yang sama menyokong tindakan Mahkamah Rayuan
 HINGGALAH Majlis Peguam yang di ketuai oleh Peguam Malik Imtiaz Sarwar dan beberapa yang lain, yang hanya menjadi barisan peguam pemerhati beserta banyak lagi NGO yang menyokong Lina Joy meminta untuk memberi hujah & bersuara, dan DIBENARKAN oleh mahkamah yang terlibat.
8.    Itu adalah permulaan isu ini dibesarkan yang mana tidak pernah dalam sejarah perundangan negara peguam pemerhati dibenarkan berhujah di dalam Mahkamah.
9.    Hujah yang dibawa oleh barisan peguam pemerhati yang diketuai oleh Majlis Peguam tersebut melarikan isu utama kes berkenaan daripada hak & kuasa Mahkamah Syariah TETAPI memberi hujah bahawa Lina Joy adalah berhak untuk mempraktikkan kepercayaannya dan dilindungi oleh perlembagaan sebagai hak individu seperti yang terkandung di dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.
10.    Isu Mahkamah Syariah seperti yang diputuskan oleh mahkamah terdahulu sudah tidak releven lagi pada hujah Majlis Peguam, dan isu yang diperjuangkan oleh Kumpulan Artikel 11 & IFC dijadikan isu utama kes ini di Mahkamah Persekutuan.
11.    Isu yang diperjuangkan oleh kesebelas NGO non-Mulsim atas nama kumpulan Artikel 11 & Inter-Faith Council (IFC) adalah untuk mendefinisikan perkataan "person" (individu) yang terkandung di dalam Artikel 11 tersebut untuk merujuk kepada individu as apa say, bukan lagi kumpulan atau agama secara umumnya.
12.    Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia attempt yang sebegitu berani & bersikap kurang ajar yang dilakukan untuk menghuraikan definisi tersebut untuk menguraikan ikatan Islam mengikut kepahaman peribadi seseorang penganut itu sendiri, dan menafikan hak Islam sebagai agama untuk mewajibkan umatnya mempraktikkan amalan & syariat Islam seperti yang terkandung dalam undang-undang Islam.


IMPLIKASI DARI DEFINISI "INDIVIDU"

Nampak & dengar terlalu kecil, tetapi implikasinya melampau batas pemikiran kita
!
1.    Orang Islam dibenarkan meninggalkan Islam pada bila-bila masa sahaja, walaupun mengakui mereka adalah Melayu pada bangsanya. Ini bermakna Melayu di Malaysia bukan lagi terikat dengan agama Islam seperti yang telah digazetkan dalam perlembagaan.
2.    Apabila definisi "person" didefinisikan sebagai hak individu, maka agama Islam boleh ditafsirkan mengikut kefahaman individu sendiri tanpa ada undang-undang Islam yang boleh mengongkongnya;
§    Orang Islam boleh keluar-masuk Islam pada bila-bila masa.
§    Islam boleh diamalkan mengikut kefahaman sendiri sepenuhnya.
§    Kesalahan syarie oleh seorang Muslim tidak boleh diambil tindakan disebabkan perundangan Syariah sudah tidak relevent.
a.    Sebagai contoh, solah boleh dilakukan mengikut sedap hati mengikut rakaat solah yang difahami sendiri, puasa dalam Ramadhan boleh ditinggalkan apabila membuat deklarasi “bukan Islam” pada bulan itu tanpa boleh diambil tindakan.
b.    Semua badan-badan Islam tidak relevent lagi dalam perundangan semasa, sebab hak mempraktikkan secara individu diperjuangkan.
§    Raja-raja Melayu hilang kuasa sebagai benteng & simbol agama.
§    Kanak-kanak apabila masuk umur 18 tahun, ibu bapa akan terus hilang kuasa untuk menetapkan agama dan fahaman mereka, dan tindakan boleh diambil ke atas ibu bapa yang memaksa anak mereka mengamalkan Islam.
§    Perukunan Islam pada dasar sudah tidak valid disebabkan tiada satu pun akta-akta berkaitan Islam contohnya Akta Solah, Akta Puasa, Akta Haji, Akta Zakat yang mengikat seseorang Muslim di dalam perlembagaan.


MENGAPA KES LINA JOY?

1.    Kes Lina Joy adalah kes yang seduah lama didiamkan, tetapai ianya telah dimarketingkan diperingkat antarabangsa secara bersungguh-sungguh, adan ia adalah satu daripada ratusan ribu kes yang menanti untuk diketengahkan.
2.    Kes Lina Joy adalah kes yang mengambil kesempatan dalam kekalutan semasa umat Islam di dunia, dan di Malaysia khususnya yang amat lemah dan tidak ada keupayaan untuk digembleng untuk mempertahankan Islam di mana-mana sahaja, hatta mempertahan aqidah seorang muslim yang lain.
3.    Kes ini pada dasarnya adalah rentetan daripada tuntutan kumpulan “Artikel 11” yang pernah berkumpul di Petaling Jaya & Melaka, dan pernah cuba berkumpul di Pulau Pinang pada 14-Mei-2006 yang menuntut kepada pemerintah untuk membenarkan sepenuhnya kebebasan Murtad di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, setelah kekalahan untuk kes Mohamed Abdullah @ Moorthy, S. Sharmala dan Nyonya Tahir.
4.    Amat mendukacitakan sekali apabila kumpulan Artikel 11 yang juga dikenali Inter-Faith Council (IFC) disertai oleh beberapa individu Melayu & Islam termasuklah Sister-in-Islam, yang digerakkan oleh pemimpin-pemimpin & sekutu pemimpin-pemimpin negara yang beragama Islam.
5.    Kes Lina Joy adalah attempt yang akan memberikan impact yang amat besar, dan diistilah kan sebagai “beyond our imgination” yang mana ia secara langsung mencabar undang-undang Syariah oleh Mahkamah Syariah di bawah Perkara 121(A) Perlembagaan Persekutuan, samaada ianya akan dipinda atau dihapuskan sepenuhnya, dan seterusnya mancabar hukam yang Allah SWT telah tetapkan di dalam Al Quran & As Sunnah.
6.    Berikutan kes Lina Joy, maka terlalu banyak kes-kes permohonan Murtad dan sebagainya yang telah lama menunggu & sedang menunggu, dan kejayaan dari kes ini akan membenarkan permohonan lebih 250,000 untuk keluar Islam akan dibenarkan oleh perlembagaan.
7.    Kes ini menjadi PERHATIAN PENUH organisasi & individu bukan Islam seluruh dunia, dan seluruh negara-negara besar didunia menghantar wakil untuk memberikan pressure yang besar ke atas hakim & sistem perundangan negara yang AMAT LEMAH untuk membela aqidah seorang rakyat Islam.
8.    www.becketfund.com, www.malaysianbar.orang.my, www.bernama.com.my menyenaraikan dengan jelas fakta kes dan bagaimana organisasi besar satu dunia ini menjadi tembok & dalang yang begitu kuat yang membela Lina Joy. Ianya dianggotai oleh pelbagai pertubuhan hak asasi manusia sedunia.
9.    Di Malaysia pula 11 NGO dan organisasi menghantar wakil ke Mahkamah Persekutuun untuk memberi pressure kepada Hakim yang terlibat setelah mereka dibenarkan bersuara untuk membela Lina Joy, antaranya;
§    Malaysian Bar Council
§    All Women’s Action Society (AWAM)
§    Sisters in Islam (SIS)
§    Catholic Lawyers Society
§    Interfaith Spiritual Fellowship
§    Malaysian Civil Liberties Society (MCLS)
§    Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS)
§    National Human Rights Society (HAKAM)
§    Pure Life Society
§    Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
§    Vivekananda Youth Movement, Seremban
§    Women’s Aid Organization (WAO)
§    Women’s Development Collective (WDC)

10.    Wakil dari pertubuhan antarabangsa khususnya juga bercakap menyatakan pendirian & tekanan mereka ke atas mengkehendaki agama adalah pilihan 100% pada diri individu tanpa paksaan, dan membentngkan paper & kes study yang begitu panjang lebar kepada hakim-hakim yang terlibat untuk meletakkan mereka pada tahap kekeliruan yang amat tinggi.
11.    Dalang utama pihak yang membela Lina Joy adalah wakil Bar Council yang beragama Islam (Malik Imtiyaz Sarwar) telah mengambil partisan stand untuk memberi hujjah yang menyokong tindakan Lina Joy tersebut tanpa mendapat restu dari Bar Council member. Malik sendiri berpendirian agar seorang Muslim dibenarkan untuk menukar agama mereka kepada apa jua pilihan mereka

12.    Suatu yang amat menyedihkan kerana tidak ada wakil daripada pertubuhan Islam yang begitu banyak di Malaysia, kecuali wakil beguam dari ABIM dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia sahaja yang bercakap mempertahankan hujah.
13.    Suatu fakta yang dinyatakan oleh Peguambela pihak Lina Joy di dalam mengakhiri kes itu menyebut;

“
it is time that we must knock into the heads of Malay that our country Malaysia is never been an Islamic country. Strong message must be thrown to Muslim to tell them that in Malaysia Islam is just a subservient to constitution
”


TINDAKAN SEGERA

Memandangkan kes ini hanya mempunyai tempoh 6 minggu sebelum diputuskan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada 28-Julai-2006, maka tindakan segera telah diputuskan untuk diambil oleh segenap lapisan masyarakat Islam, antara keputusan jangka masa pendek yang telah dicadang dan dipersetujui akan diusahakan secepat mungkin adalah;

1.    Penubuhan segera kumpulan Peguam Pembela Islam (PPI) yang diketuai oleh Peguam Zainur Zakaria, bekas Presiden majlis Peguam untuk melakukan protes kepada Majlis Peguam di atas keputusan beberapa Eksekutif Committee untuk menyokong kes Lina Joy;
§    Isu secara langsung seolahnya menunjukkan seolahnya Majlis Peguam adalah dalang utama kes ini setelah mereka menyatakan sokongan penuh kepada kes Lina Joy di Mahkamah Persekutuan baru-baru ini, sedangkan tidak pernah mendapat mandate tersebut daripada badan dan ahli Majlis Peguam yang dilantik.
§    Majlis Peguam juga telah menjadi pemangkin kepada tindakan berani & kurang ajar pelbagai pertubuhan NGO bukan Islam dalam & luar negara untuk mengajar orang-orang Islam untuk bagaimana mengamalkan Islam di Malaysia.
§    Suatu EGM akan diadakan segera untuk membantah dengan mendapat tandatangan lebih 200 peguam Islam yang hadir dalam perjumpaan 12-Julai-2006 untuk menghalang Majlis Peguam daripada menyebelahi Lina Joy dalam kes beliau.
§    Zainur Zakaria dan dianggotai 15 peguam lain sebagai committee termasuk Kamar Ainiah, Zainul Rijal Abu Bakar, Haji Mohamad Buruk dan Dato' Zaiton Othman mewakili Persatuan Peguam Muslim Malaysia, merangkumi pelbagai bidang kepakaran dan fahaman politik yang pelbagai. Antara yang lain adalah; Dato Abu Zahar, Dato Ainuddin, Zulkifli Nordin, PaaWan Chik Marican (Peguambela utama kes), Baharuddin, Subki Yusuf, Radhi (Setiausaha NGO Melayu), Zainddin Ismail, Zainur Ridaun, Shamsuriya, Azril, Raja Mustafa


2.    Suatu website diwujudkan segera untuk menjadi rujukan kepada fakta kepada kes ini, www.peguampembelaislam.com atau www.peguampembelaislam.orang, yang akan diputuskan segera mengikut kesesuaian.
3.    Suatu Press Statement dikeluarkan oleh Peguam Pembela Islam untuk mendesak semua pihak yang terlibat untuk menghormati undang-undang dan menafikan penglibatan Majlis Peguam di dalam membela kes Lina Joy.
4.    Perjumpaan oleh semua gabungan NGO Islam & Melayu untuk menyatakan sokongan terhadap tindakan Peguam Pembela Islam serta menyebarkan kesedaran kepada seluruh masyarakat tentang isu ini;
§    Kes ini ada kes yang menjadi perhatian dunia, sedangkan di Malaysia kes ini disorokkan oleh pihak media tempatan atas alasan faktor keselamatan dan sebagainya, kecuali kenyataan yang terkandung di dalam Bernama.com.my
§    Umat Islam di Malaysia dari apa jua kefahaman politik dan bangsa perlu sedar dan disedarkan tenatang apa yang sedang berlaku dan implikasinya terhadap Islam, Muslim dan perjuangan Islam di Malaysia pada masa hadapan.
§    Majlis tersebut akan diselia oleh ABIM yang akan diadakan di Ibu Pejabat ABIM, Anjung Rahmat, Jalan Gombak pada 16-July-2006, Jam 2.30pm. Semua dijemput hadir
5.    Press Statement telah dikeluarkan oleh Persatuan Peguam Syarie, Dato’ Zaiton Osman pada Jumaat 07-July-2006 tetapi langusng tidak dikeluarkan oleh mana-mana media di Malaysia.
6.    Mesej akan disampaikan melalui mimbar khutbah Jumaat pada minggu hadapan atas kebenaran daripada pihak yang terlibat.
7.    Paling kurang 100,000 artikel akan dicetak dan diedarkan dengan tujuan untuk menyedarkan umat Islam tentang perkara ini dalam bentuk bertulis, dalam bentuk yang mudah dipahami kepada seluruh masyarakat Malaysia.
8.    Solah Hajat diminta dilaksanakan di segenap peringkat untuk memberi kesedaran dan memohon pertolongan Allah untuk menyelamatkan aqidah Umat Islam di Malaysia, khususnya.
9.    Usaha juga akan diteruskan untuk menyedarkan pemimpin-pemimpin negara serta Majlis Raja-Raja tentang implikasi dari sikap ambil tidak endah dari kes ini, serta meminta dengan kuasa yang ada pada tangan mereka untuk berusaha menyelamatkan aqidah umat Islam dari terus dimusnahkan.
10.    Seluruh badan serta oraganisasi & individu mesti menggunakan setiap kekuatan yang ada untuk mempengaruhi serta menyedarkan masyarakat tentang isu ini, serta meminta masyrakat untuk mencuba sedaya mungkin mempengaruhi pihak yang terlibat untuk memastikan pekutusan berpihak kepada menjaga Aqidah Islam.
11.    Pengumpulan dana kewangan segera susulan daripada dana yang telah dukumpul ketika perjumpaan peguam Muslim pada 12-Julai-2006, yang akan digunakan untuk menggerakkan bantuan kepada individu yang terlibat di dalam kes ini, termasukalah untuk mendapatkan beberapa unit notebook serta printer dan peralatan lain sekretariat Peguam Pembela Islam.
12.    Mengumpul tandatangan seluruh Muslim di Malaysia untuk diserahkan kepada pemerintah dan Raja & Hakim sebagaimana yang telah dilakukan oleh NGO tersebut dengan mengumpul 20,000 tandatangan dan diserahkan kepada Perdana Menteri baru-baru ini. Amat malang tiada sebarang tindakan atau statement dikeluarkan oleh beliau, malah seorang Menteri yang terlibat dengan perundangan Malaysia juga telah melabelkan “bodoh” kepada individu yang menghalang dari usaha ini diteruskan.
13.    Seterusnya, atas usaha & idea bersama yang perlu dilakukan segera.
14.    Maklumat seterusnya akan disalurkan melalui group email, boleh mendaftar sebagai ahli secara percuma;
[email protected]


PENUTUP

Saudara sekalain, Allah tidak akan tanya apa hasil dari apa yang kita lakukan, tetapi Allah akan tanya kita apa yang kita lakukan untuk memastikan tanggungjawab fardhu ‘ain untuk menegakkan Islam di muka bumi dilaksanakan


Fikir & bertindak. Wassalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For budak_melakaProfil   Hantar PM kepada budak_melaka   Quote dan BalasQuote

Qibas
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.07.2006
Ahli No: 25060
Posting: 81
Dari: Pahang

malaysia  


posticon Posting pada: 17-07-06 17:22


Pada 15-07-06 17:45 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

patutnya bunuh saja orang yang macam ni, boleh menggugat akidah masyarakat Islam secara umum, biar semua takut nak ikut jejak dia.

kalau perkara ini dibiarkan, semakin ramai yang akan berani buat macam dia, dahlah murtad berani nak publish kepada masyarakat lagi, dan minta yang bukan2.


Saya amat menyokong penuh tindakan ini. Tegakkan kebenaran.

Bookmark and Share

    


  Member Information For QibasProfil   Hantar PM kepada Qibas   Pergi ke Qibas's Website   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-07-06 18:20


100% copy paste from hizbi.net

!!! QUOTE !!!


Assalamu'alaikum,

Beberapa minggu lalu saya ada janji nak olahkan semula kuliah Ustaz Sahmsuri
dalam bab Murtad. Alhamdulillah, olahan itu telah siap. Saya tuliskan semula
apa yang ustaz cakapkan, kadang-kadang 'word-by-word'. Sebab itu, anda akan
dapati bahasanya kadang-kadang bahasa kitab lama.

Ustaz Shamsuri- seorang ulamak terkenal di Utara semenanjung. Seorang ustaz
di Pusat Matrikulasi Penang, pendakwah bebas. Setiap kuliahnya di masjid2 di
hadiri ribuan murid.

Semoga ulasan Ustaz Shamsuri dari Kitab Bahzul Mazi ini dapat menjelaskan
kedudukan sebenar dalam hal 'Murtad'.

Wassalam.
.........................................
HUKUM ORANG YANG MURTAD
Ustaz Hj Shamsuri Hj Ahmad,
10/7/00 Mesjid Sungai Rambai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Kitab: Bahzul Mazi Jilid 10, masa 191 Bab Murtad

Mukadimmah:
Matlamat Hukum Islam ialah
1. memelihara Agama
2. memelihara Nyawa
3. memelihara Harta
4. memelihara Keturunan
5. memelihara Akal.

Jadi, ugama menjatuhkan mati kepada orang yang menghinakan agama untuk
memelihara Agama. Murtad itu menghina agama, yakni meninggalkan islam untuk
pergi ke ugama lain.

Murtad sama ada orang asal Islam yang menjadi kafir atau orang asal kafir yang
masuk Islam kemudian kembali menjadi kafir.

Siapa orang murtad- orang yang memutuskan pengekalan Islam dengan beberapa
jalan kerana ke ugama lain atau tak mahu ugama Islam lagi. Mungkin dia
berpendapat ugama hanya diperlukan oleh orang miskin- berdoa untuk memohon
kesenangan.

Beberapa Contoh Perkara Yang Menjadikan Murtad:
Murtad dengan niat- Seperti contohnya berfikir "fed-up dengan Islam, nak nyayi
night club tak boleh, orang perempuan kena pakai tudung, ada duit sikit kena
bayar zakat"
Bila dia kata fed-up dengan Islam maka dia kufur dengan jalan niat.

Perbuatan- contoh, tunduk hormat dekat tokong hindu. Tunduk kepada makhluk
lebih dari kadar ruku' haram hukumnya. Jika tunduk dengan niat membesarkan
tokong, maka kufur hukumnya.

Perkataan- yang megkufurkan . senda gurau, ejek-ejek, atau dengan iktikad,
kerana degil atau keras kepala. main-main- berlakun tak suka Islam pun tak
boleh.

Contohnya berlakun jadi sami. Juga murtad. Senda2 atau gurau2 atau ejek2.
Tak boleh ugama tak benar. Ini benda orang tak faham kerana semua ini
menyentuh soal iktikad, soal akidah. sama ada melakukan itu kerana degil atau
keras kepala. Tahu benda tu salah. Buat juga, degil dan berkata "aku nak
buat juga, hang nak buat apa kat aku?"
Kita kata pada dia "Hang buat begitu boleh jadi murtad!"
Dia ejek "Apa dia boleh jadi ustaz?". Ini juga boleh membuatkan murtad.

Hadis Riwayat daripada Ikrimah (nota: Ikrimah ialah anak Abu Jahal- masuk
Islam hari pembukaan kota Mekah, kagum kerana Nabi sallallahu'alaihiwasallam
tak ambil tindakan keatas orang yang menyusahkan baginda s.a.w. dahulu):

Sayidina Ali karramallahuwajhah pada masa dia menjadi khalifah, membakar ia
akan suatu kaum yang murtad mereka itu sebagai kata khair, mereka itu dari
kaum Rafidi yang mengatakan Sayidina Ali itu Tuhan.

Ulasan:
Zaman Sayidina Ali ra, ada satu puak yang terlalu fanatik kepadanya sehingga
ke peringkat menganggap Sayidina Ali Tuhan.
Masalah: Tiada nas Hadis atau dari Quran yang menyuruh membakar orang
murtad. Maka kata setengah ulamak, dia membakar itu dengan ijtihadnya.
Memandangkan puak Rafidi itu terlalu teruk sampaikan menganggap Sayidina Ali
ra sebagau tuhan.

Tindakan itu tidak dipersetujui oleh sahabat2 Nabi. Antaranya Ibnu Abbas
(nama besar dalam ilmu hadis) sebab tiada nas yang menyuruh membakar

Cara Sayidina Ali ialah:
dan di gali lubang, dinyala kayu api dan campak mereka kedalam lubang berapi
itu bersama-sama kitab mereka. (Nota: Rafidi juga ada kitab mereka sendiri).

Selingan Ustaz:
Nak cakap ugama kena tahu ugama. Nak mengajar, kena pandai Arab. Tak cukup
dengan tahu baca kitab rumi. Bercakap nak bangkit semangat boleh. Nak
mengajar tak boleh. Sebab nak rujuk last sekali ke kitab Arab. Itu prasyarat
untuk mengajar. Takut kita sampaikan ajaran yang tak betul.

Sambung hadis dan huraian:
Tindakan Sayidina Ali membakar orang murtad sampai kepada Ibnu Abbas. (Ibnu
Abbas sepupu Sayidina Ali, nama Abdullah ibnu Abbas) Maka kata Ibun Abbas
jikalau aku yang memerintah perkaranya itu dan akulah yang meluluskan
tindakan keatasnya, nescaya aku bunuh akan segala orang-orang yang murtad
itu kerana menurut sebagaimana sabda nabi saw "Barangsiapa tukar dia akan
ugamanya maka bunuh olehmu akan dia".

Ulasan: Jika Ibnu Abbas yang duduk di tempat Sayyidina Ali KWJ, maka dia
kata dia tidak akan bakar, tetapi bunuh dengan pancung kerana meurut hadis
Nabi saw.

Masalah: Dengan perkataan Ibnu Abbas itu, maka tahulah kita bahawa hukum
orang yang murtad itu bunuh akan dia. sama ada yang murtad itu lelaki atau
perempuan.

Ulasan:
Perkara ini 'clear'. .. sahaja yang buat kelamkabut dalam paper
mengenai perkara ini. Betul. Memang ada khilaf . Walaupun ada khilaf,
sepakat ulamak bahawa orang murtad wajib dibunuh. Prosedur nak bunuh, itu
yang ada khilaf di kalangan ulamak. Maka itulah kata mazhab Syafie dan
ahlil-'ilmi (yakni segala ulamak2 yang menjadi ahli limu). Dan kata setengah
ulamak, dibunuh akan lelaki sahaja jika ia murtad. Inilah khilafnya. Dan
adapun perempuan itu dipenjarakan sahaja. Itulah satu khilaf, satu pendapat.
Tetapi ini pendapat yang lemah. Dalam kes ini ulamak mengambil kias hukum
dalam peperangan dimana lelaki boleh dibunuh. Makala kanak-kanak dan
perempuan tidak dibunuh.

Masalah: Tiada dibunuh orang yang murtad itu melainkan kemudian daripada
ditaubatkan

Ulasan:
Inilah prosedurnya. Tang bunuh, memang bunuh. Cumanya ada prosedurnya
sebelum dibunuh. Kata sesetengah ulamak, wajib ditaubatkan dahulu. Dan kata
setengah ulamak sunat ditaubatkan .

Dan kata setengah ulamak, ditaubatkan dalam 3 hari. Kemudian dari 3 hari
itu, masih tak mahu taubat maka dibunuh akan dia. Dan kata setengahnya tak
payah 3 hari. Cukup diulang-ulang 3 kali suruh bertaubat. Jika tak mahu
bertaubat, maka dibunuh.
Dan kata setengahnya, apabila murtad langsung dibunuh. Yang ini lagi serius.
Tiada 3 hari atau 3 kali. Ini dikatakan oleh ulamak, bukan geng kedai kopi
punya cakap.

Manakal Sayidina Ali KWJ bagi tempoh 2 bulan.

Kesimpulan.
1. Sepakat ulamak orang murtad, hukumnya bunuh.
2. Yang khilafnya ialah bila nak bunuh.
2 bulan tempoh untuk taubat. (
3 hari tempoh bertaubat.
Beri peluang 3 kali supaya bertaubat.
Terus bunuh tanpa beri peluang.

Maknanya terpulang kepada budi bicara hakim nak beri berapa lama tempoh
bertaiubat. Quran atau hadis Nabi tidak menetapkan tempoh masa untuk
bertaubat sebelum dibunuh. Maka hakim perlu melihat kepada semua perkara,
perlu menetapkan tempoh taubat.

Ulasan: Benda ini memang clear. Tak perlu sesiapa pun datang cuba nak
megelirukan kita. Hadis nabi memang clear, iaitu "Barangsiapa tukar dia akan
ugamanya maka bunuh olehmu akan dia".

TAUBAT
Masalah: Bermula kelakuan mentaubatkan orang yang murtad itu iaitu disuruh
1) mengucap dua kalimah syahadat serta
2) mengakukan buang barang yang menjadikannya murtad.
Jika simurtad mengucap semula maka dia terlepas dari hukum bunuh. Soal dia
sebut ikhlas atau tak ikhlas, itu bukan urusan kita. Yang itu Allah yang
menilai. Hakim yang nak menjatuhkan hukum, hanya perlu dengar setakat yang
zahir sahaja.

Dan jikalau enggan ia, maka dinasihatkan ia. Iaitu dikeluarkan kalam
(perkataan) yang keras atau kalam yang lembut untuk menjelaskan
kekeliruannya, contohnya "Apa yang engkau syubahatkan?".

Cara Bunuh Orang Murtad
Sabda Nabi saw "Apabila kamu nak jatuh hukum bunuh terhadap apa-apa kes,
maka elokkan cara bunuh".

Cara bunuh yang paling elok ialah pancung dengan pedang yang tajam dan
sekadar sekali hayun sahaja, bukan berulang-ulang.

Membunuh orang yang murtad itu dengan pancung dengan yang tajam. Setelah
dibunuh, maka matilah ia di dalam kafir. Orang murtad kena hukum bunuh
dengan pancung. Pancung nampak menakutkan, tetapi itulah cara membunuh yang
paling baik sebab amat cepat matinya. Manakala gantung menyeksakan kerana
melambatkan mati orang. Kerusi karan juga lambat. Itu menyeksakan. Tembak
juga kadang-kadang tidak mematikan dengan cepat. Pancung memang sah mati dengan
paling cepat. Bila kepala tercerai dari badan, tidak mungkin masih hidup
orang itu.

Orang murtad, wajib dibunuh dan dibunuh dengan pancung. Dan matinya dalam
kafir. Tiada wajib dimandi akan dia., Dan haram disembahyangkan keatasnya
berdasarkan firman Allah swt bermaksud "Dan janganlah sembahyang keatas
orang daripada kafir yang mati itu selama-lamanya".

Mati murtad, mati kafir. Maka tak boleh disolatkan. Dan tiada harus ditanam
di tanah perkuburan orang Islam. Dan juga tiada ditanam dikubur orang kafir.
Bahkan ditanam memencil seorang diri. Setengah ulamak pula berpendapat
diberikan makan mayatnya kepada binatang buas. Kenapa? Sebab bumi tak terima
mayat orang yang tinggal ugama Islam. Sedangkan yang kafir asal, bumi masih
terima mayatnya. Kenapa? Sebab orang murtad pernah rasa nikmat Islam. tiba-tiba
hang tinggal, maka hang tak layak tinggal atas bumi Allah. pergi bagi makan
binatang buas. Itu pendapat setengah ulamak.

Jadi kes murtad in berat.

Sambung hadis tadi:
Dan kata Ibnu Abbas, dan tiada ada supaya aku bakar akan mereka itu
berdasarkan sabda Nabi saw "Jangan mengazab sekalian kamu dengan azab
Allah".

Ulasan: Ibnu Abbas berkata dia tentu tidak akan membakar orang murtad kerana
sabda nabi itu. Apa dia Azab Allah? Iaitulah api. Tuhan akan azab orang yang
berdosa dengan api. Kita tak boleh guna api untuk azab apa-apa makhluk
Tuhan. Maka azab dengan api itu azab Allah. Maka sampai khabar demikian itu
kepada Ali lalu berkata Sayidina Ali KWJ "Benar Ibnu Abbas". Ini menunjukkan
betapa tawadduknya Sayidina Ali KWJ.

Maka bolehkah kita bakar tebuan? Tak boleh. Sebab api ini Allah sahaja boleh
guna untuk azabkan makhluknya. Habis macamana nak bunuh tebuan? Ustaz
menjawab, itu kena cari cara yang sesuai. Tapi kesimpulannya pakai api tak
boleh. Dilarang agama.

Dan berkata At-Tarmizi ini hadis hassan lagi hadis.
Dan bermula amal akan ini hadis disisi ahlil-ilmi pada orang yang murtad.

Ulasan:
Memang semua ulamak sepakat mengatakan orang murtad wajib dibunh. Dan cara
bunuhnya ialah pancung dengan pedang yang tajam.

Dan bersalahan mereka itu pada perempuan apabila murtad ia. Maka setengah
ulamak berpendapat dibunuh juga, seperti Al-Auza', Ahmad, dan Ishak.
Dan kata setengah dari ahli'ilmi, di'habas' akan dia. Iaitu dipenjarakan
sahaja, seperti kata Suffian dan lain-lain ulamak.

Tetapi mengikut pendapat Imam Syafie, kedua-dua lelaki dan perempuan murtad
hukumnya bunuh. Tapi sebelum bunuh berikan masa untuk dia bertaubat.

Wallahu'alam.
....................
[ Telah diedit oleh: fatin3 pada 17-07-06 18:21 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

nano
Warga 5 Bintang
Menyertai: 20.10.2005
Ahli No: 19971
Posting: 386

blank   avatar


posticon Posting pada: 17-07-06 18:29


Saya cadangkan Pihak peguam Islam menubuhkan majlis peguam muslim.Hal ini kerana umat islam adalah 60% daripada penduduk Malaysia.So majlis peguam Muslim boleh memberi saingan kepada Majlis peguam yang ada.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nanoProfil   Hantar PM kepada nano   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-07-06 18:43


Pada 17-07-06 18:29 , nano posting:

!!! QUOTE !!!

umat islam adalah 60% daripada penduduk Malaysia.So majlis peguam Muslim boleh memberi saingan kepada Majlis peguam yang ada.


Sabda NABI MUHAMMAD S.A.W "Perjanjian (perbezaan) diantara kita (orang islam) dan mereka (orang kafir) ialah SOLAT, dan barangsiapa meninggalkan SOLAT sesungguhnya dia telah menjadi seorang kafir. (Hadis Riwayat Imam Al Tarmidhi) Kitab Iman-Hadis No 2545

saya pernah terbaca.. yang 80% dari rakyat Malaysia ni tak solat.. jadi.. mana satu yang betul? umat Islam.. cuma 20%, atau 60%?

dalam posting2 yang sebelum ni juga.. saya ada terbaca.. yang hak mahkamah syariah akan dibatalkan.. cuma tinggal 6 minggu lagi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 18-07-06 00:50


Wujud akta lindungi akidah


BANGI 15 Julai – Akta Perlindungan Akidah perlu diwujudkan di semua peringkat bagi menangani gejala murtad di kalangan umat Islam negara ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang juga Ketua Hakim Syarie, Datuk Sheikh Ghazali Abdul Rahman.

Menurutnya, ketika ini tiada peruntukan atau akta terperinci bagi membantu orang Islam yang hendak murtad atau mahu keluar dari agama Islam.

“Dengan adanya akta tersebut, kita berupaya mengambil inisiatif awal seperti memberi khidmat kaunseling dan nasihat kepada mereka,” katanya kepada pemberita pada Seminar Pertukaran Agama dan Kesan Dari Segi Perspektif Syariah dan Perundangan di Dewan Auditorium Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), di sini hari ini.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis tersebut, Sheikh Ghazali menegaskan, adalah menjadi tanggungjawab muslim membantu apabila saudaranya dizalimi atau teraniaya.

Jelasnya, murtad boleh dilihat sebagai satu bentuk kezaliman dan penganiayaan ke atas diri sendiri dan harus ada peraturan atau enakmen bagi pihak berkuasa menjamin dan melindungi akidah umat Islam dari tergelincir.

Sementara itu, bekas Hakim Mahkamah Khas, Datuk Faiza Thamby Chik berkata, orang Melayu boleh hilang hak keistimewaan Melayu apabila keluar dari agama Islam.


- Utusan Malaysia Online (16 Julai 2006)


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 18-07-06 01:29


em.. fatin...

!!! QUOTE !!!

saya pernah terbaca.. yang 80% dari rakyat Malaysia ni tak solat.. jadi.. mana satu yang betul? umat Islam.. cuma 20%, atau 60%?


kekadang angka yang tertera dalam dada akhbar.. atau majalah
memang tak tahu kesohihannnye..
tapi.. kita just tengok secara kasar.. amontt yang tinggi 80%
bukan ke tinggi..??!! huhu..

manusia dah akhir zaman.. :-( :-( :roll: :roll:
bukan mereka tak tau..
tapi.. mereka saja tak ambil peduli..
pandang enteng saja bab solat..
:-( :-(

dalam majalh i.. versi julai 2006 laman mata hati m/s98
oleh akhi abd jalil ali..
petikannnya..
:: media mendedahkan 34% atau lebih 51000 orang murid tahun 2-5 sek di seluruh negeri terengganu tak tahu jumlah rakaat setiap solat lima waktu..

area pantai timur juga nak dihighlightkan??!
ni baru satu negeri.. belum masuk.. negeri lain..!!!

so.. di sini salah siapa???

Kalau yang remaja pula.. ana tak setuju jika 100%
dilemparkan kesalahan pada ibu bapa sahaja..
ana fikir.. ini masalah siKAP sikap yang kurang peri pentingnya nak ambil tahu hukum-hakam walhal dah tahu lagi terang dan nyata hukum meninggalkan solat BERDOSA!!!

ALLAHU AKHBAr.. moga.. ALLAH beri HIDAYAH pada
umat muhammad s.a.w
amin...amin..amin.. ya RABBAL alamin... :roll: :roll:


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..
[ Telah diedit oleh: simpLe_sHida pada 18-07-06 01:32 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 18-07-06 01:46


Tekankan tentang tauhid dahulu.Bagi faham betul-betul.InsyaAllah akan selamat sekiranya permasalahan tauhid ini selesai.Memang rasanya semua orang tahu pasal hukum tetapi adakah benar-benar faham mengapa dihukum sedemikian?Cubalah mengajak dan tanamkan dalam diri cintakan Allah dahulu.Bagaimana caranya?Bukankah Al-Quran itu panduan hidup.

Adakah kita selesa menuding jari menyalahkan orang yang tidak solat itu walaupun mereka tahu?Lalu bagaimana pula dengan maksud surah Al-Asr yang menyuruh manusia berpesan-pesan kepada kebenaran?Adakah kita sudah berpesan dan mengajaknya supaya bersolat?Nabi pernah dibaling dengan batu oleh penduduk Thaif sedangkan adakah kita ini pernah kena sedemikian rupa sekiranya mengajak orang bersolat?

:roll:


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-07-06 05:25


Pada 18-07-06 01:29 , simpLe_sHida posting:

!!! QUOTE !!!



bukan mereka tak tau..
tapi.. mereka saja tak ambil peduli..
pandang enteng saja bab solat..
:-( :-(


itula.. perbezaan orang kafir dengan Islam cuma solat.. dalam solat, kita perbaharui shahadah sekurang2nya 9x sehari.. campur dengan bangun tidur dan sebelum tidur.. orang Islam kena perbaharui syahadah sekurang2nya 11 kali sehari.. tapi.. bila tak solat.. itula jadi macam-macam.. umat akhir zaman ni.. bila diajak solat, dengan mudah menjawab, itu hak masing-masing.. kubur asing2.. tak mengapa.. kita usaha lebih gigih lagi.. insya-Allah..

!!! QUOTE !!!


dalam majalh i.. versi julai 2006 laman mata hati m/s98
oleh akhi abd jalil ali..
petikannnya..
:: media mendedahkan 34% atau lebih 51000 orang murid tahun 2-5 sek di seluruh negeri terengganu tak tahu jumlah rakaat setiap solat lima waktu..

area pantai timur juga nak dihighlightkan??!
ni baru satu negeri.. belum masuk.. negeri lain..!!!


dalam majalah i tu jugak.. ada info yang angka 34% dari 149k murid di Terengganu.. salah satu negeri yang juga digelar serambi mekah.. jadi.. DAH TENTU.. di sini.. di lembah klang.. jauh lebih dahsyat.. meninggalkan solat secara sengaja dah jatuh kafir.. tanpa sedar... terlalu banyak perkara2 yang membatalkan syahadah.. melalui hati, lisan dan perbuatan.. sebab tu kita sentiasa diseru memperbaharui syahadah. disebabkan syahadah yang tidak diperbaharui.. apatah lagi.. solat yang tak tertunai.. maka, mudahlah mubaligh kristian memasukkan jarumnyer..

dalam majalah i tu jugak.. ada info tentang rakyat kelantan tak tau mengucap.. tak tau sembahyang.. tak tau alfatihah.. itu kelantan.. yang kita tau.. bagaimana pegangan mereka.. macam langit dengan bumi berbanding dengan lembah klang ni.. saya tau.. ada orang akan cakap.. ala, kelantan pun sama saja Kalau mlm jumaat kat kb tu.. (kg saya kelantan juga) tapi.. saya lebih suka fikir.. Kalau kelantan dah teruk.. maknanya.. tempat lain lebih2 lagi teruk..

!!! QUOTE !!!


so.. di sini salah siapa???

Kalau yang remaja pula.. ana tak setuju jika 100%
dilemparkan kesalahan pada ibu bapa sahaja..
ana fikir.. ini masalah siKAP sikap yang kurang peri pentingnya nak ambil tahu hukum-hakam walhal dah tahu lagi terang dan nyata hukum meninggalkan solat BERDOSA!!!


dasarnya.. memang dari ibu bapa.. sebab.. anak perlu diajar tentang solat pada umur 7 tahun.. dan disebat andai enggan.. pada umur 10 tahun... tapi.. bape kerat, ibu bape yang buat begitu sekarang ni? malah terlalu banyak kes.. anak tak pernah nampak makbapak solat..

tapi.. tak jugak.. ada juga ibubapa dah buat sebaikmungkin.. macam aisyah.. malangnya ia tetap berlaku..

pemakanan pun penting.. sebab ia jadi darah daging.. sekarang ni.. nak cari makanan yang benar-benar halal pun susah.. Kalau dari kecik.. tanggungjawab pada ibubapa menyediakan makanan halal.. ada pendapat.. sebab makananla.. umat Islam pada hari ni.. hati jadi keras.. tak taula sejauh mana kebenarannyer..

pergaulan pun penting.. Kalau tak.. takkan peribadi seseorang boleh dinilai dengan siapa dia berkawan.. kat sini.. jadi tanggungjawab ibubapa juga memberi garis panduan pada anak2.. dengan siapa yang boleh berkawan.. dengan siapa tak boleh.. tapi.. ramai dikalangan ibubapa hari ni.. anak keluar rumah pun.. tak tau, pergi mana..

entahlah.. saya pun keliru.. mana satu puncanya.. kadang-kadang tak berpunca.. dianiaya.. macam yang dipaksa minum holy water... nauzubillah.. jauhkan kita dari semua tu..

penyelesaian pada masalah akidah dan tauhid... ini yang perlu kita bincangkan disini..

yups.. tepat macam yang saudara kita trouver_99 nyatakan sebelum ni.. berpesan2 pada jalan kebenaran.. itulah yang perlu kita utamakan.. Kalau kita berforum kat dalam ukhwah.com saja.. mungkin tak mencapai matlamat.. kerana, rata2 kat ukhwah.com ni.. saya yakin.. adalah yang beragama Islam (tidak meninggalkan solat) jadi.. kita perlu bergerak keluar.. perteguhkan saf.. Islah dan Dakwah perlu jalan seiring (seperti kata safiah dalam blognyer).. kita perlu berpesan pada rakan kita yang beragama Islam.. dan pada rakan kita yang bukan Islam.. kerana Islam tetap satu-satunya agama di sisi Allah..

saya cadangkan.. pada JK hospital yang akan dianjurkan tak lama lagi.. kita ambil sedikit masa untuk mendekati remaja di luar... sama ada menyebarkan pamplet.. atau apa jua cara asalkan.. kita berusaha melaksanakan amar makruf nahi mungkar..

baru ni kan shida.. kita pergi kat terminal seremban.. (waktu yang berlainan) tapi.. rasanya.. kita memandang pemandangan yang sama..

INI ADALAH PANDANGAN PERIBADI SAYA.. TOLONG RUNGKAIKAN.. SAYA SEDIA TERIMA TEGURAN..

kita tak perlu salahkan sesiapa.. sebab kita juga antara punca kejadian2 yang tak diingini itu berlaku.. perkara yang paling simple.. pemakaian tudung.. betapa beratnya nak memaksa orang pakai tudung.. sedangkan hukumnya amat jelas.. secara terang-terangan, rambut dibiar mengerbang.. mungkin ada yang kata.. orang pakai tudung, belum tentu baik.. orang tak pakai tudung.. ada yang sembahyang 5 waktu.. kat sini.. tertanyalah kita.. pemakaian tudung tu wajib.. apa pula hukumnya.. menolak perkara wajib?? bagaimana dengan status solat tu? Kalau dia melafazkan inna solati, wa nusuki, wa mahyaya, wa mamati lillah hi taala.. bagaimana dia boleh dengan angkuh menayangkan rambut?? itu perkara paling simple.. syahadah terbatal bila kita menolak hukum al-quran dan hadith.. astaghfirulla al azim.. dalam masa yang same.. kita akan menikmati pemandangan mereka yang pakai tudung.. tapi, begitu galak melakukan maksiat.. pakai tudung, tapi dengan angkuh berpeluk, berpegang tangan di khalayak.. bukan setakat memalukan mereka yang bertudung.. tapi, terbatalkah syahadah dengan tindakan itu?? masya-Allah.. islam terpalit lagi kesuciannyer..

saya tau.. besar kesalahannyer menghukum kan orang islam itu kafir.. tapi, perkara ni terlalu jelas.. memang tiada paksaan dalam memeluk agama Islam.. tapi, bila kita dah islam.. tak kira secara automatik atau atas kerelaan sendiri.. kita wajib patuh.. tak ada tolak ansur dalam perkara yang membabitkan akidah..

semua orang perlu bertanggungjawab atas perkara ni.. baik dirisendiri, ibubapa, guru2, kawan-kawan, keluarga, masyarakat.. apatahlagi pemimpin.. isu tudung bukan hak individu.. tapi ia membabitkan akidah! isu batasan pergaulan antara muhrim dan bukan muhrim.. bukan soal individu.. tapi ia membabitkan akidah..

saya yang menulis.. punyai tugas yang lebih berat dari yang membaca.. saya akan dipersoalkan tentang apa yang saya tulis.. jadi saudaraku sekalian.. marilah bantu saya.. saya hanyalah umat akhir zaman....

wassalam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

lehgeo
Warga 1 Bintang
Menyertai: 21.05.2006
Ahli No: 24473
Posting: 27
Dari: Kelate

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-07-06 08:46


Inilah dalang kes murtad..renunglah...ambil peringatan

GERAKAN YAHUDI LAKNATULLAH DI MALAYSIA



Gerakan Yahudi telah meluas di seluruh dunia melalui berbagai-bagai pertubuhan sulit seperti yang telah diterangkan. Di Malaysia juga terdapat pertubuhan sulit ini yang berselindung di sebalik tabir pertubuhan atau badan kebajikan dan kemanusiaan. Free Missionery, Kelab Rotary dan Kelab Lion serta Bahai telahpun bertapak di Malaysia. Inilah sebabnya gerakan Islam tidak boleh bergerak dengan lancar. Gejala-gejala keruntuhan akhlak berleluasa dan fahaman sekularisme semakin hari semakin kuat.

Pertubuhan-pertubuhan ini terdapat di ibukota dan di daerah-daerah di seluruh Malausia. Pada suatu masa terdapat di sebuah hotel di ibukota satu perhimpunan Kelab Rotary. Ini bererti kelab ini bergerak dengan cergas. Pada malam Jumaat 4 Oktober 1974 Kelab Rotary telah mengadakan jamuan makan malam sempena persefahaman dunia yang bertempat di Ipoh, Perak dan dihadiri orang-orang kenamaan di tempat itu. Ajaran Bahai juga terdapat di negeri Kedah dan Kelab Lion pula bergerak dan meluas di seluruh Malaysia. Ini bererti gerakan Yahudi bermaharajalela dalam negara kita yang dicintai.

Rancangan Menghancurkan Islam dan Umat

Seorang peguam yang berbangsa Amerika yang beragama Yahudi iaitu Andre Clain telah membentangkan kepada masyarakat Amerika di New York bahawa protokol-protokol pendita Sahyun sebenarnya satu gerakan sedunia yang dijalankan oleh majlis San Handren. Beliau juga telah menulis di dalam akhbar suara wanita Chicago pada tahun 1945. PBB yang terletak di New York bukanlah satu hasil kajian dan keputusan kongres yang berlangsung pada 1945 di San Fransisco tetapi adalah keputusan Khahila sebelum kongres tersebut.

Amerika sekarang dalam genggaman Khahila. Sir Henry Ford 1 (pengasas dan ketua syarikat motor Ford) telah menerbitkan petikan protokol Yahudi itu pada awal lagi. Menurut catitannya, pergerakan Yahudi sebagaimana yang diperjelaskan oleh Prof. Serges Alnilus dalam sebuah risalah yang bernama 'Protokol Zionis' yang dicetak pada tahun 1905 bahawa para cerdik pandai Yahudi telah membuat satu rancangan yang berupa teori untuk menjajah secara aman di seluruh dunia. Prof. Sergei Alnilus adalah rakyat Rusia yang merupakan seorang paderi gereja Ortodof. Daripada Prof. Sergei Alniluslah dunia mengetahui segala rahsia zionis itu dan buku-buku catitan rahsia Yahudi itu dipamerkan di muzium British pada tahun 1905.

Hasil muktamar paderi-paderi seluruh dunia ada Faui Sazelic sejak tahun 1897 - 1905 adalah seperti berikut : -

1) Melenyapkan sistem pemerintahan Islam.

2) Menghapuskan Al-Quran atau mengaburi gambaran yang sebenar sehingga menjadi kabur.

3) Hancurkan akhlak Islam, fikiran mereka, hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka menurut hawa nafsu.

4) Melenyapkan persatuan muslim.

5) Meragu-ragukan muslim terhadap agamanya.

6) Melemahkan bangsa Arab.

7) Mendirikan negara-negara diktator di negara-negara Islam.

8) Pisahkan muslim dari menguasai perindustrian dan biarkan mereka hancur dengan bangsa-bangsa barat.

9) Menyekat tokoh-tokoh Islam dan tamatkan gerakannya serta menghinakan para ulama-ulama Islam.

10) Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas.

11) Menubuhkan seberapa banyak sekolah di merata-rata negara Islam dengan dipimpin oleh beberapa tenaga pengajar Kristian dan Yahudi.

12) Menghantar sebanyak mungkin pengembang-pengembang agama Kristian ke seluruh dunia Islam.

13) Membuka pintu seluas-luasnya kepada belia-belia Islam yang menyambung pelajaran ke negara-negara Kristian supaya dapat menguasai kebudayaan Kristian dan mereka kosong dengan prinsip-prinsip secara Islam.

14) Mengeluarkan dan menyebarkan buku-buku yang boleh merosakkan belia-belia Islam dan melalaikan mereka daripada penumpuan kepada ilmu pengetahuan yang tulen.

15) Menguasai pengajaran di negara-negara Islam dengan sistem sekular yang bebas dari agama dan akidah.

16) Tindakan yang bersungguh-sungguh ke arah merosakkan belia-belia Islam dengan hidangan minuman keras, perempuan-perempuan pelacur, gambar-gambar bogel, kisah-kisah lucah, penyanyi-penyanyi dan kesenian muzik.

17) Memonopoli semua kegiatan ekonomi, mengawal pusat-pusat membeli-belah dan mungkin kekayaan di negara-negara Islam.

18) Menghidupkan semula tamadun lapuk seperti tamadun jahiliah yang dijadikan satu adat kebiasaan supaya menutup mata para belia Islam dan generasi baru Islam daripada melihat tamadun Islam di zaman yang silam.

19) Mengubah fakta sejarah Islam dan mengaburi peristiwa-peristiwa serta membesarkan beberapa sudut kelemahan yang remeh-temeh sehingga belia-belia Islam benci kepada peristiwa-peristiwa yang tertentu yang akhirnya akan benci kepada Islam.

20) Menciptakan fahaman-fahaman dan aliran serta dasar-dasar hidup duniawi, memesongkan parti-parti politik yang kosong dari roh agama dan menceraikan agama dengan kedaulatan.

21) Memperalatkan Yahudi sebagai batu loncatan, diasaskan permusuhan ke atas Islam di Palestin kerana di situ asalnya pusat negara Islam.

Sebanyak 21 protokol Yahudi yang diringkaskan daripada 24 protokol iaitu keputusan dan cadangan pendita-pendita Yahudi mengenai cara-cara untuk menghancurkan Islam dan umatnya. Mereka telah berjaya menjalankan segala rancangan mereka dan mereka telah berhasil meracuni dunia Islam. Umat Islam masih tidur dan masih lupa terhadap kewajipan dan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

Kejatuhan negara-negara Islam dan ditakluki oleh orang bukan Islam serta dipecah-pecahkan mereka seperti kejatuhan Turki, penaklukan negara Mesir dan perpecahan Baghdad di samping Baitul Maqdis tanah suci umat Islam ke-3 diambil secara haram oleh rejim Israel adalah sebab umat Islam tidak patuh kepada hukum-hukum Allah dan leka dengan kemewahan dan kemegahan dunia serta lalai dengan nikmat-nikmat yang ada pada mereka. Maka akhir sekali mereka ditakluk dan ditindas.

Protokol ini dibuat pada tahun 1905. Sekarang kita berada di alaf baru. Sudah berapa tahun protokol ini dilaksanakan dan bagaimana dengan natijahnya terhadap umat Islam. Kita boleh lihat sendiri hasil-hasilnya. Apakah tindakan kita yang mengetahui peranan sebagai seorang muslim dan daie umat Islam pada masa akan datang ?


Sumber : Majalah Islam Al-Fununiah


-----------------
Wahai manusia berada naungan Islam..sesungguhnya dunia ini sementara...harta dan pangkat jadi senjata, sekiranya manusia lalai dan alpa....


Bookmark and Share

    


  Member Information For lehgeoProfil   Hantar PM kepada lehgeo   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-07-06 12:32


janganlah tanya pada masa akan datang.. apa kata.. kita persoalkan ianya HARI INI??

mubaligh kristian menyebarkan agama mereka.. kerana mereka yakin (kononnyer) agama mereka itu benar.. tapi.. kita.. asyik dok bertelagah.. carik salah orang lain.. seorang sahabat saya pernah berkata.. menghadiri diskusi brainstorming dalam majlis ilmu dengan mubaligh kristian.. jauh lebih tenang berbanding majlis brainstorming di kalangan orang Islam.. di mana silapnya saudara??

kita terlalu takut untuk bersuara.. sebab.. APABILA URUSAN AGAMA DIPEGANG OLEH yang BUKAN AHLI.. MAKA TUNGGULAH DETIK KEHANCURANNYA..

hingga kita terlupa.. DEMI MASA.. SESUNGGUHNYA MANUSIA, DALAM KERUGIAN.. KECUALI YANG BERIMAN DAN MEREKA YANG BERAMAL SOLEH.. YANG BERPESAN.. DALAM KEBENARAN.. DAN BERPESAN PADA KESABARAN..

wallahualam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 18-07-06 14:54


!!! QUOTE !!!

Tekankan tentang tauhid dahulu.Bagi faham betul-betul.InsyaAllah akan selamat sekiranya permasalahan tauhid ini selesai.Memang rasanya semua orang tahu pasal hukum tetapi adakah benar-benar faham mengapa dihukum sedemikian?Cubalah mengajak dan tanamkan dalam diri cintakan Allah dahulu.Bagaimana caranya?Bukankah Al-Quran itu panduan hidup.

Adakah kita selesa menuding jari menyalahkan orang yang tidak solat itu walaupun mereka tahu?Lalu bagaimana pula dengan maksud surah Al-Asr yang menyuruh manusia berpesan-pesan kepada kebenaran?Adakah kita sudah berpesan dan mengajaknya supaya bersolat?Nabi pernah dibaling dengan batu oleh penduduk Thaif sedangkan adakah kita ini pernah kena sedemikian rupa sekiranya mengajak orang bersolat?


aiwah.. naam.. ana setuju apa yang trouver_99 sampaikan..
tapi.. nak menegur tu.. bukan senang..
bukan senang nak mengubah seseorang.. menukar rutinnnye..
:roll: :roll:

apapun..moga ALLAH berikan ku kekuatan dalam menempuh segala cabaran & dugaan hidup..

fatin..

!!! QUOTE !!!

itula.. perbezaan orang kafir dengan Islam cuma solat..


toib wa naam.. ana ambil dari majalah i versi jun 2006
laman pelita ilmu.. m/s 67
hukum meninggalkan solat dengan sengaja...
pendapat ulama' boleh dibahagikan kepada 2..

1)golongn pertama.. berpendapat bahawa tinggalkan solat dengan sengaja.. maka mereka tergolong di dalam golongan yang fasik- melakukan dosa besar tetapi tidak kafir.

2)golongn kedua berpendapat bahawa tinggalkan solat dengan sengaja.. mereka ini tergolong dalam golongan yang kafir dan terkeluar dari AGAMA ISLAM!!! mereka ini hendaklah BERTAUBAT & mengucap KALIMAH SYAHADAH semula..    



!!! QUOTE !!!

saya cadangkan.. pada JK hospital yang akan dianjurkan tak lama lagi.. kita ambil sedikit masa untuk mendekati remaja di luar... sama ada menyebarkan pamplet.. atau apa jua cara asalkan.. kita berusaha melaksanakan amar makruf nahi mungkar..

baru ni kan shida.. kita pergi kat terminal seremban.. (waktu yang berlainan) tapi.. rasanya.. kita memandang pemandangan yang sama..


masa fatin call.. shida dah hampir sampai di melaka sentral :-di
ntahlaa fatin.. mana-mana tempat pun..
tengok hari jumaat.. adusss.. lagi lah..

ana nak singkap sekajap kejadian yang berlaku di pejabt pos.. area sg udang..melaka..

ana igtkn tak lah ramai manusia dalam tu..
bila jejak kaki dalam .. aduhhh.. ramai yang berbaju melayu..
walhal.. jam dah pun 1.15.. em.. ana stay situ.. dalam 20-30 minit menunggu turn..so....??!!

tepuk dada.. tanya IMAN antunna.... :roll: :roll: :-( :-(


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

imtihan_insyirah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-07-06 18:22



    


  Member Information For imtihan_insyirahProfil   Hantar PM kepada imtihan_insyirah   Pergi ke imtihan_insyirah's Website   Quote dan BalasQuote

Annursyam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.08.2004
Ahli No: 10824
Posting: 317
Dari: Jelapang padi

Kedah  


posticon Posting pada: 20-07-06 13:55


itulah padahnya jika mahkamah sivil lebih memainkan kuasa daripada mahkmah syariah sekaligus mencabar Perkara 121 (A) Perlembagaan Persekutuan.

Sekirannya mahkamah membenarkan permohonan kes ini, maka ia akan dijadikan precedent bagi kes-kes yang akan datang. Akan banyaklah nanti permohonan untuk murtad..

untuk bapak2 menteri, renunglah, buatlah sesuatu..jangan hanya nak menjaga kepentingan kaum lain, agama digadaikan..

sesuatu yang memalukan dalang disebalik kes ini, wakil majlis peguam itu sendiri yang beragama Islam...sesorang yang berlatar berlatar belakangkan undang0undang sanggup bersikap kurang ajar dalam mendefinisikan agama seseorang..

renunglah kerana isu ini akan memberi impak kepada agama Islam di kemudian nanti....

Bookmark and Share

    


  Member Information For AnnursyamProfil   Hantar PM kepada Annursyam   Pergi ke Annursyam's Website   Quote dan BalasQuote

kamalhisyam
WARGA SETIA
Menyertai: 10.06.2003
Ahli No: 1259
Posting: 526
Dari: dari satu tempat ke satu tempat

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 20-07-06 14:55


kepada sahabat2 semua... banyakkan berdoa agar keputusan kes Lina Joy ini akan memihak kepada kita (pembela dan pencinta islam). Ketahuilah kesan yang akan terjadi sekiranya Lina Joy menang di dalam kes ini amat menakutkan. Ia bakal menjadikan institusi islam tidak berwibawa dan bidangkuasanya akan semakin terhakis.
Jangan sekadar cakap sahaja. Lakukan tindakan segera. Adakah hanya untuk berdoa dan solat hajat pun kita tidak mampu lakukan?

Teruskan berdoa dan banyakkan solat hajat... Semoga kemenangan di pihak kita... masa sentiasa berjalan dan saat diumumkan keputusan juga akan semakin hampir...
..................

lawati saya di sekadar berbicara

Bookmark and Share

    


  Member Information For kamalhisyamProfil   Hantar PM kepada kamalhisyam   Quote dan BalasQuote

imtihan_insyirah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-07-06 17:58


Untuk renungan bersama.( bukan masa untuk bermenung dah) Dimana kita? Masih DEMAM? Semoga Allah selamatkan AGAMA ISLAM dari dihina oleh kafir laknatullah.

"lah ilahi anta, Subhanaka inni kuntu minazzalimin"



HIMPUNAN SEJUTA UMAT ANJURAN PEGUAM PEMBELA ISLAM (PPI) AKAN DIADAKAN:



     Tempat         :    Masjid Wilayah Persekutuan



     Masa             :    9.00 pagi - 2.00ptg



     Tarikh             :    23hb July 2006 (26 Jamadilakhir 1427) (AHAD)



Diharap dapatlah kita meluangkan masa untuk bersama membantu mempertahankan agama suci kita dari dipermain-mainkan oleh

kafir laknatullah. Takbir....





Saluran maklumat mengenai masaalah kes murtad dan IFC. Bagi sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut

atau ingin menghulurkan bantuan sila layari laman web dibawah.



1) PEGUAM PEMBELA ISLAM (PPI)

     Laman web: www.defendersofislam.net



     Secretariat : En Razi     019-3873738

                         En Zainol 019-2351555



2) NGO PEMBELA ISLAM (NPI)

     Laman web: www.myislamnetwork.net

                        www.abim.orang.my



3) KEMPEN TANDATANGAN SEJUTA UMAT



     Laman web : http://www.al-nidaa.com.my

     E-mail        : [email protected]



     Tel: 603-77106900



Diforwardkan di sini, maklumat yang dibincangkan di Majlis Perjumpaan
Peguam2 Islam Malaysia & Organisasi Kerajaan Dan Bukan Kerajaan (NGO) pada 12-Julai-2006 lalu di Bilik Mesyuarat Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, untuk perhatian dan tindakan bersama. Alhamdulillah, wakil Muslim Care Saudara Ahmad Sayuti telah dapat bersama-sama menghadiri dan memberi pandangan dalam majlis tersebut.

Susulan daripada perjumpaan ini, Satu Majlis Penerangan Untuk Merangka Pelan Strategi akan diadakan pada Ahad 16-Julai-2006, 02.30pm di Anjung Rahmat, Ibu Pejabat ABIM Jalan Gombak.

Disamping itu, Satu Majlis Penerangan Semasa oleh Peguam Zulkifli Nordin akan diadakan pada Jumaat 14-Julai-2006, 07.45pm di Masjid I'tisam Taman TTDI Jaya, Shah Alam.

Mohon kerjasama semua untuk memanjangkan e-mail ini untuk tujuan
menimbulkan kesedaran dikalangan umat Islam akan isu yang mengancam akidah umat Islam ini serta mendapat liputan yang meluas di Negara-negara Barat dan Australia. Sokongan dan kerjasama tuan/puan penting demi kelancaran usaha murni ini.

Semoga usaha kita yang kecil ini dapat mempertahankan kedaulatan Islam di bumi kita ini seterusnya dapat menyelamatkan akidah generasi yang mendatang daripada serang-serang yang merosakkan ini. Moga keprihatinan kita semua akan mengundang bantuan dan diterima sebagai amalan jihad di sisi Allah SWT. Wassalam.


Himpunan oleh IFC akan diadakan pada 22hb July 2006 (Sabtu) bertempat di Hotel Selesa, Jalan Tebrau, Johor Bharu.

Diharap dapat kita bersama-sama PPI untuk mengadakan bantahan (Demo) terhadap Perhimpunan IFC di JB ini pada tarikh tersebut.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web PPI atau berhubung dengan sekretariat di nombor yang tertera diatas.

Bookmark and Share

    


  Member Information For imtihan_insyirahProfil   Hantar PM kepada imtihan_insyirah   Pergi ke imtihan_insyirah's Website   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 28-07-06 17:23


KETERBUKAAN

Sejurus sahaja mengambil alih tampuk pemerintahan negara daripada mantan PM Tun Dr. Mahathir Mohamad (TDM), Pak Lah telah melaksanakan beberapa perubahan dasar bagi menaikkan imejnya, disamping mencerahkan peluang beliau untuk menghadapi pilihanraya umum yang bakal diadakan ketika itu.

Diantara perubahan yang diperkenalkan adalah “Dasar Keterbukaan” yang memberi kelonggaran bersuara mengenai pelbagai isu. Bak “orang mengantuk disorongkan bantal”, media perdana dan vernakular telah segera mengeksploitasi keterbukaan ini.

Isu-isu yang dahulunya dianggap sensitif serta tidak membina untuk dibicarakan secara terbuka kemudiannya menjadi bahan utama didada akhbar. Malah, untuk memastikan agar agenda keterbukaannya berjalan lancar, Pak Lah telah membawa masuk dua wartawan yang pernah berkhidmat dengan akhbar Straits Times Singapura, iaitu Kalimullah Masheerul Hassan (KMH) dan Brendan Prereira (BP). Mereka ini kemudiannya telah diberi jawatan tertinggi dalam akhbar berpengaruh berbahasa Inggeris iaitu New Straits Times (NST).

Pak Lah telah mempersetankan hakikat bahawa KMH pada satu ketika dahulu gagal melepasi tapisan keselamatan oleh cawangan khas PDRM bagi menjawat jawatan setiausaha akhbar arwah Tun Ghaffar Baba (disyakki intim dengan ejen Singapura). Sementara BP yang turut memiliki taraf penduduk tetap (PR) Singapura amat tegar sifat anti-melayunya, serta penganut ideologi “Malaysian Malaysia” tajaan Lee Kuan Yew. Beliau juga merupakan pengkritik kuat UMNO, khususnya mantan PM TDM.

Dengan kelibat dua talibarut Singapura yang berkiblatkan ideologi “Malaysian Malaysia” ini sebagai arkitek dasar keterbukaan Pak Lah, maka tidak hairanlah Ketuanan Melayu yang menjadi teras kekuatan UMNO, serta asas formula perkongsian kuasa dan keharmonian bangsa kini kian terancam.

Dua senjata utama kini yang mengganggugugat ketuanan Melayu adalah Kumpulan Pendesak Bukan Islam Artikel 11 (Kumpulan Artikel 11) serta desakan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (The Independent Police Complaints and Misconduct Commission – IPCMC).

1. Kumpulan Artikel 11 (KA 11)

KA 11 merupakan kumpulan pendesak yang dibentuk oleh 13 badan bukan kerajaan (NGO) – diantaranya All Women’s Action Society (Awam), Bar Council Malaysia, Catholic Lawyers Society, Interfaith Spiritual Fellowship, Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS), dll.

Pada mulanya dua NGO Islam, ABIM dan JUST turut menjadi ahlinya. Namun, seperti pengakuan peguam syarie Dr. Kamar Oniah (JUST) sendiri “..usaha ini rupanya bukanlah untuk berunding tentang penubuhan majlis perunding agama, tetapi adalah untuk memperjuangkan murtad dari Islam”. Lantas, ABIM dan JUST segera menarik diri apabila sedar akan agenda keji sebenar KA 11.

Dalam ertikata lain, dengan bertopengkan slogan "Reaffirming the supremacy of the Federal Constitution" (Mengotakan Ketuanan Perlembagaan Persekutuan) agenda sebenar KA 11 adalah untuk meletakkan Undang-undang Syariah Islam dibawah bidangkuasa perundangan sivil negara, lantas memudahkan proses murtad oleh mana-mana individu Muslim yang ingin keluar dari Islam.

Sedihnya, diantara pendokong utama KA 11 dalah peguam-peguam yang zahirnya Muslim seperti Haris Mohamed Ibrahim (gambar). Sebelum menjadi wakil Majlis Peguam untuk kes Lina Joy, beliau pernah terlibat dalam beberapa kes individu lain yang ingin murtad atau berfahaman songsang seperti dalam kes Ayah Pin

Malah, kenalan rapat Pak Lah sendiri, yakni Zaid Ibrahim , tuan punya firma guaman
terbesar di negara ini, Zaid & Co. (terima kasih kepada dasar membantu profesional Melayu oleh UMNO) turut menyokong aktiviti KA 11, dimana Zaid merupakan antara ahli pada forum KA 11 yang telah berlangsung di Melaka April lalu.

Dokongan kuat firma Zaid & Co. kepada perjuangan KA 11 diperkukuhkan lagi oleh kehadiran Malik Imtiaz Sarwar, rakan kongsi kanan firma ini yang turut menjadi peneraju utama KA 11.

Bagaimanakah KA 11 ini menjadi begitu berani untuk mempersoalkan status agama Islam di negara ini? Ianya natijah dasar keterbukaan Pak Lah sendiri. Mana tidaknya, NST dibawah BP adalah antara akhbar yang paling lantang mensensasikan kes kekeliruan status agama Sarjan M. Moorthy (nama Islamnya arwah Mohamad Abdullah) tidak lama dahulu.
Malah, ketika ditegur secara tertutup oleh menteri penerangan, Zainuddin Maidin (Zam) agar lebih berhemah dalam mengenengahkan isu tersebut demi sensitiviti agama, KMH dengan angkuhnya menyanggah teguran tersebut dengan mengatakan bahawa Zam tiada hak menegurnya.

Apakah pula pendirian Pak Lah sendiri tatkala golongan yang cuba mengganyang Islam kini sedang bergiat aktif?

“Pak Lah: Forum okay ... but be careful” (Pak Lah: Forum Tak pa ... tetapi berhati-hatilah) begitulah yang tertera di dada akhbar the Star (17 Mei 2006) apabila beliau diminta memberi komen mengenai forum anjuran KA 11 yang diadakan di Pulau Pinang (negeri beliau sendiri) pada Mei lalu.

Malah, menurut Pak Lah lagi “..memang menjadi hak mereka untuk membincangkan perkara ini dan apa yang dibincangkan tidak melanggar undang-undang”

Kita mungkin hanya mampu mengucap panjang atau menggeleng kepala mendengar komen naif lagi bebal seorang pemimpin yang bukan sahaja presiden UMNO dan PM, malah Menteri Dalam Negeri yang sewajarnya amat peka dalam menangani isu-isu sensitif yang mampu membakar keharmonian agama di negara kita.

Terbuka sungguh Pak Lah, sehingga tanggungjawab pun terlupa. Walaupun Pak Lah telah mengulangi tabiatnya membuat “pusingan U” (mungkin atas desakan MT UMNO) bahawa beliau kini tidak mahu isu-isu agama diperdebatkan lagi secara terbuka, segala-galanya agak terlewat kerana “kaduk sudah naik junjung”.

2. Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (The Independent Police Complaints and Misconduct Commission – IPCMC).

Penubuhan IPCMC pula pada awalnya disarankan oleh Suruhanjaya Khas Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diketuai oleh Tun Dzaidin pada bulan Mei tahun lalu.

Kerana terlalu ghairah untuk membuktikan “keterbukaannya” Pak Lah telah bersetuju untuk menubuhkan IPCMC biarpun Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Omar sendiri memberi perakuan bahawa kira-kira 80 peratus syor dalam Laporan Suruhanjaya tersebut (yang berkisar pada isu hak asasi manusia) telahpun dilaksanakan oleh pihak polis.

Keterlanjuran Pak Lah sebenarnya berpunca daripada (ya, sekali lagi) peranan yang dimainkan oleh KMH dan BP dalam NST, dimana NST lah antara akhbar (selain dari akhbar berbahasa China) yang pantas menghukum PDRM dalam kes wanita ketuk ketampi berbogel dalam lokap tahanan yang didakwa mereka rakyat negara China.

Tanpa usul periksa mahupun etika kewartawanan, NST, bagai jerung yang menghidu darah, begitu rakus mengkritik dan memperkotak-katikkan PDRM, sehingga walaupun setelah perkara sebenar didedahkan (bahawa wanita tersebut sebenarnya Melayu) ungkapan maaf diatas segala keceluparan mereka langsung tidak meniti dibibir KMH dan BP ini.

Begitu hebatnya lesen kewartawanan yang dianugerahkan oleh Pak Lah kepada dua petualang durjana ini sehingga Pak Lah lupa kepada segala jasa, pengorbanan serta keringat yang telah dicurahkan oleh PDRM dalam mempertahankan bukan sahaja keamanan negara, malah kuasa politik UMNO dan orang Melayu itu sendiri!

Apakah implikasi IPCMC dalam senario masakini?

Menurut ACP Jamaludin b. Hj. Khalid, Pengerusi Persatuan Pegawai-Pegawai kanan Polis Yang Diwartakan (PPKP/CPW) didalam laman web PDRM, IPCMC antara lain “mengkompromi kuasa-kuasa kawalan dan perintah KPN, penjenayah dan pelanggaran undang-undang menjadi di luar kawalan, disamping skop ‘misconduct’ yang luas menyulitkan tugas rutin dalam siasatan”

Dipendekkan cerita, IPCMC memberi lebih ruang dan hak kepada penjenayah (dan peguamnya untuk buat duit) dengan mengeksploitasi pelbagai peruntukan didalamnya bagi menyulitkan tugas polis.

Bayangkanlah kesannya keatas keselamatan anak isteri kita tatkala kita dikejutkan oleh kenyataan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri sendiri baru-baru ini bahawa kadar jenayah kekerasan di negara ini kini meningkat sebanyak 11 hingga 13 peratus sejak empat bulan kebelakangan ini, khususnya kes-kes yang melibatkan jenayah rompakan dan rogol.

Implikasi politik dimana kelompok pendesak seperti KA 11 sedang bergiat aktif adalah jauh lebih kritikal. Dengan adanya IPCMC, maka kuasa budibicara OCPD untuk meluluskan sesuatu ceramah contohnya, yang ingin diadakan oleh KA 11 mudah dicabar.

Sukar digambarkan tetapi pasti akan wujud situasi ironis tetapi cemas dimana polis yang majoritinya beragama Islam terpaksa melindungi majlis ceramah yang diadakan oleh KA 11 yang mahu menginjak Islam, daripada diserbu oleh orang Islam sendiri! Ini bukan omongan tetapi hakikat yang sedang jelas berlaku.

Terima kasih kepada keterbukaan Pak Lah kini, orang (zahirnya) Islam kini tidak segan silu menolong saudara seagamanya untuk murtad dan orang Islam pula (PDRM) yang terpaksa melindungi kelompok anti-Islam daripada kemarahan orang Islam.

Begitulah hebatnya impak senjata dua mata yakni KA 11 dan IPCMC dalam menghakis akidah Melayu, melemahkan pertahanan Melayu (PDRM), serta menyebabkan orang Melayu bertelagah sesama sendiri, lantas menghancurkan ketuanan Melayu itu sendiri.

Usahlah kita mengharapkan Pak Lah, dengan pendiriannya yang kerap berubah-ubah, sebagai pemimpin yang mampu menghalang malapetaka ini.

:roll:


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-07-06 20:56


syukran jazilan ya trouver_99 atas maklumat tersebut..

erm.. tak berani nak komen apa.. hari ni nick fatin baru kena ban di satu community website atas dasar yang sama..

marila kita perteguhkan saf, giatkan amar ma'ruf nahi mungkar dan giatkan solat hajat agar pemimpin kita diberi hidayah.. selain memohon agar akidah umat Islam terus dibela.. disamping tidak melupakan saudara kita dipalestin.. semoga kita diselamatkan dari bala Allah..

wallahualam..
[ Telah diedit oleh: fatin3 pada 28-07-06 20:59 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah_johor
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2003
Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-07-06 21:35


Ya Allah pelirakanlah Islam dan bantulah kami menghadapi ujianMu. marilah kita berdoa.

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_johorProfil   Hantar PM kepada muslimah_johor   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-07-06 08:43


Hadis Usaid bin Hudhair lah.a:
Seorang lelaki dari kaum Ansar telah menghadap Rasulullah s.a.w secara bersendirian lalu dia berkata: Kenapa engkau tidak menugaskan aku sebagaimana engkau telah tugaskan Si Polan? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Sesungguhnya kamu akan bertemu pemimpin yang mementingkan diri sendiri serta bongkak sepeninggalanku nanti, maka hendaklah kamu bersabar sehingga kamu menemui aku di perigi (dalam Syurga)
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim : 3432

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-07-06 08:44


Hadis Huzaifah bin Al-Yaman lah.a katanya:
Manusia sering bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan? Rasulullah menjawab: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu? Rasulullah menjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan. Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu? Rasulullah menjawab dengan bersabda: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikuti selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenal dan ada yang kamu tidak mengenalinya. Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu? Rasulullah menjawab: Ya, ketika itu ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke Neraka Jahanam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam Neraka itu. Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami. Rasulullah menjawab: Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita. Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu? Rasulullah menjawab dengan bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jemaah Islam dan pemimpin mereka. Aku bertanya lagi: Bagaimana sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jemaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin? Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim : 3434

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.157539 saat. Lajunya....